Selasa, 15 April 2014

Tempayan Retak

Tempayan Retak


Apa kata orang yang pernah Saman Hudud Negeri Kelantan

Posted: 15 Apr 2014 09:06 AM PDT


Datuk Zaid Ibrahim menulis dalam blognya mengajak MCA, DAP, MIC dan parti-parti di Malaysia timur mesti membentuk gabungan baru bersama orang Melayu yang mahukan demokrasi dan kedaulatan undang-undang.

Dalam tulisanya lagi "Negara kita sekular dan ia harus terus begitu. Berbaloi berjuang untuknya,"


Zaid dalam tulisannya menyelar pemimpin Islam yang kononnya menderita "inadequacy syndrome" dalam psikologi tingkah laku dan ini tergambar oleh keperluan berterusan pemimpin ini mempertingkat harga diri sendiri, walaupun kemudian berakhir dengan masalah lebih besar.

Kata Zaid "Mereka rasa tidak dihargai dan oleh itu perlu bersikap lebih ekstrim bagi mendapatkan pengiktirafan yang dikehendaki."

Zaid menyidir "Mereka hanya boleh tenang dengan memberikan mereka tali untuk menggantung DAP, menggantung Malaysiakini dan menggantikan Kanun Keseksaan dengan undang-undang jenayah Islam."

Saya tak hairan dengan tulisan ini kerana sebelum ini sifat kepuraan Zaid Ibrahim semasa berada didalam Pakatan Rakyat sangat terserlah. Hanya sesetengah dikalangan kita sahaja yang macam nak cium tangan bila si Zaid ini semasa berada bersama Pakatan Rakyat.

Cakap Zaid pun berbelit-belit.


Dulu semasa dia menjelaskan kenapa dia saman hudud negeri Kelantan dia kata sebabnya begini…dalam sistem undang-undang negara kita, kita kena ikut perlembagaan. Kalau kita lari daripada perlembagaan seperti Tun Mahathir buat, maka samalah kita dengan Mahathir, buat apa yang dia suka. Soalnya undang-undang jenayah. Undang-undang yang disebut hudud ini sebenarnya undang-undang enakmen jenayah Kelantan tahun 1993.

Kata Zaid Ibrahim masa dulu, masalahnya undang-undang jenayah dalam perlembagaan kita hanya boleh digubal dalam parlimen, tidak boleh digubal dalam Dewan Undangan Negeri walaupun Kerajaan BN sendiri kadang-kadang menggubal undang-undang di peringkat negeri yang bercanggah dengan perlembagaan, itu saya akui.

Yang ini pun disebut dalam ceramah-ceramah di pentas PAS, dia bertindak hanyalah sebagai seorang peguam untuk menjelaskan peruntukan perlembagaan.

Tapi bila perkara ini nak dibentang di Pusat (persekutuan) dia mula berbelit dan mengajak MCA, DAP, MIC dan parti-parti di Malaysia timur menentang pula.

Apabila diri kita gelap daripada agama, kehidupan kita penuh dengan maksiat... orang kata hati dah hitam... kebenaran Allah sudah pasti jauh daripada kita.











Orang Ipoh Warning Pasukan JDT

Posted: 15 Apr 2014 08:25 AM PDT


Dua buah bas yang membawa pemain pasukan Johor Darul Takzim (JDT) untuk perlawanan Liga Super menentang Perak di sini malam ini telah diconteng cat kuning awal pagi tadi.

Cat kuning yang tertulis `this is Ipoh' dilakukan oleh pihak tidak bertanggungjawab semasa bas berkenaan diletakkan di kawasan tempat letak kenderaan bersebelahan sebuah hotel di sini.

Nampaknya pasukan JDT tak disukai oleh semua rakyat Malaysia kerana sikap pentadbir mereka. Dulu sukan memupuk semangat persaudaran tetapi kalau sukan didahulukan dengan hawa nafsu yang rakus, maka ini jadinya.



Tembelang UMNO Pecah: Tolak Usul Pelaksanaan Hudud

Posted: 15 Apr 2014 08:14 AM PDT


Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu hari ini telah menolak usul supaya melaksanakan Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Hudud dan Qisas) Terengganu yang diluluskan oleh dewan itu pada 7 Julai 2002.

Usul tersebut dibawa oleh Ustaz Mohd Nor Hamzah (PAS-Bukit Payong) di bawah peraturan mesyuarat Fasal 30 Peraturan-peraturan dan Perintah Tetap Dun.

Speaker DUN Terengganu, Mohd Zubir Embong (UMNO) pagi tadi menolak usul yang dibawa oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Payong berkenaan, di bawah peraturan mesyuarat Fasal 30 Peraturan-peraturan dan Perintah Tetap DUN.

YB Ustaz Mohd Nor berkata, tindakan menolak usul itu kerana Umno Terengganu cuba melepaskan diri dan takut dengan tekanan daripada parti komponen Barisan Nasional (BN) terutama MCA dan MIC.

Tindakan ini sangat bertentangan dengan kenyataan Ketua Pembangkang DUN Kelantan dari BN, Datuk Md Alwi Che Ahmad yang berkata beliau akan tinggalkan Umno jika menolak undang-undang itu. Apakah undang-undang Hudud di Kelantan dan Terengganu berbeza?

Seorang lagi pimpinan UMNO, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom juga berkata, kerajaan pusat akan mengizinkan undang-undang hudud dilaksanakan di Kelantan dan akan cuba membantu. Apakah di Terengganu tidak akan membantu? Sangat hipokrit UMNO dalam isu Hudud.

Sebagai respon terhadap sokongan Umno terhadap usaha PAS melaksanakan hudud di Kelantan, Saifuddin Nusation mencabar Umno untuk mengambil langkah itu di negeri yang ditadbirnya terlebih dahulu seperti di Terengganu. Tapi selepas kenyataan ini UMNO sydah menunjukkan tembelangnya!

Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Hudud dan Qisas) Terengganu 1432H/ 2002M diluluskan menjadi undang-undang tertinggi bagi negeri ini, dan mendapat persetujuan Sultan Terengganu, Tuanku Sultan Mizan Zainal Abidin pada 2 September 2002 serta disiarkan dalam warta negeri Terengganu pada 25 September 2002.

Enakmen itu juga dicatatkan berkuatkuasa bermula pada 27 Oktober 2003 melalui dokumen TR.P.U.10/2003, malah, penemuan batu bersurat di Kuala Berang sebelum ini membuktikan kerajaan Terengganu suatu ketika dahulu mengamalkan undang-undang Islam lebih awal daripada kerajaan Islam Melaka.

Malangnya, sehingga kini ia gagal dilaksanakan oleh kerajaan negeri Terengganu kerana sikap UMNO yang berpura-pura nak kepada Islam sedangkan hakikatnya adalah sebaliknya.





Kementerian Sahkan Penutupan Universiti Antarabangsa Albukhary

Posted: 15 Apr 2014 12:57 AM PDT


Kementerian Pendidikan mengesahkan telah menerima surat penutupan operasi daripada Universiti Antarabangsa Albukhary (AiU) yang beroperasi di Alor Setar, Kedah. Bagaimanapun, Menteri Pendidikan II Datuk Seri Idris Jusoh ketika ditemui tidak mahu menjelaskan punca sehingga membawa kepada penutupan operasi universiti milik penuh hartawan Malaysia, Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary.

KPM kini sedang memantau supaya kebajikan pelajar dan kakitangan universiti berkenaan mendapat pembelaan sewajarnya. KPM juga sedang melakukan tinjauan dan perbincangan dengan pihak universiti itu terutama membabitkan masa depan pelajar dan kebajikan kakitangan termasuk pensyarahnya.

Semua pelajar akan ditempatkan ke universiti lain berdasarkan kursus diambil. Ini melibatkan seramai 600 pelajar kebanyakannya pelajar antarabangsa sedang mengikuti pengajian di universiti berkenaan.

Pada Awal Februari 2014 lalu dimaklumkan satu perjumpaan telah diadakan di antara wakil kepada Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary dengan warga universiti berkenaan termasuk para pensyarah dan mahasiswanya tentang ura-ura penutup univisiti Jun ini disebabkan masalah dalaman antara orang yang dipercayai mengurus univisiti.

Syed Mokhtar sendiri berasa kesal kerana terlalu mempercayai pihak lain sehingga menyebabkan banyak perkara yang tidak sepatutnya terjadi," kata pemberi maklumat.


AIU sebelum ini dikenali sebagai sebuah universiti yang banyak mengubah kehidupan golongan kurang berkemampuan kerana tidak mengenakan sebarang bayaran terhadap penuntutnya yang rata-ratanya terdiri daripada golongan tidak berkemampuan dari seluruh dunia.

Selain tempat tinggal, makan dan minum serta kos pembelajaran, penuntut juga ditanggung pihak Yayasan Al-Bukhary yang ditubuhkan oleh Syed Mokhtar pada 1996.

Saya difahamkan selepas penutupan ini AIU akan dibina semula dan Tan Sri Syed Mokhtar akan memberikan tumpuan kepada perkara ini.

Saya secara peribadi menyokong penuh atas usaha Tan Sri Syed Mokhtar dalam membantu golongan miskin dan membangun sistem pendidikan.


Terkini: Pesawat Airbus A320 berlanggar dengan Airbus A319

Posted: 14 Apr 2014 11:32 PM PDT


Selepas kejadian MH370 hilang semua berita mengenai kapalterbang menjadi viral di media sosial. Malah akhbar utama tidak ketinggalan.

Semalam dilaporkan terjadi perlanggaran antara dua pesawat iaitu Airbus A320 dengan Airbus A319. Kejadian yang berlaku di Lapangan Terbang Antarabangsa Yangon pada awal pagi.

Menurut maklumat penulis twitter yang berada di tempat kejadian kejadian ini dapat ditanggani dan pelanggaran ini tidaklah teruk. Walaubagaimana pun penerbangan telah ditunda.

Nampaknya makin tak selamat bila berada di kapal terbang!


Made In Malaysia: Ya Hanana Versi Disko??

Posted: 14 Apr 2014 11:05 PM PDT


Sekarang ini selawat ke atas nabi telah menjadi satu yang baru dan versi baru di Malaysia. Bila saya menulis satu artikel "Selawat Perdana Malam Cinta Allah & Rasul Trend Baru UMNO Mendekati Rakyat?"" ada yang komen kononnya saya serba tak kena untuk umno; buat baik pun tak boleh buat jahat tak boleh.

Saya sebenarnya tak salahkan UMNO atau Najib nak buat apa sahaja yang berhubung Islam tetapi saya tekankan dalam penulisan saya ialah "trend".. sama juga artis pakai tudung trend.. Memang kita faham ada artis atas kesedaran pakai tudung, tapi ada yang menjadikan trend..


Sekarang ada versi Ya Hanana untuk disesuaikan dengan kaki disko.



Adakah cara ini dibolehkan? Ii mesti mendapatkan penjelasan cerdik pandai Islam.Video diatas dirakam oleh salah seorang peserta majlis qasidah Ya Hanana di mana lampu dipadamkan diikuti lambaian dan gemerlapan lampu seakan-akan disko.

Saya berpendapat ini bukan selawat sekadar lagu untuk memuji nabi seperti juga lagu-lagu lain.

Tapi kalau trend ini tak ditanggani dengan baik saya sangat bimbang agama Islam akan datang sama seperti apa yang berlaku pada agama-agama kenabian sebelum ini.


Tiada ulasan: