WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI |
Posted: 29 Apr 2014 07:37 AM PDT |
Posted: 29 Apr 2014 07:25 AM PDT Rakyat Bantah GSTSAKMONGKOL47 Esok malam (30 APRIL) saya akan menyertai ceramah mengenai GST. Turut sama ialah pemimpin2 politik seperti Tian Chua, Tamrin Tun Ghafar dan abang Hj Mat Sabu. Esok 30hb April ambang kepada himpunan bantah GST di dataran merdeka. Dataran merdeka hak rakyat. rakyat yang punya. Saya harap ramai akan datang ke dataran merdeka. Jangan takut. Mahkamah telah menghukum bahawa himpunan aman tidak melanggar undang2. Bahkan melarang himpunan aman melanggar perlembagaan. Kita sudah buktikan bahawa bila kita berhimpun kalau tidak ada provokasi dari pihak upahan UMNO, himpunan akan jadi aman. Pihak polis tidak boleh ancam rakyat mereka sendiri. Zahid Hamidi tidak boleh ugut rakyat. pemimpin kerajaan seperti Zahid mesti ingat, mereka ialah kerajaan yang disokong oleh 47% dari mereka yang benar2 keluar mengundi. Kerajaan BN ialah kerajaan yang menang atas technicalities. Dari segi moral mereka kalah. Majority yang tidak sokong kerajaan berhak membantah suatu dasar yang menyakiti mereka. Orang Melayu khususnya mesti celik mata dan cerdiklah sedikit. Jika rakyat terutama orang Melayu sokong juga GST , ini mengesahkan mereka ini lembab. Kita mesti berhenti dari dilembukan. Bila kita cadangkan untuk batal dan masnuhkan AES, golongan UMNO dan kumpulan Melayu berdemonstrasi dan membantah pembatalan saman AES. Sedangkan hasil AES dinikamati oleh elit Melayu. Ingat ini hai orang Melayu. 20% Melayu teratas ada pendapatan bulanan RM10,666. 40% yang ditengah ada pendapatan bulanan purata sebanyak RM4123. Yang 40% terbawah pendapatan mereka RM1686. Jangan lupa ini. Bila kita cadang nak beri pendidikan sampai universiti secara percuma, orang Melayu juga bangkit memprotes, berdemonstrasi dan membantah pembatalan PTTN. Apa- orang Melayu sudah cukup kaya dan punya pendapatan yang besar? Perkara percuma, mereka bertegas dan berkeras hendak bayar juga? Nasi apa yang orang Melayu makan? Sekarang bila GST hendak dikenakan- sekali lagi takyat dan khususnya orang Melayu hendak sokong. Apa kena mereka ini? GST akan menguntungkan kerajaan. Pendapatan kerajaan bertambah. Pendapatan awak bagaimana? Bandingan nya seperti semasa kita dalam keadaan berdepan dengan kos kehidupan yang tinggi, kerajaan mengurniakan kepada diri mereka sendiri kenaikan gaji. Kenaikan pendapatan ini – adakah ianya mendatangkan kebaikaan kepada rakyat atau kebaikan kepada golongan istimewa dan terpilih? Saya tidak perlu menghurai GST dari sudut arithmetic nya. tidak perlu saya memeningkan kepala pendengar dengan kiraan beza antara input gst dan output gst. Tidak perlu juga saya menerangkan cukai gst yang dikenakan kepada setiap fasa dalam rantaian bekalan. Dari pengilang, kepada pemborong kepada peruncit dan kepada pengguna. Siapa kata, GST tidak akan menaikkan harga barang? Kerajaan kata GST bukan elemen kos kepada pihak pembekal. Setiap fasa dalam rantaian bekalan bertindak sebagai ejen mengutip dan memperoses cukai gst. Kerja pemerosesan ini dilakukan percuma kah? Mendahulukan bayaran kepada pihak kerajaan bukan kos? Menanti refund dari kerajaan bukan kos? Semua ini kos kepada pembekal. Pembekal dan peniaga akan assign kos kepada perkara2 ini dan akan mengambil kesempatan menaikkan harga secara umum. Tidak dapat tidak harga barang atau inflasi akan berlaku. Pengguna akhir bukan sama kekayaan mereka. Yang miskin akan memperuntukkan bahagian yang lebih besar dari pendapatan mereka walhal pendapatan mereka kekal pada tahap sama. Apabila golongan miskin memperuntukkan bahagian yang lebih besar kepada bayaran cukai, ertinya cukai itu regressive. Orang kaya memang bayar cukai- tapi peratusan bayaran cukai dari pendapatan mereka yang lebih besar tidak mencederakan mereka. Bayaran cukai RM100 dari pendapatan 1500 tidak sama dengan bayaran cukai RM100 dari pendapatan RM10,000. Jadi siapa kata GST membantu golongan pendapatan rendah? Yang menanggung beban cukai dan kenaikan harga umum ialah golongan miskin. |
You are subscribed to email updates from WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan