Isnin, 5 Mei 2014

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Ibrahim Ali sakit otak Saifuddin Nasution kata..

Posted: 05 May 2014 08:30 AM PDT


Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Saifuddin Nasution menasihatkan Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Paduka Ibrahim Ali berjumpa pakar psikatri kerana bimbang dengan keadaan mental bekas ahli parlimen Pasir Mas itu.

Saifuddin berkata demikian merujuk kenyataan Ibrahim 2 Mei lalu yang menyatakan akan membuat kenduri sekiranya Datuk Seri Anwar Ibrahim dipenjara.

'Itu jelas menunjukkan Ibrahim seorang pemimpin yang mempunyai pemikiran cetek serta hati yang busuk berikutan sikapnya gemar melihat orang lain ditindas.

"Jadi saya sarankan orang seperti Ibrahim Ali jumpa pakar psikatrik," kata Saifuddin.

Dalam kenyataan Ibrahim sebelum ini, beliau berkata akan menjadi orang pertama yang gembira dan bersyukur sekiranya Ketua Umum KEADILAN itu segera dimasukkan dalam penjara, malah turut akan mengadakan majlis kesyukuran untuk itu.

"Sebagai seorang yang waras, dia tidak akan mengeluarkan kata-kata macam tu, apatah lagi kepada orang yang fitnah dan dizalimi.

"Kenyataan itu menunjukkan dia mempunyai hati yang sakit, gembira melihat penderitaan orang lain," kata Saifuddin lapor KeAdilanDaily

Azmin Terus Dahului Pemilihan PKR

Posted: 05 May 2014 06:06 AM PDT


Calon Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamed Azmin Ali terus mendahului pencabarnya dengan meraih 50% undi popular pada minggu kedua proses pemilihan parti itu.

Berdasarkan keputusan tidak rasmi, sehingga pukul 2 petang Isnin, kedudukan Azmin terus kukuh apabila beliau mendapat 12,849 undi, meninggalkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang memperoleh 7,171 undi.

Seorang lagi calon jawatan No.2 itu, Datuk Saifuddin Nasution Ismail yang berada di tempat kedua pada minggu pertama pengundian, jatuh ke tempat ketiga dengan mendapat 6,161 undi.

Pengundian pada minggu kedua menyaksikan persaingan sengit di antara Azmin dan lawannya, Abdul Khalid yang mana kedua-duanya dianggap popular di Sabah.

Sabah adalah antara satu daripada lima negeri yang mengambil bahagian dalam pemilihan pada minggu kedua.

Malah, Sabah juga merupakan negeri kedua yang memiliki jumlah keahlian PKR tertinggi selepas Selangor dengan 86,955 ahli.

Selain Sabah, Perak, Kedah, Pulau Pinang dan Perlis turut melakukan pemilihan pada hujung minggu lalu.

Sumber dari kem Azmin berkata, jumlah undi yang diperoleh Ahli Parlimen Gombak itu membuktikan beliau mendapat sokongan di peringkat akar umbi.

"Perlu diberi perhatian bahawa Azmin menang di kawasan pengundi bukan Melayu di Sabah dan Sarawak. Ini menunjukkan agenda pelbagai bangsanya diterima ahli parti," kata sumber.

Sementara itu, kegagalan Abdul Khalid untuk memenangi lebih ramai undi disebabkan oleh 'kelemahan' ahli di dalam pasukannya.

"Mereka tidak bersedia sepenuhnya, tidak seperti kem Azmin yang lebih teratur apabila berkempen," menurut sumber.

Saifuddin tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan komen beliau. Pemilihan PKR bermula pada 26 April lalu dan tamat pada 11 Mei ini.

Keputusan rasmi pemilihan akan diumumkan pada 13 Mei ini lapor mStar


.... Apa yang aku highlight itu adalah hakikat yang perlu diterima oleh kem Tan Sri Khalid dan ianya adalah berdasarkan dari pemerhatian ketika Pemilihan PKR berlangsung di Pulau Pinang hari Ahad lalu..

Bukan saja tidak bersedia malah kelihatan tidak berpengalaman dalam mengendalikan pilihanraya entah atas kriteria apa mereka dilantik akupun tak tahu..

Beberapa orang yang aku temui terpaksa diterangkan apakah yang diperlukan dalam untuk menggerakkan kempen..

Sehingga ke saat-saat akhir pemilihan hendak diadakan logistik atau barang-barang keperluan untuk kempen masih tidak diterima oleh jentera kempen di peringkat Cabang.

Ini meletakkan jentera kempen Kem Tan Sri Khalid terkebelakang jika dibandingkan dengan jentera Azmin dan Saifuddin..

Jika jentera kempen bergerak selari dengan jentera Azmin dan Saifuddin sudah pasti Tan Sri Khalid mampu memberikan saingan sengit buat Kem Azmin...

Red Bean Army mana pulak yang fitnah PERKASA ni?

Posted: 05 May 2014 01:03 AM PDT


NGO pendesak Melayu PERKASA menafikan dakwaan mereka akan menganjurkan satu perhimpunan menyokong Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur pada 12 Mei ini.

Menurut Setiausaha Agungnya Syed Hassan Syed Ali dalam pesanan ringkas kepada Malaysiakini, perkara itu "kerja kotor" dan "fitnah" yang disebarkan tentera siber pembangkang Red Bean Army.

Bahkan, Syed Hassan menegaskan akan membuat laporan polis berhubung penyebaran maklumat itu. 

"PERKASA pasti ini kerja kotor Read Bean Army yangg terima puluh jutaan dolar Amerika. Jenis tak ada kerja lain. Sentiasa mahu membuat fitnah," katanya lewat petang semalam.

Utusan Malaysia yang dimiliki Umno memperkenalkan istilah "Red Bean Army" bagi menggambarkan satu unit tentera siber itu dan mendakwa ia telah diupah oleh DAP. 

DAP telah menafikan sekeras-kerasnya kewujudan kumpulan itu dan menyebutnya sebagai khayalan imaginasi Utusan.

Syed Hassan merujuk kepada poster yang diedarkan dalam laman sosial, bertajuk "Sejuta rakyat menyokong GST" berserta logo PERKASA dan gambar presidennya Datuk Ibrahim Ali.

Acara itu kononnya dianjurkan bersama dengan sayap kanan NGO lain, seperti Pertubuhan Jalur Tiga (JATI) yang dipimpin oleh bekas pemimpin kanan PAS Datuk Dr Hassan Ali.

Sementara itu, dalam laporan media Sabtu lalu, PERKASA mencadangkan supaya Cuepacs dan dewan perniagaan mengetuai perhimpunan besar-besaran supaya rakyat menyokong pelaksanaan GST. 

Presidennya, Datuk Ibrahim Ali berkata, perhimpunan itu sebagai tindak balas kepada perhimpunan anti-GST 1 Mei anjuran NGO pembangkang yang didakwanya mengelirukan rakyat.

PERKASA, katanya, akan memberi sokongan demi kebaikan rakyat dan negara lapor Malaysiakini

Video Calon Ketua Cabang dan penyokongnya maki hamun petugas JPP dalam Pemilihan di Nibong Tebal tersebar!!.. saksikan!

Posted: 04 May 2014 10:07 PM PDT


Pemilihan di PKR Nibong Tebal ini sememangnya dijangka akan berlaku kekecohan oleh ramai individu yang bergiat aktif dalam PKR Pulau Pinang dan ianya telah berlaku semalam..

Puncanya hanyalah kerana ada calon yang mahu menang mudah kalau boleh tanpa pertandingan yang belum tentu menjamin kemenanganya..

Sebabnya dalam pemilihan yang lalu juga beliau menerima laluan mudah untuk jawatan Timbalan Ketua Cabang bilamana 'suara dari satelit' atau 'wahyu' diturunkan kepada pencabarnya supaya menarik diri..

Kerana gagal memujuk calon yang akan menentangnya dalam Pemilihan itu, beliau cuba menggunakan pihak yang lebih atas untuk memujuk penentangnya supaya memberikan dirinya laluan..

Cubaan memujuk menggunakan pihak atasan gagal bilamana calon yang menentang kekal dengan pendirian untuk bertanding.

Oleh itu satu lagi cubaan dilakukan, kali ini menggunakan individu dalam parti yang jauh lebih besar pengaruhnya..

Malangnya 'suara dari satelit' yang menyampaikan 'wahyu' diputuskan tiba-tiba oleh penerima wahyu..

Kata pemutusnya.. "Hang bagitau kat XXXX lepas Pemilihan ni, call semula...." seterusnya hand phone ditutup (off) terus..

KUALA LUMPUR: Proses pemilihan PKR cabang Nibong Tebal bertukar kecoh apabila keputusan pengundian dibatalkan gara-gara terlebih undi. 
Semuanya bermula kira-kira jam 6 petang apabila pihak Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) ingin membuat pengiraan undi di dalam bilik khas, di dewan JKKK Simpang Tiga, Nibong Tebal. 
Bagaimanapun, tindakan itu dibantah anggota parti sehingga mencetuskan perang mulut.
Pertikaian tersebut kemudiannya berlarutan sehingga jam 10 malam apabila keputusan pengiraan diumumkan ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Tambun, Law Choo Kiang, mendapati senarai daftar pengundi dan jumlah kertas undi yang diperolehi tidak sama. 
Difahamkan, jumlah kertas undi yang diterima adalah 838 berbanding senarai daftar undi sebanyak 671. 
Calon ketua cabang, Datuk Mansor Othman, berang apabila permintaannya supaya JPP membuat pengiraan undi semula ditolak, menyebabkan berlaku rusuhan kecil di dalam dewan. 
Kemarahan Mansor menyebabkan lebih 50 pengikutnya yang berada di dalam dewan bertindak menendang meja dan kerusi serta memaki JPP dan pengikut calon ketua cabang lain. 
Mansor kemudiannya ditenangkan anggota PKR sehingga menyebabkan Law mengambil langkah drastik dengan terus menghubungi pengerusi JPP,Datuk Johari Abdul untuk mengawal keadaan. 
Law yang juga Speaker DUN kemudiannya memaklumkan kepada ketua pengawas keputusan yang diperolehi daripada Johari. 
Sejurus ketua pengawas memaklumkan pembatalan keputusan, dewan berkenaan tiba-tiba terputus bekalan elektrik selama tiga minit sehingga menyebabkan suasana menjadi kacau bilau. 
Bagaimanapun, Law didapati menghilangkan diri selepas bekalan elektrik pulih seperti biasa sekali gus menimbulkan tanda tanya kepada ahli parti itu. 
Cabang Nibong Tebal menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara S Sanjeeviramah, Mansor dan penyandangnya, Maktar Shapee ~ AstroAwani

Berikut adalah videonya...


Nasib baik depa sepak kerusi dan meja.. kalau sepak tong undi samalah perangai depa tu dengan calon UMNO yang kalah masa menentang DS Wan Azizah di Permatang Pauh dulu.. kah..kah..kah...

Patutlah Najib nak laksanakan GST...

Posted: 04 May 2014 08:17 PM PDT


Cukai barangan dan perkhidmatan (GST) menjadi satu sumber pendapatan negara setelah bilangan pembayar cukai di negara ini masih rendah dan akan diteruskan, kata Datuk Seri Najib Razak, walaupun puluhan ribu berhimpun membantahnya 1 Mei lalu.

Perdana menteri berkata jumlah pembayar cukai di Malaysia hanya mencatatkan sekitar satu juta orang dan mereka membayar cukai dengan kadar yang lebih rendah berbanding daripada kadar yang sepatutnya. "GST satu cukai yang progresif dan membantu kita meluaskan pendapatan negara.

Kebanyakan rakyat Malaysia tidak membayar cukai, cuma satu juta yang membayar.

"Kita mesti terangkan banyak yang tidak bayar cukai. Saya tahu sebagai menteri kewangan mereka bayar kurang daripada apa yang sepatutnya dibayar," katanya kepada penjawat awam di perhimpunan bulanan Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya hari ini.

Putrajaya akan melaksanakan GST bermula April 2015 dengan kadar 6% walaupun mendapat kritikan pembangkang sekarang bukan masa yang sesuai bagi Malaysia melaksanakan sistem cukai itu.

Sempena cuti umum sambutan Hari Pekerja 1 Mei lalu, beberapa badan bukan kerajaan (NGO) dan pemimpin politik berhimpun di Dataran Merdeka bagi menyatakan bantahan terhadap GST yang akan dikuatkuaskan kerajaan.

Rata-rata pemimpin pembangkang yang memberikan ucapan pada perhimpunan itu tidak mengkritik sistem GST, namun mendakwa jurang pendapatan mereka yang berpendapatan tinggi dan rendah masih jauh ketara.

Bagaimanapun, Najib berkata kerajaan akan tetap melaksanakan cukai itu setelah 190 buah negara di seluruh dunia mendapat manfaat melalui penguatkuasaan sistem cukai tersebut.

"Adakalanya kita perlu membuat sesuatu yang kita tahu kesudahannya untuk kebaikan, tetapi dalam jangka masa pendek mungkin kita akan hadapi sedikit sebanyak kesukaran kerana ada pihak yang cuba memutar belit atau menanam kebencian terhadap kerajaan.

"Kita mengkaji perkara ini begitu lama. Sistem GST ini diguna pakai di lebih 90% negara lain kerana ia terbukti dan tentu sahaja kita di Malaysia, kalau diperkenalkan GST, mestilah merupakan satu sistem adil, progresif dan diterima rakyat," katanya.

Perdana Menteri berkata GST tidak akan membebankan rakyat kerana pengguna hanya akan dikenakan cukai berdasarkan kepada barangan atau perkhidmatan yang mereka gunakan sahaja.

Katanya, kerajaan bersedia untuk menilai barang atau perkhidmatan keperluan rakyat untuk dikecualikan GST asalkan mereka memahami sistem cukai ini demi kepentingan negara. "Jika tidak, rakyat di 190 buah negara akan menolak sistem ini.

"Kita dengar cerita ada orang yang didapati miskin atau kurang pendapatan, tetapi boleh menghantar anak dia ke luar negara, maknanya dia di bawah 'declare'.

"Sistem GST ini progresif bergantung kepada banyak mana penggunaan dan pembelian. Dengan banyak barang keperluan rakyat dikecualikan maka pengenalan GST tidak akan membebankan.

"Kita akan lihat lebih terperinci apakah barangan yang boleh dikecualikan asalkan pendapatan negara dapat diperluaskan," katanya.

Najib berkata pendapatan negara perlu dipertingkatkan supaya infrastruktur di bandar dan luar bandar dapat dipertingkatkan.

Katanya, pembangunan modal insan memerlukan peruntukan tambahan selain pembinaan hospital dan peralatan kesihatan yang perlu ditambah untuk keselesaan rakyat.

"Kita boleh bina lebih banyak keperluan asas bandar dan luar bandar. Jika kita tidak bina infrastruktur yang lebih moden, kita akan kehilangan kelebihan daya saing yang amat penting.

"Infrastruktur moden dan terbaik di dunia itu perlu kita laksanakan secara berperingkat. Kita perlu belanja lebih untuk pembangunan insan sebab ia faktor kritikal dalam mana-mana negara," katanya. 

Menteri Kewangan itu turut memberikan analogi kesusahan rakyat pada masa ini demi kesenangan akan datang seperti menelan pil antibiotik yang perlu diambil sehingga habis.

"Analogi mudahnya kita perlu kepada ubat antibiotik. Kita mesti makan sampai habis supaya kesihatan kita boleh pulih.

"Dalam perjalanan mentransformasikan negara kita, kita mesti telan ubat yang perlu, tetapi yakinlah kesudahannya kita akan dapat kebaikan dan memiliki negara yang lebih berjaya," katanya lapor The Malaysian Insider

Tiada ulasan: