RAKYAT MARHAEN |
- DYMM Sultan: Terus kekalkan Selangor negeri termaju, selesa, selamat
- BN telah lupa janji bina hospital baru Kajang
- 40 NGO desak pertuduhan terhadap Mejar Zaidi digugurkan
- Menteri BN: 25 konsesi lebuh raya belum untung..!!
- MH370: Jawapan pada waris mungkin hanya di mahkamah
- 'Kita tak nampak di mana kesudahan misteri MH370'
- MH370: 'Najib akan biar teori konspirasi Utusan?'
- Deklarasi Baling 2014 sempena Himpunan Derita Rakyat 2.0
- Memali: Segerakan RCI sementara Tun M masih hidup
- "BANTUAN BENCANA ALAM" TELAH DIJADIKAN SEBAGAI HADIAH CABUTAN BERTUAH MALAM CINTA RASUL DAERAH BALING.!!!
- Datuk Seri Dr Wan Azizah angkat sumpah Adun Kajang
- 100 days - #FreeAJStaff
- Keselamatan Sabah: Di mana kelemahan kita?
- MH370: Najib, jangan terus berselindung - Chegubard
- KLIA2: Siapa mangsa, siapa pemangsa? RM4 Bilion wang rakyat dibelanjakan...!!
- RM45 juta wang rakyat dibazir naik taraf lapangan terbang Ipoh, landasan berlubang halang pesawat besar mendarat
- Malaysia Kita: Beri peluang muka baru kendali FAM..!!
- Malaysia Kita: 'Tidak bolehkah saya bersuara?'
- Malaysia Kita: Pencak silat sesat
- MH370: Petunjuk paling memberi harapan
- MH370: Dua Kapal Ubah Haluan Untuk Sahkan Isyarat Nadi
- MH370: Isyarat tersekat
- MH370: Petunjuk baharu lokasi
- MH370: 37.5 kHz frekuensi untuk kotak hitam
- MH370: Persoalan Yang Besar!! Mengapa Pesawat Itu Terbang Ke Selatan??
DYMM Sultan: Terus kekalkan Selangor negeri termaju, selesa, selamat Posted: 06 Apr 2014 09:41 PM PDT SHAH ALAM 7 APRIL : DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini bertitah agar Selangor dapat terus mengekalkan kedudukannya sebagai negeri termaju di Malaysia. Titah Baginda, Kerajaan Negeri juga perlu menjadikan negeri ini sebagai antara negeri paling selesa dan selamat untuk dikunjungi. "Beta berharap semua wakil rakyat dapat hadir pada setiap sesi sidang dan bangun berhujah dengan memberi cadangan dan pendapat yang bernas. "Ini demi kebaikan rakyat di setiap kampung, mukim, daerah dan di seluruh negeri yang kita kita kasihi," titah Baginda Sultan semasa merasmikan Majlis Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Sidang Dewan Negeri Selangor (DNS) kali ke 13 bagi tahun 2014. Terdahulu, Baginda berkenan melakukan pemeriksaan kawalan kehormatan utama di Dataran Kawad di hadapan bangunan SUK di sini pagi tadi. Baginda kemudiannya berangkat masuk ke bangunan dengan DNS dengan diiringi Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Speaker DNS, Hannah Yeoh. Antara lain, Baginda turut memuji komitmen berterusan Kerajaan Negeri di bawah pimpinan Abdul Khalid dalam memacu perkembangan ekonomi negeri di samping memelihara kebajikan rakyat. "Beta gembira nilai pelaburan pada tahun 2013 di negeri Selangor terus meningkat iaitu RM 9.8 billion. "Bilangan projek pula sebanyak 228 dan menyediakan lebih 200,000 peluang pekerjaan dalam pelbagai sektor," titah Baginda lagi. | |
BN telah lupa janji bina hospital baru Kajang Posted: 06 Apr 2014 09:40 PM PDT Beliau berkata, kemudahan asas seperti pembinaan hospital seharusnya menjadi tanggungjawab Kerajaan Pusat termasuk membina bangunan baru Hospital Kajang yang sudah berusia 125 tahun. "Banyak tempat dijanjikan untuk bangun hospital tetapi cuma pecah tanah, tidak buat apa dan ditambah dengan Hospital Shah Alam yang tidak selesai lagi. Saya rasa apa yang dicadang di Kajang hanya janji manis pilihan raya yang tidak akan ditepati. "Kemudahan hospital tidak boleh dijadikan bahan kempen pilihan raya kerana pembinaannya sudah dirancang dalam rancangan Malaysia ke berapa dan bila sepatutnya dibina. "Ia tidak boleh dijadikan ole-ole atau rasuah untuk menang Pilihan Raya Kecil (PRK) tetapi itu kaedah yang digunakan BN dan kalau menang juga tidak dikotakan," katanya ketika dihubungi Selangor Kini, di sini, semalam. Read More / Baca Lagi >> | |
40 NGO desak pertuduhan terhadap Mejar Zaidi digugurkan Posted: 06 Apr 2014 09:37 PM PDT SHAH ALAM 7 APRIL: 40 Badan Bukan Kerajaan (NGO) mendesak Majlis Angkatan Tentera Malaysia menggugurkan semua tujuh pertuduhan terhadap Mejar Zaidi Ahmad yang membuat laporan polis mengenai dakwat kekal. Dalam satu kenyataan bersama, 40 NGO itu berkata Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sendiri mengaku dalam laporan media mengenai kegagalan dakwat kekal yang digunakan sewaktu Pilihan Raya Umum ke-13 yang lalu, yang turut dilaporkan oleh ratusan pengundi. "Persoalannya, kenapa tindakan diambil terhadap Mejar Zaidi bilamana beliau bercakap demi kepentingan awam?," kata kenyataan itu. Kenyataan itu menyatakan Mejar Zaidi dituduh melanggar arahan Majlis Angkatan Tentera Malaysia dengan membuat laporan polis mengenai ketidak-kekalan dakwat kekal yang digunakan dalam pengundian awal sewaktu Pilihan Raya Umum ke-13. Katanya, tiga daripada tujuh pertuduhan yang dikenakan adalah kerana beliau membuat kenyataan media tanpa kebenaran pihak atasan tentera dan menghantar dua SMS lanjutan yang "berbau politik". "Jika Mejar Zaidi didapati bersalah, beliau berkemungkinan akan kehilangan hak pencen dan faedah-faedah lain. "Ini merupakan ketidak-adilan yang tidak boleh diterima bila kita bercakap soal demokrasi. Mejar Zaidi sebenarnya seorang wira," katanya. Kenyataan itu juga menyatakan, jika kesemua rakya seperti Mejar Zaidi, yakni berani menyuarakan yang hak, benar dan adil, pastinya sistem pentadbiran negara kurang kepincangannya. Perkara 114 (2) dalam Perlembagaan Persekutuan menyatakan bahawa SPR harus mendapatkan keyakinan dan kepercayaan umum. Namun, belum ada sebarang tindakan diambil terhadap SPR yang secara jelas berpihak, dan kegagalan mereka dalam pengendalian dakwat kekal. Sebaliknya, seorang rakyat Malaysia yang berprinsip dan berani pula yang dihadapkan ke mahkamah. "Kami mengajak semua orang awam yang prihatin mengenai isu pilihan raya yang bebas dan adil, untuk memberikan sokongan kepada Mejar Zaidi dengan menghadiri perbicaraan beliau pada 8 hingga 10 April 2014, Mahkamah Tentera Pengkalan TUDM Sungai Besi, Kuala Lumpur. "Kami juga menuntut Majlis Angkatan Tentera Malaysia menggugurkan kesemua tujuh pertuduhan terhadap Mejar Zaidi yang membuat laporan polis mengenai dakwat kekal," katanya. | |
Menteri BN: 25 konsesi lebuh raya belum untung..!! Posted: 06 Apr 2014 09:31 PM PDT Kerajaan menjelaskan daripada 30 syarikat konsesi lebuh raya di negara ini, hanya lima sahaja yang mencapai keuntungan susulan pengguna trafik yang banyak. Menteri Kerja Raya Datuk Fadillah Yusof (BN-Petrajaya) berkata bakinya masih belum mencapai keuntungan memandangkan jumlah pengguna "masih belum mencukupi. Bagaimanapun, beliau tidak menyenaraikan nama dan jumlah keuntungan yang diperoleh oleh lebuh raya itu. "Daripada keseluruhan 30 syarikat konsesi. Daripada jumlah itu, hanya lima sahaja yang mencapai keuntungan kerana pengguna trafik. "Yang selebihnya masih tidak dapat keuntungan sebab kadar pengguna lebuh raya masih belum mencukupi. Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan Datuk Irmohizam Ibrahim (BN-Kuala Selangor) mengenai tanggapan umum bahawa kadar tol perlu dikurangkan jika trafik di lebuh raya terlibat bertambah. Sementara itu, Fadillah juga berkata, dalam penambahbaikan baru kerajaan, kos penambahan lorong di lebuh raya kini ditanggung syarikat konsesi. Beliau memberikan contoh apa yang dilakukan Lebuh Raya PLUS di Damansara, Seremban dan Senawang. "Mereka (syarikat konsesi) kena melabur memastikan keselesaan pengguna. "Kalau laluan tak dapat menampung keperluan trafik, mereka perlu tambah (lorong)," kata Fadillah. | |
MH370: Jawapan pada waris mungkin hanya di mahkamah Posted: 06 Apr 2014 09:28 PM PDT Jawapan bagi persoalan yang benar-benar dimahukan penumpang MH370 mungkin hanya akan terdedah di parlimen jika mereka menyaman atas alasan tekanan perasaan. Seorang peguam mendakwa, kerajaan Malaysia melanggar tanggungjawabnya bawah undang-undang antarabangsa dalam komunikasi berhubung krisis itu. Peguam penerbangan Australia Joseph Wheeler (kiri) juga berkata, kaedah pengurusan tragedi itu oleh Malaysia Airlines (MAS) boleh mendedahkan mereka kepada liabiliti. Ini ekoran keluarga penumpang mula mempertimbangkan legal avenue selain isu pampasan. "Satu-satunya cara untuk keluarga mendapatkan jawapan dengan pergi ke mahkamah, dan gunakan prosedur forensik untuk mendapatkannya," kata Wheeler kepada Malaysiakini. "Laporan siasatan rasmi sahaja tidak boleh digunakan di mahkamah, tetapi ada banyak maklumat sekitar (dokumen) itu yang membentuk kita mengukuhkan kes – dokumen dan maklumat lain yang boleh didedahkan." Bawah undang-undang antarabangsa – Konvensyen Chicago – laporan siasatan kemalangan hanya boleh digunakan untuk pencegahan insiden akan datang dan bukan untuk meletakkan kesalahan terhadap mana-mana pihak. | |
'Kita tak nampak di mana kesudahan misteri MH370' Posted: 06 Apr 2014 09:27 PM PDT "Terbaru ialah kenyataan bercanggah pemangku Menteri Pengangkutan (Datuk Seri Hishammuddin Hussein) dan Ketua Polis Negara (Tan Sri Khalid Abu Bakar)," kata beliau. Dalam taklimat medianya Sabtu lalu, Hishammuddin berkata beliau tidak fikir sesiapapun telah dibersihkan daripada sebarang penyiasatan berhubung kehilangan pesawat MH370. "Saya tidak fikir sesiapapun (penumpang dan anak kapal) telah dibersihkan daripada sebarang penyiasatan," katanya. "Sepanjang senarai yang ditunjukkan, ia termasuk juga anak-anak kapal. Empat kemungkinan Ketua Polis Negara (KPN) ingatkan kami, siasatan ke atas keganasan, rampasan, psikologi atau peribadi. Itu, saya tahu masih berjalan," tambahnya. Ia bercanggah dengan kenyataan Khalid Rabu lalu. Beliau dilaporkan berkata, polis telah membersihkan semua penumpang daripada siasatan berhubung keganasan, rampasan, psikologi atau peribadi, yang merupakan fokus utama siasatan pihak berkuasa. Menurut Mahfuz, beberapa Ahli Parlimen termasuk beliau telah membangkitkan perkara itu di Dewan Rakyat. Read More / Baca Lagi >> | |
MH370: 'Najib akan biar teori konspirasi Utusan?' Posted: 06 Apr 2014 09:24 PM PDT Seorang bekas duta AS ke Malaysia John Mallot menyelar akhbar Utusan Malaysia kerana menyiarkan satu tulisan menggemparkan yang membangkitkan spekulasi bahawa Agensi Perisikan Pusat (CIA) negara itu mendalangi kes kehilangan pesawat MH370. "Ini satu lagi contoh bahawa Utusan menjadi bahan jenaka dalam kewartawanan Malaysia, yang menulis dengan rekaan, teori konspirasi, paranoia, dan perkauman," katanya dalam satu kenyataan. Tambahnya, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, yang juga presiden Umno perlu menjelaskan sekiranya akhbar milik parti tersebut akan dibiarkan begitu sahaja susulan penyiaran tulisan "tidak masuk akal" itu. Katanya lagi, Washington tentunya akan menunggu tindakan Najib dalam isu ini memandangkan presidennya Barack Obama juga akan melawat Malaysia dalam rangka lawatannya ke wilayah ini. "Utusan bukan calang-calang akhbar. Ia dimiliki oleh Umno, parti pemerintah Malaysia, yang mana presidennya adalah Najib Razak. "Umno dan presidennya secara turun temurun memberi bimbingan redaksi dan seliaan ke atas Utusan. "Jadi, apa kata anda, Najib? Anda akan mengalu-alukan kedatangan Presiden Obama ke Malaysia. Anda akan biarkan kenyataan tidak masuk akal ini dipertahan dalam akhbar anda? Read More / Baca Lagi >> | |
Deklarasi Baling 2014 sempena Himpunan Derita Rakyat 2.0 Posted: 06 Apr 2014 08:55 PM PDT • Empat puluh tahun lalu, bumi Baling ini telah memahat sejarah, membuka mata tentang keperitan derita rakyat, sengsara dihiris kemiskinan. • Selepas empat dekad berlalu, tatkala kerajaan gah melaungkan slogan-slogan kejayaan, berbangga tentang pantasnya kemajuan dan pesatnya pembangunan, rakyat sebenarnya kian terhimpit dan tertekan. • Derita rakyat makin parah dengan lonjakan kos sara hidup, peningkatan memuncak harga keperluan asas, bebanan kenaikan tarif elektrik dan bekalan air, saban tahun semakin berat. • Tidak memadai dengan pengurangan subsidi, rampasan royalti, kenaikan kos insuran, pengangkutan, perubatan dan pendidikan tinggi, rakyat dipaksa berkorban lagi dengan kemunculan GST. • Semua ini menambah sengsara, khususnya golongan penoreh dan pekebun kecil getah yang sedang terjerumus dalam kesukaran yang tiada kesudahan, akibat pendapatan mereka tidak lagi dapat menampung kos kehidupan harian. • Kesejahteraan rakyat terus merosot apabila harga komoditi getah di ladang dibiarkan terus menjunam. Jurang pendapatan makin melebar antara penoreh dan pekebun kecil dengan pengilang, pemborong, dan syarikat-syarikat milik agensi yang bertanggunjawab menguruskan sektor ini; • Tiada jaminan, tanpa rancangan pembelaan, manipulasi berleluasa, agensi dan syarikat menjadi super kaya, penoreh getah terus menerus sengsara. MAKA, Peserta Himpunan Derita Rakyat 2.0, pada tanggal 5 April 2014, di Kupang, Baling Kedah Darul Aman, menegaskan bahawa: 1. Pembangunan Tanpa Kenaikan Kos. Pembangunan negara tidak lagi berteraskan kenaikan kos sara hidup yang dipaksakan ke atas rakyat, sebaliknya wajib berasaskan pemimpin yang amanah, pengurusan bebas rasuah, peningkatan integriti, kecekapan agensi dan anti kebocoran dan keborosan. Read More / Baca Lagi >> | |
Memali: Segerakan RCI sementara Tun M masih hidup Posted: 06 Apr 2014 08:41 PM PDT Menurutnya, sementara saksi-saksi penting masih hidup termasuk Tun Dr Mahathir Mohamad selaku perdana menteri ketika itu, maka penubuhannya haruslah disegerakan. "Datuk Seri Najib perlu segera tubuh suruhanjaya diraja sementara Tun Mahathir masih hidup. "Hanya suruhanjaya diraja ini boleh merungkai perkara sebenar disebalik tragedi berdarah ini," kata beliau dalam ceramah sempena Karnival 60 tahun PAS Johor di Parit Tarom di sini semalam. Isu Memali kembali memanaskan politik negara ekoran pendedahan bekas Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri Tun Musa Hitam bawaha Tun Mahathir berada dalam negara ketika kejadian itu dan bukannya di China seperti yang dipercayai sejak 30 tahun lalu. Ianya sekaligus mengejutkan banyak pihak yang selama ini diyakinkan bahawa Tun M tidak terlibat dalam tragedi yang mengorbankan 18 nyawa termasuk empat anggota polis itu. Kit Siang dalam cadangannya sebelum ini berkata ramai yang masih hidup dan tentunya masih segar ingatan mereka berhubung tragedi itu. Read More / Baca Lagi >> | |
Posted: 06 Apr 2014 08:30 PM PDT Sempena Malam Cinta Rasul Daerah Baling Kedah pada 5hb April 2014 yang lalu di Dataran Sebelah KFC Baling, Kedah salah satu program untuk memikat rakyat datang ialah cabutan bertuah. Antara hadiah cabutan bertuah tersebut ialah 100 buah TV LED 32". Apa yang memeranjatkan para pemenang TV LED 32" ialah tertera perkataan pada kotak LED berkenaan ialah "BANTUAN BENCANA ALAM" Adakah Malam Cinta Rasul suatu program bencana alam ataupun peruntukan kepada Bantuan Bencana Alam telah dilencong dan diselewengkan untuk dijadikan hadiah cabutan bertuah???? Perlu pihak berkenaan memberikan penjelasan yang menyakinkan rakyat... jangan beri jawapan yang cuba nak memperbodohkan rakyat. | |
Datuk Seri Dr Wan Azizah angkat sumpah Adun Kajang Posted: 06 Apr 2014 08:18 PM PDT SHAH ALAM 7 APRIL: Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kajang di hadapan Speaker, Hannah Yeoh pada persidangan Dewan Negeri Selangor (DNS) ke-13 di sini hari ini. Majlis mengangkat sumpah yang berlangsung tepat pukul 10 pagi di Bangunan DNS itu disaksikan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), Datuk Mohammed Khusrin Munawi, ahli Exco negeri dan wakil rakyat Pakatan Rakyat (PR) serta Barisan Nasional (BN). Pada 23 Mac lalu, Wan Azizah yang juga Presiden PKR memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang menewaskan calon BN, Datin Paduka Chew Mei Fun dengan majoriti 5,379 undi. Wan Azizah berjaya meraih sebanyak 16,741 undi, manakala Mei Fun memperoleh 11,362 undi. PRK Kajang diadakan selepas Adun Kajang, Lee Chin Cheh dari PKR meletakkan jawatan tanpa sebab pada 27 Januari lepas bagi memberi peluang kepada Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding. Read More / Baca Lagi >> | |
Posted: 06 Apr 2014 05:28 PM PDT | |
Keselamatan Sabah: Di mana kelemahan kita? Posted: 06 Apr 2014 05:26 PM PDT Berapa banyak lagi perbelanjaan yang perlu jika kita terus berada di dalam keadaan urustadbir, perlaksanaan dan penguatkuasaan yang lemah? 1 April genap setahun Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) ditubuhkan dengan menelan perbelanjaan lebih RM200 juta. Bagaimanapun, kejadian penculikan di pusat-pusat peranginan di sekitar Esszone tetap berlaku juga. Tanpa ingin meletakkan sepenuhnya beban kesalahan kepada Esscom semata-mata, namun kejadian penculikan ini sekali lagi menunjukkan pintu sempadan kita begitu mudah lolos. Saya sering membangkitkan persoalan tahap keselamatan pintu sempadan negara sama ada pada sesi Dewan Rakyat penggal lepas mahupun yang sedang berlangsung sekarang ini. Kejadian penculikan ini akhirnya telah mencelikkan kita semua betapa selama ini sebuah agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri ini yang telah diberikan peruntukan beratus juta rupanya tidak mempunyai bidang kuasa. Esscom hanyalah penyelaras yang melibatkan pelbagai agensi semata-mata. Sungguhpun, Esscom tidak mempunyai kuasa untuk mengawal semua agensi-agensi tersebut tetapi sebagai penyelaras Esscom seharusnya mempunyai tanggungjawab penuh bagi menyelia peranan dan kawalan antara agensi bagi memastikan tiada ruang dapat ditembusi oleh penculik-penculik mahupun mereka yang mempunyai niat tidak baik terhadap negara kita. Ramai telah pun membangkitkan persoalan bidangkuasa ini. Pejabat Peguam Negara perlu segera tampil memperjelaskan perkara pokok ini. Apakah sebenarnya tugas, tanggungjawab, peranan dan bidangkuasa Esscom? Tidak wajar kita membelanjakan lebih RM200 juta untuk satu perkara yang tidak jelas peranan dan bidangkuasa. Siapakah Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab secara langsung terhadap Esscom memandangkan Esscom ini terletak di bawah Jabatan Perdana Menteri? Peningkatan tahap siapsiaga Apabila berlaku tragedi Tanduo, Lahad Datu, kita semua bersetuju betapa aspek keselamatan di Pantai Timur Sabah segera ditingkatkan. Dan apabila Esscom ditubuhkan untuk mengawal 10 kawasan di Esszone, ia merupakan satu permulaan yang agak baik. Timbalan Perdana Menteri telah mengarahkan Esscom untuk meningkatkan tahap kesiapsiagaan mereka setelah tragedi ini berlaku. Malah, Kabinet juga akan meneliti semula semua aset-aset yang disediakan untuk Esscom. Read More / Baca Lagi >> | |
MH370: Najib, jangan terus berselindung - Chegubard Posted: 06 Apr 2014 05:25 PM PDT Sejak awal lagi kehilangan penerbangan pesawat MH370 telah mendedahkan banyak kelemahan pentadbiran dan pertahanan negara. Menurut Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR, Badrul Hisham Shahrin peristiwa kehilangan pesawat MH370 ini merupakan tragedi yang amat malang. "Sejak awal lagi kehilangan penerbangan pesawat MH370 telah mendedahkan banyak kelemahan pentadbiran dan pertahanan negara," katanya dalam posting blognya yang terbaru www.chegubard.blogspot.com. Tambah Badrul atau lebih mesra dengan panggilan Che' Gubard, antara kelemahan yang dapat didedahkan adalah kejadian passport palsu dan sehingga kini persoalan itu terus menjadi persoalan misteri dan bagaimana secara mudah warga negara asing dapat memasuki negara ini dan keluar semula dengan identiti palsu. "Dari segi jumlah penumpang kapal yang menggunakan identiti palsu juga tidak jelas polis dan DCA sendiri 'bertengkar' dalam media," jelas pengasas SAMM ini. "Ini mengingatkan kita dengan kes pembunuhan wanita Monggolia yang terkait dengan skandal pembelian kapal selam negara yang ketika perbicaraan kes pembunuhanya dan rekod kemasukan wanita itu didapati hilang," ujarnya. Bukan itu sahaja, ia juga menunjukkan bahawa kapal selam yang dibeli tidak berkemampuan. "Apabila kes ini muncul beberapa negara telah menghantar kapal selam untuk operasi mencari dan menyelamat (SAR). "Saya dan juga beberapa pimpinan politik seperti Lim Kit Siang telah membangkitkan persoalan kenapa tidak digunakan kapal selam negara yang dibeli dengan harga amat tidak munasabah tingginya dan menteri tersebut telah menjawab bahawa Scorpene milik negara tidak sesuai untuk operasi SAR. "Operasi yang boleh dilakukan oleh kapal selam negara adalah kita adalah operasi mencari bukannya operasi mencari dan menyelamat," ujarnya. Tidak miliki sistem sonar Dikatakan bahawa kapal selam negara kita, tidak memiliki sistem sonar yang kebanyakkan bot nelayan laut dalam turut miliki sistem tersebut. "Kapal selam yang dibeli dengan begitu mahal adalah hanya untuk menghalalkan pembelian sumber pihak Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) sendiri. Read More / Baca Lagi >> | |
KLIA2: Siapa mangsa, siapa pemangsa? RM4 Bilion wang rakyat dibelanjakan...!! Posted: 06 Apr 2014 05:12 PM PDT WALAUPUN sudah hampir tiba saat akhir Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) dibuka, pertelingkahan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) dan syarikat penerbangan tambang rendah AirAsia Bhd (AirAsia) masih berterusan. Terbaru, AirAsia yang akan menjadi pengguna terbesar KLIA2 enggan memindahkan operasinya ke situ selepas Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Abdul Aziz Kaprawi mengumumkan terminal tambang rendah (LCCT) digunakan AirAsia sekarang akan ditutup pada 9 Mei depan. Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Aireen Omar dalam satu kenyataan, Rabu lalu menjelaskan sebab AirAsia mahu kekal beroperasi dari LCCT. "Kami lebih daripada bersedia untuk berpindah ke KLIA2 tetapi kami mesti berpindah dalam keadaan yang betul. Bukan niat kami untuk sengaja tidak berpindah. "Ada banyak kebimbangan, terutama tentang kebolehfungsian dan keselamatan KLIA2," menurutnya, selain berkata AirAsia akan kuasai lebih 80 peratus lalu lintas di KLIA2 yang bernilai RM4 bilion itu. "Kami merayu campur tangan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menyelesaikan isu nasional ini," kata Aireen. Tidak diketahui sama ada Najib maklum berhubung rayuan itu tetapi dalam satu kenyataan dari Vietnam, Sabtu lalu, Najib berkata AirAsia perlu berpindah ke KLIA2 pada 9 Mei. | |
Posted: 06 Apr 2014 04:39 PM PDT Jawatankuasa Kira- Kira Wang Perak (PAC) sedang menyiasat perkara ini tetapi belum diketahui apa akan dilakukan kerajaan negeri selepas Jabatan Penerbangan Awam (DCA) mengisytiharkan landasan sepanjang 2,000 meter tidak selamat untuk pesawat lebih besar kerana terdapat jalan berlubang di landasan yang dipanjangkan. Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kepayang merangkap Pengerusi DAP Perak Nga Kor Ming mengatakan landasan dipanjangkan dari 1,780 meter ke 2,000 meter untuk menampung pesawat lebih besar dari Singapura, Medan dan Hong Kong, namun hanya pesawat Firefly, anak syarikat Malaysia Airlines yang menggunakan laluan Ipoh-Singapura setiap hari dengan pesawat kipas turbo ATR 72. Beliau enggan mengulas lanjut kerana merupakan salah seorang anggota PAC yang menyiasat kes tersebut. Lapangan terbang itu sebelum ini digunakan untuk menampung penerbangan setiap pagi di antara bandar perlombongan bijih timah itu dan Subang bagi mereka yang mengambil penerbangan sambungan terutamanya ke Hong Kong. Read More / Baca Lagi >> | |
Malaysia Kita: Beri peluang muka baru kendali FAM..!! Posted: 06 Apr 2014 04:32 PM PDT Kuala Lumpur: "Sendiri mahu ingatlah dan tolonglah nilai kemampuan sendiri. Jika rasa tidak mampu memikul tanggungjawab, jangan bertanding kerana ia hanya buang masa." Itu luahan dilontarkan kumpulan penyokong tegar bola sepak negara 'Presiden FAM Sila Letak Jawatan (PFSLJ)' kepada calon yang akan bertanding pada pemilihan Kongres Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) ke-50 bagi penggal 2014-2018, 25 Mei ini. Jurucakapnya, Al Fadli Awaludin berkata demikian selepas dilaporkan kemungkinan besar Sultan Ahmad Shah bakal mempertahankan jawatan yang disandangnya sejak 1984 pada pemilihan kongres kali ini. "Sudah lama presiden sekarang memimpin FAM. Semakin lama bola sepak negara kita semakin teruk dan parah. Bagilah peluang kepada muka baru pula. | |
Malaysia Kita: 'Tidak bolehkah saya bersuara?' Posted: 06 Apr 2014 04:30 PM PDT Beliau berkata, sebagai Menteri Besar Terengganu, beliau tidak boleh berdiam diri demi pembangunan sukan bola sepak negeri itu. "Ini kerana kerajaan negeri bertanggungjawab mengeluarkan peruntukan bagi menanggung keperluan pengurusan persatuan dan pemain bola sepak di Terengganu. "Yang tanggung belanja pasukan bola sepak negeri ialah kerajaan negeri. Jadi, bila kerajaan negeri keluar belanja, saya bertindak bagi pihak kerajaan dan adakah saya tak berhak berkata-kata?" tegasnya. Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas melancarkan program Projek Perintis Terengganu Open Wi-fi di Lapangan Terbang Sultan Mahmud di Kuala Terengganu semalam. Beliau turut mempersoalkan: "Adakah FAM mampu beri sumbangan mencukupi kepada persatuan bola sepak (FA) negeri? Apakah demokrasi diamalkan FAM sampai orang tak boleh tegur? "FAM juga milik rakyat Malaysia. Apa yang saya buat ini adalah hak rakyat dan ramai nak tahu apa perkembangan dan kebaikan. Read More / Baca Lagi >> | |
Malaysia Kita: Pencak silat sesat Posted: 06 Apr 2014 04:28 PM PDT Seremban: Mereka menyertai sebuah persatuan silat di sekolah menengah sebagai sebahagian aktiviti kokurikulum, namun terkejut apabila seni mempertahankan diri itu menyebarkan dakyah songsang dengan mempertikaikan kebenaran al-Quran. Apabila seorang daripada pelajar terbabit yang berusia 17 tahun menyanggah kenyataan itu, guru silat terbabit terus berang lantas melempar al-Quran sebelum memijak dan membakarnya. Sumber JHEAINS berkata selepas menerima aduan daripada seorang daripada pelajar terbabit, pihaknya sudah menemui pengurusan sekolah berkenaan bagi membincangkan perkara itu awal bulan ini. SHAHRUL dan rakan, Iskandar menceritakan mengenai guru sebuah persatuan silat yang didakwa menyebarkan dakyah songsang. Menurutnya, siasatan awal mendapati lebih 10 pelajar sekolah itu menyertai persatuan silat di sekolah mereka sebagai aktiviti kokurikulum. | |
MH370: Petunjuk paling memberi harapan Posted: 06 Apr 2014 04:27 PM PDT PERTH - Semua pesawat dan kapal yang terlibat dalam misi mencari sebuah pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) telah dikerah ke satu lokasi di selatan Lautan Hindi di mana sebuah kapal milik China mengesan isyarat yang dipercayai dikeluarkan oleh kotak hitam pesawat MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu. Ketua Pusat Koordinasi Agensi Bersama (JACC), Angus Houston berkata, pihaknya mengambil serius dengan perkembangan terbaharu tersebut dan mengarahkan semua aset ke lokasi berkenaan. "Hari ini (semalam) beberapa aset milik tentera udara Australia dihantar ke satu lokasi di Lautan Hindi di mana kapal Haixun 01 milik China mengesan isyarat dipercayai dari kotak hitam MH370. "Dua buah kapal milik Australia, HMS Echo dan HMAS Ocean Shield juga diarahkan ke lokasi kapal Haixun 01 berada untuk membantu mengesan serta mengesahkan isyarat berkenaan," katanya di sini semalam. Kapal Haixun 01 mengesan isyarat elektronik tersebut pada Jumaat lalu dan sekali lagi dikesan pada tengah hari kelmarin. Sebuah pesawat China turut mengesan beberapa objek putih di satu lokasi kira-kira 90 kilometer dari isyarat dikesan. Katanya, kapal HMAS Ocean Shield terpaksa menangguhkan pelayaran selepas mengesan satu isyarat serupa kira-kira 300 batu nautika dari lokasi kapal Haixun 01. Read More / Baca Lagi >> | |
MH370: Dua Kapal Ubah Haluan Untuk Sahkan Isyarat Nadi Posted: 06 Apr 2014 04:26 PM PDT PERTH: Ketua Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC), Angus Houston berkata, Australia mengambil petunjuk terbaharu dalam mencari pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 yang hilang, secara serius. Houston berkata, Kapal Tentera Diraja HMS Echo dan Kapal Pertahanan Australia Ocean Shield diubah haluannya bagi mengesahkan isyarat nadi elektronik yang dikesan oleh sebuah kapal China, Haixun 01. "Hakikatnya, kapal itu membuat dua pengesanan yang menjanjikan sesuatu," katanya. Bagaimanapun, beliau mengessa supaya media berhati-hati menggunakan maklumat itu dan mengulangi bahawa perkara tersebut masih belum disahkan. HMS Echo akan mengambil masa 14 jam untuk tiba di lokasi isyarat. | |
Posted: 06 Apr 2014 03:56 PM PDT Kuala Lumpur: Faktor bateri lemah mungkin menjadi punca membataskan tempoh isyarat akustik yang diterima sebuah kapal milik Tentera Laut China, kelmarin, kerana isyarat ping itu dikesan hanya selama 90 saat. Pakar Ukur Hidrografi dan Pemetaan Dasar Laut, Fakulti Geoinformasi dan Harta Tanah, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Prof Dr Mohd Razali Mahmud berkata, isyarat ping yang dikeluarkan kotak hitam lazimnya dihantar secara berterusan sehingga hayat bateri alat berkenaan tamat. "Frekuensi berkenaan adalah gelombang piawaian yang digunakan oleh mana-mana kotak hitam di dalam pesawat dan ia akan terus menghantar ping sehingga jangka hayat bateri tamat," katanya ketika dihubungi, di sini, semalam. HELIKOPTER A S-70B-2 Seahawk (Tiger 75) turun ke dek kapal Tentera Laut Diraja Australia HMAS Toowoomba untuk mendapatkan bekalan, semalam. Agensi berita Xinhua, kelmarin, melaporkan sebuah kapal perang China, Haixun 01 menerima satu isyarat akustik dalam frekuensi 37.5kHz, namun hanya kira-kira 90 saat. | |
Posted: 06 Apr 2014 03:54 PM PDT PERTH - Misi mencari sebuah pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) yang hilang di Lautan Hindi sejak 8 Mac lalu mendapat petunjuk baharu apabila sebuah kapal China dan Australia mengesan isyarat dipercayai dari kotak hitam pesawat MH370. Sebuah kapal China, Haixun 01 mengesan isyarat elektronik tersebut yang dipanggil ping di 25 darjah latitud selatan dan 101 latitud timur di selatan Lautan Hindi. Isyarat itu dikesan pada Jumaat lalu dan sekali lagi dikesan tengah hari kelmarin. Sebuah pesawat China turut mengesan beberapa objek putih di satu lokasi kira-kira 90 kilometer dari isyarat dikesan. | |
MH370: 37.5 kHz frekuensi untuk kotak hitam Posted: 06 Apr 2014 03:54 PM PDT KUALA LUMPUR - Isyarat detik pada frekuensi 37.5 kilohertz (kHz) sesaat di perairan selatan Lautan Hindi mungkin menjadi petunjuk terbesar kepada kehilangan pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 kerana ia merupakan frekuensi untuk sebuah kotak hitam pesawat. Pensyarah Kejuruteraan Aeroangkasa dan Penyelidikan Universiti Putra Malaysia, Prof. Madya Dr. Kamarul Arifin Ahmad berkata, isyarat detik frekuensi itu turut meningkatkan peluang penemuan kotak hitam milik pesawat Boeing 777-200 MAS yang hilang sejak 8 Mac lalu. | |
MH370: Persoalan Yang Besar!! Mengapa Pesawat Itu Terbang Ke Selatan?? Posted: 06 Apr 2014 03:52 PM PDT Pasukan pencari berlumba dengan masa menemui Black Box; atas sebab bateri alat itu akan lupus dalam masa 24 jam mendatang. Satu-satunya indikator untuk merungkai kehilangan pesawat MH370 adalah melalui Black BOX. Namun, black box mempunyai kelemahan i.e. hanya merekod data dua jam terakhir. Pesawat itu dikatakan meneruskan perjalanan sehingga 8.11 pagi 8 Mac selepas bertolak daripada KLIA jam 12.41 pagi hari yang sama. Mengambilkira masa bertolak dan pings terakhir pesawat itu adalah melebihi 7 jam. Melihat kehilangan pesawat itu, data penting yang perlu diketahui adalah antara 12.41 pagi hingga 2.40 pagi; sebabnya selepas pesawat itu hilang pada radar 1.30 pagi, pesawat itu melakukan gerakan-gerakan yang pelik, sehinggalah hilang terus daripada radar. Apabila pesawat mengarah ke selatan, sudah tentu, tiada lagi percakapan di cockpit, selain meneruskan penerbangan sehingga kehabisan minyak, lalu terhempas 1,100 batu barat laut Perth; suatu lokasi menurut teori, yang boleh dicapai pesawat itu berasaskan bekalan minyak yang ada. Read More / Baca Lagi >> |
You are subscribed to email updates from RAKYAT MARHAEN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan