dollah yankee |
Posted: 06 Apr 2014 05:00 PM PDT Orang-orang di Taiping sebelum ini mungkin banyak yang tak bersyukur dengan air yang melimpah ruah di tempat mereka sebelum ini ... Hujan di Taiping juga sudah menjadi taruhan judi harian disana. Setiap petang akan ada pertaruhan sama ada hujan akan turun atau tidak. Maka teringatlah akan gurkah-gurkah politik di'port' bagaimana dua minggu lepas semasa singgah untuk jumaat di bandar Taiping,pengumuman telah dibuat dalam masjid bahawa akan berlaku catuan air di kawasan Taiping. Yang peliknya sebaik habis jumaat pada hari itu hujan telah turun dengan lebat setiap hari hampir satu minggu. Yang bertambah pelik ialah pada dua tiga hari lepas air telah dicatu disana, bagaimana Taiping kawasan yang dikelaskan paling lembab di Malaysia boleh berhadapan dengan catuan air? Akal yang waras agak terkejut menerima berita tersebut. Taiping dan beberapa kawasan lain di Malaysia menghadapi krisis air! Mungkin berita ini menjadi sesuatu yang pelik bin ajaib bagi orang-orang di Timur Tengah. Malaysia bukan macam negara mereka yang dikelilingi padang pasir! Saya tidak pelik jika Arab Saudi melaksanakan catuan air, tetapi kejadian ini berlaku di Malaysia. Hakikatnya, Malaysia bukanlah kekurangan air tetapi masalah ini timbul apabila ada manusia yang gagal menjalankan amanahnya menguruskan air. Sumber air boleh datang daripada hujan, sungai, air mata air, air bawah tanah dan air empangan. Malah di kampung-kampung, kita boleh menggali perigi. Soalnya, sejauh manakah air ini diurus dengan betul. Atau dengan kata lainnya air telah didagangkan dan dijadikan bahan komoditi yang menguntungkan pihak kapitalis. Seperti slogan yang kita pernah dengar sebelum ini, "pertanian ialah suatu perniagaan" dan kini tidak pelik jika, "air ialah suatu perniagaan"! Malah lebih teruk daripada itu, air telah dijadikan senjata politik dan rakyat dijadikan mangsanya. Air dijadikan senjata untuk memaksa pihak tertentu untuk tunduk dan dijadikan sumber untuk mengkayakan kroni dan golongan tertentu. Sudah sampai masanya pemimpin hari ini menunaikan amanah menguruskan air dengan baik. Setiap kawasan perumahan hendaklah membina beberapa tangki besar untuk stok simpanan air ketika musim hujan – air ini boleh digunakan ketika musim kemarau. Begitu juga air bawah tanah. Kerajaan wajar bersiap sedia dengan paip air bawah tanah. Ketika musim kemarau paip ini boleh dibuka untuk keperluan semasa. Namun semua itu hanya dapat dilakukan jika pemimpin amanah dengan jawatan yang diberi. dollah yankee - ada sahabat yang buat umrah dan tinggal di mekah selama 90 hari, tak pernah pun hadapi masalah air.. |
You are subscribed to email updates from dollah yankee To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan