. |
Daim tidak perlu takut untuk disiasat semula Posted: 22 Apr 2014 05:16 AM PDT SUSUPAN MALAM Bekas Menteri Kewangan Daim Zainuddin mempertikaikan laporan dibuat oleh Angkatan Muda Keadilan kepada SPRM berhubung tuduhan korupsi dilakukannya. Pada 14 April lalu Ketua AMK Shamsul Iskadar Akin dan beberapa wakil parti telah memfailkan laporan dan menggesakan SPRM memulakan siasatan ke atas Daim. Daim mempertiakai laporan yang dibuat berpandukan kepada tiga surat yang ditulis oleh Pengerusi Eksekutif Renong Berhad, Halim Saad bekas Pengerusi Malaysia Airlines Syestem Bhd (Mas), Tajuddin Ramli bekas Pengarah Mas. Dalam siasatan itu SPRM tidak menemui sebarang maklumat yang boleh mengesahkan hubungkait beliau dengan amalan rasuah. Kalau siasatan sudah dibuat dan beliau bersih, kenapa Daim harus takut untuk dibuat siasatan sekali lagi. Orang bersih suka kalau disiasat bebeberapa kali pun kerana ia boleh menambahkan keyakinan umum terhadapnya. Dengan mengelak untuk disiasat sekali lagi menyebabkan Daim akan terus diragui. Walaupun SPRM telah menyiasatnya pada tahun 1999, tetapi orang boleh menganggap ia tidak semestinya telus. [wm.kl. 8:12 pm 22/04/14] |
You are subscribed to email updates from . To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan