Selasa, 8 April 2014

Kerabu Bersuara ®

Kerabu Bersuara ®


Panas! Isteri Husam antara lebih 80 guru diarah bertukar di Bachok, kata Pakatan

Posted: 08 Apr 2014 02:16 AM PDT



OLEH HASBULLAH AWANG CHIK

Selepas kalah undi popular dalam pilihan raya umum 2013, para guru yang didakwa menyokong Pakatan Rakyat kini menjadi mangsa ditukarkan tempat kerja dan antara mangsanya adalah isteri kepada Naib Presiden PAS Pusat Datuk Husam Musa (gambar), Datin Rohana Abd Rahman.

Rohana adalah antara lebih 80 guru atau tepatnya 88 orang yang dijangka terlibat dalam pertukaran yang akan dilakukan pada 16 April ini akibat menyebelahi parti politik tertentu, kata Pakatan Rakyat.

Ahli Parlimen Bachok, Ahmad Marzuk Shaary berkata Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Bachok di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia terlibat dalam salah guna kuasa kerana menukarkan seramai lebih 80 guru di kawasan berkenaan.

"Memorandum yang diterima daripada Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mendedahkan salah guna kuasa PPD yang dikatakan sangat sahih menggunakan alasan pertukaran yang sangat tidak relevan seperti penyokong kuat PAS.

"Dokumen sulit ini juga mendedahkan terdapat cadangan dari ketua cawangan Umno bagi menukar guru yang dilihat parah apabila campur tangan politik terlibat dalam pendidikan," katanya dalam satu sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Menerusi memorandum yang diberikan SAMM itu, antara alasan yang diberikan menyebabkan sekumpulan guru di Bachok itu bertukar kerana mengibarkan bendera pembangkang, suami merupakan penyokong tegar PAS, membantu kempen pilihan raya PAS dan sebagainya. – 8 April, 2014.

Bendera Israel Berkibar Di Sabah? Ini alasannya!

Posted: 07 Apr 2014 07:13 PM PDT

Alasan penggambaran yang tak masuk akal. Tidak ada sensitiviti dalam sebuah negara islam.

Celaka laknat ini.

Mimpi Jumpa Rasullullah Suruh Bunuh Rakyat Mesir

Posted: 07 Apr 2014 05:43 PM PDT

Mimpi apa sampai macam tu?

Tiada ulasan: