Obama akan cuba Mee Mamak bila bersama Najib? Posted: 23 Apr 2014 03:37 PM PDT Adakah Barack Obama akan cuba "Mee Mamak" bila bersama Najib kerana Mee Mamak antara yang terkenal disebabkan UMNO kebanyakkan adalah Mamak! Semalam seorang Mamak bekas Presiden UMNO telah menulis mengecam pentadbiran DS Najib. Kalau tak nak hidang mee mamak, boleh hidang Nasi Lemak 'Terlanjang' ambil semperna MAS yang menghadapi macam-macam masalah. Hari ini tak ada apa nak ulas sekadar sentuh berkenaan berita di bawah ini... Impian Obama untuk cuba sushi tersohor di Tokyo termakbul
TOKYO: Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama hari ini berkesempatan makan di sebuah restoran sushi tersohor di Tokyo, restoran yang dianugerahkan tiga bintang Michelin tetapi amat terhad jumlah meja untuk pelanggannya. Restoran itu diusahakan oleh pemilik lagendanya Jiro Ono, 88 tahun, yang terkenal kerana mementingkan kualiti dan budaya kerja yang tinggi. Obama yang mendapat jolokan lelaki paling berkuasa di dunia menghadiri makan malam di situ hasil jemputan perdana menteri Jepun, Shinzo Abe. Malangnya, Obama tidak ada menu masakan untuk beliau pilih, kerana Jiro sendiri akan memilih hidangan paling sesuai untuk pelanggannya, jauh sekali dari menerima arahan dari mereka. Restoran yang dinamakan Sukiyabashi Jiro hanya mempunyai 24 kerusi, terletak di ruang bawah tanah sebuah bangunan komersil yang dihubungkan dengan stesen keretapi bawah tanah. Namun keadaannya itu tidak sedikit pun menjauhkannya dari pelanggan, malah ia mengambil masa berbulan-bulan untuk mereka membuat tempahan. Obama tidak berlengah untuk ke restoran itu sejurus menjejakkan kaki di Tokyo, lokasi pertama jelajahnya di Asia. Turut mengiringi beliau, Duta Besar Amerika Syarikat ke Jepun Caroline Kennedy dan penasihat keselamatan negara, Susan Rice. Michelin memuji restoran itu dengan antara lain mengatakan ia restoran berkualiti yang dicari pelanggan dengan pilihan perabotnya yang menepati suasana. Ia juga menepati semangat majlis minum teh yang menjadi budaya di Jepun. Jiro Ono, pula dikatakan menyediakan sushi paling sempurna dengan gerak tangan kirinya yang jelas melambangkan kepakaran seseorang yang tinggi ilmunya. Kesempurnaan Jiro juga menjadi ilham sebuah filem dokumentari bertajuk "Jiro Dreams od Sushi". Dokumentari antara lain memaparkan bagaimana Jiro mengunjungi pasar Tsukiji yang terkenal di tengah bandar Tokyo, setiap pagi mencari bahan hanya dari peniaga yang dipercayainya. Hanya yang terbaik akan dipilih. Satu set hidangan sushi mengandungi 20 hidangan sushi berharga 30, 000 yen (RM1,000). Antara pelanggan Jiro adalah chef terkenal, Joel Robuchon dan bintang Hollywood Hugh Jackman serta Anne Hathaway. Makan malam itu diadakan ketika kedua-dua pemimpin negara ekonomi terbesar dunia itu mengadakan perbincangan berkaitan perdagangan. Antara yang dikatakan sukar untuk dimuktamatkan adalah berkaitan barangan pertanian dan produk auto. |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan