Khamis, 3 April 2014

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Bagaimana jika MH370 tidak terhempas?

Posted: 03 Apr 2014 08:22 AM PDT


Terdapat pelbagai spekulasi yang dibangkitkan termasuk yang mengatakan pesawat itu sudah mendarat secara rahsia di China dan ada juga yang mendakwa pesawat mendarat di Pakistan ataupun Hong Kong.

Namun, terdapat satu teori yang dilihat mendapat respons yang tinggi dari masyarakat dunia iaitu teori pesawat mendarat di Diego Garcia, sebuah pangkalan tentera Amerika Syarikat (AS) di Lautan Hindi.

Diego Garcia terletak di selatan Kepulauan Maldives dan merupakan pangkalan tentera AS yang penting dalam kempen serangan AS terutama terhadap Iraq dan Afghanistan.

Dakwaan penduduk Maldives kukuh

Spekulasi yang mengaitkan Diego Garcia ini mula dibangkitkan secara serius apabila apabila penduduk di Maldives mendakwa melihat pesawat terbang rendah di selatan kepulauan tersebut.

Ada pihak mendakwa pesawat tersebut merupakan MH370 dan telah mendarat di Diego Garcia kerana kedudukan kedua-dua pulau yang berdekatan.

Jarak antara Diego Garcia dengan Addu City, yang terletak di selatan Kepulauan Maldives (Pulau Addu) adalah 740km.

Difahamkan, teori ini timbul berdasarkan kiraan secara kasar waktu MH370 membuat pusingan balik di sempadan Malaysia - Vietnam dan waktu ketika penduduk Maldives melihat pesawat tersebut.

MH370 berlepas dari KLIA pada 12.41 pagi dan pesawat ini terputus hubungan pada 1.21 pagi.

Jika diambil kira penerbangan dari KLIA ke Maldives iaitu sekitar 4 jam, 24 minit dan waktu penduduk Maldives melihat pesawat iaitu 6.15 pagi, jumlah waktu penebangan ini adalah relevan.

Ini kerana, waktu penerbangan ini perlu ditambah 40 minit iaitu tempoh MH370 berpatah balik hingga kedudukan pesawat hilang dari radar.

Teori penduduk Maldives ini tidak boleh ditolak begitu sahaja kerana penduduk di Semenanjung Malaysia terutama di Kelantan, Perak dan Terengganu juga mendakwa mereka melihat pesawat terbang rendah pada hari malang buat MH370 itu.

Difahamkan, pesawat tersebut adalah MH370 berdasarkan radar tentera yang berjaya mengesan pesawat tersebut membuat pusingan balik menghala ke Selat Melaka.

Spekulasi Diego Garcia terus berada di tempat pertama

Selain itu, teori Diego Garcia ini juga dikaitkan menerusi mimpi seorang ustaz yang mendakwa MH370 mendarat di sebuah pangkalan tentera dan penumpang serta kru masih selamat.

Antara teori yang menarik berhubung Diego Garcia adalah spekulasi bahawa tentera AS telah mengawal MH370 sebaik sahaja pesawat itu hilang dari radar.

Spekulasi tersebut mengaitkan dakwaan tentang wujud peralatan ketenteraan yang menjadi rebutan kuasa besar dunia dalam pesawat tersebut.

Alat tersebut dikatakan berkemampuan untuk mengmengawal Drone tanpa pemandu yang pernah digunakan ketika AS berperang di Afghanistan.

Difahamkan, China berusaha untuk membawa pulang sistem ketenteraan ini menerusi laluan pesawat komersil yang dianggap lebih selamat.

Namun, AS berjaya memintas pesawat ini dan membawa MH370 keluar dari radar Malaysia menuju ke Lautan Hindi bagi mengelak di kesan radar mana-mana negara dan kemudiannya dibawa ke Diego Garcia untuk disimpan di sana.

Nasib penumpang tidak diketahui tetapi pesawat MH370 itu dikatakan diterbangkan semula untuk terhempas Lautan Hindi menggunakan sistem kawalan jarak jauh.

Apa yang paling menarik dalam spekulasi ini adalah landasan lapangan terbang Diego Garcia adalh antara lima penemuan pasukan penyiasat dalam program simulator milik Kapten Zaharie Ahmad Shah yang diambil dari rumahnya di Shah Alam.

Selain Diego Garcia, antara perisian landasan yang diperiksa setakat ini ialah Lapangan Terbang Antarabangsa Male di Maldives serta tiga lagi landasan di India dan Sri Lanka, yang semuanya mempunyai jarak landasan lebih 1,500 meter.

Namun, pihak penyiasat sehingga kini masih menafikan dakwaan MH370 mendarat di Diego Garcia dan pasukan penyiasat berpegang kepada maklumat bahawa MH370 berakhir di Selatan Lautan Hindi.

Berakhir, bukannya terhempas di Lautan Hindi

Sebelum ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan bahawa pesawat MH370 berakhir di Lautan Hindi berdasarkan kepada siasatan syarikat satelit Inmarsat dan Air Accident Investigation Branch (AAIB) di Britain.

Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dalam temubual bersama media tempatan memberitahu berhubung persoalan mengenai Diego Garcia, beliau sendiri akan bertanya kepada AS dalam Forum Pertahanan Amerika Syarikat-Asean yang bermula kelmarin.

Spekulasi sentiasa wujud, selagi operasi SAR di selatan Laut Hindi tidak berjaya menjumpai sebarang objek yang boleh dikaitkan dengan MH370.

Sehingga kini operasi SAR yang diketuai Australia masih gagal menemui petunjuk yang jelas di mana pesawat ini berada dan mereka kini sedang berusaha untuk mengesan perakam kotak hitam milik MH370 sebelum kuasa baterinya habis.

Menteri Pertahanan Australia, David Johnston mengakui, usaha mencari kotak hitam itu hanya mempunyai peluang tipis berikutan serpihan pesawat perlu dikenal pasti terlebih dahulu bagi mengesan lokasi kemalangan pesawat tersebut.

"Kami mempunyai kira-kira seminggu sahaja untuk mengesan kotak hitam pesawat MH370. Malah, ia juga bergantung kepada suhu, kedalaman dan tekanan laut, berapa lama kuasa baterinya boleh bertahan," katanya.

Tumpuan siasatan kini masih tertumpu kepada empat elemen iaitu melibatkan rampasan, sabotaj, masalah peribadi kru dan penumpang.

Sehingga kini siasatan polis telah selesai dan polis mendapati semua penumpang pesawat MAS yang hilang "bersih" daripada elemen rampas, sabotaj dan masalah psikologi dan peribadi.

Namun, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, siasatan terhadap anak kapal termasuk juruterbang dan pembantu juruterbang masih dijalankan.

Menurut sumber yang enggan dikenali, arah tuju pesawat yang menghala ke Lautan Hindi itu sendiri telah jelas menunjukkan pesawat itu dirampas dan bukan akibat masalah pada pesawat ataupun dikawal dari jarak jauh.

"Pesawat itu menuju ke Lautan Hindi iaitu lautan yang amat sunyi dan sudah tentu ia menuju ke suatu tempat yang tidak diketahui.

"Saya percaya ia melibatkan rampasan tetapi yang menjadi persoalan ialah siapa dan mengapa pesawat itu dirampas," katanya kepada Sinar Harian.

Spekulasi-spekulasi yang timbul tidak wajar ditolak mentah-mentah kerana sehingga kini bukti atau petunjuk yang boleh dikaitkan dengan MH370 masih belum ada.

Apa sahaja yang dibangkitkan di internet masih boleh diterima, sekiranya teori tersebut mempunyai fakta atau hujah sokongan yang relevan.

Kini, kesemua persoalan berhubung 'di mana MH370' tertumpu kepada operasi SAR yang diketuai oleh Australia, sama ada jawapan ini terjawab dalam masa terdekat ataupun tidak, ia bergantung kepada ketentuan Tuhan, kita manusia hanya mampu merancang sahaja ~ Sinar Harian


Baca juga spekulasi Bekas Editor Japan Times mengenai kehilangan MH370 ini di SINI


Bangunan UMNO Kedah kena conteng lagi!.. dulu 'Babi' hari ni 'RE4MASI 2.0' pulak..

Posted: 03 Apr 2014 05:41 AM PDT


Apahal agaknya ni.. bangunan ada pengawal.. dan dilengkapi dengan CCTV lagi.. dulu pernah kena conteng, pagi tadi kena conteng lagi.. Siapalah yang tak puas hati ni?

Menariknya belum sempat Polis siasat Setiausaha Kerja Umno negeri Kedah dah kaitkan insiden ini dengan 'Himpunan Derita Rakyat Baling 2.0' yang Mukhriz kata tak berfaedah tu..


Bernama melaporkan hari ini.. ALOR SETAR, 3 April - Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir menasihati anggota Umno di negeri itu agar tidak bertindak di luar batas susulan perbuatan pihak tertentu yang menconteng perkataan 'R4MASI 2.0' di beberapa bangunan Umno Kedah.

Sambil menyifatkan perbuatan itu dilakukan oleh "pihak yang dangkal akal", Mukhriz meminta anggota dan penyokong Umno menyerahkan kepada polis untuk menyiasat.

"Saya juga minta pihak polis mengawasi pejabat-pejabat semua parti politik supaya insiden sama tidak berulang," katanya dalam kenyataan di sini Khamis.

Dinding Bangunan Tunku yang menempatkan pejabat Umno Kedah antara lokasi yang diconteng perkataan tersebut.

Mukhriz yang juga Pengerusi Perhubungan Umno Kedah, turut meluahkan kebimbangan dengan provokasi terbaharu itu.

"Saya bimbang hasutan sesetengah pemimpin akan menggalakkan penyokong mereka menjadi taksub dan hilang pertimbangan hingga bertindak di luar batasan.

"Kita bimbang jika tidak dibendung dengan segera, ia boleh menimbulkan masalah yang lebih sukar dan rumit untuk ditangani sehingga mendatangkan kerugian kepada semua pihak khususnya rakyat Kedah sendiri," katanya.

Sementara itu, Setiausaha Kerja Umno negeri Haris Che Mat berkata kejadian tersebut disedari oleh pengawal keselamatan yang bertugas pada pukul 5.30 pagi tadi.


"Ini merupakan kali kedua bangunan diconteng, kejadian pertama berlaku sebelum pilihan raya umum ke-13 diadakan dan tindakan ini dilihat sebagai provokasi," katanya kepada pemberita di sini Khamis.

Beliau berkata selain Bangunan Umno, pejabat Umno Bahagian Jerai, bangunan kerajaan di Langkawi, papan tanda di Pendang dan van milik Umno Kubang Pasu turut diconteng dengan perkataan yang sama.


"Kita percaya bahawa perbuatan ini ada kaitan dengan Himpunan Derita Rakyat Baling 2.0 yang akan diadakan Sabtu di Baling dan jika benar, kita minta supaya polis menarik semula permit bagi mengadakan himpunan," katanya.

Beliau berkata laporan polis mengenai perkara itu sudah dibuat dan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) Bangunan Tunku juga sudah diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut...

Nampak macam taktik mencari alasan untuk menghalang 'Himpunan Derita Rakyat Baling 2.0' di Baling saja ni..

Dulu kena conteng dengan perkataan babi.. sila lihat di SINI

Berang dengan pendedahan Rafizi, PapaGomo serang Rafizi di laman Twitter...

Posted: 03 Apr 2014 02:52 AM PDT


Mungkin kerana bengang dengan peandedahan terbaru Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli mengenai dirinya yang boleh mengakibatkan beliau berhadapan dengan 7 tahun penjara jika disabitkan bersalah, PapaGomo telah menyerang Rafizi di laman Twitter..

Rafizi sebelum ini telah dilaporkan mendedahkan jawapan bertulis dari Menteri Pertahanan mengenai soalannya tentang tarikh dan tahun bila seseorang bernama Wan Muhammad dibenarkan menaiki kapal selam Scorpene.

Dalam jawapan bertulis tersebut, Hishamuddin memaklumkan Papa Gomo atau Wan Muhammad bersama wakil media lain menaiki kapal selam Scorpene bagi tujuan perkongsian maklumat.

"Wan Muhammad Azri Wan Deris (No KP:830121-03-5019) menaiki kapal selam Scorpene pada 9 Disember 2011 sempena Lima 2011," kata Rafizi dalam kenyataannnya yang memetik jawapan bertulis tersebut semalam.

Susulan daripada jawapan itu, Rafizi menyelar blogger tersebut kerana menafikan indentitinya sebagai Papa Gomo dan tidak pernah berada di dalam kapal selam Scorpene.

Rafizi berkata, jawapan menteri pertahanan itu mengesahkan Wan Muhammad berbohong kepada mahkamah.

"Ini merupakan satu kesalahan di bawah Seksyen 193 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan memberi keterangan palsu kepada mahkamah.

"Kesalahan ini boleh dijatuhkan hukuman penjara 7 tahun dan boleh ditahan," katanya pada sidang media di Parlimen hari ini.

Rafizi berkata, semasa memberi keterangan dalam kes saman Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadapnya Wan Muhammad menyatakan dirinya tidak pernah berada dalam kapal selam tersebut.

Sehubungan itu, katanya, beliau bersama Ahli Parlimen Padang Serai, N Surendran akan membuat laporan polis terhadap Wan Muhammad atas kesalahan di bawah Seksyen 193 Kanun Keseksaan pada Selasa minggu depan (8 April, 2014) supaya tindakan segera dapat diambil terhadap Papa Gomo.

"Saya ingin melihat sama ada pihak polis akan mengambil tindakan menahan Papa Gomo serta merta di bawah Seksyen 193 dan mahkamah mengenakan hukuman penjara yang sewajarnya terhadap Papa Gomo," katanya

Selain itu, katanya, beliau akan memfailkan saman terhadap Wan Muhammad atas fitnah terhadap dirinya di blog Papa Gomo yang mendakwa punca beliau dipecat daripada Petronas adalah kerana pecah amanah lapor The Malaysian Insider.

Rentetan dari itu PapaGomo telah memulakan 'perang' Twitter itu apabila mengkritik Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli yang juga merupakan Ahli Parlimen Pandan.

Beliau memulakannya dengan "Kamu ni @rafiziramli macam budak budak.

"Cukup memalukan kita mempunyai wakil rakyat seperti @rafiziramli . Amat kasihan rakyat Pandan," kata Papagomo yang menulis menggunakan tweet handle @Sir_Azri dalam satu tweet kepada pengarah strategi PKR itu.

Latheefa kemudiannya mengusik Papagomo dengan bertanya kepadanya kembali mengapa dia berkata demikian.

"knp? sbb awak kena kantoi! RT @Sir_Azri: Cukup memalukan kita mempunyai wakil rakyat seperti @rafiziramli . Amat kasihan rakyat Pandan." tulis Latheefa pula yang menggunakan tweet handle @LatheefaKoya.

Papagomo kemudiannya bertanyakan kepada Latheefa adakah dia cuba menyembunyikan sesuatu dan mendakwa Latheefa telah menyekat akaun Twitternya.

"@LatheefaKoya block saya kerana apa? Takut dengan kebenaran? Usah berjuang jika takut nak berlawan dengan rakyat marhain," dakwa Papagomo yang dibalas kembali oleh Latheefa dengan menulis "haha kamu ni penipu RT @Sir_Azri: block saya kerana apa? Takut dengan kebenaran? Usah berjuang jika takut nak berlawan dengan rakyat marhain."

Papagomo kemudiannya dilihat 'menyerang' Latheefa dengan menyoal "Kamu @LatheefaKoya kenapa tak jadi wakil rakyat? Rekod kamu tak bersih ke?," soalnya.

Ketika artikel ini ditulis, Latheefa masih belum membalas tweet tersebut.

Namun, Papagomo tidak berhenti di situ sahaja dan mengalihkan 'serangannya' kepada Anwar pula.

"Pihak pembangkang mahu saya masuk ke dalam penjara? Harap dapat duduk satu lokap dengan @anwaribrahim," tulisnya, dipercayai merujuk kepada hukuman penjara lima tahun yang disabitkan oleh Mahkamah Rayuan kepada Anwar kerana didapati..


Serangan terhadap Rafizi masih berterusan hingga kini..


MH370 : Gara-gara menyokong membabi buta, Hishamuddin diserang pelbagai pihak..

Posted: 02 Apr 2014 11:55 PM PDT


Kenyataan pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang menyokong kenyataan seorang wartawan tragedi MH370 adalah 'blessing in disguise' (kebaikan daripada kesedihan) diserang oleh pelbagai pihak.

Menurut Herald Sun News, sokongan Hishammuddin terhadap kenyataan itu boleh disifatkan sebagai penghinaan kepada keluarga penumpang MH370 yang malang itu.

Turut melaporkan berita yang sama adalah akhbar Australia, The Daily Telegraph. Seorang wartawan, Ismail Amsyar menghantar satu pesanan melalui Twitternya berkata "MH370 adalah 'blessing in disguise' kepada kita semua. Saya faham sekarang tentang cantiknya perpaduan, manisnya dapat bersama-sama."

Ia dijawab oleh Hishammuddin yang berkata: "Anda betul" yang menimbulkan perasaan tidak senang di kalangan pelbagai pihak, lapor media itu.

Susulan daripada itu, pagi ini Ismail memohon maaf sepenuh hati kerana tweets itu. Dia juga menerima ancaman bunuh di atas talian, lapor Herald Sun.

"Saya memohon maaf di atas tweet itu. Ia tidak bermaksud untuk tidak sensitif. Terima kasih di atas ingatan," kata Ismail melalui twitternya selepas mendapat peringatan daripada seorang lagi pengguna laman sosial itu yang bernama Deniela N. Ismail juga memohon maaf kepada Hishammuddin kerana mengheret beliau dalam isu itu.

"Kepada @Hishammuddin H20, saya memohon maaf kerana mengeheret tuan kepada ini. Tidak bermaksud begitu. Kepada semua yang lain di luar sana, sekali lagi, saya mohon maaf kerana tweet itu," tulis Ismail.


Sehingga kini, Hishammuddin tidak membuat apa-apa penjelasan mengenai isu itu namun beliau memadamkan tweet itu daripada akaun Twitternya manakala Ismail juga memadamkan tweet asalnya. 

Nama Hishammuddin memuncak sebelum ini berikutan kejayaannya mengendalikan sidang media harian mengenai kehilangan MH370.

Sebuah media dari Hong Kong, South China Morning Post (SCMP) meramalkan Hishammuddin mungkin akan menggantikan Datuk Seri Najib Razak sebagai perdana menteri.

Menurut media itu, kepercayaan ke atas Hishammuddin melonjak selepas kehilangan penerbangan MH370, lapor media yang berpangkalan di Hong Kong itu.

Hishammuddin menerima kritikan hebat dalam mengendalikan krisis tersebut khususnya daripada media luar, bagaimanapun beliau menerima sokongan ramai.

"Jika semua media luar negara terus menyerang beliau, rakyat Malaysia pasti akan berada di belakangnya sebagai tindak balas," kata Oh Ei Sun, bekas Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada 2009, lapor SCMP.

"Secara domestik, ia sebenarnya melonjak kepercayaan kepadanya kerana orang ramai melihat beliau lebih berkelayakan semasa berdepan situasi sukar," katanya.

Namun sebarang kesilapan akan menjatuhkan beliau semula.

Baru-baru ini, ahli Parlimen Pakatan Rakyat menyifatkan beliau takut berdepan dengan mereka apabila Hishammuddin berlepas ke Hawaii selepas satu taklimat dijanjikan kepada mereka oleh kerajaan. 

Sehubungan itu, kerajaan BN berjanji Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sendiri akan memberikan taklimat itu lapor The Malaysian Insider

Pegawai khas exco mana dah salah guna kuasa ni?

Posted: 02 Apr 2014 08:14 PM PDT


Berbekalkan bukti yang dikumpul sejak hujung tahun lalu, Pemuda Umno Pulau Pinang membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap seorang pegawai khas exco kerajaan negeri.

Ketuanya, Rafizal Abdul Rahim berkata, laporan itu dibuat bagi membolehkan SPRM menjalankan siasatan terhadap pegawai khas yang berusia lingkungan 30-an itu dengan segera.

"Kita ada cukup bukti dan dokumen. Kita dapati beliau menyalahgunakan kuasa dari segi perolehan. 

"Kita serah semua bukti kepada SPRM dan berharap mereka siasat dengan segera dan telus," katanya kepada media di luar pejabat SPRM di sini hari ini.

Bagaimanapun, beliau enggan mengulas lanjut dengan alasan SPRM memintanya tidak memberi sebarang kenyataan kepada media bimbang akan mengganggu siasatan lapor Sinar Harian

MH370 : Nak bodek Najib pun agak-agakla Ketua Penerangan Pemuda UMNO ni...

Posted: 02 Apr 2014 05:30 PM PDT


"Maksud 'berakhir di sini' seperti yang disebut Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak kepada keluarga penumpang pesawat MH370 bukan bermakna terhempas.

"Ramai yang tak faham dan terus buat keputusan sendiri sedangkan, maksudnya di situlah berakhirnya radar Immarsat mengesan prsawat yang membawa 237 penumpang itu."

Itu tegas Ketua Penerangan Pemuda UMNO Malaysia, Jamawi Jaafar di pejabatnya petang tadi.

Jelas Jamawi, kesimpulan yang dibuat oleh orang ramai termasuklah media dan pihak pembangkang khususnya adalah terhempas dan ini telah menyebabkan keadaan semakin kusut di kalangan keluarga penumpang pesawat itu.

"Apabila semua dah mengatakan terhempas, keluarga penumpang mula hendakkan bukti sedangkan hakikatnya, Najib tidak langsung menyebut terhempas.

"Ada pula akhbar yang terus membuat laporan mengatakan semua mangsa terkorban dan saya hairan di mana mereka dapat maklumat itu," katanya.

Kesan laporan yang 'menyentap' sanubari keluarga penumpang ini, pembangkang ambil kesempatan menambah cerita yang membuatkan rakyat mula membenci kerajaan.

"Kerajaan tidak akan berselindung dalam hal ini dan fikirlah secara logik negara lain pun turut terlibat mencari pesawat yang hilang itu.

"Kalau pembangkang ada bukti MH370 ada di mana-mana, kenapa mesti berselindung? Apa tujuan mereka buat cerita begini kalau bukan untuk mendapat sokongan politik.

"Ini soal hidup dan mati. Tak ada sebab kerajaan Najib dan Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein hendak menyembunyikan sesuatu. Ini semua mainan pembangkang yang mahu melihat dunia membenci kerajaan kita," jelas Jamawi.

Tambah Ketua Pemuda UUMNO Tenom itu lagi, usaha Hishamuddin bertemu keluarga penumpang membuktikan kerajaan tidak akan berdiam diri melihatkan kesengsaraan rakyat.

"Biarpun ada yang tidak puas hati terutama warga China namun kesungguhan Hishamuddin mendekati mereka adalah satu usaha terpuji.

"Pedulilah apa pembangkang nak kata. Tetapi saya percaya, memang terdapat satu gerakan yang dirancang untuk membuat spekulasi dan apa juga cerita palsu mengenai MH370 hanya untuk memburukkan kerajaan," katanya lapor MalaysiaGazette

... Tapi kalau beliau tidak maksudkan MH370 itu berakhir di Lautan Hindi dengan terhempas kenapa pula nak cari kotak hitam dan serpihan pesawat tu??

Kalau tak terhempas.. mungkin serpihan yang dimaksudkan oleh Najib itu ialah kepingan-kepingan komposit badan kapal terbang tu yang tertanggal bila penerbangan MH370 itu berakhir di Lautan Hindi..

Dan kotak hitam itu pula telah tercicir semasa MH370 mengakhiri penerbangannya itu..

Nak bodek pun agak-agaklaaa....

Tiada ulasan: