Rabu, 9 April 2014

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


MH370: Masih Tiada Serpihan, Pencarian Kotak Hitam Diperhebat

Posted: 09 Apr 2014 09:38 PM PDT


Pic:ReutersPic:ReutersKUALA LUMPUR: Sekurang-kurangnya 10 pesawat tentera, empat pesawat awam dan 13 kapal digerakkan hari ini bagi meneruskan usaha pencarian pesawat Penerbangan Malaysia MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu.
Menurut Pihak Berkuasa Keselamatan Maratim Australia (AMSA), semalam beberapa pesawat dan kapal dilaporkan berjaya mengesan sejumlah objek di kawasan pencarian namun hanya sejumlah kecil berjaya dikutip.
Namun dipercayai objek yang dikutip tiada kaitan dengan pesawat MH370.
AMSA hari ini meletakkan sasaran pencarian di kawasan seluas 57,923 kilometer persegi, terletak kira-kira 2280 ke barat laut Perth.
Hujan juga diramalkan turun di sesetengah tempat, dengan jarak penglihatan sekitar 5000 meter ketika hujan.
Selain itu, pencarian dasar laut turut diteruskan dengan kapal Australia Ocean Shield diletakkan di utara dan kapal Hiaxun 01 milik China di bahagian selatan kawasan pencarian.
Baru-baru ini, kapal pertahanan Australia, Ocean Shield mengesan dua isyarat akustik semasa menjalankan pencarian di selatan Lautan Hindi selepas mengesan isyarat yang sama pada Ahad sementara kapal China, Haixun 01, mengesan dua isyarat pada Jumaat dan Sabtu minggu lepas.
Semalam Ketua Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC) Angus Houston berkata dua lagi isyarat dikesan kapal Ocean Shield.
Beliau berkata isyarat pertama yang dikesan bertahan selama lima minit dan 32 saat manakala isyarat kedua bertahan selama tujuh minit.
Houston juga menegaskan bahawa pasukan pencarian tidak akan mengarahkan penggunaan sebarang kenderaan atau peralatan dasar laut buat masa ini.
Operasi mencari yang disertai pelbagai negara dikerah bagi menjejaki pesawat, mula-mula di Laut China Selatan dan kemudian di sepanjang dua koriror - koridor utara menjangkau dari sempadan Kazakhstan dan Turkmenistan ke utara Thailand - dan koridor selatan, meliputi dari Indonesia ke selatan Lautan Hindi.
Berdasarkan analisis terbaharu data satelit yang belum pernah dibuat sebelum ini, syarikat telekomunikasi satelit United Kingdom Inmarsat dan Cawangan Penyiasatan Kemalangan Udara UK (AAIB) merumuskan bahawa Penerbangan MH370 terbang melalui koridor selatan dan bahawa kedudukan terakhirnya adalah di tengah-tengah Lautan Hindi, di barat Perth, Australia.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kemudian mengumumkan pada 24 Mac, tujuh belas hari selepas pesawat Boeing 777-200ER itu dilaporkan hilang bahawa Penerbangan MH370 telah "berakhir di selatan Lautan Hindi".

mencari MH370 : Raja Bomoh Akan Ke Australia Pula .....

Posted: 09 Apr 2014 07:55 PM PDT

Foto Bogel Demi Lovato Bersama Kekasih Tersebar

Posted: 09 Apr 2014 06:59 AM PDT

..
Nama penyanyi dan pelakon remaja popular Hollywood, Demi Lovato menjadi bualan hangat peminat apabila beberapa keping gambar bogelnya mula 'bersepah' di ruang internet, sejak kelmarin.
Tambah memalukan antara gambar tersebut kelihatan Lovato menayangkan payudaranya, tatunya juga bahagian belakang tubuhnya.
Tak cukup dengan itu, antara beberapa keping gambar tersebut turut mengabadikan Lovato bersama kekasihnya, pelakon Wilmer Valderrama dengan aksi-aksi menghairahkan di atas katil.
Bagaimanapun menerusi lama Twitter miliknya, bintang Disney ini cuba mempertahankan dirinya menulis dalam Bahasa Sepanyol, dengan berjuang kembali dengan kenyataan yang kukuh di akaun Twitter beliau, "Saya kuat. Saya seorang pejuang. Jadi jangan memandang rendah terhadap saya".

Ini bukanlah kali pertama pelantun lagu 'Heart Attack' ini terpalit dengan isu gambar bogel. Tahun lalu tersebar gambar bogel yang menunjukkan seorang wanita berambut hitam yang kelihatan seperti Lovato di dalam tab mandi, berbaring di atas katil tanpa seurat benang dan dalam keadaan bersandar seperti mahu mencium wanita lain.
Sepekulasi tambah kukuh berdasarkan tatu yang telihat pada wanita di dalam gambar tersebut di percayai seperti tatu Lovato. Malah gambar-gamabr tersebut mendapat bidaan tertinggi.

MH370 : Pakar sahkan isyarat detikan daripada kotak hitam

Posted: 09 Apr 2014 12:45 AM PDT

  • Pakar sahkan isyarat detikan daripada kotak hitamKetua Pusat Penyelaras Agensi Bersama (JACC) Australia, Angus Houston ketika sidang media terkini berhubung misi mencari dan menyelamat (SAR) pesawat MH370 yang masuk hari ke-33 di Dumas House di Perth, hari ini. - Foto Bernama
 1 / 1 
PERTH - AUSTRALIA. Para pakar di Australia dan Amerika Syarikat (AS) mengesahkan bahawa isyarat detikan yang dikesan kapal-kapal mencari pesawat Malaysia Airlines yang hilang di selatan Lautan Hindi merupakan peranti buatan manusia dan bukan bunyi semula jadi lautan, demikian menurut Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC).

Ketua Penyelarasnya, Ketua Marsyal Udara (B) Angus Houston berkata para pakar dari Pusat Analisis Akustik Bersama Australia (AJACC) di New South Wales dan pengeluar kotak hitam di Amerika Syarikat, mengesahkan bahawa isyarat 33.31 khz itu adalah daripada perakam data penerbangan sebuah kotak hitam.
      
Bagaimanapun, beliau tidak dapat mengesahkan sama ada isyarat itu datang daripada kotak hitam pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH370.

      
"Dua isyarat yang dikesan kapal pertahanan Australia (ADV) Ocean Shield ialah pada 4.27 petang dan 10.17 malam semalam," katanya dalam sidang akhbar mengenai perkembangan usaha menjejaki pesawat MAS Penerbangan MH370 di sini hari ini.
       
Beliau berkata isyarat pertama berlangsung selama 5 minit dan 32 saat dan yang kedua, 7 minit.

Pada Isnin, kapal pertahanan Australia (ADV) Ocean Shield mengesan dua bunyi akustik detikan dalam pencariannya selepas mengesan isyarat itu kali pertama pada Ahad, manakala kapal China Haixun 01 pula mengesan dua isyarat pada Jumaat dan Sabtu.
   
Penerbangan MH370 yang membawa 227 penumpang dan 12 kru hilang pada 8 Mac setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 12.41 tengah malam, kira-kira sejam kemudian ketika pesawat itu berada di ruang udara Laut China Selatan.
  
Pesawat itu sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari yang sama.
  
Operasi mencari dan menyelamat membabitkan pelbagai negara dilancar di Laut China Selatan selepas ada penemuan menunjukkan MH370 mengubah haluan jauh daripada laluan asal, sepanjang dua koridor iaitu koridor utara meliputi sempadan Kazakhstan dan Turkmenistan hingga ke utara Thailand dan koridor selatan dari Indonesia ke selatan Lautan Hindi.
  
Pada 24 Mac, hari ke-17 operasi, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan penerbangan MH370 "berakhir di selatan Lautan Hindi" berdasarkan analisis data satelit syarikat telekomunikasi United Kingdom, Inmarsat dan siasatan Cawangan Siasatan Kemalangan Udara United Kingdom.

Houston berkata isyarat-isyarat itu semakin lemah dan ini mungkin disebabkan bateri kotak hitam hampir luput atau alat itu digerakkan oleh arus lautan.
  
"Lebih banyak isyarat-isyarat itu yang dapat kami kesan, kami dapat memperhalusi kawasan carian dengan lebih baik," katanya.
  
Katanya buat masa ini, kawasan carian bagi Ocean Shield adalah 25km persegi menggunakan 'towed pinger locater', manakala carian di udara akan bermula di kawasan yang ditetapkan.
  
Houston berkata satu daripada cabaran dalam usaha mencari di dasar lautan ialah kelodak di dasar lautan yang boleh menghalang rakaman kamera visual dalam usaha mencari pesawat itu.
  
Katanya kelodak itu mungkin sedalam 10 meter atau lebih.

Sementara itu, pada sidang akhbar yang sama, Komander Pasukan Petugas Khas 658, Komodor Peter Leavy berkata mereka telah meletakkan 84 pelampung sonar yang dibiarkan terapung di kawasan carian di lautan bagi membantu Ocean Shield mengesan isyarat.
  
Katanya alat itu mempunyai beberapa sensor yang boleh mengesan sebarang isyarat sedalam 1,000 kaki (304.8 meter).
  
Beliau juga berkata penggunanan kapal selam tidak sesuai disebabkan keupayaan selamannya terhad berbanding kedalaman lautan iaitu 4,500 meter. - Bernama

Tiada ulasan: