Tempayan Retak |
Hudud: Adakah PAS akan alami nasib yang sama dengan Sultan Brunei?? Posted: 23 Apr 2014 06:16 AM PDT Laporan Sinar Harian semalam 22 April 2014 menyuebut golongan LGBT memboikot sebuah hotel milikan Sultan Brunei kerana Sultan Brunei akan memulakan hukuman rejam bagi pengamal homoseksual. Pada masa yang sama PBB memberi pengumuman bahawa kod hukuman terbaharu Brunei dikatakan telah melanggar hak asasi manusia. Tekanan demi tekan dikenakan atas hasrat dan cita-cita murni ini. Sebelum itu Sultan Brunei juga mengalami masalah yang sama dalam negara sendiri semasa arahan undang-undang Islam untuk dilaksanakan dimana ada individu Islam yang tidak bersedia ke arah pelaksanaan ini. Kerajaan negeri PAS Kelantan akan membawa satu rang undang-undang persendirian (private bill) berkaitan dengan isu Enakmen Kanun Jenayah Syariah (2) 1993 ke Parlimen dalam masa terdekat. Menteri Besarnya, Datuk Ahmad Yakob berkata, perkara itu diputuskan dalam mesyuarat Exco kerajaan negeri pada Rabu 2 April 2014 lalu sebagai menyahut kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom bahawa Kerajaan Pusat bersedia bersama membantu jika kerajaan negeri Kelantan bersedia melaksanakan undang-undang berkenaan. Atas peluang yang diberikan ini PAS mengambil kesempatan untuk membentangkannya di Parlimen. Langkah ini mendapat pandangan yang bertentang sebahagian daripada ahli PAS sendiri yang melihat PAS sepatutnya melakukan referendum rakyat Kelantan untuk melihat sokongan. Istilah terburu-buru dalam hal ini telah dimainkan, seolah-olah PAS Kelantan terburu-buru dalam tindakannya kerana cabaran daripada UMNO. Ada juga yang menyebut in adalah perangkap UMNO untuk memecah belah Pakatan Rakyat. Saya tak berhasrat untuk tulis panjang kerana saya telah ulas di sini (sila baca). Manakah PAS menjadi sukar dengan Dewan Himpunan Penyokong PAS apabila ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Kota Bharu, Dr Rosli Alani membuat kenyataan tidak bijak dan kenyataan ini telah dimainkan oleh akhbar Utusan Malaysia. Saya juga tak nak ulas panjang pasal Dr Rosli Alani, dia ini pernah ada kes dalam kenyataannya terhadap Presiden PAS Tuan Guru Haji Abdul Hadi suatu masa dulu. Seperti kata Ketua Dewan Himpunan Penyokong PAS Hu Pang Chaw sebagai ahli penyokong kelab PAS memang mereka akan dilema dalam hal ini. Tanggungjawab penerangan kepada bukan Islam tidak boleh dibebankan ke atas mereka, malah mereka sendiri sepatutnya diberikan lagi penerangan yang lebih jelas. Sepatutnya PAS ambil peluang untuk menjelaskan kerana ini adalah satu-satunya peluang terbaik PAS untuk bukan Islam. Kesungguhan untuk melaksanakan hukum hudud dalam PAS sendiri sebenar tak terserlah. Dulu di Terengganu berapa ramai bijak pandai undang-undang seolah sambil lewa dalam hal ini. Hanya yang berpendidikan skular Hj Wan Mutalib sahaja yang beriya-iya dengan bekas Pesuruhjaya PAS sekarang hingga akhirnya mereka terjumpa ada undang-undang Islam lebih awal daripada undang-undang tubuh negeri Terengganu yang ada sekarang sehingga pewartaan rang undang-undang kesalahan Jenayah Syariah (Hudud dan Qisas) Terengganu 1423H/2002M setelah ditanda-tangani oleh Tuanku Sultan Terengganu. Undang-undang ini dibentang oleh DS Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dan diluluskan didalam sidang tersebut pada 7 Julai 2002. Enakmen Undang-undang Kanun Jenayah Syariah (ii) 1993 (Hukum Hudud) telah pun diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Kelantan pada tahun 1993. Ini adalah ekoran janji PAS pada pilihan raya 1990. Tapi malangnya Tun Mahathir membuat ugutan dalam perlaksanaan hukum hudud ini. Selepas itu PAS Kelantan seolah-olah mendapat 'lesen' tak payah bersungguh-sungguh atau mencari iktiar kerana Tun Mahathir menghalang. Ayat bukan Karpal Singh menghalang tapi Mahathir menjadi alasan untuk hal ini. Saya masih ingat bagaimana seorang peguam yang membantu Ahmad Lutfi Othman dalam penulisan bukunya berkaitan pemecatan Tun Salleh Abas, berjudul "Islam, Kehakiman dan Kediktatoran" (Penerbitan Pemuda, 1989) telah bercakap pada Jawatankuasa PAS Pusat semasa AlMarhum Ustaz Fadhil Noor Presiden masa itu adakah PAS nak lawan perlembangan atau nak ikut perlembangan dalam undang-undang hudud... tidak ada kata putus PAS pada masa itu. Saya cerita semua ini, sekadar nak maklumkan kita (PAS) macam selesa selepas kita memang dan jadi YB yang bertugas untuk rakyat. Kita tak fikir kita akan dipersoalkan oleh ALlah dengan apa yang kita janji. Semasa kita berkuasa di Kelantan, kita mungkin lalai.. jika kuasa itu ditarik apa kita nak jawab kepada Allah. Misalnya di Perak, kita diberi kuasa, kita buat perjanjian Pangkor II?? Apakah alasan kita? Itu dari dalam PAS, manakala pada Pakatan Rakyat sendiri PAS juga menghadapi laluan sukar dengan DAP yang boleh dikatakan 100% tidak akan bersetuju. Kita rasa kita tak kisah kerana kita tak pernah mengharap daripada DAP. Jika ada pun kira bonus. Kita juga menghadapi masalah yang besar dengan PKR termasuk Islamik PKR sendiri. Pimpinan PKR yang Islam bercakap semacam senada dengan orang kafir! Saya rasa yang ini saya akan ulas dalam artikel lain... nanti panjang pula. Daripada luar Pakatan Rakyat, BN khususnya. UMNO adalah tongak BN sebagaima kata Presiden PAS dia kata dia bersetuju, dalam hati itu urusan Allah. Manakala komponennya sama juga dengan DAP kita mungkin tidak mengharap.. Belum lagi dibentang kita sudah lihat alunan ombak dan geloranya... |
Selapas 14 Tahun Baru Tun Daim Sedar Pasal Menteri Kewangan Posted: 22 Apr 2014 07:55 PM PDT Bekas Menteri Kewangan Malaysia, Tun Daim Zainuddin menyarankan agar Perdana Menteri tidak lagi memegang jawatan Menteri Kewangan bagi menjaga kepentingan usahawan bumiputera dan ekonomi negara dalam program Bicara Petang "Ekonomi Bandar Malaysia, Adakah Bandar Melayu." anjuran Persatuan Pedagang dan Pengusaha Melayu Malaysia (Perdasama) dan Malaysian Investment Development Authority (MIDA). Kata Daim lagi "Kita lantik orang yang tiada pengalaman dalam perniagaan untuk membantu usahawan Melayu maka ia akan menyebabkan mereka tidak faham apa yang perlu dilakukan. Akhirnya Menteri bergantung kepada teks ucapan dan polisi pegawai semata-mata." Ramai yang berpendapat Tun Daim Zainuddin mengkritik Datuk Seri Najib.. tapi bagi saya tradisi 'bengong' ini telah dimulakan oleh Tun Mahathir pada tahun 2011. Kalau Daim nak sasarkan Najib dalam hal ini sepetutnya Daim toleh kepada Mahathir. Setelah 14 tahun baru Daim menyedari kaedah ini tidak dapat membantu negara dan Bumiputera bersaing ekonomi dengan bangsa lain. Sebelum ini, 14 tahun lalu apa yang Daim buat? Sebenarnya yang merosakkan orang Melayu ialah UMNO. dasar dan polisi UMNO yang jahat dan berat sebelah menyerang pembangkang yang rata-rata adalah Melayu meneybabkan peluang untuk orang Melayu nak maju tak boleh. Itu sepatutnya Daim perlu fikir!! |
You are subscribed to email updates from Tempayan Retak To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan