Isnin, 28 April 2014

Tempayan Retak

Tempayan Retak


Dulu kata sesat tapi sekarang datang ziarah nak cium tangan!

Posted: 28 Apr 2014 05:25 AM PDT


Timbalan Perdana Menteri Malaysia Tan Sri Muhiyiddin Yasin telah menziarahi Mantan Menteri Besar Kelantan, TG Nik Aziz di kediaman beliau di Pulau Melaka, Kelantan semalam. Yang mengurus kedatangan ini adalah anak beliau Nik Abdul.

Pada 6 April 2013 
Timbalan Perdana Menteri Malaysia Tan Sri Muhiyiddin Yasin melabelkan Parti Pas sebagai Parti Ajaran Sesat berikutan kenyataan kontroversi Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, yang disifatkannya sebagai fatwa songsang yang boleh mengelirukan rakyat Kenyataannya disiarkan oleh semua akhbar utama di Malaysia.

Yang hairan semalam UMNO datang jumpa orang yang sesat? UMNO sekali fikir nampak baik, dua kali fikir nampak temberangnya.

Saya tak kata ziarah tu tak bagus. Sepatutnya UMNO dan PAS saling ziarah mengziarahi antara satu sama lain agak banyak maklumat boleh disampaikan kepada yang kurang jelas tentang perjuangan Islam.


Itu cerita UMNO. Satu lagi cerita dalam kain PAS sendiri yang suka sebar maklumat putar belit.


Jangan hairan ada yang sebar cakap TGNA "Ambe bukan minta pun jumpa dia, tapi Abdul yang susun" yang bermaksud Nik Abdul dihubungi oleh pihak TPM Muhyidin untuk mengatur lawatan luar agenda ini. Takkan Nik Abdul kata tak payah datanglah!!!

Tapi sahabat sesama PAS ini untuk menyerang Nik Abdul kononnya susun tu maksudnya Nik Abdul yang rancang pertemuan ini. Saya rasa ini pun satu hal yang bengong dalam PAS...

TEMPAYAN RETAK
http://tempayanretak.blogspot.com/
(* Klik gambar untuk besarkannya)

Hudud: Media Sosial Bukan Islam Menyerang Dengan Fitnah

Posted: 28 Apr 2014 02:02 AM PDT


'Even without hudud, non-Muslims are affected' tulisan Athi Shankar  dalam FreeMalaysiaToday telah memberikan gambaran yang silap terhadap hudud oleh Gerakan national legal and human rights bureau chairman Baljit Singh sedangkan hukuman hudud tidak dikenakan kepada orang bukan Islam. Komen Baljit Singh lebih kepada permasalah undang rumahtangga antara muslim bukan muslim yang perkahwinan terbatal apabila salah seorang masuk Islam.

Perkara ini telah dibangkitkan oleh NGO Islam supaya bukan Islam boleh hadir ke Mahkamah Syariah. Berkenaan hak penjagaan berbeza dengan hukuman hudud yang dibicarakan.

Sedangkan hudud yang dibicarakan ini mengandungi 7 elemen iaitu Syurb, Qazaf, Zina, Sariqah, Hirabah, Riddah dan Bughah.

Secara ringkasnya :

1. Syurb– relating to consumption of liquors and state of intoxication;
2. Qazaf– relating to false accusation against women committing sexual act outside lawful marriage;
3. Zina– relating to adultery and sexual offences outside marriage;
4. Sariqah– relating to offences of stealing;
5. Hirabah– relating to offences of robbery;
6. Riddah– relating to offences of apostacy;
7. Bughah– relating to treason against the State.

Kita boleh terima jika bukan Islam mendapat gambaran salah terhadap hudud dan penjelasan yang lebih terperinci perlu diberikan kepada mereka.

Yang paling merusingkan bila ada komen-komen disertakan dengan maklumat yang tidak benar terhadap Islam seperti "Muslims Crucify Two Christian Teenagers For Refusing To Convert To Islam". Kononnya kejadian salib lelaki tak nak masuk Islam berlaku di Syria.

"One of them was crucified in front of his father, who was afterwards killed. The jihadists entered the city of Maaloula and started killing men, women, and children. They did not just kill, but played football with their heads. They took pregnant women, pulled out the babies from the womb and hung them from the tree umbilical cords."

Kenyataan komen dengan mengambil petikan entah sumber mana suatu yang sangat dikesali.


Serangan posting yang memburuk Islam dengan maklumat tidak benar dalam komen-komen artikel hudud dan menunjukkan sumber kepada laman-laman anti Islam suatu yang amat tidak bertanggungjawab.

Saya rasa kerajaan kena pantau perkara ini supaya keharmonian masyarakat Malaysia terjamin dan utuh.

TEMPAYAN RETAK
http://tempayanretak.blogspot.com/
(* Klik gambar untuk besarkannya)


Obama perkena Nasi Goreng USA

Posted: 28 Apr 2014 02:02 AM PDT


Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama khabarnya menikmati hidangan Melayu istimewa hari ini. Antaranya ialah nasi goreng, udang galah, ikan patin dan sambal belacan.

Aku rasa nasi goreng USA!

Kalau Obama datang ke Terengganu boleh makang kerepok lekor!
TEMPAYAN RETAK
http://tempayanretak.blogspot.com/
(* Klik gambar untuk besarkannya)

Tiada ulasan: