Rabu, 9 April 2014

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Ahli Parlimen PR : Institusi kehakiman di cemari hakim-hakim bagi tujuan politik Umno/BN

Posted: 09 Apr 2014 01:29 PM PDT

Keputusan-keputusan mahkamah yang melibatkan pimpinan Pakatan Rakyat kebelakangan ini menimbulkan keresahan di kalangan rakyat. Persoalan bahawa institusi kehakiman dicemari bagi tujuan politik Barisan Nasional kembali menjadi isu hangat.

 Ahli-ahli Parlimen Pakatan Rakyat telah membuat satu usul di bawah Peraturan Majlis Mesyuarat 36(8) [Standing Order 36(8)] untuk membincangkan dan mengambil tindakan ke atas Hakim-hakim Mahkamah Rayuan iaitu Datuk Aziah Ali, Datuk Balia Yusuf Wahi dan Datuk Mohd Zawawi Salleh atas perilaku mereka semasa menghakimi kes terhadap Dato' Seri Anwar Ibrahim.
Ini dibuat mengikut Perkara 127 Perlembagaan Persekutuan yang memberi kuasa kepada Parlimen membincangkan kelakuan hakim-hakim. Sebarang usul untuk membincangkan kelakuan hakim di bawah Perkara 127 memerlukan sekurang-kurangnya satu perempat dari ahli Parlimen. Baca seterusnya di sini

Ping yang dikesan sudah dikenal pasti

Posted: 08 Apr 2014 11:49 PM PDT

MH370: Pakar Sahkan Isyarat Detikan Daripada Sebuah Kotak Hitam Daripada Mohd Razman Abdullah 

PERTH, 9 April (Bernama) -- Para pakar di Australia dan Amerika Syarikat mengesahkan bahawa isyarat detikan yang dikesan kapal-kapal mencari pesawat Malaysia Airlines yang hilang di selatan Lautan Hindi merupakan peranti buatan manusia dan bukan bunyi semula jadi lautan, demikian menurut Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC). 


Antara Najib dan Lee Hsien Loong : Siapa ketawakan siapa?

Posted: 08 Apr 2014 05:16 PM PDT

 
Lee Hsien Loong ada sebab untuk ketawa besar. 
Najib tidak ada sebab kerana kehilangan MH370. 
Terpaksalah buat-buat ketawa sama….
 Jumaat lalu, PM Singapura, Lee Hsien Loong telah merakam gambar selfie bersama PM Najib Razak.Mereka berdua menghadiri Mesyuarat Ketua-Ketua Kerajaan Commonwealth di Sri Lanka.

 Masing-masinga adalah ketua negara Malaysia dan Singapura dan mempunyai sejarah permulaan yang sama. 

 Pada 1963 Singapura telah bergabung dengan Tanah Melayu bersama-sama dengan Sabah dan Sarawak untuk membentuk Malaysia.Tetapi Singapura seterusnya telah keluar daripada Malaysia untuk menjadi sebuah republik pada 9 Ogos 1965. 

 Singapura tidak mempunyai sumber alam berbanding dengan Malaysia yang merupakan pengekspot getah dan bijih timah terbesar dunia ketika itu.Kini merupakan pengeluar minyak sawit dan petroleum dunia.

 Namun demikian, Singapura adalah lebih maju dari Malaysia.Kalau korang yang seronok sangat dapat BRIM RM600 dulu tu, kalau bawa ke Singapura, inilah jadinya :


 Korang bolehlah berlagak macam jutawan kalau pergi ke Indonesia....Kah! Kah! Kah! Tapi orang Indonesia pun sudah mampu bawa pulang berjuta-juta rupiah setiap minggu...walaupun tidak dapat BRIM!

 Kenapa Singapura boleh jauh lebih maju dari Malaysia? Mungkin jawapan berikut boleh membuatkan korang berfikir sejenak sambil meneliti gambar kat atas tu:

 Seorang nampak bijak dan cerdik , manakala seorang lagi nampak bengap dan hanya nampak duit, duit, duit sahaja!

 Seorang merupakan ahli politik professional pandai menjaga rakyatnya, manakala satu lagi merupakan seorang penyangak professional tidak prihatan hal rakyat.

 Seorang adalah pemimpin sebuah negara yang dihormati dan disegani oleh dunia, manakala seorang lagi ketua sebuah negara yang kini menjadi bahan ketawa satu dunia.

 Korang bolehlah tambah sendiri kat ruang komen ……

Tiada ulasan: