Rabu, 9 April 2014

Merah Hitam

Merah Hitam


Justice for Mejar Zaidi.

Posted: 08 Apr 2014 08:33 AM PDT

Dah lama saya terfikir untuk menutup saja blog MerahHitam ini kerana ISA telah mansuh dan semua tahanan telah di bebaskan. Namun setiap kali saya ingin berbuat demikian, saya rasa sayang pula hendak "delete' jerih payah perjuangan membuang akta zalim tahan tanpa bicara ISA itu..................................... 

Akhirnya saya ambil keputusan untuk biarklan saja blog ini jadi rujukan tentang sebarang akta tahan tanpa bicara yang masih wujud ketika ini iaitu SOSMA.

Hari ini, saya ingin memberi penghormatan besar pada seorang pejuang istimewa yang begitu berani berdiri tegak untuk memastikan rakyat tidak lagi di tindas oleh pihak yang berwajib.Beliau ialah Mejar Zaidi. Hanya disebabkan beliau menunjukkan jarinya  yang telah hilang dakwat biru pekat, beberapa minit tamat mengundi di PRU13 tahun lepas, beliau telah di cop sebagai seorang pesalah , di siasat dan di bicarakan.

Zalim, memang sangat zalim!!!



Bukanlah sesuatu yang mudah seorang yang berpangkat tinggi dalam kerajaan untuk menyuarakan hak dan kebenaran. Kes ini masih dalam perbicaraan......

Ternyata Mejar Zaidi tidak keseorangan. Sokongan yang kuat dari isteri dan anak-anak membuktikan bahawa pihak berkuasa telah tersalah langkah kerana memilih Mejar sebagai "scape goat"........

Jika ada pihak yang menafikan hak rakyat, maka Allah turunkan satu pihak lain uantuk membantu orang yang di aniaya......Moga Allah permudahkan perbicaraan ini dan kebenaran menyebelahi Mejar Zaidi.

#Justiceformejarzaidi.

Kisah  ini akan bersambung.....

Tiada ulasan: