Jumaat, 18 April 2014

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Zulkifli Noordin dibidas lagi..

Posted: 18 Apr 2014 03:32 AM PDT


Ulasan kontroversi MP Langkawi, Datuk Nawawi Ahmad dan bekas calon BN untuk Parlimen Shah Alam, Datuk Zulkifli Noordin berhubung kematian Karpal Singh dalam nahas jalan raya semalam "amat mengecewakan" dan "amat kasar", kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Joseph Kurup. 

Zulkifli semalam dalam laman mikroblog Twitter berkata kematian Karpal, yang tegas menolak pelaksanaan hudud selama ini akan memberi laluan kepada undang-undang itu dilaksanakan dengan mudah.

Sementara Nawawi pula menerusi laman Facebook beliau menyiarkan gambar dipercayai mayat Karpal bersama keratan berita penolakan Karpal terhadap hudud dengan kenyataan "mahu wujudkan negara Islam langkah mayat kami dulu".

Nawawi membuat tawaran agar sesiapa yang ingin melangkah mayat Karpal supaya mendaftar nama dengannya - satu kenyataan yang sudah pun ditarik balik.

Bercakap kepada pemberita selepas majlis bersama media pagi ini, Kurup yang bertanggungjawab menjaga portfolio perpaduan dan integrasi nasional berkata kenyataan sedemikian tidak sepatutnya diucapkan kepada mereka yang sudah meninggal dunia.

"Ini sangat mengecewakan dan itu sememangnya tidak dapat diterima.

"Saya tidak dapat terima kenyataan demikian dan ia amat menyedihkan apabila ada orang tergamak mengeluarkan kenyataan sebegitu," katanya.

Menurut Joseph lagi, hal-hal kematian dan agama tidak wajar digunakan untuk meraih kepentingan politik.

"Walaupun hendak dapatkan kelebihan politik, jangan dengan peralatkan keadaan sedih ini dan agama.

"Elakkan kata-kata yang akan menyedihkan lagi," katanya kepada wartawan.

Beliau bagaimanapun berharap agar kenyataan demikian tidak menjejaskan perpaduan di peringkat akar umbi lapor Malaysiakini di SINI

Zulkifli Noordin belasah Khairy pula... Anwar juga yang jadi mangsa..

Posted: 17 Apr 2014 11:37 PM PDT


Selepas Khairy Jamaluddin Abu Bakar meminta Datuk Zulkifli Noordin untuk diam dari terus mencemuh kematian Karpal Singh, hari ini bekas naib presiden Perkasa itu menyelar Menteri Belia dan Sukan berkenaan.

Zulkifli berkata beliau mengasihani kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan meminta Khairy agar tidak cepat melatah.

"Kepada menantu Pak Lah: Tolong jangan menjadi ahli politik yang mudah melatah! Kita tidak perlukan Anwar lagi dalam negara ini! Ok yop?


"Teman sebenarnya malas nak layan menantu Pak Lah ni kerana mengasihani Najib! Jadi teman akan jawab hanya sekali sahaja yop supaya mika smua boleh tidur lena," katanya melalui akaun Twitter @zulkiflinoordin hari ini.

Semalam dalam reaksi kematian Karpal akibat kemalangan jalan raya, Zulkifli melihatnya sebagai bantuan Allah untuk memudahkan usaha kerajaan negeri Kelantan melaksanakan hudud.

"Dalam keadaan kemelut kerajaan PAS Kelantan mahu melaksanakan hudud dengan bantuan Umno, Allah mematikan Karpal yang menjadi penentang utama pelaksanaannya!" katanya melalui laman Twitter.

Berasa kurang senang dengan kenyataan Zulkifli, Khairy meminta berhenti daripada mengeluarkan kenyataan sedemikian.

"@zulkiflinoordin Shut up. Really, shut up," katanya di Twitter.

Khairy menyelar Zulkifli yang menggunakan bapa mertuanya, Tun Abdullah Ahmad Badawi atau lebih mesra dipanggil Pak Lah sebagai pendekatan untuk menyerangnya.

"@zulkiflinoordin jika lain kali ada sesuatu yang ingin diperkatakan, hanya nyatakan nama saya @khairykj. Jadi anak jantan," katanya lapor The Malaysian Insider di SINI

ADUN Paloh kemalangan, Isteri terkorban

Posted: 17 Apr 2014 06:47 PM PDT


Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kelantan kawasan Paloh, Datuk Nozula Mat Diah (gambar) mengalami cedera ringan manakala isterinya Datin Maziah Din maut dalam kemalangan di Kilometer 23 Jalan Cameron Highlands-Simpang Pulai di Ipoh semalam.

Ketua Polis Perak Datuk Acryl Sani Abdullah Sani berkata anak lelaki pasangan itu berumur 20-an turut berada di dalam kenderaan yang dipandu Nozula.

Beliau berkata mereka yang selamat kini dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini manakala mayat Maziah dibawa ke rumah mayat hospital yang sama untuk bedah siasat.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Sum Chang Keong berkata kesemua mangsa sedang dirawat dan masih mengalami trauma.


"Berdasarkan maklumat yang diterima kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Nissan Murano yang dipandu sendiri oleh Nozula dipercayai terbabas dan merempuh tebing bukit dalam kejadian pada pukul 6.30 petang," katanya dalam satu kenyataan di sini malam ini.

Pihaknya akan memastikan mangsa stabil sebelum mengambil maklumat lanjut kejadian, katanya. – Bernama

Tiada ulasan: