DIALOG RAKYAT |
- MH370 dari awal beluk akhir pun bengkok juga
- MP DAP: Jangan cari alasan beli satelit baru
- Saman Anwar pada Anifah di Mahkamah Tinggi
- Tak Terhempas? Habis Dulu Kenapa Menangis Ya Hishamuddin?
- Ramai tak puas hati cara tangani isu MH370
- Penganjur: Demo besar bantah GST 1 Mei
- K'jaan pertimbang saman media salah lapor
- Tinjauan: Makin ramai tak puas hati dengan PM
- [HOT] Pelik.. Israel Macam Sudah Tahu Apa Yang Bakal Menimpa MH370
- Saya Tidak Akan Tarik Diri - Azmin
- Tian Chua Mungkin Tarik Diri Tanding Jawatan No.2 PKR
- Jangan jadikan krisis MH370 alasan membeli-belah, kata ahli Parlimen DAP
- Hishammuddin lari ke Hawaii, tunjuk BN tidak serius bincang MH370 dengan Pakatan
- Sekitar bomoh yang saya fahami
- Transkrip juruterbang, ATC didedah jika dibenarkan
- Tubuh RCI siasat semula tragedi Memali
- Memali: 30 tahun rakyat diyakinkan Mahathir di luar negara – Syed Husin
- Bahan kimia tumpah, tahap keselamatan dan operasi Lynas longgar
- Kenapa Umno tidak pernah membawa usul hudud ke dalam parlimen?
- Selamat malam pesawat Malaysia tiga tujuh kosong’
- Allahyarham Ustaz Ismail Noh korban kerusi demi parti
- Promosi Tahun Melawat Malaysia di China ditangguh
MH370 dari awal beluk akhir pun bengkok juga Posted: 01 Apr 2014 04:07 AM PDT
Persoalan di mana dan ke manakah pergi ghaibnya pesawat MH370 bersama 239 penumpang termasuk 12 anak kapal tidak lagi menjadi fokus utama dan isu hangat, sebaliknya yang diperkatakan kini tentang maklumat-maklumat berhubung tragedi itu yang saling bercanggahan di antara satu sama lain. Bervariasi. Kehilangan tidak menjadi polemik lagi, tetapi kenyataan yang tidak sekata dan berbelit-belit menyebabkan orang jadi 'bingung kelu' dan geram dibuatnya. Ketidaklurusan dan ketidaktelusan dan keberkacumakan berhubung kehilangan pesawat itu bermula sejak awal-awal lagi. Dalam tempoh 24 jam pertama semasa mengumumkan kehilangan itu 8 Mac, sudah berlaku percanggahan fakta di antara Jabatan Pernerbangan Awam, (DCA) Malaysia Airline Syestem (Mas) dan juga pemangaku Menteri Pengakutan, Hishamuddin Hussein. Turut juga berkadas dan fakta 'berbolak balik' ialah dari pihak Polis di Raja Malaysia (PDRM) yang diberikan oleh menterinya, Zahid Hamidi. Pihak TUDM juga menyorong tarik maklumat dicerapi dari radarnya tentang pesawat itu berpatah balik, kemudian dinafikan, kemudian diiyakan tanpa dititik nokhtahkan. Bermula dari pecanggahan itulah ia membawa kepada percanggahan demi percanggahan sampai ke hari ini. Iya mungkin menjadi betul apabila di Mahsyar besok apabila mulut dan lidah tidak lagi menjadi saksi? Percanggahan fakta dalam kes sebesar ini menjatuhkan imej negara ini di muka dunia. Semua kehebatan yang kita rasa dan senandungkan selama ini, lenyap dalam sekelip mata. Kemudahan first class telah jadi 'longkang class'. Begitu juga mengenai ketahanan dan keselamatan negara. Gara-gara tidak ada sistemetik, penyelarasan konkrit ataupun sikap acuh tidak acuh dan juga ingin menunjuk-nunjukan akulah... akulah, menjadikan semua maklumat dan kerahsiaan pertahanan negara terdedah dan sinar sama sekali. Hari ini mana-mana kuasa luar, sama ada kecil atau besar yang ingin menyerang negara ini, mereka boleh lakukan sambil pejam mata saja kerana semua pintu masuk sudah dibuka atau mengetahui di mana letaknya kunci dan ruang mana yang boleh diterobosi. Musuh bukan saja dapat menyuluh apa yang ada dalam kamar tidur kita, tetapi juga apa yang ada dalam kain sarung kita laki bini. Percanggahan paling besar, ini menyukarkan dan meletakan Perdana Menteri, Najib Razak dalam situasi genting dan seperti orang gila, ialah berhubung pengumuman kononnya pesawat itu telah BERAKHIR di lautan Hindu. Terma atau istilah yang digunakan itu menimbulkan keraguan kerana ia disifatkan sebagai sudah tamat segala-galanya. Tamat segala-galanya bererti pesawat itu terhempas dan semua penumpang mati. Kesimpulan nasib pesawat MH370, B700-200 itu dibuat berdasarkan kesimpulan dengan penemuan objek dari data-data satelit Australia dan lain-lain. Yang menghairankan dan gila babinya, Najib sendiri tidak melihat apakah menantang objek berkenaan, apakah ia serpihan pesawat MH370 atau sirip ikan pauh atau belakang jerung, tetapi beliau sudah membuat kenyataan menamatkan segala penantian orang ramai dengan menyebut pesawat BERAKHIR di lautan Hindi. Macam mana sesuatu yang belum pasti kita sudah memastikannya? Kubur tidak boleh disiapkan tanpa ada mayat dikafankan. Apakah Najib sudah tidak tahan dengan tekanan demi tekanan ke atasnya yang datang dari seluruh pelusuk dunia yang mahu kepastian mengenai pesawat itu, maka beliau memberi jawaban berlapik ianya BERAKHIR dengan harapan tekanan mereda? Awal-awal lagi orang konfius dengan kenyataan dan hujah Najib. Untuk menampakkan kebenaran disebalik hipotesis itu, mengatakan pesawat itu berakhir beranologi terhempas, pihak media massa sudah diarah menyiarkan promo bacaan ayat-ayat Quran di televisyen dan ucapan takzirah dimedia cetak. Lebih gila dan tolol lagi, sudah ada institusi ulamak yang menganjurkan sembahyang ghaib? Bukankah tindakan belasungkawa itu menunjukkan persawat itu menjadi arwah bersama 239 penumpangnya? Semua tindakan dan keputusan (kenyataan) ini menunjukkan kebingungan semua orang termasuk perdana menteri yang dinasihati oleh orang yang juga bingung. Ia juga menyerlahkan seorang perdana menteri yang jahil dalam bidang agama, manakala yang cerdik pula tidak berani menyatakan kebenaran berdasarkan agama kerana bimbang elaun dan kemudahan kenderaan dan rumah hilang. Apakah jenis para penasihat agama seperti ini? Yang nyata mereka lebih busuk dari bangkai biawak dilanggar lori selama 24 hari. Apabila setelah lebih 10 hari, objek yang disangka serpihan pesawat MH 370 seperti dicerapi data satelit yang membolehkan Najib mengatakan pesawat itu BERAKHIR di lautan Hindu tidak ditemui, kini sepupunya Hishmuddin cuba membetulkan dan membela kenyataan Najib. Setelah Najib ditekan berhubung kenyataan itu Hishamuddin tampil menjadi 'Wak Yek', untuk membela Najib dengan mempertahankan kenyataan Najib, yang Najib tidak sebut terhempas atau semua mati, tetapi menyebut ia BERAKHIR di lautan Hindu. Memang Najib tidak sebut terhempas atau semua penumpang mati. Tetapi apakah maksud dan pengertian BERAKHIR terma yang digunakan Najib itu? Apakah perkataan BERAKHIR digunakan itu adalah perkataan kaum bangsawan seperti mereka berdua menunjukkan ia belum berakhir? Orang tidak faham bahasa bangsawan, kalau perkataan BERAKHIR itu adalah bahasa digunakan Najib, Hihsmuddin dan kaum kerabatnya. Najib harus sedar yang mendengar pengumuman beliau bukan kaum bangsawan tetapi orang awam diseluruh dunia yang memaksudkan BERAKHIR itu sebagai tamat. Tamat bererti semua mati. Ini dikejapi lagi dengan ucapan takziah daripada orang ramai. Adalah elok kalau Najib sendiri tampil untuk kali kemepat dalam tempoh 24 hari kehilangan pesawat itu membetulkan terma yang digunakan atau perkataan BERAKHIR itu. Jelas dengan berani dan bertanggungjawab dan jangan sesekali bermain wayang di sebaliknya. Kebenaran itu tidak boleh ditusuk selindung di sebalik sepatah kata-kata. Jangan mengharukan pemikiran umum dengan kata-kata menerminkan kita lemah dan pengecut. Sekiranya Najib tidak berani tampil membetulkan kepala orang yang semua bingung dan gila gara-gara ketidakselarasaan dan ketelusan dalam memberi penjelasan, nescaya ramai orang akan jadi gila dan sasau apabila mengenang kehilangan pesawat berkenaan. Najib jangan jadi perdana menteri yang berdosa. Sekiranya beliau tidak berani maka dengan hormatnya lepaslah jawatan Perdana Menteri, sesungguhnya anda tidak layak. Tempoh untuk Najib sebenarnya sudah BERAKHIR. | ||
MP DAP: Jangan cari alasan beli satelit baru Posted: 01 Apr 2014 04:02 AM PDT MALAYSIAKINI Dua MP DAP menggesa kerajaan agar tidak menjadikan kehilangan pesawat MH370 sebagai alasan untuk mendapatkan satelit baru untuk meningkatkan keupayaan pertahanan Malaysia. Steven Sim (Bukit Mertajam) dan Julian Tan (Stampin) berpendapat kerajaan tidak harus bertindak membuta-tuli tanpa mengemukakan laporan mengenai kegagalan satelit RazakSat-1 yang dilancarkan pada 2010. "Kami menyokong usaha untuk mempertingkatkan keselamatan tetapi RazakSat-1 juga masih tiada laporan tentangnya," kata MP berkenaan dalam satu kenyataan bersama. "Tanpa sebarang siasatan lanjut mengapa ada kelemahan dalam menangani krisis MH370, maka segala aktiviti membeli aset pertahanan dan peralatan satelit ini adalah membuta tuli, tidak berasas dan hanya membazir wang rakyat semata-mata," tegas mereka. MP berkenaan merujuk kepada kenyataan Ketua Pengarah Agensi Angkasa Negara (ANGKASA) Dr Noordin Ahmad berhubung rancangan untuk melancarkan satelit baru, RazakSat-2 pada tahun 2016. Kenyataan Noordin, yang dilaporkan dalam Berita Harian hari ini menyebut, satelit baru itu "dilihat dapat membantu negara merakam imej khususnya untuk tujuan perancangan pembangunan tetapi dapat juga digunakan bagi menghadapi insiden seperti kehilangan pesawat dan bencana". MP berkenaan juga merujuk kepada kenyataan Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein bahawa masanya sudah tiba untuk meningkatkan kekuatan aset ketenteraan selepas mengenalpasi kelemahan dalam menghadapi krisis MH370. Sim pada September tahun lalu turut mempersoakan pendedahan kerajaan bahawa kos RazakSat-2 bertambah kepada RM271.9 juta, daripada kos asal RM200 juta ketika diumumkan pada 2011. | ||
Saman Anwar pada Anifah di Mahkamah Tinggi Posted: 01 Apr 2014 03:58 AM PDT MALAYSIAKINI Saman fitnah RM100 juta Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman akan dibicarakan di Mahkamah Tinggi. Ini berikutan keputusan Mahkamah Persekutuan Putrajaya hari ini menolak permohonan Anifah bagi kebenaran merayu terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang menghidupkan semula saman sivil Anwar terhadapnya. Panel lima hakim diketuai Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Md Raus Sharif, dalam keputusan sebulat suara, memerintahkan kes itu dikembalikan semula ke Mahkamah Tinggi untuk perbicaraan. Beliau juga memerintahkan Anifah membayar RM10,000 sebagai kos perundangan kepada Anwar. Perbicaraan itu di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Siti Khadijah S Hassan Badjenid dijadual selama tujuh hari bermula 8 April. Pada 27 Mei, 2009, Anwar menyaman Anifah atas kapasitinya secara peribadi dan rasmi dan Kerajaan, mendakwa beliau telah difitnah dalam sidang media Anifah bersama-sama Setiausaha Negara Amerika Syarikat ketika itu Hillary Clinton. Dalam pernyataan tuntutannya, Anwar mendakwa bahawa dakwaan Anifah adalah tidak berasas dan amat cuai dan telah dilaporkan secara meluas dalam media tempatan dan asing. Anwar memohon RM100 juta sebagai ganti rugi teruk dan teladan, kos dan relif lain difikirkan sesuai oleh mahkamah. Pada 6 Januari 2011, Hakim Mahkamah Tinggi Datuk John Louis O'Hara membatalkan saman itu selepas membenarkan permohonan Anifah dan kerajaan untuk menggugurkan saman itu. Mahkamah Rayuan pada 25 Jan, 2013, membenarkan rayuan Anwar untuk menghidupkan semula saman terhadap Anifah atas kapasiti peribadi. Mahkamah (Mahkamah Rayuan), bagaimanapun menolak rayuan Anwar untuk menghidupkan semula samannya terhadap Anifah atas kapasiti rasmi sebagai Menteri Luar dan juga terhadap Kerajaan Malaysia. Peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah mewakili Anifah manakala Anwar diwakili peguam R Sivarasa. -Bernama | ||
Tak Terhempas? Habis Dulu Kenapa Menangis Ya Hishamuddin? Posted: 01 Apr 2014 03:56 AM PDT KELAB GREENBOCSoalan Mudah Untuk Bakal PM: Apa Bezanya Berakhir Di Lautan Hindi Dengan Terhempas Di Lautan Hindi? Berikutan desakan waris penumpang MH370 daripada negeri China agar kerajaan memohon maaf kerana sehingga ini masih tiada bukti kukuh yang menunjukkan pesawat itu terhempas di Lautan Hindi dan semua penumpangnya terkorban, Pemangku Menteri Pengangkutan, Hishammuddin Hussein yang dikatakan terlonjak namanya sebagai bakal PM berikutan insiden ini, terpaksa membuat kenyataan berdolak-dalik untuk menyelamatkan sepupunya, Najib Razak. Hishammudin berkata, tiada keperluan untuk kerajaan memohon maaf kerana dakwanya, kenyataan Najib Razak pada 24 Mac lalu tidak menyebut pesawat itu terhempas atau semua penumpangnya terkorban, sebaliknya hanya mengatakan pesawat itu berakhir di Lautan Hindi. Memanglah dalam kenyataan Najib itu beliau tidak menyebut perkataan terhempas, sebaliknya menggunakan ayat berakhir di Lautan Hindi. Najib juga menyebut kawasan pesawat MH370 itu dikesan kali terakhir adalah di sebuah kawasan terpencil yang jauh daripada mana-mana landasan. Bukankah ianya bermaksud terhempas? Rasanya budak sekolah rendah pun faham mengenainya. Lagi pula selepas pengumuman itu, Najib juga memaklumkan pencarian akan dilakukan di Lautan Hindi di kawasan yang dikenalpasti itu. Kalau bukan terhempas, apa jadahnya pula pencarian dilakukan? Begitu juga tujuan Najib ke Perth Rabu ini, adakah bertujuan meninjau pencarian pesawat yang terhempas atau membeli-belah? Sambil merakamkan rasa sedih, Najib juga menyebut kesimpulan yang dibuatnya bahawa pesawat MH370 berakhir di Lautan Hindi yang berdasarkan penemuan data satelit Immarsat, adalah berita sedih yang sukar diterima dan semua waris penumpang juga sudah dimaklumkan lebih awal mengenainya. Kenyataan ini pula bukankah bermaksud semua penumpangnya sudah terkorban? Lebih daripada itu, kesokan harinya pula semua akhbar arus perdana yang semuanya dalam kawalan pejabat Perdana Menteri telah melaporkan bahawa pesawat itu telah terhempas di Lautan Hindi. Tidakkah ini mengesahkan lagi bahawa kenyataan Najib itu memang bermaksud MH370 telah terhempas? Pada 25 Mac itu juga, Najib telah membawa usul takziah di Parlimen untuk merakamkan rasa dukacita kerajaan atas tragedi yang berlaku dan meminta semua pihak bersatu hati mengenainya. Najib juga mengumumkan bahawa Majlis Fatwa akan bermesyuarat pada petang 25 Mac itu untuk menentukan bilakah sembahyang jenazah ghaib boleh diadakan. Bagaimanapun Majlis Fatwa yang bermesyuarat tidak menetapkan keperluan tarikh tertentu sembahyang jenazah perlu diadakan sehingga bukti mayat atau cebisannya ditemui terlebih dahulu. Tidakkah semua fakta dan keterangan ini menunjukkan bahawa memang Najib bermaksudkan pesawat itu telah terhempas dan tiada nyawa yang terselamat, tetapi hanya berselindung di sebalik ayat berakhir di Lautan Hindi, rasa sedih, ucapan takziah dan keperluan mengadakan sembahyang jenazah ghaib? Jika tidak bermaksus tiada yang terkorban sebagaimana kenyataan Hishammuddin hari ini, buat apa pula Najib membawa usul takziah di Parlimen, menyatakan rasa sedih dan menyatakan Majlis Fatwa akan menetapkan tarikh untuk sembahyang jenazah secara ghaib? Dalam SMS MAS kepada waris penumpang pula sebagaimana yang dipetik oleh BBC ianya bertulis, "Dengan penuh rasa kesal Malaysia Airlines percaya bahawa tiada syak lagi MH370 telah hilang dan tiada yang terselamat." Bagaimanapun sejak pengumuman menyedihkan itu, bukan saja tiada mayat atau serpihan pesawat yang ditemui di Lautan Hindi, bahkan objek-objek yang dikesan satelit yang sebelumnya dipercayai kemungkinan daripada MH370 hanyalah sampah-sampah yang dibuang di lautan saja. Sumber satelit Immarsat pula kemudiannya menafikan bahawa kesimpulan MH370 berakhir di Lautan Hindi datangnya daripada mereka, sebaliknya menyatakan Immarsat hanya membekalkan maklumat tetapi kesimpulan dibuat oleh kerajaan Malaysia. Setelah seminggu sejak pengumuman Najib itu dan tempoh pencarian keseluruhan sudah menjangkau hari ke 25 tetapi tiada juga sebarang penemuan, ramai waris mangsa mula meluahkan kemarahan dan menuntut kerajaan mengemukakan bukti kukuh atau meminta maaf mengenainya. Tindakan Hishammudin cuba mempertahankan Najib semata-mata kerana enggan memohon maaf adalah tindakan memalukan dan menjelaskan kepada dunia bagaimana standard kita menangani krisis yang menjadi perhatian dunia. Setelah kenyataan Najib bahawa MH370 berakhir di Lautan Hindi adalah berdasarkan kesimpulan penemuan data satelit Immarsat tetapi kemudian dinafikan oleh Immarsat bahawa mereka hanya membekalkan maklumat dan kesimpulan dibuat oleh kerajaan Malaysia, telah menjejaskan wibawa negara, penafian tanpa asas Hishammuddin terhadap kenyataan abang sepupunya itu, sekali lagi meletakkan imej negara menjadi perbualan dunia. Sikap Hishammuddin ini bukan saja menjadikan kita sering berubah pendirian atau flip-flop dalam memberikan maklumat tetapi juga akan dikenali sebagai bangsa dan negara yang sukar meminta maaf. Apalah sukarnya meminta maaf jika benar Najib yang silap? Dalam hal ini, siapakah sebenarnya yang menjadi keutamaan Hishammuddin dalam tragedi MH370 ini - Najib atau maruah negara? -shahbudindotcom
ULASAN GB Bukankah semasa pengumuman oleh Najib tempoh hari para media melaporkan Hishamuddin turut sebak dan menitiskan air mata? Apa ertinya itu? Bukan ia memberi gambaran yang Hishamuddin sendiri memperakui kenyataan Najib membawa makna pesawat itu telah terhempas dan tiada yang sealamt? Lagi lama, lagi banyak "wayang" yang kita nak kena layan bab MH370 ni. Berbalik-balik, berpusing-pusing. Bila ditegur tahu nak marah, tuduh kita tak prihatin, tak sensitif terhadap emosi dan perasaan keluarga mangsa disamping tuduh kita sebar maklumat bercanggah sedangkan yang buat kenyataan dan sebar maklumat bercanggah dan yang mempermainkan emosi para waris adalah kamu. Cubalah berkata yang benar. Inilah akibat dari suka berdusta dan berbohong akhirnya di dalam kes yang sebegini kritikal, lidah pun bersengketa dan sering keluarkan maklumat-maklumat yang sekejap kata begini sekajap kata begitu. | ||
Ramai tak puas hati cara tangani isu MH370 Posted: 01 Apr 2014 03:52 AM PDT Satu tinjauan terbaru oleh Merdeka Center menunjukkan ramai dari kalangan pengundi yang ditinjau menyatakan rasa tidak puas hati ke atas tindakan kerajaan dalam menangani isu kehilangan pesawat MH370. Laporan yang dikeluarkan firma penyelidikan bebas itu menujukkan 50 peratus daripada 513 orang berpendapat demikian, berbanding 43 peratus yang menyatakan rasa puas hati. Tinjauan itu dijalankan dalam tempoh 13 Mac hingga 20 Mac. Menurut tinjauan tersebut, 50 peratus dari responden tidak berpuas hati dengan pengurusan krisis, manakal 43 peratus lagi berpuas hati. Pecahan responden berkenaan menunjukkan lebih ramai pengundi dari kaum bukan Melayu yang tidak berpuas hati dengan tindakan kerajaan – 74 peratus dari masyarakat Cina dan 59 peratus pengundi India. Sebaliknya, 63 peratus pengundi Melayu menyatakan rasa puas hati, berbanding 30 peratus yang tidak berpuas hati dari pecahan sama. Golongan yang lebih banyak berpuas hati itu pula didapati terdiri dari golongan penjawat awam (53 peratus) dan yang tidak bekerja secara rasmi (50 peratus). | ||
Penganjur: Demo besar bantah GST 1 Mei Posted: 01 Apr 2014 03:49 AM PDT MALAYSIAKINI Satu gabungan NGO dan parti politik mengumumkan untuk mengadakan perhimpunan besar-besaran pada 1 Mei untuk membantah pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST). Penganjurnya, Jawatankuasa 1 Mei mensasarkan demo besar-besaran di Kuala Lumpur itu sebagai referendum rakyat bagi mendesak kerajaan membatalkan pelaksanaan cukai berkenaan. Jurucakapnya, Dr Hatta Ramli (kiri) yang mewakili PAS berkata usaha mengadakan perhimpunan tersebut dibuat dengan mengambil kira kejayaan perhimpunan besar yang dianjurkan sebelum ini, termasuk dessakan untuk memnasuhkan ISA pada 2008. "Macam dulu (berhubung isu) ISA pun, lepas kita turun ke jalan, selepas 50 tahun baru (kerajaan) mansuhkan," katanya dalam sidang media bersama anggota jawatankuasa tersebut di Kuala Lumpur hari ini. Mengulas mengenai jumlah peserta yang dijangka akan hadir ke perhimpunan tersebut, Hatta berkenaan ia pasti lebih ramai berbanding perhimpunan menuntut pemansuhan ISA. "ISA tidak mempengaruhi semua orang, hanya orang tertentu sahaja. Tapi GST beri kesan kepada semua orang," katanya lagi yang enggan memberi jumlah peserta yang disasarkan. NGO lain yang menganggotai jawatankuasa itu termasuk Solidariti Anak Muda Malaysia, Gabungan Mansuh ISA, Gabungan Pilihan Raya Bersih Dan Adil dan Gerakan Turun Kos Sara Hidup. Rang undang-undang untuk melaksanakan GST dibentangkan di Dewan Rakyat semalam. Rafizi: M'sia banyak cukai tersembunyi Sementara itu Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli dalam sidang media sama menegaskan Pakatan Rakyat akan terus memperjuangkan kempen anti-GST dan bersama NGO lain memberi penerangan berkenaan pelaksanaan cukai itu. Menurut Rafizi (kanan), walaupun mengakui GST merupakan sistem percukaian yang efektif, ia amat tidak sesuai dilaksanakan di Malaysia. "GST sesuai dilaksanakan di negara yang berpendapatan tinggi atau amat rendah saja. Di negara berpendapatan tinggi mereka mengurangkan cukai pendapatan tetapi perbelanjaan isu rumah dengan cukai GST masih sama. "Tidak di Malaysia apabila banyak cukai tersembunyi ditanggung. Hutang isi rumah pada kadar 82 peratus," kata beliau. Justeru beliau merumuskan himpunan ini merupakan kesinambungan terhadap perkara yang diperjuangkan Pakatan sejak dulu. "Sejak 2009, kita dah lawan di Parlimen, kita dah lawan di jalan. Kalau kita boleh lawan di mahkamah pun kita lawan," tambah beliau. Seorang lagi anggota jawatankuasa, S Arutchelvan (kiri) berkata perkara itu sudah disuarakan oleh golongan pekerja sejak dulu lagi. Malah beliau yang merupakan Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia (PSM) berkata parti itu telah mengadakan himpunan anti GST sejak 2010 lagi. Beliau yang menerajui himpunan kali ini berkata pihaknya akan terus mendapatkan sokongan dengan menggembleng NGO lain serta memastikan mobilisasi dari negeri lain agar himpunan ini mendapat sambutan. | ||
K'jaan pertimbang saman media salah lapor Posted: 01 Apr 2014 03:46 AM PDT MALAYSIAKINI Kerajaan mempertimbang mengambil tindakan terhadap media yang melaporkan secara salah berhubung usaha pencarian pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang hilang. "Kabinet mengarahkan peguam negara mengumpulkan bukti dan menasihatkan (berkaitan perkara itu)," kata pemangku menteri pengangkutan Hishammuddin Hussein dalam Twitter hari ini. Beliau merujuk kepada laporan Malay Mail yang memetiknya sebagai berkata, kerajaan "patut menyaman" media ekoran "salah laporan". "Kami sudah kumpulkan semua laporan palsu sejak hari pertama. Apabila tiba masa yang tepat, kerajaan patut saman mereka," beliau dipetik sebagai berkata. Dalam laporan itu, Hishammuddin juga berkata, kerajaan sentiasa telus dalam pencarian pesawat yang hilang pada 8 Mac – 25 hari lalu itu. "Kerajaan tiada apa-apa hendak disembunyikan dan saya percaya kebenaran akan terserlah akhirnya," beliau dipetik sebagai berkata. | ||
Tinjauan: Makin ramai tak puas hati dengan PM Posted: 01 Apr 2014 03:40 AM PDT MALAYSIAKNI Satu tinjauan oleh firma kajian bebas Merdeka Center menunjukkan semakin ramai rakyat Malaysia menunjukkan sikap tidak puas hati ke atas kepemimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. Tinjauan pada bulan Mac itu menunjukkan 44 peratus dari 1,005 responden memberi jawapan tidak berpuas hati dengan dengan kepemimpinan Najib. Ia menunjukkan peningkatan sebanyak 4 peratus berbanding hasil tinjauan Merdeka Center pada bulan Disember. Bagaimanapun, kepercayaan pengundi kepada Najib kekal tidak berubah pada tahap 52 peratus. | ||
[HOT] Pelik.. Israel Macam Sudah Tahu Apa Yang Bakal Menimpa MH370 Posted: 01 Apr 2014 03:38 AM PDT KELAB GREENBOCEjen Penerbangan Israel Enggan Terima Tempahan MH370 Pada Tarikh Kejadian Ingat tak lagi seramai 4000 orang pekerja WTC terselamat dalam serangan 9/11 kerana tidak datang bekerja pada hari tersebut. Nampaknya macam ada kebetulan juga apabila terdapat penumpang Israel terselamat dari nahas MH370. Lapuran freemalaysiantoday juga mempersoalkan pesawat tersebut dapat memuatkan seramai 300 orang penumpang, tetapi siapakah dalam senarai menunggu yang tidak mengambil penerbangan tersebut. Kebetulannya peristiwa 9/11 berlaku pada hari sambutan selichos dan yang menyebabkan ramai pekerja yahudi lewat datang bekerja kerana terlebih dahulu melakukan acara sambutan tersebut. Kerana kelewatan itulah yang menyelamatkan semua pekerja yahudi tersebut. Seperti diilapurkan oleh timesofisrael penumpang tersebut terselamat kerana ejen pelancungannya di Israel enggan mengambil tempahan kerana hari tersebut jatuh pada hari Sabbath. Mengikut kepercayaan yahudi orthodox membantu perjalanan seseorang pada hari sambutan tersebut ditegah dan dikira bersubahat mencemari hari sambutan tersebut. Berikut ialah petikan email antara salah seorang penumpang yang dikenali sebagai Andy dengan ejen pelancungan Israel tersebut antara 13 dan 14 Januari lalu: Andy: One amendment, I need the KUL-PEK flight a day later. I need the extra day in Kuala. once that is set you can lock in. Travel Agent: I wish I can give you a day later, but you know I just don't like flying Jews on Shabbat. I can take that leg out if you want and you book yourself. Andy decides to book the flight himself but later changes his mind: Andy: I reconsidered, you are right I should be more observant, I'll manage without that day in Kuala. Since I'll have an extra night in PEK Any recommendations for a good Friday night dinner in Beijing? Agent: Ok, glad to hear. Try this: http://www.chabadbeijing.com/ Then, on March 8, Andy writes: Holy God, You sure heard what happened to MH370 I cannot stop thinking about this. This is a true miracle for the books. You are a true life saver… I cannot think anymore! We'll talk later this week. Don't know how to thank you enough Portal berita timesofisrael mendapatkan pengesahan dari Daniel Eleff dari syarikat Dan's Deal, dan mendapat maklum balas seperti berikut: "At this time the travel agent and the passenger are opting to remain anonymous. There has been a fair amount of negative feedback and they are choosing to wait until the fate of the flight in known to determine if they'll go public. "I have personally verified the story and can vouch for its authenticity. The emails I posted with time stamps are unaltered except to remove identifiable information." Berikut adalah butiran terperinci penumpang tersebut: On 01/13/14 Andy emailed his travel agent his desired itinerary: The travel agent, an Orthodox Jew, proposed the following business class itinerary, slightly altering the Kuala Lumpur-Beijing flight from Saturday to Friday. Andy loved the price, but again requested the Saturday morning flight from Kuala Lumpur to Beijing: The travel agent responded that he would not be able to book travel for him over the Sabbath, but that he was free to book that flight by himself: Andy agreed with that and planned to book the flight by himself: And the travel agent noted that if he changed his mind to just let him know: Shortly afterward Andy did just that: And the travel agent recommended a place to get a nice kosher meal and booked him the originally proposed itinerary, flying from Kuala Lumpur to Beijing on Friday early morning instead of Saturday. Fast forward to 2 days ago. The travel agent is in Israel and reads this email once Shabbos is over. The email was sent after shabbos, at 7:15pm Beijing time/1:15pm Israel time: And the travel agent wrote back, equally in shock at the realization of Shabbos saving his client's life: Sumber: petunjukzaman
| ||
Saya Tidak Akan Tarik Diri - Azmin Posted: 01 Apr 2014 03:27 AM PDT "Apa yang pasti, saya akan bertanding dalam perlawanan ini, yang lain saya tak tahu. "Tapi buat masa ini saya tidak mahu komen apa-apa sehingga selesai tempoh menarik diri," katanya menerusi sistem khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada mStar Online pada Selasa. Pada pemilihan kali ini, Mohamed Azmin berhadapan saingan enam penjuru dalam usaha mempertahankan kedudukan yang dimenanginya pada 2010. Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Antarabangasa itu ditentang Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim; Setiausaha Agung parti, Datuk Saifuddin Nasution Ismail; Naib Presiden, Tian Chua; Datuk K. Ramachandran dan S. Murali. Berdasarkan syarat dan peraturan pemilihan PKR, calon yang disahkan layak bertanding boleh menarik diri sebelum senarai pencalonan dimuktamadkan pada 10 April ini. | ||
Tian Chua Mungkin Tarik Diri Tanding Jawatan No.2 PKR Posted: 01 Apr 2014 03:24 AM PDT Oleh: RAHMAH GHAZALI KUALA LUMPUR: Penyandang Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Tian Chua berkata beliau mungkin menarik diri daripada persaingan enam penjuru bagi merebut jawatan timbalan presiden sementara menunggu perbincangan dengan kepimpinan tertinggi parti itu. Bercakap kepada pemberita di pejabatnya di sini pada Selasa, Ahli Parlimen Batu itu berkata, perbincangan perlu dilakukan sebagai langkah untuk mengurangkan persaingan dan membina kepimpinan yang kukuh di dalam parti. Beliau juga tidak menolak kemungkinan dilantik sebagai setiausaha agung parti sekiranya parti itu merasakan dirinya sesuai mengisi jawatan tersebut. "Saya tidak akan menolak," katanya ketika ditanya sama ada beliau mengintai jawatan setiausaha agung, menggantikan Datuk Saifuddin Nasution Ismail. | ||
Jangan jadikan krisis MH370 alasan membeli-belah, kata ahli Parlimen DAP Posted: 31 Mar 2014 10:27 PM PDT Ahli Parlimen DAP, Steven Sim (gambar) hari ini menyelar kenyataan Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang dilihat menjadikan misteri kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 sebagai peluang untuk membeli aset pertahanan negara baru. Ahli Parlimen Bukit Mertajam itu turut mempertikaikan kenyataan Ketua Pengarah Agensi Angkasa Negara (Angkasa) Dr Noordin Ahmad yang menyifatkan satelit RazakSat-2 yang akan dilancarkan pada 2016 dapat membantu negara menghadapi insiden kehilangan pesawat. "Ini satu rujukan sangat jelas kepada insiden MH370. Hishammuddin dakwa, ini masa untuk dapatkan lebih banyak wang beli aset pertahanan baru dalam hadapi krisis MH370. "Amat malang sekali, kami berpendapat krisis MH370 sebagai satu alasan untuk pergi membeli-belah," katanya dpada satu sidang media di lobi Parlimen hari ini. | ||
Hishammuddin lari ke Hawaii, tunjuk BN tidak serius bincang MH370 dengan Pakatan Posted: 31 Mar 2014 10:25 PM PDT Ahli Parlimen Pakatan Rakyat (PR) hari ini melahirkan kekesalan setelah taklimat berhubung kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang dijadualkan berlangsung malam ini tidak disampaikan sendiri oleh pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein. Ahli Parlimen Gombak, Mohamed Azmin Ali berkata, keengganan Hishammuddin memberikan taklimat itu sendiri kepada ahli Parlimen PR seperti yang diumumkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim menunjukkan Barisan Nasiional (BN) tidak serius menyelesaikan isu kehilangan pesawat MAS tersebut. "Pagi ini kita dapat maklumat menteri lari dan pergi ke Hawaii untuk sidang yang lain. "Pihak yang mempolitikkan isu ini adalah kerajaan BN yang tidak serius bekerjasama dengan ahli Parlimen PR bagi mencari penyelesaian penting dalam isu antarabangsa," katanya pada satu sidang media di lobi Parlimen hari ini. Shahidan sebelum ini mendakwa kerajaan sedia mengadakan pertemuan dengan anggota Parlimen pembangkang bagi menyampaikan maklumat terperinci berhubung tragedi penerbangan MAS MH370. Katanya, pertemuan itu diatur pada malam Selasa ini di antara anggota Parlimen pembangkang dengan Hishammuddin | ||
Sekitar bomoh yang saya fahami Posted: 31 Mar 2014 10:22 PM PDT PERISTIWA 'tikar terbang' baru-baru ini bukanlah pendorong bicara saya kali ini. Bomoh yang berbuat begitu biasa saja, kerana mereka memerlukan publisiti. Publisiti penting bagi setiap lapangan, sama ada atas alasan rezeki, mahupun kerana masalah kesepian. Bomoh datang mendekati kita dengan pelbagai kaedah. Ada yang memakai pakaian purba lalu menolak konsep mitos dan legenda. Saya telah diperkenalkan dengan bomoh jenis itu, yang akhirnya jelas bermotif perniagaan. Dia bercakap tentang realiti dalam Sejarah Melayu, hingga kisah Badang makan muntah hantu pun dikatakan betul, bukan mitos, apatah lagi dongeng. Badang menjadi kuat selepas makan muntah hantu, hingga kesemua pokok di dalam hutan ditumbangkannya dalam masa singkat. Prof Datuk Isahak Haron berkali-kali mengatakan bahawa novel saya Suluh Peraba ialah karya yang membawa kisah hantu. Novel itu diterbitkan pada tahun 1998. Saya tidak yakin adakah beliau membaca novel tersebut. Oleh sebab beliau ialah profesor terkemuka, kata-katanya diterima umum, lalu saya dikenali oleh beberapa orang sebagai pengarang cerita hantu. Novel itu kemudiannya diadaptasi oleh Zakaria Ariffin, jadi skrip drama, dan dipentaskan di beberapa tempat. Itu ialah peristiwa lampau. Tujuan saya menghasilkan karya itu ialah untuk menamatkan kepercayaan syirik dan khurafat. Saya berkira-kira, jika idea saya difahami dan diikuti, maka kepercayaan kepada tahayul akan berakhir apabila kita melangkah ke abad 21. Pemikir Malaysia, Ainon Mohd dan Datuk Jaafar Rahim memberikan pandangan balas terhadap idea saya. Seingat saya, Ainon mengatakan sesuatu akan dilihat berlainan oleh orang yang keliru, atau yang tidak mampu berfikir. Beliau mengemukakan konsep placebo, iaitu sesuatu yang berlaku dan dipercayai hasil sesuatu tindakan, padahal itu hanyalah kepercayaan. Sesiapa yang pernah ke Universiti Iowa pasti mendengar kisah satu percubaan (experiment) di sana. Sejumlah orang yang menghidap flu telah dibahagikan kepada dua kumpulan. Kumpulan A diberikan ubat mahal, manakala kumpulan B diberikan ubat murah. Hasil percubaan itu, kumpulan A sembuh, manakala kumpulan B masih sakit. Oleh sebab kumpulan A yakin pada ubat mahal, maka mereka sembuh. Kumpulan B pula tidak yakin pada ubat murah, jadi terus sakit. Sebenarnya, ubat yang diberikan adalah sama, cuma pihak yang membuat percubaan telah meletakkan harga yang berbeza-beza pada bungkusnya. Ajaran Ainon Mohd saya terima baik. Saya sendiri ialah 'mantan bomoh', malah jika kawan-kawan kita semua tidak segan silu, akan kita temukan sejumlah bomoh kecil-kecilan di sekitar kita. Sejumlah penyakit dapat disembuhkan dengan meminum air bersih, dan dimulai dengan Bismillah kerana kita orang Islam. Bomoh akan memberikan air, dan mereka melaksanakan jampi, demi menghasilkan kesan placebo. Jaafar Rahim menyebutkan bahawa tahayul tidak akan habis. Katanya, jika tenggelam satu tahayul, akan timbul tahayul yang lain. Pada akhir tahun 1990an, dan awal abad ini, saya tidak bersetuju dengan Jaafar. Kini, saya dapati kata-katanya betul. Muncul pelbagai jenis bomoh, dan kepercayaan orang ramai kepada mereka tidak terkikis habis. Saya tidak bertujuan menolak sepenuhnya jasa bomoh, atau dukun atau pawang. Tidak baik kita bersikap begitu, kerana datuk nenek kita telah bersusah payah memanggil mereka menolong kita, ketika kita sakit puluhan tahun dahulu. Zaman sekarang, agak besar jumlah ahli psikologi. Mereka yang mahir dalam bidang psikoanalisis akan dapat memahami aneka gejala moden, misalnya masalah orang stres di tempat kerja, masalah lelaki kehilangan teman wanita dan sebagainya. Jika kesan daripada tekanan emosi itu menyebabkan seseorang berubah perangai, misalnya suka menengking, kehilangan logik, tidak tetap pendirian, dan seumpamanya, ada saja orang akan menyarankan perubatan tradisional. Sebenarnya istilah 'perubatan tradisional' itu ialah sebutan moden, manakala istilah lamanya ialah 'perubatan cara kampung'. Saya mempunyai pandangan yang jelas, bahawa perubatan cara kampung itu boleh menghasilkan kesan positif jika bomoh berkenaan menerapkan ilmu psikologi. Ketika mengubat orang, paparkan diri sebagai manusia yang mahal, seumpama ubat mahal di Iowa itu, maka pesakit akan sembuh. Demikianlah bomoh dalam fahaman saya. | ||
Transkrip juruterbang, ATC didedah jika dibenarkan Posted: 31 Mar 2014 10:18 PM PDT KUALA LUMPUR - Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata transkrip perbualan antara juruterbang MH370 dan pengawal trafik udara (ATC) akan hanya didedahkan jika pakar-pakar memberikan kebenaran. Beliau berkata demikian semasa menjawab soalan mengenai komunikasi terakhir di antara juruterbang dan ATC, yang dikatakan mempunyai dua versi transkrip yang didedahkan kepada orang ramai. Hishammuddin berkata beliau tidak pasti sama ada kenyataan itu dikeluarkan oleh Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI). "Saya tidak berapa pasti mengenainya tetapi saya boleh sahkan penglibatan saya dalam penyiasatan itu yang berkaitan dengan FBI sejak dari hari pertama. "Transkrip adalah sebahagian daripada penyiasatan ini. Jika ia amat penting buat anda, saya akan bercakap dengan pakar-pakar dan bertanya kepada mereka jika ia boleh didedahkan. Jika ia boleh didedahkan, kami akan mendedahkannya," katanya dalam sidang akhbar mengenai operasi mencari itu di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini, hari ini. Sementara itu, beliau berkata semua panel siasatan telah ditubuhkan dan kebenaran akan dibuktikan. "Pada dasarnya, jika anda bertanyakan soalan yang merupakan sebahagian daripada siasatan, mengenai transkrip, anda perlulah bersikap adil kepada kami kerana hanya mereka yang melakukan siasatan itu yang boleh memberikan kata 'OK'." Hishammuddin berkata pada akhirnya nanti, beliau yang perlu berdepan dengan suruhanjaya diraja atau jawatankuasa pilihan Parlimen serta lembaga siasatan antarabangsa. "Kami tidak menyembunyikan apa-apa. Kami hanya mengikut prosedur yang telah ditetapkan," tegas beliau. Ditanya mengenai maklumat penyiasatan berkaitan transkrip temu bual dengan isteri juruterbang pesawat itu, yang dikatakan didedahkan oleh polis kepada The Daily Mail yang berpejabat di London, beliau berkata ia tidak didedahkan pihak polis. "Dan bagaimana Daily Mail mendapat transkrip itu. Itu anda perlu tanya kepada Daily Mail," kata Hishammuddin. Mengenai isu maklumat yang didedahkan di luar sidang akhbar dan spekulasi mengenai diagram dalam Google atau laman internet yang lain, katanya beliau tidak dapat mengesah atau mengetepikannya. "Saya tidak boleh sahkan atau ketepikan. Saya hanya boleh melakukannya berdasarkan apa yang telah saya sahkan dalam PC (sidang akhbar) saya. Saya tidak mahu membahaskannya di sini. Kami mengadakan PC setiap hari. Jika itu adalah sesuatu yang kami maklumkan, saya akan akan menjelaskannya," kata beliau. - Bernama | ||
Tubuh RCI siasat semula tragedi Memali Posted: 31 Mar 2014 10:08 PM PDT KEADILAN DAILYKUALA LUMPUR : Penasihat DAP, Lim Kit Siang menggesa Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) ditubuhkan bagi membongkar tragedi Memali pada 1985 yang meragut 18 nyawa termasuk anggota polis. Lim berkata, Tun Dr Mahathir Mohamad yang juga perdana menteri dan timbalannya, Tun Musa Hitam ketika peristiwa itu berlaku boleh memberikan keterangan untuk mencari kebenaran di sebalik tragedi hitam yang berlaku ketika itu. "Dr Mahathir dan Musa masih hidup dan boleh memberi keterangan mengenai tragedi yang meragut 18 nyawa termasuk 4 anggota polis itu," katanya dalam satu kenyataan hari ini. Musa baru-baru ini mengejutkan banyak pihak apabila mendedahkan bahawa Dr Mahathir berada di Kuala Lumpur semasa kejadian, selepas hampir 30 tahun peristiwa itu berlalu. Ia sekaligus membongkar fakta yang disembunyikan sebelum ini, kononnya Dr Mahathir berada di China semasa kejadian dan Musa pemimpin yang bertanggungjawab atas pembunuhan Memali. Perkara itu didedahkan Musa dalam majlis "Diskusi Politik Malaysia: Dulu dan Sekarang" anjuran kerajaan negeri Kelantan di Kota Baru, baru-baru ini. Turut serta sebagai panel ialah Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa manakala Profesor Madya Datuk Dr Mohamad Agus Yusof bertindak sebagai moderator. Musa ketika menjawab soalan Agus berkata, Dr Mahathir berada di Kuala Lumpur ketika kejadian itu dan berkata: "Dua tiga hari selepas kejadian itu pun dia berada di Kuala Lumpur." Mengulas lanjut, Lim berkata, ini bukan kali pertama Musa dijadikan kambing hitam, malah bekas timbalan perdana menteri itu turut dipersalahkan dalam Operasi Lalang yang menyaksikan tangkapan beramai-ramai ahli politik dan aktivis. "Dr Mahathir bercakap 'sampah' dan sekali lagi bersalah dalam amnesia terpilih, dia bukan sahaja tidak berada di China, tetapi semasa Operasi Lalang beliau juga menteri dalam negeri ketika itu," kata Lim merujuk kepada insiden pada 1987 itu. Dr Mahathir ketika mengulas pendedahan itu bagaimanapun tidak menafikannya tetapi berkata akan menyemak semula bagi memastikan kesahihan tuduhan Musa. | ||
Memali: 30 tahun rakyat diyakinkan Mahathir di luar negara – Syed Husin Posted: 31 Mar 2014 10:07 PM PDT Oleh: Azuan Ab Rahman KUALA LUMPUR: Selama hampir 30 tahun rakyat diyakinkan bahawa Tun Dr Mahathir Mohamad berada di luar negara semasa peristiwa berdarah Memali berlaku, kata Senator Syed Husin Ali. Ekoran itu, katanya, pendedahan bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Musa Hitam bahawa Mahathir berada di Kuala Lumpur pada waktu itu perlu disiasat. "Selama 30 tahun rakyat telah diyakinkan oleh media bahawa Mahathir tiada di dalam negara (sewaktu kejadian). "Sebab itu pendedahan Musa hitam ini perlu diambil perhatian serius dan siasatan perlu dilakukan. Keadilan buat penduduk kampung yang terkorban dan keluarga perlu dikembalikan," jelasnya lagi. Musa Hitam, dalam sebuah forum di Kota Bharu baru-baru ini mendedahkan Mahathir berada di dalam negara ketika kejadian itu berlaku. Ia sekaligus menolak gambaran kononnya Mahathir berada di China sewaktu kejadian yang meragut nyawa 14 penduduk kampung itu. Menyifatkan pembunuhan kejam beberapa penduduk kampung dalam 'operasi Hapus' yang dilakukan pihak berkuasa pada November 1985 itu sebagai tragedi memilukan, Syed Husin mahu peristiwa itu terus dikenang oleh rakyat. "Jangan sesekali kita lupa pada apa yang berlaku kerana ia satu tindakan paling kejam yang telah dilakukan terhadap rakyat," ujar tokoh politik veteran itu lagi. Syed Husin dalam masa sama turut menyelar respon Mahathir yang mendakwa 'tidak ingat' di mana dia berada semasa berlakunya tragedi berdarah itu. Beliau menyifatkan alasan itu sebagai cubaan Mahathir untuk melarikan diri daripada menjawab dakwaan berkenaan dan menegaskan adalah sangat mustahil untuk bekas presiden Umno itu lupa di mana dia berada ketika kejadian. "Mahathir ini sering tidak mahu dipersalahkan, alasan yang diberikan tidak masuk akal. Tidak mungkin kita lupa di mana kita berada ketika berhadapan situasi besar dan penting, tidak semudah itu manusia boleh lupa. "Sikap Mahathir yang suka mengelak dan tidak mahu bertanggungjawab ini akhirnya memangsakan orang lain," "Selama 30 tahun Musa Hitam telah dipersalahkan atas tragedi Mamali, sebab itu kita mahu siasatan dijalankan supaya pembohongan selama 30 tahun ini dapat diperbetulkan kembali," tegas aktivis rakyat itu lagi. | ||
Bahan kimia tumpah, tahap keselamatan dan operasi Lynas longgar Posted: 31 Mar 2014 10:05 PM PDT Azuan Ab Rahman KUALA LUMPUR: Kemalangan membabitkan sebuah lori yang membawa muatan produk nadir bumi milik kilang Lynas di Temerloh baru-baru ini menunjukkan tahap piawaian keselamatan syarikat itu tidak ketat dan membahayakan penduduk setempat. Pengerusi Himpunan Hijau, Wong Tack mengulas insiden berkenaan yang menyebabkan beberapa bekas berisi cecair kimia PrND Cloride terjatuh dan pecah sehingga mengakibatkan jalanraya terpaksa ditutup. Aktivis alam sekitar itu mempertikaikan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang digunakan dalam kerja-kerja mengangkut bahan merbahaya itu. "Kita melahirkan kebimbangan atas insiden ini, jelas nampaknya Lynas dan pihak berkuasa tidak menitikberatkan keselamatan rakyat apabila bahan kimia yang memberi kesan kepada rakyat boleh dibawa dengan lori begitu sahaja. "Sebelum ini, Datuk Seri Liow Tiong Lai sendiri berkata kerajaan akan sentiasa membuat pemantauan bagi memastikan operasi kilang itu selamat, tapi insiden itu membuktikan tiada pemantauan serius dilakukan," tegas Wong Tack. Beliau turut mempersoalkan ketelusan pengurusan Lynas mengisytiharkan jenis bahan kimia yang digunakan dalam operasi mereka. "Mereka sangat berahsia, kita tidak tahu apa lagi bahan kimia yang digunakan, mungkin ada yang lebih bahaya dari tumpahan tempoh hari, dan bayangkan jika insiden itu sekali lagi berlaku dan melibatkan bahan lebih merbahaya, sudah pastilah keselamatan dan kesihatan rakyat akan terancam," tegasnya. Wong Tack turut menyelar penafian yang dikeluarkan pengurus besar perhubungan awam komunikasi Lynas yang mengatakan produk tersebut selamat dan tiada radioaktif. Katanya, kenyataan itu agak mencurigakan memandangkan kawasan tersebut ditutup dalam tempoh yang panjang bagi kerja-kerja pembersihan dan penutralan. "Mereka tutup jalan, malah panggil Pasukan Khas Penyelamat dan Bantuan Bencana Malaysia (SMART) yang lengkap dengan pakaian keselamatan mengawal tumpahan merbahaya untuk datang dan bersihkan, dan mereka nafikan produk itu selamat. Itu tidak masuk akal sama sekali," jelasnya lagi. Dalam perkembangan berkaitan pengerusi DAP pahang, Tengku Zulpuri Shah Raja Puji menggesa pihak polis dan jabatan Alam Sekitar mengambil tindakan segera terhadap insiden itu. Katanya, tindakan lanjut perlu diambil bagi memastikan kesihatan penduduk terjamin berikutan aduan penduduk setempat yang mendakwa mengalami kegatalan di kulit dan badan akibat tumpahan tersebut. | ||
Kenapa Umno tidak pernah membawa usul hudud ke dalam parlimen? Posted: 31 Mar 2014 09:59 PM PDT Kenyataan AMT Umno tersebut, hanya bermain politik dan tidak ikhlas dalam isu hudud. PETALING JAYA: Kenyataan Ahli Majlis Tertinggi (AMT) mno, Dr Asyraf Wajdi Dusuki (gambar) yang menggesa PAS agar membentangkan draf undang-undang hudud di Parlimen jika benar-benar mahu menyaksikan satu perubahan besar dalam pelaksanaan undang-undang Islam di negara ini disifatkan sebagai bermotif politik semata-mata dan berhasrat untuk memecahbelahkan Pakatan Rakyat di mana beliau sedar bahawa PAS hanya mempunyai 21 kerusi parlimen sahaja di Dewan Rakyat. Menurut Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan (DPPNK), Ahmad Fadhli Shaari, kenyataan AMT Umno tersebut, hanya bermain politik dan tidak ikhlas dalam isu ini. "Adakah beliau sedar bahawa seseorang ahli parlimen bukan kerajaan yang ingin membawa rang undang-undang persendirian perlu memohon izin selama sebulan sebelum tarikh pembentangan dan empat belas hari untuk usul, "Ia berbeza dengan menteri yang hanya memerlukan sehari sahaja untuk proses memohon keizinan untuk membentangkan rang undang-undang," katanya. Jelasnya, hal ini menunjukkan bahawa Umno selaku parti tunjang kerajaan lebih berkuasa untuk membentangkan draf undang-undang hudud atau sekurang-kurangnya membuat pindaan perlembagaan bagi membolehkan kuasa mahkamah syariah di negeri-negeri diperluaskan. Ahmad Fadhli turut mempersoalkan kenapa Umno tidak pernah membawa usul hudud ke dalam parlimen. "Adakah hudud hanya menjadi kewajipan PAS sahaja dan tidak Umno atau dalam erti kata lain, adakah Umno juga merupakan parti yang dianggotai oleh orang Islam?" Soalnya. Jelasnya lagi, pada 25 Mac 1988, Dato Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang (sekarang Presiden PAS) pernah mengemukakan usul membincangkan gejala murtad di Parlimen, tetapi usul itu ditolak daripada dibincang. Selepas itu, sekali lagi pada 2 November 1999, beliau juga tidak dibenarkan membentang rang undang-undang ahli persendirian untuk mencegah murtad. Pada Mac 2006 pula, Salahuddin Ayub (pada masa itu Ahli Parlimen Kubang Kerian) mengemukakan rang undang-undang persendirian yang dinamakan Rang Undang-Undang Murtad. "Rang undang-undang itu bukan sahaja tidak dipedulikan oleh ahli-ahli Parlimen Umno malah ditolak mentah-mentah, "Lebih terjamin sekiranya draf undang-undang hukuman hudud ini dikemukakan oleh pihak yang mempunyai kuasa sekarang, iaitu Umno," Tambahnya. Dalam masa yang sama, Ahmad Fadhli menggesa kerajaan negeri Kelantan agar mempercepatkan pewartaan Enakmen Undang-undang Kanun Jenayah Syariah (ii) 1993 (Hukum Hudud) yang telah diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Kelantan pada tahun 1993. "Pewartaan ini sangat penting sebagai menandakan langkah ke depan di dalam pelaksanaan hudud," ujarnya. Malah, beliau turut yakin terhadap komitmen yang diberikan oleh kerajaan negeri Kelantan dalam pelaksanaan undang-undang ini. Justeru, ahli-ahli parlimen PAS juga khususnya perlu digerakkan untuk membawa sekurang-kurangnya satu usul pindaan perlembagaan secepat mungkin bagi memberikan laluan ke arah pelaksanaan undang-undang ini khususnya di Kelantan. "Sesungguhnya langkah seribu bermula dengan langkah pertama, namun, bagaimana mahu melangkah seribu jika berhenti selepas beberapa tapak melangkah?" Soalnya lagi. | ||
Selamat malam pesawat Malaysia tiga tujuh kosong’ Posted: 31 Mar 2014 09:51 PM PDT HARAKAHDAILY KUALA LUMPUR: "Selamat malam pesawat Malaysia tiga tujuh kosong" adalah perbualan terakhir dalam transkrip antara pengawal trafik udara (ATC) dan kokpit pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hilang, kata Kementerian Pengangkutan malam tadi. Menurut kenyataan kementerian perbualan itu dirakamkan pada jam 0119 (waktu Malaysia) 8 Mac. Kementerian Pengangkutan berkata pihak berkuasa masih menjalankan penyiasatan forensik untuk menentukan sama ada perkataan terakhir yang dirakamkan dari kokpit itu diucapkan oleh juruterbang atau pembantu juruterbang. Kenyataan itu dikeluarkan susulan persoalan yang dibangkitkan semasa sidang media oleh Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein semalam berhubung komunikasi terakhir antara kokpit dan pengawal trafik udara. Kenyataan itu menyebut Hishammuddin juga telah mengarahkan pasukan penyiasatan supaya mengeluarkan transkrip penuh itu, yang akan diberikan semasa taklimat kepada anggota keluarga penumpang dan anak kapal Penerbangan MH370. MH370 yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada 12.41 tengah malam 8 Mac dan hilang daripada skrin radar kira-kira sejam kemudian semasa berada di ruang udara Laut China Selatan. Pesawat itu sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari yang sama. Misi pencarian pelbagai negara itu dilancarkan bagi menjejaki pesawat, pada mulanya di Laut China Selatan dan kemudian di sepanjang koridor utara yang menjangkau dari sempadan Kazakhstan dan Turkmenistan ke utara Thailand serta koridor selatan yang meliputi dari Indonesia ke selatan Lautan Hindi. Susulan analisis data satelit yang belum pernah dilakukan sebelum ini, firma telekomunikasi satelit UK Inmarsat dan Cawangan Penyiasatan Kemalangan Udara UK (AAIB) merumuskan bahawa Penerbangan MyH370 terbang di koridor selatan dan kedudukan terakhirnya ialah di tengah-tengah Lautan Hindi, ke barat Perth, Australia. Pada 24 Mac lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan bahawa pesawat Boeing 777-200 itu "berakhir di selatan Lautan Hindi". - Bernama | ||
Allahyarham Ustaz Ismail Noh korban kerusi demi parti Posted: 31 Mar 2014 09:49 PM PDT KOTA BHARU: Pemergian bekas Ahli Parlimen Pasir Mas Ustaz Ismail Noh ke rahmatullah awal pagi tadi disifatkan sebagai satu kehilangan besar bukan sahaja kepada PAS Pasir Mas bahkan juga kepada PAS Negeri Kelantan sendiri. Ini kerana beliau yang juga bekas Yang Dipertua PAS Kawasan Pasir Mas, adalah salah seorang ulama yang dikenali dengan kepetahan hujahnya serta ketinggian ilmu yang sukar ditandingi. Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan, Ahmad Fadhli Shaari berkata, Allahyarham yang pernah menjawat jawatan sebagai Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Kelantan dikenali di kalangan anak-anak muda sebagai seorang murabbi yang tidak putus-putus menekankan aspek tarbiah dan pengorbanan sebagai faktor penting untuk mencapai kejayaan di dalam perjuangan. "Allahyarham sebelum bertanding di dalam pilihanraya merupakan Ketua Penolong Pengarah (Pendidikan) Yayasan Islam Kelantan. Beliau banyak turun ke sekolah-sekolah untuk berjumpa guru-guru dan pelajar membuat tinjauan dan menyampaikan ceramah. "Tidak hairan di kalangan pimpinan negeri pada hari ini yang pernah mendapat pendidikan di sekolah-sekolah Yayasan Islam Kelantan pernah mengenali beliau sebagai seorang yang sangat berjasa di dalam bidang pendidikan khususnya di negeri Kelantan." Allahyarham pernah menewaskan bekas Pengasas Perkasa Dato Ibrahim Ali sebanyak dua kali pilihanraya umum iaitu pada tahun 1999 dan 2004. Namun, pada 2008 beliau akur keputusan parti menyerahkan kerusi tersebut untuk ditandingi Ibrahim yang ketika itu bertanding atas tiket PAS. Ketika itu, beliau sendiri mengepalai perarakan calon mengiringi Ibrahim untuk penamaan calon. "Inilah sejarah kepatuhan beliau kepada keputusan pucuk pimpinan parti yang sangat bersejarah di Pasir Mas," kata Fahdli lagi yang juga Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Pasir Mas. Ismail Noh meninggal dunia di Hospital Raja Perempuan Zainab (HRPZ) II awal pagi ini akibat serangan strok semenjak tahun 2009. Allahyarham dimasukkan di hospital tersebut dua minggu lepas selepas tidak sedarkan diri di rumahnya di Kampung Slow Machang, Pasir Mas. Jenazahnya dijangka dikebumikan berhampiran rumahnya petang ini. "Pemuda PAS Kelantan merakamkan takziah setinggi-tingginya kepada keluarga Allahyarham dan semoga beliau dimasukkan di kalangan hamba-hamba Allah yang soleh, Insya-Allah," ujar Fadhli. | ||
Promosi Tahun Melawat Malaysia di China ditangguh Posted: 31 Mar 2014 09:47 PM PDT HARAKAHDAILY KUALA PILAH: Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan menangguhkan buat sementara waktu 'road show' promosi Tahun Melawat Malaysia (TMM) 2014 di negara China ekoran tragedi pesawat MH370. Menterinya Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata langkah ini dibuat untuk menunjukkan kerajaan bersimpati dengan tragedi yang berlaku. "Kalau kita meneruskan 'road show' ini, ia menunjukkan seolah-olah kita tidak mengendahkan tragedi itu. "Walaupun kita menangguhkannya...tapi kita mengalihkan tumpuan pasaran ke negara yang lain seperti negara Asean, India, Timur Tengah dan Eropah," katanya pada sidang media selepas melakukan lawatan kerja di Ladang Alam Warisan, Seri Menanti, dekat sini, semalam. Katanya, kerajaan amat memahami perasaan rakyat negara China yang meluahkan kemarahan mereka kepada kerajaan Malaysia dalam perkara ini. "Kita kena terima hakikat ini dan tidak langsung menganggap ini sebagai satu penghinaan negara China terhadap Malaysia. Kita pun bersedih dan bersimpati dengan apa yang menimpa rakyat mereka. "Kita tidak menafikan memang hakikatnya kedatangan pelancong dari negara China terjejas akibat tragedi MH370," katanya. Mengenai kedatangan pelancongan ke negara ini setakat ini, beliau berkata bulan Januari dan Februari menunjukkan pertambahan. - Bernama |
You are subscribed to email updates from DIALOG RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan