Ahad, 13 April 2014

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


Bayi 9 Bulan Bebas Tuduhan Cubaan Bunuh

Posted: 13 Apr 2014 05:59 AM PDT

MUSA Khan
[HM] Lahore: Hakim mahkamah di sini semalam menggugurkan pertuduhan cubaan membunuh yang dikenakan ke atas seorang bayi berusia sembilan bulan.

Kes berkenaan mendapat perhatian umum yang menjelaskan kegagalan sistem kehakiman negara itu. 

Bayi berkenaan, Musa Khan dilihat duduk di riba datuknya bersama sebotol susu ketika perbicaraan berlangsung di mahkamah beberapa hari lalu. 

Dia dan ahli keluarganya dituduh cuba membunuh seorang anggota polis selepas pertengkaran berlaku antara keluarga itu dengan polis berkenaan dan pekerja syarikat gas yang cuba mengutip bayaran tertunggak daripada mereka.

Polis bagaimanapun mendakwa keseluruhan ahli keluarga berkenaan.

"Polis memberitahu mahkamah, pendakwaan yang dikenakan ke atas Musa berhubung kes berkenaan adalah satu kesilapan yang tidak disengajakan dan bayi itu sama sekali tidak terbabit," kata peguam, Irfan Sadiq. 

Datuk bayi berkenaan, Muhammad Yasin bersama tiga lagi anak lelakinya masih berdepan tuduhan. 

Gambar Musa menangis ketika diambil cap jari sewaktu perbicaraan awal mencetuskan kemarahan orang ramai. - Reuters/13/4/14


Pembedahan Bina Semula Selaput Dara Kian Popular

Posted: 13 Apr 2014 05:56 AM PDT



[HM] Kuala Lumpur – Teknik pembedahan kosmetik untuk memulihkan selaput dara menerusi kaedah tampalan atau istilah perubatannya 'hymenoplasti' makin popu­lar di ibu kota, terutama dalam kalangan gadis terlanjur, wanita berduit dan golongan kenamaan.

Golongan terbabit berbuat demikian dengan memberi alasan tersendiri.

Gadis terlanjur lazim­nya untuk mengaburi bakal suami menjelang malam pertama perkahwinan, manakala wanita yang lama berkahwin pula bagi memuaskan hati suami.

Dari segi perubatan ia bukan kesalahan tetapi bagi wanita Islam, kaedah itu haram kerana menipu bakal suami selain pembaziran bagi yang berkahwin.

Menurut Harian Metro, Hymenoplasti ialah pembedahan kosmetik bagi membina semula selaput dara selepas yang lama terkoyak akibat hubungan seks kali pertama, kecederaan ketika bersukan, terjatuh, senaman ekstrem atau onani dengan memasukkan objek keras.

Pembedahan itu membabitkan penampalan membran baru pada bahagian luar alat kelamin wanita dan mampu berfungsi seperti selaput dara asli. - NORIAH IDRIS, ZAITIE SATIBI, HIDAYATUL AKMAL AHMAD dan ANIZA ZAINUDDIN/13/4/14

Tiada ulasan: