Tempayan Retak |
Hudud: Mahathir ingat semua orang Islam suka mencuri macam dia (bersama video) Posted: 17 Apr 2014 11:48 PM PDT Tun Mahathir sekali lagi mengukapkan pendapat yang sangat 'jahil' tentang Islam. Semasa mengulas hasrat Kelantan untuk bentang hukum hudud di Parlimen, Tun Mahathir berkata hasrat ini perlu diteliti dengan lebih mendalam. Katanya lagi jika orang Islam dihukum potong tangan dan orang bukan Islam hanya dipenjara 12 bulan, lama-lama orang Islam di Malaysia tak ada tangan. Kenyataan Tun Mahathir seolah-olah mencuri adalah suatu perkara rutin dan hobi.. Dia ingat semua orang Islam di Malaysia ini suka mencuri macam dia boleh mencuri harta rakyat bagi mengemukkan anak beranak dia. Tak hairanlah anak dia boleh jadi antara orang terkaya di Malaysia. Apakah anak dia sangat istimewa dan mewarisi kekayaan daripada datuk nenek dia? Saya bukan bercakap pasal kenyataan Tun zaman dulu semasa dia jahil tukir!.. Tapi sekarang dah nak mati masih bercakap perkara yang sama. Tak ada yang menegur malah cerdik pandai agama dalam UMNO masih membisu macam lembu kenyang! Kalau dulu semasa negara mengalami krisis Tun bangga dalam penulisan memori hidupnya kononnya dia study tentang ekonomi sehingga berjaya mengekang mata wang tapi saya lihat dia masih bodoh dan jahil dalam agama. Hairan bidang ekonomi daripada seorang doktor boleh dia belajar, tapi dia ini Islam daripada kecik (mungkin?) sampai ke tua masih tak boleh belajar tentang Islam yang sebenar dan perspektif yang betul. Ini akibat berkawan dengan Kasim Ahmad... Hudud dan Qisas jangan lihat kepada potong tangan sahaja. Lihatlah kepada undang-undang jalan raya misalnya. Bagaimana seseorang pemandu kereta melanggar penunggang motosikal misal. Pemandu kereta yang bersalah dalam undang-undang sivil biasa membayar denda kepada kerajaan. Yang penunggang motosikal teruk luka tak dapat apa-apa. Islam dalam hukum qisas, pemandu akan membayar ganti balas kepada penunggang motorsikal. Itu keadilan Islam! Itu baru satu bab jalan raya.. kita boleh bahas bagaimana seninya hukum Islam ini, tapi malangnya orang Islam senada dengan orang kafir yang jahil menentang undang-undang ini dengan pelbagai alasan kononnya masyarakat majmuk, kesepaduan pakatan dll semuanya istilah ini menunjukkan dimana sebenarnya iman kita. Tak kira anda dari parti mana jika anda masih 'celung clup' dalam hal ini anda sebenarnya sama dengan Tun Mahathir.. |
You are subscribed to email updates from Tempayan Retak To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan