Rabu, 9 April 2014

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


In MH370, Putrajaya bares its deepest flaws, says Bloomberg columnist

Posted: 09 Apr 2014 08:24 PM PDT


Defence Minister and acting Transport Minister Datuk Seri Hishammuddin Hussein (centre) speaks at a news conference at the Putra World Trade Centre in Kuala Lumpur last Saturday. William Pesek, a prominent Bloomberg columnist, wrote yesterday that the global outcry over the loss of flight MH370 has highlighted Putrajaya's deepest flaws, and all-too-few of its strengths. – Reuters pic, April 10, 2014. 
Defence Minister and acting Transport Minister Datuk Seri Hishammuddin Hussein (centre) speaks at a news conference at the Putra World Trade Centre in Kuala Lumpur last Saturday. William Pesek, a prominent Bloomberg columnist, wrote yesterday that the global outcry over the loss of flight MH370 has highlighted Putrajaya's deepest flaws, and all-too-few of its strengths. – Reuters pic, April 10, 2014.

A prominent Bloomberg columnist wrote yesterday that the global outcry over the loss of flight MH370 has highlighted Putrajaya's deepest flaws, and all-too-few of its strengths.
William Pesek said that while six months ago US president Barak Obama had hailed Malaysia as "an example of dynamic economy" and touted its multiculturalism as a model to others, such praise sounds naïve in light of events following the tragic incident.
Referring to the slew of criticism directed at Prime Minister Datuk Seri Najib Razak and Putrajaya's efforts in dealing with the crisis, Pesek said: "Fairly or not, since March 8 when Flight 370 disappeared on its way to Beijing, Malaysia has lost a great deal of its standing both in the region and around the world."
The Bloomberg columnist hit out at Putrajaya's approach to internal dissent and religious tolerance – among others, the conviction of DAP's Karpal Singh on a sedition charge and the overturning of opposition leader Datuk Seri Anwar Ibrahim's sodomy acquittal, and the silence on efforts by Islamic conservatives to limit who can use the word Allah  – and said that the Najib-led administration needs more than a public relations boost to improve its image.
"The country needs nothing less than a political revolution," said Pesek.
"The flight 370 crisis has fully exposed the dangers of allowing one party to rule a nation for six decades. Since rising to the top job in 2009, Najib has had to divert his attention from revitalising Malaysia's economy to maintaining Umno's long hold on power."
Pesek added that Putrajaya's bad handling of flight MH370 was no fluke.
Read More / Baca Lagi >>

Parlimen: Dua rang undang-undang untuk bacaan kedua ditangguh

Posted: 09 Apr 2014 08:20 PM PDT


Bacaan kali kedua bagi dua rang undang-undang yang dijadual berlangsung pada sidang Dewan Rakyat kali ini ditangguh ke persidangan akan datang.
Usul penangguhan itu dibentangkan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan sebelum sesi soal jawab hari ini.
Ia melibatkan Rang Undang-undang Yayasan Guru Tun Hussein Onn 2014 dan Rang Undang-Undang Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan (Pindaan) 2013.
Penangguhan itu adalah mengikut peruntukan 62 Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat yang membenarkan seorang menteri menarik balik atau menangguhkan sesuatu rang undang-undang.

TAKLIMAT MH 370 : BN SEMACAM TIDAK IKHLAS

Posted: 09 Apr 2014 07:56 PM PDT

Aku merasa agak hairan juga tentang mengapa pihak kerajaan Barisan Nasional semacam 'takut dan bimbang' memberikan taklimat kepada pihak pembangkang sedangkan taklimat yang serupa telah pun disampaikan kepada penyokong kerajaan. Dan pihak kerajaan sentiasa melaungkan ke seluruh dunia mengatakan bahawa tidak ada apa-apa yang perlu disrorokkan mengenai kehilangan pesawat MH 370. Semuanya telus belaka. Dan sekiranya begitu keadaannya mengapakah ternampak semacam 'takut dan bimbang' untuk mengadakan taklimat berkenaan.
Dan pihak pembangkang pula dituduh dengan berbagai tuduhan yang aku kira tidak wajar. Kononnya ada dikalangan pihak pembangkang yang seolah-olah mengkhianati negara. Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim mengatakan bahawa perbuatan sedemikian sebagai perbuatan tidak bermoral. Selanjutnya beliau mengatakan, "Dari segi moral ia sudah pasti tidak bermoral. Di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung, Kalau sekiranya tempat kita makan, (dan) berak di tempat itu, (dan) kita mengotor tempat tersebut, itu perbuatan tak bermoral".
Dan beliau mengesyorkan agar persoalan yang sedemikian seharusnya dibincangkan di parlimen. "Kalau dari segi moral, ia paling rendah. Jika kita tidak puas hati tentang pentadbiran, kita berbincang dalam Dewan yang mulia ini," kata Shahidan dalam sesi soal jawab di Dewan Rakyat.

Tetapi soalanya pihak kerjaaan seolah tidak mahu diajak berbincang mengenai kehilangan pesawat MH 370 ini. Sehingga kini belum ada lagi jawapan dari pihak kerajaan sama ada bersetuju atau tidak diadakan taklimat untuk pihak pembangkang. Hal sebegini juga dianggap pelik oleh negara luar dimana seolah-olah pihak pembangkang merupakan 'orang luar' dalam pentadbiran sebuah negara. Sepatutnya pihak kerajaan menganggap pembangkang sebagai 'part and parcel' sebuah pemerintahan kerajaan Malaysia yang sama-sama bergerak ke arah untuk memajukan sebuah negara. Ini seolah-olah tidak berlaku di Malaysia.
Sudah berapa kali 'dipohon' kepada pihak tertentu agar diadakan taklimat untuk pihak pembangkang. Belum ada jawapan tegas lagi. Dan kesan ekoran dari keengganan kerajaan untuk mengadakan taklimat ini tentulah mencalarkan imej negara. Seolah-olah pihak kerajaan begitu takut untuk berhadapan dengan pihak pembangkang. Atau pun seolah-olah pihak kerajaan BN tidak ikhlas dalam usaha untuk menangai kemelut MH 370 ini  bersama-sama dengan pihak pembangkang.
Read More / Baca Lagi >>

MH370: Raja Bomoh VIP Akan Menggegarkan Australia Pula..Habislah alatan canggih!!!

Posted: 09 Apr 2014 07:44 PM PDT


Penal penilai SPRM sambut baik tindakan PAC, tunjukkan badan itu berperanan

Posted: 09 Apr 2014 07:34 PM PDT


Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyambut baik kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC), Datuk Nur Jazlan Mohamed bahawa pihaknya akan memanggil sekurang-kurangnya lima kementerian yang dikategorikan sebagai melakukan "perbelanjaan berlebihan" sebagaimana Laporan Ketua Audit Negara Siri 1/2013.
Pengerusi Panel Penilaian Operasi (PPO) SPRM, Tan Sri Dr Hadenan Abdul Jalil (gambar) berkata, kenyataan dikeluarkan oleh Pengerusi PAC semalam, pada hari laporan itu dibentangkan di Dewan Rakyat, menunjukkan langkah tersebut selari dengan bidang kuasa PAC yang sepatutnya memeriksa pengurusan kewangan oleh badan-badan pentadbiran.
PPO merupakan salah satu badan bebas yang memantau perjalanan SPRM. Ia bertindak sebagai mekanisme "check and balance" terhadap kes-kes yang disiasat.
PPO juga boleh mencadangkan kes dikaji semula sekiranya tidak berpuas hati dengan penjelasan yang dikemukakan SPRM dan Timbalan Pendakwa Raya.
"PPO juga berpandangan bahawa langkah awal PAC mengumumkan perancangan tindakannya juga menunjukkan jawatankuasa itu mempunyai peranan penting dalam meneliti dan mengkaji isu-isu yang dibangkitkan oleh Laporan Ketua Audit Negara Siri 1/2013, dan mencadangkan tindakan sewajarnya terlebih dahulu," kata Hadenan yang juga mantan Ketua Audit Negara dalam satu kenyataannya.
Di bawah Perkara 107 Perlembagaan Persekutuan, Ketua Audit Negara hendaklah mengemukakan laporannya kepada Yang di-Pertuan Agong dan seterusnya dibentangkan di Dewan Rakyat, dan laporan berhubung dengan akaun negeri dikemukakan kepada Raja atau Yang di-Pertua Negeri sebelum dibentangkan di Dewan Undangan Negeri.
Read More / Baca Lagi >>

Siapa lebih disenangi selepas ‘Langkah Kajang’, Dr Wan Azizah atau Khalid?

Posted: 09 Apr 2014 07:21 PM PDT

Akar umbi merasakan Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail mampu memperbaiki hubungan kerajaan pusat dengan negeri Selangor sekiranya dilantik menjadi menteri besar bagi menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. - Gambar fail. 
Akar umbi merasakan Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail mampu memperbaiki hubungan kerajaan pusat dengan negeri Selangor sekiranya dilantik menjadi menteri besar bagi menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. - Gambar fail.

Pakatan Rakyat (PR) Selangor nampaknya sedang dalam dilema tentang siapa yang patut memimpin negeri terkaya di Malaysia itu sebagai menteri besar, dengan PKR mahukan "Langkah Kajang" diteruskan dengan Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim manakala PAS pula lebih senang mengekalkannya untuk penggal kedua ini.
Mesyuarat khas antara pimpinan tertinggi PAS dengan Adun dan ahli Parlimen PAS Selangor Isnin lepas, seolah-olah lebih cenderung mengekalkan Khalid sebagai menteri besar dengan alasan, "apa dosa Khalid sehingga mahu ditukar."
Namun keputusan mesyuarat itu akan dibawa kepada AJK PAS Pusat untuk diperbincangkan lagi 12 April ini.
DAP pula dikatakan sudah mengambil keputusan secara majoriti bahawa menteri besar Selangor perlu ditukar dan Dr Wan Azizah adalah antara calon yang mereka terima di samping seorang calon daripada PAS.
Ketua Wanita PKR Pusat, Zuraida Kamaruddin dalam wawancara dengan The Malaysian Insider minggu ini berkata, Khalid perlu melepaskan jawatannya sebagai ketua eksekutif negeri itu dan digantikan dengan Presiden PKR, Dr Wan Azizah.
Zuraida berkata, wujud desakan kuat daripada akar umbi yang mahukan Dr Wan Azizah menjadi wanita pertama dalam sejarah memegang jawatan tersebut sekaligus menjadi "orang tengah" meredakan ketegangan antara parti dengan kerajaan negeri.
Pandangan ini disokong seorang pemimpin PKR yang rapat dengan Anwar yang berkata, "Langkah Kajang tetap berjalan cuma kita perlu mendapat sokongan penuh daripada Pakatan."
Bagi beliau, cadangan Dr Wan Azizah adalah yang terbaik cuma beliau tidak mahu ia menyusahkan PR.
"Kalau calonnya Anwar Ibrahim, kita akan 'all out' kerana tahu hasilnya," kata beliau, salah seorang pimpinan yang sangat rapat dengan Anwar dan berada di belakang Langkah Kajang itu.
Read More / Baca Lagi >>

Sah usul salah laku hakim paling akhir hari ini, sukar jadi kenyataan

Posted: 09 Apr 2014 07:19 PM PDT

Usul bagi membincangkan salah laku hakim yang menjatuhkan hukuman lima tahun penjara ke atas Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkemungkinan besar tidak akan dibincangkan pada hari ini setelah ia diletak paling akhir dalam Aturan Urusan Mesyuarat Dewan Rakyat.
Ahli Parlimen Gombak, Mohamed Azmin Ali  menghantar usul berkenaan ke pejabat Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia pada 26 Mac lalu dan ia seharusnya dibincangkan pada hari ini setelah 14 hari daripada tarikh usul dihantar.
Usul yang mendapat sokongan daripada 63 ahli Parlimen Pakatan Rakyat (PR) itu dibuat mengikut Perkara 127 Perlembagaan Persekutuan yang memberi kuasa kepada Parlimen membincangkan kelakuan hakim.
"Bahawa Dewan ini mengambil perhatian mengenai kelakuan hakim-hakim Mahkamah Rayuan iaitu Datuk Aziah Ali, Datuk Balia Yusuf Wahi dan Datuk Mohd Zawawi Salleh dalam mensabitkan Anwar pada 7 Mac 2014 serta menjatuhkan hukuman 5 tahun.
"Berdasarkan fakta di atas, Dewan ini mendapati hakim tersebut tidak membuat keputusan bedasarkan fakta kes dan keadilan, tetapi secara berat sebelah untuk sebab tersirat dan prasangka terhadap Anwar di mana ini dengan jelas melanggar Seksyen 7(3) dan Seksyen 8(7) Kod Etika Hakim 2009.
"Atas sebab ini Dewan ini mengecam tindakan dan kelakuan hakim Mahkamah Rayuan tersebut dan menyeru supaya tindakan sewajarnya diambil ke atas mereka di bawah Kod Etika Hakim 2009," menurut usul yang tertera dalam Aturan Urusan Mesyuarat Dewan Rakyat hari ini.
Semalam, Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli menjangkakan usul berkenaan tidak akan menjadi keutamaan dalam Aturan Urusan Mesyuarat hari ini dan berpendapat usul kerajaan yang akan diberi lebih perhatian oleh Yang Dipertua.
Katanya, dengan usul yang dikemukakan itu akan memberi satu peringatan kepada hakim bahawa tindak tanduk mereka diperhatikan rakyat.
"PR akan menggunakan sepenuh peruntukan Perlembagaan untuk menegur kelakuan hakim yang dilihat mencemar kredibiliti dan kebebasan institusi kehakiman," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

Lebih banyak persoalan dalam pencarian MH370 ekoran penemuan isyarat, lapor media

Posted: 09 Apr 2014 07:17 PM PDT


Kapal milik Australia, Ocean Shield yang dikerahkan untuk operasi mencari pesawat MH370. - Gambar Reuters. 
Kapal milik Australia, Ocean Shield yang dikerahkan untuk operasi mencari pesawat MH370. - Gambar Reuters.

Keghairahan dan harapan baru wujud berikutan penemuan dua isyarat baru di Lautan Hindi hujung minggu ini dan semalam namun penyiasat misteri kehilangan MH370 berhati-hati dengannya kerana isyarat itu juga boleh melahirkan lebih banyak persoalan.
Pensyarah sains lautan dan bumi Universiti Southampton, Simon Boxall berkata, pengesahan isyarat itu datang daripada penentu kedudukan Boeng 777-200ER bermakna "kemungkinan penemuan pesawat itu – atau sekurang-kurangnya kotak hitam – adalah daripada satu per sejuta hingga hampir pasti," lapor CNN.
Bagaimanapun, Angus Houston, ketua pasukan penyelamat memberi amaran tentang kesimpulan yang terlalu cepat.
"Ia memerlukan beberapa hari sebelum maklumat itu boleh disahkan ia daripada MH370," katanya.
"Dalam lautan yang sangat dalam, tidak ada apa yang boleh berlaku dengan cepat," lapor CNN berdasarkan kenyataan Ketua Marshal Udara bersara Australia yang mengetuai pusat koordinasi agensi bersama itu.
Sebuah kapal Australia yang menggunakan peralatan berteknologi tinggi dari Amerika mengesan isyarat di kawasan  laluan pesawat MH370 di luar pantai barat negara itu.
Houston memberitahu pemberita alat yang dikenali sebagai pengesan pinger yang ditarik kapal Ocean Shield mengesan isyarat sama dengan apa yang dipancarkan data pesawat dan perakam suara kokpit.
Pengesanan pertama, yang berlaku pada hujung minggu, berlangsung lebih dua jam sebelum kapal terputus hubungan, kata Houston. Pengesanan kedua, berlaku beberapa jam kemudian selama 13 minit, dan termasuk dua isyarat berasingan didengar alat pengesan, katanya.
Read More / Baca Lagi >>

Panda RM25 juta lebih mahal dari bela rakyat miskin

Posted: 09 Apr 2014 07:14 PM PDT

KUALA LUMPUR: Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) terkejut pembinaan Pusat Konservasi dan Pameran Panda menelan belanja RM25 juta dan pembiayaan dua ekor Panda dari negara China kini sudah disiapkan di Zoo Negara.

"Jelas perbelanjaan yang meliputi membina tempat untuk dua haiwan ini, pembiayaan kawalan suhu sebanyak RM180,000 sebulan dan pembayaran insuran premium RM300,000 setahun selama 10 tahun jauh lebih mahal daripada membiaya ribuan keluarga miskin tegar di negara ini," ujar Presidennya, Mohd Azmi Abdul Hamid dalam satu kenyataan.

Menurutnya, aneh sekali pihak pemerintah bersungguh-sungguh untuk berbelanja mewah untuk dua haiwan ini yang pada hakikatnya tidak perlu dibawa ke negara ini hanya sekadar untuk diperaga untuk masyarakat tempatan.

"Di kala rakyat bersungut dengan kos sara hidup yang meningkat, harga komoditi getah menurun dan seluruh negara masih sugul dengan kehilangan MH370 dengan penumpangnya, kami tidak dapat menerima kenapa kerajaan sanggup berbelanja dengan mewah hanya untuk dua ekor Panda," ujarnya.

Secara nalurinya, kata beliau Panda itu tidak perlu dibawa beribu kilometer dari kawasan alaminya yang asal.

Katanya, apa perlu haiwan itu hendak dibawa sejauh itu dengan pembiayaan yang tinggi dan terpaksa dibangunkan tempat yang bersifat tidak asli.
Read More / Baca Lagi >>

BEKAS KM SABAH SAHUT CABARAN ZAHID UNTUK MENAMPAR MUKANYA UNTUK RM501!

Posted: 09 Apr 2014 07:12 PM PDT



Bekas Ketua Menteri Yong Teck Lee telah menyahut cabaran itu untuk menampar Menteri Dalam Negeri Zahid Hamidi.
"Saya menerima cabaran  Zahid dan menjemput beliau untuk datang melawat Lahad Datu dan Semporna tanpa diiringi oleh ramai pengawal peribadi beliau dan polis serta kepungan keselamatan tentera."Jika Zahid menyimpan janji untuk membayar RM501 apabila ditampar , saya akan mendermakan wang tersebut  kepada Tabung Wira Lahad Datu." Saya yakin rakyat Sabah akan memberi sumbangan yang lebih daripada sepuluh kali ganda kepada tabung berkenaan, " kata Yong yang juga Presiden SAPP.Tabung Wira Lahad Datu telah ditubuhkan untuk faedah keluarga anggota keselamatan yang terkorban ketika mempertahankan Sabah semasa pencerobohan Lahad Datu- Tanduo Sulu pada Mac 2013.Zahid telah berkata semasa ucapannya kepada kakitangan Kementerian Dalam Negeri di Putrajaya semalam bahawa "orang yang baik hati " telah menawarkan RM500 sebagai ganjaran kepada sesiapa yang akan menampar dia.Beliau berkata, " jika orang yang berani " dia harus melakukan perbuatan itu sendiri dan bukannya menggesa orang lain untuk melakukannya. Zahid juga berkata beliau akan menambah nilai jumlah sebanyak RM1 .
Read More / Baca Lagi >>

PDI-P dahului kiraan pantas PEMILU

Posted: 09 Apr 2014 07:10 PM PDT

Deep ocean waters may block "pings".

Posted: 09 Apr 2014 07:08 PM PDT

AUSTRALIA: Searching the Indian Ocean

Posted: 09 Apr 2014 07:07 PM PDT

CNN joins MH370 search over Indian Ocean

Posted: 09 Apr 2014 07:06 PM PDT

Flt 370: Narrowing the search area

Posted: 09 Apr 2014 07:05 PM PDT

MCA Sepakat Tolak Hudud

Posted: 09 Apr 2014 04:45 PM PDT

Wee menegaskan bahawa RUU hudud PAS bukan dibentangkan oleh Kerajaan maka MCA tidak diwajibkan untuk menyokong. 

KUALA LUMPUR: MCA akan menolak Rang Undang-Undang persendirian yang akan dibawa oleh PAS bertujuan membuka jalan terhadap pelaksanaan hudud di Kelantan. Timbalan Presiden MCA, Datuk Dr Wee Ka Siong berkata, kesemua tujuh Ahli Parlimen parti itu akan berada di Dewan Rakyat pada Rabu jika PAS membentangkan cadangan pindaan Perlembagaan bagi tujuan berkenaan.
"Undi kami adalah undi suara hati," kata beliau sambil menegaskan bahawa MCA mendukung Perlembagaan Persekutuan dan menolak apa-apa yang bertentangan dengannya.
Wee juga menegaskan bahawa memandangkan RUU berkenaan bukan dibentangkan oleh Kerajaan maka MCA tidak diwajibkan untuk menyokongnya.
Selain itu beliau turut mencabar Ahli Parlimen bukan Islam dari DAP dan PKR  terutamanya Ahli Parlimen Gelang Patang, Lim Kit Siang dan Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng secara terbuka menyatakan pendirian mereka mengenai Rang Undang-undang tersebut.
Lim adalah penasihat DAP dan Guan Eng adalah setiausaha agungnya manakala kebanyakan daripada 38 Ahli Parlimen DAP adalah bukan Islam.
"Malah DAP dan PKR yang menjadi sekutu PAS juga harus bertanggungjawab terhadap percubaan parti Islam itu membentangkan RUU berkenaan," katanya.

Keluarga tunggu khabar sah MH370

Posted: 09 Apr 2014 04:43 PM PDT

PUTRAJAYA - Ahli keluarga penumpang pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 berharap pasukan mencari dan menyelamat (SAR) menjalankan penelitian secara berterusan terhadap isyarat 33.31 kilohertz (kHz) yang disahkan daripada kotak hitam penerbangan bagi merungkai misteri kehilangan MH370.
Mohamad Shahril Saari, 36, yang merupakan sepupu kepada Mohd. Razahan Zamani, 23, berkata, isyarat yang dikesan di selatan Lautan Hindi itu penting dan berharap agar pasukan SAR berjaya menemui kotak hitam tersebut.
"Seluruh ahli keluarga tertunggu-tunggu dengan gelisah untuk mengetahui apa sebenarnya yang menimpa MH370 dan mahu mengetahui nasib penumpang di dalam pesawat itu.
"Kami berharap pihak berkuasa dapat membuat pengesahan sama ada isyarat tersebut datang daripada kotak hitam MH370 atau sebaliknya," kata Mohamad Shahril ketika dihubungi di sini semalam.
Semalam, pakar-pakar di Australia dan Amerika Syarikat mengesahkan bahawa isyarat detik yang dikesan kapal-kapal mencari pesawat MH370 yang hilang di Lautan Hindi datang daripada perakam data penerbangan sebuah kotak hitam.
Bagaimanapun, sehingga kini pihak berkuasa belum dapat mengesahkan sama ada isyarat itu datang daripada kotak hitam pesawat malang MH370.
Read More / Baca Lagi >>

MH370: Sah isyarat kotak hitam.....

Posted: 09 Apr 2014 04:40 PM PDT

Perth: Pakar di Australia dan Amerika Syarikat (AS) mengesahkan isyarat detikan yang dikesan kapal mencari penerbangan MH370 yang hilang di selatan Lautan Hindi adalah peranti buatan manusia dan bukan bunyi semula jadi lautan, demikian menurut Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC).
Ketua Penyelarasnya, Ketua Marsyal Udara (B) Angus Houston berkata, pakar dari Pusat Analisis Akustik Bersama Australia (AJACC) di New South Wales dan pengeluar kotak hitam di AS mengesahkan bahawa isyarat 33.31 kHz itu adalah daripada perakam data penerbangan sebuah kotak hitam.
Beliau tidak dapat mengesahkan sama ada isyarat itu datang dari kotak hitam pesawat MH370.

"Dua isyarat yang dikesan kapal pertahanan Australia (ADV) Ocean Shield ialah pada 4.27 petang dan 10.17 malam semalam," katanya dalam sidang akhbar mengenai perkembangan usaha menjejaki pesawat MAS Penerbangan MH370, di sini, semalam.
FotoOCEAN Shield dengan dibantu AP-3C Orion milik Tentera Udara Diraja Australia (RAAF) meneruskan pencarian, semalam.

Beliau berkata, isyarat pertama berlangsung selama lima minit dan 32 saat dan yang kedua, tujuh minit.

MH370: Sah isyarat daripada kotak hitam..??

Posted: 09 Apr 2014 04:38 PM PDT

HOUSTON (kiri) dan Leavy ketika bercakap pada sidang akhbar di Perth semalam.

PERTH - Pakar-pakar di Australia dan Amerika Syarikat mengesahkan bahawa isyarat detik yang dikesan kapal-kapal mencari pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 yang hilang di selatan Lautan Hindi merupakan peranti buatan manusia dan bukan bunyi semula jadi lautan, demikian menurut Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC).
Ketua Penyelarasnya, Ketua Marsyal Udara (B) Angus Houston berkata, pakar dari Pusat Analisis Akustik Bersama Australia (AJACC) di New South Wales dan pengeluar kotak hitam di Amerika Syarikat mengesahkan bahawa isyarat 33.31 kilohertz itu adalah daripada perakam data penerbangan sebuah kotak hitam.
Bagaimanapun, beliau tidak dapat mengesahkan sama ada isyarat itu datang daripada kotak hitam pesawat MAS penerbangan MH370.
"Dua isyarat yang dikesan kapal pertahanan Australia (ADV) Ocean Shield ialah pada pukul 4.27 petang dan 10.17 malam semalam," katanya pada sidang akhbar mengenai perkembangan usaha menjejaki pesawat MAS MH370 di sini semalam.

MH370: Was there a conspiracy?

Posted: 09 Apr 2014 04:35 PM PDT

Here are 10 questions that seem to point towards some form of conspiracy.

From the time Malaysia Airlines flight MH370 disappeared on March 8, 2014, we had abstained from commenting or writing anything about it in spite of busybodies coming to our coffee table at Gaya Street daily when the issue was still hot; this is because, as far as we are concerned, the matter has nothing to do with the political and economic interests of Sabah and Sarawak.
If MH370 was destined to end catastrophically together with its precious human cargo and should such came to be and cause the downfall of the tyrannical government of Malaysia, so be it; and may God Almighty have mercy on all those poor souls on board and compassion on their loved ones who have to move on in life with their indescribable emotional losses.
Today, we join our hands in spirit with the victims on board and reach out in solidarity to their families on the ground and to all the good people around the world where ever you are who sympathize with them.
When we were young pupils our masters taught us to always expose conspiracies that harm the welfare of the masses, even when it was not our briefs; and to dispel falsehoods, all we need to do is to cast suggestive but significant doubts to the attention of the public and let the people draw up their own intelligent conclusions (if any).
Let us look at a report published in a New York media recently.
Of all the blunders made by the Malaysian authorities listed down chronologically in the American report, we will only deal with the ones on March 9 and 13, 2014.
(1) March 9 - Five hours after it happened, state-owned Malaysia Airlines finally confirms that MH370 has disappeared.
Question 1
Why was the transponder switched off?
Firstly, it was to make the aircraft inert to secondary radar so that civil air controllers cannot identify it.
Did the culprit(s) who did it also did not want their conversations with the control tower recorded?
Question 2
Why did the aircraft make a left turn back into Malaysian airspace after switching off its tracking device?
If an unidentified aircraft was to encroach into Thailand or Vietnamese airspace, what are the chances it would not be shot down?
Question 3
Why did our Asean neighbours' air forces not scramble fighter jets to intercept the unidentified aircraft even though the same appeared on their military radar?
Was it because it was within Malaysian airspace all that time?
Read More / Baca Lagi >>

Pemilu Indonesia: Isu masa depan negara jadi fokus - Prof Madya Datuk Dr Mohammad Agus

Posted: 09 Apr 2014 07:50 AM PDT


Profesor Madya Datuk Dr Mohammad Agus
SHAH ALAM - "Kempen Pemilihan Umum (Pemilu) Parlimen Indonesia 2014 hanya berkisar mengenai kesejahteraan hidup rakyat dan masa hadapan negara," kata penganalisis politik, Profesor Madya Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff yang kini berada di Indonesia untuk membuat perhatian pilihan raya di sana.

Ketika mengulas mengenai pembuangan undi oleh rakyat Indonesia hari ini, menurutnya isu kempen pilihan raya Indonesia lebih menjurus kepada kempen untuk menjadikan Indonesia lebih baik dan tiada isu moral pesaing dimainkan.

"Bandar seluruh Indonesia pagi ini lenggang. Rakyat beratur mengundi seawal jam 7 pagi hingga 1 petang apabila tempat mengundi ditutup.

"Di tempat mengundi tadi, saya berbincang dengan beberapa orang. Kata mereka, isu utama pilihan raya adalah ke arah menjadikan Indonesia lebih baik dan sejahtera, tiada isu 'kotor' yang dimainkan," katanya kepada Sinar Harian Online hari ini.

Rakyat Indonesia menunaikan tanggungjawab mereka hari ini untuk mengundi pada Pemilu Parlimen Indonesia 2014.

Nasib calon-calon yang merebut 560 kerusi Dewan Perwakilan Rakyat (DPR) atau parlimen Indonesia akan ditentukan oleh 185.5 juta pengundi berdaftar negara tersebut.Read More / Baca Lagi >>

KLIA2: Kami akan pindah apabila semuanya ok, kata pengerusi eksekutif AirAsia

Posted: 09 Apr 2014 07:46 AM PDT


Syarikat penerbangan tambang rendah, AirAsia, akan memindahkan operasinya ke terminal baharu Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2), kata Pengerusi Eksekutif AirAsia Datuk Kamarudin Meranun (gambar).
"Saya boleh sahkan bahawa kami akan berpindah apabila semuanya OK. Tak perlu bincangkan mengenainya," katanya kepada pemberita ketika ditemui di luar sesi rundingan meja bulat Kepelbagaian dan Keterangkuman TalentCorp, di Kuala Lumpur hari ini.
Pada 1 April lepas, Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Abdul Aziz Kaprawi mengumumkan terminal penerbangan tambang rendah (LCCT) di Sepang akan ditutup pada 9 Mei.
Mengulas pengumuman itu pada hari yang sama, AirAsia berkata semua operasi penerbangannya akan terus berpusat di LCCT, malah selepas 9 Mei.
Read More / Baca Lagi >>

Akta 357 perlu dipinda banteras jenayah berat, kata Wan Junaidi

Posted: 09 Apr 2014 07:18 AM PDT


Akta Bahan-bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 (Akta 357) perlu dipinda bagi memastikan hukuman yang dikenakan setimpal dengan kesalahan dilakukan, kata Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar (gambar).
Beliau berkata pindaan itu jelas menggambarkan keprihatinan dan keseriusan kerajaan dalam membanteras jenayah terancang menggunakan senjata berbahaya dan letupan.
Katanya selain memastikan keselamatan rakyat Malaysia terus terlindung, pindaan penalti juga akan menjamin masyarakat hidup dalam keadaan yang aman dan sejahtera.
Wan Junaidi berkata demikian ketika membentangkan Rang Undang-undang Bahan-bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya (Pindaan) 2013 pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.
"Pindaan ini merupakan salah satu usaha kerajaan dalam membanteras aktiviti jenayah berat dan terancang yang menggunakan senjata berbahaya dan letupan," katanya.
Wan Junaidi berkata kadar jenayah terancang dan berat dilakukan oleh  kumpulan-kumpulan kongsi gelap yang sering melibatkan penggunaan senjata berbahaya termasuk senjata api semakin berleluasa.
"Peningkatan kejadian pembunuhan menggunakan senjata api, pergaduhan ahli ahli kumpulan kongsi gelap sesama sendiri untuk merebut kawasan menggunakan parang dan buku lima.
"Mereka juga menggunakan senjata berbahaya untuk mengutip wang perlindungan untuk menakutkan mangsa dan menggunakan senjata berbahaya bagi melindungi kawasan perjudian dan pelacuran," jelasnya.
Oleh itu, pindaan hukuman dicadangkan untuk kesalahan membawa senjata berbahaya di tempat awam, daripada tempoh pemenjaraan yang tidak melebihi dua tahun kepada tempoh pemenjaraan yang tidak kurang daripada lima tahun dan tidak melebihi sepuluh tahun.
Bagi peruntukan penalti kesalahan membawa, memiliki, membuat, menjual, menyewa, meminjam atau memberi mana-mana senjata berjadual, Wan Junaidi berkata kesalahan itu pada masa ini hanya membawa hukuman penjara yang tidak melebihi dua tahun atau denda tidak melebihi RM2,000 atau kedua-duanya sekali.
Read More / Baca Lagi >>

Ahmad Said terus bazir wang rakyat

Posted: 09 Apr 2014 06:24 AM PDT

Oleh MAT ZAIN MAT ISA
MENTERI Besar Terengganu, Dato' Seri Ahmad Said sekali lagi menjadi fokus pertikaian umum. Agak sukar dipercayai, dalam keadaan rakyat belum pun diberikan penjelasan meyakinkan mengenai kewajaran beberapa projek dilaksanakan kerajaan Barisan Nasional (BN) pimpinannya sebelum, Ahmad tampil pula dengan cerita pembelian dua buah amphicoach (bas dua alam) dengan harga yang amat dipertikaikan.

Akhbar harian Edisi Terengganu, 29 Mac memetik kenyataan beliau bahawa kerajaan negeri bersetuju membeli dua buah 'bas redah air' itu dengan nilai RM3 juta sebuah. Kenderaan yang boleh beroperasi di darat dan di air itu dicagarkan menjadi tarikan baru pelancong ke Tasik Kenyir. Berita itu bagaimanapun tidak disambut baik rakyat. Bagi mereka Ahmad terlalu angkuh dan sewenangan membelanjakan wang rakyat, apabila beliau bagaikan langsung tidak terkesan oleh cemuhan dan kritikan hebat pelbagai pihak sebelum ini terhadap lawatan beliau dan rombongan ke Antartika beberapa bulan lalu. Hingga kini rakyat masih gagal melihat kewajaran pemergian beliau ke benua ais itu, terutama apa manfaatnya untuk rakyat Terengganu?
Kini datang pula kes  amphicoach ini. Bagi penulis, pertikaian dilontarkan pelbagai pihak terhadap kerajaan Terengganu, khususnya Ahmad sendiri berhubung perkara ini ada asasnya. Penilaian dibuat rakyat terhadap beberapa perancangan BN sebelum ini banyak mempengaruhi persepi mereka terhadap pembelian terbaru ini.
Pertama, cuba lihat dari sudut potensi pulangan pelaburan. Apakah kajian teliti sudah dibuat bahawa perbelanjaan RM6 juta wang rakyat dalam kes ini bakal memberikan pulangan ekonomi yang menguntungkan kerajaan dan rakyat Terengganu? Apakah ada jaminan ia tidak mengulangi "kesilapan perancangan" beberapa projek mega sebelum ini?
Rakyat Terengganu sudah ada banyak pengalaman. Contohnya dalam kes kejohanan Piala Monsun dan pembangunan Pulau Duyong yang menelan ratusan (malahan mungkin ribuan) juta wang rakyat.
Alasan utama juga untuk tarik pelancong.
Akhirnya, selepas sudah terbukti tidak menguntungkan, kejohanan itu tidak lagi diteruskan di Pulau Duyong. Secara tersirat BN mengakui, pelaburan berjutajuta ringgit di situ gagal menarik kehadiran pelancong pada tahap yang dicitakan.
Read More / Baca Lagi >>

TPPA umpama ‘perjanjian syaitan’

Posted: 09 Apr 2014 06:23 AM PDT

Oleh MOHD ARIF JUHANI
WALAUPUN sudah diingatkan berulangkali mengenai bahaya yang bakal diundang selepas Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) ditandatangani, namun kepimpinan negara seolaholah sudah terpukau dengan janji lumayan yang kononnya terkandung dalam dokumen perangkap penjajah itu.

Selain Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM) yang dianggotai oleh gabungan 47 NGO usahawan Melayu bertaraf kebangsaan membantah TPPA. Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad juga pernah dengan lantang mengkritik perjanjian tersebut berdasarkan kepada pengalamannya  ketika mentadbir negara. Namun sekarang, kerajaan Umno-BN yang kerap mendakwa kononnya memperjuangkan hal ehwal Melayu dan Islam masih tidak berganjak daripada menyokong pelaksanaan TPPA walaupun sudah dimaklumkan bahawa usahawan Melayu paling teruk menerima risiko 'penganiayaan' akibat dasar licik yang lebih cenderung melindungi kepentingan syarikat-syarikat asing nanti.
Pada pertengahan April ini, Presiden Amerika Syarikat, Barrack Obama pula dijadualkan akan hadir ke Malaysia untuk bertemu Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Razak bagi mengukuhkan hubungan dua hala negara tersebut termasuklah memastikan proses TPPA berjalan lancar.
Jadi, tidakkah umat Islam dan Melayu berasa terancam dan hak keistimewaan yang dimiliki dan dijamin dalam Perlembagaan Persekutuan selama ini bakal menemui titik akhirnya sejurus TPPA dilaksanakan?
Lebih parah lagi, Perlembagaan Persekutuan dan Parlimen sebagai institusi perundangan tertinggi dalam Negara yang menggubal undang- undang juga bakal hilang kedaulatannya apabila bertembung dengan kepentingan syarikat asing seperti yang terkandung dalam TPPA.
Pengkhianatan terbuka
Bagi Timbalan Pengerusi Lajnah Hal Ehwal Parlimen, Khalid Samad, menandatangani TPPA merupakan satu pengkhianatan terbuka kepada kedaulatan undangundang dan Parlimen yang menaungi keluhuran Perlembagaan.
Read More / Baca Lagi >>

Tiada ulasan: