Kelab Greenboc |
- PRK Bukit Gelugor 25 Mei, Peluang Untuk BN Hilang Deposit Cerah!
- Luahan Hati Isteri Pramugara, Dakwa Kerajaan Menipu & Rancang Plot Drama MH370
- Berapa Komisyen PLUS Daim Kaut & Berapa Banyak Kekayaannya Disimpan Di Tanzania?
PRK Bukit Gelugor 25 Mei, Peluang Untuk BN Hilang Deposit Cerah! Posted: 24 Apr 2014 01:09 AM PDT Pilihanraya kecil Parlimen Bukit Gelugor 25 Mei Pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gelugor, Pulau Pinang akan diadakan pada 25 Mei ekoran kematian penyandangnya dari DAP, Karpal Singh. Manakala hari penamaan calon pula ditetapkan pada 12 Mei, kata Pengerusi Suruhanjaya Pilihan (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Yusof hari ini. Karpal yang mewakili kerusi tersebut sejak tahun 2004, meninggal dunia dalam kemalangan berhampiran Kampar pada 17 April lalu. Ini merupakan pilihan raya kecil keempat selepas pilihan raya umum lalu, yang akan menelan belanja RM 1.9 juta. Parlimen Bukit Gelugor mempunyai 82,351 pengundi. Karpal menang dengan majoriti lebih 42,000 undi dalam pilihan raya umum lalu. ULASAN GB Tarikh PRK Bukit Gelugor sudah pun diumumkan. Untuk PR menang di sana tidak menjadi masalah sebab di dalam PRU13 y7ang lalu Karpal telah menang dengan majoriti yang amat besar iaitu 42,706 undi. Fokus PR kali ini tentulah untuk menang dengan lebih besar, jika boleh menghilangkan deposit BN. Ia tidak mustahil kerana di negeri Pulau Pinang inilah sejarah tercatat semasa PRU13 dimana BN hilang deposit di dua kerusi ADUN. Cita-cita PR untuk hilangkan deposit BN di Kajang tidak kesampaian tetapi tidak mustahil dicapai di Bukit Gelugor! Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita, Atasi Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE. KLIK SINI LIKE kami di SINI |
Luahan Hati Isteri Pramugara, Dakwa Kerajaan Menipu & Rancang Plot Drama MH370 Posted: 23 Apr 2014 07:12 PM PDT Selepas lebih 40 hari kehilangan pesawat MH370, isteri kepada pramugara Hazrin Mohamed Hasnan atau lebih dikenali dengan nama Rain, Maizura Othaman hari ini sekali lagi meluahkan perasaannya secara terbuka melalui rangkaian media sosial, Instagram. Bagaimanapun, kali ini apa yang ditulisnya lebih bermotifkan mencari kebenaran yang didakwa disembunyikan oleh pihak tertentu kepada waris keluarga penumpang pesawat penerbangan MH370 yang hilang pada 8 Mac lepas. "Hati saya kuat mengatakan suami saya dan yang lain-lain diculik… oleh sebuah kuasa besar," tulisnya. Intan sebelum ini pernah meluah perasaan menerima kehilangan Rain yang beliau sifatkan "masih ada" dan menyimpan harapan bahawa suatu hari nanti suaminya akan pulang. Pada 27 Mac lalu, iaitu 2 hari selepas Intan meluah perasaannya di dalam media sosial, Astro Awani melaporkan keperitan Intan untuk menerangkan keadaan kepada anaknya yang bertanya bilakah bapanya akan pulang. Dalam pada itu, Astro Awani turut dihubungi oleh seorang waris penumpang MH370 yang dipanggil untuk satu pertemuan bersama Kementerian Luar dan pihak berkuasa pada Ahad, 20 April lepas. Dia yang enggan dikenali menyatakan, keluarga waris seakan-akan tidak boleh mengawal perasaan dan menjerit-jerit sepanjang Timbalan Menteri Luar, Datuk Hamzah Zainuddin menjelaskan situasi dan langkah susulan yang akan diambil berhubung insiden MH370 ini. "Waktu mesyuarat dengan Hamzah itu memang teruk, gaduh jerit-jerit di dalam dewan itu," ujar waris berkenaan. Katanya, waris juga tidak bersetuju mengenai isu bantuan kewangan dan sijil kematian yang dikemukakan kementerian. "Keluarga mahu bukti fizikal, walau jumpa satu `body' pun jadilah. "Pada masa itu Intan bangun dan kata, bagaimana hendak percaya, tidak ada satu bukti langsung. Intan tanya apakah benar pesawat itu jatuh ke dalam laut dan semua pihak berkenaan senyap seribu bahasa," jelasnya. Waris itu turut berada dalam pertemuan tertutup selama lebih dua jam di sebuah hotel di Kuala Lumpur itu bersama 40 waris. Sesi penerangan itu juga dihadiri oleh Ketua Pengarah Penerbangan Awam, Datuk Azharuddin Abdul Rahman dan Ketua Pegawai Eksekutif MAS, Ahmad Jauhari Yahya. "Saya tak tahan dengar dan terus balik," katanya. Pada sidang media selepas pertemuan itu, Hamzah yang juga Pengerusi Jawatankuasa Waris Penumpang Malaysia Airlines (MAS) MH370 berkata, pihaknya akan mengemukakan cadangan kepada Jawatankuasa Waris Penumpang berhubung bantuan kewangan yang diperlukan dalam masa terdekat. Hamzah berkata, perkara itu adalah antara isu utama yang dibangkitkan dalam pertemuannya dengan waris yang dilakukan pada sebelah pagi. Beliau juga mengumumkan kerajaan sedang mempertimbangkan satu tarikh untuk mengumumkan pengesahan beberapa isu melibatkan penumpang dan anak kapal pesawat itu. - ASTRO AWANI Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita, Atasi Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE. KLIK SINI LIKE kami di SINI |
Berapa Komisyen PLUS Daim Kaut & Berapa Banyak Kekayaannya Disimpan Di Tanzania? Posted: 23 Apr 2014 06:18 AM PDT Daim mengaku miliki bank di Tanzania, nafi salahguna kuasa Bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin hari ini mengakui beliau memiliki sebuah bank di Tanzania, seperti yang didakwa oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini. Namun, Daim menafikan dakwaan beliau menyalahguna kuasa berhubung pemilikan bank itu, lapor Berita Harian hari ini. Daim mempersoalkan cubaan ketua pembangkang itu yang kononnya berunsur penyelewengan berkaitan dirinya memiliki perniagaan itu. "Ya... memang saya punyai bank di sana (Tanzania)... sudah lama. Anwar juga tahu sebab dia mengambil alih menteri kewangan daripada saya dulu. "Semasa Anwar jadi menteri kewangan, dia mempengerusikan satu jawatankuasa menangani rasuah (peringkat Kabinet)... mengapa pada waktu itu tidak ambil tindakan terhadap saya. "Saya sudah dua kali disiasat (tentang isu itu) pada 1999, tidak ada apa-apa pun (kesalahan)," katanya, seperti yang dilapor Berita Harian. Sehubungan itu, lapor akhbar itu, Daim mendesak ahli Parlimen Permatang Pauh itu mengemukakan bukti kukuh kepada pihak berkuasa untuk membuktikan dakwaannya. "Anwar ini, cakap sahaja... bukti tiada pun," katanya sambil memaklumkan keputusannya membuka bank di Tanzania adalah atas permintaan ketua negara berkenaan ketika itu yang inginkan beliau membuat pelaburan di sana. Sebelum ini, Anwar dalam beberapa siri ceramahnya menyatakan beliau ada bukti penyelewengan dan salahguna kuasa Daim, termasuk kaitan dengan pemilikan sebuah bank di Tanzania. Ketua Umum PKR itu mendakwa beliau mempunyai bukti penyelewengan besar bekas menteri kewangan itu. "Siapa Daim Zainuddin? Bekas menteri kewangan yang jadi jutawan paling kaya. Projek jalan raya utara selatan (PLUS) dia sapu ratus juta (ringgit). "Apa sahaja projek dia sapu. Begitu banyak komisen, tetapi ada siasatan?" kata Anwar dalam ceramah di Lembah Pantai baru-baru ini, lapor Suara Keadilan (SK), lidah rasmi PKR. Kata Anwar, selain mengambil dana negara melalui pengambilan komisen projek secara melampau, beliau mempunyai bukti Daim menyimpan duit di Tanzania, salah sebuah negara di Afrika Timur. Anwar mengesyaki kekayaan luar biasa Daim apabila gabenor bank negara menyebut bahawa Daim ada menyimpan wang di Tanzania. "Saya diundang semasa di Universiti George Town. "Saya pergi ke Tanzania kerana dijemput jumpa presiden, menteri kewangan dan gabenor bank negara Tanzania. "Gabenor mengatakan Tun Daim punya bank di sini (Tanzania). (Gabenor) katakan Daim menyimpannya di International Bank of Malaysia. "Saya tanya (Daim), untuk apa? Kemudian gabenor jawab Daim tidak buat apa-apa. Daim simpan duit sahaja. "Ada sebarang operasi? Tidak, ini bank 'istimewa'. Kemudian saya berkata kepada gabenor bank negara Tanzania, adakah kamu tahu, ini bukan cara yang sepatutnya. "Duit daripada mana? Daim ambil daripada Malaysia dan simpan di sini," kata Anwar, menceritakan kandungan pertemuannya, lapor Suara Keadilan. Kata Anwar, salahguna kuasa Daim terbukti apabila orang yang dipertanggungjawabkan menguruskan bank di negara tersebut ditahan di sebuah Lapangan Terbang Heathrow, London. "Saya bawa perkara ini kepada SPRM, tidak tanya pun saya. Daim pun tidak ditanya. "Kerana di Malaysia ini, kalau kamu pemimpin Umno, kamu kebal. Kamu curi banyak mana sekalipun, bagi bukti banyak mana pun," kata Anwar sebagaimana dilaporkan SK. -TMI
|
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan