Rabu, 9 April 2014

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


MCA Sepakat Tolak Hudud PAS

Posted: 09 Apr 2014 03:40 AM PDT

Wee menegaskan bahawa RUU hudud PAS bukan dibentangkan oleh Kerajaan maka MCA tidak diwajibkan untuk menyokong.
 
 
 
KUALA LUMPUR: MCA akan menolak Rang Undang-Undang persendirian yang akan dibawa oleh PAS bertujuan membuka jalan terhadap pelaksanaan hudud di Kelantan. 
 
Timbalan Presiden MCA, Datuk Dr Wee Ka Siong berkata, kesemua tujuh Ahli Parlimen parti itu akan berada di Dewan Rakyat pada Rabu jika PAS membentangkan cadangan pindaan Perlembagaan bagi tujuan berkenaan.

"Undi kami adalah undi suara hati," kata beliau sambil menegaskan bahawa MCA mendukung Perlembagaan Persekutuan dan menolak apa-apa yang bertentangan dengannya.

Wee juga menegaskan bahawa memandangkan RUU berkenaan bukan dibentangkan oleh Kerajaan maka MCA tidak diwajibkan untuk menyokongnya.

Selain itu beliau turut mencabar Ahli Parlimen bukan Islam dari DAP dan PKR  terutamanya Ahli Parlimen Gelang Patang, Lim Kit Siang dan Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng secara terbuka menyatakan pendirian mereka mengenai Rang Undang-undang tersebut.

Lim adalah penasihat DAP dan Guan Eng adalah setiausaha agungnya manakala kebanyakan daripada 38 Ahli Parlimen DAP adalah bukan Islam.

"Malah DAP dan PKR yang menjadi sekutu PAS juga harus bertanggungjawab terhadap percubaan parti Islam itu membentangkan RUU berkenaan," katanya.

Pakar sahkan isyarat detikan daripada kotak hitam

Posted: 09 Apr 2014 03:32 AM PDT

Pakar sahkan isyarat detikan daripada kotak hitam Ketua Pusat Penyelaras Agensi Bersama (JACC) Australia, Angus Houston ketika sidang media terkini berhubung misi mencari dan menyelamat (SAR) pesawat MH370 yang masuk hari ke-33 di Dumas House di Perth, hari ini. - Foto Bernama


PERTH - AUSTRALIA. Para pakar di Australia dan Amerika Syarikat (AS) mengesahkan bahawa isyarat detikan yang dikesan kapal-kapal mencari pesawat Malaysia Airlines yang hilang di selatan Lautan Hindi merupakan peranti buatan manusia dan bukan bunyi semula jadi lautan, demikian menurut Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC).

Ketua Penyelarasnya, Ketua Marsyal Udara (B) Angus Houston berkata para pakar dari Pusat Analisis Akustik Bersama Australia (AJACC) di New South Wales dan pengeluar kotak hitam di Amerika Syarikat, mengesahkan bahawa isyarat 33.31 khz itu adalah daripada perakam data penerbangan sebuah kotak hitam.
      
Bagaimanapun, beliau tidak dapat mengesahkan sama ada isyarat itu datang daripada kotak hitam pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH370.
      
"Dua isyarat yang dikesan kapal pertahanan Australia (ADV) Ocean Shield ialah pada 4.27 petang dan 10.17 malam semalam," katanya dalam sidang akhbar mengenai perkembangan usaha menjejaki pesawat MAS Penerbangan MH370 di sini hari ini.
       
Beliau berkata isyarat pertama berlangsung selama 5 minit dan 32 saat dan yang kedua, 7 minit.

Pada Isnin, kapal pertahanan Australia (ADV) Ocean Shield mengesan dua bunyi akustik detikan dalam pencariannya selepas mengesan isyarat itu kali pertama pada Ahad, manakala kapal China Haixun 01 pula mengesan dua isyarat pada Jumaat dan Sabtu.
   
Penerbangan MH370 yang membawa 227 penumpang dan 12 kru hilang pada 8 Mac setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 12.41 tengah malam, kira-kira sejam kemudian ketika pesawat itu berada di ruang udara Laut China Selatan.
  
Pesawat itu sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari yang sama.
  
Operasi mencari dan menyelamat membabitkan pelbagai negara dilancar di Laut China Selatan selepas ada penemuan menunjukkan MH370 mengubah haluan jauh daripada laluan asal, sepanjang dua koridor iaitu koridor utara meliputi sempadan Kazakhstan dan Turkmenistan hingga ke utara Thailand dan koridor selatan dari Indonesia ke selatan Lautan Hindi.
  
Pada 24 Mac, hari ke-17 operasi, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan penerbangan MH370 "berakhir di selatan Lautan Hindi" berdasarkan analisis data satelit syarikat telekomunikasi United Kingdom, Inmarsat dan siasatan Cawangan Siasatan Kemalangan Udara United Kingdom.

Houston berkata isyarat-isyarat itu semakin lemah dan ini mungkin disebabkan bateri kotak hitam hampir luput atau alat itu digerakkan oleh arus lautan.
  
"Lebih banyak isyarat-isyarat itu yang dapat kami kesan, kami dapat memperhalusi kawasan carian dengan lebih baik," katanya.
  
Katanya buat masa ini, kawasan carian bagi Ocean Shield adalah 25km persegi menggunakan 'towed pinger locater', manakala carian di udara akan bermula di kawasan yang ditetapkan.
  
Houston berkata satu daripada cabaran dalam usaha mencari di dasar lautan ialah kelodak di dasar lautan yang boleh menghalang rakaman kamera visual dalam usaha mencari pesawat itu.
  
Katanya kelodak itu mungkin sedalam 10 meter atau lebih.

Sementara itu, pada sidang akhbar yang sama, Komander Pasukan Petugas Khas 658, Komodor Peter Leavy berkata mereka telah meletakkan 84 pelampung sonar yang dibiarkan terapung di kawasan carian di lautan bagi membantu Ocean Shield mengesan isyarat.
  
Katanya alat itu mempunyai beberapa sensor yang boleh mengesan sebarang isyarat sedalam 1,000 kaki (304.8 meter).
  
Beliau juga berkata penggunanan kapal selam tidak sesuai disebabkan keupayaan selamannya terhad berbanding kedalaman lautan iaitu 4,500 meter. - Bernama

Azmin bimbang Persekutuan buli Selangor

Posted: 09 Apr 2014 03:27 AM PDT


Azmin Ali Azmin Ali


SHAH ALAM - Adun Bukit Antarabangsa, Mohamed Azmin Ali bimbang kerajaan Pusat membuli Selangor dalam kerjasama kedua-dua pihak berkenaan berhubung Perjanjian Awal (Heads of Agreement) usaha penstrukturan industri air.

Beliau menzahirkan kebimbingannya dengan menggesa kerajaan Selangor memberi jaminan bahawa Perjanjian Awal yang bakal ditandatangani dengan Kerajaan Persekutuan tidak terikat Akta Rahsia Rasmi (OSA).

Menurutnya, ini kerana isi kandungan yang didakwanya sehingga kini berkenaan pengambilalihan penstrukturan air di negeri itu masih belum didedahkan kepada wakil rakyat juga rakyat perlu didedahkan demi prinsip keterbukaan dan ketelusan parti itu.

"PR sering berpegang kepada prinsip keterbukaan dan ketelusan sebelum perjanjian ini ditandatangani kerajaan negeri mendesak memasukkan  pengakuan bahawa perjanjian ini tidak akan terikat OSA.

"Persetujuan ini perlu dicapai terlebih dahulu sebagai sebahagian daripada perjanjian tersebut dan ia mesti ditulis dan dipersetujui supaya OSA tidak digunapakai dalam perjanjian yang akan ditandatangani beberapa hari akan datang," katanya ketika perbahasan menjunjung titah Sultan Selangor.

Beliau turut mempersoalkan tindakan kerajaan negeri Selangor yang merahsiakan tindakan lanjutan itu kepada umum termasuk barisan wakil rakyat yang hanya diketahuinya daripada kerajaan Persekutuan di sidang Parlimen baru-baru ini.

Tindakan ini hanya akan mencetuskan spekulasi seperti mana yang berlaku ketika kerajaan negeri itu menandatangani Perjanjian Persefahaman (MoU) baru-baru ini yang akhirnya mendapat kritikan pelbagai pihak termasuk ahli PKR sendiri.

"Saya ingin mendapat penjelasan daripada kerajaan negeri berhubung status pengambilalihan air. Apa yg kita dimaklumkan di perbahasan di Parlimen kerajaan Persekutuan akan menandatangani Heads of Agreement dalam beberapa hari akan datang.

"Apakah perkara ini benar kerajaan Persekutuan akan menandatangani dengan kerajaan negeri, kerana sehingga petang ini pimpinan PR mahupun ahli-ahli Yang Berhormat sama ada PR mahupun BN belum dapat melihat isi kandungan perjanjian yang dimaksudkan," katanya.

Beliau merayu ada baiknya kandungan perjanjian diteliti terlebih dahulu dan dibentangkan di Dewan secara terbuka dan telus kerana hanya melibatkan kepentingan rakyat.

Sehubungan itu beliau mencadangkan agar isi kandungan perjanjian itu sebelum ditandatangani dibentang di Sidang Dun, kali ini.

Kerajaan Persekutuan terbaru telah bersetuju untuk menandatangani Perjanjian Awal dengan kerajaan Selangor yang mengandungi maklumat lebih menyeluruh dan terperinci mengenai penstrukturan semula industri air Selangor dalam masa yang terdekat.

Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air  (KeTTHA) bakal mewakili Kerajaan Persekutuan manakala Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) mewakili Kerajaan Selangor.

23 nelayan nyaris maut bot ikan bilis terbakar dan karam

Posted: 09 Apr 2014 03:22 AM PDT

ANTARAPOS.COM
Post Pic
 
 
 
ALOR SETAR : Dua puluh tiga nelayan nyaris maut selepas sebuah bot menangkap ikan bilis terbakar dan karam berdekatan Pulau Lima, Langkawi Rabu.
 
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Kedah berkata tujuh anggota dihantar ke tempat kejadian menggunakan bot selepas beberapa minit menerima panggilan mengenai kejadian itu yang berlaku 10.30 pagi.
 
Katanya kesemua nelayan dilaporkan selamat selepas dibantu bot nelayan yang berada tidak jauh dari tempat kejadian.

Kos mencari MH370 cecah RM97.7 juta

Posted: 09 Apr 2014 03:19 AM PDT

ANTARAPOS.COM
Post Pic
 
 
NEW YORK: Sekurang-kurangnya AS$30 juta (RM97.7 juta) telah dibelanjakan untuk menanggung kos operasi pencarian pesawat MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu, menurut analisis Associated Press.
 
Portal berita New York Daily News yang memetik laporan itu menjelaskan, Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat (AS) telah membelanjakan sebanyak AS$7 juta (RM22.8 juta) sepanjang minggu lalu.
 
Katanya, Australia menanggung kos paling tinggi dengan perbelanjaan sebanyak AS$550,000 (RM1.7 juta) sehari bagi operasi kapal HMAS Success manakala kapal kedua negara itu, HMAS Toowoomba menelan belanja sebanyak A$380,000 (RM1.2 juta) sehari.
 
Jepun turut mengeluarkan kos sebanyak AS$8.8 (RM28.7 juta) sepanjang menyertai misi pencarian pesawat milik syarikat penerbangan Malaysia Airlines itu. - AGENSI

Kerajaan negeri perlu tunggu siasat penuh sebelum jumpa peguam negara

Posted: 09 Apr 2014 03:17 AM PDT

Post Pic
Oleh Nur Shakira Buang
SHAH ALAM: Exco agama kerajaan Selangor, Sallehin Mukhyi berkata, kerajaan negeri perlu menunggu siasatan sepenuhnya daripada Kementerian Dalam Negeri (KDN) berhubung isu rampasan bible bahasa Melayu oleh Jabatan Agama Islam Selangor terlebih dahulu sebelum bertindak menulis surat kepada Peguam Negara, Tan Sri Ghani Patail.
 
"Siasatan belum selesai sepenuhnya. Kalau dah selesai saya fikir baru menteri besar boleh jumpa peguam negara untuk bincang bagaimana hendak pulangkan Bible.
 
"Kalau dah serah kepada KDN, KDN kena buat penjelasan sama ada ia melanggar akta cetak atau tidak. Kalau dah selesai, peguam negara akan memberikan jawapan yang muktamad dan pada ketika itu isu kemelut akan diselesaikan," katanya ketika ditemui pemberita.
 
Mengulas lanjut berhubung cadangan DAP yang mahu menteri besar sendiri berjumpa dengan peguam negara, Sallehin berkata ia hanyalah cadangan semata-mata.
 
Malah, katanya meskipun kerajaan negeri bersedia untuk berbuat demikian namun belum tentu peguam negara akan memulangkan bible tersebut kepada Persatuan Bible Malaysia itu.
 
"Cadangan DAP hanya cadangan.
 
"Belum tentu Peguam Negara terima surat itu dan Persatuan Bible boleh membuat permohonan. Peguam Negara belum tentu akan terima dan akan pulangkan bible semata-mata berdasarkan surat itu.
 
Semalam, Ahli Parlimen Puchong Gobind Singh Deo mendesak Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengambil langkah proaktif dengan bertemu peguam negara untuk menyelesaikan isu rampasan Bible berbahasa Melayu.
 
Gobind berkata, dengan cara itu, Abdul Khalid akan memperoleh keyakinan pelbagai pihak berbanding tindakan sekarang yang dilihat seperti lepas tangan dalam isu itu.
 
Gobind menjelaskan meskipun Khalid sebelum ini berkata isu rampasan Bible itu adalah di bawah seliaan pejabat Peguam Negara, ia hanya masuk akal apabila Khalid bertemu Tan Sri Abdul Gani Patail untuk menyelesaikan isu itu.
 
Awal tahun ini, Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) merampas Bible berbahasa Melayu dan Iban daripada pejabat Persatuan Bible Malaysia (PBM) di Damansara.
 
Kesemua 300 Bible berkenaan masih belum dipulangkan kepada PBM.

Wan Azizah guna sidang DUN bela suami

Posted: 09 Apr 2014 03:15 AM PDT

Post Pic
Oleh Shawaliah Hadir
SHAH ALAM: ADUN Kajang yang baharu, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail menggunakan kesempatan berbahas di Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini untuk membela suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
 
Presiden PKR itu ketika perbahasan menjunjung titah Sultan Selangor, menyifatkan seteru politik UMNO-Barisan Nasional (BN) sebagai obses kepada Anwar sehinggakan seringkali menyebut nama Ketua Umum PKR itu untuk dikritik.
 
Sebaliknya, Wan Azizah yang juga Presiden PKR, memuji kecekapan dan sumbangan Anwar sebagai Penasihat Ekonomi Selangor hingga berjaya meningkatkan unjuran pertumbuhan ekonomi negeri itu.
 
"Saya kurang faham obsesi Anwar Ibrahim dalam UMNO, di mana-mana cakap pasal Anwar Ibrahim.
 
"Macam tidak boleh tidak cakap tentang Anwar Ibrahim.
 
"Semenjak Anwar Ibrahim dilantik sebagai Penasihat Ekonomi Selangor, ekonomi di Selangor telah meningkat sebanyak 6.1 peratus. Inilah sumbangan penasihat ekonomi.
 
"Dalam pada masa yang sama, telah membantu untuk meningkat ekonomi negara juga," katanya.
 
Wan Azizah menambah, dengan adanya Anwar Ibrahim sebagai penasihat maka negeri yang ditadbir oleh Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim itu kekal sebagai penyumbang terbesar terhadap Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia, iaitu sebanyak 23.5 peratus.
 
Beliau turut menggunakan sidang DUN sebagai platform untuk menangkis dakwaan Anwar memperlekehkan usaha Kerajaan Persekutuan dalam usaha mencari pesawat MH370 yang hilang 8 Mac lalu.
 
Jelasnya, tindakan suaminya memberi reaksi tentang kehilangan pesawat itu adalah kerana mendapat jemputan untuk diwawancara oleh media asing.
 
"Kalau mula-mula kita melihat bagaimana reaksi kerajaan apabila tragedi MH370 berlaku, itu yang menjadi tanda tanya. Percanggahan fakta-fakta yang telah diberikan," katanya.
 
Wan Azizah kemudiannya memperlekehkan tanggungjawab dan kredibiliti Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika menyampaikan maklumat kepada wartawan tentang perkembangan usaha mencari dan menyelamat pesawat tersebut.
 
"Kalau dibandingkan dengan Perdana Menteri, dia memanggil sidang media dan juga tidak menjawab soalan," katanya.

Elak taklimat MH370 bukti menteri tidak berani berdepan ahli parlimen, kata DAP

Posted: 08 Apr 2014 10:29 PM PDT

OLEH HASBULLAH AWANG CHIK


Ahli Parlimen Seremban Anthony Loke menyelar tindakan kerajaan yang membatalkan taklimat ahli Parlimen Pakatan Rakyat tentang MH370 dan mengatakan ia menunjukkan kerajaan tidak serius untuk berbincang dengan PR mengenai kehilangan pesawat tersebut. – Gambar The Malaysian Insider, 9 April, 2014.  
 Ahli Parlimen Seremban Anthony Loke menyelar tindakan kerajaan yang membatalkan taklimat ahli Parlimen Pakatan Rakyat tentang MH370 dan mengatakan ia menunjukkan kerajaan tidak serius untuk berbincang dengan PR mengenai kehilangan pesawat tersebut. – Gambar The Malaysian Insider,


 DAP hari ini menyelar tindakan kerajaan yang dengan sengaja membatalkan taklimat kepada ahli parlimen Pakatan Rakyat (PR) berhubung kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370.

Ahli Parlimen Seremban Anthony Loke berkata dengan pembatalan taklimat itu menunjukkan kerajaan tidak serius untuk berbincang dengan PR dalam menyelesaikan kemelut kehilangan MH370.

"Ini memberi isyarat yang salah kepada dunia luar seolah-olah menteri sendiri untuk berjumpa dengan ahli Parlimen Malaysia pun tidak berani, apatah lagi menjawab soalan daripada media luar.

Kapal Australia kesan dua isyarat, yakin temui serpihan MH370 sehari dua ini, lapor media

Posted: 08 Apr 2014 10:26 PM PDT

THE MALAYSIAN INSIDER

 
Kapal respons kecemasan daripada kapal pertahanan Australia Ocean Shield dalam pencarian serpihan di Lautan Hindi untuk pesawat Malaysia Airlines MH370 semalam. Dua lagi isyarat dikesan kapal pencari Australia hari ini. – Gambar Reuters, 9 April, 2014. 
Kapal respons kecemasan daripada kapal pertahanan Australia Ocean Shield dalam pencarian serpihan di Lautan Hindi untuk pesawat Malaysia Airlines MH370 semalam. Dua lagi isyarat dikesan kapal pencari Australia hari ini. – Gambar Reuters



Kapal pencari Australia menerima dua lagi isyarat dalam pencarian pesawat MH370 yang hilang dan pihak pencari yakin boleh menemui serpihan kapal ini dalam sehari dua ini, lapor AFP hari ini.

Koordinator pencarian ini, Ketua Marshal Udara (B) Angus Houston mengumumkan penemuan maklumat baru ini.

CNN pula melaporkan, kapal Ocean Shield mengesan isyarat itu  yang sejajar dengan penentuan tempat pesawat itu - kedua-duanya pada Selasa, kata Houston.

Sehingga kini kapal itu telah mengesan empat isyarat dari kawasan yang luas itu: dua Sabtu lepas dan dua lagi pada Selasa.

"Saya yakin kita mencari di kawasan yang betul tetapi kita perlu mengenalpasti gambar serpihan sebelum kita boleh sahkan dengan yakin ini adalah tempat terakhir MH370," kata Houston seperti yang dilaporkan oleh CNN.

Bagaimanapun, kata Houston: "Saya tidak akan sahkan apa-apa sehingga sesaorang melihat sendiri serpihan."

Hari ini adalah hari ke 33 pencarian pesawat MH370 itu yang hilang dari radar pada 8 Mac dengan membawa 239 di atasnya.

"Kita perlu kekalkan keyakinan dan bertanggungjawab," kata Kaptan Mark M. Matthews dari Navy Amerika Syarikat, memberitahu CNN. "Kerana kita tidak mahu memberikan harapan palsu."

Mereka berjuang mengejar masa kerana bateri perakam pesawat hanya disahkan untuk 30 hari sahaja.
Kotak yang disimpan di ekor pesawat, ia direka bentuk untuk menyampaikan isyarat, signal yang kuat sebaik sahaja menyentuh air.

ROS lantik Shafee untuk lawan kes DAP

Posted: 08 Apr 2014 10:09 PM PDT

MALAYSIAKINI


 


Pendaftar Pertubuhan (ROS) melantik peguam yang berkaitan Umno Muhammad Shafee Abdullah untuk mewakili mereka di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dalam permohonan semakan kehakiman oleh DAP.

Perkara itu dibawa kepada pengurusan kes hari ini selepas Hakim Zaleha Yusof memberikan kebenaran kepada DAP untuk memulakan permohonan semakan kehakiman pada 26 Mac.

Permohonan DAP itu dibuat DAP Februari lalu bagi memaksa ROS mengiktiraf penjawat atasan parti itu ekoran pemilihan semula jawatankuasa pusat parti itu.

Peguam DAP Gobind Singh Deo berkata, parti itu diminta menyerahkan dokumen sebelum 11 Jun.

"Selepas itu Mahkamah Tinggi akan menetapkan tarikh pendengaran.

"Kami juga dapat tahu hari ini bahawa Shafee dilantik ROS untuk mewakili mereka," kata Gobind yang juga anggota Parlimen Puchong.

Beliau menjangkakan tarikh pendengaran untuk permohonan semakan kehakiman itu akan ditetapkan pada Jun atau Julai.

Dua lagi isyarat ping dikesan

Posted: 08 Apr 2014 10:07 PM PDT

MALAYSIAKINI


 


Pihak berkuasa Australia mengumumkan dua lagi isyarat ping berjaya dikesan semasa operasi mencari pesawat MH370 semalam.

Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC) menyatakan, analisis ke atas isyarat tersebut menunjukkan ia "bukan berpunca dari sumber alam dan berkemungkinan berpunca dari alat elektrik tertentu".

Ketua JACC Angus Young dalam sidang medianya hari ini menyebut, dua isyarat bunyi tersebut dikesan selang 1.106 saat, yang konsisten dengan isyarat dari perakam data penerbangan.

Data dari dua ping pertama itu diteliti di pusat analisis JACC di kapal HMAS Albatross mengesahkan bahawa isyarat tersebut "stabil, terang dan jelas" pada frekuensi at 33.3 kilohertz.

Houston berkata beliau perlu berhati-hati agar tidak memberi maklumat salah kepada keluarga penumpang MH370.

Tegasnya, mereka tidak akan menyatakan bahawa pasukannya telah menemui pesawat Boeing 777, sehinggalah pasukan itu berjaya melihat sendiri bangkai pesawat tersebut dengan alat khas seperti kenderaan bawah air automatik Bluefin-21.

"Apa yang kami dapat setakat ini ialah pengesanan pancaran (isyarat). Kita tidak tahu apa yang berada di kedalaman itu,"  katanya dalam sidang media di Dumas House di Perth Barat.

Speaker tolak usul tarik balik kertas putih Memali

Posted: 08 Apr 2014 10:05 PM PDT

MALAYSIAKINI


 


Parlimen hari ini menolak daripada membahaskan semula insiden berdarah Memali pada 1985 dan menarik balik kertas putih Parlimen berkaitannya susulan pendedahan terbaru bekas perdana menteri Tun Musa Hitam baru-baru ini.

Usul yang dibawa oleh Datuk Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena) itu ditolak oleh Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia kerana "kenyataan itu dibuat dalam forum."

"Bagi saya jawapan beliau (Musa) konsisten, iaitu dalam forum dan kemudian dibuat penegasan beberapa hari selepas itu dalam sidang media yang bertulis.

"Jadi bagi saya wajar parlimen membincang malah perlu menarik balik kertas putih ini, yang menunjukkan berlaku pembohongan. Dewan ini dibohongi oleh kertas putih Memali," kata Mahfuz kepada dewan.

Bagaimanapun, Timbalan Speaker Datuk Ismail Mohamed Said yang mempengerusi sidang perbahasan yang menasihati Mahfuz supaya tidak meneruskan perbahasannya.

Ismail kemudiannya mengingatkan Mahfuz bahawa usul yang ditolak oleh speaker tidak boleh dikemukakan dalam dewan.

"Yang Berhormat Pokok Sena pun tahu, peraturan mesyuarat bahawa ia telah ditolak oleh speaker, dan saya terikat dengan peraturan 18(8) bahawa usul mesyuarat yang ditolak tidak boleh dikemukakan dan dibangkit dalam mesyuarat," kata Ismail.

Memali: Mahathir patut sokong Suruhanjaya Siasatan Diraja, jika benar tidak bersalah

Posted: 08 Apr 2014 10:02 PM PDT


lks kajang



KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad patut menyokong penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berkenaan Memali jika benar beliau tidak bersalah dalam tragedi itu.

Menurut Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang RCI perlu ditubuhkan untuk mencungkil kebenaran di sebalik tragedi Memali, terutama berikutan pendedahan terbaru bekas Timbalan Perdana Menteri Tun Musa Hitam.

Pada 27 Mac lalu, Tun Musa mendedahkan bahawa Mahathir sebenarnya berada di Kuala Lumpur semasa kejadian pembunuhan 29 tahun lalu di Kampung Memali, Kedah.

"Sudah lebih 20 tahun kebenaran di sebalik pembunuhan 18 orang individu dalam tragedi Memali masih tidak terjawab. Keluarga mangsa sehingga kini masih dihantui peristiwa pada 19 November 1985 itu, jadi RCI sangat diperlukan.

"Adakah Mahathir telah membatalkan arahan Musa supaya menyuruh polis mengelakkan keganasan dan pertumpahan darah dalam penangkapan Ibrahim Libya? Jika tidak, beliau harus menyokong RCI.
"Rakyat berhak mengetahui punca sebenar di sebalik kematian Ibrahim Libya bersama 13 penduduk kampung dan empat anggota polis," kata beliau.

Menurut Ahli Parlimen Gelang Patah itu, selain untuk mengetahui punca tragedi dan perkara sebenar yang berlaku di Memali, RCI juga perlu ditubuhkan untuk memastikan sama ada peristiwa itu telah turut menyumbang kepada terjejasnya integriti, profesionalisme, dan kebebasan institusi negara seperti polis apabila ia terpaksa menerima arahan operasi daripada ahli-ahli politik seperti Perdana Menteri atau Timbalan Perdana Menteri.

Dalam tragedi Memali, kira-kira 3,000 anggota keselamatan mengepung Kampung Memali di Baling, Kedah, untuk menangkap Ibrahim Mahmud, atau lebih dikenali sebagai Ibrahim Libya, di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Mahathir selama ini menafikan sebarang perkaitan dengan tragedi berdarah tersebut dan mendakwa beliau berada di China semasa kejadian. – Roketkini.com

Isu rampasan Alkitab: MB Selangor perlu jumpa Peguam Negara untuk segera selesaikan masalah

Posted: 08 Apr 2014 09:59 PM PDT


Gobind



KUALA LUMPUR: DAP hari ini menyarankan Menteri Besar (MB) Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim supaya menemui Peguam Negara (AG) Tan Sri Abdul Gani Patail untuk menyelesaikan segera masalah berhubung serbuan dan rampasan terhadap Persatuan Alkitab Malaysia.

Ahli Parlimen DAP Puchong Gobind Singh Deo berpandangan bahawa Khalid tidak harus lepas tangan dengan hanya merujuk permasalahan itu ke bawah bidang kuasa Gani kerana isu berkenaan berlaku dalam negeri Selangor dan membabitkan agensi penguatkuasaan negeri itu.

"Pada saya, benar respons MB yang mengatakan perkara terbabit berada di bawah bidang kuasa AG, memandangkan ia melibatkan penyiasatan yang sedang berjalan.

"Namun, mengambil kira sifat permasalahan dan kebimbangan lain yang berbangkit, MB sepatutnya pergi bertemu dengan AG bagi mendapatkan jawapan berkaitan siasatan," ujar Gobind.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini, Ketua Biro Undang-undang DAP itu turut menggesa Gani supaya memberi penjelasan tentang kelewatan siasatan kes tersebut.

Menurut beliau, Gani tidak harus berdiam diri dalam isu berkenaan yang jelas telah menimbulkan kebimbangan besar di kalangan masyarakat.

"Banyak orang telah membahaskan tentang keperluan dan kewajaran tindakan merampas serta menyita Alkitab.

"Beliau tentu sedar tentang keadaan sekarang yang sensitif dan memahami bahawa kes sebegini perlu ditangani dengan segera, tanpa lengah," tegas Gobind. -Roketkini.com

Untuk Makluman Shahidan Kassim, Tindakan Musa Hitam Bukan Membuka Aib Namanya

Posted: 08 Apr 2014 06:04 PM PDT

shahbudindotcom


Dalam usaha mempertahankan Mahathir Mohamad dan mengelakkannya daripada dijadikan bahan kecaman berikutan pendedahan Musa Hitam bahawa bekas Perdana Menteri itu sebenarnya berada di dalam negara ketika berlakunya tragedi Memali, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Shahidan Kassim mengingatkan bahawa Islam melarang umatnya membuka aib orang lain.

Katanya, Islam menggalakkan umatnya supaya menutup aib orang lain dan sesiapa yang melanggarnya dianggap berdosa.

Dari segi moral, tutup aib orang dan Allah akan tutup aibnya di akhirat kelak. Saya ingat kalau hebat macam mana sekali pun, sebagai orang Islam elakkan daripada dedahkan aib orang dan sebagainya. Janganlah kebebasan bercakap mengurangkan pahala kita, demikian katanya di Parlimen.

Beliau memberi jawapan secara umum dan bersandarkan etika Islam itu ketika menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Pas Sepang, Mohamad Hanipa Maidin yang meminta beliau menjelaskan sama ada maklumat baru yang didedahkan oleh Musa Hitam berkaitan peristiwa Memali dan kenyataannya bahawa Mahathir berada di dalam negara dan bukan di China seperti tanggapan ramai sebelum ini, sebagai suatu kebocoran maklumat.

Kemudian dari itu, Shahidan juga menegaskan, jika bekas timbalan perdana menteri atau menteri, mereka tahu risiko melanggar Akta Rahsia Rasmi, ada hukumannya.

Penjelasan Shahidan tentang membuka aib orang lain dan hukumnya disisi agama Islam memang sesuatu yang benar. Rasanya semua orang Islam tahu perkara itu kerana kita memang sering diingatkan mengenainya sejak remaja lagi.

Cumanya, tindakan Musa mendedahkan di mana Mahathir berada ketika peristiwa Memali, meskipun kita sebelum ini diberitahu bahawa ketika itu beliau berada di China, bukanlah suatu perbuatan mendedahkan aib Mahathir. Tindakan Musa lebih merupakan suatu pencerahan dan menceritakan kebenaran kerana bersama dakwaannya itu, beliau juga tampil dengan bukti-buktinya sekali.

Lebih tepatnya, Musa hanya ingin membersihkan namanya kerana selama hampir 30 ini hanya beliau yang seolah-olah dipertanggungjawabkan atas kejadian Memali itu semata-mata kerana kononnya ketika itu Perdana Menteri tiada dalam negara dan berada di China.

Perbuatan mendedahkan aib ialah seperti menceritakan keburukan orang lain sedangkan aib seseorang itu tidak wajar didedahkan. Seperti dalam kes liwat dan video seks yang dikatakan membabitkan Anwar Ibrahim misalnya, pendedahan secara besar-besaran isu membabitkan beliau dengan mengusung tilam selama berhari-hari ke mahkamah tetapi kemudian tidak dipakai pun sebagai bahan bukti dan penyebaran videonya, itulah yang dinamakan mendedahkan aib orang lain.

Begitu juga penyebaran video dan rakaman suara mengenai pemimppin Pas, itu juga dikira mendedahkan aib orang lain. Banyak lagi contoh tentang mendedahkan aib ini sebenarnya, ia berlaku di kalangan pemimpin kerajaan dan juga pembangkang. Namun aib yang dimaksudkan dan dilarang oleh agama mendedahkannya sebenarnya lebih bersifat perbuatan peribadi seseorang yang mana ia menjadi perhitungan antara individu terbabit dengan Tuhannya.

Tetapi mendedahkan keborosan pemimpin berbelanja, hobinya suka membeli perhiasan mewah atau seumpamanya tidak boleh dikategorikan sebagai mendedahkan aib orang lain kerana sebagai pemimpin, seseorang itu dan keluarganya mempunyai tanggungjawab kepada rakyat dan dianggap tidak berhati perut jika mengamalkan gaya hidup mewah sedangkan masih ramai rakyatnya yang miskin dan susah.

Pendedahan tentang perilaku yang seperti itu lebih merupakan peringatan.

Pendedahan Musa tidak menjatuhkan aib Mahathir kerana sama ada beliau berada di China atau dalam negara bukanlah sesuatu yang mengaibkan atau bersifat peribadi. Dalam hal ini Shahidan tidak perlu terasa bahawa pendedahan Musa itu sesuatu yang mengaibkan Mahathir.

Ia lebih merupakan kebenaran yang disembunyikan. Jika kerajaan mempunyai bukti sama ada menyokong kenyataan Musa atau memihak kepada tanggapan sebelum ini yang mengatakan Mahathir berada di China, menjadi tanggungjawab kerajaan mendedahkannya kepada umum.

Bahkan, jika kerajaan mempunyai bukti tetapi tidak mahu mendedahkannya semata-mata kerana ingin menjaga hati atau nama seseorang pemimpin itu, ia lebih dianggap tindakan yang tidak bertangungjawab kerana menyembunyikan kebenaran sedangkan paksi kehidupan adalah kebenaran.

Sebelum Shahidan mengingatkan tentang balasan mendedahkan aib orang lain ini, ada baiknya beliau menujukan perkara itu kepada UMNO dan kerajaan sendiri kerana sepanjang rekodnya, mendedahkan aib ini bukan saja dilakukan oleh para pemimpin dan medianya untuk menyerang musuh-musuh daripada parti pembangkang tetapi juga merupakan senjata untuk menjatuhkan pemimpinnya sendiri yang dianggap musuh dan tidak disenangi.

Musa Hitam jelas maksud kenyataanya pada majlis diskusi

Posted: 08 Apr 2014 06:01 PM PDT

MSO 

Musa Hitam, diskusi di siar secara live.
Bekas Timbalan Perdana Menteri, Musa Hitam telah membuat kenyatan media berhubung dengan majlis diskusi anjuran kerajaan Kelantan yang disertainya pada 27 April lalu bertempat di Kota Bharu Kelantan.

Beberapa kenyataan atau maklumat baru yang diberikan pada diskusi itu terutamanya berhubung peristiwa berdarah Memali yang meletus pada 19 November 1985, timbul menjadi polemik mengenai pendedahan beliau bahawa semasa kejadian itu perdana menteri Dr Mahathir Mohamad yang difahami berada di luar negara, sebaliknya ada dalam negara.
Maklumat itu merupakan sesuatu fakta baru tentang kejadian meragut 14 nyawa itu. Disebabkan kerana wujud kontroversi berhubung pendedahan beliau itu sehingga Mahathir ingin menyemak keberadaanya pada tarikh itu, Musa telah membuat kenyataan media bagi menjelaskan apa yang didedahkan itu. (Sehingga kini Mahathir belum menjelaskan di mana beliau sebenarnya berada pada hari kejadian itu.
Kenyataan media itu dikirimkan kepada email saya oleh "PA" beliau. Berikut saya siarkan sepenuhnya kenyataan Musa Hitam:
KENYATAAN MEDIA TUN MUSA HITAM BERHUBUNG ISU MEMALI  SUSULAN MAJLIS DISKUSI ANJURAN KERAJAAN NEGERI KELANTAN BERTEMAKAN "POLITIK MALAYSIA: DAHULU DAN SEKARANG"

Pada jam 9.00 malam 27 Mac 2014, saya bersama YB Husam Musa adalah dua ahli
panel dalam Majlis Diskusi anjuran Kerajaan Negeri Kelantan bertemakan "Politik
Malaysia: Dahulu dan Sekarang". Profesor Agoes dari Universiti Kebangsaan Malaysia berperanan sebagai Moderator. Format diskusi menyamai program "HARD TALK" BBC London yang meletakkan syarat bahawa ahli panel tidak dibenar menggunakan skrip atau nota lebih awal tetapi bersedia menghadapi apa juga soalan yang diajukan oleh Moderator. 

Sepanjang dua jam, Moderator diskusi bersikap combative, aggresive serta provocative. Dalam pada itu saya akui bahawa Moderator memperlihatkan sifat saksama, berkecuali dan tidak partisan.

Di penghujung diskusi, saya telah diajukan soalan berkaitan peristiwa Memali yang dapat saya rumuskan berpusat kepada tiga perkara berikut:

1. Pengesahan saya bahawa pada hari peristiwa Memali berlaku, Tun Dr. Mahathir berada di negara China dan saya adalah Pemangku Perdana
2. Saya bertanggung jawab sepenuhnya kepada peristiwa tersebut.
3. Bagaimanakah perasaan saya dengan peristiwa Memali.

Saya telah memberi respons kepada soalan yang diajukan berteraskan empat aspek

1. Saya menegur Moderator dengan mengatakan sebagai seorang Profesor, sesuatu perkara yang disuarakan hendaklah berasaskan penyelidikan mendalam dan fakta yang tepat.
2. Pada hari peristiwa Memali (ia itu 19 November 1985) Dr. Mahathir berada di Kuala Lumpur dan saya bukannya Pemangku Perdana Menteri. Moderator menunjukkan reaksi terkejut dan dengan suara yang jelas melafazkan perkataan "My God" yang mengejutkan hadirin.
3. Sebagai Menteri Dalam Negeri saya telah menggariskan panduan umum, memberi ingatan dan mengarahkan pihak Polis tentang dua perkara:

(i) Proses undang-undang hendaklah dipatuhi;
(ii) Elakkan kekerasan (violence) dan pertumpahan darah

Namun saya mengambil tanggung jawab dan akauntabiliti terhadap kejadian yang berlaku walaupun saya tidak terlibat secara langsung tetapi menyerahkan kepada budi bicara pihak Polis untuk melaksanakan operasi dari segi menentukan waktu terbaik ianya dilakukan serta kaedah dan pendekatan untuk melaksanakan operasi.
4. Saya berterus terang dan dengan ikhlas serta penuh insaf mengaku bahawa titik hitam dalam sejarah karier politik saya ialah peristiwa Memali.
Dalam ruang masa yang diberikan oleh moderator, saya telah menghuraikan urutan peristiwa yang berlaku. Pada hari kejadian, saya bersama Pemangku Ketua Polis Negara (KPN) telah menemui Perdana Menteri di pejabat beliau dan Pemangku KPN telah memberikan taklimat tentang perkara yang berlaku berikutan operasi Polis di Memali yang melibatkan kematian 4 anggota Polis dan 14 orang awam.

Dalam pertemuan tersebut saya memohon agar Dr. Mahathir menangguhkan program lawatan ke Negara China atas tiga sebab:

1. Peristiwa ini berlaku di negeri Kedah; negeri Perdana Menteri sendiri.
2. Peristiwa ini melibatkan orang Melayu beragama Islam.
3. Dengan menangguhkan lawatan ke Negara China, Dr. Mahathir memperlihatkan sifat ia mengutamakan dan mengambil berat terhadap peristiwa yang telah berlaku di dalam Negeri.

Dr. Mahathir membuat keputusan untuk tetap berlepas ke Negara China. Saya telah
memaklumkan kepadanya cadangan saya untuk membentangkan peristiwa Memali di Parlimen. Di samping itu, saya turut meminta agar semua media, termasuk media luar negara memberi saya ruang 24 jam untuk membolehkan saya mendapat gambaran lebih tepat lagi lengkap. Saya telah membentangkan peristiwa Memali di Dewan Rakyat pada keesokan harinya (20 November 1985) dan selanjutnya mengadakan perjumpaan media.

1. Bukan niat saya mahu mencetuskan polemik baru berkaitan Memali. Ia dihidupkan semula berikutan respons saya kepada soalan yang diajukan oleh moderator dalam program diskusi yang diadakan.
2. ISU UTAMA dalam perkara ini adalah fakta, sama ada pada hari peristiwa tersebut berlaku, saya menjawat jawatan Pemangku Perdana Menteri kerana Tun Dr. Mahathir berada di luar negara. Berdasarkan penyelidikan daripada bahan-bahan rujukan yang masih dapat saya temui, nyatalah Tun Dr. Mahathir berada di dalam negara pada hari tercetusnya peristiwa Memali, dan saya tidak memangku jawatan Perdana Menteri pada hari tersebut.
3. Sewaktu berlangsung prosiding kes dakwaan saya terhadap seorang penulis di Mahkamah beberapa tahun lalu di mana dalam kes ini saya berjaya, (ketika itu Tun Dr. Mahathir masih Perdana Menteri), peguam bela bertanya dua soalan yang serupa, sama ada Dr. Mahathir berada di dalam negara pada hari peristiwa Memali berlaku dan adakah saya memangku jawatan Perdana Menteri. Jawapan konsisten saya berikan bahawa beliau berada di dalam negara dan saya tidak memangku jawatan Perdana Menteri. Tetapi tidak ada media yang sedia melaporkan fakta ini.

Sekian lama saya dicerca, dicela dan dinista mengenai peristiwa Memali oleh pelbagai pihak terutama oleh Parti Pas. Seingat saya, apatah lagi selepas saya berundur daripada jawatan Menteri; tidak ada pihak baik daripada Kerajaan, begitu juga Parti UMNO yang saya anggotai bersedia menyuarakan fakta yang benar.

Saya pernah menawarkan diri untuk mengadakan wawancara eksklusif dengan media khusus atas subjek peristiwa Memali, tetapi tidak ada pihak media yang bersedia berwawancara dengan saya. Saya sedar dan memahami ketika itu tidak ada pihak yang bersedia berhadapan risiko untuk bercakap perkara yang boleh dianggap menyentuh kedudukan dan batang tubuh seorang Perdana Menteri yang sedang berkuasa.

Sekian lama saya berseorangan untuk mendapatkan keadilan namun saya terus berdoa dan akhirnya program diskusi di Kelantan saya sifatkan sebagai anugerah ILAHI memakbulkan doa saya. Ruang tersebut memberikan saya peluang untuk memperbetulkan fakta sejarah akan peristiwa penting yang melibatkan diri saya.

Saya bersyukur ke hadrat ILAHI yang telah memberikan peluang tersebut kepada

Saya sedar perkembangan terbaru ini telah menjemput pelbagai ulasan dan pandangan secara positif dan secara negatif, tidak terkecuali yang berbentuk tohmahan, tuduhan dan fitnah baru ke atas diri saya. Saya serahkan segala-galanya kepada ALLAH yang Maha Mengetahui akan kebenaran dan kepada Nya

Saya memohon petunjuk dan keadilan.

TUN MUSA HITAM
4 APRIL 20014.

Baru sehari jadi Adun, Dr Wan Azizah mula jadi sasaran

Posted: 08 Apr 2014 05:18 PM PDT

OLEH JAMILAH KAMARUDIN


Adun Kajang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail beraksi dalam Dewan Undangan Negeri Selangor di Shah Alam hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim.Adun Kajang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail beraksi dalam Dewan Undangan Negeri Selangor di Shah Alam hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim. 



























Baru sehari menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Selangor, Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mula menerima "serangan" daripada barisan pembangkang Barisan Nasional (BN) dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor hari ini apabila menimbulkan isu moral suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dengan kes Liwat II dan Langkah Kajang.

Adun BN sejak awal mempersoalkan Pakatan Rakyat yang tidak mengiktiraf integriti institusi kehakiman apabila enggan menerima keputusan kes Liwat II, namun menyifatkan mahkamah sebagai adil apabila menolak pendengaran saman golongan ibu tunggal yang difailkan terhadap kerajaan Selangor.

Pencaturan Langkah Kajang juga turut diperlekehkan Ketua Pembangkang Selangor, Datuk Shamsudin Lias yang mendakwa Anwar tidak layak memimpin negeri.

Shamsudin yang juga Adun Sungai Burong itu membahaskan mengenai Titah Ucapan Diraja semasa pembukaan pertama sidang dewan semalam yang menasihatkan wakil rakyat supaya jangan bertelagah sesama sendiri.

Beliau mengkritik Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Kajang diwujudkan secara sengaja hanya disebabkan mahu menyelesaikan kemelut dalaman pemimpin PKR Selangor.

Katanya, Langkah Kajang juga sengaja direka Pakatan Rakyat untuk memenuhi cita-cita Anwar menjadi menteri besar.

Sebaliknya niat gagal apabila Mahkamah Rayuan pada 7 Mac lalu menjatuhkan hukuman penjara lima tahun selepas panel hakim mendapati Anwar bersalah dalam kes Liwat II.

Anwar kini hanya ada satu lagi peluang untuk mengemukakan rayuan di Mahkamah Persekutuan selepas dibenarkan ikat jamin sebanyak RM10,000 dan hukuman ditangguhkan sementara sehingga proses rayuan selesai.

"Ini semua takdir. Sedangkan kapal terbang hilang pun dikira takdir," katanya sebelum ditegur Speaker Hannah Yeoh yang melarang Shamsudin daripada mengeluarkan kenyataan menghina mana-mana pegawai eksekutif negeri.

Beliau kemudiannya meneruskan hujah perbahasan dengan mendakwa Penasihat Ekonomi Selangor itu juga pernah menggunakan khidmat raja bomoh – individu yang mendakwa mampu mengesan kehilangan kapal terbang MH370 melalui ilmu ghaib.

Lantas membuat Dr Wan Azizah segera bangun mencelah dan membidas kenyataan Shamsudin.

"Saya nak tanya mana bukti yang kata Ketua Pembangkang guna khidmat raja bomoh? Yang saya baca raja bomoh ini diundang menghadiri jamuan tetapi kita tidak menggunakan perkhidmatannya.

"Saya nak tanya juga, kenapa tak tanya mengapa perdana menteri kita ketika buat sidang media tidak berani menjawab soalan media sedangkan penasihat ekonomi berani apabila dipanggil oleh SkyNews dan CNN.

"Dia menjawab apakah ada sistem elektrikal Marconi dalam radar, kenapa sistem kita tidak dapat melihat kapal terbang yang tidak mengikut arusnya.

"Ini adalah satu pelanggaran (peraturan)... sebab itu saya katakan kasih sayang kami kepada negara ini tidak berbelah bahagi," katanya.

Keadaan tegang itu menyebabkan Dr Wan Azizah kelihatan hilang "mood" dan enggan melayan sebarang pertanyaan wartawan ketika keluar dewan.

Isteri Husam antara lebih 80 guru diarah bertukar di Bachok, kata Pakatan

Posted: 08 Apr 2014 05:12 PM PDT

OLEH HASBULLAH AWANG CHIK


Selepas kalah undi popular dalam pilihan raya umum 2013, para guru yang didakwa menyokong Pakatan Rakyat kini menjadi mangsa ditukarkan tempat kerja dan antara mangsanya adalah isteri kepada Naib Presiden PAS Pusat Datuk Husam Musa (gambar), Datin Rohana Abd Rahman.

Rohana adalah antara lebih 80 guru atau tepatnya 88 orang yang dijangka terlibat dalam pertukaran yang akan dilakukan pada 16 April ini akibat menyebelahi parti politik tertentu, kata Pakatan Rakyat.

Ahli Parlimen Bachok, Ahmad Marzuk Shaary berkata Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Bachok di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia terlibat dalam salah guna kuasa kerana menukarkan seramai lebih 80 guru di kawasan berkenaan.

"Memorandum yang diterima daripada Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mendedahkan salah guna kuasa PPD yang dikatakan sangat sahih menggunakan alasan pertukaran yang sangat tidak relevan seperti penyokong kuat PAS.

"Dokumen sulit ini juga mendedahkan terdapat cadangan dari ketua cawangan Umno bagi menukar guru yang dilihat parah apabila campur tangan politik terlibat dalam pendidikan," katanya dalam satu sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Menerusi memorandum yang diberikan SAMM itu, antara alasan yang diberikan menyebabkan sekumpulan guru di Bachok itu bertukar kerana mengibarkan bendera pembangkang, suami merupakan penyokong tegar PAS, membantu kempen pilihan raya PAS dan sebagainya.

Ahli Parlimen Bayan Baru Sim Tze Tzin berkata senarai perpindahan berkenaan mengejutkan dan membuktikan Putrajaya bermain politik terhadap guru tidak bersalah di negeri itu.

"Menteri pendidikan mesti menjelaskan alasan guru yang dipindahkan itu kerana bertentangan dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia yang dilihat mencemar bidang perguruan," katanya.

Ahli Parlimen Batu Chua Tian Chang pula berasa terkejut kerana sebahagian nama yang dilaporkan diberi oleh ketua cawangan Umno sendiri.

"Walaupun ada nama yang disenaraikan memang mereka yang mahu berpindah namun 90% daripada mereka disebabkan perjuangan politik," katanya.

Halang Surendran wakili Anwar ‘pendahulu’ yang bahaya, kata peguam dan bekas hakim

Posted: 08 Apr 2014 05:07 PM PDT

OLEH V ANBALAGAN, PENOLONG PENGARANG BERITA


Peguam N Surendran semalam dihalang daripada mewakili Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana 'wujudnya kepentingan politik', menurut hakim Rosilah Yop yang mengatakan ia kerana mereka daripada parti yang sama. – Gambar fail.Peguam N Surendran semalam dihalang daripada mewakili Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana 'wujudnya kepentingan politik', menurut hakim Rosilah Yop yang mengatakan ia kerana mereka daripada parti yang sama. – Gambar fail. 


Satu tindakan pendahulu yang merbahaya ditetapkan oleh Mahkamah Tinggi semalam apabila menyekat peguam N Surendran mewakili Datuk Seri Anwar Ibrahim atas alasan wujudnya kepentingan politik kerana keduanya daripada parti sama, kata peguam dan bekas hakim.

Mereka berkata hakim yang memutuskan menghalang Surendran mewakili Anwar sebenarnya tidak peka tentang peruntukan dalam peraturan etika di bawah Akta Profesion Undang-Undang.

Peraturan itu juga digubal bertujuan menghalang mana-mana ahli keluarga terbabit dalam kes diwakili peguam yang mana mempunyai kepentingan bercanggah dan berpeluang mendapat manfaat hasil daripada tindakan sivil.

Ia merujuk kepada keputusan hakim, Rosilah Yop semalam yang membenarkan permohonan Utusan Melayu Berhad untuk menghalang Surendran daripada mewakili Anwar dalam kes fitnah ke atas akhbar milik Umno, Utusan Malaysia.

Surendran merupakan Naib Presiden PKR sementara Anwar merupakan Ketua Umum parti itu.

Rosilah berkata Surendran tidak mampu untuk bertindak profesional dan bebas memandangkan wujudnya percanggahan kepentingan seperti mana tertakluk dalam perkara 5, Peraturan Etika.

Susulan itu, Anwar akan memfailkan permohonan tergempar pada Mahkamah Rayuan untuk membatalkan arahan Mahkamah Tinggi.

Pengarah Eksekutif Lawyers for Liberty, Eric Paulsen berkata keputusan tersebut dengan memberi alasan wujudnya konflik kepentingan antara Surendran dan Anwar adalah sangat kabur dan lemah.

"Kepentingan politik akan terjadi sekiranya Surendran sebagai peguam Anwar diminta untuk untuk memberi keterangan terhadap kes tersebut, namun situasi ini berlainan," katanya.

Beliau berkata arahan tersebut mempunyai kesan serius apabila secara teknikalnya ramai peguam terdiri daripada ahli politik kini akan dihalang.

Katanya, peguam seperti R Sivarasa dan Lateefa Koya yang juga merupakan ahli PKR tidak boleh mewakili pemimpin lain seperti Anwar, Tian Chua, Rafizi Ramli dan Nurul Izzah dalam kes mahkamah.

Tambahnya, keputusan Rosilah mencetuskan percanggahan dengan tafsiran berbeza ketika Mahkamah Persekutuan menolak untuk mengugurkan peguam Umno, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah selaku Timbalan Pendakwa Raya dalam permohonan kerajaan untuk menolak keputusan Mahkamah Tinggi dalam perbicaraan kes Liwat 2.

Ini kerana berdasarkan kes tersebut, Shafee menjadi antara salah seorang saksi dalam perbicaraan kes liwat dan dikenali sebagai peguam Umno yang mewakili beberapa pemimpin parti itu menentang Anwar bagi kes fitnah.

"Percanggahan antara dua kes membabitkan isu konflik kepentingan adalah amat sukar untuk dibayangkan," katanya.

Peguam Karpal Singh yang memegang jawatan penting dalam DAP dan mewakili ramai pemimpin dalam kes sivil dan jenayah selama hampir 40 tahun menyifatkan arahan tersebut tidak berasas dan remeh.

Karpal berkata tidak pernah terjadi pihak sebelah sana atau anak guamnya menuntut permohonan untuk menggugurkannya dalam kes mahkamah ketika dia memegang jawatan tertinggi DAP.

Beliau berkata tugas peguam adalah untuk mempertahankan kepentingan anak guam dan ia bermakna melakukan yang terbaik dalam mahkamah.

"Keputusan mesti diketepikan mengikut prinsip yang digubal," katanya.

Katanya lagi, berdasarkan arahan tersebut, kini bermakna bahawa peguam yang merupakan ahli politik tidak lagi boleh mewakili rakan politik parti yang sama dalam perbicaraan.

Seorang hakim bersara pula mengkritik keputusan Rosilah apabila menyifatkan ia merupakan pentaksiran salah apabila tujuan penggubalan Peraturan Etika adalah menghalang penglibatan sesama ahli keluarga.

"Perhubungan itu mestilah tersangat rapat sehingga kebebasan dan keputusan profesional oleh peguam itu tidak terjejas," kata bekas hakim yang tidak mahu dinamakan itu.

Beliau memberikan contoh peguam Tun Zaki Azmi, yang menjadi ketua hakim, dan kemudiannya selalu mewakili Umno semasa menjadi ahli jawatankuasa disiplin parti itu.

Selain itu, mendiang Robert Chelliah yang merupakan rakan akrab bekas menteri besar Selangor Datuk Harun Idris pernah mewakilinya dalam satu kes penyelewengan.

"Tidak ada seorang pun yang merasakan ia perlu dibantah," katanya.

Kajian menunjukkan BN, Umno lemah uruskan ekonomi selepas PRU13

Posted: 08 Apr 2014 05:01 PM PDT

OLEH LEE SHI-IAN


Dalam kajian The Malaysian Insider, lebih separuh daripada 1,005 mengatakan pencapaian Barisan Nasional sejak Pilihan Raya Umum ke-13 Mei lalu adalah 'sangat lemah' serta menyifatkan parti utamanya, Umno juga lemah kerana gagal menguruskan ekonomi dan menunaikan janji pilihan raya. – Gambar The Malaysian Insider, 9 April, 2014. Dalam kajian The Malaysian Insider, lebih separuh daripada 1,005 mengatakan pencapaian Barisan Nasional sejak Pilihan Raya Umum ke-13 Mei lalu adalah 'sangat lemah' serta menyifatkan parti utamanya, Umno juga lemah kerana gagal menguruskan ekonomi dan menunaikan janji pilihan raya. – Gambar The Malaysian Insider



Umno dan Barisan Nasional terus merudum sejak pilihan raya umum Mei tahun lalu dengan kajian terbaru yang dibuat menunjukkan lebih ramai rakyat negara ini merasakan  pencapaiannya sangat lemah khasnya dalam mengendalikan ekonomi negara.

Lebih separuh daripada 1,005 responden yang menyertai servey yang diarahkan oleh The Malaysian Insider menyifatkan pencapaian BN sejak Pilihan Raya Umum ke-13 sebagai 'sangat lemah' manakala 45% menyifatkan parti utamanya Umno sebagai lemah.

Responden berkata parti pemerintah itu gagal mengendalikan kos sara hidup atau mengendalikan hal ehwal ekonomi, menunjukkan kepimpinan yang negatif, gagal melaksanakan janji pilihan raya dan menguruskan rasuah.

Hanya 31% responden yang dihubungi melalui telefon, merasakan BN yang menang dengan majoriti mudah dalam Pilihan Raya Umum ke-13 melakukan kerja dengan cemerlang, manakala selebihnya tidak pasti atau enggan untuk memberikan komen.

Sekali lagi responden Cina sepakat tidak memberikan sokongan kepada BN manakala Melayu memberikan lebih sedikit sokongan kepada BN.

Kedua-dua pengundi bandar dan luar bandar berkata mereka kecewa dengan pencapaian BN dengan 53% daripada responden berumur 21 - 40 menyifatkan BN sebagai tidak bagus.

Responden dipilih berdasarkan kaedah pilihan secara rawak berdasarkan sampel strata bagi setiap kaum, jantina, umur dan kawasan parlimen di seluruh semenanjung Malaysia.

Kajian ini dibuat bermula 7 Mac 2014 dengan pilihan responden yang selaras dengan populasi setiap kawasan parlimen.

Majoriti responden Cina berkata pencapaian Umno lemah, manakala Melayu dan India berpecah secara sekata tentang pencapaian parti Melayu itu.

Kajian itu tidak menunjukkan pecahan kaum untuk bandar dan luar bandar tetapi berkata penduduk kampung berpecah tentang pencapaian Umno, manakala penduduk bandar tidak berpuas hati dengan parti tonggak komponen BN itu.

Isu utama rakyat adalah kos sara hidup, jenayah, korupsi, perpaduan nasional dan peluang pekerjaan, menurut kajian itu.

Ramai responden (40%), samada dari bandar atau luar bandar amat bimbang dengan kos sara hidup.
Jenayah kedua (24%), korupsi (13%), perpaduan nasional (11%) dan peluang pekerjaaan (7%).

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak nampaknya mempunyai pencapaian yang baik dengan 42% berkata presiden Umno itu menjalankan tugas dengan cemerlang manakala 39% memberikan kata tidak bagus kepada beliau.

Kajian itu juga menunjukkan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi disifatkan oleh responden Melayu sebagai pemimpin yang menjalankan tugas paling baik.

Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaludin adalah kedua, manakala Pemangku Menteri Pengangkutan dan Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein ketiga.

Najib di tempat kelima di belakang Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Minggu lalu, kajian yang dibuat oleh Merdeka Centre mendedahkan rasa tidak puas hati terhadap Najib jatuh daripada 40% Disember lalu ke 44% dalam bulan Mac.

Ia ekoran kritikan teruk terhadap Putrajaya dalam isu kenaikan harga barang, antara yang menjadi isu utama.

Kajian juga menunjukkan bahawa penilaian kelulusan terhadap Najib kekal tidak berubah pada 52% bulan lepas berbanding dengan Disember lalu.

Pada bulan Disember, penilaian kelulusan Najib susut kepada paras terendah sebanyak 52% berikutan siri langkah-langkah untuk mengurangkan bajet defisit yang kronik untuk Malaysia.

Kenaikan harga, bagaimanapun, menyebabkan kemarahan orang ramai yang meluap sehingga puluhan ribu menyertai perhimpunan anti-kenaikan harga di Dataran Merdeka Kuala Lumpur pada malam Tahun Baru.

Tiada ulasan: