Selasa, 15 April 2014

Komentar Kini

Komentar Kini


Macam mana boleh

Posted: 14 Apr 2014 09:18 PM PDT


Pada mulanya, penulis boleh setuju dengan "nakal" tak (boleh) dan "jahat" sahaja yang tak boleh.

Mengapa penulis boleh setuju dengan pendapat yang mengatakan nakal tak apa (boleh). Kerana istilah "nakal" tak sama dengan istilah "jahat".

Apabila rujuk kamus dewan Bahasa dan pustaka, rupa rupanya naka dan jahat sama sahaja. Nakal ialah kelakuan buruk dan jahat pun ialah berkelakuan buruk.

Dengan kata lain, ia adalah buruk laku. Maka macam taka pa (boleh) dengan buruk laku yang merupakan punca segala kejahatan.

Seorang ustaz yang sudah bersara dan baru lulus MA pengajian Islam, berkata kepada penulis, macam mana nakal tak sedangkan nakal sama sahaja dengan jahat.

 Jika jahat tak boleh, maka nakal pun pasti tak boleh juga, kerana nakal itu jahat dan jahat itu nakal yang kait mengait satu sama lain.

Penulis naik hairan juga mengapa ada orang yang punya PHD boleh berkata nakal tak apa dan jahat sahaja yang tak boleh.

Hari ini Nampak dengan jelas orang yang PHD sudah sanggup mengeluarkan pendapat yang bukan bukan dan boleh mengelirukan umat Islam.

Baru baru baru ini penulis ada dengar, orang kafir bukan musuh Islam. Lagi sedih salah seorang yang juga ada PGD tergamak mengatakan "Yahudi" ada juga yang baik.

Bukan setakat itu sahaja, malah dia menambah ada Yahudi yang dilantik sebagai nabi. Mavcam mana Allah boleh lantik Yahudi sebagai nabi.

Penulis yang bodoh lagi jahil ini mengetahui bahawa nabi Allah adalah Bani Istrael. Bukan Yahudi yang bunuh nabi Zakaria nabi yahaya dan nabi Isa.

Penulis tahu bahawa Yahudi itu adalah kaum yang paling degil dan tak pernah patuh dengan perintah Allah. Diberi kitab diubah dan diseleweng.

Allah telah cop kaum itu sebagai Yahudi (manusia paling degil). Macam mana manusia yang peling degil dilantik sebagai nabi.

Tidak dinafi ada kafir yang baik tetapi bukan kafir "harbi", dia adalah "zimmi" yang mana pernah dinyatakan oleh Rasulullah SAW.

 Oleh itu, tak boleh kita hukum "borong" kerana ini boleh mengelirukan orang awam yang bodoh lagi  jahil. Lebih lebih lagi orang bodoh lagi jahil peratus majuritinya lebih ramai diatas muka bumi ini.

Penulis ingat dengan ayat 120 surah Baqarah yang bermaksud: " Orang orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu)



Tiada ulasan: