Jumaat, 4 April 2014

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


[MEMALUKAN NEGARA] Najib Cabut Lari Elak Jawab Soalan, Tak Layak Jadi PM Lagi!

Posted: 04 Apr 2014 12:32 AM PDT


Najib kecut berdepan media asing, beri imej buruk pada negara

KUALA LUMPUR 3 APRIL : Tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang mengelak daripada menjawab soalan media antarabangsa disifatkan sebagai pengecut sekaligus memberi imej buruk kepada Malaysia.

Pengarah Komunikasi KEADILAN, Fahmi Fadzil berkata, Najib seharusnya lebih bersikap terbuka dan profesional dalam mendepani media antarabangsa berhubung kes kehilangan pesawat MH370.

Fahmi"Bila mengelak, gambaran buruk kepada Malaysia bahawa kita mempunyai Perdana Menteri yang takut dan pengecut.

"Jangan hanya sekadar membaca teks yang disediakan. Seorang perdana menteri perlu lebih bersedia untuk menjawab apa sahaja soalan yang dikemukakan oleh media tempatan mahupun antarabangsa.

"Macam mana sekalipun kalau tidak tahu jawapan yang tepat untuk menjawab soalan yang dikemukakan, terus terang, cakap 'saya tak pasti dan akan memberi kenyataan dengan lebih lanjut nanti'. Itu lebih baik daripada terus mengelak daripada mereka," katanya ketika dihubungi.

Najib dalam sidang media ketika lawatannya di Perth Australia dilapor hanya membaca kenyataan akhbar dan terus meninggalkan majlis selepas pihak media mula bertanya soalan.

Beliau juga tidak menjawab soalan daripada media sejak sidang media pertamanya berkenaan kehilangan pesawat MH370 pada 8 Mac lalu.

Fahmi berkata, ketakutan Najib terhadap media asing disebabkan mereka lebih terbuka berbanding media arus perdana yang dikawal kerajaan di negara ini.

"Sepatutnya PM itu sendiri kena berani berdepan dengan media antarabangsa. Suara beliau itu perlu didengari rakyat, dan apa yang keluar daripada mulut perdana menteri itu ditunggu rakyat,

"Tapi bila Najib mengelak untuk menjawab soalan daripada media, ia jelas menunjukkan Najib takut dengan mereka.

"Mana tidaknya, selama ini hanya dikawal oleh media pro kerajaan sahaja, tapi kali ini berdepan dengan media yang lebih terbuka," ujarnya. -KD


Di Perth, Najib terus elak soalan media

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih kepada Australia berhubung peranannya mencari pesawat MH370 dalam lawatannya ke Perth hari ini.

Beliau bagaimanapun sekali lagi mengelak menjawab soalan.

Dalam sidang media yang disiarkan langsung oleh CNN menunjukkan Najib membaca kenyataan akhbar dan terus meninggalkan majlis selepas pihak media mula bertanya soalan.

Kecuali sidang media pertamanya selepas pesawat Malaysia Airlines (MAS) itu hilang pada 8 Mac, beliau tidak pernah terlibat dalam sesi soal jawab bersama media berhubung isu itu.

Perdana Menteri Australia Tony Abbott turut membuat kenyataan dalam acara bersama Najib. Beliau juga meninggalkan sidang media selepas Najib berbuat demikian.

"Di saat-saat sukar ini, Australia membuktikan dirinya sebagai rakan yang tidak ternilai.

"Pihak berkuasa Australia, seperti banyak lagi, menawarkan bantuan tanpa teragak-agak atau bertangguh lagi.

"Saya mengambil kesempatan ini untuk berterima kasih kepada Australia atas apa yang telah dilakukan dan akan dilakukan, untuk mencari pesawat itu," kata Najib membaca kenyataannya dalam sidang media itu. [Baca berita penuh]

Berikut Bernama melaporkan kenyataan penuh perdana menteri sidang media di Perth, Australia

Saya ingin memulakan bicara dengan mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah bertungkus lumus berusaha mencari MH370.

Sepanjang tiga minggu lepas, beratus-ratus orang telah mengharungi perjalanan beribu-ribu kilometer untuk membantu. Mereka telah melakukan pencarian dalam keadaan laut bergelora, berkabus dan suhu amat sejuk.

Mereka belayar dalam keadaan ribut petir untuk mencari pesawat. Kita terhutang budi kepada setiap seorang daripada mereka.

Ini merupakan satu usaha yang amat mengagumkan, telah menyatukan negara-negara dari seluruh dunia. Semasa MH370 didapati hilang, berpuluh-puluh negara menjawab seruan bagi bantuan. Komitmen mereka tidak akan dilupakan.

Tatkala berdepan tragedi ini – bagi negara-negara yang warganegara mereka berada dalam pesawat ini, dan keluarga yang anggota keluarga tersayang mereka hilang - kerjasama ini memberikan kekuatan kepada kita.

Perbezaan diketepikan, pada saat 26 negara bersatu dengan satu matlamat. Kehilangan MH370 merupakan insiden yang tidak pernah dialami sebelum ini; begitu juga dengan misi pencarian ini.

Pagi ini saya berjumpa dengan anggota tentera laut dan tentera udara di Pangkalan Udara Pearce. Saya juga berbual dengan komander dari tujuh negara yang berada di sini untuk misi mencari MH370.

Mereka memberitahu saya tentang kesukaran misi pencarian seperti ini; dari segi jarak, dan cuaca, dan untuk mengekalkan semangat jitu untuk tempoh yang lama.

Ketika ini, 10 pesawat dan sembilan kapal sedang melakukan pencarian di Lautan Hindi bagi mengesan sebarang petanda berhubung pesawat yang hilang. Kawasan pencarian amat luas, dan keadaannya bukan mudah.

Tetapi kawasan pencarian baharu yang telah dikecilkan memberikan kita harapan baharu. Dan saya percaya semangat dan keberanian adalah setara dengan tugas itu. Sekali lagi, saya mengucapkan terima kasih atas apa yang mereka sedang lakukan.

Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri (Tony) Abbott kerana menjadi hos kepada kami di sini di Perth; atas persetujuan untuk mengetuai operasi mencari di selatan Lautan Hindi; dan sudi menerima undangan kami untuk Australia turut serta sebagai Wakil Bertauliah dalam penyiasatan ini.

Kami akan terus bekerjasama rapat dengan kerajaan Australia untuk mengggariskan persetujuan komprehensif berhubung pencarian ini.

Pada waktu sukar ini, Australia terbukti sahabat yang amat bernilai. Pihak berkuasa Australia, seperti banyak negara lain, telah menawarkan bantuan mereka tanpa teragak-agak atau lewat. Saya dengan penuh ikhlas mengucapkan terima kasih kepada Australia bagi semua yang mereka telah lakukan, dan sedang lakukan, untuk mencari pesawat.

Kami juga amat berterima kasih kepada mereka yang telah membawa bersama-sama pakar mereka untuk merungkai apa yang disebutkan oleh Perdana Menteri Abbott sebagai 'satu daripada misteri paling luar biasa pada masa kini'.

Kehilangan MH370 telah menguji azam kolektif kita untuk menyelesaikannya. Berdepan dengan begitu sedikit bukti, menjadikan tugas amat sukar, para penyiasat dari Malaysia, AS, UK, China, Australia dan Perancis telah bekerja keras tanpa mengenal penat lelah untuk mendedahkan pergerakan pesawat. Usaha kolektif mereka telah membawa kita ke sini.

Kami berada di sini hari ini, tetapi ingatan kami berada beribu-ribu kilometer jauhnya. Di bandar raya-bandar raya dan negara-negara di seluruh dunia, tatkala anggota keluarga kepada mereka yang berada dalam pesawat sedang resah menunggu berita. Dan tentang betapa luasnya Lautan Hindi, tempat MH370 sedang menunggu.

Saya tahu selagi pesawat itu tidak ditemui, banyak keluarga tidak boleh mula berkabung. Saya tidak dapat bayangkan kesedihan yang sedang mereka lalui. Tetapi saya boleh berjanji kepada mereka yang kami tidak akan berputus asa dan mengalah. Terima kasih.
-mk


ULASAN GB

Dengan tindakan sedemikian (mengelak untuk menjawab waertawan) tindakan itu bukan saja memalukan negara malah menjelaskan bahawa Najib sudah tidak layak untuk menjadi PM.

Kita tunggu hukum kebenaran dan keadilan mengambil tempatnya.

Mahathir Sanggup Lakukan Apa Saja Untuk Pastikan Matlamatnya Tercapai - Sarjana

Posted: 03 Apr 2014 07:20 PM PDT


Dr Mahathir sanggup bunuh hayat Umno - sarjana

KOTA BHARU: Seorang sarjana Sains Politik menyifatkan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai contoh "political animal" yang menepati banyak ciri pemerintah seperti disarankan Machiavelli.

Dr Kamarul Zaman Yusof berkata, berdasar penelitian kerjaya bekas Perdana Menteri itu, ternyata beliau mampu dan sanggup melakukan apa sahaja untuk memastikan segala matlamatnya tercapai.

Katanya, sebagai pengamal prinsip "matlamat menghalalkan cara", tiada perkara yang mustahil dalam kamus politik beliau.

"Contoh paling klasik kesanggupannya membunuh hayat Umno sebagai parti politik di mahkamah serta kesanggupannya mencipta pelbagai alasan untuk menamatkan kerjaya bekas Ketua Hakim Negara, Tun Saleh Abas.

"Beliau mungkin merasakan matlamat untuk mengharamkan Umno boleh tergugat sekiranya Saleh Abas masih kekal sebagai Ketua Hakim Negara,
" katanya di sini.

Baru-baru ini pada program Diskusi anjuran kerajaan negeri di sebuah hotel di sini, bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Musa Hitam mendakwa beliau juga pernah cuba dipalitkan isu seks.

Menurutnya pihak yang lantang mengkritiknya ketika itu menuduh beliau melakukan seks dengan budak.

"Dakwaan Musa terlibat seks dengan budak. Itu gila... tidak betul. Kalau engkau tidak berhenti dikatakan ada orang mahu mengancam.

"Kalau saya lawan, maka saya akan dituduh seorang homoseksual malahan mengadakan hubungan jenis dengan binatang. Orang lain yang kata itu, bukan Dr Mahathir," kata Musa.


Dr Kamarul Zaman berkata, dakwaan sebagaimana disebut Musa tiada yang pelik kerana tragedy itu benar-benar berlaku ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Jadi dalam kes ugutan menuduh rakan politik dengan tuduhan salah laku seks pada saya bukanlah sesuatu yang memeranjatkan.

"Malah ia sesuatu yang normal untuk dilakukan seorang ahli politik yang tidak mempedulikan aspek moraliti dalam perjuangan," ujarnya.

Menurutnya juga Dr Mahathir diketahui umum menyimpan banyak rahsia musuh-musuh politiknya untuk digunakan sebagai senjata bagi memastikan mereka tidak menentangnya. -HD



Papagomo Bakal Disaman Lagi Kerana Berbohong Di Mahkamah -updated with video

Posted: 03 Apr 2014 09:22 AM PDT


Palsu keterangan: Lagi saman untuk Papagomo

KUALA LUMPUR - Blogger kontroversi, Papagomo bakal berdepan dengan tindakan mahkamah atas penafian bahawa dirinya sebelum ini pernah menaiki kapal selam Scorpene pada 9 Disember 2011.

Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli berkata, Papagomo atau nama sebenarnya Wan Muhammad Azri Wan Deris sebelum ini menafikan bahawa beliau telah menaiki kapal selam Scorpene tersebut dan dia boleh disaman kerana memberi keterangan palsu.

"Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dalam jawapan bertulisnya di Parlimen semalam telah mengesahkan bahawa Wan Muhammad Wan Deris berada di atas kapal selam Scorpone pada 9 Disember lalu.

"Pengesahan ini mempunyai beberapa implikasi undang-undang terhadap Wan Muhammad Wan Deris.


"Semasa memberi keterangan di dalam kes saman Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadapnya, Wan Muhammad Azri Wan Deris telah menyatakan bahawa dia tidak pernah berada di dalam kapal selam Scorpene.

"Namun jawapan Menteri Pertahanan telah mengesahkan bahawa Wan Muhammad Azri Wan Deris telah berbohong kepada mahkamah.


"Ini adalah satu kesalahan di bawah Seksyen 193 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan memberi keterangan palsu kepada mahkamah.

"Oleh itu, saya dan Surendran akan membuat laporan polis terhadap Wan Muhammad Azri Wan pada hari Selasa 8 April ini.

"Saya juga akan menfailkan saman terhadapnya atas fitnah di blognya yang mendakwa saya dipecat daripada Petronas kerana pecah amanah," katanya di Lobi Parlimen hari ini.

Terdahulu, Wan Muhammad Azri Wan Deris sebelum ini berkali-kali telah menafikan bahawa dirinya adalah Papagomo. -SH


Menteri pertahanan sahkan Papa Gomo naik kapal selam Scorpene

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein mengesahkan identiti blogger Papa Gomo sebagai Wan Muhammad Azri Wan Deris yang dilaporkan menaiki kapal selam Scorpene pada 9 Disember 2011 sempena Pameran Maritim dan Udara Antarabangsa Langkawi (Lima) 2011.

Pengesahan itu dibuat melalui jawapan bertulis di Dewan Rakyat bagi menjawab soalan lisan Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli yang meminta menteri pertahanan menyatakan tarikh dan tahun bila seseorang bernama Wan Muhammad dibenarkan menaiki kapal selam Scorpene.

Dalam jawapan bertulis tersebut, Hishamuddin memaklumkan Papa Gomo atau Wan Muhammad bersama wakil media lain menaiki kapal selam Scorpene bagi tujuan perkongsian maklumat.

"Wan Muhammad Azri Wan Deris (No KP:830121-03-5019) menaiki kapal selam Scorpene pada 9 Disember 2011 sempena Lima 2011," kata Rafizi dalam kenyataannnya yang memetik jawapan bertulis tersebut semalam.

Susulan daripada jawapan itu, Rafizi menyelar blogger tersebut kerana menafikan indentitinya sebagai Papa Gomo dan tidak pernah berada di dalam kapal selam Scorpene.

Rafizi berkata, jawapan menteri pertahanan itu mengesahkan Wan Muhammad berbohong kepada mahkamah.

"Ini merupakan satu kesalahan di bawah Seksyen 193 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan memberi keterangan palsu kepada mahkamah.

"Kesalahan ini boleh dijatuhkan hukuman penjara 7 tahun dan boleh ditahan," katanya pada sidang media di Parlimen hari ini.

Rafizi berkata, semasa memberi keterangan dalam kes saman Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadapnya Wan Muhammad menyatakan dirinya tidak pernah berada dalam kapal selam tersebut.

Sehubungan itu, katanya, beliau bersama Ahli Parlimen Padang Serai, N Surendran akan membuat laporan polis terhadap Wan Muhammad atas kesalahan di bawah Seksyen 193 Kanun Keseksaan pada Selasa minggu depan (8 April, 2014) supaya tindakan segera dapat diambil terhadap Papa Gomo.

"Saya ingin melihat sama ada pihak polis akan mengambil tindakan menahan Papa Gomo serta merta di bawah Seksyen 193 dan mahkamah mengenakan hukuman penjara yang sewajarnya terhadap Papa Gomo," katanya

Selain itu, katanya, beliau akan memfailkan saman terhadap Wan Muhammad atas fitnah terhadap dirinya di blog Papa Gomo yang mendakwa punca beliau dipecat daripada Petronas adalah kerana pecah amanah.
-TMI



ULASAN GB

GB sudah tulis berulangkali sebelum ini bahawa: "papagomo pasti binasa". Hukum Kebenaran dan Keadilan sendiri akan menghukum orang yang memfitnah.

Sekarang beliau tidak boleh lari lagi. Fakta sudah jelas. Dulu, mahkamah sudah putuskan papagomo itu ialah Wan Muhammad Azri, sekarang menteri sendiri sudah mengesahkannya.

Jadi usah nak berbeiit menyatakan "Muka macam saya. Tapi bukan saya" seperti yang tersiar di Utusan.

Tiada ulasan: