Isnin, 28 April 2014

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Ibrahim Ali pulak belasah Obama...

Posted: 28 Apr 2014 03:31 AM PDT


Datuk Ibrahim Ali hari ini senada dengan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, menyanggah kenyataan Presiden Amerika Syarikat (AS) Barack Obama yang menyifatkan Malaysia tidak akan berjaya jika bukan Islam tidak diberikan peluang yang sama.

Presiden Perkasa itu berkata, kenyataan Obama itu tidak benar kerana selama ini bukan Islam menguasai 60% ekonomi negara.

"Siapa miliki bangunan pencakar langit, gedung besar dan rumah kedai dalam bandar?

"Kerajaan membiayai sekolah jenis kebangsaan walaupun ada yang mendakwa bertentangan dengan Perlembagaan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Hari ini menteri dalam negeri turut menyelar kenyataan Obama dengan mengatakan tidak benar Malaysia mengamalkan diskriminasi kaum dan agama.

Semalam, Obama berkata, Malaysia perlu memastikan masyarakat bukan Islam di negara ini, mendapat peluang yang sama seperti majoriti penduduk beragama Islam jika negara ini mahu terus makmur.

Katanya, masyarakat bukan Islam di Malaysia pada masa ini berdepan permusuhan dan ada yang rasa tertindas.

"Sepatutnya tidak ada alasan untuk diskriminasi, dan anda perlu memastikan menentang perkara ini dalam kehidupan harian.

"Malaysia tidak akan berjaya jika bukan Islam tidak mendapat peluang yang sama adil. Myanmar tidak akan berjaya jika populasi Islam di sana terus ditindas," katanya dalam majlis pertemuan dua hala untuk belia Asean di Dewan Tunku Canselor di Universiti Malaya, Kuala Lumpur semalam.

Ibrahim berkata pihak yang mendakwa Malaysia menafikan hak bukan Islam adalah golongan kurang waras dan tidak berakal.

Katanya, Obama sendiri tidak memastikan Israel memberi layanan yang baik kepada penduduk asal di Palestin.

"Saya nak tanya Obama, layanan apa pihak Israel beri kepada penduduk asal rakyat Palestin? Cakap tidak serupa bikin.

"Kenapa Obama tidak nasihat penduduk bukan Islam wajib menghormati kaum majoriti Islam? Obama seperti presiden Amerika lain juga tidak telus," katanya.

Ibrahim berkata tindakan Obama ke Malaysia dan membuat kenyataan berat sebelah hanya menambahkan lagi ketegangan kaum di negara ini lapor The Malaysian Insider

'Menteri Tin Kosong' nak tunjuk hero lah pulak.. dia bidas Obama..

Posted: 27 Apr 2014 08:57 PM PDT


Depan Obama semuanya tunduk membisu, belakang Obama dia nak tunjuk hero pulak Menteri Tin Kosong ni..

Gelaran 'Menteri Tin Kosong' ni bukannya aku yang bagi tapi Blogger-blogger otai pro UMNO yang label Zahid Hamidi..

Sebabnya menurut mereka, Zahid ni bercakap macam hebat sangat.. tapi perlaksanaannya tak ada, antaranya ialah kononnya nak dedah siapa dalang tragedi Lahad Datu tu..

Dan juga nak ambil tindakan terhadap Mat Sabu yang dia tuduh mengamalkan 'Syiah' tu.. tapi sampai sekarang terbukti dia hanya bercakap tanpa sebarang fakta..

Bak kata orang.. 'His mouth faster then his brain.....'

Laporan berkaitan..

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini menyelar Presiden Amerika Syarikat Barack Obama yang menyifatkan Malaysia tidak berlaku adil dalam konteks agama kepada semua kaum. 
Menteri Dalam Negeri itu berkata peluang yang adil dan saksama diberikan kepada semua agama dan semua penganut agama sememangnya tidak menghadapi apa-apa kekangan mengamalkan agama di negara ini. 
"Kita berikan peluang yang sama‎ kepada bukan Islam dan kerajaan Malaysia berlaku adil kepada semua agama. 
"Saya tidak fikir ada halangan untuk mengamalkan agama di sini. Berat sebelah dalam agama perlu dijauhi kerana kita perlu menghormati agama lain supaya agama lain menghormati agama kita," katanya pada satu sidang media selepas merasmikan Bengkel Keadilan Jenayah Penyeludupan Manusia kali ke-4 Asean di Kuala Lumpur hari ini. 
Semalam, Obama berkata, Malaysia perlu memastikan masyarakat bukan Islam di negara ini mendapat peluang yang sama seperti majoriti penduduk beragama Islam jika negara ini mahu terus makmur. 
Katanya, masyarakat bukan Islam di Malaysia pada masa ini berdepan permusuhan, dan ada yang rasa tertindas lapor The Malaysian Insider

Terima kasihlah sebab doakan kubur saya bercahaya kata Kak Wan..

Posted: 27 Apr 2014 05:30 PM PDT


PKR pada Sabtu lalu mengecam tindakan pihak tidak bertanggungjawab menyebarkan berita gambar kononnya Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail telah meninggal dunia.

Gambar yang tersebar di Facebook dengan nama pemilik 'Blue Wave Army' itu memaparkan wajah Wan Azizah dengan memakai cermin mata berada di dalam balutan kain kafan putih.

Sekeping lagi gambar memaparkan tiga orang lelaki sedang memasukkan jenazah ke dalam liang lahad sambil diperhatikan orang ramai.

Kenyataan di Facebook itu juga menyebut Wan Azizah sebagai 'isteri kedua ketua pembangkang' dan menggelarkannya sebagai 'mujahidah bangsat'.


"Angkatan Muda Keadilan Pulau Pinang (AMKPP) mengutuk tindakan pemilik akaun Facebook dengan nama 'Blue Wave Army' yang menyiarkan berita fitnah bergambar tentang kematian YB Dato' Seri Wan Azizah Wan Ismail semalam.

"AMKPP akan membuat laporan Polis bermula hari ini," kata ketuanya Dr Afif Bahardin dalam satu kenyataan..

Manakala Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail secara sinis 'berterima kasih' kepada pihak yang sudi menggelarkan beliau sebagai mujahidah selain berdoa kuburnya turut bercahaya kelak.

"Saya bersyukurlah dia panggil mujahidah dan kubur bercahaya tu InsyaAllah," katanya.

Sebelum ini terdapat pihak tidak bertanggungjawab memanipulasi gambar seorang wanita yang telah meninggal dunia selain kubur bercahaya di Taiping, Perak dengan meletakkan muka Wan Azizah.

Semakan di laman sosial mendapati perkara berkenaan terjadi oleh kerana pantulan cahaya matahari ketika pengebumian jenazah.

Pihak yang rapat dengan jenazah berkenaan menerangkan keadaan sebenar dan mendesak semua pihak menghentikan menyebarkan gambar berkenaan.


Selain itu, mereka turut meminta semua pihak untuk tidak memanipulasi dan mensensasikan isu terbabit lapor SelangorKini

Tiada ulasan: