Khamis, 17 April 2014

Tukar Tiub

Tukar Tiub


SATU BABAK DUA PANDANGAN

Posted: 17 Apr 2014 07:35 PM PDT






BALING 1974-2014

MELALAK
1.nama-nama yang kununnya hero baling merupakan puak-puak arts jee!!tak dak sapa pun yang terlibat dalam peristiwa baling ambil jurusan sains dan teknologi di u pada waktu tu!!rumusannya ialah puak-puak kelas dua je yang melalak itu dan ini !!

result peperiksaan spm dan stp depa semua cikai jee!!masuk u pada masa tu pun sebab dasar DEB jee!! kalau pada masa tu tak ada dasar DEB!!ko dan seangkatan dengan ko hanya layak motong getah je bhaii!! 2.dan yang paling bodoh adalah ko la bhaiii!!

merempat sana sini selepas peristiwa baling sedangkan sebenarnya tak sapa yang heran pada ko bhaii!!umno pada masa tu tak pandang pun pada ko !!!!ko yang perasan ko hebat!!ko cuma dijadikan alat untuk ketengah!!akhirnya sampai ke tua bangka hidup ko tak tetawan hala!! 3.kah!kah!kah!siannnnnnn!!! on BALING 1974-2014
Anonymous
on 4/16/14



MANA KAWAN LAMA
Tulisan yang menggamit kenangan manis khasnya kepada anak-anak muda yang melibatkan diri dalam isu Baling, satu isu sosial yang mana kerajaan alpa dengan nasib golongan miskin(penoreh getah) di utara Malaysia sana. 

Itulah peristiwa 'revolusioner' kerana mahasiswa ketika itu boleh keluar dan tinggalkan dewan kuliah bersama rakyat marhein walaupun untuk satu tempoh yang singkat. Semangat dan jiwa nak bersama rakyat itu dapat dipatahkan oleh kerajaan dan selepas itu aktivisme mahasiswa tidak sama seperti yang keluar beremo dengan rakyat Baling, kecuali Hishamuddin Rais yang sehingg kini semangat untuk melawan kezaliman tidak pernah luntur, tidak rakan-rakan yang bersama-sama di garisan hadapan pada isu Baling.

 Hishamuddin kerap kali bertanyakan 'oh di mana kawan dulu.. yang sama berjuang...'Nampaknya dia saja dari kontemporarinya zaman Baling itu yang tinggal keseorangan yang tinggal yang masih istiqamah untuk merobek sistem kezaliman. Sungguh hebat roh dan prinsip hidup politik beliau. on BALING 1974-2014
Anonymous
on 4/16/14
40 TAHUN DAHULU
dimana kau hari ini?


-----------

AKSI MAHU BADAN DAH LETIH

Posted: 17 Apr 2014 07:18 PM PDT






KEPUTUSAN TELAH DIAMBIL

nak bincang hal satu  mei
pasti boleh

tapi
tak perlu bincang
buat apa bincang?
apa tujuan bincang?

keputusan telah dibuat
1- pilihan pertama dataran merdeka
2- pilihan ke dua dataran merdeka
3- pilihan ke tiga dataran merdeka



Himpunan 1 Mei: Tian Chua, Mat Sabu jumpa polis Isnin depan »

1MEI
KUALA LUMPUR 17 APR: Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua menyatakan Pakatan Rakyat akan berbincang dengan pihak polis mengenai perhimpunan gergasi…

KUALA LUMPUR 17 APR: Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua menyatakan Pakatan Rakyat akan berbincang dengan pihak polis mengenai perhimpunan gergasi Hari Buruh 1 Mei depan.
Menurut Tian, beliau akan bersama Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu yang lebih mesra dipanggil sebagai Mat Sabu dan bertindak sebagai ahli jawatankuasa mobilisasi Himpunan 1 Mei ini untuk memberi keterangan kepada polis.
"Mat Sabu dijemput untuk berbincang dengan polis berhubung (himpunan) 1 Mei nanti.
" Dalam perhimpunan ini Mat Sabu sebagai jawatankuasa mobilisasi, " kata Tian ketika dihubungi Keadilandaily.
Tian Chua (KEADILAN) dan Ronnie Liu (DAP), antara pimpinan Pakatan yang memainkan peranan dalam menggerakkan himpunan gergasi ini.


APA KEPUTUSAN  
 
aouta

anjing mula salak

dari dalm rumah

kah kah kah

kah kah

kah




-------------

BILIK SULIT DAN KARPAL SINGH

Posted: 17 Apr 2014 06:39 PM PDT




SILA TUNGGU BILIK SULIT
EDISI ke 4


BILIK SULIT

DAN 

KARPAL SINGH

sesiapa yane pernah menonton bilik sulit
akan teringat
babak pertama 
dalam teater ini ialah
tentang bengali kapir harbi

benggali kapir harbi
yang dimaksudkan
ialah karpal singh

dalam bilik sulit
sang suami telah ditangkap
dibawah isa

sang isteri telah menemui peguam

peguam yang ditemui oleh sang isteri
ialah karpal singah

ini menjadikan sb marah
kerana karpal telah memohon
harbeas corpus
memohon sang suami yang ditanah
dibawa ke mahkamah

siapa belum tonton
sila tunggu
edisi ke 4 bilik sulit


------

MERS - RAMAI MATI DI SAUDI ARABIA

Posted: 17 Apr 2014 06:08 PM PDT










TUKAR TIUB

media paling awal

memberi ingatan

tentang penyakit ini



MAKLUMAT UNTUK SEMUA

waspada kepada sesiapa sahaja
yang pergi ke saudi arabia
wabak mers sedang merebak

mers sama macam sars
middle est respiratory syndrome



Home

MERS virus kills 67th person in Saudi Arabia

sila baca disini:

http://tukartiub.blogspot.com/2014/04/waspada-berjaga-jaga.html




MERS-Cov: 64 penduduk Kampung Bintang dikuarantin


BATU PAHAT 17 April - Seramai 64 penduduk Kampung Bintang dekat sini dikuarantin seminggu di rumah masing-masing berikutan mengalami tanda-tanda awal Sindrom Pernafasan Timur Tengah (MERS-Cov).

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Ayub Rahmat berkata, jumlah tersebut adalah daripada 100 penduduk yang telah membuat pemeriksaan di pusat pemeriksaan khas jangkitan MERS-Cov di kampung itu.

"Pusat itu dibuka berikutan kematian seorang penduduk yang baru pulang daripada mengerjakan umrah dan disahkan meninggal dunia akibat jangkitan MERS-Cov.
"Ini kes pertama di negara ini dan kita memandang serius dengan mengambil tindakan membuka pusat pemeriksaan khas agar penyakit ini tidak merebak," katanya selepas meninjau pusat pemeriksaan terbabit sebentar tadi. - MELOYO ONLINE




MARI KETAWA BESAR

Posted: 17 Apr 2014 07:08 AM PDT






KAH KAH KAH

Islam tidak galak umatnya ucap 'Rest in peace', mati kufur tiada keampunan

Umat Islam tidak digalak untuk mengucapkan ucapan "Rest in peace (R.I.P)" kepada seseorang bukan Islam kerana ianya berunsur keagamaan yang diambil daripada Kristian, kata Majlis Fatwa Kebangsaan.
Dalam satu kenyataan di laman sesawang mereka; www.e-fatwa.gov.my, Majlis Fatwa Kebangsaan berkata umat Islam bagaimanapun dibolehkan untuk menyampaikan rasa simpati dan takziah mereka kepada keluarga penganut bukan Islam selagi ia tidak memberi implikasi keagamaan.
"Seorang Islam adalah amat tidak digalakkan untuk mengucapkannya kepada seorang bukan Islam.



KAH KAH KAH

woit

dah online

dengan

tuhan


KAH KAH KAH


-----------

TULUS DAN IKHLAS

Posted: 17 Apr 2014 05:30 AM PDT





TIM TUKAR TIUB
bersama anak semua bangsa
bangsa semua agama
merasakan bersama 
kesedihan
tangisan dan remok rendam
hati nuraini
kaum keluarga, sahabat handai
dan rakan seperjuangan

al-fatihah
untuk pejuang hak rakyat



Anwar: Karpal sahabat, pejuang gigih keadilan »

anwar_karpal
KUALA LUMPUR 17 APR: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan mendiang Karpal Singh adalah seorang tokoh yang gigih…
Apr 17 2014 /  / Read More »

Karpal pejuang hak asasi, sentiasa pertahan Perlembagaan »

Karpal_Singh
KEADILAN merakamkan ucapan takziah buat keluarga YB Karpal Singh, Ahli Parlimen Bukit Gelugur dan mantan Pengerusi Kebangsaan DAP yang telah…



ARWAH KARPAL
pasti bersetuju
dengan demo jalan raya

---------

CONTOH PEMIMPIN BERJIWA BESAR

Posted: 17 Apr 2014 04:11 AM PDT


Hadi ucap takziah kepada keluarga Karpal


KUALA LUMPUR 17 April - Presiden Pas,  Abdul Hadi Awang mengucapkan takziah kepada keluarga bekas Pengerusi DAP, Karpal Singh yang maut dalam kemalangan di Gua Tempurung, Perak awal pagi ini.

Abdul Hadi berkata, mendiang Karpal seorang pejuang yang berani dan mempunyai keyakinan tinggi terhadap setiap perkara yang disuarakannya.

"Bagi pihak Pas, saya ingin merakamkan ucapan takziah kepada semua ahli keluarga mendiang Karpal. Mendiang adalah seorang bapa, rakan, ahli politik veteran dan seorang peguam yang tidak pernah berhenti daripada memperjuangkan keadilan serta menegakkan kedaulatan undang-undang," kata Abdul Hadi dalam satu kenyataan kepada portal rasmi parti itu, Harakahdaily hari ini.

Karpal, 74, yang juga Ahli Parlimen Bukit Gelugor terbunuh dalam satu kemalangan ngeri di Kilometer 301.6 Lebuh Raya Utara Selatan arah utara berhampiran Gua Tempurung, Perak pada kira-kira pukul 1.30 pagi ini.

Turut terkorban dalam kemalangan berkenaan ialah pembantu peribadi beliau, Michael Cornandez.

Karpal yang dipercayai dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang kerana perlu menghadiri satu kes mahkamah meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah.

Kemalangan berlaku apabila kenderaan jenis Toyota Alphard yang dinaiki Karpal melanggar sebuah lori.





KOMENTAR


inilah contoh

pemimpin islam

yang berjiwa besar




--------

PROGRAM MELAWAN DI SANA SINI

Posted: 17 Apr 2014 12:08 AM PDT







MALAM INI RADIO BANGSAR




Wawancara bersama Embun Karina (Buku Jalanan Seri Iskandar)




Radio Bangsar Utama bersama
"Embun Karina"
Jam 9:30 malam
Khamis 17 April 2014
Follow twitter @R_Bangsar_Utama
akan berbual mengenai "Buku Jalanan Perak"



MALAM ESOK 
DI UNIVERSITI BANGSAR UTAMA




TAYANGAN DOKUMENTARI AL-FATIHAH 

MEMALI
diskusi bersama pengarah - rahmat haron serta watak utama dan pembuat musik lagu shuhada memali amin iskandar



ANJURAN BERSAMA KELAB BANGSAR


UTAMA & KOMAS 8.30 MALAM. JUMAAT 18/4/2014 TEMPAT: KELAB BANGSAR UTAMA
SEMUA DIJEMPUT DATANG.


SABTU  IPOH PERAK




---------

SEKALI BACA DAH TAHU

Posted: 16 Apr 2014 08:00 PM PDT




Jangan halang hudud, DAP tak wujud di Kelantan'

8:15PM Apr 16


PERKASA mengkritik keras DAP dan PKR yang didakwa menghalang PAS daripada melaksanakan hudud di Kelantan.

Kumpulan pendesak Melayu PERKASA hari ini mengkritik keras DAP dan PKR yang didakwa berusaha menghalang PAS daripada melaksanakan undang-undang hudud di Kelantan.

Menjuruskan kritikannya kepada DAP, presiden PERKASA  Ibrahim Ali berkata, parti itu tiada hak campur tangan dalam pegangan akidah dan syariat Islam atau urusan kerajaan negeri,

"Hudud adalah syariat Islam dan hampir 95 peratus rakyat Kelantan adalah umat Islam. Manakala Hudud yang dicadang oleh kerajaan Kelantan adalah untuk orang Islam sahaja.


KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit..KALAU BRAHIM ALI  SOKONG..kah kah kah..

kah kah kah.. MESTI INI TAK MOLEK... kah kah kah..

kah kah kah..MACAM BACA UTUSAN... kah kah..

 kah kah..KALAU UTUSAN SOKONG ITU ORANG JAHAT..kah kah...

kah kah kah..KALAU BRAHIM SOKONG... kah kah..

kah kah kah..MESTI PROJEK JAHAT..kah kah kah



----------

NAJIB DAN SEPUPU TIPU

Posted: 16 Apr 2014 07:53 PM PDT






52% KATA TIPU

Majoriti yakin Putrajaya tidak jujur terhadap rakyat isu MH370


SolidaritiAnak Muda Malaysia (SAMM) mengajak semua mengambil serius dapatan dari kajian terbaru Merdeka Centre berkenaan isu kehilangan pesawat MH370.

Dalam respon kepada soalan sama ada responden menyangka Putrajaya jujur atau menyembunyikan sesuatu mengenai MH370, 54% daripada responden berpendapat Malaysia menyembunyikan maklumat. Selepas lebih lima minggu pesawat hilang, ternyata rakyat Malaysia juga cenderung mempercayai Putrajaya tidak jujur berhubung maklumat berkenaan pesawat itu.

Kali ini, responden dari kedua-dua kawasan bandar dan luar bandar bersatu dalam mempercayai Putrajaya kurang jujur dalam mendedahkan maklumat berkenaan MH370.

Responden dipilih melalui kaedah persampelan rawak berstrata mengikut etnik, jantina dan umur, serta meliputi semua kawasan Parlimen di Semenanjung Malaysia.

Kajian itu dijalankan dari 24-30 Mac dengan pemilihan responden berkadar dengan penduduk di setiap kawasan Parlimen.

Malah dapatan survey yang sama mendapati ekoran dari peristiwa MH370 lebih 45% rakyat mula hilang keyakinan terhadap Putrajaya. 

SAMM pada 4 April 2014, jam 9 pagi melalui kenyataan media telah dengan tegas menggesa Perdana Menteri, Najib Razak agar bercakap benar di depan rakyat. SAMM dan majoriti rakyat mula sedar kes kehilangan MH370 ini bukan kemalangan trajedi biasa sebaliknya satu kes rampasan pesawat melibatkan pertembungan kuasa besar dunia dan semua termasuk Malaysia menjadi mangsa. 

SAMM sedar Najib sedang tersepit dalam pertembungan kuasa besar. Najib sedang berusaha menyelamat keadaan sebaliknya dia tidak sedar dengan tidak bercakap benar kepada rakyat sendiri akan menyebabkan dia terus tersepit lebih teruk malah meletakkan negara lebih berisiko.

Najib dan para pengampu harus berhenti bersikap negatif dengan menyifatkan semua yang memberi pendapat bercanggah sedikit dengan skrip beliau dilihat sebagai tidak patriotik dan harus dihukum termasuk dibuang kerakyatan.

Kepada Najib kami tahu kamu juga tersepit tetapi ini berlaku kerana ia berpunca dari kelemahan pentadbiran sendiri. Ingatkah kita cerita agen CIA dalam pejabat Peguam Negara yang cuba disapu dibawah karpet ? Malaysia menjadi lemah kerana kita dihimpit, diugut kiri dan kanan. Malah watak utama negara yang punya kes bunuh juga pernah diugut sehingga tanah negara terpaksa diserahkan pada jiran.

Amat lemah, Malaysia hanya mencari mengikut cakap - cakap negara lain. Bayangkan ketika radar Malaysia sudah mengesan pusingan pesawat tersebut tetapi beberapa hari awal kita membuang masa mencari di Teluk Siam, sedangkan kita tahu ia sudah melintasi negara semula.

Persoalanya adakah kita lemah atau Najib sedang dihimpit permainan politik kuasa besar dunia ?

Najib, ketahuilah kamu bahawa China sedang marah bukan sahaja kerana kehilangan warganya tetapi kehilangan sesuatu yang bernilai buat negaranya. Kuasa besar ekonomi ini boleh menghimpit negara kerana kelemahan kamu mengendalikan isu ini. Najib, kamu tidak perlu berselindung. 

Bercakap benarlah dihadapan rakyat. Tidak perlu kamu membaca skrip tulisan pihak lain seperti 'ia berakhir di Lautan Hindi' dan kemudian cuba dimanipulasi oleh sepupu kamu dengan mengatakan "PM tak sebut pesawat terhempas".

Percayalah akibatnya nanti tidak terjangkau oleh pemikiran kamu, Malaysia bakal hilang syarikat penerbangan kerana saman dari seluruh dunia, negara bakal menerima tekanan hebat dari perbagai segi.

Najib, kami sayangkan negara ini. Kami tahu kamu terhimpit dan tampillah dengan bercakap terus terang kepada rakyat. Kuasa besar mana pun kami akan bersedia berdepan tetapi kamu perlu beritahu perkara sebenar kepada rakyat atau kamu selesa menjadi memainkan peranan selaku watak boneka lemah semata - mata. 

Kita mungkin berbeda pandang dalam banyak isu di dalam negara ini tetapi dalam isu mempertahankan negara ia tidak ada kompromi cuma berani tampil dan bercakap benar dengan kami.

Sekian

che'GuBard
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)

-----------

Tiada ulasan: