Rabu, 30 April 2014

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


Tidak Tahukah Nur Jazlan Hudud Sudah Diterima Pakai Oleh Nenek Moyang UMNO?

Posted: 30 Apr 2014 01:41 AM PDT


Minta Umno sokong laksana hudud kerja sia-sia - Nur Jazlan

KUALA LUMPUR: Usaha PAS mendekati Umno untuk menyokong pelaksanaan hudud adalah sia-sia kerana parti itu pasti telah melaksanakan hukum jenayah Islam itu jika ia menjadi satu keutamaan.

Walaupun terdapat sokongan jelas di kalangan beberapa pemimpin Umno untuk menyokong dua rang undang-undang persendirian yang bakal dibawa wakil PAS di Dewan Rakyat bagi mengetepikan halangan pelaksanaan hudud di Kelantan, Ahli Parlimen Pulai, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, ia tidak termasuk dalam perancangan Umno bagi masyarakat berbilang kaum di negara ini.

"Jika tidak, datuk nenek kita telah melaksanakannya (hudud) sejak lama dulu. Secara peribadi saya tidak menyokong ini (pelaksanaan hudud)," kata Nur Jazlan kepada The Malay Mail Online ketika dihubungi.

Walaupun menentang, Nur Jazlan berkata adalah hak Kerajaan Kelantan untuk melaksanakan undang-undang Islam di negeri itu, namun beliau mencadangkan PAS untuk mendapatkan pandangan daripada negeri-negeri lain bagi memastikan konsistensi dalam sistem perundangan negara.

"Kita tidak boleh mempunyai dua sistem undang-undang yang berbeza di negara ini. Adalah bagus jika (PAS) mendapatkan referendum daripada negeri-negeri lain juga," ujarnya.

Beberapa Ahli Parlimen BN daripada Umno telah menyatakan sokongan terhadap cadangan Kerajaan Negeri Kelantan untuk melaksanakan hukum jenayah syariah termasuk hudud antaranya Ahli Parlimen Peringat, Tan Sri Annuar Musa, Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah dan Ahli Parlimen Tanjung Karang, Datuk Seri Noh Omar.

Malah Annuar berjanji untuk melobi sokongan anggota Parlimen BN daripada Umno bagi menyokong rang undang-undang persendirian yang bakal dibawa wakil Kelantan ke Dewan Rakyat bagi membolehkan Kanun Jenayah Syariah (II) 1993 Kelantan dilaksanakan.

ULASAN GB

Ketara sangat Ahli Parlimen Pulai, Nur Jazlan Mohamed Rahmat tidak tahu bahawa sejarah telah membuktikan kesultanan Islam awal seperti Kesultanan Kedah telah bermula 531H/ 1136M dan Kesultanan Kelantan yang bertapak pada tahun 577H/ 1181M membuktikan bahawa bermulanya era pentadbiran dan undang-undang Islam (hudud) di Rantau Melayu ini.

Menurut kajian para sejarahwan teks pada batu bersurat yang merupakan penanda kedatangan Islam di nusantara ini ada menyatakan mengenai tarikh ia ditulis, iaitu "Jumaat di bulan Rejab di tahun saratan di sasanakala Baginda Rasulullah telah lalu tujuh ratus dua".

Menurut kajian yang dilakukan oleh Prof. Dr. Syed Muhammad Naquib Al-Attas, tarikh bagi batu bersurat ini ialah Jumaat, 4 Rejab 702 H, bersamaan dengan 22 Februari 1303M. Ia juga secara jelas mewartakan undang-undang jenayah Islam (hudud)yang diterima-pakai oleh pemerintah Terengganu ketika itu.

Ia juga bermakna Negeri Terengganu telah terbukti menegakkan hukum syariah sejak 7 abad yang lalu dan antara yang terawal di Malaysia. Seterusnya Di Terengganu, Undang-undang Jenayah Islam telah dilaksanakan khususnya semasa Sultan Zainal Abidin III (1881-1918). Pada masa itu terdapat beberapa mahkamah yang membolehkan menjatuhkan hukuman mengikut Undang-undang Islam.

Selain peraturan Islam yang tercatat di batu Bersurat Terengganu pada 702H/1303M, Kerajaan Melaka telah menggubal undang-undangnya sendiri yang berasaskan undang-undang Islam yang dikenali sebagai Risalah Hukum Qanun. Ia dikuat-kuasakan di Melaka. Qanun ini ditulis pada zaman pemerintahan Sultan MUzaffar Syah (1446-1456) dan ianya dilengkapkan oleh Hang Sidi Ahmad dizaman pemerintahan Sultan Melaka terakhir (1488-1511). Dalam masa yang sama Undang-undang Laut juga digubal yang menyentuh tentang peraturan pelabuhan, pelayaran di laut dan percukaian.

Menurut Ustadz Saiful Bahri, Hukum kanun Melaka meliputi bidang yang luas termasuklah jenayah, mu'amalah, keluarga, acara, keterangan, adab alqadi dan undang-undang pentadbiran dan pemerintahan. Hukuman keseksaan pula berdasarkan kepada bentuk hudud, qisas, diat dan ta'zir. Menurut beberapa orang pengkaji barat, seperti William R. Roff dan Alfred R. Rubin bahawa Undang-undang Melaka itu pada dasarnya berasaskan Undang-undang Islam di samping Hukum Akal dan Hukum Adat. Pendapat mereka ini adalah menepati kenyataan yang terdapat di dalam qanun tersebut; "Mengikut hukum Allah, pada hukum Allah, menurut dalil AlQuran dan menurut amar bil ma'ruf wa nahi munkar".

Berdasarkan kepada teks Hukum Qanun Melaka yang diselenggarakan oleh Dr Ph. S. Rankel mengandungi 27 fasal , Kitab Undang-undang Melaka dari Muzium British mengandungi 44 fasal dan setelah diteliti dan dikaji Undang-undang Melaka, dapatlah disimpulkan bahawa , Undang-undang Qanun Melaka ini adalah pada keseluruhannya berdasarkan Undang-undang Islam menurut Mazhab Syafie.

Apabila kejatuhan Melaka ke tangan Portugis pada 1511M, undang-undang dan peraturan Islam ini masih diteruskan pemakaiannya oleh Kesultanan Melayu di negeri-negeri lain. Ia digubal di negeri masing-masing seperti Qanun Pahang (1596M), di Kedah dengan Tembera Dato Seri Paduka Tuan (1078H/ 1667M), Undang-undang 99 dan 12 di Perak. Hukum Qanun Dato Setar (1099H/ 1784M), Qanun Johor (1789M), Qanun Kelantan 1168H. Di Terengganu ia diguna pakai semenjak kesultanan pertama Terengganu yang mencatatkan nama Sultan Zainal Abidin 1 (1708-1733) pada tahun 1120 hijrah (bersamaan tahun 1708) sehinggalah undang-undang Islam itu diperkukuhkan pada tahun 1911M iaitu dengan penggubalan Undang-undang diri Terengganu.

Sistem pentadbiran undang-undang Islam di Tanah Melayu sudah sofistikated dan tersusun kemas mengikut institusi pemerintahan di Timur Tengah. Ia telah matang sebelum kedatangan British lagi dan Britishlah yang telah merombak segala-galanya, menukar semua kanun dan undang-undang yang ada kepada undang-undang sekular yang memisahkan negara dan agama, dengan slogan sekularismanya -"give to Caesar what belongs to Caesar, and give to God what belongs to God" dimana kemudiannya UMNO yang menjadi kerajaan telah meneruskan pemakaian undang-undang tersebut sehingga kini.

Bukankah fakta di atas menjelaskan tentang kejahilan pemimpin UMNO sendiri terutama Nur Jazlan terhadap sejarah?



IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI


Kisah Sedih Isteri Pramugara MH370, Tiada Sedikit Pun Rasa Berdosakah Di Hati Najib?

Posted: 29 Apr 2014 11:17 PM PDT

Hidup terumbang ambing tanpa suami, kata isteri kakitangan MH370

Sudah tujuh minggu berlalu sejak pesawat Malaysia Airlines MH370 lesap bersama 239 penumpangnya, dan sejak itu harapan keluarga mereka semakin pudar. The Malaysian Insider mengeluarkan beberapa siri bagi berkongsi kesedihan keluarga penumpang pesawat dan mengharapkan rakyat Malaysia tidak akan melupakan penumpang yang menaiki pesawat MH370.

Iman, 4, tidak henti-henti bertanyakan perihal bapanya, Hazrin Hasnan. Semakin kerap kebelakangan ini, ketika bangun dan juga sebelum tidur.

Bapanya Hazrin, 34, adalah salah seorang daripada 12 kru pesawat Malaysia Airlines MH370 yang lenyap ketika dalam perjalanan ke Beijing dari Kuala Lumpur pada 8 Mac.

"Dia bertanya bilakah papa dia akan balik. Apabila dia melihat gambar di iPad dan telefon, dia akan minta saya telefon ayahnya.

"Pernah sekali, dia terbangun waktu pagi dan menangis mencari ayah dia. Saya sedih. Dia rindukan ayahnya seperti saya," kata isteri Hasnan, Intan Maizura Othman ketika ditemui di Subang baru-baru ini.

Keluarganya bercuti ketika penerbangan Hasnan ke Beijing. Mereka berada di Port Dickson.

"Sebagai anak kapal, jadual kami padat. Kadang kala dia bercuti sehari, kadangkala dua hari, jadi kami merancang cuti supaya dapat luangkan masa bersama, kata Intan Maizura yang juga seorang anak kapal.

Intan Maizura mula bertemu Hasnan ketika penerbangan antarabangsa tujuh tahun lalu.

Mereka berkenalan selama setahun sebelum mengikat hubungan dengan perkahwinan enam tahun lalu. Mereka mengembara bersama ke London, Paris dan Johannesburg.

Intan berhenti terbang apabila mengandungkan anak kedua mereka. Dia kini berada dalam cuti dan menanti masa bersalin pada Mei.

Ketika Iman merindui bapanya, Intan hilang arah tanpa suami yang turut menjadi sahabat baiknya.

"Dia segalanya. Kami buat semuanya bersama. Selalu bergurau, macam sahabat. Dia ringan tulang, dia segala-galanya yang setiap isteri mahukan. Saya bersyukur berada dengannya. Sekarang saya hilang arah," kata Intan, 34.

Mengucapkan perkataan "Saya cintakan awak" juga rutin buat pasangan itu.

Malah, itulah kata-kata Intan kepada Hazrin pada 7 Mac, ketika menghantarnya ke lapangan terbang.

"Dia telefon saya semasa menaiki aerotrain ke terminal. Dia bercakap mengenai Wan Swaid. Saya kenal dia kerana Hazrin dan Wan Swaid bekerja di zon yang sama, dan kemudian perbualan kami ditamatkan dengan 'saya sayang awak'. Itulah kali terakhir kami bercakap," katanya.

Wan Swaid Wan Ismail merupakan pramugara kanan dalam pesawat MH370 bersama Hazrin dan 10 lagi anak kapal.

Berpakaian baju labuh dan bertudung, Intan kelihatan tenang. Dia kini dapat mengawal emosinya.

"Saya menangis. Tetapi saya cuba untuk tidak menangis depan Iman. Saya perlu tenang untuk kebaikan kami dan anak yang bakal lahir.

"Ianya lelaki. Hazrin sudah namakannya Muhammad. Dan saya akan namakannya dengan nama itu," kata Intan.

Intan kini tertanya-tanya apa yang akan berlaku selepas melahirkan anaknya. Dia tidak sanggup lagi mendengar bunyi kapal terbang.

"Iman akan melambaikan tangan apabila dia ternampak kapal terbang melintasi kediaman kami kerana kami tinggal berhampiran lapangan terbang. Dia akan berkata, 'Bye-bye papa', seperti yang dia selalu buat apabila Hazrin keluar bekerja. Bagi saya, saya takut, trauma, sedih... semuanya berkecamuk," kata Intan.

Ditanya adakah dia menerima fakta suaminya tidak akan kembali, Intan enggan menjawab.

Dia berkata: "Saya terima apa sahaja kemungkinannya. Hidup atau mati. Jika dia sudah tiada, tunjukkan bukti, sekarang kita cari jawapan kepada persoalannya," katanya.

Kehidupan amat sukar tanpanya, daripada segi kewangan dan emosi.

"Saya bukan mahu duit. Saya mahukan suami saya. Saya mahukan dia lebih daripada duit.

"Iman masih mahukan bapanya, dan saya mahukan suami saya."


Intan juga bersyukur mempunyai sokongan daripada keluarganya, mertua dan sahabat handai.

"Sukar untuk terus tabah, tetapi semua sokongan dan kasih sayang di sekeliling saya menjadikan saya semakin kuat," katanya.

Intan tidak menangis ketika ditemuramah, namun dia kelihatan letih dan sedih. Dia kelihatan sugul ketika berbicara mengenai Hazrin dengan tekanan perasaan sejak 51 hari pesawat MH370 hilang.

Dia memaksa diri untuk tersenyum... namun ia kelihatan kosong. Kehidupannya teringatkan Hazrin.

Hazrin, Andrew Nari, Patrick Gomes, Wan Swaid dan lapan kru berada bersama 227 penumpang daripada 15 negara ketika pesawat itu lesap.

Misi carian besar-besaran melibatkan 26 negara dilancarkan untuk mencari pesawat itu di selatan Lautan Hindi.

Namun selepas 51 hari, dengan bantuan kapal selam kecil, Bluefin-21, masih tiada tanda-tanda serpihan pesawat yang boleh dikaitkan dengan pesawat.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan pada 24 Mac pesawat itu "menamatkan penerbangannya di Lautan Hindi" barat Perth, Australia.

Sebulan kemudian, pengumuman dibuat Najib ketika ditemuramah CNN berkata kerajaan tidak bersedia untuk mengatakan penumpang pesawat MH370 hilang.

Intan Maizura Othman, isteri Hazrin Hasnan bercakap kepada wartawan The Malaysian Insider tentang suaminya semasa temubual khas di Subang Jaya, Selangor semalam. Hazrin Hasnan adalah salah satu kru penerbangan Malaysia Airlines MH370.

Anak Intan, Iman yang berusia 4 tahun sangat merindui bapanya dan Intan berasa kehilangan arah tanpa suaminya.

Intan menunjukkan gambar keluarganya bersama suami dan anaknya kepada wartawan The Malaysian Insider semasa temubual khas di Subang Jaya, Selangor semalam.

Adik-beradik Hazrin menunjukkan gambar Hazrin kepada wartawan The Malaysian Insider semasa temubual khas di Subang Jaya, Selangor semalam.

Intan kelihatan sugul ketika berbicara mengenai Hazrin dengan tekanan perasaan sejak 51 hari pesawat MH370 hilang.


Feri Karam, PM Korea Letak Jawatan Tapi MH370 Hilang, PM Malaysia Sibuk 'Berselfie'

Ada dua kejadian malang sedang menimpa dunia ketika ini. Satu, mengenai kehilangan pesawat MH370 milik Malaysia membawa 239 penumpang yang masih misteri sehingga kini sejak 8 Mac lalu manakala yang kedua ialah tragedi feri karam di Korea Selatan pada 16 April lalu yang dipercayai mengorbankan hampir 300 nyawa.

Dalam kejadian feri karam itu, sehingga ini seramai 180 orang sudah disahkan meninggal dunia dan hanya selepas 11 hari daripada kejadian itu, Perdana Menteri Korea Selatan, Chung Hong-won mengambil keputusan untuk meletakkan jawatannya bagi memikul tanggungjawab atas kritikan terhadap kerajaan mengenai tragedi itu.

Perkara terbaik untuk saya lakukan ialah memikul tanggungjawab dan meletakkan jawatan, katanya tanpa ragu-ragu.

Tetapi dalam kes kehilangan pesawat MH370 yang sudah memasuki minggu keenam sehingga ini, di sebalik pelbagai kritikan dari dalam dan luar negara terhadap cara kerajaan menguruskan tragedi itu, langsung tidak terlibat ada mana-mana pemimpin negara yang sedia memikul tanggungjawab dan meletakkan jawatan.

Baik Perdana Menteri, Najib Razak ataupun pemangku Menteri Pengangkutan, Hishammuddin Hussein - kedua-duanya langsung tidak menunjukkan moral yang tinggi sebagai pemimpin atas kejadian itu. Bukan saja tidak menunjukkan keinginan untuk memikul tanggungjawab dan meletakkan jawatan, malah seboleh-bolehnya cuba melindungi dan mempertahankan lagi kedudukan yang disandang sekarang.

Perdana Menteri khususnya seolah-olah tidak terkesan dengan kehilangan pesawat yang membawa 239 nyawa yang sekaligus menyebabkan beribu-ribu yang lain yang sedang menangis ketika ini dengan terus menunjukkan wajah seolah-olah tiada apa yang perlu dikesali dan dipertanggungjawabkan daripadanya.

Ketika kenyataan Najib bahawa MH370 telah berakhir di Lautan Hindi dan MAS pula menghantar pesanan ringkas memaklumkan tiada penumpang yang selamat tapi tidak dapat disertakan dengan apa-apa bukti sehingga menimbulkan kemarahan keluarga dan waris mangsa, bukan saja perkataan maaf jauh panggang daripada api, bahkan kenyataan Perdana Menteri itu pula yang cuba dipertahankan sebagai tidak bermaksudkan pesawat itu telah terhempas dan penumpangnya meninggal dunia.

Ini dapat dibayangkan bahawa andainya nanti MH370 tidak terhempas sebagaimana yang ditafsirkan sebelum ini dengan pencarian dilakukan di Lautan Hindi dan usul takziah juga sudah dibentangkan di Parlimen, tindakan mahu memikul tanggungjawab dan meletakkan jawatan turut mustahil dilakukan.

Jelas bahawa prinsip moral dan konsep pertanggungjawaban antara Perdana Menteri Korea Selatan dengan Perdana Menteri Malaysia begitu jauh beza dan jaraknya.

Lebih dari itu, penyerlahan "wajah tidak berdosa" Najib ini juga dapat dilihat ketika beliau giat "berselfie" dengan pemimpin-pemimpin dunia yang ditemuinya. Minggu lalu beliau "berselfie" dengan Perdana Menteri Turki, Tayyib Erdogan dan semalam pula kelihatan cukup berseri-seri dapat "berselfie" dengan Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama.


Gambar beliau "berselfie" itu, terutamanya dengan Barack Obama menjadi viral dan perbualan di media sosial ketika ini.

Walaupun "berselfie" adalah hobi kebanyakan orang ketika ini tetapi ada pula yang menyifatkan kegilaan terhadapnya sebagai tanda-tanda mengalami gangguan jiwa iaitu kerana mengharapkan puji-pujian, untuk menarik perhatian dan untuk menunjukkan sikap 'humble' yang sebenarnya tiada dalam diri seseorang itu.

Sama ada Najib mengalami salah satu gangguan itu atau sebaliknya, tiada siapa yang dapat memastikannya dengan tepat tetapi dalam beliau ghairah "berselfie" itu, janganlah sampai terlupa akan tragedi malang MH370 itu sehingga bukan saja waris keluarga mahukan ketelusan kerajaan, malah Obama sendiri mengharapkan perkara yang sama.

Namun lebih afdal jika dapat mencontohi sikap terpuji seperti Perdana Menteri Korea Selatan itu dan kurang-kurangkanlah "berselfie"
.
-shahbudindotcom


ULASAN GB

Hairan kita... di saat ada insan yang berdukacita, Najib masih boleh terus riang-ria berselfie sana-sini...

Lansung tidak ada di hatinya rasa simpati dan berdosa....

Nak harapkan beliau letak jawatan macam PM Korea selatan itu jauh sekali....

Kepada Puan Intan dan keluarga mangsa yang lainnya, bersabarlah. Hukum Kebenaran dan Keadilan akan tetap berjalan. Najib dan lain-lain yang terbabit akan tetap menerima balasanNya.

BACA:
Feri Karam PM Korea Letak Jawatan, MH370 Hilang, Bila Najib Mahu Letak Jawatan?

Selfie Dikait Dengan Penyakit Mental - Kata Saintis



IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI


[VIDEO] Enjin Pesawat Terbakar Sebaik Berlepas Dari Perth, Apakah Nasib MH370 Serupa?

Posted: 29 Apr 2014 05:17 PM PDT


Pesawat penumpang patah balik ke Perth akibat enjin terbakar

PERTH: Sebuah pesawat penumpang berpatah balik di Lapangan Terbang Perth, pagi ini dan melakukan pendaratan cemas selepas salah satu enjinnya terbakar sebaik berlepas.

Penumpang pesawat Cobham Aviation memberitahu, mereka melihat api marak dan asap dari enjin yang terbakar sebaik pesawat berlepas jam 10.30 pagi waktu tempatan.

Pesawat bagaimanapun berjaya berpatah balik dan mendarat dengan selamat di Lapangan Terbang Barrow Island.

Cobham Aviation Services dalam satu kenyataannya berkata, pesawat BAE 146 empat enjin itu kembali ke Lapangan Terbang Perth jam 10.53 pagi.

Katanya, kejadian berlaku ketika pesawat sedang naik ke ruang udara apabila enjin nombor duanya tiba-tiba terbakar.

Ketika kejadian pesawat membawa 92 penumpang, dua juruterbang dan tiga anak kapal dan semua mereka tidak mengalami sebarang kecederaan.

Penumpang pesawat, Jason Grimmett, berkata kejadian berlaku kira-kira 10 minit selepas pesawat berlepas. "Saya duduk di sebelah kanan enjin dan tiba-tiba kepulan asap keluar dari enjin.

"Minyak bertaburan di udara sebelum api menyambar dan keadaan panik ketika itu namun juruterbang bertindak pantas untuk menutup saluran minyak," katanya. - ABC News/BH



ULASAN GB

Enjin pesawat tersebut terbakar sebaik saja berlepas dari Perth - itu beritanya.

Berlaku di saat dan ketika mana Perth menjadi perhatian dunia di dalam operasi mencari dan menyelamat MH370 yang telah hilang lebih 50 hari yang lalu.

GB cuba "membaca" kandungan yang tersirat dari apa yang tersurat kerana GB sentiasa yakin setiap sesuatu kejadian itu dijadikan Allah tidak ada yang sia-sia.

Maka GB "terlihat' apakah ini petunjuk dan jawapan lansung Tuhan kepada mereka yang sibuk-sibuk mencari MH370 di Perth bahawa MH370 juga mengalami "kebakaran" seperti peristiwa di atas?

Sebelum ini di SINI GB pernah menulis, petikan:

Seorang pekerja pelantar minyak New Zealand mendakwa melihat sebuah pesawat terbakar dan terjunam, dan percaya objek tersebut adalah pesawat MH370 yang hilang.

Maklumat itu didedahkan wartawan Australia, selepas mendapat surat yang dikirim Michael Mckay.

Mckay adalah pekerja pelantar minyak di Sonha Mercur, Tenggara Vietnam.

Dalam suratnya dia mendakwa pesawat yang dilihatnya adalah MH370.

Ini adalah berdasarkan waktu pesawat itu dilaporkan hilang.

Pesawat itu dilihat dari kawasan pelantar minyak di kedudukan 8.9 darjah utara dan 108 darjah timur.

Sebelum itu, ada laporan polis dibuat di Terengganu dimana 8 orang pemuda terdengar bunyi kuat seperti dilaporkan oleh Metro.

8 pemuda dengar bunyi kuat

Marang: Lapan pemuda mendakwa terdengar bunyi yang kuat dari arah Timur Laut Pulau Kapas, Marang pada hari kehilangan pesawat MH370.

Kesemua pemuda itu mendakwa terdengar bunyi letupan yang agak luar biasa dan menakutkan ketika berehat di sebuah wakaf di Kampung Pantai Seberang Marang, Marang
kira-kira jam 1.20 pagi pada Sabtu lalu.

Alias Salleh, 36, berkata, sebaik mendengar letupan itu, dia bersama tujuh rakannya bergegas ke tepi laut untuk meninjau dan mencari punca letupan berkenaan tetapi tidak menemui sebarang kejadian pelik.

"Dalam keadaan tertanya-tanya, masing-masing mengambil keputusan untuk pulang sahaja ke rumah dan mengabaikan bunyi misteri tersebut.

"Bagaimanapun, saya mula mengesyaki bunyi misteri itu mempunyai kaitan dengan kehilangan pesawat itu sejurus menerima berita berhubung insiden berkenaan yang disiarkan di dalam media elektronik secara meluas kira-kira jam 11 pagi, hari yang sama sebelum membuat laporan di Balai Polis Marang pada jam 10.28 pagi tadi.

Sementara itu, Ketua Polis Terengganu Datuk Jamshah Mustapa yang dihubungi mengesahkan ada menerima laporan berhubung bunyi misteri itu dan menyerahkan laporan itu kepada Bukit Aman untuk tindakan selanjutnya.

Dan ada juga laporan polis di Kelantan:

KOTA BHARU - Polis Kelantan menerima empat laporan daripada orang awam berhubung kehilangan pesawat Malaysia Airlines Penerbangan MH370 pada Sabtu lepas.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, laporan tersebut dibuat dari 9 Mac hingga semalam yang mendakwa mereka ternampak sebuah pesawat melalui beberapa lokasi, disyaki pesawat berkenaan.

"Kita menyiasat kes ini mengikut Seksyen 112 Akta Keterangan 1950 dan memanggil mereka untuk menunjukkan lokasi, serta membuat beberapa ujian untuk mendapatkan fakta yang boleh menyokong laporan mereka," katanya.

Jadi kemungkinan telah berlaku kebakaran terhadap pesawat 370 tidak dapat ditolak. Kewujudan bateri lithium ion yang diakui oleh CEO MAS memperkukuhkan teori kebakaran tersebut.

Anehnya laporan-laporan di atas lansung tidak diambil berat. Percaya pula laporan-laporan ping Inmarsat dan sebagainya.

Mungkin ada yang bertanya, jika terbakar di mana bangkainya?

Pun Allah dah bagi jawapan: kes feri Korea Selatan karam dimana dalam insiden berkenaan, Sewol, feri penumpang terbesar, karam bersama 476 penumpang - di LAUT CINA SELATAN!

Malangnya ramai yang masih "buta".



IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI


[TERKINI] Juruterbang Dakwa MH370 Di Laut Cina Selatan... Seperti Yang GB Jangka..

Posted: 29 Apr 2014 07:10 AM PDT


MH370: Juruterbang Dakwa Temui Pesawat Terhempas

SEORANG juruterbang dari New York mendakwa telah menemui serpihan pesawat milik Penerbangan Malaysia (MAS), MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu di lautan berhampiran pantai Thailand.


Michael Hoebel, 60, mendakwa telah menemui imej serpihan itu selepas membuat pencarian menerusi ribuan imej pelbagai satelit yang terdapat di sekitar laluan pesawat berkenaan.

Juruterbang dari Tonawanda itu berkata, dia terkejut dengan imej yang diperolehi dan percaya pesawat dalam air itu telah terhempas sejak dua bulan lalu di timur laut pantai Malaysia iaitu lokasi ia dikesan melakukan lencongan.


Jelasnya, imej satelit tersebut dirakam pada 10 Mac iaitu dua hari selepas pesawat berkenaan dilaporkan hilang.


Ditanya mengenai kemungkinan imej itu merupakan banyangan seekor ikan yu, Hoebel menyoal," adakah seekor ikan yu sepanjang 21 kaki (6.4 meter) boleh didapati di lautan tersebut".

Lelaki itu juga yakin imej tersebut merupakan pesawat MH370 yang didakwa berakhir di Lautan Hindi baru-baru ini. -mstar

ULASAN GB

Jika dakwaan juruterbang berkenaan adalah benar, bahawa serpihan MH370 ditemui berhampiran pantai Thailand, ini bererti jangkaan GB sebelum ini bahawa pesawat MH370 terhempas di Laut Cina Selatan, bukan di Lautan Hindi adalah benar.

Sebelum ini GB pernah mengulas di SINI. Petikan:

GB berpendapat bahawa pesawat itu telah terbakar dan terhempas ke dasar laut di titik dimana dikatakan ia membuat U-turn. Ada yang bertanya kalau terhempas tentu ada serpihannya dan mengapa satelit tak menemui apa-apa?

Di dalam penerbangan EgyptAir yang terhempas pada 1999, menjelaskan tiada serpihan jika pesawat terhempas ke dalam laut. Kapal terbangnya tidak akan bercerai sebelum impak, dan akan tenggelam dengan cepat.

Satelit tidak menemui apa-apa kerana pesawat telah tenggelam ke dasar laut. Satelit hanya dapat merakam imej objek-objek di pemukaan laut, bukan di dasarnya!

Masalahnya ialah pencarian selama ini di Laut Cina Selatan dilakukan hanya di permukaaan, tidak di dasar laut. Tiada kapalselam yang mencari di dasar laut di titik dimana radar kali terakhir mengesan kedudukan pesawat berkenaan. Tiba-tiba pencarian di Laut Cina Selatan dihentikan. Terbabas penariannya ke tempat lain. Kejap ke sana sekejap sini.

Seandainya ada kapalselam yang mencari pesawat di Laut Cina Selatan berkemungkinan ia sudah ditemui sejak hari pertama ia dilaporkan hilang dan kemungkinan ada nyawa yang dapat diselamatkan. Tetapi lansung tidak dijengah di dasar laut itu.



Dan sekali lagi GB telah tegaskan di SINI. Petikan:
Sekarang dimana sebenarnya MH370 jika Inmarsat sendiri hari ini menafikan bahawa mereka berkesimpulan MH370 di Lauatan Hindi?

Sekalipun ada spekulasi menyatakan pesawat berkenaan ada di Diego Garcia, di Andaman, di Mexico, dan lain-lain tempat, GB tetap berpegang kepada prinsip "jika sesat dihujung jalan baliklah ke pangkal jalan". Ertinya di dalam keadaan bercelaru di dalam menentukan dimana sebenarnya kedudukan MH370 hari ini, adalah perlu untuk memulakan pencarian di tempat dimana ia terputus hubungan dengan satelit iaitu di Laut Cina Selatan. Itu pangkalnya. Carilah sampai ke dasar lautnya. Mengapa terlalu cepat SAR memberhentikan operasinya di Laut Cina Selatan?

Mungkin telahan GB (bahawa MH370 terhempas di Laut Cina Selatan) salah, tetapi proses pengesanan MH370 MESTI bermula dari situ kerana di situ tempat ia mula-mula "hilang". Jika tidak peluang untuk mengesan pesawat berkenaan semakin tipis.

Seperti yang GB utarakan sebelum ini berlaku jujurlah terhadap pencarian pesawat MH370. Kasihanilah keluarga mangsa yang telah menunggu lama...

Marilah kita sama-sama terus berdoa kepada Tuhan agar kebenaran dan keadilan itu didedahkan. Hanya DIA yang Maha Tahu dan Maha Berkuasa ke atas segala-galanya.

اللهم ارنا الحق حقا وارزقنا اتباعه وارنا الباطل باطلا وارزقنا اجتنابه

Allahumma arinal haqqa, haqqan, warzuqnattiba'ah, wa arinal bathila bathilan, warzuqnajtinabah

Ya Allah, tunjukkanlah yang kebenaran itu sebagai kebenaran, dan kurniakanlah kami kekuatan untuk mengikutinya (memperjuangkannya), dan tunjukkanlah yangg batil itu sebagai batil dan kurniakanlah kami kekuatan untuk menjauhinya (menghapuskannya).




IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI


Tiada ulasan: