DIALOG RAKYAT |
- Selepas Hina Kaum Cina, Kini Macai UMNO Hina Bangsa India Pula....
- Krisis negara mencemaskan, penyelamatnya terlindung disebalik yang terang
- Polis: Manggis MH370 bukan dari Muar
- Zahid: Lucut kerakyatan tiada maaf bagimu
- Kes demam denggi meningkat di K'tan
- Ahli Umno perlu sedar PRU14 bakal lebih mencabar
- Nasib penumpang MH370 hanya diketahui selepas kotak hitam ditemui, kata Hishammuddin
- Esscom tahan suspek seludup barang subsidi
- DCA kata hanya bantu operasi pencarian JACC
- Azmin: PKR bukan parti berasaskan Melayu
- Menteri: AG di UK bincang isu kotak hitam
- Menteri cadang prosiding hina mahkamah
- BODOH BERLAPIS-LAPIS
- Bekas hakim dapat projek Kidex, Umno terus kayakan kroni- Izzah
- Kit Siang gesa KPN letak jawatan jika tidak sedia tegak undang-undang
- Perlu awasi isu keselamatan
- Orang Melayu dan GST
- Khalid Ibrahim jawab isu Canal City, anggap ia perkongsian pintar Selangor dan pemaju
- Pinda undang-undang, bolehkan bukan Islam hadir ke Mahkamah Syariah, kata peguam Islam
- Amerika nafi MH370 mendarat di pangkalan tentera Diego Garcia, lapor akhbar
- Kawasan pencarian visual MH370 lebih luas hari ini
- Pramugara peramah MH370 cadang tukar kerjaya sebelum MH370 hilang, kata rakan karib
- Kini Putrajaya mahu hukuman penjara lebih panjang bagi Anwar
- Tuntut hak: Petani perlu tahu apa yang patut dilakukanbela petani
- Tidak wajar dedah maklumat terkini kes culik
Selepas Hina Kaum Cina, Kini Macai UMNO Hina Bangsa India Pula.... Posted: 13 Apr 2014 06:15 AM PDT KELAB GREENBOCMasyarakat India marah FB 1 juta sokong Shabery Cheek Posting yang dikeluarkan oleh laman Facebook '1 Juta Rakyat Malaysia Menyokong Shabery Cheek' telah menaikkan kemarahan dan kekecewaan masyarakat India di Malaysia lantas dapat memusnahkan keharmonian masyarakat Malaysia. Page tersebut telah memuat naik gambar masyarakat India yang berpusu-pusu mencium kaki dengan menulis kapsyen "Festival cium tapak kaki tuhan boroi peneguk todi ….hairanlah, kenapa puak-puak India ni sanggup habiskan masa dan wang semata-mata mahu menyembah tuhan yg tidak wujud ini ? kaki siap pakai inai. Hahahahahahah . Keling bodoh !!!!!!". Gambar yang dimuat naik pada 10 April itu telah dikongsi seramai 121 pengguna Facebook lain, dan mendapat telah sebanyak 32 'Like'. Salah seorang pengguna Facebook, Mazlan Harun membantah posting yang dikeluarkan oleh pengendali halaman '1 Juta Rakyat Malaysia Menyokong Shabery Cheek' dengan menulis komen "apa la!!!! admin ni ! tidak baik kutuk-kutuk agama orang! Nanti diri sendiri yangg dapat musibah!" Bagi pengguna Facebook Munirah Murad pula, beliau membantah kenyataan yang dikeluarkan oleh pengendali halaman tersebut dan menyifatkan tindakan tersebut cuba memainkan sentimen menghina kaum lain dengan membalas kenyataan "Kau kenapa admin? itu agama masing-masing, ikut diaorang lah.. kau ni agama apa ya?? Atau saja nak memecah belahkan kaum ni?" Malah, Dineshwary Dinesh yang juga merupakan pengguna Facebook berbangsa India turut tidak bersetuju, "Kau orang boleh sembahyang, kita orang tidak boleh sembayang ikut adat kita ke? siapa keling bodoh kalau berani cakap depan kaum kita, tengok diri sendiri dulu, ini nak sebuk pasal orang lain pulak…" Manakala bagi pengguna Facebook Raj Kumar Subramanian, beliau membantah perkara tersebut dengan menulis komen, " Deyyyy…. bila masa laa Malaysia boleh satu hati….. biar kerajaan berpecah belah.. janganlah kita….. kalau ada lagi orang macam lu…. habis laaa Malaysia…" Bagi Prem Prabha, beliau menyifatkan admin page tersebut sebagai individu yang tidak bijak dan seorang yang rasis. "Bodoh punya pengendali halaman 1 Juta Rakyat Malaysia Menyokong Shabery Cheek, jangan malukan Islam! sebab orang bodoh macam kau orang lain pandang rendah pada agama Islam, 'sorry to say my Malay friends', saya hairan ada lagi orang rasis macam ini dalam dunia moden ini dan saya ada ramai kawan-kawan melayu dan kawan kawan-kawan Islam dari Yemen dan Somalia, saya memang respect kawan-kawan saya dan kawan-kawan saya semua yang selalu sembayang lima waktu dan yang betul-betul mwngikut ajaran Islam. Memang jauh berbeza admin 'page' ini dengan kawan-kawan saya. Kepada admin page ini, 'you are fail as a muslim'. Your god is watching you. Tuhan itu adil, kamu pasti akan terima balasan daripada tuhan kamu,"
ULASAN GB Kalau ditinjau dari segi ayat-ayat yang digunakan, ia tak ubah dari ayat-ayat yang pernah digunakan oleh macai-macai UMNO yang terdiri daripda mereka yang menganggotai NGO ultra Melayu, PEKIDA & PERKASA untuk menghina bangsa dan agama lain. Dulu (malah sehingga sekarang pun) mereka menghina kaum Cina terutama pemimpin DAP. Kita kerap kali meminta SKMM mengambil tindakan kepada kumpulan melampau ini. Tetapi permintaan kita tidak diindahkan lansung. Sekarang macai UMNO dah lakukan (kalau boleh disebut sebagai) fitnah keatas Menteri Komunikasi dan Multieedia sendiri, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek. Dah terkena batang hidung. Barulah melompat buat laporan polis. Tak tahulah samada selepas ini masih lagi nak diamkan diri terhadap kumpulan perosak keamanan dan kehormonian rakyat dan negara inidi atas nama "nak bela Melayu". | |||
Krisis negara mencemaskan, penyelamatnya terlindung disebalik yang terang Posted: 13 Apr 2014 06:04 AM PDT ASPAN ALIASNegara kita sesungguhnya sedang berada dalam krisis yang amat genting sekali. Dalam semua bidang kita dalam krisis. Dalam bidang pentadbiran negara kita masih terbelenggu dengan isu rasuah yang semakin menjadi-jadi dan tidak nampak tanda-tanda ia akan terlerai. Laporan Ketua Audit Negara bagi 2013 masih menunjukkan betapa lemahnya kerajaan kita ditadbir oleh pemimpin-pemimpin lemah yang ada pada hari ini. Kita masih di dalam sebuah kerajaan yang rasuah dan salah tadbir yang amat serius. Inventory barangan dan kelengkapan yang tidak diselaras dengan betul kerana terlalu banyak barangan yang telah dibelanjakan masih berada dalam setor kerajaan sejak bertahun yang lalu yang sudah lusuh tidak digunakan dan ini semuanya pembaziran yang sangat mahal harganya. Masih banyak projek kerajaan yang terlalu tinggi harganya dari yang sepatutnya dan ini adalah bayangan yang rasuah masih terlalu besar dan tiada penyelesaiannya. Ini sahaja sudah menunjukkan yang pegawai kerjaan masih tidak serius dalam usaha berjimat cermat sedangkan negara sedang menghadapi krisis kewangan yang begitu mendesak dan sangat perlu penyelesaiannya dengan deras dan cepat. Keselamatan negara juga dalam krisis. Pencolekan terhadap pelancong dari Cina baru-baru ini merupakan manifestasi jelas yang keselamatan negara kita begitu 'porous' dan ia amat membimbangkan. Sesiapa sahaja boleh mencolek sesiapa dalam negara kita ini dan ia memakan masa dan tenaga yang begitu besar untuk penyelesaiannya. Kerajaan telah berbelanja tidak kurang dari RM300 juta dengan penubuhan Esscom yang sepatutnya memelihara keselamatan negara di Timor Sabah dan ini bukannya kali pertama kejadian ini berlaku. Kemasukan pendatang asing dalam jumlah jutaan orang masih menjadi masalah besar dan kehadiran pendatang asing ini telah menjadi masalah kepada keselamatan rakyat ramai di setiap pelosok tanah air. Rompakan dan pecah rumah berlaku hampir setiap hari dan bukan sedikit jumlah jiwa yang terkorban dengan kehadiran mereka dari negara asing tanpa kebenaran ini. Kita masih tidak sedar yang sebagai sebuah negara maritime seperti negara kita ini pengawalan sempadan di laut itu amatlah diperlukan berada diperingkat dan tahap yang tinggi dan semua masalah seperti ini tidak berlaku suatu ketika dahulu. Jika kita mahu melihat dan mengetahui bagaimana seriusnya penaklukan pemimpin-pemimpin UMNO terhadap negara kita, boleh kita baca dengan teliti ucapan Tengku Razaleigh Hamzah dalam pelancaran buku 'Rich Malaysia and poor Malaysians' yang ditulis oleh Anas Alam Faizli baru-baru ini. Apa yang disebutkan oleh Tengku Razaleigh dalam ucapan beliau itu hanya secebis dari perlakuan salah guna kuasa dan rasuah yang melibatkan pimpinan UMNO sekarang ini. Tengku Razaleigh merupakan pemimpin UMNO yang telah diketepikan secara sistematik oleh pimpinan rakus UMNO yang takut dengan pengaruh dan kemampuan UMNO memimpin negara jika beliau menjadi Perdana Menteri. Ada pemimpin yang tidak mahu TR menjadi pemimpin negara kerana TR bukanlah orang yang mudah untuk menghalalkan segala perbuatan yang tidak direlakan rakyat. Maka beliau tidak henti-henti di permainkan oleh pemimpin rakus negara. Sikapnya yang gentleman menjadikan beliau tidak sesuai dengan kehendak dan budaya politik pimpinan rakus negara semasa itu. Maka itulah sebabnya beliau tidak terlibat dengan segala perbuatan keji yang dilakukan oleh pimpinan negara kerana beliau sudah tiada dalam kabinet sejurus selepas beliau tewas dalam usaha beliau untuk menyekat apa yang berlaku hari ini dari berlaku. Sekarang Tengku Razaleigh boleh bercakap tanpa halangan dan telah memberikan pandangan yang akhirnya bermaksud UMNO merupakan parti yang bermusuh dengan orang Melayu sendiri dalam ucapan pelancaran buku tulisan Anas Alam Faizli itu. Pandangan Tengku Razaleigh itu amat pedih di dengar tetapi itu adalah kenyataan. 'The truth is always painful to hear' dan jika kita mahu melihat perubahan apa yang di sebut oleh Tengku Razaleigh dalam ucapan beliau itu perlu diambil perhatian. Dalam catatan sejarah, Tengku Razaleigh merupakan satu-satunya pemimpin dari luar Amerika Syarikat yang telah dipilih untuk mempengerusikan Lembaga Pengarah Bank Dunia dari 1977 hingga ke 1981. Dalam masa yang sama beliau mempengerusikan IMF serta dua lagi institusi kewangan yang berlainan fungsinya iaitu Bank Pembangunan Islam yang berpusat di Jeddah dan Bank Pembangunan Asia yang berpusat di Manila dan ini merupakan rekod cemerlang yang belum di alami oleh mana-mana pemimpin bukan sahaja di negara kita malahan di dunia ini. Beliau merupakan 'authority' yang paling kuat untuk memberikan komen tentang apa yang berlaku di negara ini. Beliau merupakan bekas Menteri Kewangan Negara kita dan merupakan batang tubuh yang telah menubuhkan Petronas yang menjadi isi ucapan beliau dalam pelancaran buku yang di sebutkan tadi. Petronas yang beliau tubuhkan dengan risiko keselamatan peribadi beliau sendiri sekarang telah diperguna oleh pimpinan negara untuk kepentingan politik parti dan peribadi pimpinan hari ini. TR tentu merasakan kesedihan kerana beliau telah menubuhkan syarikat petroleum nasional ini dengan peluh dan keringat tanpa bayaran. Alih-alih pemimpin yang mengambil kuasa negara mempergunakan untuk politik peribadi mereka dengan sewenang-wenangnya. Saya mencadangkan kepada mana-mana pertubuhan supaya diadakan seminar khas tentang Petronas ini kerana syarikat petroleum nasional ini adalah syarikat milik rakyat dan bukannya syarikat milik pemimpin tertentu yag telah menggunakannya untuk menyelamatkan perniagaan anak beranak beliau sahaja. Kesabaran TR berdiri sendirian dipinggiran politik kotor negara agaknya sudah sampai ketahap kehilangan kesabaran beliau. Itu sebabnya apa yang beliau perkatakan itu tidak dapat disambut oleh mana-mana pemimpin UMNO samada yang sedang berkuasa atau pada siapa yang sudah bersara. Apa yang telah diperkatakan oleh TR dalam pelancaran buku yang disebutkan tadi tidak mendapat apa-apa reaksi dari pimpinan hari ini terutamanya dari Perdana Menteri mahu pun bekas-bekas Perdana Menteri kita. Pendeknya apa yang diperkatakan oleh TR itu merupakan isu yang sebenarnya dan jika tiada siapa yang menjawabnya maka ia adalah pengakuan dipihak kerajaan hari ini bahawa mereka adalah pihak yang bertanggung jawab terhadap kecelaruan politik dan ekonomi negara pada hari ini. Benar kata Anas Alam Faizli, negara kita kaya tetapi rakyatnya miskin. Apa sebabnya? Jawablah sendiri. Siapa yang patut melakukan perubahan negara? Itu pun jawablah sendiri kerana jawapannya sudah berada di depan mata. Hanya mungkin ia terselindung disebalik yang terang. | |||
Polis: Manggis MH370 bukan dari Muar Posted: 13 Apr 2014 06:02 AM PDT Polis menjelaskan buah manggis yang dibawa dalam penerbangan MH370 bukan berasal dari kebun di Muar, sebaliknya hanya dibungkus di bandar Johor itu. Ini ekoran Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) bahawa ketika insiden itu bulan lepas, tiada musim manggis di Johor. Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, hanya pembekal buah itu daripada Muar dan polis masih menyiasat perkara itu. Katanya, buah itu dikumpulkan di bandar itu sebelum dibawa ke KLIA dan dimuatkan ke MH370. | |||
Zahid: Lucut kerakyatan tiada maaf bagimu Posted: 13 Apr 2014 06:00 AM PDT MALAYSIAKINI Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan rakyat Malaysia yang menetap di luar negara supaya jangan mudah terpedaya hasutan pembangkang atau tawaran syarikat menjanjikan taraf kerakyatan sesebuah negara. Beliau berkata rakyat Malaysia yang telah melucutkan kewarganegaraan tidak mudah mendapat kembali taraf kewarganegaraan itu selaras dengan Peraturan 16A, Peraturan-Peraturan Imigresen 1963. "Bagi mereka yang melucut kerakyatan 'tiada maaf bagimu', kecuali mengikut Peraturan 16A sebagaimana yang ada dalam Peraturan Imigresen 1963. "Jangan sekali-kali mudah melucut kewarganegaraan, jangan benci pada negara ini dan terjebak dengan kebencian kononnya berhijrah ke negara luar dan ada syarikat yang menguruskan kewarganegaraan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan program 'Jom Sihat' anjuran Universiti Putra Malaysia (UPM) di Bagan Datoh hari ini. Beliau berkata rakyat Malaysia yang mempunyai Pas Residen untuk bekerja atau belajar di luar negara dan berhasrat kembali ke tanah air untuk menjadi tenaga profesional, kepulangan mereka akan dipermudahkan. "(Ini kerana) mereka (individu profesional) adalah bakat, tenaga cendekiawan, mereka mempunyai ilmu balik ke negara ini untuk membantu pembangunan ekonomi Malaysia," katanya. Sementara itu, Ahmad Zahid menafikan kenyataan Anggota Parlimen Tanjong Ng Wei Aik daripada DAP yang mendakwa kononnya sebanyak 1,000 pemegang pasport Kerakyatan Luar Negara British (BOC) telah diterima pulang oleh kerajaan Malaysia. Beliau berkata setakat ini hanya tiga orang pemegang pasport BOC diterima pulang ke Malaysia tetapi mereka menerima Pas Residen dan bukannya taraf kewarganegaraan. "Untuk (negara) UK (United Kingdom) sebanyak 673 orang (melucutkan kewarganegaraan Malaysia) telah memohon (untuk kembali menjadi warganegara) dan daripada jumlah itu sebanyak tiga orang diberi taraf Pas Residen," jelasnya. Semalam, Ahmad Zahid berkata Pas Residen hanya merupakan kebenaran yang diberikan kepada warganegara asing untuk tinggal di Malaysia untuk tempoh lima tahun dan boleh memohon untuk disambung setiap lima tahun. "Sekiranya pemegang Pas Residen ini ingin mendapatkan kembali taraf kewarganegaraan, mereka perlu melalui proses sebagaimana warganegara asing yang mahu memohon dan mereka perlu menunggu 17 tahun dan membuktikan bahawa mereka taat setia kepada negara dan memenuhi syarat permohonan termasuk ujian kemahiran dalam Bahasa Melayu," katanya.- Bernama | |||
Kes demam denggi meningkat di K'tan Posted: 13 Apr 2014 05:58 AM PDT MALAYSIAKINI Kes demam denggi di Kelantan dilaporkan meningkat sebanyak 280 kes kepada 1,522 kes dari Januari sehingga 10 April lepas, berbanding 1,242 kes dalam tempoh yang sama tahun lalu. Pengarah Jabatan Kesihatan Kelantan Datuk Ahmad Razin Ahmad Maher berkata daripada jumlah itu, empat kematian direkodkan berbanding satu kes pada tahun lepas. "Kes dijangka meningkat sekiranya penduduk di negeri ini mengabaikan amalan menjaga kesihatan dan kebersihan," katanya kepada pemberita di majlis perasmian Sambutan Hari Kesihatan Sedunia Peringkat Negeri di Sekolah Kebangsaan Bukit Jawa 1, di Pasir Puteh hari ini. Ahmad Razin berkata Jajahan Kota Bharu mencatatkan jumlah tertinggi iaitu 83 peratus diikuti Jajahan Pasir Mas, Tanah Merah, Bachok dan Pasir Puteh. Katanya kes demam denggi agak membimbangkan pada musim kemarau yang sedang dihadapi sekarang kerana nyamuk aedes cepat membiak dalam keadaan cuaca panas dan hujan sekali sekala. Mengenai penyakit kencing tikus beliau berkata, sebanyak 168 kes membabitkan enam kematian dilaporkan di seluruh negeri dalam tempoh Januari hingga Mac lepas. "Sebahagian besarnya membabitkan Jajahan Tanah Merah, Machang dan Kota Bharu terutama di kawasan tempat awam seperti di pasar dan rekreasi yang terdapat banyak tikus bersarang dan membiak," katanya.- Bernama | |||
Ahli Umno perlu sedar PRU14 bakal lebih mencabar Posted: 13 Apr 2014 05:53 AM PDT Oleh itu Hasan, yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan berkata segala masalah rakyat haruslah diselesaikan segera dan jangan menunggu sehingga saat-saat akhir, baharu mereka hendak bertemu rakyat. Anggota-anggota Umno juga diingatkan supaya memainkan peranan penting dalam menjelaskan kepada rakyat mengenai belang politik pembangkang yang sebenar jika mereka memerintah negara ini untuk memberi kesedaran kepada pengundi-pengundi, katanya ketika bertemu dengan pemimpin-pemimpin Umno Bahagian Gelang Patah di Johor Baharu hari ini. Beliau berkata:"Walaupun Barisan Nasional (BN) tewas dalam merebut kerusi Parlimen Gelang Patah pada pilihanraya umum yang lepas, kita tidak harus patah semangat. Kita harus terus berjuang bagi mempertahankan Johor sebagai salah satu negeri yang menjadi kubu kuat BN." Selain itu, beliau berkata konsep perkongsian kuasa dengan kaum-kaum lain menerusi parti-parti komponen seperti MCA, MIC dan lain-lain, akan diteruskan bagi memastikan kesemua kaum mendapat manfaatnya. – Bernama, | |||
Nasib penumpang MH370 hanya diketahui selepas kotak hitam ditemui, kata Hishammuddin Posted: 13 Apr 2014 05:49 AM PDT Hishammuddin pada sidang media hari ini sekali lagi menegaskan betapa pentingnya penemuan kotak hitam tersebut supaya misteri kehilangannya terungkai. Walaupun Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar menyatakan tidak ada yang mencurigakan dengan senarai penumpang, tetapi menurut Hishammuddin perkara itu tidak bermakna semua rekod penumpang adalah bersih. Katanya, polis masih menyiasat kaitan penumpang dengan empat isu utama iaitu kemungkinan berlakunya rampasan, pengganas, masalah peribadi dan psikologi. "Perkara ini masih dalam siasatan dan saya tak rasa Ketua Polis Negara bermaksud untuk kata rekod mereka semua bersih kerana selagi kita tak jumpa maklumat baru terutamanya membabitkan data kotak hitam'," katanya seperti dilaporkan CNN. Juruterbang Kapten Zaharie Ahmad Shah, 53, menjadi tumpuan apabila dikaitkan dengan kehilangan pesawat tersebut. Penyiasat turut mempercayai perbualan terakhir "Selamat malam, Malaysian 370" datang daripada suara Zaharie. Beberapa bulan kebelakangan, Zaharie di laman sosial menyiarkan video cara menjimatkan penggunaan sistem penyaman udara untuk mengurangkan bil elektrik dan memaparkan gambar gajet selain menunjukkan hobi suka memasak dan makanan. Beliau juga meminati bidang politik apabila menyeru orang ramai mengundi kerajaan sekarang. Tetapi tiada satu tanda dalam laman sosial miliknya mempunyai kaitan dengan kehilangan MH370. Pencarian masih diteruskan walaupun sudah lebih 35 hari pesawat hilang daripada radar semasa dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing pada 8 Mac lalu. 11 pesawat udara tentera, satu pesawat udara awam dan 14 kapal menyertai pasukan pencarian, menurut Pusat Koordinasi Agensi Bersama Australia. Pihak berkuasa Keselamatan Maritim Australia merancang meluaskan pencarian 22,203 batu persegi (57,506 kilometer persegi). Ia terletak kira-kira 1,367 batu (2,200 kilometer) di utara Perth. Semalam, pencarian kapal Australia Ocean Shield masih menggunakan pengesan "ping" yang dikenali sebagai TPL dengan harapan dapat menemui signal baru yang mengaitkan dengan perakam suara kokpit dan data pesawat, kata Komander Tentera Laut Amerika Syarikat, William Marks yang mengetuai pasukan pencarian. Bateri kotak hitam itu dikatakan mampu bertahan 30 hari tetapi pengeluar menjangkakannya dapat bertahan lebih lama. Apabila pasukan pencarian membuat kesimpulan tiada harapan bateri dapat bertahan lagi, mereka akan menggunakan Bluefin-21, sejenis peranti sonar untuk mencari di dasar lautan, Bagaimanapun fungsi Bluefin lebih lambat daripada TPL, kata Marks. Pada 5 April lalu, TPL dapat mengesan dua signal ping. Tiga hari kemudian, dua lagi signal dikesan. Keempat-empat signal itu terletak dalam kedudukan 17 batu antara satu sama lain. Ping kelima pula dikesan pada Khamis lalu, namun dikatakan "tidak ada kaitan dengan kotak hitam", kata Ketua Koordinator Misi Mencari Asutralia Angus Houston pada keesokan harinya. | |||
Esscom tahan suspek seludup barang subsidi Posted: 13 Apr 2014 05:47 AM PDT Pihak Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) menahan sebuah bot pam dari selatan Filipina yang cuba memasuki perairan negara melalui laluan utara Pulau Pom-Pom awal hari ini. Ketua Pengarah Esscom, Datuk Mohammad Mentek berkata anggota unit tindakan khas dan polis marin di bawah pengawasan Esscom turut menahan empat lelaki yang berumur antara 27 dan 45 tahun yang menaiki bot berkenaan, dalam operasi khas kira-kira 4 pagi. "Berdasarkan maklumat yang diterima, keempat-empat lelaki berkenaan dikatakan bekerja sebagai nelayan yang berasal dari Pulau Sitangkai (Filipina) dan mereka sedang dalam perjalanan menuju ke Kampung Batu, berdekatan Kampung Simunul, Semporna. "Mereka dipercayai terlibat dengan aktiviti penyeludupan barangan bersubsidi yang dibeli di Pekan Semporna dan dijual di selatan Filipina (Sitangkai). Bot pam itu juga dipenuhi dengan 'jericane' (tong) kosong," katanya dalam satu kenyataan di Semporna hari ini. Mohammad berkata pihaknya turut merampas wang tunai berjumlah 45,000 peso (kira-kira RM4,000) daripada kumpulan itu.- Bernama | |||
DCA kata hanya bantu operasi pencarian JACC Posted: 13 Apr 2014 05:43 AM PDT MALAYSIAKINI Penyertaan dua wakil Jabatan Penerbangan Awam (DCA) Malaysia dalam operasi pencarian pesawat Malaysia Airlines MH370 kendalian Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC) hanya sebagai pemudah cara dan membantu operasi. Dua wakil itu, Penolong Pengarah Prinsipal DCA Noor Izhar Baharin dan Penolong Pengarah Pusat Koordinasi Mencari dan Menyelamat Aeronautika Kuala Lumpur Muhammad Irfan Ahmad Baidove, semasa dihubungi Bernama menyatakan kehadiran mereka juga adalah sebagai pegawai perhubungan bagi Malaysia. "Ketika ini merupakan proses mengumpulkan pakar-pakar, saya fikir oleh kerana senario seperti ini dianggap yang pertama berlaku di dunia, jadi setiap pakar perlu datang dan memberikan idea untuk merungkai masalah ini," kata Noor Izhar. Mereka tiba di Perth pada Jumaat dan secara rasminya menyertai pasukan itu semalam. Noor Izhar berkata pasukan itu akan mengadakan taklimat pada 9 pagi setiap hari di Perth berhubung perkembangan terkini operasi pencarian. Ketika diminta mengulas lanjut berhubung perkara itu, Noor Izhar, bagaimanapun berkata sebaiknya perkara itu datang daripada ketua penyelaras JACC sendiri. "Ini (taklimat) diperlukan kerana kami mahu mengelak percanggahan dalam mengeluarkan kenyataan, lebih-lebih lagi kepada awam," katanya. Ditanya berapa lama mereka akan bersama-sama JACC, yang berpangkalan di sini, Noor Izhar berkata tempohnya masih belum pasti. Semalam, Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein semasa mengumumkan penyertaan dua wakil itu turut membayangkan Malaysia mungkin akan menghantar wakil tiga jawatankuasa khas mengenai MH370 kementerian untuk membincangkan tentang persediaan yang perlu dilakukan pihak Malaysia dalam operasi pencarian kotak hitam MH370 dan selepas penemuannya. Penerbangan MH370, membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal, berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada 12.41 tengah malam dan hilang daripada imbasan radar kira-kira sejam kemudian semasa berada di ruang udara Laut China Selatan. Pesawat itu sepatutnya mendarat di Beijing 6.30 pagi hari sama. Misi mencari pesawat itu melibatkan pelbagai negara, pada mulanya di kawasan Laut China Selatan dan kemudiannya - selepas pesawat itu dikesan melencong daripada laluan asal - di sepanjang dua koridor iaitu koridor utara dari sempadan Kazakhstan dan Turkmenistan hingga utara Thailand dan koridor selatan dari Indonesia sehingga selatan Lautan Hindi. Berikutan hasil analisis terhadap data satelit, syarikat telekomunikasi satelit United Kingdom Inmarsat dan Cawangan Penyiasatan Kemalangan Udara UK (AAIB) merumuskan Penerbangan MH370 terbang di sepanjang koridor selatan dan kedudukan terakhirnya di tengah-tengah Lautan Hindi, barat Perth. Najib kemudian mengumumkan pada 24 Mac, 17 hari selepas kehilangan pesawat Boeing 777-200 itu, Penerbangan MH370 "berakhir di selatan Lautan Hindi".- Bernama | |||
Azmin: PKR bukan parti berasaskan Melayu Posted: 13 Apr 2014 05:38 AM PDT MALAYSIAKINI Penyandang timbalan presiden PKR Azmin Ali menyanggah kenyataan setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution bahawa PKR adalah sebuah parti berasaskan Melayu. "Tidak, PKR tidak pernah menjadi parti berasaskan Melayu," katanya pada sidang media di ibu pejabat PKR pagi ini. "PKR mempunyai tanggungjawab yang besar untuk memastikan budaya politik yang baru dibawa ke dalam sistem politik Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama," katanya. Azmin mengulas kenyataan Saifuddin yang diterbitkan oleh News Strait Times Press (NSTP) pada Jumaat lalu, yang mendakwa realitinya PKR adalah sebuah parti berasaskan Melayu. Saifuddin yang merupakan salah seorang pencabar Azmin untuk jawatan timbalan presiden, berkata demikian ketika ditanya mengenai kebimbangan pengarah strategi PKR Rafizi Ramli mengenai komposisi kaum para calon yang bergandingan dengan Saifuddin. Saifuddin, Rafizi Ramli dan Nurul Izzah Anwar pada hari Selasa lalu mengumumkan pembentukan satu pakatan untuk pemilihan PKR. | |||
Menteri: AG di UK bincang isu kotak hitam Posted: 13 Apr 2014 05:36 AM PDT MALAYSIAKINI Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata Peguam Negara Tan Seri Abdul Gani Patail kini berada di UK untuk membincangkan mengenai hak ke atas kotak hitam pesawat MH370. "Ia akan diumumkan sedikit masa lagi. Peguam Negara berada di UK sekarang untuk membincangkan perkara itu. "Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) dan pakara yang terlibat sedang mengenalpasti, berdasarkan undang-undang antarabangsa dan tempatan, siapa yang berhal ke atas kotak hitam, tapi saya ingin menangani perkara itu apabila kita temui kotak hitam," katanya. Hishammuddin yang ditanya mengenai perkara tersebut hari ini turut memberi gambaran bahawa cadangan daripada MP pembangkang untuk mengadakan suruhanjaya siasatan diraja berhubung kejadian MH370 masih dipertimbangkan. "Seperti yang saya nyatakan semalam, apabila Angus Houston [ketua Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC)] mengesahkan bahawa isyarat tersebut berpunca dari kotak hitam, kami sibuk dengan jawatankuasa kementerian, panel pakar dan usaha menubuhkan jawatankuasa diraja," katanya. Menurut Konvensyen Penerbangan Awam Antarabangsa, Malaysia berhak melakukan siasatan dan mendapatkan serpihan pesawat berkenaan memandangkan, pesawat Boeing 777-200ER itu didaftarkan di Malaysia dan dimiliki MAS. Malaysia bagaimanapun telah meminta Australia untuk mengetuai pencarian pesawat itu di selatan Lautan Hindi, menurut laporan tersebut. Hishammuddin yang telah ditanya mengenai isu tersebut sebelum ini beberapa kali menegaskan bahawa Malaysia akan mematuhi ketetapan ICAO. | |||
Menteri cadang prosiding hina mahkamah Posted: 13 Apr 2014 05:29 AM PDT MALAYSIAKINI Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Joseph Kurup menasihatkan S Deepa supaya memohon kepada Mahkamah Tinggi agar prosiding menghina mahkamah boleh dimulakan ke atas bekas suami wanita tersebut. Katanya, Izwan Abdullah patut dikenakan tindakan berkenaan kerana lelaki tersebut sepatutnya mengambil tindakan mengikut undang-undang dan bukannya merampas anak tersebut daripada jagaan S Deepa. "Saya berharap pihak ibu dapat mengambil tindakan di Mahkamah Tinggi untuk memulakan satu prosiding menghina mahkamah (ke atas Izwan)," katanya. Beliau ditemui pemberita selepas merasmikan satu dialog berhubung agama Islam dan Buddha di Dewan Kebudayaan Soka Gokkai, Kuala Lumpur petang ini. Tambahnya Izwan perlu menghormati keputusan Mahkamah Tinggi Seremban yang memberikan hak penjagaan dua anak mereka kepada bekas isterinya S Deepa, 30 pada 7 April lalu. "Keputusan Mahkamah Tinggi semestinya dipatuhi, kalau bapa (Izwan) mahu dapatkan hak penjagaan perlu kembali ke Mahkamah Tinggi mengikut prosedur ditetapkan Mahkamah Sivil. Katanya, Deepa sebagai ibu juga perlu mengambil tindakan terhadap Izwan kerana mualaf tersebut mengislamkan dua anak tanpa persetujuan. "Ini ketetapan undang-undang setiap masalah mengubah kepercayaan sepatutnya kedua ibu bapa bersetuju tapi dalam masalah itu perkara ini tidak berlaku sebab itu Mahkamah Tinggi ambil tindakan terhadap perkara ini, ia memerlukan inisiatif daripada ibu itu (Deepa)," katanya. Izwan, nama asalnya N Viran, didakwa merampas anaknya yang berusia enam tahun itu pada 9 April lalu, dua hari selepas Deepa mendapat hak penjagaan daripada Mahkamah Sivil. Hakim Mahkamah Tinggi Seremban Zabariah Mohd Yusof pada 7 April menetapkan hak penjagaan anak mereka kepada S Deepa yang memfailkan permohonan perceraian dan hak penjagaan anak-anak beliau pada Disember lalu. Bagaimanapun, Deepa perlu meneruskan kes berasingan untuk membatalkan penukaran agama anak lelaki dan anak perempuannya, yang berumur enam dan sembilan tahun itu. Bekas isterinya pada hari sama kejadian membuat laporan polis dan menggesa agar berkuasa bertindak terhadap suaminya yang didakwa menghina perintah mahkamah. | |||
Posted: 12 Apr 2014 10:16 PM PDT nobisha.blogspot.1. Sewaktu menjadi Exco, Naib Presiden dan kemudiannya Setiausaha Agung, Majlis Belia Malaysia (MBM) 15 tahun lalu, saya pernah sebutkan berkali-kali untuk ibu bapa mempunyai literasi media dan mendidik anak-anak dengan adab di internet.2. Saya pernah menggesa (pada masa itu) agar Internet Service Provider (ISP) memperkenalkan dan melaksanakan secara tegas Acceptable Use Policy (AUP) di mana ISP membatalkan akses kepada internet untuk sesiapa yang melanggar AUP atau menggunakan secara tidak sewajarnya. Saya pernah menulis mengenai isu ini dalam Utusan Malaysia. Sila klik di sini untuk membaca. 3. Malah, saya berusaha untuk melakukan literasi internet dan bersama Dato' Saifuddin Abdullah (Presiden MBM ketika itu) melancarkan "Etika Pengguna Internet" di Pusat Belia Antarabangsa. 4. Apa yang saya bimbangi dulu kini menjadi realiti. Pengguna media sosial hari ini seolah-olah dirasuk syaitan dan tidak mampu lagi membezakan yang baik dan yang buruk. Adab dan akhlak sudah dibakulsampahkan. Maki-hamun, cercaan, provokasi melampau dan fitnah sudah menjadi asam-garam di media sosial. Kita lihat sajalah diskusi mengenai insiden #MH370. 5. Walaupun saya pernah sebutkan, "Sekolah bertingkat-tingkat, bodoh berlapis-lapis," namun saya masih lagi boleh terima orang bodoh. Orang bodoh yang mahu belajar adalah jauh lebih baik daripada orang jahil yang sentiasa berusaha untuk menyesatkan orang lain. Apa yang saya bimbang ialah provokasi melampau dan fitnah dari jahiliyyah ini yang akhirnya menjahamkan negara. 6. Sebahagian anak muda sudah tidak mampu menghormati yang tua. Sesetengah orang tua pula tidak mampu memberikan teladan yang baik sewaktu berinteraksi di media sosial. 7. Sekali lagi saya ingin menyeru pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia agar memperkenalkan AUP dan mewajibkan ISP membatalkan atau menghadkan akses internet apabila terdapat aduan pengguna kepada pengguna yang lain. Akaun pengguna tersebut boleh dibatalkan. Sekiranya dia menggunakan akaun orang lain untuk mengakses internet, akaun itu juga dibatalkan. 8. Seperti yang pernah saya sebutkan 15 tahun lalu, akses internet bukanlah satu hak (right), tetapi ia adalah satu keistimewaan (privilege). Keistimewaan ini patut ditarik balik apabila seseorang menyalahgunakannya. 9. Pada hemat saya, tindakan membatalkan dan menghadkan akses internet ini jauh lebih berkesan berbanding denda. Orang tak peduli dengan denda. Apalah sangat dengan denda beberapa ratus ringgit. 10. Biarlah dia meraung sampai ke pagi kerana tak dapat mengakses internet. Biar dia menangis kerana tak dapat gunakan Facebook. Biar dia meroyan di tepi jalan kerana tidak dapat mengikuti Twitter. Itu adalah pengajaran yang cukup berkesan sekaligus menjadi "deterrent" kepada orang lain yang berkira-kira untuk biadab di media sosial. | |||
Bekas hakim dapat projek Kidex, Umno terus kayakan kroni- Izzah Posted: 12 Apr 2014 09:26 PM PDT KEADILAN DAILYPAROI : Adalah perkara biasa di Malaysia apabila bekas ketua hakim dianugerahkan projek besar meskipun wujud konflik kepentingan, kata pemangku Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar. Ahli Parlimen Lembah Pantai itu mengaitkan bekas ketua hakim negara, Tun Zaki Azmi yang dianugerahkan projek Lebuh Ekspres Kinrara- Damansara (KIDEX Skyway) bernilai RM2.2 bilion beberapa tahun lalu. Menurut Izzah, Zaki yang merupakan kroni Umno BN menjadi pemegang saham terbesar dalam projek berkenaan, selepas bersara sebagai ketua hakim negara. "Sejarah Tun Zaki Azmi sendiri, iaitu bekas ketua hakim di mana beliau terlibat dengan isteri beliau dalam projek Kidex bernilai 2.2 billion. "Ini makanan mereka (Umno) terus mengkayakan kroni, mengaburi mata rakyat kononnya membuat sesuatu projek untuk kemudahan rakyat, tapi dalam masa yang sama poket sendiri juga perlu (dipenuhkan), "Habis rakyat ini macam mana? Terus susah dan dihimpit bebanan?," Soalnya ketika ditemui pemberita dalam Program Jelajah Reformasi 2.0 fasa 2 di Paroi, Negeri Sembilan baru-baru ini. Projek yang menelan belanja RM2.2 billion itu sebelum ini dikritik Pakatan Rakyat (PR) kerana dinugerahkan kepada dua konsesi iaitu Tun Zaki dan Penasihat Undang-Undang Umno, Datuk Hafarizam Harun. Kedua-dua tokoh berkenaan terlibat dengan rampasan kuasa oleh Umno di Perak pada 2009. Izzah berkata, rakyat perlu sedar dan bangkit menentang kezaliman Umno BN yang hanya mencari jalan untuk terus mengkayakan kroni tanpa memikirkan kesusahan rakyat. "Sampai bila kita nak terus diam dengan apa yang mereka lakukan? Bukan baru sekali dua, sebelum ini dengan skandal PKFZ, kali ini projek bernilai RM2.2 melibatkan orang-orang mereka juga, yang kaya itu mereka, kita dapat apa?," katanya. | |||
Kit Siang gesa KPN letak jawatan jika tidak sedia tegak undang-undang Posted: 12 Apr 2014 09:14 PM PDT KUALA LUMPUR: DAP menggesa Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Khalid Abu Bakar supaya meletakkan jawatan jika beliau tidak bersedia untuk menegakkan undang-undang dalam kes penculikan kanak-kanak di Seremban, baru-baru ini. Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang berkata, kegagalan dan keengganan Khalid jelas menunjukkan sikap yang tidak bertanggungawab walaupun satu laporan polis telah dibuat oleh ibu mangsa S Deepa bahawa anaknya telah dilarikan oleh bekas suami setelah S Deepa memenangi hak penjagaan melalui mahkamah sivil. "Saya bersetuju dengan bekas Menteri Undang-Undang Datuk Seri Nazri Aziz bahawa KPN telah melakukan kesilapan dengan menganggap bahawa undang-undang syariah membenarkan seorang mualaf menculik anaknya selepas kehilangan hak penjagaan kepada ibu," ujar Kit Siang. Ahli Parlimen Gelang Patah itu juga mengingatkan bahawa KPN telah bersumpah untuk menegakkan undang-undang dan Perlembagaan, maka beliau perlu mengambil tindakan segera serta memastikan anak yang 'diculik' itu dikembalikan ke pangkuan ibunya. Isnin lalu, Mahkamah Tinggi Seremban telah memberikan S Deepa hak penjagaan penuh ke atas kedua-dua anaknya kerana perkahwinan beliau dengan N Viran pada 2004 adalah perkahwinan sivil dan tidak tertakluk di bawah undang-undang syariah. Hakim Datuk Zabariah Mohd Yusof juga membenarkan beliau untuk menceraikan Viran yang memeluk agama Islam pada 2012 dan telah bertukar nama kepada Izwan Abdullah. -Roketkini.com | |||
Posted: 12 Apr 2014 09:11 PM PDT Oleh SELENA TAY KES penculikan di Semporna, Sabah baru-baru ini telah mengingatkan kita kembali kepada kes tahun lalu di mana seorang pelancong wanita dari Taiwan telah diculik setelah suaminya ditembak mati oleh penculik tersebut. Kes ini juga telah berlaku di kawasan perairan di Sabah. Kali ini pula, seorang pelancong dari China dan seorang pekerja dari Filipina telah diculik, kedua-duanya daripada golongan Hawa. Ini akan memberi imej yang buruk kepada negara kita kerana ia seolah-olah menggambarkan bahawa kawalan keselamatan di negara kita tidak ketat. Bulan lalu pun terdapat kes dua orang penumpang yang telah menaiki pesawat MH370 dengan pasport yang telah dicuri. Justeru, jika kita gagal mengawal keselamatan negara, maka para pelancong akhirnya akan lebih suka melawat negara jiran dan walau apa pun cara kita hendak mempromosikan negara kita sebagai destinasi pelancongan yang hebat, pelancong tetap akan rasa takut untuk datang melawat kerana risau pasal isu keselamatan. Ini belum lagi diambil kira kes-kes meragut beg yang sering berlaku di bandar-bandar besar. Oleh itu, pihak berkuasa digesa memantau sempadan negara kita dengan lebih ketat lagi supaya keselamatan negara tidak akan tergugat. Langkah-langkah perlu diambil untuk membaik-pulih imej negara yang telah rosak akibat keselamatan yang telah terjejas. Jika tidak diperbaiki, maka Tahun Melawat Malaysia 2014 tidak akan mendapat sambutan. | |||
Posted: 12 Apr 2014 09:09 PM PDT
Saya sukar hendak faham lojik ahli parlimen BN terutamanya daripada Umno. GST - cukai ke atas semua pengguna dianggap sebagai suatu yang baik. Lagi sukar saya faham mengapa orang Melayu yang rata-ratanya golongan yang relatif miskin dalam negara ini, menerima GST sebagai suatu yang bagus.Mereka terpaksa bayar, tetapi mereka suka? Perkiraan apa yang ada dalam kepala rakyat? GST hanya bagus kepada kerajaan, kerana mereka dapat mengutip lebih banyak hasil. Menurut mereka, bila hasil banyak maka banyaklah perbelanjaan akan dilakukan untuk kepentingan rakyat. Benarkah begitu? Ini pendustaan yang paling besar. Cuba kita lihat apa yang dibelanjakan oleh kerajaan BN. Mereka berbelanja atas projek yang menjadikan kroninya kaya. Lebih banyak ada wang dalam tangan, maka lebih besar belanja daripada pendapatan. Belanja berhemah dan cermat tidak ada dalam kamus BN dan Umno. Lagi banyak duit dalam tangan, lebih besar samun, rompakan dan ketirisan yang dilakukan. Orang Melayu yang bertegas untuk bayar GST ini - apa yang kena dengan kepala mereka? Kaya sangatkah orang Melayu? Kemiskinan di kalangan orang Melayu mengikut perangkaan EPU ialah 2.2, iaitu ukuran peratusan orang Melayu yang berada di bawah garis kemiskinan. Garis kemiskinan ini berapa? RM650 sebulan. Ertinya, terdapat 2.2% orang Melayu berada di bawah garis kemiskinan. Jika jumlah orang Melayu ialah 15,000,000, maka yang miskin papa kedana dan hidup melarat ialah 330,000 orang Melayu. Golongan ini yang menerima BR1M 300. Mereka penerima jika ketua kampung berkata 'ok'. Golongan inilah yang mendapat bantuan kebajikan masyarakat RM400 sebulan. Dicampur dengan RM300, pendapatan bulanan mereka adalah RM700, masih tersangat rendah daripada RM3,000 penanda aras layak mendapat BR1M. Jika BR1M dapat RM600 untuk satu tahun, di sana ada tambahan RM50 kepada pendapatan bulanan. Masih jauh di bawah RM1,000 sebulan. Pendapatan bulanan 20% Melayu teratas ialah RM10,666. Pendapatan 40% Melayu yang tengah ialah RM4123. Manakala pendapatan Melayu yang 40% paling bawah ialah RM1,686. Makanya, kalau kita campur pendapatan purata bulanan untuk semua kategori orang Melayu, pendapatan bulanan orang Melayu kesemuanya ialah RM16,475. Ini bererti Melayu yang 20% teratas menguasai 65% pendapatan bulanan orang Melayu. Yang di bawah iaitu 40% paling bawah hanya menguasai 10% daripada pendapatan purata bulanan. Mengapa yang terbawah ini mahu menyokong GST? Walaupun ada barangan yang zero-rated atau tidak dikenakan GST, rakyat masih membayar harga yang tinggi kerana tidak ada yang menyekat pihak peruncit daripada mengenakan harga yang tinggi. Malah, GST bersih mereka terpaksa bayar, entah-entah dimasukkan ke dalam harga jualan kepada pengguna. Dan oleh sebab pengguna akhir tidak berdaftar dengan GST, mereka tidak boleh membuat tuntutan daripada kerajaan. Maka amatlah hairan kita mengapa orang Melayu yang hidup susah mahu bertegas membayar GST. Malah ada yang dirasuk oleh Umno untuk tunjuk perasaan dan berdemonstrasi mahu membayar GST. Kaya sangatkah orang Melayu? Ini bererti sudahlah orang Melayu hidup susah, tetapi mereka membenarkan Umno menipu mereka. Sebelum in, Melayu yang miskin, yang mohon bantuan sana sini, berdemonstrasi dan tunjuk perasaan mahu bayar PTPTN. Mereka ditawarkan pendidikan percuma sehingga universiti, ibu bapa pelajar yang bergantung kepada bantuan dan berpendapatan rendah, memprotes mahu membayar PTPTN! Apa sudah jadi kepada mereka? Jawapannya ialah mereka melihat tentangan kepada PTPTN dan tentangan kepada GST ialah penentangan kepada sebuah kerajaan Melayu. Ternyata tanggapan sebegini salah. Tetapi Umno memperlakukan isu ini sebagai suatu yang dirancang oleh sebuah kerajaan melayu tetapi ditentang oleh kaum lain, terutama oleh bangsa Cina. Ini membuktikan Umno itu rasis dalam semua perhitungannya. Tersembunyi di sebalik kerelaan menerima kesakitan dan penindasan yang dilakukan oleh Umno, ialah kerelaaan diperlakukan demikian asal yang melakukan kezaliman dan penindasan itu oleh Melayu. Maka orang Melayu rela, sebab penceroboh itu Melayu dan Umno lagi. Hidup Melayu! – sakmongkol.blogspot.com | |||
Khalid Ibrahim jawab isu Canal City, anggap ia perkongsian pintar Selangor dan pemaju Posted: 12 Apr 2014 09:01 PM PDT Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini menjelaskan isu jual beli tanah antara syarikat milik penuh kerajaan negeri, Perbadanan Menteri Besar (MBI) dan syarikat pemaju Tropicana, mengatakan ianya merupakan "perkongsian pintar" kedua-dua pihak. Khalid menjelaskan, melalui perjanjian itu, MBI akan memperolehi sekurang-kurangnya RM1.3 bilion dalam tempoh 20 tahun, dan kerajaan negeri akan memperolehi pembangunan infrastruktur dan prasarana di atas tanah seluas 424 ekar sepanjang tempoh pembangunan di Canal City tersebut. "Prinsip Pakatan Rakyat (PR) di dalam urusan pentadbir aset seperti hartanah kerajaan negeri adalah memberi nilai tertinggi kepada aset tersebut dengan cara tidak menjual tanah kosong, tetapi menjual tanah dan pelan pembangunan. "Hal ini boleh dilakukan kerana kerajaan negeri mempunyai pakar di dalam merancang pembangunan dan kelulusan berkenaan dengannya terletak di dalam kuasa kerajaan negeri melalui Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN), Pejabat Tanah dan Galian Selangor serta Pihak Berkuasa Tempatan," katanya, dalam satu kenyataan hari ini. Khalid berkata, melalui perancangan asal pada 2003, pembangunan Canal City melibatkan kos keseluruhan berjumlah RM1.345 bilion, manakala keuntungan keseluruhan projek adalah RM74 juta bagi tempoh 20 tahun dengan PNSB hanya memperolehi RM22.2 juta. "Ini jauh berbeza dengan penjualan tanah dengan pelan pembangunan yang dilakukan oleh Pakatan Rakyat melalui MBI dan Permodalan Negeri Selangor Bhd (PNSB)," katanya dalam kenyataan tersebut. Umno Selangor sebelum ini mendesak kerajaan Selangor segera memberi penjelasan berhubung perjanjian jual beli tanah projek berkenaan yang dibuat ketika kerajaan sementara memerintah sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13). Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar berkata beberapa keraguan dipercayai timbul dalam urusan penjualan tanah projek Canal City itu. Noh berkata, berlaku ketirisan dalam urusan perjanjian jual beli kerana penjualan tanah ditandatangani pada 15 April 2013, iaitu ketika kerajaan sementara memerintah. "Perjanjian jual beli tanah untuk projek itu (Canal City) tidak sepatutnya dibuat ketika negeri diperintah oleh caretaker goverment, ia dibuat selepas DUN Selangor dibubarkan pada 3 April 2013. "Selain isu perjanjian ketika DUN sudah dibubarkan, harga penjualan tanah juga menimbulkan keraguan kerana harga yang diumumkan ialah RM844 juta bagi kawasan seluas 1,172 ekar atau 474 hektar, sedangkan harga sebenar ialah RM1.7 bilion," katanya, memetik laporan Astro Awani. Noh yang juga ahli Parlimen Tanjung Karang berkata, mengikut perjanjian asal, PNSB dan MBI menjual tanah kepada Tropicana dengan nilai RM1.3 billion tetapi bersyarat Tropicana perlu menjelaskan deposit RM50 juta dalam tempoh 6 bulan pertama. Manakala RM537 juta akan dibayar berserta faedah dalam tempoh 12 tahun dan baki RM458.26 juta adalah 5% daripada nilai pembangunan kasar tanah, ditambah pula dengan 3% daripada keuntungan bersih daripada projek. Menjelaskan perkara itu, Khalid berkata perjanjian antara Tropicana dan PNSB adalah berdasarkan nilai "Gross Development Value" pada RM8.64 ribu juta yang melibatkan 748 ekar tanah yang boleh dibangunkan serta 424 ekar tanah untuk pembinaan infrastruktur dan prasarana. "Ini bermakna purata nilai tanah yang boleh dibangunkan adalah sejumlah RM1.15 juta satu ekar. Manakala kos untuk pembinaan prasarana pada lazimnya adalah sejumlah RM10 satu kaki persegi, yakni pemaju perlu membelanjakan sejumlah RM136 juta untuk prasarana. "Pada 19 Mac 2014, Tropicana melaporkan menjual 308.72 ekar tanah yang menjadi sebahagian daripada tanah pembangunan seluas 1,172 ekar kepada Eco World Development Group Berhad pada harga RM470.67," katanya. "Maka terdapat dakwaan bahawa Perjanjian Jual Beli Tanah dan Pembangunan yang ditangani oleh MBI dan Tropicana pada April 2013 yang lalu adalah cuai dan kerajaan negeri menjual tanah tersebut di bawah harga pasaran. Apatah lagi Tropicana turut memukul gendang kononnya mereka mendapat keuntungan atas angin berjumlah RM170 juta hasil daripada penjualan tersebut," kata Khalid. Beliau menegaskan, pihak umum bagaimanapun gagal melihat bahawa kos pembinaan infrastruktur adalah sebanyak RM10 kps dan pastinya penjualan 308.72 ekar tanah pada harga RM470.67 juta mengambil kira faktor ini. "Berikutan dengan transaksi di antara Tropicana dan Eco World tersebut, kerajaan negeri berhasrat untuk merealisasikan pelaksanaan perjanjian dengan lebih awal tanpa menunggu pelan pembayaran berperingkat yang dicadangkan di dalam Perjanjian Jual Beli yang ditandatangani bersama Tropicana. "MBI melalui PNSB selaku Pengurus Projek Pembangunan menawarkan kepada Tropicana penjualan tunai berdasarkan Nilai Bersih Terkini tanah tersebut sejumlah RM844,298,433 yakni RM1.15 juta seekar bagi mendapatkan nilai potensi besar hasil penjualan tanah itu. "Menerusi tawaran terbaru yang dibuat kerajaan negeri, nilai tanah yang dijual kepada Tropicana merupakan harga terbaik, sekaligus menyangkal dakwaan bahawa ianya dijual di bawah harga pasaran," katanya lagi. Perjanjian Jual Beli Tanah dan Pembangunan yang ditandatangani tersebut, kata Khalid adalah atas dasar Nilai Kasar Pembangunan RM8,64 juta. MBI juga katanya, melalui PNSB akan memperolehi 5% keuntungan/pulangan daripada nilai tersebut hasil daripada perkongsian pembangunan. "Bagaimanapun, sekiranya Tropicana berhasrat menaikkan Nilai Kasar Pembangunan (GDV) dari nilai yang dimeterai apabila menyerahkan Kebenaran Merancang dam Laporan Cadangan Pembangunan (LPC), maka pulangan yang perlu diberikan kepada MBI juga akan turut dinaikkan selari dengan kenaikan GDV tersebut," kata Khalid. Beliau turut berkata, sekiranya pihak pemaju berhasrat untuk mempercepatkan proses pembangunan maka kerajaan negeri akan memperolehi keuntungan dalam tempoh dan jangka masa yang diambil pemaju. | |||
Pinda undang-undang, bolehkan bukan Islam hadir ke Mahkamah Syariah, kata peguam Islam Posted: 12 Apr 2014 08:58 PM PDT Persatuan Peguam Muslim Malaysia (PPMM) menggesa agar kerajaan meminda undang-undang bagi membolehkan individu bukan Islam dibenarkan menghadiri sesi perbicaraan di Mahkamah Syariah bagi menuntut keadilan. Presiden PPMM, Datuk Zainul Rijal Abu Bakar ketika mengulas berhubung isu hak penjagaan anak beragama Islam oleh ibu beragama Hindu berkata, terdapat pertindihan perintah antara Mahkamah Syariah dan Mahkamah Sivil dalam isu yang berlaku di Seremban itu. "PPMM menyeru agar undang-undang dipinda bagi membolehkan orang bukan Islam dibenarkan hadir ke mahkamah syariah bagi menuntut keadilan kerana keadilan Islam adalah bersifat sejagat," katanya. "Negara Brunei Darussalam contohnya hanya mensyaratkan sekurang-kurangnya satu pihak beragama Islam sahaja bagi menghadiri prosiding di mahkamah syariahnya," tambah Zainul Rijal dalam kenyataan di Kuala Lumpur. Kerani dari Seremban, S Deepa sebelum ini menerima hak penjagaan dua anaknya oleh Mahkamah Tinggi, sekaligus mengenepikan keputusan Mahkamah Syariah Seremban yang sebelum itu memberikan hak penjagaan kepada bapa mereka yang memeluk Islam. N Viran, yang menukar nama kepada Izwan Abdullah bagaimanapun melarikan anak mereka, Mithan, 6, sehari selepas keputusan berkenaan dibuat Mahkamah Tinggi. "Berilah peluang kepada kedua belah pihak menyelesaikan pertikaian mereka di mahkamah dan pihak yang tidak berkenaan tidak perlu beremosi di dalam menghadi kemelut sebegini," kata Zainul Rijal. Beliau berkata lagi, oleh kerana hal ini berkaitan kekeluargaan, adalah tidak molek pihak berkuasa menggunakan tindakan undang-undang termasuk mendakwa Izwan atas apa jua tuduhan. "Terdapat pelbagai penghakiman mahkamah tertinggi negara yang memutuskan isu-isu sebegini yang boleh dijadikan rujukan," katanya. Beliau berkata, isu agama anak tidak diputuskan di dalam penghakiman yang diberikan oleh Mahkamah Tinggi Seremban, tetapi suatu fatwa telahpun dikeluarkan oleh Mufti kerajaan Negeri Sembilan berhubung keislaman anak-anak tersebut. "Izwan tidak boleh dikenakan dakwaan menghina mahkamah kerana beliau mempunyai perintah hak jagaan yang sah dikeluarkan oleh Mahkamah Syariah Seremban. "Perintah tersebut berkuatkuasa sehinggalah ianya dibatalkan," katanya . Viran, bekerja sebagai pemandu lori meninggalkan Deepa dan anak-anaknya tiga tahun lalu dan memeluk Islam menggunakan nama Izwan. Deepa kemudian mendapati anak-anaknya, Sharmila (Nurul Nabila) 9, dan Mithran (Nabil), 6, diislamkan tanpa pengetahuannya pada April. Selepas Mahkamah Tinggi memberikan hak penjagaan kepadanya pada Isnin, Izwan bagaimanapun pada Rabu pergi ke rumah Deepa di Jelebu dan merampas anak lelaki mereka. Deepa berkata kepada polis beliau gagal menghalangnya kerana pakaiannya tersangkut pada pintu kereta dan diseret. Malah, beliau turut mendakwa bekas suaminya turut menendangnya. Polis bagaimanapun, berkata mereka tidak akan bertindak terhadap laporan terbaru Deepa kerana dua mahkamah memberikan hak penjagaan kanak-kanak terhadap ibu dan bapa mereka. Zainul Rijal berkata, sebagai seorang mualaf yang terdahulunya berkahwin secara sivil melalui Akta Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan Dan Perceraian) 1976 Izwan tidak diberikan hak melalui Seksyen 51 Akta tersebut untuk membubarkan perkahwinan sivilnya. Oleh yang demikian, beliau melaksanakannya di bawah Enakmen Undang Undang Keluarga Islam (Negeri Sembilan) 2003. Suruhanjaya Ong yang menggubal Akta Membaharui Undang-Undang, khususnya Seksyen 51 tersebut berprasangka buruk terhadap mualaf yang memeluk Islam sehingga 'menghukum' mualaf tersebut tidak mempunyai hak memfailkan perceraian berbanding pasangan yang tidak memeluk Islam. "Sebagai seorang yang menganut agama Islam, Izwan tertakluk kepada perintah Mahkamah Syariah dan mempunyai obligasi menjaga maqasid al shariah termasuklah hifz al deen (menjaga agama)," katanya | |||
Amerika nafi MH370 mendarat di pangkalan tentera Diego Garcia, lapor akhbar Posted: 12 Apr 2014 08:55 PM PDT Amerika Syarikat (AS) menafikan pesawat Malaysia Airlines MH370 mendarat di pangkalan tentera mereka di lokasi terpencil di Diego Garcia, lapor akhbar Britain Daily Mirror. Akhbar berkenaan melaporkan, jurucakap kedutaan AS di Kuala Lumpur menafikan perkara itu di sebalik khabar angin dan spekulasi mengatakan pesawat dengan 239 penumpang dan anak kapal mendarat di sana. "Tiada petunjuk mengatakan pesawat MH370 terbang berhampiran Maldives mahupun Diego Garcia. "MH370 tidak mendarat di Diego Garcia," katanya dipetik laporan akhbar. Beliau turut berkata, dalam usaha sama koordinasi misi carian pesawat yang hilang pada 8 Mac lalu, tentera laut AS kini bekerjasama dengan Malaysia dan Australia, bersama 26 lagi negara. Lokasi Diego Garcia sekitar 3,500 kilometer dari Malaysia. Hari ini masuk hari ke-36 misi mencari pesawat berkenaan di Lautan Hindi, tumpuan kini bagi pengerahan Kenderaan Dalam Air Automatik milik Amerika Syarikat Bluefin 21 kerana dikhuatiri bateri kotak hitam kehabisan berikutan tiada isyarat dikesan pasukan mencari bagi tempoh 24 jam lepas. Dua isyarat getaran akustik dikesan Selasa lepas oleh Kapal Pertahanan Australia (ADV) Ocean Shield, manakala satu isyarat dikesan pesawat Australia AP-3C Orion pada Khamis disahkan tidak ada kaitan dengan alat pengesan isyarat pesawat di bawah permukaan air. Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC) berkata bagi misi mencari pada Sabtu, Ocean Shield terus menumpukan usaha untuk mengesan isyarat daripada kotak hitam pesawat dengan menggunakan alat pengesan pinger ditunda. Menurutnya, AP-3C Orion turut meneruskan misi pencarian akustik, bersama-sama Ocean Shield dan kapal oseanografi HMS Echo. "Tiada sebarang pengesanan akustik disahkan dalam tempoh 24 jam lepas," menurut JACC dalam kenyataan hari ini. JACC berkata sembilan pesawat tentera, sebuah pesawat awam dan 14 kapal terbabit dalam misi mencari MH370 di Lautan Hindi pada Sabtu, melibatkan kawasan seluas kira-kira 41,393 kilometer persegi. Kawasan pencarian bertumpu di sekitar kira-kira 2,331 kilometer barat laut Perth, katanya. Rabu lepas, Ketua Penyelaras JACC, Ketua Marsyal Udara (B) Angus Houston berkata Kenderaan Dalam Air Automatik akan dikerahkan sebaik sahaja tiada isyarat dikesan. Pihak berkuasa menganggarkan bateri kotak hitam mungkin boleh bertahan 10 hari lebih lama daripada jangka hayat 30 hari sebelum ia berhenti menghantar isyarat getaran. Sejak Jumaat minggu lepas, pasukan mencari mengesan enam isyarat, dua daripadanya dikesan kapal China, Haixun 01, pada 4 dan 5 April manakala Ocean Shield mengesan empat isyarat pada 5 dan 8 April. Kotak hitam merekodkan data kokpit dan mungkin memberikan jawapan mengenai apa yang sebenarnya berlaku terhadap MH370. Penerbangan MH370, membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal, hilang daripada imbasan radar semasa berada di kawasan Laut China Selatan pada 8 Mac lepas, kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada 12.41 tengah malam. Pesawat itu sepatutnya mendarat di Beijing 6.30 pagi hari sama. | |||
Kawasan pencarian visual MH370 lebih luas hari ini Posted: 12 Apr 2014 08:46 PM PDT THE MALAYSIAN INSIDER Meskipun tiada sebarang isyarat akustik dikesan dalam tempoh 48 jam lepas, misi mencari pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hilang di Lautan Hindi diteruskan hari ini dengan kawasan pencarian lebih luas. Memasuki hari ke-37, Pusat Penyelarasan Bersama Agensi (JACC) berkata Pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia merancang melakukan pencarian visual membabitkan kawasan seluas kira-kira 57,506km persegi berbanding 41,393km persegi pada semalam. Aset digunakan dalam operasi pencarian hari ini turut diperhebat dengan tambahan dua pesawat tentera berbanding sembilan pesawat semalam. "Sejumlah 11 pesawat tentera, sebuah pesawat awam dan 14 kapal akan membantu usaha mencari hari ini," menurut JACC dalam kenyataan pada hari ini dan menurutnya, misi pencarian bertumpu di kawasan kira-kira 2,200km barat laut Perth. Dalam usaha untuk mengecilkan misi pencarian di dasar laut sebelum Kenderaan Dalam Air Automatik digunakan, JACC berkata Kapal Pertahanan Australia Ocean Shield menerusi alat Pengesan Pinger Ditunda akan cuba mengesan lokasi isyarat kotak hitam pesawat itu. Tatkala pesawat AP-3C Orion meneruskan tinjauan akustik, kapal oseanografi HMS Echo dan Ocean Shield turut melakukan operasi pencarian di kawasan berkenaan, menurut JACC. "Keadaan cuaca hari ini diramalkan berlaku tiupan angin barat laut dengan hujan sekejap-sekejap, ombak setinggi satu meter dalam jarak penghilatan 5km dalam keadaan hujan," menurut kenyataan itu. Rabu lepas, Ketua Penyelaras JACC Ketua Marsyal Udara (B) Angus Houston berkata Kenderaan Dalam Air Automatik akan dikerahkan sebaik sahaja tiada isyarat dikesan. Pihak berkuasa menganggarkan bateri kotak hitam mungkin boleh bertahan 10 hari lebih lama daripada jangka hayat 30 hari sebelum ia berhenti menghantar isyarat getaran. Kotak hitam pesawat itu yang merekodkan rakaman data penerbangan dan rakaman suara dalam kokpit, mungkin dapat memberi jawapan kepada persaolan tentang apa yang berlaku kepada MH370 yang melencong beribu-ribu kilometer daripada laluan biasa Kuala Lumpur ke Beijing pada 8 Mac. Penerbangan MH370, membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal, berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada 12.41 tengah malam dan hilang daripada imbasan radar kira-kira sejam kemudian semasa berada di ruang udara Laut China Selatan. Pesawat itu sepatutnya mendarat di Beijing 6.30 pagi hari sama. – Bernama | |||
Pramugara peramah MH370 cadang tukar kerjaya sebelum MH370 hilang, kata rakan karib Posted: 12 Apr 2014 08:33 PM PDT Pramugara pesawat MH370 yang hilang pada 8 Mac lalu, Mohd Hazrin Mohamed Hasnan dikatakan berhasrat menukar kerjayanya selepas 12 tahun bekerja dengan Malaysia Airlines, kata rakan karibnya Abzariq Abas. Menurut Abzariq, 34, Mohd Hazrin yang mesra dengan panggilan "Rain" menyuarakan hasratnya kepada bapanya tidak berapa lama sebelum pesawat yang membawa 239 penumpang dan anak kapal itu hilang. Terdapat 50 orang rakyat Malaysia dalam pesawat yang masih belum ditemui itu. "Rain ada berkata dengan bapanya, dia mahu menukar kerja, menjadi pengacara atau sebagainya," kata Abzariq kepada The Malaysian Insider di Kuala Lumpur baru-baru ini. Menurut Abzariq, Rain sering bergurau bersama rakan-rakan karibnya dan merupakan seorang yang "tinggi, gelap, dan kacak,"membolehkan beliau diterima bekerja sebagai pramugara di syarikat penerbangan nasional itu. Rain yang berusia 34 tahun itu turut dilabelkan sebagai peramah, lucu, dan berdisiplin, menjadikan sesiapa sahaja selesa untuk berkawan dengannya. Rain merupakan salah seorang daripada 12 anak kapal pesawat yang hilang ketika dalam perjalanan ke Beijing dari Kuala Lumpur pada 8 Mac lalu. Kehilangan misteri pesawat dengan 239 penumpang dan anak kapal itu masih menjadi tanda tanya, dengan misi pencarian antarabangsa yang kini memasuki tempoh sebulan masih diteruskan. Abzariq ketika ditemui berkata, Rain sudah menetapkan hala tuju hidupnya untuk menjadi pramugara sejak tamat Tingkatan 5. "Rain pergi ke temuduga MAS selepas tamat pengajian. Pada masa itu hari jadi dia," kata Abzariq, yang mengenali Rain ketika mereka menunaikan solat terawikh di sebuah surau semasa mereka masih lagi kanak-kanak. "Selepas tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Rain sudah sasarkan dia mahu menjadi pramugara, sebab itulah dia memilih jurusan Diploma Hotel dan Pengurusan di Universiti Teknologi MARA (UiTM)," katanya. Abzariq, yang kini bekerja di sebuah syarikat perbankan di ibu negara merupakan rakan sekelas dan sebilik bersama Rain di Kolej Jati ketika menuntut di UiTM pada 1998. Mereka juga sering menghabiskan masa bersama-sama 17 lagi sahabat karib yang menggelarkan kumpulan mereka sebagai "Brotherhood" di Subang selepas tamat zaman persekolahan. "Kami sangat rapat, selepas SPM, setiap hari kami akan lepak. Petang pukul 6 hingga maghrib. Kemudian selepas Isyak kami keluar lagi sampai subuh," katanya. Ketika menuntut di UiTM, Abzariq berkata, imej Rain berambut "pacak" dan berbaju Adidas sering menjadi ikutan, malah bilik kediaman mereka, B2311 di kolej berkenaan turut menjadi "port" lepak oleh rakan-rakan mereka. Menurut Abzariq, Rain, anak ketiga dan juga lelaki tunggal daripada tujuh adik-beradik sangat rapat dengan ayahnya, dan ketika temuduga untuk bekerja dengan MAS, bapanya turut menghantarnya. "Rain sangat komited dengan tugas. Walaupun dia bercuti, dia akan 'standby' di rumah," katanya, dan menambah, "Rain hanya mengambil cuti sakit sebanyak empat kali sepanjang tempoh lima tahun pertama bekerja sebagai pramugara." Abzariq berkata, beliau turut menjadi "bidan terjun" sebagai pengapit kepada Rain ketika majlis perkahwinannya bersama Intan Maizura Othman di Perlis ketika mereka berusia 28 tahun. Intan menarik perhatian media melalui posting di laman sosial Instagram miliknya apabila insiden tersebut apabila memuat naik beliau redha dengan insiden yang menimpa suaminya itu. "Assalamualaikum sayang... on the 8th memang mami dah jangka that you're already in heaven but on the next day I still want to keep my mind positive and hoping that you are still alive and will come back home to us," kata Intan yang dipetik dalam tulisan di akaun laman sosialnya, Instagram. Rain meninggalkan seorang anak kecil dan Intan bakal melahirkan seorang lagi cahaya mata, redha dengan tragedi yang menimpa suaminya. "Indeed, I have to be a bionic woman to face reality today, I will gradually tell Iman that she has lost her papa and Muhammad will be my pillar to move on," katanya, dan menambah, "You are the best husband and papa I could ever ask for." Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebelum ini mengumumkan, pesawat MH370 disahkan berakhir di sebuah kawasan terpencil di selatan Lautan Hindi berdasarkan siasatan wakil Cawangan Siasatan Nahas Udara (AAIB) daripada Britain. Sejurus berita kehilangan pesawat itu didedahkan kepada umum, Abzariq bersama-sama rakan karibnya bergegas ke kediaman Rain dan bertemu keluarganya. Mereka kemudiannya atas inisiatif sendiri, menganjurkan solat sunat hajat sehingga ke hari ini. "Kami tidak berhenti mengadakan majlis bacaan Yasin dan juga kenduri doa selamat memohon agar dipermudahkan segala-galanya," katanya. | |||
Kini Putrajaya mahu hukuman penjara lebih panjang bagi Anwar Posted: 12 Apr 2014 04:57 PM PDT Putrajaya nampaknya cuba menyukarkan lagi keadaan Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan memfailkan rayuan balas untuk meningkatkan lagi hukuman penjara lima tahun terhadap ketua pembangkang itu yang didapati bersalah atas kes liwat bulan lepas. Peguamnya, Karpal Singh berkata rayuan Anwar terhadap keputusan dan hukuman beliau seperti akan dipercepatkan untuk Mahkamah Persekutuan, memandangkan pejabat pendaftar mahkamah sudah pun menghantar sebahagian daripada rekod rayuannya. "Selepas meneliti rekod rayuan, saya dapati pihak pendakwa raya membuat rayuan untuk meningkatkan lagi hukuman penjara Anwar," kata Karpal kepada The Malaysian Insider. Ini berlaku selepas hampir dua minggu Putrajaya membuat rayuan balas terhadap hukuman yang lebih ringan dikenakan terhadap Karpal yang didakwa bersalah dalam kesalahan menghasut. Pada 11 Mac, Karpal disaman RM4,000 tetapi pendakwa raya membuat rayuan balas, menggesa Mahkamah Rayuan untuk mengenakan hukuman yang lebih berat. Dalam kes Anwar pula, Mahkamah Rayuan dengan tiga hakim menjatuhkan hukuman lima tahun penjara kepada pemimpin de facto PKR itu, selepas membenarkan rayuan Putrajaya untuk mengenepikan keputusan Mahkamah Tinggi yang pada mulanya membebaskan beliau. Anwar yang juga merupakan ahli Parlimen Permatang Pauh, dalam risiko kehilangan kerusi Parlimennya dan mungkin akan kecundang alam kerjaya politiknya jika mahkamah tertinggi itu menegakkan keputusan Mahkamah Rayuan. Di bawah Perlembagaan Persekutuan, seorang wakil boleh tersingkir daripada kerusinya jika disaman lebih daripada RM2,000 atau dipenjarakan untuk lebih daripada setahun. Hukuman liwat di bawah Seksyen 377B Kod Penal membawa penjara sehingga 20 tahun dan pesalah juga kemungkinan disebat. "Dalam membuat rayuan balas ini, saya percaya pihak pendakwa raya mahukan Mahkamah Persekutuan untuk mengenakan masa penjara lebih daripada lima tahun. Menyebat Anwar memang tidak akan terjadi kerana beliau sudah 66 tahun," katanya. Anwar didapati bersalah meliwat pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan di kondominium mewah di Bukit Damansara pada 26 Jun, 2008. Hakim, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah memutuskan pada 9 Januari, 2012 bahawa beliau sangsi dengan integriti sampel yang diambil untuk kajian DNA daripada Mohd Saiful kerana sampel tersebut mungkin sudah terjejas sebelum ia sampai ke jabatan kimia untuk dianalisis. Bagaimanapun, Mahkamah Rayuan dengan tiga hakim itu diketuai oleh Hakim Datuk Balia Yusof Wahi dalam keputusan mereka mengatakan Zabidin membuat kesalahan dalam kajiannya kerana sampel berikut tidak terjejas. Keputusan mahkamah itu menghancurkan harapan Anwar untuk menjadi menteri besar Selangor apabila ia hadir empat hari sebelum hari penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang. Anwar merupakan calon PKR bagi PRK tersebut. Karpal berkata dalam situasi biasa, Mahkamah Rayuan akan memberi perayu seluruh rekod rayuan yang termasuk asas penghakiman. Beliau berkata perayu kemudian akan memfailkan rayuan yang termasuk alasan bagi rayuan, dalam masa 10 hari selepas rekod diberikan. Mengikut arahan Ketua Hakim itu, Mahkamah Rayuan perlu menyediakan kesnya dalam masa lapan minggu selepas perayu memfailkan notis rayuannya. Anwar yang diikat jamin RM10,000, memfailkan notisnya pada 10 Mac. "Dalam kes Anwar, semua rekod lain diberikan untuk kegunaannya kecuali asas penghakiman. Mahkamah biasanya cekap dalam kes ini. Saya harap mereka juga cekap seperti ini dalam kes sivil dan jenayah lain," kata Karpal yang juga ahli Parlimen Bukit Gelugor. Karpal sendiri sedang berdepan dengan hukuman penjara dan risiko kehilangan kerusinya selepas Putrajaya membuat rayuan balas terhadap hukuman ringannya yang diberikan Mahkamah Tinggi selepas didapati bersalah menghasut. Peguam berkerusi roda 73 tahun itu berkata Mahkamah Rayuan boleh mengenakan saman maksimum RM5,000 atau memenjarakannya sehingga tiga tahun. | |||
Tuntut hak: Petani perlu tahu apa yang patut dilakukanbela petani Posted: 12 Apr 2014 04:48 PM PDT MUHAMMAD FAIZAL | FOTO WAN ZAHARI SABAK BERNAM: Lajnah Asas Tani PAS Pusat telah melancarkan Gabungan NGO Membela Hak Petani (GABETA) yang terdiri dari 15 NGO dari seluruh negara. Pelancaran itu disempurnakan oleh Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, di Dewan Seri Bernam, Sungai Besar, malam tadi. (Gambar atas) Mohamad dalam ucapan perasmiannya menyambut baik penggabungan tersebut dan menyifatkan ia sebagai satu langkah tepat dalam memperjuangkan nasib para petani menuntut hak mereka. "Orang Melayu kita lihat mereka agak dingin dalam menuntut hak mereka berbanding kaum lain. "Tetapi dengan penubuhan NGO ini ia merupakan satu petanda baru bahawa mereka sedar akan hak yang sepatutnya tuntut dan perolehi," ucap beliau di hadapan kira-kira 400 orang yang hadir. Katanya lagi, rakyat Malaysia khususnya golongan petani tidak perlu malu dalam menuntut hak mereka dan sebagai petani mereka perlu tahu apa yang sepatutnya dilakukan. "Saya tidak menolak yang kita perlu berterima kasih kepada kerajaan dalam subsidi yang diberikan kepada golongan petani seperti racun atau baja. "Tetapi dalam masa yang sama kita juga perlu sedar bukan sekadar itu sahaja yang kita perolehi tetapi ada banyak lagi yang patut kita dapat. "Subsidi diberikan, adakah ia sepenuhnya diberikan kepada kita, itu persoalan yang perlu dijawab selain dari tuntutan lain terutamanya masalah kepada golongan pesawah yang tertindas sejak sekian lama," sambung beliau. Beliau berharap golongan petani di negara ini mendapat pembelaan seperti di negara-negara maju yang memberi pembelaan serta kebajikan sepenuhnya kepada golongan itu. "Tengok Jepun mahupun korea, kerajaan negara itu membela golongan petani begitu baik sekali kerana mereka tahu dengan cara itu sahaja ia dapat meningkatkan jumlah pertanian negara. "Tetapi tidak di Malaysia, golongan ini seolah-olah dianaktirikan tanpa pembelaan, sedangkan mereka merupakan perjuang dan pengeluar makan utama negara. "Ini langkah baik dalam kita kembalikan martabat golongan yang menjaga keselamatan negara melalui makanan utama negara," tambah beliau. Sementara itu, Pengerusi Lajnah Asas Tani PAS Pusat, Datuk Ir Amiruddin Hamzah dalam ucapannya menyatakan melalui penggabungan itu satu resolusi baru akan dibentuk bagi menjadikan ia sebagai manifesto Pakatan Rakyat pada pilihan raya umum nanti. "Melalui penggabungan ini kita akan mengangkat martabat golongan petani, gabungan dari semua NGO peringkat negeri ini akan kita bawa kepada pihak kerajaan. "Setelah itu satu resolusi baru akan dibentuk dan akan dijadikan satu manifesto kepada kita dalam agenda pertanian pada pilihanraya nanti, jika kita memerintah agenda ini akan kita laksanakan segera," ucap beliau. Menurut beliau tempoh 24 tahun sejak tahun 1990 dalam pelarasan subsidi padi adalah satu tempoh yang agak lama dan seharusnya kerajaan telah melakukan pelarasan subsidi yang baru kepada golongan pesawah. "Sampai bila golongan ini kita ingin abaikan, nasib perlu dibela. Kali terakhir adalah 1990 pelarasan subsidi dilakukan. "Tetapi dalam tempoh 24 tahun kita lihat berapa kali harga minyak ataupun harga beras telah naik. Ini memang tidak adil, nasib pesawah melalui harga padi tidak diselaraskan tetapi nasib kroni melalui harga beras pula dibela. "Kita desak kerajaan segera membuka mata dalam membela mereka-mereka yang menjadi pesawah agar pendapatan mereka bertambah mengikut arus peredaran ekonomi negara," katanya. Antara NGO yang turut sama dalam GABETA adalah Maju Tani (Perlis), Bela Tani (Kedah), Badan Bertindak Pesawah Malaysia-BPPM (Kedah), Suara Tani Bangkit (Perak), Bela Nasib Pesawah Kita - BENTAK (Perak), Sahabat Tani (Selangor), Pakat (Selangor), Jejac Tani (Kelantan), Celik Tani (Terengganu) dan Gabung Tani (Johor). Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal. Islam, Pemodenan Pertanian, Pembangunan Desa Selangor, Ustaz Sallehen Mukhyi. | |||
Tidak wajar dedah maklumat terkini kes culik Posted: 12 Apr 2014 04:33 PM PDT SINTOK - Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, tidak wajar bagi pihaknya mendedahkan maklumat terkini mengenai kes culik dua wanita warga asing di sebuah resort di Semporna 2 April lepas. "Saya tidak fikir wajar bagi saya memberitahu anda (media) maklumat terkini mengenainya (penculikan itu) demi keselamatan mangsa," katanya ketika ditemui pemberita selepas Kejohanan Bola Jaring dan Sepak Takraw Piala Ketua Polis Negara di Universiti Utara Malaysia, di sini hari ini. Khamis lepas, penculik dua wanita itu menuntut wang tebusan sebanyak RM36.4 juta untuk membebaskan seorang daripada mereka, pelancong warga China. Bagaimanapun, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, tiada wang tebusan dituntut bagi seorang lagi wanita, pekerja resort warganegara Filipina. Pelancong warga China, Gao Hua Yuan, 29, dari Shanghai, dan pekerja resort itu, Marcy Dayawan, 40, diculik dari Singgahmata Adventures and Reef Resort oleh sekumpulan tujuh lelaki bersenjata kira-kira pukul 10.30 malam pada hari berkenaan. - Bernama |
You are subscribed to email updates from DIALOG RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan