DUNIACACAMARBA |
- [PANAS] Pihak Berkuasa BENAR Perhimpunan 1 Mei dengan Beberapa Syarat
- Tun Mahathir Anggap Hudud yang Mahu Dilaksanakan Tidak Adil dan Tidak Islamik
- [Gambar & Video] Aksi "Makan Pisang Berahi" Mat Bangla dan Minah Filipina di Singapura
- Pemain Dram Scorpion Hina Muslim Didenda dan Dijel Sebulan
- "Kami hanya beromen"
- "Bil makan tengah hari RM17,017? Itu biasa"
[PANAS] Pihak Berkuasa BENAR Perhimpunan 1 Mei dengan Beberapa Syarat Posted: 29 Apr 2014 11:12 PM PDT [MK] Selepas beberapa kali perbincangan dengan pihak berkuasa, akhirnya penganjur dibenarkan berhimpun di Jalan Raja - jalan besar berhadapan padang dan bangunan Sultan Abdul Samad - bagi membantah pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST). Bertemakan warna merah sebagai simbolik perjuangan buruh, Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu berkata, jalan tersebut akan ditutup bagi tujuan perhimpunan tersebut yang dijadual berlangsung jam 2 petang esok. Beliau berkata, perkara tersebut dipersetujui dalam perbincangan beliau dan jawatankuasa himpunan itu dengan OCPD Dang Wangi Zainuddin Ahmad semalam. Mereka juga bersetuju supaya padang dekat dataran itu tidak dimasuki oleh peserta himpunan dan menjangkakan peserta akan melimpahi ke Jalan Tunku Abdul Rahman dan Jalan Raja Laut. Mereka berkumpulan di empat lokasi yang telah ditetapkan, iaitu Masjid Negara, Sogo, Dataran Maybank dan KLCC. Bagaimanapun, Mohamad berkata hasil pertemuan itu juga memutuskan peserta "tidak dibenarkan berarak" sebaliknya "berjalan" ke Jalan Raja daripada empat lokasi yang ditetapkan itu. Beliau bersama kepemimpinan tertinggi Pakatan Rakyat termasuk Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim akan hadir ke perhimpunan itu, tambahnya. "Di Jalan Raja, akan ada ucapan daripada pemimpin dan wakil NGO, sepanduk-sepanduk membantah GST, rasuah dan ketirisan dalam hal ekonomi serta penderitaan rakyat. "Kita tidak akan masuk ke padang. Kita menghormati (persetujuan)... Wakil PAS, DAP (dan PKR) akan ada di sana. Polis ada bersama (untuk mengawal keadaan)," katanya dalam sidang medianya di ibu negara pagi ini. Menurut Mohamad lagi, mereka juga tidak berbincang mengenai slogan yang dibenar sewaktu perhimpunan dan mungkin perhimpunan seumpama itu menjadi acara tahunan bagi mengingati perjuangan kaum buruh. 'Bentang deklarasi' "Inilah perhimpunan kali pertama yang disambut oleh rakyat," katanya yang mesra dipanggil 'Abang Mat'. Turut hadir dalam sidang media itu, Naib Presiden PKR Tian Chua, Jurucakap Jawatankuasa 1 Mei S Arutchelvan, Ketua Pemuda DAP Teoh Kok Seong, wakil NGO BERSIH Mandeep Singh, wakil JERIT dan wakil Unit Amal PAS. Sementara itu, Arutchelvan berkata wakil daripada 95 organisasi akan berhimpun menyambut hari pekerja di KLCC termasuk menyatakan bantahan terhadap pelaksanaan GST sebelum bergerak ke Dataran Merdeka. "Satu deklarasi akan dibentang esok," katanya yang juga setiausaha agung PSM sambil memaklumkan seramai 30 pemantau Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) akan memantau pada perhimpunan itu. Mengucapkan penghargaan kepada polis, Tian yang juga ahli parlimen Batu pula menyeru rakyat turun mempertahankan hak berhimpun sekaligus menyampaikan bantahan terhadap cukai itu serta dasar yang tidak adil kepada rakyat. "Rakyat tidak takut lagi dengan himpunan atau tindakan intimidasi. Polis juga perlu sedar tugas utama meraka ialah menyediakan segala kemudahan dan bersedia membantu orang awam untuk melaksanakan aktiviti dan hak perlembagaan," katanya. Beliau bagaimanapun enggan mensasarkan jumlah peserta yang akan turun perhimpunan itu tetapi mahu "seramai mungkin" menyertai perhimpunan itu. Kemudiannya, Mohamad mengumumkan setakat ini sebanyak 60 bas daripada Kedah akan hadir ke perhimpunan itu esok. Sementara Teoh berkata menyeru rakyat turut bagi menghantar mesej membantah tindakan BN yang pernah memberi "janji manis" mahu menangani isu sara hidup rakyat sebelum pilihan raya umum lalu. Sebaliknya kini, katanya yang juga ahli parlimen Rasah kerajaan melaksanakan GST yang akan membebankan rakyat. Seramai 1,500 Unit Amal PAS akan bertugas dan mengawal keadaan pada perhimpunan tersebut. -30/4/14 | ||
Tun Mahathir Anggap Hudud yang Mahu Dilaksanakan Tidak Adil dan Tidak Islamik Posted: 29 Apr 2014 10:58 PM PDT PAS timbulkan semula hudud kerana kerajaan lemah, bukan demi Islam, kata Dr Mahathir [TMI] Tindakan PAS menimbulkan semula isu pelaksanaan hukum hudud berpunca daripada kerajaan lemah yang ditadbir oleh Datuk Seri Najib Razak, kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad. Dr Mahathir berkata, halangan ke atas pelaksanaan hukum hudud semasa era pemerintahannya adalah kerana sokongan majoriti yang diberikan kepada kerajaannya. "Mungkin mereka ingat kerajaan perlukan sokongan kerana semasa zaman saya, kami berkuasa dengan dua pertiga majoriti," kata Dr Mahathir ketika ditemui di Institut Diplomasi dan Hubungan Luar Negeri (IDFR) pagi ini. Dr Mahathir yang dilihat paling lantang menolak pelaksanaan undang-undang Islam kontroversi tersebut menegaskan langkah tersebut bermotifkan politik bukannya mengenai memberikan keadilan kepada rakyat. "PAS lakukannya untuk politik, bukan mengenai Islam. "Bila kamu buat undang-undang ini, orang akan kata parti kamu Islam dan rakyat akan sokong. Ia bukan mengenai keadilan," katanya. Dr Mahathir ketika memegang tampuk kuasa pernah menghalang kerajaan PAS Kelantan daripada melaksanakan undang-undang Islam tersebut. Malah, beliau menghantar surat bertarikh 15 Julai 1994 selepas Dewan Undangan Negeri Kelantan meluluskan Enakmen Jenayah Syariah II (Hudud). Antara lain surat itu berbunyi: "Kerajaan pusat tidak dapat membenarkan kerajaan PAS menjalankan sesuatu yang bercanggah dengan prinsip keadilan Islam, maka kerajaan pusat akan mengambil tindakan sewajarnya terhadap kerajaan PAS demi menjaga maruah dan ketinggian martabat Islam." Mengulas berhubung isu surat itu, Dr Mahathir berkata, perkara yang ditekankannya adalah konsep keadilan dalam Islam dan bukan semata-mata pelaksanaan undang-undang Islam. "Dalam surat penjelasan saya kepada Nik Aziz, ia adalah berasaskan Islam, bukan seperti yang dikatakan sekular atau sebagainya, ia berasaskan Islam. "Al-Quran menekankan keadilan, apabila kamu hukum buatlah ia dengan adil," katanya. Dr Mahathir berkata, pelaksanaan hudud tidak adil kerana bukan Islam akan terlepas dengan hukuman lebih ringan berbanding mereka yang beragama Islam. "Di Malaysia mereka tidak boleh buat dengan adil, jika undang-undang hudud digunakan, bukan Islam akan dikecualikan. "Kamu potong tangan orang Islam tetapi bukan Islam penjara dua bulan. Adakah itu keadilan? Ia bukan keadilan, kalau bukan keadilan maka ia tidak Islamik," katanya. Dr Mahathir juga bertegas dengan pendiriannya menolak pelaksanaan hukum hudud. "Pendirian saya tidak pernah bertukar," katanya. Isu hudud timbul kembali selepas Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob memaklumkan pihaknya akan membawa rang undang-undang persendirian ke Dewan Rakyat bagi membolehkan hudud dilaksanakan di negeri itu. Keputusan itu dibuat susulan jaminan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom yang menyatakan kerajaan pusat akan membantu mana-mana negeri yang mahu melaksanakan undang-undang Islam itu. Beberapa hari lalu, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengunjungi Nik Aziz di rumahnya dekat Pulau Melaka dan mencadangkan agar satu jawatankuasa bersama dibentuk bagi mengkaji undang-undang itu. Bagaimanapun, DAP yang juga rakan komponen dalam Pakatan Rakyat (PR) serta parti komponen Barisan Nasional (BN), MCA juga menentang keras usaha untuk melaksanakan undang-undang tersebut. Malah, DAP sendiri juga menggesa parti Islam tersebut keluar daripada Pakatan sekiranya berhasrat untuk meneruskan juga, menegaskan undang-undang Hudud bukan salah satu persefakatan dalam gabungan pembangkang tersebut. Namun, PAS masih bertegas dengan pendirian mereka dan mahu semua pihak memberikan mereka peluang untuk menjelaskan mengenai hasrat pelaksanaan Hudud. – Md Izwan/30 April, 2014. | ||
[Gambar & Video] Aksi "Makan Pisang Berahi" Mat Bangla dan Minah Filipina di Singapura Posted: 29 Apr 2014 06:47 PM PDT Gambar di atas adalah sebahagian daripada video yang dikongsikan di Facebook The Real Singapore. Video yang memaparkan aksi tidak senonoh ini telah dikatakan dirakamkan di sebuah taman di Singapura. Aksi ini dipercayai dilakukan oleh pendatang asing warga Filipina dan Bangladesh. Perbuatan ini amat menjijikkan tambahan pula dilakukan di tempat awam. Walaupun minah Filipina yang dipaparkan dfalam video kelihatan makan pisang namun jelas perbuatan itu berunsur seks dan dapat dilihat oleh orang awam termasuk kanak-kanak. -DCM P/s: Kalau situasi ini berlaku di Malaysia, tolong ajar sikit orang yang melakukan perbuatan tidak senonoh ini. | ||
Pemain Dram Scorpion Hina Muslim Didenda dan Dijel Sebulan Posted: 29 Apr 2014 06:27 PM PDT [HM] Dubai: Pemain dram kumpulan Scorpions James Kottak dipenjara sebulan di Dubai kerana mabuk, menghina Muslim dan membuat isyarat lucah ke arah sekumpulan orang, selain membuka seluar di lapangan terbang. Pemuzik AS itu juga didapati bersalah menghina anggota polis tempatan. Kottak ditahan di lapangan terbang di Dubai pada 3 April lalu ketika dalam perjalanan dari Russia ke Bahrain untuk mengadakan konsert sempena pertandingan Formula 1. Dia turut didenda Dh2,000 (RM1,780) kerana meminum arak. Kottak akan diusir dari negara itu sebaik saja selesai menjalani hukuman. Ketika perbicaraan Kottak mengaku mengambil arak tetapi menafikan dia membuat isyarat lucah serta berkelakuan tidak senonoh. Peguam belanya pula mendakwa, Kottak tidak bertindak keterlaluan, sebaliknya cuma mahu menunjukkan tatu di belakang tubuhnya. -30/4/14 | ||
Posted: 29 Apr 2014 06:24 PM PDT
[HM] Sungai Petani: "Saya hanya berasmara saja dengan dia (teman lelaki) dan bukannya melakukan hubungan seks pun." Begitu alasan memualkan seorang gadis berusia 21 tahun apabila ditahan bersama pasangan lelakinya di dalam bilik sebuah hotel murah, semalam dalam operasi bersepadu syariah oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kedah (JHEAIK) bersama beberapa agensi lain. Gadis itu dan pasangannya berusia 21 tahun ditahan jam 2 pagi antara tujuh pasangan yang dicekup kerana berdua-duaan di dalam bilik di beberapa buah hotel sekitar bandar ini dalam serbuan berasingan. Ketika ditahan, gadis berasal dari Kampung Naga Lilit, Padang Serai, Kulim terbabit hanya berbaju-T dan bertuala ditemui bersembunyi di belakang pintu ketika teman lelakinya membuka pintu selepas diketuk berulang kali oleh pegawai penguat kuasa. Gadis itu mendakwa dia terpaksa bermalam di hotel yang disewa teman lelakinya pada harga RM30 semalam kerana tidak mahu pulang ke rumah selepas dimarahi bapanya akibat gagal membayar ansuran motosikalnya selepas berhenti kerja di sebuah kilang. "Selepas dimarahi bapa, saya keluar dari rumah dan menunggang motosikal datang ke rumah ibu saudara di Sungai Petani, tetapi disuruh pulang walaupun saya enggan berbuat demikian lalu menelefon teman lelaki agar menyewa sebuah bilik hotel. "Saya dan dia (teman lelaki) tidak buat apa-apa pun, cuma ringan-ringan saja sebelum kena serbu," katanya ketika disoal selepas ditahan, namun mengaku pernah tidur bersama beberapa kali sebelum ini. - Omar Osman/30/4/14 | ||
"Bil makan tengah hari RM17,017? Itu biasa" Posted: 29 Apr 2014 05:26 PM PDT
[HM] Kuala Lumpur: "Bil makan tengah hari RM17,017?" Itu perkara biasa jika menikmati hidangan eksotik udang galah dan patin buah di Restoran Samudra Exotic River Fish di Kampung Baru di sini. Malah, jika orang ramai yang meragui kesahihan harga makanan itu bolehlah berkunjung ke premis berkenaan untuk pengesahan, kata jurucakap Restoran Samudra Exotic River Fish. "Saya tidak pasti apa tujuan individu yang menyebar gambar itu dan saya tidak mahu komen lanjut mengenai kesahihannya (resit)," katanya yang tidak mahu dikenali. Jurucakap itu berkata, pihak restoran enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu dan beranggapan harga berkenaan adalah perkara biasa kerana membabitkan makanan yang diketahui mahal seperti patin buah dan udang galah. Berdasarkan gambar resit yang dihidang di meja VIP 1 itu, sebanyak 10 ikan patin buah seberat 26 kilogram berharga RM6,877 manakala 50 udang galah seberat 39 kilogram dicaj RM10,140. Selain daripada aplikasi Whatsapp gambar berkenaan turut tersebar di laman sosial seperti Facebook (FB) dan pengguna memberi pelbagai reaksi terhadap harga makanan yang disifatkan terlalu mahal itu. Bagaimanapun, terdapat juga pengguna FB yang tampil menjelaskan bahawa harga berkenaan adalah untuk jumlah pelanggan yang ramai dan ia adalah harga yang munasabah berdasarkan jenis makanan yang dinikmati. "Saya cuma nak cakap, kepada mereka yang banyak memberi komen negatif silalah datang ke kedai dan lihat sendiri harga makanan," katanya jurucakap itu lagi. -Gadaffi Musli/30/4/14 |
You are subscribed to email updates from DUNIACACAMARBA (DCM) To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan