DUNIACACAMARBA |
- Lelaki Gay Terima Padah, Ditendang Ketika Cuba Hisap Kemaluan Remaja
- Warga Emas Bunuh Gadis Bimbang Hubungan Seks Terdedah
- Wanita Punyai 2 Suami, 1 Kekasih
- Lelaki Minta Isteri Dihalau dari Rumah Kerana Enggan Berasmara Sejak 10 Tahun Lalu
Lelaki Gay Terima Padah, Ditendang Ketika Cuba Hisap Kemaluan Remaja Posted: 24 Apr 2014 12:53 AM PDT [SH] GEORGETOWN – Seorang pelajar tingkatan satu terpaksa menghadapi detik hitam yang mungkin sukar dilupakan dalam hidupnya apabila dicabul seorang lelaki bernafsu songsang di sebuah stesen minyak terbiar di Jalan Air Itam di sini kelmarin. Dalam kejadian kira-kira jam 7 petang itu, mangsa yang berusia 13 tahun dikatakan baru pulang dari sekolah sebelum didatangi suspek yang secara tiba-tiba keluar dari sebuah kereta. Menurut sumber, suspek pada mulanya mengajak mangsa berbual sambil bertanya bersekolah di mana sebelum berlaku perkara sumbang yang menjengkelkan. "Suspek mungkin tidak dapat mengawal nafsunya lagi dan terus memegang baju sebelum menarik mangsa ke lokasi yang agak gelap dan terlindung di kawasan berkenaan. "Lelaki itu kemudian melondeh seluar mangsa dan cuba menghisap kemaluannya. Remaja berkenaan yang terkejut dengan perlakuan suspek meronta sebelum bertindak menendang muka suspek," katanya ketika dihubungi semalam. Akibat tendangan itu, suspek tersungkur dan mangsa terus berlari menyelamatkan diri. Menurutnya, mangsa terserempak dengan rakan abangnya tidak jauh di tempat kejadian dan memaklumkan kejadian itu. "Mangsa meminta pertolongan rakan abangnya dan suspek yang ketakutan kemudian melarikan diri namun berjaya ditahan sebelum diserahkan kepada polis," katanya. Sumber berkata, ketika ditahan berlaku sedikit pergelutan apabila suspek cuba meloloskan diri namun tiada sebarang kecederaan serius berlaku. "Siasatan awal mendapati mangsa langsung tidak mengenali suspek dan polis kini menahan lelaki berusia 18 tahun itu bagi membantu siasatan. "Pemeriksaan juga mendapati suspek tidak mempunyai sebarang rekod jenayah dan ujian saringan awal air kencing mendapatinya tidak berada bawah pengaruh dadah," katanya. Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Daerah Timur Laut, Superintendan Ismail Idris ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan. Ismail berkata, suspek kini direman selama tiga hari bagi membantu siasatan. -24/4/14 P/s: Lagi kes budak remaja mengambil tindakan drastik apabila diganggu secara seksual. Sebelum ini remaja 13 tahun menendang pak cik yang meliwatnya sebelum melarikan diri. Kali ini, remaja yang juga berusia 13 tahun menendang muka lelaki yang cuba menghisap kemaluannya. Yang peliknya, lelaki dewasa mendakwa dirinya diliwat berkali-kali oleh warga emas yang mengalami masalah tulang belakang tanpa mengambil apa-apa tindakan fizikal untuk menghalang perbuatan warga emas itu. Siapa yang percaya? |
Warga Emas Bunuh Gadis Bimbang Hubungan Seks Terdedah Posted: 23 Apr 2014 10:45 PM PDT [HM] Maha Sarakham (Thailand): Seorang lelaki berusia 71 tahun yang mendakwa diugut remaja perempuan, ditahan atas tuduhan membunuh, Sabtu lalu. Daeng Kothana dari daerah Chaing Yuen didakwa membunuh remaja terbabit kerana berselisih pendapat. Mayat remaja berusia 17 tahun itu ditemui dalam keadaan hanya berbaju dan dengan dua kesan luka di leher serta belakang kepala, dipercayai akibat dihentak dengan objek tumpul. Polis berkata, mayat mangsa ditemui di kawasan hutan berhampiran pagar Universiti Maha Sarakham pada tengahari Ahad lalu. Sebuah motosikal juga ditemui di tempat kejadian. Ketua polis Maha Sarakham, Mejar Jeneral Chitcharoon Srivanitch berkata, anggotanya mengesahkan suspek berada di tempat kejadian berdasarkan siasatan terhadap isyarat satu daripada dua telefon bimbit lelaki warga emas itu. Siasatan awal menunjukkan mangsa keluar dengan seorang teman lelaki menaiki motosikal dan berhenti di universiti itu kerana kononnya mahu mengambil duit daripada bapanya. Chitcharoon berkata, mangsa meminta rakannya menunggu di pintu universiti berkenaan sementara dia menggunakan motosikal itu, namun kerana terlalu lama menunggu rakannya memutuskan untuk pulang ke rumah. Daeng mengaku membunuh remaja itu kerana marah dengan ugutannya untuk mendedahkan hubungan seks mereka kepada polis. Menurut Chitcharoon, Daeng bimbang dikenakan tindakan kerana mengadakan seks dengan remaja bawah umur adalah kesalahan besar di Thailand. "Mangsa meminta wang sebanyak 5,000 baht (RM500) daripada Daeng dan dia bersetuju memberikannya dengan syarat mereka mengadakan hubungan seks terlebih dulu. "Daeng mengaku memukul kepala remaja itu dengan kayu sehingga mati dan kemudiannya melarikan diri," katanya.- Agensi/24/4/14 |
Wanita Punyai 2 Suami, 1 Kekasih Posted: 23 Apr 2014 09:49 PM PDT [HM] Nganjuk: Dia sudah bersuami dan mempunyai empat anak tetapi mengaku masih bujang. Akibatnya Mei Marlina - wanita dari Ngawi di Jawa Timur itu - terperangkap dalam masalah berpanjangan, Mei 35, kini didakwa mempunyai dua suami serentak, selain menjalin hubungan dengan lelaki ketiga sebagai kekasih. Kes berkenaan dilaporkan kepada polis oleh seorang penduduk Warujayeng, Bagus Putro Prabowo, 29, yang juga suami kedua Mei. Mei dikatakan berkahwin dengan suami pertamanya, Deny Wijaya yang berasal dari daerah yang sama di sebuah gereja. Hasil perkahwinan itu mereka mempunyai empat anak. Namun, Mei berkenalan pula dengan Bagus dan merahsiakan statusnya sebagai isteri dan ibu. Bagus dan Mei berkahwin secara rahsia sebelum mendaftarkannya di pejabat agama Nganjuk. Hasil daripada perkahwinan keduanya, Mei melahirkan dua orang anak yang kini berusia tiga dan lima tahun. Penipuan Mei terbongkar apabila keluarga Bagus mengunjungi mereka di Ngawi. Seorang ahli keluarga Bagus yang menjadi saksi dalam perbicaraan semalam, Haryanto mendakwa dia melihat surat pernikahan Mei dan Deny selain bertemu dengan anak mereka. Sebaik mengetahui perkara itu, Haryanto memberitahu Bagus dan bapanya, Gianto yang jelas terkejut dengan status Mei yang masih belum sah bercerai dengan suami pertama. Selepas kejadian itu, rumah tangga Bagus dan Mei mula bergolak sehingga menyebabkan mereka berpisah. Walaupun perceraian Bagus dan Mei masih belum disahkan, wanita itu dikatakan sudah menjalin hubungan dengan seorang ahli perniagaan dari Bojonegoro yang dikenali dengan panggilan STK. Mereka didakwa berkenalan di sebuah kelab malam di Kediri dan apabila perkara itu terbongkar, Mei mengaku yang dia sudah mengadakan seks dengan STK.- Agensi/24/4/14 Lanjut di sini. |
Lelaki Minta Isteri Dihalau dari Rumah Kerana Enggan Berasmara Sejak 10 Tahun Lalu Posted: 23 Apr 2014 09:35 PM PDT [HM] Harare: Seorang lelaki memohon mahkamah membenarkan isterinya dihalau dari rumah kelamin mereka selepas didakwa gagal membenarkannya mengadakan hubungan seks sejak lebih 10 tahun lalu. Godfrey Ruwande mendakwa isterinya Abigail Chingwa mula enggan melayan kemahuan batinnya sejak 2003. Ketika memberi keterangan di mahkamah semalam, Ruwande berkata, kali terakhir mereka mengadakan hubungan asmara adalah lebih 10 tahun silam. Memberi keterangan di depan majistret Gamuchirai Siwardi, Ruwande berkata, Abigail menjalin hubungan sulit dengan rakan sekerjanya dan mula hilang nafsu untuk bersama di ranjang. "Jika saya bertanya mengenai hubungan mereka, Abigail akan bertindak ganas dan memukul saya," katanya. Ruwande berkata, pada satu ketika - disebabkan terlampau tidak tahan - dia cuba memujuk Abigail dengan membelai tangannya. "Dia bukan saja menolak, malah memukul dan menghalau saya keluar dari bilik tidur kami," katanya. Tidak cukup dengan itu, Abigail didakwa mengugut untuk membunuh Ruwande. Sejak ditimpa nasib malang itu, Ruwande berkata, sofa menjadi tempat tidur hariannya. Sesekali kata Ruwande, dia melihat Abigail saling berbalas mesej cinta dan romantik dengan lelaki terbabit. Bagaimanapun, dakwaan itu dinafikan Abigail sekeras-kerasnya. "Saya tidak pernah memukul Ruwande dan mesej yang didakwa itu sebenarnya salah faham. "Telefon saya dipinjam kakak dan dia menghubungi suaminya melalui mesej," katanya. Sementara itu, Gamuchirai menolak permohonan Ruwande itu. "Jika benar kamu dipukul, kejadian hanya berlaku sekali dan sepatutnya kamu membuat laporan polis. "Isteri kamu tidak boleh dihalau dari rumah itu kerana ia rumah kelamin," katanya.- Agensi/24/4/14 |
You are subscribed to email updates from DUNIACACAMARBA (DCM) To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan