Sabtu, 19 April 2014

Tukar Tiub

Tukar Tiub


MANA TOWKAY LENDIR TAHU

Posted: 19 Apr 2014 07:00 AM PDT




 INI RASUAH 
UNTUK KRONI

SIAPA BOCOR OPERASI?

1 Komen
Ipoh: Operasi menahan pendatang asing tanpa izin yang menyalahgunakan pas lawatan sosial untuk kegiatan maksiat menerusi Ops 6P Fasa III sering gagal kerana maklumat serbuan bocor. »


KOMENTAR

umum mengetahui
bagaimana towkay lendir
memiliki jaringan hingga ke balai polis

towkay lendir memasang jaringan
dengan membayar anggota polis
dari yang kecil
hingga yang besar

ingat!
 bagimana operasi dilakukan di kota bahru?
para pengawai bergerak seolah olah
ingin pergi bercuti
ini untuk mengelakkan ajen towkay lendir
dari membocorkan maklumat

apa maknanya?

maknanya rasuah
telah menjalar 
rasuagh telah menular
hingga ke puncak kuasa

hairan polis rasuah?

jangan hairan kerana
kaki rasiah  yang lebih besar
ialah politikus yang berkuasa



--------

BILA ZUL NORDIN ONLINE

Posted: 19 Apr 2014 06:00 AM PDT





KOMENTAR

semua mengaku
membuat atas nama allah

semua mengaku
membuat  atas nama mustapha

semua mengaku
membuat atas nama malik

semua mengaku
membuat atas nama latif

persoalannya
bila mereka ini
online dengan jalil



APA ZUL BISUL TULIS
Ketika seluruh negara bersedih dengan pemergian Karpal Singh, Zulkifli Noordin, seorang ahli politik kontroversi, seolah-olah 'lega' dengan kematian pemimpin DAP itu. Zulkifli malah percaya, laluan ke arah pelaksanaan hudud Kelantan akan lebih mudah dengan ketiadaan Karpal.

 "Dalam keadaan kemelut kerajaan PAS Kelantan mahu melaksanakan hudud dengan bantuan Umno, Allah telah matikan Karpal yang menjadi penentang utama pelaksanaannya!" tulisnya di Twitter. "Moga perjuangan untuk melaksanakan hudud di Kelantan berjaya. "Alhamdulillah dengan kesatuan akidah Umno-PAS dan ketiadaan Karpal, saya percaya laluan makin dipermudahkan!"

 Daripada aspek guaman, Zulkifli yang juga pengamal undang-undang bagaimanapun menganggap perginya seorang peguam veteran yang hebat. "Nama Karpal akan terus tercatat sebagai satu legenda dalam sejarah!" tulisnya lagi. on PROGRAM DEMO HARI BURUH
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 4/17/14

KAH KAH KAH

ini islam jenis bisul

ini islam jenis perkasa

paling tak menarik

kah kah kah




-----------

PANDANG DAN PANDANGAN

Posted: 18 Apr 2014 11:30 PM PDT






SOALAN HAKIKI
Wei... cuma nak tanyai satu soalan, jangan takut lari... kalau orang tak beragama islam ttp buat perkara bagus, jadi dia masuk syurga atau neraka? Kalau orang islam buat jahat, dia masuk neraka??? on CONTOH PEMIMPIN BERJIWA BESAR


PILIHLAH SENDIRI
in response to 1.syurga untuk umat islam yang taat pada perintah Allah!! 2.Neraka untuk orang-orang kapiaq terutama pada kapiaq harbi yang terang-terang menolak islam!! 3.pilihan di tangan ko bhaii!!syurga atau neraka!!!, by Anonymous.
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 4/18/14
TUHAN EKSKLUSIF
Kamu ini suka berbuih buih islam, sangat suka nak pisah diri dgn orang lain. Suka cakap tuhan mu milik u punyai... guna akal la... u ingat tuhan sama macam manusia kah?

Kecil hati dan tak bijaksana?? Adakah suku kamu ini berani kaji budaya dan selain islam orang punyai tak? Macam kami kaji... atau kamu ini sangat standard dan ego? Kenapa suku lain maju sangat, ttp u punyai suku take maju? Knp tuhan tak tolong kamu ah??? Tolong suku lain pula... kah kah on CONTOH PEMIMPIN BERJIWA BESAR
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 4/18/14





--------

EEE BUAT KERENAH LAGI

Posted: 18 Apr 2014 11:00 PM PDT









 KOMENTAR


baru tiga ngo
mana ada standard
mana ada style
mana ada cool

banyak kan lah lagi
pasal apa tiga sahaja

dan yang lawaknya
tiga tiga ini
dari kumpulan eee
nampak sangat poyonya






Perhimpunan haram bantah GST: Tiga NGO buat laporan polis
KUALA LUMPUR 18 April - Tiga pertubuhan bukan kerajaan (NGO) hari ini membuat laporan polis bagi membantah perhimpunan haram dipercayai anjuran parti pembangkang yang bakal diadakan di ibu negara pada 1 Mei ini.

Tiga NGO terlibat ialah Ikatan Rak­yat Insan Muslim Malaysia (IRIMM), Sosial Muslim Malaysia (Desmma) dan Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM), Mereka membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul di sini.

Presiden IRIMM, Amir Amsaa Alla Pitchay berkata, perhimpunan membantah cukai barang dan perkhidmatan (GST) itu tidak wajar diadakan kerana hanya me­nimbulkan lebih banyak masalah daripada kebaikan.

Beliau berkata, perkara berhu­bung GST ini sepatutnya boleh diselesaikan dengan cara lebih baik dan bukannya dengan mengajak rakyat untuk berhimpun di jalanan.




------

MALAM ESOK LEMBAH PANTAI

Posted: 18 Apr 2014 10:36 PM PDT









DARI  FACE BOOK 




Sebarkan! Hadir beramai-ramai!

Jelajah Reformasi 2.0
Ahad 20 April 2014 | 8.30 malam
Jalan Kubur, Pantai Dalam, Lembah Pantai.




---------

BUDI SEORANG PEROGOL

Posted: 18 Apr 2014 08:38 PM PDT



PEKAN 18 April - Mata pelajaran budi perlu diwujudkan di sekolah dan institusi pengajian tinggi (IPT) bagi memastikan rakyat negara ini bertamadun dan mengamalkan nilai murni serta sahsiah budaya yang disegani.

Rais Yatim berkata, perkara itu penting kerana masyarakat kini dilihat semakin hilang punca terutama dalam aspek berkaitan budaya dan budi bahasa.

KAH KAH KAH

woit...

ajarlah budi bahasa

ketika  merogol

mesti ramai

nak belajar

kah kah kah


---------

PROGRAM HARI INI

Posted: 18 Apr 2014 08:00 PM PDT






DEWAN KOMUNITI
 SUBANG JAYA
JAM 5:00 PETANG



DI IPOH PERAK
JAM 10:00 PAGI



---------

AZMIN ALI BERAK LAGI

Posted: 18 Apr 2014 07:38 PM PDT







AZMIN TEPUK AIR DI DULANG

Membaca berita di Malaysiakini pada 13 April 2014 bertajuk 'Kartel Calon Tidak Sihat Pada PKR' saya amat tertarik untuk menulis komen. Dalam laporan tersebut menyebut betapa YB Azmin Ali gusar dengan perkembangan kewujudan pakatan atau kumpulan (kartel) dalam pemilihan KEADILAN 2014 kali ini. Bliau dilaporkan menyatakan ia merupakan perkembangan yang tidak sihat. Malah beliau turut mengumumkan bebas dan tidak membentuk mana - mana pakatan atau fraksi.


Semua ini boleh disifatkan sebagai menepuk air di dulang terpecik muka sendiri. Bukan sahaja anggota parti malah umum telah mengetahui bagaimana budaya kartel atau juga dikenali sebagai chai ini telah wujud dalam pemilihan sebelum ini lagi dan antara pelopor utama budaya ini ialah Azmin sendiri.

Namun bagi saya budaya membentuk kumpulan atau kartel dalam pemilihan seperti tidak boleh dielak khususnya apabila sekumpulan calon berkongsi aspirasi misi dan visi yang sama.

Seperti mana Saifuddin, Izzah dan Rafizi yang berkongsi visi dengan motto Masa Depan Bersama dan Tan Sri Khalid pula berkongsi visi dengan beberapa calon lain dengan motto 'Reformasi Tulen'. Namun mungkin kerana tertegan dengan pembentukan kumpulan - kumpulan yang membabitkan nama - nama besar dalam PKR ini, yang mana selama ini kumpulan dengan nama - nama besar ini hanya mampu dibentuk oleh Azmin sahaja, maka dia menggunakan media menempelak kewujudan bertanding secara kumpulan ini.

Lebih kelihatan jenaka beberapa hari selepas Azmin menempelak budaya bertanding secara kumpulan, pada 16 April dia sendiri telah mengumumkan kartelnya yang dikenali Gagasan Keadilan Raya dalam satu majlis yang besar dengan siap menyediakan kenderaan angkut penyokong.

Jelas sekali kata - katanya konon bimbang dengan kewujudan pembentukan kumpulan dalam pemilihan konon ia akan membawa kesan negatif hanya kenyataan paniknya khususnya apabila teraju muda utama parti seperti Nurul Izzah dan Rafizi mengistiharkan diri bersama Saifuddin. Malah kumpulan ini kelihatan turut didokong oleh Tian Chua yang menarik diri dari persaingan Timbalan dan menumpukan pertandingan Naib Presiden dalam satu sidang media bersama Saifuddin, Rafizi, Nurul Izzah dan ramai pimpinan lain.

Kumpulan terbentuk dari perkongsian misi dan visi bersama baik untuk parti tetapi pembentukan kumpulan boleh jadi negatif apabila ia dibentuk kerana cita - cita kuasa semata atau lebih parah terbentuk kumpulan atau sokongan kerana ugutan akan gugur nama sebagai calon PRU contohnya amat buruk kesannya buat parti.

 Tertekan dengan perkembangan tersebut akhirnyadia sendiri terpaksa mengumumkan kartelnya yang dikenali Keadilan Raya akhirnya kenyataan tersebut umpama menepuk air di dulang.

Dalam isu kumpulan atau kartel, membentuk kumpulan dalam pertandingan tidak salah tetapi sebaliknya mentadbir parti ini dengan hanya melibatkan kumpulan tertentu itu yang salah.Maka muncul persoalan yang perlu dijawab 
oleh Azmin iaitu bagaimana dengan rungutan ahli akar umbi apabila beliau selaku pengarah pilihanraya pusat dengan hanya berbincang dengan kumpulan rapatnya sahaja memutuskan hampir semua senarai calon dalam PRU yang lepas khususnya dengan mengenepikan sebahagian calon yang berpotensi menang, calon yang bekerja, calon yang diangkat diperingkat cabang dengan menerjunkan calon yang rapat 
dengan beliau atau kumpulan beliau ?


Tindakan mengutamakan kumpulan inilah yang sebenarnya menghancurkan parti malah mengecewakan cita - cita rakyat ingin melihat Bn tumbang di Putrajaya. Malah Negeri Sembilan sendiri ketika PRU lepas peluang untuk membebaskan Negeri Sembilan dari cengkaman Bn cukup baik namun ia digagalkan sebahagian besarnya kerana rundingan kerusi dan pemilihan calon yang gagal.

oleh chegubard, 
--------

Tiada ulasan: