Khamis, 3 April 2014

Tempayan Retak

Tempayan Retak


Al Fatihah Untuk Ustaz Awang Jidin Tukul Besi

Posted: 03 Apr 2014 10:13 AM PDT


Melalui whatsapps yang terima jam 10.19 mlm tadi menyebut bekas Ketua Dewan Ulamak PAS Terengganu, Ustaz Awang Nasaruddin Abu Bakar, 74, telah kembali ke rahmatullah kira-kira jam 9.00 malam tadi.

Beliau yang lebih dikenali sebagai Ustaz Awang Jidin (Tukul Besi) merupakan pemidato PAS terkenal pada tahun 1980 an dan mula 'kendur' pada awal 1990-an kerana faktor usia dan keunzuran. Perkataan "Tukul Besi" kerana suaranya yang berapi dalam ceramah dan mangsa utamanya ialah UMNO sebagaimana Ustaz Azhar berceramah mangsa utamanya JKKK.

Semasa muda remaja saya suka mendengar ceramah Ustaz Awang Jidin, pasal kalau ustaz ceramah mesti dapat lihat BOM ASAP.. Orang muda sekarang mana merasa. Ceramah beliau selalu di kepong oleh polis dan FRU dan kami akan bermandi dengan 'bom asap' FRU dan polis... itu yang bestnya!!


Walaupun sakit dan uzur beliau masih datang ke program dan aktiviti PAS. Gambar di atas adalah beliau keletihan dan tidur semasa program PGU 7.0 di Kg. Banggol Peradong 15 Mac 2013 lalu.

Harakahdaily dalam berita menyatakan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan Pesuruhjaya PAS Terengganu, Ustaz Saiful Bahri Mamat mengucapkan takziah kepada keluarga allahyarham.

Jenazah beliau akan disolatkan di Masjid Pekan Batu 6, Kuala Terenganu jam 11.00 pagi esok 4 April 2014.

Beliau adalah veteran PAS Terengganu yang pernah menerima anugerah Tokoh Ulama' PAS Pusat pada Muktamar Tahunan PAS Ke-55 di Stadium Melawati, Selangor pada Jun 2009 lalu.

Ustaz Awang pernah menjadi wakil rakyat PAS bagi Dewan Undangan Negeri (Dun) Jeram pada tahun 1974 ketika kerajaan campuran Barisan Nasional (BN) yang memperuntukkan tiga kerusi Parlimen dan 10 kerusi Dun kepada PAS Terengganu.

Beliau juga pernah dilantik sebagai Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) pada tahun 1974 bersama dengan Ustaz Harun Jusoh yang mewakili parti PAS Terengganu Jasanya kepada masyarakat di negeri ini amat besar dan pernah menjadi tenaga pengajar di Masjid-masjid dan surau, pengasas Sekolah Rendah Islam Darul Taqwa Batu Enam, pengasas Masjid At-Taqwa Baru Enam serta dikenali sebagai pemidato PAS yang lantang.

Kehebatan ilmunya dalam bidang agama membolehkan beliau dilantik mengetuai Dewan Ulama' PAS Negeri Terengganu yang kelima selepas Haji Abas Awang, Haji Ismail Sulong, Haji Ghazali Ahmad dan Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Gambar ketika beliau sakit 2009
Ustaz Awang juga pernah memegang jawatan Yang Dipertua PAS Kuala Nerus sebelum diterajui oleh Ustaz Abu Bakar Abdullah hingga sekarang (2009). Kelantangan beliau berpidato di pentas PAS serta ketika mengajar agama sehingga digelar sebagai Ustaz Awang 'Tukul Besi' yang terkenal suatu ketika dahulu.Sebelum ini, beliau pernah menerima anugerah Pingat Jasa Kebaktian (P.J.K), Tokoh PAS Terengganu 2001 dan 2006 pada sambutan Jubli Emas PAS Terengganu.

Namun begitu, kini kesihatannya semakin merosot sejak beberapa tahun kebelakangan ini yang masih dijaga oleh kedua-dua orang isterinya di Kampung Bukit Tok Beng, Seberang Takir.

Isteri pertamanya Hajah Rokiah Haji Abas, 57, pernah menjadi Ketua Dewan Muslimat PAS Kuala Nerus dari tahun 1969 hingga 1993, ketua Muslimat PAS Cawangan Batu Enam dan tenaga pengajar.Manakala, isteri keduanya Hajah Shamsiah Zakaria, 47, pula merupakan Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Negeri Terengganu, Timbalan Ketua Muslimat PAS Kuala Nerus, pengarah Halwa Majlis Tindakan Dun (MTD) Kuala Nerus dan tenaga pengajar.

Hasil perkongsian hidup dengan kedua-dua orang isterinya itu telah memperolehi seramai 18 orang anak yang berjaya dibidang agama dan akademik. Salah seorangnya ialah Ustaz Abdul Fattah Awang, Ketua Pemuda PAS Teluk Intan, exco DPP Perak dan juga seorang seorang pendakwah.

Semoga Allah memberkati beliau sekeluarga..


AL-FATIHAH BUAT AL-MARHUM

NAMA : USTAZ HAJI AWANG NASIRUDDIN BIN ABU BAKAR
PANGGILAN : USTAZ AWANG JIDIN
TARIKH LAHIR : 1943
TEMPAT LAHIR : KG. SEBERANG TAKIR, KUALA NERUS, KUALA TERENGGANU
KELULUSAN : UNIVERSITI DEUBOND (INDIA), UNIVERSITI AL AZHAR (MESIR)

JAWATAN DALAM PARTI.

1. AJK DEWAN ULAMA' PAS PUSAT 1995 - 1999
2. TIM. PESURUHJAYA PAS TERENGGANU 1981 - 1982
3. KETUA DEWAN ULAMA' PAS TERENGGANU 1987 - 2001
4. AJK BADAN PERHUBUNGAN PAS NEGERI 1968 - 2001
5. YANG DIPERTUA PAS KAWASAN KUALA NERUS 1971 - 2001

BERTANDING DALAM PILIHANRAYA

CALON PAS : 1971 (PRK Batu Rakit) ,1974,1978, 1982, 1986 DAN 1990

JAWATAN DALAM KERAJAAN

1. AHLI MESYUARAT KERAJAAN NEGERI TERENGGANU (EXCO) 1974 - 1978
2. ADUN KAWASAN JERAM (1974-1978)
3. TIMBALAN MUFTI KERAJAAN NEGERI TERENGGANU
4. PENOLONG PENGARAH AKADEMIK PEMBINAAN INSAN (API)

JASA / KHIDMAT MASYARAKAT

1. TENAGA PENGAJAR MASJID/SURAU
2. PENGASAS SEKOLAH RENDAH DARUL TAQWA BATU 6
3. PENGASAS MASJID TAQWA BATU 6
4. AHLI LEMBAGA PENGARAH SEKOLAH RENDAH ISLAM (DAR-DAR)
5. PEMIDATO YANG LANTANG DENGAN GELARAN " TUKUL BESI"

ANUGERAH YANG DIPEROLEHI

1. PINGAT JASA KEBAKTIAN (PJK)
2. TOKOH PAS TERENGGANU 2001 (SEMPENA JUBLI EMAS PAS PUSAT)
3. TOKOH PAS TERENGGANU 2006 (SEMPENA JUBLI EMAS PAS TERENGGANU)

PERISTIWA HEBAT DALAM PERJUANGAN

1. PENCERAMAH HEBAT AKHIR 70-AN HINGGA AWAL 80 –AN SEHINGGA DIGELAR US AWANG TUKUL BESI.
2. DAPAT MEMBANGKITKAN SEMANGAT JUHAD / PENGORBANAN DI DALAM CERAMAH YANG DISAMPAIKAN SEHINGGA ADA YANG TERUJA DENGAN CERAMAHNYA
3. CERAMAH DAN PENGAJIANNYA DI 'TAPE'KAN TETAPI TIDAK DIBUKUKAN

DISEDIAKAN OLEH

DEWAN ULAMAK PAS PUSAT
KERJASAMA
DEWAN ULAMA PAS NEGERI TERENGGANU


Sebuah lagi kapal terbang MAS berpatah Balik?

Posted: 03 Apr 2014 04:46 AM PDT


Hari ini gempar pula cerita sebuah pesawat Malaysia Airlines, MH004 dalam penerbangan ke United Kingdom terpaksa berpatah balik ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) berikutan kerosakan teknikal.

Pesawat Airbus A380 yang berlepas pada jam 10 pagi itu sepatutnya dijangka tiba di Lapangan Terbang Heathrow, London pada jam 11 malam ini.


Namun pesawat tersebut terpaksa berpatah semula ke KLIA setelah sejam di udara kerana mengalami kerosakan kipas paramotor (propeller) pada sayap kiri.

Menurut wartawan MySuara yang dihubungi oleh seorang penumpang MH004 tersebut, semasa sesi penundaan selama hampir empat jam tersebut menyatakan rasa trauma dengan insiden MH370 yang hilang 8 Mac lalu dan dikatakan berakhir di Lautan Hindi.

"Pagi tadi adik saya berseloroh supaya berhati-hati ketika melintasi Lautan Hindi. Apabila juruterbang memaklumkan pesawat menghadapi masalah teknikal dan terpaksa berpatah balik ke KLIA, saya berasa sangat cemas dan gementar,"
Jelasnya penjawat awam yang dalam perjalanan untuk menyambung pelajaran peringkat sarjana.

"Apapun saya sedikit lega dengan tindakan pantas dan bijak juruterbang. Jika pesawat telah dibaiki sekalipun, saya rasa tidak sedap hati. Saya mungkin tidak dapat tidur lena untuk 12 jam penerbangan kali ini," tambahnya.

Kerosakan teknikal tersebut bagaimana telah dibaiki dan penerbangan disambung semula pada jam 1.30 tengah hari tadi dengan pesawat yang sama. Pihak MAS tidak dapat dihubungi untuk penjelasan lanjut.

Sebelum ini, pada 23 Mac sebuah pesawat MAS MH006 dari Kuala Lumpur ke Incheon, Seoul terpaksa dilencongkan ke Hong Kong ekoran generator kapal terbang yang tidak berfungsi.

Nampaknya semua yang terjadi kepada MAS akan menjadi perhatian dan bahan berita.

Dr Saharuddin, Presiden Kesedaran Pencegahan Jenayah Percaya MH370 Dirampas

Posted: 02 Apr 2014 10:53 PM PDT


Makin hari makin ramai yang membuat telahan bahawa MH370 dirampas. Secara logiknya pesawat MH370 sudah mendarat di lokasi yang masih belum diketahui. Tidak ada sebarang klu yang menunjukkan pesawat MH370 telah terbakar atau terhempas atau dirampas.

Pencarian oleh negara-negara yang menguasai teknologi tinggi termasuk satelite pengawasan bumi tidak menemui sebarang kesan letupan atau hentakan kuat pada mana-mana lokasi di kawasan Asia.


Penganalisis jenayah percaya tiada unsur bunuh diri dalam misteri kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370 dan pesawat itu selamat mendarat di suatu kawasan yang tidak diketahui lokasinya.

Presiden Kesedaran Pencegahan Jenayah, Datuk Seri Dr Saharuddin Awang Yahya berkata berdasarkan fakta-fakta diumumkan setakat ini, sesiapa jua yang mengambil alih pesawat itu tidak berniat untuk membunuh diri.

Katanya ini kerana pihak yang bertanggungjawab nampaknya membuat perancangan cukup teliti dan amat pakar tentang selok-belok penerbangan serta kedudukan radar termasuk cara untuk mengelakkan pesawat itu daripada dikesan oleh radar.

Dr Saharuddin juga percaya sesiapa sahaja yang mengambil alih pesawat Boeing 777-200ER itu cukup berpengalaman dalam mengendalikan pesawat itu.

"Walaupun pelbagai kemungkinan boleh berlaku dalam situasi sebegini, namun saya jangkakan tiada unsur bunuh diri melibatkan juruterbang pesawat berkenaan," katanya.


Dr Saharuddin berkelulusan Doktor Falsafah Antropologi Sosial dari Universiti Antarabangsa Wisconsin di Amerika Syarikat, dan menaungi beberapa pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO) selain menjadi tenaga pengajar di Universiti Institut Perubatan, Sains dan Teknologi Asia (AIMST), cawangan Kuala Lumpur, dalam bidang Antropologi sejak 2009.

Berkecimpung sebagai pejuang hak pengguna selama lima tahun, beliau yang kini berusia 52 tahun itu kerap ditemu bual media tempatan mengenai isu-isu melibatkan keselamatan dan kepenggunaan.

Hanya kita tunggu kenyataan rasmi daripada kerajaan sahaja, apakah kerajaan juga akan membuat andaian MH370 dirampas setelah beberapa teori sebelum ini menemui kegagalan.

Simbol MH370 dalam filem Man Of Steel? (bersama dengan video)

Posted: 02 Apr 2014 09:39 AM PDT


Misteri kehilangan MH370 sekarang ini telah dibicarakan secara serius di seluruh dunia.. Pelbagai teori dan andaian dibuat untuk dikaitkan dengan kehilangan tanpa sebarang pertunjuk.

Memang sifat manusia yang suka membuat telahan dan andain dan kadang kala diluar jangkaan akal kita yang normal berfikir.

Baru-baru ini, timbul pula dakwaan yang menggatakan kehilangan pesawat MH370 telah dinyatakan secara simbolik lebih awal dalam filem blockbuster Hollywood, "Man of Steel".


Di bawah ini video dakwaan berkenaan.





Salah satu babak dalam filem Man of Steel, telah memaparkan nombor 370 secara jelas di atas sebuah kenderaan panjangseperti bas.


Jika dilihat dengan teliti, tertulisnya:


M.I.A 6 - 370

Yang boleh diertikan sebagai..

MIA = Missing In Action

MIA = Malaysia International Airport


Manakala nombor 6 jika dikira secara abjad adalah sama kedudukan dengan huruf F yang membawa maksud kepada Flight.


6 = F (Flight)



Menurt teori ini mengikut kiraannya matematiknya, CIA terlibat dalam perancangan menghilangkan pesawat MH370 seperti berikut:

Pendedahan yang kedua pula, dalam filem tersebut, superman ada menyebut perkataan Lautan Hindi.


"If I don't stop that machine over the Indian Ocean"

Adakah sebutan ini secara kebetulan? Pembaca boleh berfikir dan menjawabnya.


24 Mac lalu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib mengumumkan pesawat MH370 berakhir di selatan Lautan Hindi. Pengumuman ini dibuat berdasarkan data-data kukuh yang diberikan oleh INMARSAT.


Pelik kan?

Teori ini juga mengaikan dengan filem Mission Impossible III 2006.

Salah satu babak dalam filem Mission Impossible III 2006 juga ada memaparkan logo Malaysia Airlines secara horizontal dalam keadaan yang musnah akibat letupan di China.





Logo yang sama juga muncul di filem Transformers - Revenge of the Fallen pada tahun 2009 juga di China.

Adakah masij kebetulan?
Kebetulan kah ini? Seperti telah dirancang sejak 2006 lagi.


Pembaca boleh menilai sendiri.. tak perlu percaya, cukuplah sekadar membaca infodan membuat kesimpulan dengan apa yang ada. Kita masih belum jumpa serpihan dan sebarang pertunjuk di mana sebenarnya MH370 berada.

Teori ini lebih baik daripada kata Bomoh Gila 'tergantung di 3 negara' kerana ditawan raksasa..

Tiada ulasan: