WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI |
Pemilihan PKR: Saifuddin kacau daun Azmin SIRI 8 Posted: 11 Apr 2014 09:13 PM PDT Pemilihan PKR: Saifuddin kacau daun AzminMalaysiakini Setiausaha Agung Datuk Saifuddin Nasution Ismail kini dilihat calon utama berpeluang merampas kerusi timbalan presiden PKR yang kini disandang orang lama parti itu Azmin Ali. Dengan penarikan diri penyandang naib presiden Tian Chua daripada persaingan sama, pasukan Saifuddin dilihat lebih kuat berbanding pasukan Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim. Tian Chua turut dilihat bersama pasukan Saifuddin yang turut disokong pemimpin popular PKR Rafizi Ramli dan Nurul Izzah Anwar. Kumpulan ini berpotensi mendapat sokongan golongan muda dan profesional dalam parti. Walaupun sebelum ini seluruh negara melihat perseteruan Khalid-Azmin sejak beberapa tahun kebelakangan bakal mencapai kemuncak kali ini, penyertaan Saifuddin dilihat bakal mengubahnya. Tambahan lagi, Saifuddin memasuki gelanggang ketika ramai pihak dikatakan mulai bosan dan penat dengan perseteruan tidak berkesudahan Khalid-Azmin dalam pelbagai isu, daripada hal pentadbiran Selangor kepada syarikat berkaitan kerajaan (GLC). "Kempen Saifuddin telah mengambil 'kesempatan' terhadap krisis antara Azmin dan Khalid. "Kalau dulu dia kata Azmin dan Khalid tak boleh bekerjasama, sekarang siapa yang tidak boleh bekerjasama," kata sumber yang dekat dengan Azmin dan enggan namanya didedahkan. Justeru, munculnya Saifuddin, yang sebelum ini banyak beraksi di belakang tabir, meletakkannya di landasan paling tepat untuk menewaskan Azmin. Khalid makin tersudut Keadaan Khalid, yang sebelum ini dilihat mewakili kepentingan kumpulan anti-Azmin, pula semakin tersudut. Terbaru, kemasukan penyandang presiden Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail ke Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor juga sekali gus memberi tekanan tambahan kepada Khalid. "Dengan adanya Wan Azizah, Tan Sri (Khalid) perlu mendengar dan tidak boleh melakukan sesuka hati pentadbiran negeri," kata Rafizi Ramli, calon naib presiden kepada Malaysiakini. Rafizi bercakap dalam konteks Khalid kini secara terbuka diminta oleh ADUN Pakatan Rakyat untuk mula mengendahkan suara dan kedudukan wakil rakyat lain, terbaru dalam sidang DUN yang sedang berjalan. Bagi penyokong Azmin pula, mereka beranggapan Khalid bukan lagi tokoh popular parti walaupun mencipta nama dengan cepat sejak menyertai PKR pada 2007 – selepas lapan tahun PKR ditubuhkan (ketika itu dikenali Parti Keadilan Nasional). "Kenapa letakkan isu ini Azmin lawan Tan Sri Khalid? Realitinya seluruh parti menentang Khalid. "Bukti: seluruh MPP (Majlis Pimpinan Pusat) sokong langkah Kajang," tulis anggota MPP parti itu Khalid Jaafar semalam. Azmin, calon paling kanan dalam persaingan itu bagaimanapun turut berdepan label elitis dan bertanggungjawab terhadap barisan calon yang didakwa kurang berupaya dalam pilihan raya umum lalu. "Ramai (anggota) di kalangan akar umbi tidak berpuas hati dengan keputusan Azmin yang meletakkan calon-calon yang tidak dikenali, malah bukan di kalangan yang bekerja di kawasan tersebut ketika PRU 13 lalu. "Mengapa sehingga kini belum ada bedah siasat di atas kegagalan calon 'pilihan' MPN untuk PRU13? "Siapakah individu di sebalik kegagalan untuk menguasai Negeri Sembilan dan menawan kembali Perak ?" tegas seorang penggerak kempen Khalid yang namanya didedahkan. Serangan alam maya Bagaimanapun Azmin tetap dilihat sebagai calon pilihan yang telah pun menyusun gerakan secara 'senyap' sejak sekian lama di peringkat akar umbi. "Azmin nampak senyap tetapi kini telah pun bergerak menyusun pasukan beliau. Tak perlu menonjol," kata seorang ahli parti yang bersekutu dengan Azmin. Daripada aspek kempen maya, kekuatan dilihat berpihak kepada Azmin dan Saifuddin. Ketika mereka cuba mengembangkan pengaruh di Facebook dan Twitter, Khalid sebagai pencabar ketiga pula sebaliknya terpaksa bergelut dengan serangan di Internet. Gambar program kempennya yang bertemakan "Menuju Reformasi Tulen" yang tidak mendapat sambutan dikesan dihebahkan di laman sosial. "Gambar itu tak betul, kumpulan lain hebahkan, gambar diambil sebelum Tan Sri datang," nafi sumber dari pejabat Menteri Besar kepada Malaysiakini. Bagaimanapun, Khalid dilihat sebagai calon yang mempunyai rekod bersih tetapi bukan seorang yang bekerja secara berpasukan ataupun meraih populariti di mata akar umbi. Pengundian bagi pemilihan PKR secara pemilihan langsung akan bermula 26 April ini sehingga 11 Mei depan secara berperingkat mengikut negeri. Seramai 496,923 dari sejumlah 500,001 ahli parti layak mengundi. |
Kita perlukan pimpinan berakal, bukannya yang berotot besar Posted: 11 Apr 2014 04:44 AM PDT RencanaKita perlukan pimpinan berakal, bukannya yang berotot besar – Aspan AliasMereka yang sudah beranggapan negatif terhadap orang seperti saya yang lantang bercakap dan berkata dengan komitmen yang tinggi tentang ketulusan dalam apa yang saya hendak perkatakan ini. Bagi saya kejayaan seorang ahli politik itu ialah kejayaan mereka untuk tidak terlibat dengan kerja mungkar terhadap negara, tetapi ramai yang lain beranggapan kepada siapa yang tidak berjaya mendapat kerja dengan kerajaan melalui politik itu adalah seorang politikus yang gagal. Siapa yang berjaya menjadi menteri pada mereka itu adalah ahli politik yang berjaya. Pada siapa yang tidak mendapat apa-apa dalam kerja politiknya, itu dianggap sebagai ahli politik yang gagal. Dalam konteks politik negara kita ini, mendapat kerja sebagai menteri dan sebagainya itu adalah kerja yang boleh memuaskan kehendak hati untuk menjadi kaya-raya dan memperkuatkan ego yang digunakan untuk menunjukkannya sebagai satu kejayaan dalam hidup. Memegang kuasa itu merupakan muktamad bagi mereka dan apabila mendapat kuasa idaman itu mereka tidak akan mampu menggunakan kuasa untuk kepentingan ummah, sebaliknya kuasa itu dipergunakan untuk kepentingan peribadi mereka yang lebih menjurus untuk kepentingan harta benda dan kekayaan diri dan keluarga mereka. Itulah sebabnya belum tentu seseorang itu menjadi menteri misalnya, dia telah mendapat kejayaan, kerana ramai di antara mereka terlibat dengan rasuah dan salah guna kuasa itu sendiri adalah mereka yang secara otomatiknya seorang pemimpin yang gagal. Selalunya mereka yang tidak mempunyai kepimpinan akan melakukan kerja hina itu semata-mata untuk menutup kelemahan pimpinan mereka, maka itu jugalah penyebabnya kenapa politik wang itu sudah menjadi kelaziman bagi mereka yang sedang memegang kuasa dalam kerajaan. Mereka yang seperti ini adalah pemimpin yang gagal kerana tidak berjaya memunafaatkan kepimpinan mereka untuk kebaikan ummah dan rakyat yang mereka tadbir. Bagi mereka ini, mereka hanya berjaya menjadi ketua tetapi ketua-ketua yang tidak berkepimpinan dan itulah yang sedang berlaku di negara ini. Ketua-ketua yang tidak berkepimpinan ini yang menjadi penyebab kepada salah laku pimpinan yang membawa kepada rasuah tidak terhalang, penyalahgunaan kuasa yang tidak terbatas, retorik yang besar-besar dan lebih-lebih lagi mereka tidak akan membuat keputusan yang betul dalam semua keputusan yang dibuat mereka. Apabila negara dan kerajaan ditadbir oleh mereka yang seperti ini maka politik negara akan menjadi kucar-kacir kerana kebanyakan keputusan yang dibuat mereka mempunyai kecenderungan untuk keputusan yang tidak betul dan tepat. Mereka yang seperti ini jika kekal lama ia akan membina budaya pentadbiran yang tidak sihat dan politik yang kotor kerana mereka tidak mampu untuk mengekalkan sokongan yang didasarkan kepada perolehan yang baik dari kepimpinan yang baik dan jujur. Mereka tidak akan mampu untuk mempamirkan kemahiran dalam mentadbir negara sebagai "testimonial" yang baik untuk memimpin, sebaliknya pengekalan kuasa semata-mata berdasarkan kepada "otot" yang kuat sebagai pihak yang mempunyai kuasa semata-mata. Otot-otot yang kuat ini akan mempengaruhi dan memaksa semua institusi kerajaan dan demokrasi telah dijahanamkan kerana institusi-institusi ini tidak lagi bebas untuk bertindak mengikut kaedah yang betul. Otot-otot ini akan menggunakan tekanan dan paksaan kepada semua institusi demokrasi yang sepatutnya berfungsi dengan bebas tanpa pengaruh mana-mana pihak. Pemimpin yang lemah akan memusatkan kuasa kepada mereka dan institusi-institusi demokrasi ini hanya digunakan sebagai alat untuk kepentingan pemimpin-pemimpin yang lemah tadi. Inilah yang dialami oleh negara ini dan ia akan tetap dalam keadaan ini selagi tidak ada perubahan yang drastik dengan menggunakan kaedah yang agak "unorthodox" yang belum pernah dilakukan semata-mata untuk merubah acuan buruk yang terpakai sekian lama oleh pimpinan kita. Kita memerlukan pimpinan yang mempunyai akal fikiran yang baik dan betul, bukan pemimpin yang hanya membina otot yang pejal untuk menyalahgunakan kuasa. Kenapa saya mencadangkan agar peralihan dan perubahan itu mesti dilakukan secara "unorthodox"? Saya hendak sebut semuanya itu dalam posting yang akan datang, mungkin besok atau lusa. – aspanaliasnet.blogspot.com, 11 April, 2014. * Ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan The Malaysian Insider. |
You are subscribed to email updates from WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan