Kelab Greenboc |
- [BERGAMBAR] YB Norzula Patah 9 Tulang Rusuk, PJ PAS Perak Beri Rawatan Islam
- [BONGKAR] Amerika Tembak Jatuh MH370, Dakwa Penulis Kanada
- Kes Khir Toyo Ditangguh, Sedangkan Kes Anwar Dipercepatkan...
[BERGAMBAR] YB Norzula Patah 9 Tulang Rusuk, PJ PAS Perak Beri Rawatan Islam Posted: 23 Apr 2014 12:44 AM PDT Pada 17hb April 2014 yang lalu jam lebih kurang 6.30 petang kereta Nissan Murano ACA 777 yang dipandu oleh anak YB Datuk Nozula Mat Diah Adun Paloh, Kelantan, terlibat dalam satu kemalangan di Kilometer 23, Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands, Pahang. Isterinya Datin Maziah Din meninggal dunia ditempat kejadian dan Datuk Nozula mendapat cedera parah melibatkan 9 tulang rusuknya patah dan kini masih dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh, Perak. Petang semalam rombongan PAS Perak yang diketuai oleh Pesuruhjaya PAS Perak, YB Ustaz Razman Zakaria, YB Dato' Seri Ir Nizar Jamaluddin dan YB Ustaz Radzi telah melakukan ziarah kepda Datuk Nozula Mat Diah. Dalam lawatan tersebut dengan kebenaran Datuk Nozula sendiri Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Razman Zakaria telah melakukan rawatan secara Islam kepada Nozula demi meringan kesakitan dan kesengsaraan yang dialaminya kini. Inilah dinamakan politik matang .. terharu dan menusuk kalbu. Kisah dan gambar ini adalah sumbangan dari Kak Yammy Samat orang kuat Umno Bahagian Ipoh tetapi anak perempuannya Setiausaha Politik YB Lim Kit Siang. -omakkau Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita, Atasi Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE. KLIK SINI LIKE kami di SINI |
[BONGKAR] Amerika Tembak Jatuh MH370, Dakwa Penulis Kanada Posted: 22 Apr 2014 07:42 PM PDT Seorang bekas eksekutif syarikat minyak yang kini seorang penulis telah menyatakan bahawa Amerika mungkin telah menembak jatuh Penerbangan Malaysia Airlines MH370 - dan kini cuba untuk menutupinya. Menulis di dalam OpEdNews.com, John Chuckman, mantan ketua pakar ekonomi untuk sebuah syarikat minyak yang besar di Kanada, mengutarakan pertanyaan: "Kemungkinan bahawa Amerika Syarikat telah menembak jatuh pesawat MH370, sama ada secara sengaja atau tidak, dan kini mahu menutup rahsia tersebut? Dakwanya lagi lagi, tentera Amerika mempunyai beberapa radar paling canggih di bumi, dan tanpa keraguan lagi, pemasangan radar yang berkeupayaan paling canggih di pangkalan rahsia Diego Garcia di Lautan Hindi. Bagaimana boleh tidak ada maklumat? Kita tidak perolehi data dari mereka, tetapi kita dibekalkan maklumat daripada pihak lain yang kurang kemampuannya terhadap apa yang berlaku. "Kemungkinan untuk memperolehi bangkai pesawat yang penuh, sekalipun jika lokasinya ditemui, dari empat batu di dalam laut di antara pegunungan bawah laut, sebaik-baiknya pada kedudukan yang amat terpencil, menjadikan Amerika Syarikat boleh tetap yakin bahawa bukti fizikal pesawat tidak mungkin akan dapat ditemui. Encik Chuckman yang berasal dari Chicago, meneruskan: "Tidak ada yang tidak pernah berlaku sebelum ini terhadap tindakan tersebut sekurang-kurangnya untuk tiga peristiwa, yang mana amat dikesalkan, tentera Amerika pernah menembak jatuh pesawat-pesawat awam. Syarikat Penerbangan Iran 655 telah ditembak jatuh pada tahun 1988 oleh USS Vincennes di perairan Iran semasa Perang Iraq-Iran, bukan sahaja telah mengorbankan 290 orang termasuk 66 kanak-kanak, tetapi wujud satu tempoh yang amat lama selepas itu untuk Amerika kemudiannya membuat pengakuan tidak bersalah, tiada tawaran permohonan maaf, dan tiada pampasan untuk mangsa (hanya selepas 8 tahun kemudiannya pampasan dibuat secara sulit). Kedua, merupakan satu himpunan keadaan dan ketidakadilan yang ganas yang tidak dipersoalkan terhadap motif pengeboman Penerbangan Pan Am 103, yang telah membunuh 259 orang dan 11 di darat, pada tahun yang sama oleh orang-orang masih tidak diketahui. Kemudian ketiga, Penerbangan TWA 800 di pantai Timur Amerika Syarikat merupakan mangsa terhadap peluru berpandu Amerika yang telah secara tidak sengaja dilepaskan. Bukti-bukti termasuklah kesan radar dan terdapat saksi mata. Tetapi Amerika Syarikat, bukannya mahu mengakui kesilapan yang dahsyat itu dan membayar pampasan kepada mangsa, tetapi telah mengambil masa yang amat panjang untuk hasil siasatan yang melucukan diketuai oleh FBI, pihak yang sama yang telah menghasilkan hasil siasatan yang lucu terhadap pembunuhan Kennedy. "Saya tidak tahu apa halnya (juruterbang atau ada perampas?) mematikan komunikasi MH370, menukar haluan, dan kemudian terbang rendah, tetapi saya tahu bahawa peristiwa tersebut tidak mungkin berada di luar pengetahuan mata dan telinga para tentera risikan Amerika." MH370 hilang semasa terbang di antara Kuala Lumpur dan Beijiing pada 8 Mac dengan 239 orang di dalam pesawat. Pencarian selama enam minggu di Lautan Hindi, di mana pakar-pakar percaya pesawat itu terhempas, sehingga kini masih belum menghasilkan apa-apa jawapan terhadap nasib pesawat berkenaan. Ia mungkin akan kekal satu lagi "teka-teki, diselubungi dengan misteri, di dalam satu enigma," ungkapan yang digunakan oleh Winston Churchill untuk menggambarkan kegiatan Kesatuan Soviet satu ketika dulu, dan kini ungkapan itu amat sesuai terhadap sebahagian besar daripada kegiatan-kegiatan yang dilakukan oleh Amerika Syarikat. -OpedNews/Mirror/terjemahan bebas:GB Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita, Atasi Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE. KLIK SINI LIKE kami di SINI |
Kes Khir Toyo Ditangguh, Sedangkan Kes Anwar Dipercepatkan... Posted: 22 Apr 2014 05:17 AM PDT Mahkamah pilih kasih, kes Khir Toyo ditangguh, Fitnah II dicepatkan Mahkamah tiada pendirian kerana menerima rayuan penangguhan peguam Muhammad Shafee Abdullah membabitkan kes bekas Menteri Besar Selangor, Mohamad Khir Toyo sejak 2009, namun menolak rayuan Karpal Singh berhubung kes Fitnah II membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Penangguhan itu berlaku hanya kerana Shafee dikatakan menghadiri seminar di Jepun, sekaligus memperlihat sikap mahkamah yang 'double standard'. "Kes Anwar tidak boleh ditangguhkan langsung walaupun mendiang Karpal ada urusan lain. "Tapi kes Khir Toyo sejak 2009 mahkamah boleh menangguhkan dengan mudah atas alasan Shafie mempunyai urusan kepentingan negara. "Keadaan ini menunjukkan mereka bukan badan yang bebas dan masih lagi dicengkam oleh pihak kerajaan. "Jadi dimana keadilan untuk kita, dimana keadilan untuk kes Datuk Seri Anwar? katanya ketika dihubungi Keadilandaily. Terdahulu, rayuan terakhir Mohamad Khir terhadap hukuman penjara 12 bulan yang sepatutnya didengar 15 April ini oleh Mahkamah Persekutuan ditangguhkan ke tarikh lain. Mohamad Khir merayu terhadap hukuman itu atas kesalahan mendapatkan untuk dirinya dan isteri suatu barangan berharga iaitu dua lot tanah dan sebuah banglo di Seksyen 7, Shah Alam. Sebelum ini, mendiang Karpal mengemukakan rayuan penangguhan kes Fitnah II berikutan terdapat kes lain yang perlu diselesaikan pada 6 dan 7 Mac lalu. Namun rayuan tersebut ditolak pihak mahkamah dan berkeras menetapkan pendengaran kes pada tarikh tersebut. -KD Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita, Atasi Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE. KLIK SINI LIKE kami di SINI |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan