Anak Sungai Derhaka |
- Najib kata K'jaan tak pernah tolak hudud?.. Tapi.. Cuba tengok video ni..
- Pesawat Firefly pulak terpaksa patah balik...
- Pilihan Raya Kecil Bukit Gelugor pada 25 Mei..
- Luahan Hati Isteri Pramugara MH370, Dakwa Kerajaan Menipu & Rancang Plot Drama..
Najib kata K'jaan tak pernah tolak hudud?.. Tapi.. Cuba tengok video ni.. Posted: 24 Apr 2014 12:49 AM PDT Dalam agenda untuk terus memperbodohkan rakyat dan dalam masa yang sama menjadikan pakatan antara PAS, PKR dan DAP haru biru, Najib hari ini dilaporkan telah berkata Kerajaan Barisan Nasional tidak pernah menolak hukum hudud.. Kenyataannya ini dipercayai dikeluarkan bagi mengumpan para penyokong PAS yang kelihatan agak terkilan bilamana media-media tunggangan UMNO menyiarkan laporan mengenai penolakan perlaksanaan hukum hudud oleh Anwar Ibrahim.. Anwar sebelum ini dilaporkan telah berkata, hudud hanya dapat dilaksanakan sekiranya pembaharuan dilakukan terhadap jabatan agama Islam dan kaedah penguatkuasaan. Katanya lagi, hudud perlu dilaksanakan secara telus menepati kehendak ajaran Islam sebenar dan tidak memberi kepentingan politik kepada pihak tertentu. Menurut Anwar Ibrahim, Pakatan Rakyat menghormati keputusan tersebut meskipun terdapat perbezaan pendapat. Pertimbangan tersebut diambil kira ekoran penggubalan Enakmen Jenayah Syariah (2) Kelantan di Dewan Undangan Negeri Kelantan sejak 1993, iaitu sebelum permuafakatan diantara Pas, DAP dan KEADILAN. Ianya sebelum wujudnya muafakat Pakatan Rakyat.... Ini laporan mengenai apa yang Njib kata di atas itu... Kerajaan tidak pernah menolak hudud sebagai hukum yang telah ditetapkan oleh Allah SWT tetapi banyak perkara yang perlu diselesaikan sebelum ia dapat dilaksanakan, kata Datuk Seri Najib Tun Razak. Perdana menteri berkata banyak kekangan dan keutamaan yang perlu diselesaikan dan diperhalusi sebelum hukum hudud ini dapat dilaksanakan tanpa menjejaskan matlamat hukum yang sebenar. "Terdapat perbezaan yang cukup ketara antara menolak hukum hudud dengan tidak melaksanakannya kerana kekangan dan kesulitan yang pelbagai. "Sebab itulah kita memerlukan ulama dalam kalangan mujtahid untuk memperhalusi dan melakukan ijtihad baharu dalam menentukan pelaksanaan hukum hudud supaya keadilan yang menjadi matlamat mampu ditegakkan," katanya ketika merasmikan majlis penutupan Ijtimak Pondok Malaysia 2014 di Alor Setar hari ini. Katanya kerajaan menyokong niat baik pihak mana sekalipun untuk melaksanakan hukum hudud tetapi ia perlu mengambil kira hal-hal lain yang menuju ke arah Islam yang sejati. Najib berkata sebelum melaksanakan hudud, pastikan masyarakat Islam bersedia untuk melaksanakannya baik dari segi pemahaman, penghayatan, mental mahupun pemikiran. Perdana menteri berkata kerajaan istiqomah memartabatkan syiar dan syariat Islam dan mengamalkan pendekatan wasatiyyah yang bercirikan keadilan, kecemerlangan dan keseimbangan. "Kerajaan juga komited melaksanakan Maqasid Syariah dalam sistem pentadbiran negara (menjaga dan memelihara agama, nyawa, akal, keturunan dan harta). "Sebagai ajaran agama samawi, syariat dan akidah bergandingan menjadi teras dalam Islam. Dalam syariat, inilah intipati teras daripada Allah SWT untuk membimbing manusia dalam mengharungi kehidupan bersosial, berpolitik dan menjalankan misi khalifah di atas muka bumi. Ini termasuklah hukum hudud yang kembali hangat diperbincangkan," katanya. - Bernama Tengok video di bawah ini.. dengar apa yang Najib katakan tentang perlaksanaan hukum hudud suatu masa lalu... ... Mungkin memberi jaminan tidak akan melaksanakan hudud itu bukannya bermaksud menolak hudud kot?.. Macam pesawat MH370 itulah.. bukannya terhempas dilautan Hindi tapi berakhir dilautan Hindi.. |
Pesawat Firefly pulak terpaksa patah balik... Posted: 23 Apr 2014 10:24 PM PDT Satu penerbangan Firefly ke Kota Bharu terpaksa berpatah balik ke Pulau Pinang, 15 minit selepas berlepas pagi ini disebabkan masalah teknikal. "Kami berlepas dari Pulau Pinang pada jam 7 pagi dan selepas kira-kira 15 minit, kapten mengumumkan kami berpatah balik. "Roda pesawat tidak boleh disimpan semula selepas berlepas," kata penumpang Phuah Kylie kepada Malaysiakini pagi ini. Semakan dengan petugas kaunter Firefly Pulau Pinang mengesahkan bahawa pesawat itu ditukar dengan pesawat lain memandangkan baikpulih tidak boleh dilakukan dalam masa ditetapkan. Penumpang pesawat penerbangan FY1002/MH9948 dipindahkan ke pesawat lain selepas menunggu selama kira-kira satu jam di lapangan terbang tersebut, dan berlepas pada jam 8.50 pagi. Pesawat yang baru ditukar itu tiba di Kota Bharu sejam kemudian lapor Malaysiakini |
Pilihan Raya Kecil Bukit Gelugor pada 25 Mei.. Posted: 23 Apr 2014 08:53 PM PDT Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini mengumumkan Pilihan Raya Kecil Bukit Gelugor akan diadakan pada 25 Mei manakala hari penamaan calon ditetapkan pada 12 Mei ini. Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof (gambar) berkata, seramai 82,431 pengundi akan menjalankan tanggungjawab mereka pada kali ini yang mencatatkan 82,255 pengundi biasa, 148 pengundi awal dan 28 pengundi tidak hadir luar negara. "Tarikh pengundian awal ditetapkan pada 21 Mei dan Dewan Sri Pinang, Georgetown akan digunakan sebagai pusat penamaan calon dan pusat penjumlahan undi rasmi. "Sebanyak 21 pusat mengundi akan dibuka iaitu 17 pusat mengundi biasa dan 4 pusat mengundi awal," katanya di Ibu Pejabat SPR di Putrajaya hari ini. PRK Bukit Gelugor diadakan setelah penyandangnya, Karpal Singh, 73, maut apabila terlibat dalam kemalangan jalan raya ketika dalam perjalanan menuju ke Pulau Pinang |
Luahan Hati Isteri Pramugara MH370, Dakwa Kerajaan Menipu & Rancang Plot Drama.. Posted: 23 Apr 2014 05:30 PM PDT Selepas lebih 40 hari kehilangan pesawat MH370, isteri kepada pramugara Hazrin Mohamed Hasnan atau lebih dikenali dengan nama Rain, Maizura Othaman hari ini sekali lagi meluahkan perasaannya secara terbuka melalui rangkaian media sosial, Instagram. Bagaimanapun, kali ini apa yang ditulisnya lebih bermotifkan mencari kebenaran yang didakwa disembunyikan oleh pihak tertentu kepada waris keluarga penumpang pesawat penerbangan MH370 yang hilang pada 8 Mac lepas. "Hati saya kuat mengatakan suami saya dan yang lain-lain diculik… oleh sebuah kuasa besar," tulisnya. Intan sebelum ini pernah meluah perasaan menerima kehilangan Rain yang beliau sifatkan "masih ada" dan menyimpan harapan bahawa suatu hari nanti suaminya akan pulang. Pada 27 Mac lalu, iaitu 2 hari selepas Intan meluah perasaannya di dalam media sosial, Astro Awani melaporkan keperitan Intan untuk menerangkan keadaan kepada anaknya yang bertanya bilakah bapanya akan pulang. Dalam pada itu, Astro Awani turut dihubungi oleh seorang waris penumpang MH370 yang dipanggil untuk satu pertemuan bersama Kementerian Luar dan pihak berkuasa pada Ahad, 20 April lepas. Dia yang enggan dikenali menyatakan, keluarga waris seakan-akan tidak boleh mengawal perasaan dan menjerit-jerit sepanjang Timbalan Menteri Luar, Datuk Hamzah Zainuddin menjelaskan situasi dan langkah susulan yang akan diambil berhubung insiden MH370 ini. "Waktu mesyuarat dengan Hamzah itu memang teruk, gaduh jerit-jerit di dalam dewan itu," ujar waris berkenaan. Katanya, waris juga tidak bersetuju mengenai isu bantuan kewangan dan sijil kematian yang dikemukakan kementerian. "Keluarga mahu bukti fizikal, walau jumpa satu `body' pun jadilah. "Pada masa itu Intan bangun dan kata, bagaimana hendak percaya, tidak ada satu bukti langsung. Intan tanya apakah benar pesawat itu jatuh ke dalam laut dan semua pihak berkenaan senyap seribu bahasa," jelasnya. Waris itu turut berada dalam pertemuan tertutup selama lebih dua jam di sebuah hotel di Kuala Lumpur itu bersama 40 waris. Sesi penerangan itu juga dihadiri oleh Ketua Pengarah Penerbangan Awam, Datuk Azharuddin Abdul Rahman dan Ketua Pegawai Eksekutif MAS, Ahmad Jauhari Yahya. "Saya tak tahan dengar dan terus balik," katanya. Pada sidang media selepas pertemuan itu, Hamzah yang juga Pengerusi Jawatankuasa Waris Penumpang Malaysia Airlines (MAS) MH370 berkata, pihaknya akan mengemukakan cadangan kepada Jawatankuasa Waris Penumpang berhubung bantuan kewangan yang diperlukan dalam masa terdekat. Hamzah berkata, perkara itu adalah antara isu utama yang dibangkitkan dalam pertemuannya dengan waris yang dilakukan pada sebelah pagi. Beliau juga mengumumkan kerajaan sedang mempertimbangkan satu tarikh untuk mengumumkan pengesahan beberapa isu melibatkan penumpang dan anak kapal pesawat itu ~ Astro Awani |
You are subscribed to email updates from Anak Sungai Derhaka To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan