Jumaat, 4 April 2014

MANDOR.BLOGSPOT.COM

MANDOR.BLOGSPOT.COM


PILIHLAH SAIFUDIN NASUTION UNTUK TIMBALAN PRESIDEN

Posted: 03 Apr 2014 01:51 PM PDT

SAIFUDIN NASUTION untuk Timbalan Presiden.  Aku harap Tian Chua tarik diri bukan kerana beliau tidak bagus tetapi wajar diberi peluang Saifudin dulu.  Tian Chua memang jadi pilihan jika hanya beliau dan Azmin saja yang bertanding merebut jawatan Timbalan Presiden PKR.

Bagaimana dengan TS Khalid?  Oh...tidak, MB Selangor ini boleh teruskan kerja beliau menjadi MB.  Kita mahu lihat TS Khalid berubah agar tidak menjadikan Selangor seolah-olah syarikat miliknya walaupun untung bertahun-tahun.  Beliau kena sedar beliau naik atas tangga politik dan sokongan politik.  Maka, jadilah MB Selangor sebagai seorang yang bersih, telus, amanah dan ada roh politik.  Jika beliau boleh ubah sikapnya itu, akan datang layaklah TS Khalid diangkat sebagai pemimpin utama di dalam PKR.



Adakah Azmin ini teruk sangat?  Tidak.  Azmin memang setia dengan parti.  Namun kesetiaannya di dalam parti belum tentu boleh menarik sokongan ahli kepadanya.  Ahli-ahli terutamanya di akar umbi bukan hanya mahu melihat pemimpin itu setia kepada parti saja, tetapi mereka mahu lihat pemimpin itu tidak begitu 'setia' dengan kawan-kawan rapatnya saja.  Tidak salah tolong kawan yang layak, tetapi jangan sampai 'import' kawan dari tempat lain masuk ke tempat lain.  Ini menyusahkan orang tempatan.  Calon payung terjun masih ada dalam PKR, dan Azmin ada peranan di situ.

Sikap inilah yang menjatuhkan markah Azmin.  Jika tidak, Azmin tiada masalah untuk jadi Presiden sekalipun.  Kali ini kita cuba Saifudin Nasution.  Saifudin seorang yang tahu membaca politik sekeliling terutamanya taktikal musuh iaitu Umno.  Beliau lama di dalam Umno.  Kentut Umno pun Saifudin boleh kenal.  Orang seperti ini baik untuk diangkat agar lagi cepat Umno masuk lahad.

Mohon undi Saifudin Nasution.

Tiada ulasan: