Rabu, 16 April 2014

Tempayan Retak

Tempayan Retak


Banyak betul kuman dalam lokap di Malaysia!

Posted: 16 Apr 2014 07:56 AM PDT


Seorang lelaki yang ditahan polis minggu lepas atas kesalahan berkaitan dadah ditemui mati dalam lokap di Balai Polis Jinjang, di ibunegara tengah malam tadi.
Lelaki meninggal dunia kerana jangkitan kuman  dan kes ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

Bernama dalam laporannya menyebut Ketua Polis Daerah Sentul ACP Zakaria Pagan berkata kematian A.Mogan, 48, hanya disedari selepas mendapati suspek terbaring dalam keadaan mulut berbuih dalam sel itu pada pukul 12.45 tengah malam.
  

Katanya lagi, selepas mendapati suspek tidak sedarkan diri, polis menghubungi pasukan paramedik Hospital Selayang dan pemeriksaan yang dilakukan mengesahkan suspek sudah meninggal dunia.
  
"Hasil bedah siasat ke atas mayat di Hospital Kuala Lumpur (HKL) mendapati, dia meninggal dunia kerana jangkitan kuman dalam badan dan masih menunggu pengesahan lanjut ujian makmal. Bagaimanapun, tiada sebarang unsur jenayah dilaporkan, kata Ketua Polis Sentul.
  
"Hasil pemeriksaan mendapati tiada sebarang kecederaan di luar badannya dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR), menurut kenyataan pihak polis.
  
Daripada maklumat polis, suspek mempunyai lapan rekod jenayah lampau termasuk enam kesalahan berkaitan dadah dan dua kesalahan jenayah akan direman sehingga Ahad ini.

Wah banyak betul kuman di lokap negara kita.

Sebelum ini 14 November 2013
seorang tahanan lelaki 49 tahun mati ketika tiba di lokap Mahkamah Majistret dari Penjara Sungai Buloh.

Mangsa didakwa di bawah Seksyen 12(3) Akta Dadah Berbahaya 1952 pada 14 Oktober 2014 kerana memiliki dadah merbahaya dan sebutan kesnya pada hari berkenaan di Mahkamah Majistret.

10 Februari 2014 pula
seorang lelaki yang ditahan bagi membantu siasatan kes curi ditemui mati di lokap Balai Polis Nibong Tebal, akibat jangkitan kuman pada paru-paru.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan (SPS), Superitendan Shafien Mamat berkata A Punniyanathan, 40, ditemui dalam keadaan bogel dan tertiarap di lantai lokap pada 6.20 pagi. Tiada kecederaan ditemui pada badannya (ayat lazim untuk laporan mati dalam lokap beberapa tahun kebelakangan ini)


10 Mac 2013 pula, Ragu, 47, yang ditahan di lokap tersebut dilaporkan mati akibat 'embolisme paru-paru' pada pukul 8 pagi, 10 Mac 2013 lepas iaitu dua hari selepas Mahkamah Majistret Kampar menjatuhkan hukuman penjara selama lapan bulan dan denda sebanyak RM2,000 terhadapnya setelah didapati bersalah di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

2 Mac 2014 N Ramasamy, 50, ditahan dalam lokap Balai Bayan Baru bersama enam individu lain, termasuk adik kembarnya dan mereka direman seminggu kerana kesalahan menghisap dadah.


Bagaimanapun, dia mengadu mengalami kesakitan di perut dan badan sebelum diberi bantuan dan dibawa ke bilik menunggu di lokap terbabit.

Namun, selepas ambulans tiba, pegawai perubatan mengesahkan Ramasamy meninggal dunia.

Ini belum lagi cerita  K. Nagarajan, 32 pada 21 Disember 2012 merupakan yang ketiga di balai Dang Wangi tersebut, sebelum ini dua lagi mangsa Chandran Perumalu, 47 dan Wong Tip Ping, 51 turut mengalami nasib serupa di balai sama.

Kemudian dikuti oleh Nagarajanadalah mangsa selepas itu.

Pembongkaran masalah ini bermula dngan isu A. Mugan yang mengalami nasib sama pada tahun 2009 yang menjadi isu ketegangan sekitar 2009

Kematian demi kematian di balai bolis.. mulut berbuih, tiada kesan lebam, kebanyakkan bangsa India dan disahkan jangkitan kuman. Sangat mengelirukan... Cukup untuk kita berfikir tentang mentaliti sistem penyiasatan di Balai Polis Negara kita!



Ini video menjadi pertikaian Wardina terhadap Ustaz Don (bersama video)

Posted: 16 Apr 2014 06:27 AM PDT


Tindakan Wardina Safiyyah yang menegur Ustaz Don Daniyal secara terbuka di laman facebook mendapat pelbagai reaksi dari pengguna-pengguna laman sosial. Berlaku serang menyerang antara peminat setia dua selebriti ini.

Wardina dikatakan membuat teguran gara-gara selepas menonton sebuah video "KOMPILASI HADIS PALSU DAN PENDUSTAAN DON DANIYAL" yang dimuatnaik oleh seorang wanita bernama Nur Puteri Dayana baru-baru ini.


Dia kemudian meminta para ulama, ustaz dan mufti di Malaysia supaya menyemak semula kandungan ceramah oleh Ustaz Don Daniyal kerana dikhuatiri menyebarkan maklumat tanpa rujukan.



Ini petikan yang ditulis Wardina pada facebooknya.
"Saya bukanlah orang alim. Namum saya menyeru kepada para ulama'..ustaz.. mufti supaya menyemak kembali apa yang diperkatakan oleh Don Daniyal. Minta berdiskusi bersama beliau. Saya risau jika masyarakat kita disogokkan dengan sumber cerita tanpa rujukan. Saya risau ketaksuban kita pada cerita mistik. Agama Islam sudah cukup dengan Quran dan Sunnah… It is an amazing mukjizat on its own. We don't need anything more to strengthen our faith. Our faith is strong with the Quran"

"Saya pohon pada pihak TV Al HIjrah supaya menyemak balik content Ustaz Don. Sudah beberapa kali saya terdengar perkara dan peyampaian yang tidak sahih darinya. Saya sayangkan Ustaz Don dan mereka yang cintakan agama. Namun agama ini perlu hujjah dan dalil, perlu disiplin. Agama Islam bukan agama mistik. Ianya berpadukan dalil Quran dan Sunnah. Wallahualam"

Akibat daripada itu tulisannya di facebook, Wardina diserang oleh pengikut setia Ustaz Don. Wardina memberi respon daripada komen di facebooknya.

"We have a right to ask…. We SHOULD ask. Yes even to our ustaz and ustazah. Dari mana sumber ini? Siapa yang berkata ini? Apa lanjutan cerita ini? Saya musykil dengan jawapan ustaz..bolehkah ustaz terangkan lagi… ?"

"Ya, kerana para sahabat juga bertanya kepada Nabi saw. Dan Nabi membenarkan…. Saya sering merujuk ayat ini dalam Surah Al Baqarah ayat 260.. dimana Nabi Allah Ibrahim as sendiri bertanya.. bertanya kepada Allah….Nabi bertanya kepada Allah? Tidakkah Nabi percaya??? untuk apa? Kerana dengan bertanya kita mencari jawapan..supaya? Supaya hati menjadi lebih tenang… Surah Al Baqarah:260

"Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim (merayu dengan) berkata: "Wahai Tuhanku! Perlihatkanlah kepadaku bagaimana Engkau menghidupkan makhluk-mahkluk yang mati?" Allah berfirman: "Adakah engkau belum percaya (kepada kekuasaanKu)?" Nabi Ibrahim menjawab: "Bahkan (aku percaya dan yaqin), akan tetapi (aku memohon yang demikian ialah) supaya tenteram hatiku (yang sangat-sangat ingin menyaksikannya)"

"Bertanyalah. Dan para ustaz jawablah persoalan kami ini. Bukalah minda kami. Jangan suruh kami ikut kamu, namun suruh lah kami mengikut Quran dan Sunnah Nabi SAW"

Kita masih menunggu ulama dan bijak pandai agama untuk menyelesaikan pertikaian ini.



Terkini: Cubaan Menjunam Pesawat Southwest Airlines Gagal! (bersama video)

Posted: 16 Apr 2014 05:23 AM PDT


Wah lagi berita pasal kapal terbang... Tindakan seorang lelaki yang cuba membuka pintu pesawat milik Southwest Airlines ketika penerbangan berada pada ketinggian 30,000 kaki telah menimbulkan menimbulkan suasana panik & gempar dikalangan penumpang dan anak kapal di Amerika Syarikat.

Menurut maklumat kejadian ini berlaku ketka pesawat tersebut dalam penerbangan dari Chicago ke California. Tindakan lelaki ini boleh membunuh semua penumpang dan anak kapal kata kapten kapal berkenaan.


Bagaimanapun kejadian ini dapat diselamat oleh tindakan cepat tiga orang penumpang kapal terbang berkenaan. Lelaki tersebut direbahkan oleh tiga penumpang berkenaan dengan memeluknya.

Seorang wanita berada di sit belakang berjaya merakam detik kejadian tersebut. Monique Lawler yang merakam kejadian ini berkata, penumpang di dalam pesawat mula menjerit dan keadaan menjadi panik apabila lelaki itu cuba membuka pintu pesawat.

Video rakamannya telah dimuat naik di youtube.



"Lelaki itu dilihat keluar dari tandas dalam keadaan basah dan terus ke pintu untuk membukanya, tetapi tiga penumpang lelaki berjaya merebahkannya serta memeluk suspek sehingga pesawat mendarat.

Akibat insiden tersebut, juruterbang terpaksa membuat pendaratan cemas di Omaha, Nebraska dan lelaki berkenaan diserahkan kepada pihak berkuasa di Omaha sebelum penerbangan ke destinasi yang dituju diteruskan selepas itu.


Tiada ulasan: