DUNIACACAMARBA |
- Bintang Hollywood Dedah Nama Besar yang Didakwa Pernah Menidurinya
- Gambar Zina Tersebar, Gadis Buat Laporan Polis
- Seminggu Lagi Sebelum ISYARAT Kotak Hitam MH370 LENYAP
Bintang Hollywood Dedah Nama Besar yang Didakwa Pernah Menidurinya Posted: 01 Apr 2014 01:38 AM PDT Pelakon Lindsay Lohan yang sering terjebak dalam pelbagai permasalahan membuat pengakuan berani apabila mendedahkan nama sebilangan besar jejaka popular Hollywood yang didakwa pernah menidurinya suatu ketika dahulu. Antara nama yang disenaraikan oleh bintang itu termasuklah mendiang Heath Ledger, Adam Levine, Orlando Bloom, Ashton Kutcher, Zac Efron, dan Benicio Del Toro. Daripada 36 nama, sebahagian besarnya dihitamkan kerana dibimbangi akan meruntuhkan hubungan yang telah dibina oleh bekas kekasihnya itu. Lanjut di sini. |
Gambar Zina Tersebar, Gadis Buat Laporan Polis Posted: 31 Mar 2014 11:15 PM PDT [MyNewsHub] SEMENJAK semalam, sekeping gambar telah menjadi viral di media sosial. Gambar yang memaparkan sepasangan remaja sedang 'melepaskan rindu'. Pasangan remaja berkenaan dikatakan sedang melepaskan rindu di dalam tandas sebuah stesen minyak Petronas. Gambar tersebut menjadi viral dan rata-rata mengecam tindakan pasangan terbabit di Twitter. Mungkin pihak pengusaha stesen minyak perlu memantau tandas premis mereka. Jika boleh, kuncikan sahaja di waktu malam. Dan hanya buka jika ada permintaan pelanggan untuk menggunakan Akaun Twitter itu bagaimana pun telah digantung oleh pihak Twitter. Tidak lama selepas gambar tersebut menjadi viral, muncul pula sebuah salinan laporan polis yang dibuat untuk menghentikan penyebaran gambar tidak senonoh berkenaan. Pada 30/3/2014 jam lebih kurang 9.30 pagi semasa saya berada di rumah saya di Puchong Prima, kawan-kawan saya telah memberitahu berkenaan gambar-gambar #lucah saya bersama teman lelaki telah tersebar dalam laman sosial iaitu Tweeter tertera nama saya . Tetapi saya bukan pemilik akaun tersebut dan saya telah melihat akaun tersebut ternyata semua gambar-gambar adalah milik saya. Dalam Facebook juga telah tersebar gambar-gambar saya bersama teman lelaki untuk mengaibkan diri dan teman lelaki saya serta menjadi tontonan pengguna Facebook yang lain. Untuk makluman saya syak perbuatan itu dilakukan oleh skandal teman lelaki saya yang dikenali dengan nama Y************ Tujuan saya membuat report untuk menghentikan dan menyekat pemilik akaun palsu supaya tidak menyebarkan gambar-gambar lucah saya bersama teman lelaki dan untuk rujukan pihak yang berkenaan. Dalam laporan polis yang dibuat, remaja perempuan itu seperti mengakui bahawa mereka telah terlanjur jauh dan masih tidak menganggap apa yang dilakukannya dengan pasangan tak bersalah. Macam-macam… Sumber: Terengganu Today P/s: Ketulenan gambar ini secara tidak langsung disahkan oleh gadis tersebut berdasarkan pengakuannya dalam laporan polis. Apa tindakan pihak berkuasa agama? Adakah kes ini turut dilepas pandang seperti kes-kes yang sama sebelum ini? |
Seminggu Lagi Sebelum ISYARAT Kotak Hitam MH370 LENYAP Posted: 31 Mar 2014 07:59 PM PDT [Bernama] Selepas 24 hari pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 hilang, pihak berkuasa kini mempunyai tempoh seminggu untuk mencari bukti fizikal terutamanya kotak hitam pesawat itu kerana isyarat daripada perakam itu bakal lenyap tidak lama lagi. Isyarat yang dipancarkan daripada kotak hitam itu menggunakan kuasa bateri yang akan berakhir selepas 30 hari, dan adalah sukar bagi operasi pencarian menjejakinya tanpa isyarat khususnya di kawasan luas seperti di Lautan Hindi. Operasi pencarian oleh pelbagai negara telah mengenal pasti kawasan seluas 254,000 kilometer persegi di Lautan Hindi, iaitu kira-kira 1,850km dari barat Perth di Australia, sebagai kemungkinan lokasi pesawat itu berakhir. Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein semalam berkata 10 pesawat termasuk sebuah pesawat awam dan 10 kapal telah memulakan perjalanan ke kawasan carian untuk mencari serpihan yang mungkin mempunyai kaitan dengan pesawat MH370 itu. Jika mereka menemui serpihan itu dan mengesahkannya daripada pesawat berkenaan, ia akan membantu pasukan mencari untuk mengecilkan kawasan pencarian kotak hitam itu. Bagaimanapun, dengan ketibaan kapal Ocean Shield yang dilengkapi alat pengesan isyarat, dan kapal selam kecil tanpa pemandu Bluefin 21 yang dijangka tiba di kawasan pencarian pada Khamis, harapan tinggi disandarkan bagi mengesan kotak hitam itu. Mengenai objek berpotensi yang dikesan pada Sabtu, Hishammuddin berkata lima objek diambil oleh kapal perang tentera laut Australia OHMAS Success dan Haixun, sebuah kapal dari China. "Bagaimanapun, didapati tiada ada satu pun objek itu yang berkaitan dengan MH370," katanya kepada pemberita dalam sidang media mengenai perkembangan terkini berhubung misi pencarian MH370 di sini, hari ini. Pada 24 Mac lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan penerbangan MH370 berakhir di "selatan Lautan Hindi" berdasarkan analisis data satelit oleh firma telekomunikasi satelit United Kingdom Inmarsat dan Cawangan Penyiasatan Kemalangan Udara UK (AAIB). Najib juga akan melawat Perth, Australia pada Rabu ini untuk melihat sendiri operasi mencari pesawat yang hilang di Lautan Hindi itu. "Perdana Menteri kami memutuskan pergi ke Perth pada Rabu bagi lawatan kerja ke pangkalan tentera udara Pearce untuk melihat sendiri operasi dan mengucapkan terima kasih kepada kakitangan yang terlibat dalam usaha mencari pelbagai negara ini, termasuklah kakitangan dari Malaysia," kata Hishammuddin. Sementara itu, rakan kongsi kod MAS, China Southern Airlines, telah bersetuju untuk bekerjasama dengan MAS dalam memberi bantuan kepada anggota keluarga penumpang pesawat MH370. Namun, ketua pegawai eksekutif MAS Ahmad Jauhari Yahya berkata syarikat penerbangan nasional itu memikul lebih tanggungjawab di atas kehilangan MH370 kerana pesawat itu dimiliki MAS. Penerbangan MH370 turut dipasarkan sebagai Penerbangan 748 (CZ748) China Southern Airlines, dengan ada penumpang yang memegang tiket syarikat penerbangan China itu. Penerbangan MH370 yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal, berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada 12.41 tengah malam pada 8 Mac dan hilang daripada radar kira-kira sejam kemudian ketika berada di Laut China Selatan. Pesawat itu sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari yang sama. - 1/4/14 |
You are subscribed to email updates from DUNIACACAMARBA (DCM) To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan