Selasa, 15 April 2014

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


Ceramah Anwar di jelajah Reformasi 2.0 Perlis malam ini

Posted: 15 Apr 2014 08:53 PM PDT

PerlisPADANG BESAR: 16 APR: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menyampaikan ceramah sempena jelajah Reformasi 2.0 peringkat negeri Perlis, malam ini.
Program Reformasi 2.0 peringkat negeri Perlis bertempat di Markas Pas kawasan Padang Besar, Bukit Kerang, Beseri bermula jam 9 malam.
Selain Anwar, turut menyampaikan ceramah malam ini ialah Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Saifuddin Nasution dan Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Perlis, Mohammad Faisol Abdul Rahman.
Penduduk negeri Perlis dan mereka yang berada berhampiran lokasi program dialu-alukan hadir beramai-ramai.

Langkah Reformasi 2.0 untuk tendang BN, baiki institusi Malaysia, kata Rafizi

Posted: 15 Apr 2014 08:52 PM PDT


Pakar Strategi PKR, Rafizi Ramli bersama buku Reformasi 2.0 Fakta Kes Anwar Ibrahim: Di Mana Integriti Mahkamah? dalam temubual bersama The Malaysian Insider, baru-baru ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 16 April, 2014.Pakar Strategi PKR, Rafizi Ramli bersama buku Reformasi 2.0 Fakta Kes Anwar Ibrahim: Di Mana Integriti Mahkamah? dalam temubual bersama The Malaysian Insider, baru-baru ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 16 April, 2014.Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli amat jelas mengenai mesej utama yang dibawa dalam kempen Reformasi 2.0 terbaru parti itu, iaitu untuk menendang keluar kerajaan Barisan Nasional (BN) bagi meperbaiki institusi Malaysia.
Ahli Parlimen Pandan itu berkata, beliau berharap untuk melakukan provokasi kepada generasi muda dalam mempersoalkan kebebasan kehakiman dan salah guna undang-undang supaya mereka boleh membangunkan komitmen terhadap keadilan dan reformasi sosial.
"Mereka tidak faham, dorongan untuk menewaskan BN sebenarnya bukan mengenai kuasa. Ia mengenai membaiki institusi dan apa yang perlu sejak dari awal," katanya kepada The Malaysian Insider di Kuala Lumpur.
Beliau berharap seruan lantangnya itu jelas kedengaran menerusi buku terbarunya, Reformasi 2.0 Fakta Kes Anwar Ibrahim: Di Mana Integriti Mahkamah? Yang dilancarkan minggu lalu.
Rafizi berkata, buku itu tidak berniat untuk mencipta semula gerakan Reformasi pada 1988 yang wujud selepas penyingkiran Datuk Seri Anwar Ibrahim dari kerajaan dan sabitan liwat pertama, hingga menyebabkan bekas timbalan perdana menteri itu dipenjara enam tahun.
"Generasi saya faham apa yang berlaku pada 1988 tetapi generasi lebih muda, yang kini berusia awal 20-an, tidak tahu. Apa yang mereka tahu ialah Anwar PKR dan ketua pembangkang yang ingin mengambil alih Putrajaya," kata ahli politik berusia 37 tahun itu.
Menjelaskan mengenai bukut itu, Rafizi berkata, ia bertujuan membangkitkan kesedaran di kalangan belia, terutama Melayu berumur antara 18 hingga 25, mengenai pentingnya menyelematkan kebebasan kehakiman yang didakwanya sudah "dicekik".
Katanya, buku itu memberi penjelasan kepada generasi muda ia bukan hanya isu harian, tetapi ia sebenarnya lebih daripada itu.
"Ia mengenai menyelamatkan institusi penting yang akan menafikan keadilan, kesaksamaan dalam cara lebih berakar umbi berbanding barang naik.
Read More / Baca Lagi >>

Demokrasi di Perak: Ikut cara BN

Posted: 15 Apr 2014 08:51 PM PDT

DR RAJA AHMAD ISKANDAR AL-HISS

Apabila bercakap tentang sistem demokrasi 'Raja Berperlembagaan' dan Negeri Perak menjadi rujukan, sudah tentu satu dunia akan mengingati sejarah hitam 'rampasan kuasa' dalam krisis Perlembagaan seawal Februari 2009 yang lalu.

Walaupun rakyat Perak pernah melalui sejarah pahit tersebut selepas Pilihan Raya Umum (PRU) ke 13, 5 Mei 2013 yang memberikan kemenangan tipis kepada Barisan Nasional (BN) yang hanya lebih tiga kerusi sahaja seperti ia dimemenangi oleh Pakatan Rakyat (PR) pada PRU 12 yang lalu.

Apa pun, prinsip demokrasi yang menimpa PR di Perak tidak sama ketika BN menjadi pembangkang selama 11 bulan tersebut yang memperlihatkan asas demokrasi yang dipegang dan rakyat Perak khasnya melihat sendiri ketika itu apa yang telah berlaku.

Keutuhan sistem demokrasi di Perak yang boleh kita semua lihat tentang pengiktirafan kedudukan Ketua Pembangkang di dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak yang menjadi rujukan penerimaan demokrasi yang ada, tetapi di Perak lain ceritanya.

Apabila di sebut mantan Menteri Besar Negeri Perak, Datuk Seri Ir Haji Mohammad Nizar Jamaluddin yang juga kini Ketua Pembangkang DUN Perak, Datuk Seri DiRaja Dr Zambry Abd Kadir seolah-olah tidak akan memberi ruang atau mengambil sikap bersetuju.

Di dalam Persidangan DUN Perak baru-baru ini, Datuk Seri Zambry tidak akan sekali-kali mangatakan sikap bersetuju atau menerima cadangan untuk mengiktiraf kedudukan Ketua Pembanngkang bagi diberikan keistimewaan dengan kedudukan yang ada.
Read More / Baca Lagi >>

MIC gagal 50 tahun rangka hala tuju ekonomi kaum India

Posted: 15 Apr 2014 08:47 PM PDT

Oleh V Sivakumar
Kerajaan gagal untuk membantu meningkatkan status sosio-ekonomi kaum India di negara ini. Sejak kemerdekaan tidak ada apa-apa dasar ataupun program khas untuk membantu masyarakat India yang miskin. Kerajaan Perikatan mahupun Barisan Nasional tidak menunjukkan komitmen yang benar-benar serius dalam meningkatkan status sosio-ekonomi kaum India. Malah, terdapat banyak bukti kaum ini ditindas secara licik selama ini.

Parti MIC yang sepatutnya memperjuangkan hak kaum India pula menjadi 'Pak Angguk' kerana kepentingan dan kedudukan politik dalam kerajaan. Pemimpin ini menggadai kaum India yang sebenarnya memberi sokongan dan dokongan kepada Barisan Nasional sejak kemerdekaan. Kaum India dianggap sebagai kumpulan yang tidak signifikan dan boleh diketepikan apabila merangka apa-apa dasar pembangunan untuk negara.
Kerajaan Barisan Nasional dan MIC lupa sumbangan kaum India yang menjadi tulang belakang membangunkan negara ini sejak sebelum merdeka lagi. Siapa yang membuka dan membersihkan hutan untuk pertanian dan perladangan? Ramai di antara kita yang pura-pura melupakan sejarah yang ditulis dengan keringat kaum minoriti ini.
Perladangan merupakan sektor ekonomi yang paling utama bagi negara kita pada ketika itu. Memang tidak dapat dinafikan kaum India merupakan saraf tunjang dalam sektor ekonomi komoditi sebelum dan selepas Tanah Melayu mendapat kemerdekaan daripada British. Kaum India menjadi pekerja utama di ladang getah, kelapa sawit, kelapa, koko, teh dan lain-lain lagi.
Read More / Baca Lagi >>

Media alternatif perlu berani, adil

Posted: 15 Apr 2014 08:46 PM PDT

Oleh  Shahrul Nizam Abd Hamid
Di sesetengah negara maju, media  alternatif (portal berita dalam talian) mempunyai peranan besar bagi mengetengahkan masalah dihadapi oleh golongan minoriti. Impak tulisan yang tersiar di media alternatif ini mampu menyedarkan masyarakat kebebasan bersuara bukan sahaja dimonopoli golongan majoriti. Secara tradisinya juga, media alternatif dilihat sebagai suara kumpulan minoriti.

Berbicara dalam konteks Malaysia, media alternatif banyak membuka mata masyarakat yang selama ini disogokkan dengan berita media arus perdana. Menjelang PRU12, media alternatif yang banyak mengutarakan isu korupsi,  penyelewengan dan salah guna kuasa berjaya mempengaruhi peratusan undi dan secara langsung menelanjangkan isu yang "disembunyikan" oleh media arus perdana.
Apa yang berlaku juga merupakan petanda media altematif wujud sebagai medium penting dalam penyampaian maklumat secara adil kepada masyarakat.
Saya  merupakan antara ribuan, bahkan mungkin antara jutaan pembaca tegar sumber berita media alternatif ini. Pada saya, media alternatif lebih adil, jujur, berani dan sentiasa memberikan maklumat yang saya perlukan.
Bagaimanapun, sejak akhir-akhir ini saya dapati ada beberapa isu semasa yang seolah-olah terlepas pandang dan tidak mendapat liputan media alternatif di negara kita. Antaranya krisis air di Lembah Klang dan isu yang melibatkan lukisan Sasterawan Negara Datuk A Samad Said (Pak Samad) yang heboh diperkatakan orang sejak awal bulan ini.
Read More / Baca Lagi >>

The water war: Rakyat fighting back

Posted: 15 Apr 2014 08:45 PM PDT

The water ration is fast becoming a test of stamina, endurance and fortitude.

It is definitely unacceptable for the water ration exercise to continue for another three more months as announced last week. The water ration should end on April 30. Period! There has been rain in April so no more excuses should be given by the relevant water authorities.
WaterEveryone affected by the water ration has had enough of this nonsense. There are some like this columnist and this columnist's friend, the PAS Harakah newsletter editor, Ahmad Lutfi Othman who have been suffering this inconvenience since March 1.
As for the people of Balakong in Selangor, they were suffering since mid-February.
This columnist had spoken to a neighbour who has three schoolgoing children who admitted that on the days when there is no water, she does the washing in her sister-in-law's house. The same goes for another neighbour who has four daughters – she washes clothes in her relative's house on non-water days.
These people are not lessening their twice a day clothes-washing activity and when asked why so, they replied that their children need to change clothes regularly due to being active in sports and martial arts.
A neighbour who has three small children, including an infant, had complained that the government is silly to implement water rationing as the usage will also be the same albeit the rakyat have to be inconvenienced.
This is because people will store enough water for usage on the non-water days and when the water arrives, there will be frenzied activity due to the rush in doing housework as well as storing water again.
"This water ration only gives me more 'stretch' and I am going to get high blood pressure because of the 'stretch'," said an elderly lady who manages a snack kiosk. (She probably means 'stress' although 'stretch' is also applicable as one's energy limits are being stretched.)
Certainly our energy is stretched to the limit as we have to work fast when the water supply comes. Who knows while washing clothes halfway, the water pump spoils and suddenly we will be without water supply again. We must also organise our household in conjunction with the water ration timetable.
A long duration of water rationing will give a bad impression to foreign investors and we can ill-afford it at a time like this.
Don't blame the weather
Read More / Baca Lagi >>

Air: Undang-undang darurat boleh dikuatkuasa

Posted: 15 Apr 2014 08:44 PM PDT

ganguan air
KUALA LUMPUR - Malaysia boleh menguatkuasakan undang-undang darurat jika bekalan air terawat masih di tahap bahaya menjelang musim kering pada pertengahan Mei.

Presiden Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia S. Piarapakaran berkata Malaysia berkemungkinan akan dilanda musim panas untuk kali kedua namun paras empangan sehingga kini masih tidak mencapai tahap minimum 55 peratus.

Katanya, tahap kapasiti simpanan air mentah di negeri Selangor perlu melebihi kadar 55 peratus bagi mengelakkan Lembah Klang sekali lagi menghadapi krisis bekalan air.

"Lembaga Urus Air Selangor telah menetapkan tahap minimum 55 peratus kapasiti simpanan air mentah perlu dicapai.(Bagaimanapun) kapasiti bagi empangan Sungai Selangor masih dalam lingkungan 37 peratus sahaja (setakat ini).

"Jumlah kapasiti air terawat yang boleh diagihkan daripada loji perawatan air kira-kira 2,500 juta liter sehari (JLH), dan ini menyebabkan lebih daripada 50 peratus bekalan air di Lembah Klang bergantung kepada empangan Sungai Selangor," katanya ketika dihubungi Bernama di sini.

Piarapakaran berkata jika perkara ini tidak ditangani dengan segera, kerajaan berkemungkinanan harus mengumumkan darurat dan menguatkuasakan Seksyen 56 Akta Industri Perkhidmatan Air (WSIA) 2006.Read More / Baca Lagi >>

Apabila Hidup Mula Bercatu

Posted: 15 Apr 2014 08:43 PM PDT

Oleh Eyman Hykal
BUAT seminggu dua ini, memandu di dalam hujan sepulang dari pejabat menimbulkan keseronokan. Hati berasa riang melihat air yang menyimbah skrin kereta. Kalau boleh, biarlah pengelap cermin diputar hingga ke kelajuan maksima, menandakan hujan turun mencurah, memberi makna bumi menjadi basah, air di empangan dah melimpah dan akhirnya catuan air sudah tak payah.

Negeri Selangor, negeri termaju yang mempunyai penduduk teramai dan industri yang terbanyak sedang mengalami krisis air. Mereka di zon satu menerima catuan sejak ia dikuatkuasakan. Ertinya sudah lebih sebulan mereka menerima bekalan air berjadual. Buat mereka yang baharu sahaja dikenakan catuan, ia adalah sesuatu yang bisa mencetus panik dan mengubah gaya hidup seisi keluarga.
Bilik air yang cantik sudah dipenuhi tong, tempayan dan baldi. Menjirus pokok pun menggunakan air basuhan sayur dan beras. Pinggan mangkuk kaca sudah diganti dengan peralatan plastik. Buat suri rumah, hujan yang turun pun boleh menimbulkan dilema di antara suka dan bimbang. Suka kerana hujan yang turun mungkin akan menamatkan catuan. Tetapi ia juga bererti baju yang bersidai di ampaian susah pula nak kering. 

Walau apa pun, umum nampaknya semakin bersedia secara mental untuk mengharunginya. Kekalutan membeli tong, tempayan dan baldi nampaknya berkurangan kerana surirumah  sudah melengkapkan logistik di kediaman masing-masing. Jika sebelum ini, anak yang ke sekolah dibekalkan minuman manis, kini air putih menjadi keperluan untuk minuman dan membersih diri.

Pencatuan itu memaksa kita belajar kembali untuk menjimatkan air. Sebelum ini, kita bukannya tidak pernah alami kemarau hingga air terpaksa dicatu. Ataupun sekali-sekala pernah juga rumah tak berair kerana paip pecah. Tetapi, apabila bekalan air stabil kembali, kita lupa pada latihan penjimatan yang telah kita lakukan. Perbuatan tinggal perbuatan dan bukannya amalan.
Read More / Baca Lagi >>

Pertahanan: Kenapa M’sia beli mahal, negara lain murah?

Posted: 15 Apr 2014 08:42 PM PDT

KUALA LUMPUR: Usaha menaik taraf sistem pertahanan negara mesti dimulakan dengan siasatan terhadap laporan penyelewengan dalam pembelian peralatan pertahanan, kata Ketua Penerangan PAS Puat, Datuk Mahfuz Omar.

Sambil menyokong kenyataan Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein untuk menaik taraf sistem pertahanan negara, beliau berkata, jika usaha menaik taraf sistem pertahanan itu tidak dimulakan dengan siasatan terhadap laporan penyelewengan tersebut, usaha itu tidak akan berjaya.

"Mesti disiasat mengapa negara lain beli peralatan pertahanan yang sama dengan harga yang jauh lebih murah.

"Kenapa Malaysia beli dengan harga yang berlipat kali ganda lebih mahal, sedangkan yang dibeli adalah benda yang sama," katanya.

Hishammuddin sebelum itu menyatakan, wujud keperluan untuk menaik taraf sistem pertahanan negara bagi memperkukuh kawalan keselamatannya pada masa depan susulan tragedi pesawat Malaysia Airlines MH370.

Katanya, langkah itu perlu selepas ada keperluan mendedahkan maklumat sulit radar ketenteraan dalam pencarian pesawat yang hilang pada 8 Mac lepas.
Read More / Baca Lagi >>

Malaysia Masih Selamat: Teresa Kok mangsa terbaru cubaan ragut

Posted: 15 Apr 2014 08:41 PM PDT


Anggota Parlimen Seputeh Teresa Kok menjadi mangsa terbaru jenayah apabila cuba diragut berhampiran kediaman keluarganya di Sentul, Kuala Lumpur, oleh dua lelaki bermotosikal.

Dalam kejadian di Taman Rainbow itu, suspek cuba meragut rantai leher tetapi setelah Teresa menjerit, dia melarikan diri tanpa berjaya mendapatkannya.

Mangsa dan dua anak saudaranya berumur 11 dan lima tahun tidak mengalami sebarang kecederaan.

Teresa membuat laporan polis di balai polis Sentul pada tengah hari semalam.

Menurut polis, setakat ini tiada tangkapan dibuat dan pihak berkuasa menyeru sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai kes ini supaya tampil menyalurkannya.

Polis juga berkata akan menambah kekerapan rondaan dan tindakan pencegahan di sekitar kawasan berkenaan.

Kelemahan isu keselamatan gambaran kerajaan lemah, kata Musa Hassan

Posted: 15 Apr 2014 08:39 PM PDT


Keselamatan negara adalah cerminan kepada kekuatan pentadbiran sesebuah negara, kata bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan. Gambar fail The Malaysian Insider.Keselamatan negara adalah cerminan kepada kekuatan pentadbiran sesebuah negara, kata bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan. Gambar fail The Malaysian Insider.Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berkata isu keselamatan perlu diberi penekanan utama kerana ia mencerminkan kekuatan pentadbiran sesebuah negara.
Katanya, kerajaan akan dianggap lemah jika terdapat kelemahan dalam soal keselamatan.
"Jika soal keselamatan tidak dijaga, orang akan cakap kerajaan lemah, itu sebabnya pemimpin perlu baiki ciri keselamatan dalam negara," katanya pada forum bertajuk Situasi Melayu Pasca PRU13 yang diadakan di Kuala Lumpur, malam tadi.
Beliau berkata, berdasarkan pemerhatiannya, perubahan polisi yang membabitkan politik menyukarkan pegawai kerajaan untuk mempertingkat keselamatan negara.
"Pemimpin kena percaya kepada pegawai kerajaan kerana mereka tahu apa yang mereka perlu buat. Mereka jaga keamanan dan keselamatan kalau ubah polisi mereka kena ikut," katanya.
Musa berkata, perkara itu pernah dibangkitkan  pada mesyuarat Kabinet ketika beliau masih lagi menjadi ketua polis negara.
Read More / Baca Lagi >>

Pemburu bangkai yakin pencari jumpa kawasan MH370 terhempas, lapor SMH

Posted: 15 Apr 2014 08:39 PM PDT


Bluefin-21 diturunkan dari kapal Ocean Shield milik Australia di Lautan Hindi untuk mengesan sebarang petunjuk yang boleh dikaitkan dengan bangkai pesawat MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu. Gambar Reuters.Bluefin-21 diturunkan dari kapal Ocean Shield milik Australia di Lautan Hindi untuk mengesan sebarang petunjuk yang boleh dikaitkan dengan bangkai pesawat MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu. Gambar Reuters.Seorang pemburu bangkai yakin pasukan mencari sudah menemui kawasan di mana pesawat Malaysia Airlines MH370 terhempas dan kotak hitam dipercayai akan dikesan tidak lama lagi, lapor Sydney Morning Herald (SMH).
Pengarah Blue Water Recoveries, Davied Mearns, dalam program 7.30 ABC semalam, berkata beliau yakin berdasarkan kepada kekuatan mereka, empat ping yang dikesan kapal tentera laut Australia, Ocean Shiled minggu lalu adalah dari kotak hitam.
"Saya fikir, pada asasnya mereka sudah menemui kawasan bangkai," SMH memetiknya sebagai berkata dalam program berkenaan.
"Walaupun kerajaan masih belum mengumumkannya lagi, jika seseorang tanya saya 'secara teknikal adalah mereka mempunyai maklumat mencukupi untuk berkata demikian?', jawapan saya jelas, ya.
"Mereka terima empat pengesanan yang sangat baik dengan spectrum bunyi yang tepat datang dari mereka dan ia tidak boleh daripada benda lain," katanya.
Mearns, seorang warga Amerika, dianugerahkan pingat Order of Australia kerana berjaya menemui bangkai kapal HMAS Sydney pada 2008, iaitu 66 tahun selepas ia hilang di Lautan Hindi ketika Perang Dunia Kedua.
Beliau juga membantu dalam operasi mencari bangkai pesawat Air France 447 di Lautan Atlantik pada 2011, lapor SMH.
Read More / Baca Lagi >>

China helping or hurting search for Flight 370?

Posted: 15 Apr 2014 08:25 PM PDT

Underwater vehicle aborted MH370 search due to depth

Posted: 15 Apr 2014 08:25 PM PDT

Bluefin-21 battles harsh under water depths

Posted: 15 Apr 2014 08:24 PM PDT

Nurul Izzah: Many Malaysian Will Fall Under The Poverty Trap

Posted: 15 Apr 2014 08:23 PM PDT

Rafizi Ramli: Siasatan Telah Memula Terhadap Papagomo

Posted: 15 Apr 2014 08:22 PM PDT

Nurul Izzah: Important To Highlight & Ask Everyone To Condemn The Abuse Of Power By The Police

Posted: 15 Apr 2014 08:21 PM PDT

Saifuddin Nasution: Rundingan Awal Dengan 2 Parti Adalah Satu Langkah Yang Praktikal

Posted: 15 Apr 2014 08:21 PM PDT

Rafizi Ramli: Government Failed To Attract R&D From Private Sector Into The Country

Posted: 15 Apr 2014 08:20 PM PDT

Daripada Menteri Amaran Menjadi Menteri Penafian

Posted: 15 Apr 2014 04:39 PM PDT

Ramai yang memuji keupayaan Hishammuddin Hussein dalam mengendalikan sidang akhbar, menjawab soalan dan memberi penjelasan, terutamanya daripada asakan soalan media asing sepanjang tugasnya sebagai pemangku Menteri Pengangkutan berkaitan kehilangan pesawat MH370.

Caranya menjawab soalan-soalan wartawan dikatakan cukup meyakinkan, tenang dan menunjukkan beliau memang membuat persiapan yang sewajarnya sebelum setiap kali sidang akhbar itu diadakan.

Kemampuannya berhadapan dengan media bukan saja menunjukkan beliau lebih baik berbanding Perdana Menteri, Najib Razak yang dua kali membaca kenyataan akhbar mengenai tragedi MH370, sekali di Kuala Lumpur dan sekali lagi di Perth, tetapi mengelak untuk disoal jawab oleh wartawan, bahkan gaya dan stail yang ditunjukkan oleh Hishammuddin itu mengingatkan kita kepada kemampuan yang ditunjukkan oleh Anwar Ibrahim dalam aspek yang sama, terutama ketika dalam kerajaan.

Baik ketika bersama kerajaan dulu, mahupun sebagai Ketua Pembangkang sekarang, kemampuan Anwar berhadapan dengan media, baik tempatan mahupun asing, tidak perlu dipersoalkan lagi. Melihat kebolehan Hishammuddin itu, seperti menunjukkan beliau mempelajari sesuatu daripada apa yang pernah ditonjolkan oleh Anwar sebelum ini.

Hanya berbekalkan kebolehan mengendalikan sidang akhbar berkaitan kehilangan pesawat MH370, kelemahan dan kelembikan beliau sebelum ini, khasnya ketika menjadi menteri dalam negeri seakan-akan telah dilupakan.
Read More / Baca Lagi >>

Hudud: Kelantan sedia beri taklimat kepada kabinet

Posted: 15 Apr 2014 04:34 PM PDT

KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan sedia memberi taklimat mengenai pelaksanaan hudud kepada wakil rakyat Barisan Nasional (BN) termasuk menteri kabinet bagi membolehkan mereka mendapat gambaran lebih jelas.

Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Abdullah berkata, taklimat khas juga akan diberi kepada pemimpin PAS peringkat pusat yang tinggal di luar Kelantan.

"Apabila selesai di peringkat parti kita akan perluaskan taklimat kepada kompenan Pakatan Rakyat membabitkan PKR dan DAP.

"PAS Kelantan bukan hendak memaksa mereka, penjelasan diberikan bagi memberi alasan mengapa hudud perlu dilaksanakan," ujarnya selepas perjumpaan dengan NGO di Dewan Teratai di sini, semalam.

Program tersebut dirasmikan Menteri Besar, Ustaz Datuk Ahmad Yakob. Hadir sama sama anggota Exco, Dr Ramli Mamat dan wakil-wakil NGO dari seluruh Kelantan.

Menurut Mohd Amar, PAS pusat bersetuju terhadap usaha yang dilakukan itu dan menyokong langkah kerajaan Kelantan.
Read More / Baca Lagi >>

Hudud: PAS sokong penuh tindakan Kelantan - TG Hadi

Posted: 15 Apr 2014 04:33 PM PDT

KUALA TERENGGANU: Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, terpulang kepada mana-mana parti termasuk dalam Pakatan Rakyat untuk menyatakan pendirian mereka terhadap usaha perlaksanaan hudud di Kelantan.

Ini kerana katanya, tidak ada sebarang perjanjian untuk menghalang PAS daripada mengemukakan Rang Undang-Undang  (RUU) Persedirian berhubung perlaksanaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (2) 1993 negeri itu ke Parlimen.

"Isu hudud di Kelantan ini mendahului Pakatan Rakyat. Ianya sejak tahun 90an. Awal lagi sebelum ada Pakatan Rakyat.

"Dengan sebab itu tidak ada masalah untuk kita kemukakan (RUU Persendirian).

"Adapun pendirian parti lain, terpulang kepada mereka. Kita konsisten dalam isu ini," kata beliau yang ditemui di luar Dewan Undangan Negeri Terengganu, di sini semalam.

Beliau juga menjelaskan bahawa PAS menyokong penuh tindakan Kerajaan Kelantan pimpinan Menteri Besar Ustaz Datuk Ahmad Yakob yang mahu mengemukakan RUU Persedirian itu selewat-lewatnya Disember tahun ini.

Isu hudud kembali diperkatakan selepas Kelantan mengumumkan akan mengemukakan Rang Undang-Undang Persedirian (RUU) berhubung perlaksanaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (2) 1993 negeri itu ke Parlimen.
Read More / Baca Lagi >>

Malaysia Kita: Balasan ketuk kepala adik yang cacat

Posted: 15 Apr 2014 04:00 PM PDT

MOHD. NOOR (kiri) diiringi anggota polis di Mahkamah Majistret, Kota Bharu, Kelantan semalam.

KOTA BHARU – Perbuatan seorang abang mengetuk kepala adiknya yang cacat tangan kanan dengan bongkah kayu pemotong daging berbalas apabila dia didenda RM1,500 dan diarah membayar pampasan kepada mangsa sebanyak RM2,000 oleh Mahkamah Majistret di sini semalam.
Majistret Nik Habri Muhamad menjatuhkan hukuman itu setelah tertuduh, Mohd. Noor Mamat, 58, mengaku bersalah dan mempertimbangkan keterangan impak mangsa.
Nik Habri turut memerintahkan Mohd. Noor dipenjara selama tiga bulan sekiranya gagal membayar pampasan tersebut.

Malaysia Kita: Kecoh di Stadium Perak

Posted: 15 Apr 2014 03:57 PM PDT

Ipoh: Empat penyokong Perak ditahan polis kerana merusuh dengan membaling batu, suar, mercun dan pelbagai objek ke dalam padang serta penyokong Johor Darul Ta'zim (JDT) selepas menyaksikan pasukan mereka tewas 1-0 dalam saingan Liga Super di Stadium Perak, di sini malam tadi.
Kekecohan itu turut mengakibatkan jurgambar NSTP Supian Ahmad dan beberapa penyokong JDT turut cedera akibat dibaling objek keras termasuk batu.
Harian Metro yang turut berada di Stadium Perak difahamkan, dua anggota polis termasuk FRU turut cedera pada mata dan kepala akibat dibaling batu oleh penyokong terbabit.

Kekecohan dikatakan mula tercetus di bahagian tempat duduk penyokong pelawat apabila sebahagian besar penyokong tuan rumah menyerbu dan membaling pelbagai objek.
FotoPASUKAN Simpanan Persekutuan (FRU) terpaksa menyembur air untuk menyuraikan penyokong Perak di luar stadium. FOTO Muhaizan Yahya.

Supian yang sedang merakamkan kekecohan itu turut menjadi mangsa apabila secara tiba-tiba dibaling batu oleh penyokong Perak mengakibatkan kecederaan ringan dan terpaksa diberi rawatan pasukan perubatan.

Situasi semakin tegang menyebabkan Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) mengarahkan penyokong JDT masuk dan berkumpul di padang bagi mengelak daripada dibaling dan bertembung dengan penyokong Perak yang semakin tidak terkawal.
Read More / Baca Lagi >>

Tiada ulasan: