Rabu, 23 April 2014

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Bahan tidak dikenali terdampar di pantai Augusta, Australia dipercayai milik MH370?

Posted: 23 Apr 2014 08:21 AM PDT


Polis Australia Barat sedang menyiasat laporan mengenai satu bahan tidak dikenali didapati terdampar di pantai kira-kira 10 km di timur Augusta dan lebih kurang 322 km di selatan Perth.

Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC) berkata Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB) sedang meneliti gambar bahan yang dijumpai itu untuk menentukan sama ada analisis lanjut perlu dibuat dan ia mempunyai kaitan dengan kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370.

ATSB juga memberi gambar berkenaan kepada pasukan penyiasat Malaysia, agensi yang menyelia operasi mencari pesawat malang itu, kata JACC dalam kenyataan terkininya pada Rabu.

Operasi mencari pada Rabu dilakukan di kawasan kira-kira 855 km di barat laut Perth. Penerbangan MH370 bersama 239 penumpang dan anak kapal berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada 12.41 tengah malam 8 Mac dan hilang daripada pengesanan radar kira-kira sejam kemudian ketika terbang di ruang udara Laut China Selatan.

Ia sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari sama. Operasi melibatkan pelbagai negara dilancarkan untuk mencari pesawat Boeing 777-200 itu, mula-mula di Laut China Selatan dan kemudian di selatan Lautan Hindi apabila ia didapati melencong daripada laluan asalnya.

Apabila analisis terhadap data satelit menunjukkan kedudukan terakhir pesawat itu ialah di tengah-tengah Lautan Hindi, di barat Perth, Australia, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan pada 24 Mac bahawa Penerbangan MH370 "berakhir di selatan Lautan Hindi". – Bernama

Majlis Tahlil Syuhadah Karpal adalah fitnah macai sebenarnya...

Posted: 23 Apr 2014 12:17 AM PDT


Dah kehabisan modal untuk menyerang Anwar Ibrahim agaknya macai-macai UMNO ni.. perkara beginipun hendak dijadikan sebagai bahan fitnah..

Bagaimanapun aku yakin rakyat Malaysia yang berugama Islam sudah tentu sukar untuk mempercayainya..

Hanya macai yang jenis makan rumput percaya...

Malaysiakini melaporkan... PKR menafikan menganjurkan majlis 'tahlil' ekoran kematian pemimpin DAP Karpal Sigh di rumah Ketua Umum Datuk Seri Anwar Ibrahim esok.

Penafian itu dibuat ekoran penyebaran meluas poster di Internet yang mempromosikan acara yang didakwa anjuran penyokong ketua pembangkang, Kelab Anwar Ibrahim (AIC).

Menjawab soalan di Twitter, Anwar menyifatkannya sebagai "contoh pembohongan Umno" dan fitnah "macai" yang ketandusan idea.

Poster itu antaranya mengundang orang ramai ke acara dinamakan "Majlis Tahlil Syuhadah Karpal" pada waktu Maghrib esok di kediaman Anwar di Segambut, Kuala Lumpur.

Dalam versi lain yang turut diedar, acara itu dinamakan "Majlis Kesyukuran Mendian Karpal". Kandungan lain maklumat dalam poster itu sama kedua-duanya, malah menggunakan reka bentuk serupa.

Ia turut memuatkan potret Karpal dengan latar belakang Anwar sedang berdoa. Sementara itu AIC juga menafikan dakwaan itu dan menyifatkannya sebagai fitnah.


Menulis dalam Facebooknya, kumpulan itu sebaliknya menjelaskan, majlis di rumah Anwar esok sebenarnya khusus mendoakan keselamatan dan perlindungan Allah terhadap Anwar dan keluarga.

Pemilihan PKR : Zuraida Kamaruddin bakal tumbang?

Posted: 22 Apr 2014 06:16 PM PDT


PEREBUTAN kerusi Ketua Wanita PKR tahun ini menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara Zuraida Kamaruddin dengan timbalannya, Rodziah Ismail.

Kedua-dua pemimpin ini mempunyai kekuatan dan pengaruh mereka tersendiri. Seperti pertembungan jawatan lain, persaingan kerusi Ketua Wanita turut memperlihatkan kem dan mentor yang menaungi kedua-dua pemimpin ini.

Zuraida jelas orang Azmin Ali manakala Rodziah dari kem Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Meskipun satu lagi kem bagi calon Timbalan Presiden, Datuk Saifuddin Nasution tidak meletakkan proksi bagi Ketua Wanita, penyokongnya dijangka cenderung untuk memilih Rodziah - asal bukan Azmin!

Bagaimanapun, ini boleh berubah terutama apabila kem Saifuddin juga kebelakangan ini sudah mula membidas kepimpinan Khalid di Selangor.

Sehubungan itu, kesemua ini menjadi variabel untuk meletakkan keputusan persaingan sebagai agak sukar untuk ditentukan meskipun ada pandangan bahawa Zuraida sukar dihalang daripada mengekalkan kedudukan bagi penggal ketiga.

Antara lain, Zuraida dianggap kuat atas kedudukannya sebagai Ahli Parlimen Ampang. Beliau diakui agak lantang dalam persidangan Dewan Rakyat, terutama apabila mengetengahkan isu-isu berkaitan hak dan kedudukan wanita.

Selain itu, keberpihakannya kepada Azmin yang dilihat lebih kukuh berbanding dua lagi calon Timbalan Presiden, secara langsung turut mengukuhkan kedudukan Zuraida.

Kebanyakan pemerhati politik yang dirujuk meramal kemungkinan besar Zuraida kekal menerajui jawatan itu kerana rata-rata perwakilan menginginkan calon yang berkaliber dan memahami ideologi parti dalam usaha melestarikan cita-cita untuk menawan Putrajaya.

Meskipun begitu, keupayaan Rodziah yang juga Exco Kebajikan dan Hal Ehwal Wanita Selangor dan Adun Batu Tiga itu tidak boleh dipandang enteng kerana atas sebab-sebab yang telah dinyatakan, tidak mustahil beliau jadi pilihan anggota parti akar umbi.

Sebilangan pemerhati politik turut membayangkan bahawa Rodziah ada potensi untuk mencipta kejutan.

Ini kerana, di Selangor, beliau telah berjaya mencipta jasa yang bukan sedikit.

Ini termasuk kejayaannya memperjuangkan hak 67 pengawal keselamatan mendapat bayaran penyelarasan gaji minimum dan kerja lebih masa selepas Mahkamah Buruh menerima tuntutan tersebut pada 2011.

Jika Rodziah berjaya mendapat pengaruh dalam kem Khalid dan Saifuddin, ada kemungkinan beliau mampu membuat kejutan besar menumpaskan Zuraida.

Ini bukan sesuatu yang mustahil.

Apa yang pasti, kedua-dua calon masing-masing mempunyai kelebihan tersendiri untuk dinilai ahli parti lapor Sinar Harian

Tiada ulasan: