Sabtu, 5 April 2014

Kerabu Bersuara ®

Kerabu Bersuara ®


Prof Izzi Raba Pelajar?

Posted: 05 Apr 2014 06:51 AM PDT

Nurul Shuhada binti Shahadan, dalam laporannya mendakwa pensyarah Matematiknya, Prof Izzi Hj. Ali telah melakukan perbuatan tidak senonoh itu di dalam pejabatnya. Baca laporan penuh dibawah:

    Pada 28/3/2014 jam lebih kurang 2.30 petang saya telah pergi ke pejabat Prof Izzi (MD Izuddin Bin Hj Ali) komplek Star No F204 dalam UiTM Arau Perlis untuk mengulangkaji pelajaran matematik. Semasa didalam pejabatnya, terdapat saya dan (2) rakan saya nama:Nur Erina Fazlin dan Nur Syafina. Kemudian Prof Izzi telah datang kearah saya dan duduk bersila disebelah saya. Selepas itu, saya telah bertanyakan kepada prof izzi berkenaan dengan subjeknya. Tiba-tiba Prof Izzi telah meraba saya bermula dibahagian kaki sehingga kebahagian d*da saya tanpa kerelaan saya. dalam masa yang sama juga prof izzi telah mer*mas buah d*da saya dengan beberapa kali. dalam kejadian ini saya berasa takut untuk menghalang prof izzi melakukan perkara yang tidak senonoh terhadap saya kerana saya bimbang kertas peperiksaan akan saya ambil pada hari ahad 30/03/2014 gagal. Sebelum ini prof izzi pernah berkelakuan seperti itu di dalam kelasnya semasa sesi pembelajaran berlangsung. Hampir setiap kali saya menghadiri kelasnya prof Izzi berkelakuan tidak senonoh seperti mengambil kesempatan terhadap saya dengan menggeselkan kakinya ke kaki saya. Saya juga dapat tahu perkara ini telah berlaku kepada kawan-kawan saya yang lain. Perkara ini telah dimaklumkan kepada pihak atas UiTM Arau Perlis. Tujuan saya buat repot adalah kerana tidak puas hati dengan tindakan prof Izzi memandangkan kejadian ini menjatuhkan maruah saya dan bimbang takut terjadi apa-apa ke atas diri saya dikemudian hari. Datang balai buat laporan.

Terkini Himpunan Baling 2.0

Posted: 05 Apr 2014 04:10 AM PDT

Hujan lebat membasahi dan para penjuang tidak lari sedikit pun.

Ayuh orang muda, kita penuhkan baling!

AirAsia tarik balik keluaran terkini majalah 3Sixty

Posted: 05 Apr 2014 01:29 AM PDT


KUALA LUMPUR: AirAsia menarik balik keluaran terkini majalah Travel 3Sixty daripada kesemua penerbangannya serta-merta kerana satu baris ayat yang menyinggung di dalam kolum bulanan yang secara tidak sengaja mengaitkannya dengan penerbangan MH370.

Pengerusi Eksekutif Air Asia dan Penerbit Majalah Travel 3Sixty, Datuk Kamarudin Meranun berkata, penulis kolum, Kapten Lim Khoy Hing, seorang juruterbang bersara yang pernah berkhidmat dengan AirAsia dan Malaysia Airlines serta menulis buku-buku mengenai industri penerbangan, menyediakan semua artikelnya beberapa bulan lebih awal sebelum majalah itu dicetak.
"Tidak disengajakan dan dikesali, isu semasa dalam artikel itu membincangkan radar dan sistem kedudukan sejagat (GPS), yang telah dicetak sebulan sebelum tarikh keluarannya," beliau berkata dalam satu kenyataan hari ini.


Kamarudin berkata majalah Travel 3Sixty telah menyelesaikan isu itu dan memperbaiki proses kelulusan editorialnya bagi memastikan perkara itu tidak berlaku di masa hadapan.

Beliau berkata, tindakan disiplin akan diambil ke atas pasukan editorial majalah itu.

"Ini adalah masa yang sukar untuk negara dan perkataan tidak dapat menerangkan bagaimana saya secara peribadi merasai insiden itu. Ia benar-benar menyedihkan saya bahawa artikel itu dikeluarkan pada masa yang tidak kena," katanya.

Mukasurat yang menyatakan baris ayat itu, 'Pastikan Kapten kamu bersedia sepenuhnya untuk memastikan pesawat kamu tidak akan hilang. Semoga penerbangan selamat,' kemudian diambil gambarnya oleh seorang penumpang dan dihantar ke laman blog.
- BERNAMA

Tiada ulasan: