Rabu, 2 April 2014

Tempayan Retak

Tempayan Retak


Bapa penumpang MH370: Sudah Jatuh Ditimpa Tangga

Posted: 02 Apr 2014 03:15 AM PDT


Orang kata malang tak berbau.. untung buruk nasid juga tidak dapat diduga. Selamat Omar, bapa kepada seorang daripada penumpang pesawat MH370 mengalami kerugian kira-kira RM10,000 selepas kediamannya dipecah masuk dua lelaki di Felda Bukit Mendi, dekat sini, awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 4.30 pagi, dua penyamun terbabit yang memakai topeng dan bersenjatakan sebilah parang melarikan barang kemas seperti rantai tangan, subang dan wang tunai.

Suspek dipercayai warga Indonesia itu menceroboh masuk ke rumah berkenaan selepas mengumpil tingkap salah satu biik mengejutkan isteri Selamat berusia dalam lingkungan 30-an yang juga ibu tiri Mohd Khairul Amri bersama anak perempuan lapan tahun ketika kedua-duanya sedang tidur.

Redha dengan apa yang berlaku, berserah diri adalah sebaik-baik pilihan. Semoga Allah memberikan taufik dan hidayat kepada keluarga Selamat..

Royal Aeronautical Society (RAeS): 5 ‘kemungkinan’ berlaku kepada MH370

Posted: 01 Apr 2014 11:35 PM PDT


Dalam tempoh tiga minggu semejak kehilangan MH370, terdapat banyak teori-teori yang dikemukakan tentang apa yang mungkin dan telah berlaku di atas kapal terbang MH370.

Saya terbaca satu analisis tulisan Bill Read yang bertajuk "What happened to flight MH370?" di laman
Royal Aeronautical Society (RAeS).

Pada minggu lalu, RAeS Flight Operations Group (FOG) mengadakan sidang dua hari di 4 Hamilton Place mengenai "The role of the Aircraft Commander in the 21st Century".


Persidangan ini di hadiri oleh juruterbang, syarikat penerbangan, pengeluar dan pengawal selia. pada kesempatan ini beberapa pandangan tentang apa yang berlaku kepada MH370 dibahaskan oleh penceramah yang sangat berpengalaman dan sangat berpengetahuan dalam hal ehwal pernebangan dan industri penerbangan.

Daripada perbincangan tersebut maka lahirlah beberapa pendapat dan
teori-teori alternatif jawapan kepada persoalan bagaimana MH370 boleh hilang?


1. Pesawat itu mengalami tekanan rendah (dinyahtekanan) tetapi masih meneruskan pernebangan.


 Ia mungkin. Ini dapat menjelaskan perubahan awal dalam ketinggian dan laluan. tetapi tidak menjawab mengapa ACARS dan transponder telah dimatikan.

2. Pesawat itu tercemar oleh asap toksik

Tidak mungkin. Jika keadaan ini berlaku juruterbang sepatutnya dapat menghantar panggilan kecemasan dan sekali lagi, tidak menjelaskan mengapa ACARS dan transponder telah dimatikan.

3. Terdapat kebakaran di atas kapal terbang yang rosak sistem komunikasi


Sekali lagi tidak mungkin. Ini mungkin menjejaskan komunikasi tetapi ia tidak mungkin bahawa pesawat itu akan terus terbang jika api terus membakar .

4. Pesawat itu telah dirampas

Teori mungkin tetapi pesawat itu tidak diterbangkan ke destinasi lain mahupun ia digunakan sebagai senjata untuk serangan pengganas "berani mati". Jika ia merupakan perampas individu, maka sukar mencari motif tetapi jika ia adalah satu kumpulan atau pertubuhan, setakat ini tidak ada mana-mana kumpulan telah mendakwa bertanggungjawab. 


5. Pesawat itu sengaja dilencongkan oleh pilot /co-pilot

Mungkin sekali lagi tetapi tidak ada sebab untuk ini belum dikenal pasti. Jika ia adalah satu percubaan bunuh diri maka mengapa pesawat terus terbang untuk sekian lama?

Saya rasa nak tambah satu untuk yang keenam "DICULIK OLEH AMERIKA SYARIKAT".... Apa pendapat anda??

Insiden terowong: JDT sekadar didenda RM30,000

Posted: 01 Apr 2014 08:20 PM PDT


Sebelum ini Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib, Datuk Taufek Abdul Razak berkata, tiada sebarang pertuduhan dikenakan terhadap mana-mana individu yang terlibat dalam insiden berkenaan. Katanya lagi "Kes ini sedang disiasat oleh dua pihak iaitu pihak polis dan FAM, hasil siasatan polis telah diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara".

Semalam FAM buat lawak. Dalam Mesyuarat Tatatertib FAM, JDT telah didenda sebanyak RM30,000 kerana gagal menyediakan kawalan keselamatan kepada pasukan T-Team dalam perlawanan Pusingan Kedua Piala FA.

Sebelum itu FAM telah memberi kemenangan kepada JDT sebanyak 3-0 kerana bertindak menarik diri dalam perlawanan itu. Sedangkan T-Team membuat keputusan menarik diri kerana tuan rumah gagal memberi jaminan keselamatan kepada mereka.

Sekali lagi kenyataan dan tindakan FAM kelihatan berbelit-belit dan menimbulkan banyak persoalan.

Macam mana sukan bola sepak Malaysia nak maju kalau organasasi dan pengurusan semuanya berada tahap pemikiran yang "jumud dan babarian".

Apa yang anda faham daripada gambar ini??

Posted: 01 Apr 2014 06:52 PM PDT


Hari ini tak nak ulas pasal MH370 lagi.. rasa dah banyak diperkatakan. Kita santai sedikit. Cuba lihat gambar di atas, apa yang kita boleh faham daripada gambar itu.

Mungkin jika lihat sekali imbas, kita akan rasa orang Islam terhina... tapi itu realiti yang ada sekarang. Tragedi MH370 pun ada juga nak kaitkan sebotaj pasal Malaysia pendudukan ramai Islam dan ini adalah kerja teroris.

Kerja seni dalam permetasan seperti gambar di atas adalah menunjukkan realiti sekarang. Jika orang yang berada di bawah seperti sujud itu bangkit sudah pasti dua orang di atas akan jatuh!!


Islam bangkit sudah pasti Yahudi dan Nasrani akan tmbang... masalahnya bila nak bangkit??

Tiada ulasan: