WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI |
- SETELAH DI HENTAM DILAMAN SOSIAL , AKHIRNYA NAWAWI MOHON MAAF
- KARTEL : Azmin tepuk air di dulang SIRI 12
- CORETAN SEORANG SUAMI YANG BERGAJI BULAN..
SETELAH DI HENTAM DILAMAN SOSIAL , AKHIRNYA NAWAWI MOHON MAAF Posted: 19 Apr 2014 06:10 AM PDT Datuk Nawawi minta maaf kepada keluarga Karpal kerana menghinaMP Langkawi, Datuk Nawawi Ahmad akhirnya meminta maaf kepada keluarga mendiang Karpal Singh atas jemputannya kepada orang ramai untuk 'sambut cabaran Karpal' yang tersiar pada lama Facebook beliau pada 17 April lalu. Nawawi dua hari lalu menyiarkan keratan laporan akhbar 24 tahun lalu yang menegaskan pendirian Karpal menolak pembentukan negara Islam. Karpal dalam keratan itu dilapor berkata "Mahu wujud negara Islam langkah mayat kami dulu". Laman Facebook dengan nama "Dato Ir Nawawi Ahmad" itu menyiarkan keratan itu bersama status berbunyi "Siapa nak sahut cabaran Karpal Singh. Sila bagi nama". Hari ini, Nawawi meminta maaf menerusi status Facebook miliknya. "Saya ingin menzahirkan perasaan kesal dan sesal saya atas perkara yang berlaku dua hari lepas berhubung tulisan di laman Facebook peribadi saya berkaitan kejadian yang menimpa mendiang Karpal Singh. "Tiada kata-kata yang dapat menggambarkan betapa kesalnya saya, dan betapa perlunya saya meminta maaf kepada keluarga mendiang YB Karpal Singh dan semua orang yang saya singgung dengan tulisan yang cuai dan sia-sia itu," status Facebook terbaru Nawawi dipetik. Beliau bagaimana pun tidak menyatakan sama ada status kontroversi sebelum ini ditulis beliau sendiri. "Walaupun ada beberapa orang dan pengendali mengemaskini status Facebook saya, saya bertanggungjawab sepenuhnya ke atas perkara yang telah berlaku," katanya lagi. Kenyataan beliau Dato Ir Nawawi Ahmad bersama seorang lagi bekas calon BN dalam pilihan raya umum lalu, Datuk Zulkifli Nordin dikritik orang ramai termasuk Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Joseph Kurup yang menganggapnya sebagai "amat kasar". Zulkifli menyifatkan kematian Karpal sebagai memudahkan laluan untuk undang-undang hudud dilaksanakan. |
KARTEL : Azmin tepuk air di dulang SIRI 12 Posted: 19 Apr 2014 12:16 AM PDT KARTEL : Azmin tepuk air di dulangMembaca berita di Malaysiakini pada 13 April 2014 bertajuk 'Kartel Calon Tidak Sihat Pada PKR' saya amat tertarik untuk menulis komen. Dalam laporan tersebut menyebut betapa YB Azmin Ali gusar dengan perkembangan kewujudan pakatan atau kumpulan (kartel) dalam pemilihan KEADILAN 2014 kali ini. Bliau dilaporkan menyatakan ia merupakan perkembangan yang tidak sihat. Malah beliau turut mengumumkan bebas dan tidak membentuk mana - mana pakatan atau fraksi.Semua ini boleh disifatkan sebagai menepuk air di dulang terpecik muka sendiri. Bukan sahaja anggota parti malah umum telah mengetahui bagaimana budaya kartel atau juga dikenali sebagai chai ini telah wujud dalam pemilihan sebelum ini lagi dan antara pelopor utama budaya ini ialah Azmin sendiri. Namun bagi saya budaya membentuk kumpulan atau kartel dalam pemilihan seperti tidak boleh dielak khususnya apabila sekumpulan calon berkongsi aspirasi misi dan visi yang sama. Seperti mana Saifuddin, Izzah dan Rafizi yang berkongsi visi dengan motto Masa Depan Bersama dan Tan Sri Khalid pula berkongsi visi dengan beberapa calon lain dengan motto 'Reformasi Tulen'. Namun mungkin kerana tertekan dengan pembentukan kumpulan - kumpulan yang membabitkan nama - nama besar dalam PKR ini, yang mana selama ini kumpulan dengan nama - nama besar ini hanya mampu dibentuk oleh Azmin sahaja, maka dia menggunakan media menempelak kewujudan bertanding secara kumpulan ini. Lebih kelihatan jenaka beberapa hari selepas Azmin menempelak budaya bertanding secara kumpulan, pada 16 April dia sendiri telah mengumumkan kartelnya yang dikenali Gagasan Keadilan Raya dalam satu majlis yang besar dengan siap menyediakan kenderaan angkut penyokong. Jelas sekali kata - katanya konon bimbang dengan kewujudan pembentukan kumpulan dalam pemilihan konon ia akan membawa kesan negatif hanya kenyataan paniknya khususnya apabila teraju muda utama parti seperti Nurul Izzah dan Rafizi mengistiharkan diri bersama Saifuddin. Malah kumpulan ini kelihatan turut didokong oleh Tian Chua yang menarik diri dari persaingan Timbalan dan menumpukan pertandingan Naib Presiden dalam satu sidang media bersama Saifuddin, Rafizi, Nurul Izzah dan ramai pimpinan lain. Kumpulan terbentuk dari perkongsian misi dan visi bersama baik untuk parti tetapi pembentukan kumpulan boleh jadi negatif apabila ia dibentuk kerana cita - cita kuasa semata atau lebih parah terbentuk kumpulan atau sokongan kerana ugutan akan gugur nama sebagai calon PRU contohnya amat buruk kesannya buat parti. Mungkin tertekan dengan perkembangan tersebut akhirnya dia sendiri terpaksa mengumumkan kartelnya yang dikenali Keadilan Raya akhirnya kenyataan tersebut umpama menepuk air di dulang. Dalam isu kumpulan atau kartel, membentuk kumpulan dalam pertandingan tidak salah tetapi sebaliknya mentadbir parti ini dengan hanya melibatkan kumpulan tertentu itu yang salah.Maka muncul persoalan yang perlu dijawab oleh Azmin iaitu bagaimana dengan rungutan ahli akar umbi apabila beliau selaku pengarah pilihanraya pusat dengan hanya berbincang dengan kumpulan rapatnya sahaja memutuskan hampir semua senarai calon dalam PRU yang lepas khususnya dengan mengenepikan sebahagian calon yang berpotensi menang, calon yang bekerja, calon yang diangkat diperingkat cabang dengan menerjunkan calon yang rapat dengan beliau atau kumpulan beliau ? Tindakan mengutamakan kumpulan inilah yang sebenarnya menghancurkan parti malah mengecewakan cita - cita rakyat ingin melihat Bn tumbang di Putrajaya. Malah Negeri Sembilan sendiri ketika PRU lepas peluang untuk membebaskan Negeri Sembilan dari cengkaman Bn cukup baik namun ia digagalkan sebahagian besarnya kerana rundingan kerusi dan pemilihan calon yang gagal. tulisan oleh ; che'GuBard (anggota biasa Parti Keadilan Rakyat) |
CORETAN SEORANG SUAMI YANG BERGAJI BULAN.. Posted: 18 Apr 2014 10:21 PM PDT CORETAN SEORANG SUAMI YANG BERGAJI BULAN.. 30hb , suami dapat gaji RM3,000.00 terus buat internet banking bayar bill air Rm30.00, bayar duit rumah Rm700.00 bayar duit kereta Rm700.00 , bil telephone suami dan isteri Rm200.00 , bill elektrik Rm170.00 , ansuran motor Rm150.00 dan yuran tuisyen anak Rm150.00 ..serta menukarkan Rm150.00 duit pecah seringgit-seringgit untuk belanja sekolah anak anak untuk sebulan...lalu berbekalkan duit baki Rm750.00 balik kerumah jemput isteri dari tempat kerja..terus di sambut ngan isteri satu soalan " ari ni hari gaji abang kan??..jom pergi beli barang dapur byk dah habis sambil bawak bebudak makan luarlah mlm ni sebab I tak laratlah nak masak ari ni... bebudak pun esok hari sabtu cutikan? Suami mengangguk lemah terpaksa setuju demi anak dan isteri. Sampai di rumah disambut pulak dgn anak yg bongsu " Ayah cikgu adik ckp ari isnin cikgu nak RM20.00 untuk beli baju sukan yg baru." Isteri spontan menyampuk " mintak kat ayah..ayah baru dapat gaji..sambil anak yg sulung pula mencelah .." ayah kakak pun nak duit Rm 30.00 hari isnin untuk beli buku rujukan dah dekat nak peperiksaan ni..Si suami terus mengeluarkan Rm50.00 untuk anak bongsu dan anak sulong .. Kemudian bila selepas magrib berangkatlah anak beranak ke kedai untuk mkn dan berbelanja barang dapur dan sebelum itu suami singgah isi minyak kereta Rm50.00 langsung ke kedai makan dan makanlah anak beranak tersebut dgn bil makan berjumlah Rm50.00..Setelah itu langsung pergi berbelanja barang dapur dgn jumlah Rm 250.00 untuk barang kering dan Rm 50.00 untuk barang basah.. setelah semuanya selesai pulanglah keluarga tersebut kerumah dgn suami hanya tinggal gaji yg baru dpat pagi tadi sebanyak Rm300.00 sahaja.Maka tidurlah si suami dgn mata yg terkebil kebil mengenangkan baki duit yg tinggal hanya dlm beberapa jam sahaja dapat gaji tadi.. Keesokkannyer pagi sabtu isteri suruh si suami belikan roti canai untuk sarapan pagi...suami pun pergilah beli dgn modal Rm5.00 dan surat khabar Rm1.50.. manakala menjelang petang si isteri dan anak anak ajak suami jalan jalan di pasar malam Jalan TAR sempena malam minggu...si suami ikutkan jugak dlm keadaan dilema bagi menjaga hati isteri dan anak anak.Terpaksa tambahkan lagi minyak kereta sebanyak Rm30.00 .. sesampai di jalan TAR si isteri berkenan dgn tudung bawal berharga Rm15.00 mintak dibelikan..suami pun keluarkan duit bayar..kemudian bila kedepan sedikit bahagian pakaian kanak kanak pula nampak baju tidur anak anak yg berharga Rm15.00 sehelai..isteri pun selamba kata " bang baju tidur bebudak ni pun dah lusuh..belikan diorg yg baru ni.murah jer Rm15.00 hengget...suami keluarkan lagi Rm30.00 untuk baju tidur anak anak. Lalu terus pulang ke kereta untuk balik kerumah bersama sama..tetapi dalan perjalanan nak pulang anak anak merengek dahaga dan lapar .mintak singgah di kedai makan untuk makan mlm...sang ayah kesiankan dgn rengekan anak pun singgahlah di kedai makan tomyam dan makan dgn membayar Rm30.00 lagi..Jumlah keseluruhan baki yg tinggal selepas 48jam dapat gaji ialah Rm188.50. Esok hari Ahad...isteri suh pergi kedai pagi pagi untuk belikan santan dan sedikit ikan bilis untuk masak nasi lemak sebagai sarapan pagi...suami modalkan lagi Rm7.00 dan Rm1.50 untuk suratkhabar...tinggallah duit gaji genap Rm180.00..Malamnyer pulak beri pada isteri Rm150.00 untuk belanja makan dia di pejabat atas dasar nafkah kepada isteri tercinta... Maka bermulalah pagi hari isnin si suami dgn berbekalkan modal baki gaji hari jumaat kelmarin sebanyak Rm30.00 untuk isi minyak motor dan makan di pejabat..serta menghitung hari lagi untuk ke 30hb yg akan datang samada sampai atau tidak??....selang seminggu selepas itu pada hujung minggu isteri ajak balik kampung melawat ibu ayah dia di kampung..suami katakan tidak.ada modal...lalu isteri menjawab dgn sinis "kalau ajak balik.kampung saya jer takder duit...klu ajak balik kg saya jer abg kata tak der duit...mana pergi duit gaji abang selama ni....takkanlah seminggu gaji dah tak berduit...abg ada pompuan lain ke??" Terpinga pinga suami nak di jawab jadi perang...nak di ceritakan yg sebenar nanti disalahkan balik. |
You are subscribed to email updates from WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan