Anak Sungai Derhaka |
- Ibu sokong Dyana: Muhyiddin tak kisah.. hanya macai yang gelabah..
- Video penyokong BN mengganas semasa Penamaan Calon Teluk Intan tersebar!! Saksikan!
- Veteran UMNO dah meroyan.. mahu Ibu Dyana dipecat sebab sokong anaknya..
- Dyana Sofya hanya ditentang oleh lelaki 'handsome' di Teluk Intan.. ( Video Inside)
- MH370: Alamak! Hishamuddin Kantoi lagilah pulak..
- Dyana, awek cun yang menggugat!
- Ini nasihat dari Dyana Sofya buat Shahrizat Jalil...
Ibu sokong Dyana: Muhyiddin tak kisah.. hanya macai yang gelabah.. Posted: 19 May 2014 05:24 AM PDT Barisan Nasional, BN, tidak bercadang untuk mengambil sebarang tindakan kepada ahlinya, Yammy Samat iaitu ibu kepada calon DAP dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Teluk Intan, Dyana Sofya Mohd Daud kerana membantu anaknya itu dalam kempen pilihan raya tersebut. Yammy Samat adalah ahli UMNO dan pernah menjadi Setiausaha UMNO Bahagian Ipoh dari 1976 hingga 1980. Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu bahawa parti itu tidak berminat untuk mengambil tindakan terhadap Yammy kerana itu adalah haknya sebagai seorang ibu "Itu adalah hak individu dan ianya tidak menjejaskan ibu bapa mana-mana calon yang bertanding disini," katanya kepada pemberita sejurus selepas pengumuman calon PRK Teluk Intan disini pagi tadi. Sebelum ini, Yammy menegaskan bahawa beliau akan membantu anaknya itu dalam berkempen dan sokongan serta bantuannya itu tidak lebih hanyalah semata-mata kerana beliau adalah ibu kepada Dyana Sofya. Beliau turut menyerahkan kepada UMNO jika hendak mengambil tindakan terhadapnya. Beliau dipetik sebagai berkata ""Saya menyokong anak, bukan parti... saya sama sekali tidak akan keluar daripada parti Umno. Saya sebagai ibu, bagaimanakah anda jika berada dalam keadaan saya...saya akan temankan dia sepanjang kempen ini,". Terdapat desakan daripada NGO veteran UMNO yang mahukan parti itu melucutkan keanggotaan ibu kepada Dyana Sofya kerana menyokong dan membantu anaknya yang bertanding sebagai calon DAP dalam pilihan raya kecil Parlimen Teluk Intan. Setiausaha Agung NGO tersebut, Datuk Mustapha Yaakob berkata perbuatan itu jelas menyalahi perlembagaan parti dan juga menghina parti dan tiada gunaya parti itu menyimpan ahli yang secara teranga-terangan menjejaskan kredibilit dan menghina parti lapor Astroawani |
Video penyokong BN mengganas semasa Penamaan Calon Teluk Intan tersebar!! Saksikan! Posted: 19 May 2014 02:32 AM PDT Jadi benarlah bagai dikata.. Pilihanraya Kecil baik di kawasan mana sekalipun diadakan jika UMNO/BN tidak meletakkan calonnya untuk bertanding pasti aman pilihanraya itu.. Contoh yang terbaru ialah semasa penamaan calon bagi Bukit Gelugor baru-baru ini, UMNO/BN tidak meletakkan calon mereka, jadi suasana penamaan calon itu aman saja.. Berbeza dengan apa yang berlaku di penamaan calon Teluk Intan ini.. Polis pun depa nak lawan.. samseng sungguh! TELUK INTAN 19 Mei - Satu kekecohan telah berlaku di antara penyokong Barisan Nasional (BN) dengan Pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) setelah diarahkan tidak keluar dari kawasan yang telah ditetapkan pada hari penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan. Kejadian berlaku apabila berlaku sedikit perselisihan faham selepas selesai perarakan bersama calon BN Parlimen Teluk Intan menyebabkan berlakunya pertelingkahan sehingga tidak terkawal. Pihak polis dikatakan cuba bertindak menolak lantas mengasari Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Tajudin Abdul Rahman sehingga menyebabkan para penyokong BN memarahi para petugas polis berkenaan. Bagaimanapun, pergaduhan berjaya dileraikan sejurus pihak polis menerangkan situasi sebenar yang berlaku lapor RakyatNews Ini video berkenaan... Kalau RakyatNews dah removed, video versi Facebook sila lihat di SINI |
Veteran UMNO dah meroyan.. mahu Ibu Dyana dipecat sebab sokong anaknya.. Posted: 19 May 2014 12:53 AM PDT Di negara kita ini perbezaan ideologi politik dikalangan ahli keluarga seperti abang dan adik adalah satu perkara biasa... Antara yang merupakan satu keluarga tapi berlainan ideologi politik ialah MP PAS Khalid Samad dan MP Johor Bharu, Shahril Samad dari UMNO.. Dalam DAP, YB Teng Chang Khim dan Teng Chang Yeow Pengerusi GERAKAN Penang, manakala PKR, Saifuddin Nasution dan abangnya Shahlan Ismail Bekas S/U Najib.. Dan yang paling popular ialah, pasangan adik beradik.. YB Azmin Ali dan Ummi Hafida Ali dari UMNO.. Jadi apa masaalahnya jika Ibu Dyana dari UMNO menyokong anaknya dari DAP sebagai calon hingga NGO Veteran UMNO mahu beliau dipecat? Sedangkan menurut Ibu Dyana Sofea yang juga Bekas Setiausaha Wanita UMNO Bahagian Ipoh, walaupun berlainan parti dengan anaknya, sebagai ibu, beliau wajib menyokong dan membantu Dyana Sofya menang dalam Pilihan Raya Kecil Teluk Intan ini. Katanya, dengan memberi dan mencurahkan sokongan kepada calon DAP yang juga anaknya, ia tidak bermakna beliau belot kepada parti, malah UMNO harus faham hati seorang ibu. "Tidak ada seorang pun ibu di dunia ini mahu melihat anaknya tidak berjaya. Saya mahu anak saya berjaya. Oleh itu, untuk pastikan dia berjaya, saya kena turut memberi sokongan dan membantunya. "Saya tetap ahli UMNO, saya tidak akan sekali-kali keluar UMNO, melainkan saya dipecat oleh UMNO," kata Yammy Samat, ibu kepada calon DAP Parlimen Teluk Intan, Dyana Sofya Mohd Daud sepenuhnya sila baca di SINI Naluri seorang Ibu terserlah disitu.. Puan Yammy mengutamakan kepentingan anaknya jauh lebih hadapan dari kepentingan dirinya hingga merelakan dirinya dipecat dari UMNO.. NGO Veteran Umno mendesak parti itu melucutkan keanggotaan ibu kepada Dyana Sofya Mohd Daud, Yammy Samat kerana menyokong dan membantu anaknya yang bertanding sebagai calon DAP dalam pilihan raya kecil Parlimen Teluk Intan. Setuausaha agung NGO tersebut Datuk Mustapha Yaakob berkata perbuatan itu jelas menyalahi perlembagaan parti dan juga menghina parti, lapor akhbar Berita Harian.
"Tiada guna simpan ahli sepertinya kalau beliau sendiri terang-terangan menjejaskan kredibiliti dan menghina parti. "Sebelum terlambat, Veteran Umno mendesak Setiausaha Agung, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor segera memecat Yammy daripada Umno," katanya seperti dipetik dalam laporan tersebut. Asasnya negara kita mengamalkan sistem demokrasi .. jadi kenapa pula anak seorang ahli UMNO perlu kekal menyokong UMNO? |
Dyana Sofya hanya ditentang oleh lelaki 'handsome' di Teluk Intan.. ( Video Inside) Posted: 18 May 2014 08:46 PM PDT Menarik kali ni.. hanya satu lawan satu di PRK Teluk Intan kali ini.. tiada calon bebas yang muncul.. Malah Raja Bomoh 1Malaysia yang dilaporkan berhasrat untuk bertanding juga tidak muncul di pusat penamaan calon.. Sebelum ini telah dilaporkan Raja Bomoh 1Malaysia itu telah mendakwa ramai yang menemuinya meminta beliau turut bertanding malah ramai yang menawarkan diri untuk menjadi jenteranya.. Laporannya sila baca di SINI Mungkin tak ada sesiapapun yang sudi untuk membazirkan duit mereka untuk menaja beliau kot.. Oleh itu dalam PRK Teluk Intan kali ini kita akan menyaksikan pertembungan antara seorang awk cun dari DAP dan seorang lelaki 'handsome' dari BN.. Lelaki 'handsome' tu bukan aku yang gelarkan.. tapi Muhyiddin dan tuan punya badan sendiri.. videonya sila lihat di SINI BN diwakili Presiden Gerakan Datuk Mah Siew Keong manakala DAP diwakili setiausaha politik kepada Ahli Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang, Dyana Sofya Mohd Daud... Laporan berkaitan.. Pilihan Raya Kecil (PRK) kerusi Parlimen Teluk Intan menyaksikan persaingan dua penjuru melibatkan calon dari BN dan DAP. Hanya dua calon mengemukakan borang pencalonan mereka iaitu calon BN, Datuk Mah Siew Keong dan calon DAP, Dyana Sofya Mohd Daud. Proses penamaan calon yang berlangsung di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Perak di sini, ditutup pada 10 pagi tadi. Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Datuk Ibrahim Ahmad dijangka mengumumkan calon yang layak bertanding tidak lama lagi. - Bernama |
MH370: Alamak! Hishamuddin Kantoi lagilah pulak.. Posted: 18 May 2014 05:30 PM PDT Pada awal bulan ini, ahli keluarga penumpang dan anak kapal MH370 menggesa kerajaan Malaysia membeli data asal yang belum diproses daripada INMARSAT supaya data itu dapat dikongsi dan diakses secara global bagi membolehkan ia dianalisis oleh pakar-pakar penerbangan. Bagaimanapun pada 15 Mei lalu... Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein mendakwa data asal pesawat MH370 yang diminta oleh ahli keluarga penumpang serta anak kapal pesawat malang yang hilang itu hanya boleh didedahkan oleh pihak syarikat satelit UK INMARSAT. Demikian penjelasan oleh Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein semasa ditemui pemberita pada sidang media di Hotel Royale Chulan di sini, pada Khamis. "Data asal itu tidak ada bersama pihak MAS, Malaysia, ataupun Australia. Ia berada bersama pihak INMARSAT dan hanya INMARSAT boleh mendedahkan data tersebut," kata Hishammuddin. Tapi... malang buat Hishamuddin.. apa yang didakwanya itu telah dinafikan oleh pihak IMMARSAT sendiri, menurut naib presiden INMARSAT Chris McLaughlin dalam satu temubual dengan saluran berita CNN .. "Kami telah kongsikan segala maklumat yang kami ada dan bagaimana atau bila maklumat tersebut didedahkan terpulang kepada pihak penyiasat," KUALA LUMPUR: Syarikat satelit INMARSAT yang terlibat dalam memberi petunjuk laluan penerbangan pesawat Malaysia Airlines MH370 menafikan dakwaan kerajaan Malaysia bahawa ia tidak menyerahkan data asal yang diperolehinya kepada pihak penyiasat. Hmmm.. dah lebih dari 70 hari.. kenyataannya msih bercanggah-canggah lagi.. bila rakyat tak percaya apa yang disebutnya dalam sidang media, nak marah pulak... Apa sebenarnya yang cuba hendak disorok oleh Kerajaan Malaysia dalam hal ini, hinggakan Tun Mahathir sendiri mula mempersoalkannya dalam entri terbaharu kolum Chedet.cc, Bekas Perdana Menteri itu menulis, Malaysia Airlines (MAS) dan Malaysia bukan pihak yang patut dipersalahkan ekoran kehilangan pesawat MH370, tetapi 'seseorang sedang menyembunyikan sesuatu.' Ini kerana, dalam kes ini, beliau berkata, apa yang naik pasti akan turun. "Mereka boleh mendarat dengan selamat atau terhempas. "Tetapi kapal terbang tidak boleh hilang begitu saja," katanya merujuk kepada kehilangan pesawat berkenaan Dr Mahathir merujuk kepada pesawat MH370 yang kini sudah lebih dua bulan hilang. Menurut Mahathir, terdapat peranan pihak tertentu dalam kehilangan tersebut dan adalah membuang masa mencari serpihan pesawat atau minyak yang tumpah atau 'ping' daripada kotak hitam. "Ia nampaknya bukan kemalangan luar biasa selepas kehabisan minyak. "Pesawat ini ada di satu tempat, boleh jadi bukan lagi dengan logo MAS pada badannya," tulis perdana menteri Malaysia yang paling lama berkhidmat itu. Justeru, beliau menuntut Boeing menjelaskan apa yang dinamakan sebagai 'sistem pendaratan auto anti keganasan'. "Saya tidak boleh bayangkan pilot mendaratkan pesawat ini di lautan yang bergelora dan tenggelam secara senyap bersama pesawat itu," katanya... |
Dyana, awek cun yang menggugat! Posted: 18 May 2014 03:30 PM PDT Malaysia selalunya dihidangkan dengan paparan ahli politik dalam beberapa keadaan yang jelik dan tidak menyelerakan. Rakyat selalunya tidak tertarik untuk mengenali sosok seseorang ahli politik kerana beberapa faktor. Mereka ini selalunya berusia pertengahan empat puluhan, sudah beranak-pinak, buncit dan juga mempunyai gaya serta fesyen yang memualkan. Jarang sekali rakyat Malaysia menegakkan tempat duduk dan membuntangkan mata apabila melihat mana-mana ahli politik muncul ke tengah khalayak, apatah lagi sewaktu pilihanraya. Bagi banyak dari kalangan kita, ahli politik harusnya tua, punya pengalaman luas, duit berbakul-bakul dan sudah penuh lemak perut. Ini selalunya kita lihat kedapatan di kalangan wanita UMNO, dengan tudung merah, gincu merah tebal dan baju kurung besar yang menyembunyikan tubuh yang kian gempal. Secara tiba-tiba, budaya ahli politik buruk dan tidak menarik ini digugat sekali lagi dengan hadirnya seorang anak gadis Melayu yang dipertaruhkan DAP sebagai calon pilihanraya kecil Parlimen Teluk Intan. Sebenarnya ini bukan pertama kali arena politik Malaysia menerima kehadiran 'awek cun' yang mendobrak dan menggawatkan keadaan. Sudah ada ramai 'awek cun' lain yang hadir meramaikan suasana hambar politik negara yang balik-balik berbicara soal rasuah, perkauman sempit dan hal-hal curi lembu. Ketua Wanita UMNO Shahrizat Jalil yang terpalit dengan skandal lembu juga pernah tewas di tangan seorang 'awek cun' di Lembah Pantai. Nurul Izzah Anwar hampir tidak perlu penat berkempen. Berdiri sahaja di pentas, orang ramai sudah bertepuk tangan dan membetulkan duduk mereka. Poster kempen Nurul Izzah juga selalunya hilang dalam masa kurang 24 jam; dengan dawai pengikatnya sekali ghaib. Sama halnya dengan Ahli Parlimen Rembau Khairy Jamaluddin. Dengan perawakan yang disebutnya sebagai 'swag', menantu Pak Lah ini menjadi kegilaan ramai anak gadis bertudung merah jambu yang berbondong-bondong isi borang Puteri UMNO. Khairy turut menghadirkan kelainan ke dalam parti tersebut yang rata-rata dihuni pakcik-pakcik berperut buncit. Perut Khairy tidak begitu kelihatan dan kemas tersembunyi di balik baju batik Jawa yang digayakannya dengan seluar jeans. Ini semua adalah sebahagian daripada politik baru yang dianjurkan banyak pihak. Politik baru, menggantikan politik lama. Orang baru, menggantikan orang lama. Dan begitulah seterusnya. Dyana Sofya, anak gadis kelahiran Perak, graduan undang-undang Universiti Teknologi MARA adalah edisi terbaru kepada gelombang politik segar ini. Hatta ada yang berseloroh kononnya sebaik sahaja Dyana diumumkan sebagai calon DAP di Teluk Intan, Menara Condong yang begitu sinonim dengan daerah itu terus berdiri tegak. Malaysia, untuk seminggu dua ini, akan berada dalam keadaan terkejut dengan hal ini. Secara amnya kerana : a) Dyana ini cantik orangnya, b) dia calon DAP dan c) dia calon wanita Melayu DAP pertama mahu dihantar ke Parlimen dan d) Dyana ini cantik betul. Ok, itu tadi dah sebut. Takkan lah sebab cun sahaja Tetapi Dyana dijadikan calon DAP bukan hanya kerana dia 'cun'. Sifat 'cun' ini setakat sampai ke kulit muka sahaja. Kalau DAP semata-mata mahu calonkan awek cun, berlambak lagi awek cun ada. Dyana lebih dari sekadar cun, Dyana awek cun menggugat. Sejak semalam serangan demi serangan terhadap Dyana bertali arus. Ahli Parlimen Lenggong, Datuk Shamsul Anuar Nasarah contohnya menyifatkan Dyana sebagai menggigit tangan yang memberinya peluang, merujuk kepada Dyana si graduan UiTM yang baginya merupakan sebuah institusi bikinan UMNO. Datuk Shamsul barangkali lupa bahawa UMNO tidak bikin UiTM dengan duit orang Melayu sahaja, tetapi menggunakan cukai yang dibayar rakyat kesemuanya tanpa mengira keturunan dan agama. Barangkali Datuk Shamsul lebih berkenan kalau Dyana ikut tabiat orang UMNO yang tidak gigit tangan tetapi tunduk cium tangan pemimpin, tidak kira apa juga dosa mereka terhadap rakyat. Dyana lahir daripada sistem UiTM, seperti juga ramai pemimpin muda hari ini yang akhirnya menolak politik perkauman sempit yang cuba diteruskan melalui politik akademia di institusi itu. Dr Afif Bahardin, EXCO Kerajaan Negeri Pulau Pinang, ahli politik Parti Keadilan Rakyat, juga graduan UiTM. Banyak lagi graduan UiTM yang mengikut serta perjuangan Pakatan Rakyat, tidak bermakna mereka khianat kepada bangsa dan agama. Produk UiTM yang cemerlang akan memperjuangkan yang benar dan mendukung perjuangan demokrasi, keadilan dan kebenaran. Ini biasa. Yang luarbiasa ialah yang mengikut jejak langkah Ibrahim Ali (juga graduan ITM) yang kini tersekat di barzakh politik. Dyana adalah produk UiTM yang cemerlang. Bukan sahaja lawa, malah punya kesedaran politik tinggi. Kesedaran politik tinggi ini barang tercicir yang jarang dijumpai di UiTM. Justeru sepatutnya UiTM bangga punya anak yang berani berdepan cabaran dan ditohmah segala bagai atas dasar percayanya kepada dasar keadilan dan kesepakatan, serta menolak politik perkauman. Melayu dalam DAP yang kecewa dan keluar parti bukan Melayu seperti Dyana Sofya. Itu Melayu lima kupang. Dyana adalah Melayu yang tidak ternilai. Ya, nah Teluk Intan! Sebutir permata buat kalian. Dyana Sofya; bukan sekadar awek cun. Tetapi awek cun yang menggugat kerusi kerajaan. – Roketkini.com |
Ini nasihat dari Dyana Sofya buat Shahrizat Jalil... Posted: 18 May 2014 09:07 AM PDT Calon DAP bagi kerusi Parlimen Teluk Intan, Dyana Sofya Mohd Daud hari ini menyelar semula Datuk Seri Shahrizat Jalil, dengan berkata kenyataan memperkecilkan dirinya adalah bukti kegagalan Wanita Umno menaikkan wanita dalam politik. "Kenyataan ketua Wanita Umno mengenai pencalonan saya sekadar wayang DAP adalah petunjuk kegagalan Wanita Umno menaikkan ahli wanita mereka ke kedudukan barisan kepimpinan dalam partinya dan kerajaan. "Beliau sepatutnya memuji DAP kerana berani dan ada keinginan politik untuk meletak saya, seorang wanita Melayu muda di kerusi yang secara tradisinya ditandingi wakil Cina daripada Barisan Nasional, tetapi sebaliknya Shahrizat memperkecilkan saya dan DAP. "Ini adalah sikap negatif yang diturunkan daripada barisan pemimpin wanita BN yang secara terus-terusan merompak peluang wanita untuk memimpin di negara ini," kata Dyana dalam satu kenyataan, hari ini. Semalam, Shahrizat melahirkan rasa kasihan kepada Dyana yang dikatakan tidak sedar beliau adalah boneka yang diperguna oleh DAP untuk merampas kuasa. Tetapi, hari ini Dyana mempertikaikan kenyataan itu dan berkata DAP menghormati wanita dan mengiktiraf wanita perlu memegang jawatan lebih besar dalam kerajaan untuk memberi keseimbangan wakil lelaki dan wanita. "DAP juga berani mencalonkan semakin ramai calon wanita dalam setiap pilihan raya. Peranan wanita dalam politik tidak sepatut terkongkong dengan peranan tidak penting, menghidang makanan dan minuman kepada pekerja parti dan melawat pengundi di rumah mereka mengagihkan hadiah," katanya. Dyana berkata, DAP menaikkan calon belia tanpa mengira bangsa dan jantina dalam pilihan raya lalu, dan ini termasuk Teo Nie Ching dan Liew Chin Tong pada 2008, Zairil Khir Johari, Kasthuri Patto dan Alice Lau pada 2013. Dyana juga menyangkal dakwaan Shahrizat, Umno yang membawanya di mana beliau berada pada hari ini, dan berkata pujian itu sepatutnya diberikan kepada ibu dan keluarganya. "Saya minta beliau belajar daripada emak saya yang juga ahli Umno tetapi sudah sedar pencalonan saya oleh DAP adalah kejayaan untuk wanita muda dalam politik, terutama wanita Melayu, yang sudah lama terkebelakang disebabkan struktur tidak fleksibel yang diamalkan Umno. "Saya terhutang budi kepada keluarga dan emak saya, atas semua kerja keras dan keputusan peribadi yang saya buat sepanjang hidup saya," kata Dyana. Dyana berkata, jika beliau memilih laluan yang serupa dengan Shahrizat dan tidak menyertai DAP pada 2011, adalah mustahil untuknya memasuki Parlimen sebagai wakil rakyat Teluk Intan dan jika terpilih, beliau bakal menjadi ahli Parlimen termuda dalam Dewan Rakyat. "Datuk Shahrizat Jalil dan Puteri Umno tidak sepatutnya memperkecilkan kebijaksanaan dan kemampuan saya untuk membezakan BN yang melindungi kepentingan orang kaya dan berkuasa, dengan DAP yang melindungi hak rakyat biasa Malaysia, tanpa mengira bangsa, agama, fahaman politik dan kepercayaan. "Parti mencalonkan saya kerana saya sangat percaya kepada keadilan yang ideal, peluang sama rata dan pemerintahan yang baik," katanya. Dyana, yang juga setiausaha politik kepada penasihat DAP, Lim Kit Siang akan bertanding melawan pemimpin veteran, Datuk Mah Siew Kong daripada BN, seperti diumumkan semalam. Mah, yang juga presiden Gerakan, menang kerusi Teluk Intan dalam pilihan raya umum pada 1999 dan 2004 tetapi kalah kepada calon DAP M Manogaran dan Seah Leong Peng pada 2008 dan 2013 dengan undi majoriti masing-masing 1,470 dan 7,313. Kerusi itu kosong selepas Seah meninggal dunia kerana penyakit barah pada 1 Mei menyebabkan pilihan raya kecil diadakan bagi kawasan yang mempunyai 23,301 pengundi Melayu berdaftar (38.6%), pengundi Cina (25,310, 41.9%) dan India (11,468, 19%). DAP, yang membentuk satu pertiga daripada pakatan pembangkang, berusaha membuktikan pengkritiknya salah dengan meletakkan lebih ramai calon Melayu dalam pilihan raya umum lalu untuk meluaskan pengaruhnya. Tetapi, keputusannya untuk meletakkan Dyana mencetus kritikan daripada Umno, termasuk akhbar lidah rasmi parti itu, Utusan Malaysia, yang mendakwa pencalonan Dyana akan mengecewakan dirinya dan tidak bernilai kepada parti itu. Dyana juga menjadi mangsa kempen berniat jahat yang menunjukkan gambarnya berbaju mandi yang menjolok mata, dan penganalisis berkata tindakan itu adalah usaha untuk menunjukkan beliau bukan seorang Melayu yang "tulen" atau "baik" lapor The Malaysian Insider |
You are subscribed to email updates from Anak Sungai Derhaka To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan