DIALOG RAKYAT |
- Dadah: Saiful Apek, tiga pekerjanya didenda RM2,500
- Lagi Cepat Anwar Dipenjarakan Lagi Cepat Najib & UMNO BN Ditumbangkan
- Black 505: Mahkamah gugur pertuduhan Nik Nazmi
- MH370: Dedah pemilik manggis dan bateri
- GST: Anak muda paling terjejas, turun 1 Mei
- Najib perlu isytihar keluar dari rundingan TPPA ketika lawatan obama
- Persatuan Hindu, Kristian setuju henti jual arak dalam pesawat
- Aduan guru ditukar atas sebab politik dibawa ke Suhakam
- Hudud: PAS akan beri taklimat kepada DHPP, orang ramai
- Brunei pun tangguh pelaksanaan hudud
- Hudud: Kenapa MCA takut menentang sokongan UMNO?
- Bertenang, Anwar. Rakyat Malaysia bukannya bodoh!
- PAS: Gerakan yang langgar perlembagaan
- Konsert thrash disekat, penganjur rugi RM20,000
- Kami tidak harap sokongan Putrajaya, kami akan terus lawan, kata anak Karpal Gobind
- Menara kawalan KLIA2 diiktiraf tertinggi di dunia
- Alhamdulillah, rakyat sudah faham apa itu GST
- Khidmat kesihatan, perumahan naik harga selepas GST
- Kesatuan sekerja anjur satu lagi demo 1 Mei
- Anwar: Ya, saya akan ke penjara lagi
- Yayasan ISA, syabas buat Selangor
- Kuala Lumpur dikawal ketat ketika Obama datang berkunjung
Dadah: Saiful Apek, tiga pekerjanya didenda RM2,500 Posted: 25 Apr 2014 08:07 AM PDT Hakim Datuk Nurchaya Arshad membuat keputusan itu selepas membenarkan rayuan pendakwaan terhadap perintah Mahkamah Majistret Petaling Jaya yang membebaskan mereka daripada pertuduhan pada 30 September tahun lalu. Beliau turut memerintahkan semua tertuduh diletakkan di bawah pengawasan selama tiga tahun. Hakim Nurchaya bagaimanapun menolak permohonan kos pendakwaan oleh pihak perayu yang diwakili Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Ishrakh Saad. Pada 30 September tahun lalu, Majistret Ahmad Solihin Abd Wahid melepas dan membebaskan Saiful Apek, atau nama sebenarnya Mohd Saifulazam Mohamed Yusoff, 45, serta tiga pekerja syarikat produksi Gitu-Gitu Productions iaitu Shah Zainatull Ehsan Al-Muazam Shah Yahya, 31; Shaiful Baharom, 27; dan Noremy Mohamad, 31, daripada pertuduhan selepas berpuas hati pembelaan mereka berjaya menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan. Berikutan keputusan itu, pihak pendakwaan mengemukakan rayuan di Mahkamah Tinggi Shah Alam Sebelum ini, Mahkamah Majistret sama melepas dan membebaskan semua tertuduh tanpa dipanggil membela diri selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie. Pihak pendakwaan yang tidak berpuas hati dengan keputusan itu mengemukakan rayuan di Mahkamah Tinggi Shah Alam dan pada 22 Mei tahun lalu, Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Abdul Alim Abdullah memerintahkan semua tertuduh membela diri selepas membenarkan rayuan tersebut. Saiful Apek, Shah Zainatull Ehsan, Shaiful dan Noremy didakwa melakukan kesalahan itu di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya, Jalan LP 2A/1, Taman Putra Permai, Seri Kembangan, Petaling Jaya pada 11 malam, 12 Jun 2010. Mereka didakwa mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 15(1) akta sama yang membawa hukuman maksimum penjara dua tahun atau denda RM5,000, jika sabit kesalahan. – Bernama, | ||
Lagi Cepat Anwar Dipenjarakan Lagi Cepat Najib & UMNO BN Ditumbangkan Posted: 25 Apr 2014 07:58 AM PDT KELAB GREENBOC Biarkanlah Najib Penjarakan Anwar... Menjelang rayuannya didengar di Mahkamah Persekutuan yang dijangka dalam tempoh terdekat ini, Anwar Ibrahim membayangkan bahawa beliau mungkin akan dipenjara sekali lagi kes liwat yang dihadapinya. Walaupun mengemukakan 35 hujah untuk menolak keputusan Mahkamah Rayuan yang sebelumnya menjatuhkan hukuman penjara lima tahun kepadanya, beliau tetap merasakan peluangnya untuk bebas adalah tipis. Selain memberi alasan bahawa beliau tidak mendapat perbicaraan yang adil serta mahkamah yang didapatinya bersikap "bias", Anwar juga kelihatan mengeluh dengan proses mempercepatkan pendengaran kesnya dan tidak memberi pertimbangan budi bicara langsung atas kematian peguam utamanya, Karpal Singh dalam kemalangan jalanraya minggu lalu. Dengan mereka tetap diminta mengemukakan notis rayuan tidak lewat daripada jam 3 petang Rabu lalu, anak Karpal Singh, Ramkarpal terpaksa bertungkus-lumus dan berjaga sepanjang malam untuk menyiapkan hujah-hujah rayuan di sebalik mereka sedang bersedih dan sibuk dengan upacara persemadian bapanya selang beberapa hari sebelum itu. Walaupun bakal mendapat bantuan daripada terkenal, Sulaiman Abdullah tetapi berdasarkan perkembangan yang berlaku itu, Anwar tetap merasakan bahawa badan kehakiman bertindak semata-mata atas arahan pemimpin politik yang sedang menggenggam kuasa ketika ini. Dalam usia 67 tahun dan terdengar juga ura-ura kemungkinan pihak pendakwa turut merayu untuk melanjutkan lagi tempoh hukuman selama 5 tahun yang diterimanya, tidak mustahil penjara adalah destinasi terakhir kehidupan Anwar yang selama ini penuh warna-warni. Dan sifir politik mudah yang ada dalam pemikiran Perdana Menteri, Najib sendiri barangkali menyetujui bahawa perjalanan politiknya untuk kekal lebih lama di tampuk kuasa turut menjadi lebih selesa jika Anwar dapat dipenjarakan. Di ketika yang sama, Anwar pula nampaknya lebih bersedia untuk ke penjara kali ini. Beliau yang sering mengungkatkan perkataan "lawan tetap lawan" dan "jangan bicara soal perjuangan jika takut dengan risiko" bukan ssja sudah meninggalkan pesanan kepada pengundinya di Permatang Pauh, minggu lalu dengan mengatakan "ini mungkin pidato saya yang terakhir", malah sempat membakar api perjuangan bahawa semangatnya sama-sekali tidak akan luntur walau ke mana sekalipun beliau dihumbankan. Memenjara, menganiaya dah menzalimi musuh politik adalah resam di mana-mana jua sudut dunia yang ada pertelingkahan dan perebutan kuasa. Sudah banyak dicatatkan dalam sejarah dunia mereka yang menerima nasib malang itu. Mandela dipenjara, Khomeini dibuang negara dan Aquino malah ditembak mati serta ramai lagi yang sengsara. Menjelang kemungkinan Anwar dipenjara sekali lagi, bukan saja Reformasi 2.0 dihidupkan kembali untuk mengajak rakyat, khususnya anak-anak muda agar bangkit melakukan perubahan, beberapa pemimpin pembangkang pula memberi bayangan bahawa Najib akan disingkirkan rakyat jika berani berbuat demikian. Serentak dengan Anwar menuju penjara, laluan lebih sukar untuk masa depan Najib turut diwujudkan dengan mengajak rakyat agar lebih berani bersuara dan bertindak mewujudkan pembaharuan. Kalau pun tidak di jalan-jalanraya, sekurang-kurangnya lebih keberanian di peti undi nanti. Jika dihalusi, sejak dua pilihanraya umum lalu, rakyat memang inginkan perubahan. Jika dalam pilihanraya 2008, BN hanya menang 140 kerusi Parlimen dan kehilangan majoriti dua pertiga, dalam pilihanraya 2013 pula, jumlah kerusi BN menurun lagi kepada 133. Undi popular BN pula hanya 47 peratus berbanding PR sebanyak 52 peratus. Dengan pelbagai isu dan masalah yang dihadapi oleh Najib menjelang PRU 14 akan datang, laluan BN sebenarnya jauh lebih sukar. Memenjarakan Anwar mungkin hanya boleh mengelakkan Ketua Pembangkang itu daripada menjadi Perdana Menteri tetapi tidak sesekali menghalang kebangkitan rakyat yang menyokong perjuangan yang diasaskannya. Ditambah dengan kritikan yang semakin lantang daripada dalam UMNO sendiri terhadap Najib, terutama daripada bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad dan bekas Menteri Kewangan, Daim Zainuddin, ia turut menghakis lagi keyakinan rakyat terhadap kerajaan yang memang sudah sedia menipis. Dalam teguran terbaru Mahathir yang menyasarkan tingkah-laku pembodek dan penasihat yang sedang mengelilingi Najib, beliau juga mengingatkan bahawa walaupun biasanya kebencian rakyat terhadap tingkah laku pemimpin yang melampau dihukum melalui pilihanraya tetapi janganlah mengambil mudah tentang tindakan ganas yang mungkin dilakukan mereka. Dalam hal ini beliau memberi contoh bagaimana di ketika orang Melayu begitu menyanjung Raja, mereka juga sebenarnya boleh bertindak ganas sehingga kepada membunuh sepertimana yang dialami oleh Sultan Mahmud dahulu yang lebih popular dengan peristiwa "Sultan Mahmud Mangkat Dijulang". Malah mungkin dengan memenjarakan Anwar, keberanian rakyat lebih meningkat dan perubahan lebih disambut mudah. Perjuangan memang selalu menuntut pengorbanan dan Anwar sendiri selalu memaklumkan bahawa beliau sedia menjadi korban kepada rakyat yang dahagakan perubahan. Jika penjara sebagai korban untuk perubahan dan imbalan kepada tumbangnya BN, Anwar seharusnya berbangga dengan hakikat itu. Redha dan berlapang dadalah dengan segala helah dan taktik Najib untuk memenjarakannya. Walaupun beliau mungkin kempunan untuk menjadi Perdana Menteri, tetapi pengorbanan dan namanya sebagai inspirasi perubahan di negara ini akan dikenang sepanjang zaman. Mandela dipenjara tetapi sempat seketika menjadi pemimpin Afrika Selatan dan namanya harum sebagai pejuang pembebasan apartheid. Aquino menentang Marcos, kemudian ditembak mati dan tidak sempat menjamah kuasa. Tetapi isterinya, Corazon Aaquino kemudian diangkat menjadi Presiden Filipina dan kini anak lelakinya, Benigno Aquino Jr pula meneruskan perjuangan. Begitulah perjuangan. Ada pemegang obor yang sempat merasa berkuasa, tetapi ramai juga yang tidak kesampaian cita-citanya. Nasib Anwar belum tahu yang mana lagi, mungkin seperti Mandela dan mungkin juga senasib Aquino, tetapi jawapannya akan lebih cepat diketahui jika lagi cepat Najib memenjarakannya. Najib, cepatlah penjarakan Anwar dan jangan berlengah lagi!! -shahbudindotcom
| ||
Black 505: Mahkamah gugur pertuduhan Nik Nazmi Posted: 25 Apr 2014 07:51 AM PDT KUALA LUMPUR: Mahkamah Rayuan hari ini membatalkan pertuduhan terhadap Adun Seri Setia Nik Nazmi Nik Ahmad yang didakwa di bawah Akta Perhimpunan Aman kerana tidak memberi polis notis 10 hari ketika menganjurkan Himpunan Blackout di Stadium Kelana Jaya pada Mei tahun lepas. Ketika membebaskan Nik Nazmi, panel tiga hakim diketuai Hakim Mohd Ariff Mohd Yusof memutuskan Seksyen 9 (1) Akta Perhimpunan Aman (PAA) yang memerlukan rakyat untuk memberikan 10 hari kepada pihak berkuasa sebelum protes sebagai tidak berperlembagaan. Mahkamah Rayuan memutuskan, polis boleh mengenakan sekatan ke atas himpunan aman tetapi tidak boleh menghukum penganjur atau orang yang berhimpun kerana tidak mematuhinya, lapor The Malaysian Insider. Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Mohd Ariff Md Yusof berkata, apa yang asasnya sah tidak boleh dijadikan asas tindakan jenayah. | ||
MH370: Dedah pemilik manggis dan bateri Posted: 25 Apr 2014 07:43 AM PDT KUALA LUMPUR: PAS meminta kerajaan serta Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) segera tampil memberi penjelasan berhubung siapa pemilik bateri (lithium ion) dan empat tan manggis yang dibawa dalam kargo pesawat MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu kepada pengetahuan umum. Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Mahfuz Omar berkata, sudah pasti kerajaan ada maklumat berhubung perkara itu dan ianya tidak perlu dirahsiakan daripada rakyat. "Hairan sehingga sekarang tidak ada mana-mana syarikat tampil untuk membuat pengakuan pemilikan bateri dan manggis. "Jangan buat rakyat terus tertanya-tanya, misteri kehilangan belum dijawab malah ditambah lagi siapa empunya bateri dan manggis itu," soal beliau ketika dihubungi Harakahdaily. Dalam pada itu Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena menggesa kerajaan menubuhkan satu Jawatankuasa Khas Parlimen bagi memantau dan menyemak segala cadangan pembelian aset yang melibatkan pertahanan negara. Cadangan itu dikemukakan beliau sebagai mengulas cadangan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) untuk menambah aset negera seperti keupayaan peralatan moden kenderaan bawah air autonomi (AUV) Bluefin-21. "Kita tidak pernah menolak apa-apa cadangan untuk pembelian aset pertahanan negara dan itu satu keperluan yang penting. Namun apa yang kita pertikaikan adalan cara pembelian itu. "Kerajaan perlu membentuk satu jawatankuasa khas di bawah parlimen bagi sebarang bentuk pembelian melibatkan aset pertahanan negara dalam memantau mahupun menyemak keperluan tersebut," katanya. Tambah beliau, pembentukkan jawatankuasa ini perlu bagi mengelak berulangnya skandal rasuah seperti pembelian kapal selam Scorpene sebelum ini. "Harga untuk aset pertahanan amat mahal dan ruang berlakunya rasuh itu terlalu tinggi, ini telah terbukti ketika pembelian Scropene. "Melalui jawatankuasa ini kita dapat mengawal sepenuhnya cara pembelian tersebut dari segi harga, pemilihan pembekal mahupun keupayaan serta keperluan aset tersebut," jelasnya. | ||
GST: Anak muda paling terjejas, turun 1 Mei Posted: 25 Apr 2014 07:38 AM PDT KOTA BHARU: Golongan muda diseru turun beramai-ramai pada Himpunan Bantah GST di Dataran Merdeka 1 Mei depan. Exco Pemuda PAS Malaysia, Ahmad Fadhli Shaari berkata, penyertaan anak muda pada himpunan itu juga sebagai menunjukkan bantahan kepada pelaksanaan GST yang dijadual akan dilaksanakan di negara ini bermula tahun 2015. "Ini kerana golongan paling teruk terjejas dengan pelaksanaan cukai ini nanti ialah golongan muda yang masih belum stabil dari sudut mata pendapatan. "Jika golongan muda gagal menunjukkan bantahan besar-besaran terhadap cukai yang bakal diperkenalkan ini, ia akan memberikan petanda seolah-olah tindakan zalim kerajaan Umno-BN tu tidak diendahkan oleh rakyat khususnya golongan muda yang 'celik maklumat'," ujarnya yang juga Setiausaha Akhbar Menteri Besar Kelantan. Ahmad Fadhli yang juga Ketua Pemuda PAS Kelantan menyeru anak-anak muda yang hadir nanti untuk turut menyatakan sokongan terhadap usaha Kerajaan Kelantan mengusulkan Rang Undang-Undang Persendirian mengenai hudud ke Parlimen. RUU itu dibawa bagi membolehkan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (2) 1993 dilaksanakan di negeri Serambi Makkah itu. "Pelbagai cara bagi menunjukkan sokongan boleh dibuat, tetapi saya menyeru dengan satu tema simbolik iaitu kita mengenakan lilitan hijau di kepala di dalam himpunan berkenaan," kata beliau. | ||
Najib perlu isytihar keluar dari rundingan TPPA ketika lawatan obama Posted: 25 Apr 2014 07:37 AM PDT MOHD AZMI ABDUL HAMID Kami mendapatI tujuan utama lawatan Obama ialah mengenai agenda menandatangani rundingan TPPA. Lantaran itu, jika Najib berani dan tegas mempertahankan maruah negara, dia perlu mengambil kesempatan ini untuk menegaskan pendirian Malaysia bahawa rakyat tidak menerima perjanjian ini. Kami yakin tujuan AS menekankan kepentingan TPPA ditandatangani bukan isu perdagangan, sebaliknya adalah hegemoni AS adalah mengekang pengaruh China di rantau ini. Oleh itu, Malaysia tidak perlu diperangkap dalam perjanjian ini hanya kerana AS mahu memenuhi agendanya mengimbangi kuasa China. Penolakan Malaysia terhadap TPPA ini adalah wajar kerana sejak Malaysia menyertai rundingan tersebut dalam keadaan penuh kerahsiaan, rakyat tidak yakin kepentingan negara akan dapat dilindungi walaupun pihak MITI (Kementerian Industri dan Perdagangan Antarabangsa) berulang kali menyatakan kepentingan negara tidak akan digadai. Jika tujuan utama kedatangan Obama ke Malaysia adalah berkait dengan TPPA kami menjangka Obama akan mengguna pengaruh AS sepenuhnya ke atas Najib agar Malaysia tunduk kepada kehendak AS dalam perjanjian tersebut. Kami mengulangi pendirian menolak dan membantah TPPA kerana kesan jangka panjangnya yang tidak dapat dijangka akibat peraturannya yang mengikat dan boleh mengheret negara ke Mahkamah antarabangsa jika berlaku konflik perdagangan. Kami juga menolak lawatan Obama kerana AS merupakan negara adikuasa yang menggunakan pengaruhnya dan melakukan semahunya ke atas pelbagai negara di dunia seperti di Syria, Iraq, Afghanistan dan Pakistan sehingga jutaan rakyat awam menderita. Dasar luar AS telah memberi akibat yang buruk kepada sosio-ekonomi, pertahanan dan politik banyak negara di dunia ketiga. Hegemoni AS yang menyebabkan Israel terus bermaharajalela, jelas menunjukkan betapa AS berperanan besar menafikan hak rakyat Palestin untuk mendapat keadilan sejak lebih 65 tahun yang lalu. Keganasan Israel terus berleluasa bukan sahaja di Tebing Barat malah juga membenarkan Israel melakukan kepungan haram keatas Tebing Gaza yang menyebabkan rakyat Palestin di Gaza menderitai akibat sekatan makanan, ubatan, bahan binaan, bekalan gas dan minyak sejak 2006 sehingga hari ini. AS jelas menggunakan pengaruhnya secara "double standard" dalam dasar luarnya yang tidak mempedulikan hak asasi manusia sedangkan AS mencanang demokrasi kepada dunia. Operasi militari AS yang mengguna kapal terbang perang tanpa pemandu (drone) di Afghanistan telah membunuh ribuan rakyat awam yang tidak berdosa. Demikian operasinya menjatuhkan Sadam Hussein telah mengakibatkan lebih sejuta rakyat Iraq terbunuh dan kini Iraq hancur sebagai sebuah negara yang berdaulat. Dasar hipokrit AS sangat jelas dalam krisis yang berlaku di Syria dan Mesir. Slogan AS supaya menghormati hak demokrasi rakyat Mesir menunjukkan percanggahan yang nyata. Kini AS menyokong penuh apa yang dilakukan oleh Fatah al-Sisi yang melakukan kudeta tentera menjatuhkan Dr Mohammad Morsi sebagai Presiden yang sah dipileh oleh rakyat Mesir. Manakala AS menyokong keganasan yang berlaku di Syria yang kini sudah mengorbankan lebih dari 200,000 orang rakyat awam. Kedatangan Obama ke Malaysia yang akan disambut sebagai lawatan terpenting pemimpin luar oleh Perdana Menteri Malaysia adalah simbol penyerahan kehormatan negara kepada kuasa imperialis dunia. Menerima lawatan pemimpin sebuah negara paling ganas didunia menunjukkan betapa negara sangat mudah diperalatkan oleh kuasa besar. Obama jelas adalah seorang Presiden Amerika yang bermuka-muka dan pembohong besar. Harapan yang diisytiharkannya kepada dunia bahawa dia akan merubah dasar luarnya yang lebih positif kepada negara-negara Islam jelas adalah suatu penipuan dan manipulasi. Dengan terus memperalatkan beberapa negara Arab di Timur Tengah, sikapnya menyokong penuh dasar Israel, operasi ketenteraan yang semakin meningkat di Afghanistan dan Iraq, ternyata Obama adalah hipokrit paling besar dalam dunia. | ||
Persatuan Hindu, Kristian setuju henti jual arak dalam pesawat Posted: 25 Apr 2014 07:35 AM PDT HARAKAHDAILY KUALA LUMPUR: Persatuan Hindu Sangam Malaysia bersetuju agar penjualan arak dalam peswat penerbangan dihentikan kerana ajaran agama tersebut melarang perbuatan itu. Presidennya Datuk RS Mohan Shan berkata, arak dilarang kepada penganut Hindu kerana ianya boleh membawa mudarat kepada peminumnya. "Arak boleh membawa kepada satu tahap di mana peminumnya boleh hilang kesedaran diri. Seterusnya individu tersebut mungkin akan melakukan sesuatu di luar kawalan. "Oleh itu Hindu melarang minum arak kerana mendatangkan banyak keburukan daripada kebaikan," katanya seperti dilapor akhbar Sinar Harian hari ini. Beliau yang juga Naib Presiden Majlis Perundingan Malaysia Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Taois (MCCBCHST) berkata, walaupun ada ajaran yang tidak menghalang penganutnya meminum arak, namun beliau mencadangkan agar isipadu yang dihidang dalam pesawat dihadkan. "Syarikat penerbangan perlu memastikan agar penumpang tidak terlebih minum sehingga mabuk kerana ia mungkin boleh membawa keburukan kepada penumpang lain," katanya. Sementara itu, Setiausaha Eksekutif National Evengelical Christian Fellowship (NECF) berkata, ajaran Kristian juga tidak menggalakkan penganutnya mengambil minuman keras. Menurut beliau, oleh kerana penumpang dalam pesawat terdiri daripada pelbagai negara dan budaya, pramugari harus sensitif dan menghidangkanya kepada penumpang yang tiada larangan sahaja. Bagaimanapun ujarnya, hidangan arak dalam pesawat sebenarnya tidak relevan kerana boleh mendatangkan keburukan dalam peswat. "Sesuatu penerbangan pesawat mengambil masa yang lama. Apabila dihidangkan dengan arak, maka akan menyebabkan mereka mabuk dan mungkin akan mengganggu penumpang lain. "Tindakan tidak rasional ketika mereka mabuk ini yang menyebabkan ajaran Kristian menghalang mereka daripada mengambil minuman keras," katanya dipetik akhbar berbahasa Melayu itu. | ||
Aduan guru ditukar atas sebab politik dibawa ke Suhakam Posted: 25 Apr 2014 07:33 AM PDT KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) digesa menyiasat aduan yang dikemukakan oleh mangsa-mangsa pertukaran guru disebabkan campurtangan politik dan penafian hak asasi terhadap mereka. Ahli Parlimen Bachok Ahmad Marzuk Shaary berkata, Suhakam perlu bertindak agar perbuatan khianat ini dihentikan segera dengan menarik balik pertukaran tersebut. Malah katanya, Suhakam juga digesa menyiasat individu-individu yang menyalahgunakan kuasa mereka sebagai penjawat awam yang melakukan pencabulan hak asasi manusia terhadap guru sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan sebagaimana jaminan dan Artikel 21 Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat 1948. "Tidak wajar pendidikan dipolitikan oleh pihak-pihak yang berkepentingan dan melakukan pencabulan hak asasi manusia yang jelas bercanggah dengan prinsip-prinsip yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan," katanya kepada Harakahdaily. Perintah-perintah am Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib)1993, Garis Panduan Tindakan Ke Atas Sokongan Yang Diterima Daripada Pemimpin Kerajaan, Individu Berpengaruh atau Mana-mana Orang Mengenai Sesuatu Urusan Kerajaan dan Garis Panduan Pertukaran Guru Antara Bahagian, Negeri, Daerah atau Dalam Daerah, jelas Marzuk ianya sudah dijadikan 'sampah' oleh pegawai awam khususnya pegawai dalam Perkhidmatan Pendidikan di Negeri Kelantan ekoran campurtangan politik yang ketara dan membimbangkan. Hal ini katanya, telah dibuktikan melalui surat Cadangan Penempatan /Pertukaran Guru Sekolah Rendah Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Bachok 2013 bertarikh 9 Mei 2013 yang ditujukan kepada Pengarah Pelajaran Kelantan bersama senarai pertukaran guru akibat politik selepas PRU13 yang menyenaraikan 99 nama guru yang menjadi mangsa pertukaran. Antaranya, 10 senarai nama guru yang telah ditukar, 12 guru Pendidikan Islam sekolah rendah dalam senarai cadangan bertukar ke luar PPD Bachok, 13 guru J-Qaf dicadang bertukar ke luar PPD Bachok, 3 guru J-Qaf sekolah rendah bertukar ke luar negeri Kelantan, 20 guru sekolah rendah dalam daerah manakala 14 guru dari sekolah menengah, selain cadangan 25 guru bertukar di dalam negeri serta cadangan 12 guru ditukar antara negeri. "Guru adalah individu yang banyak mengorbankan diri, tenaga masa dan usaha untuk melahirkan warganegara berilmu dan berpengetahuan. Tidak wajar mereka diganggu dengan apa-apa sahaja intimidasi atau percubaan terhadap ugutan seperti pertukaran, dibuang kerja, diganggu semosi, ancaman kekerasan dan seumpamanya," kata beliau. Keadaan ini katanya, sangat memalukan dunia pendidikan negara dan mencemarkan nama baik Malaysia di mata dunia kononya dikenali sebagai Hub Pendidikan Dunia, namun hanyalah omong kosong sahaja. "Jika guru diperlakukan sebegini rupa seolah-olah 'binatang ternakan' yang dipelihara untuk disembelih oleh pihak-pihak tertentu,"katanya. Hari ini, seramai lima orang guru dari daerah Bachok bersama beliau tampil mengadu masalah pertukaran politik kepada Suhakam. Turut bersama dalam pertemuan itu, Presiden Persatuan Gerakan Kebangkitan Pendidik Kebangsaan (Pendidik) Normala Sudirman, mereka juga menyerahkan memorandum Bantahan Pertukaran Warga Pendidik Secara Zalim kepada Pesuruhjaya Suhakam James Nayagam di Bangunan TH Perdana pada 3.00 petang tadi. Memorandum tersebut turut melampirkan senarai guru terbabit serta alasan pertukaran antaranya, Bekas Imam Muda Masjid Bachok, tidak menyokong Umno, suami ketua konvo kereta PAS, dan menampal pelekat 'R' di kereta. Sebelum ini, Ahmad Marzuk mendedahkan PPD Bachok di bawah Kementerian Pelajaran telah menukar 10 guru di kawasan berkenaan atas sebab dendam politik di Parlimen. Antara yang tersenarai adalah isteri kepada Naib Presiden PAS, Pusat Datuk Husam Musa iaitu Datin Rohana Abd Rahman. Menurut Marzuk, antara 40 alasan politik pertukaran yang diberikan adalah kerana suami calon PAS, keluarga PAS tegar dan membekal makanan ke pos PAS. | ||
Hudud: PAS akan beri taklimat kepada DHPP, orang ramai Posted: 25 Apr 2014 07:30 AM PDT KUALA LUMPUR: Satu taklimat penerangan berkaitan Enakmen Jenayah Syariah II yang merangkumi hukum hudud akan diadakan kepada pimpinan Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) dalam tempoh terdekat. Taklimat yang dijadualkan di Kuala Lumpur itu akan diadakan secara tertutup bagi memudahkan pimpinan DHPP mendapat penjelasan secara lebih efektif berhubung enakmen yang menimbulkan keresahan di kalangan bukan Islam. Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, berkata taklimat tertutup itu akan melibatkan semua pimpinan DHPP di peringkat pusat dan negeri, dan seterusnya beberapa taklimat serta himpunan khas untuk untuk orang ramai. "Kita sedar, ramai di kalangan ahli DHPP sendiri yang tidak jelas dengan enakmen dan hukum hudud ini sendiri hingga menyukarkan mereka untuk menerangkan kepada masyarakat bukan Islam. "Justeru, PAS Pusat telah memutuskan untuk mengadakan taklimat tertutup berkaitan enakmen ini dalam tempoh terdekat kepada pimpinan DHPP terlebih dahulu, sebelum program lain yang akan dibuka untuk orang ramai," tegas beliau ketika dihubungi Harakahdaily, hari ini. Beliau yang juga baru dilantik sebagai Penasihat DHPP, turut memaklumkan bahawa satu pertemuan dengan rakan-rakan Pakatan Rakyat, iaitu DAP dan PKR akan diadakan pada Selasa, 29 April ini di Pejabat Agung PAS. Katanya, pertemuan itu merupakan satu pertemuan khusus bagi membincangkan dan menjelaskan secara terperinci berkaitan enakmen tersebut kepada rakan-rakan dalam pakatan. Hasrat kerajaan negeri Kelantan untuk membawa usul persendirian bagi membincangkan soal Enkmen Jenayah Syariah II ke parlimen menimbulkan keresahan di kalangan bukan Islam. Beberapa siri bantahan dilakukan beberapa NGO bukan Islam, selain dari MCA sendiri berhubung hasrat kerajaan negeri tersebut. Malah, sebelum ini DHPP turut menyatakan keresahan apabila terdapat sebilangan ahli DHPP sendiri yang tidak jelas dan faham berkaitan enakmen tersebut yang hanya dikenakan ke atas mereka yang beragama Islam sahaja. Ekoran itu, DHPP menggesa PAS Pusat mengambil langkah segera dan proaktif untuk memberi penerangan khusus kepada DHPP sendiri bagi memudahkan usaha ahli-ahli DHPP untuk menerangkan kepada masyarakat bukan Islam. | ||
Brunei pun tangguh pelaksanaan hudud Posted: 25 Apr 2014 07:22 AM PDT Roketkini.com KUALA LUMPUR,: PAS Kelantan perlu melihat negara-negara majoriti Muslim di seluruh dunia sebelum mempertimbangkan pelaksanaan undang-undang hudud di negeri itu, kata Ahli Parlimen DAP Kulai Teo Nie Ching. Beliau berkata, Brunei yang sebelum ini ingin melaksanakan undang-undang itu yang sepatutnya bermula semalam pun telah menangguhkan pelaksanaannya. "Pada Oktober lalu, Brunei mengumumkan undang-undang syariah baru akan diperkenalkan. Namun, negara dengan dua per-tiga rakyatnya beragama Islam itu telah menangguhkannya," katanya dalam satu kenyataan. Memetik laporan Brunei Times, Penolong Pengarah Unit Perundangan Islam Brunei Jauyah Zaini berkata, pelaksanaan undang-undang itu ditangguhkan atas 'sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan'. Tiada tarikh pasti yang diumumkan berhubung pelaksanaan itu. Beliau juga memberi contoh Tunisia yang menjamin pemisahan undang-undang dan agama serta melindungi kebebasan rakyatnya dalam draf perlembagaan negara itu awal tahun ini. "Malah, Parlimen Tunisia juga mengesahkan beberapa artikel dalam draf Perlembagaannya yang mengambil prinsip 'negara sivil' tanpa menjadikan Islam sebagai sumber perundangan, serta jaminan bukan sahaja kepada kebebasan beragama dan mengamalkan agama, malah kebebasan nurani," katanya lagi. Justeru, katanya lagi, sudah tiba masanya PAS Kelantan mengambil contoh negara-negara ini dan memahami pelaksanaan hudud tidak selari dengan Perlembagaan serta kepelbagaian kaum dan agama di Malaysia. Isu hudud timbul semula selepas PAS bercadang untuk membentangkan rang undang-undang persendirian berkenaannya di Parlimen Jun ini. Semalam, Timbalan Menteri Besar Kelantan Dato' Mohd Amar Nik Abdullah menyatakan DAP dan PKR tidak berhak menghalang pelaksanaannya di negeri itu, ekoran PAS hanya bersetuju mengenepikan agenda itu di peringkat persekutuan. Menyifatkan alasan itu sebagai lemah, Penolong Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP itu mengingatkan PAS bahawa ia memperoleh sokongan besar melalui kerjasama dalam Pakatan. "Benar hudud diluluskan di Dewan Undangan Negeri Kelantan pada tahun 1993. Namun, kini sudah tahun 2014 dan PAS bersama-sama DAP dan PKR telah menubuhkan Pakatan Rakyat. Pada pilihan raya umum lalu, undi kepada PAS bermakna undi kepada DAP dan PKR, begitu juga sebaliknya. "Sudah tiba masanya untuk PAS Kelantan memandang ke hadapan," katanya lagi. – Roketkini.com | ||
Hudud: Kenapa MCA takut menentang sokongan UMNO? Posted: 25 Apr 2014 07:19 AM PDT GEORGE TOWN: MCA dengan jelas bersikap talam dua muka apabila membisu terhadap Umno yang secara terbuka menyokong rancangan PAS untuk melaksanakan hudud di Kelantan, sebaliknya hanya tahu menyalahkan DAP di atas isu itu. Sedangkan DAP daripada awal tidak menyokong rancangan PAS, malah akan menentang usul atau rang undang-undang persendirian untuk melaksanakan undang-undang itu, menurut Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng. "MCA dengan patuh menyokong setiap undang-undang yang diusulkan kerajaan BN tanpa mengambil kira pandangan rakyat bukan Muslim. "Kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bahawa kerajaan tidak pernah menolak hudud dan menyokong usaha itu dengan jelas mendedahkan penipuan, sikap hipokrit dan dwi-standard MCA. "Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai perlu jawab – mengapa beliau menyerang DAP yang dengan terbuka menentang PAS dalam isu itu, tetapi tidak berani dengan Umno yang turut menyokongnya?" katanya dalam satu kenyataan. Memetik laporan The Star semalam, Liow menuduh DAP bermain politik berhubung isu itu, walaupun DAP secara konsisten tidak pernah bersetuju dengan hudud. Laporan itu juga menyatakan MCA sedang berkempen kepada persatuan dan pertubuhan masyarakat Cina untuk menentang usaha PAS itu. "Betapa banyak majlis mengumpul tandatangan dengan persatuan masyarakat Cina tidak dapat menyembunyikan hakikat MCA tidak berani bertegas ketika perlu, di Parlimen dan Kabinet untuk berkata tidak kepada Umno," katanya sinis. Dalam pada itu, Ketua Menteri Pulau Pinang itu mengkritik Liow yang juga tidak memberi apa-apa komen berhubung larangan Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) melarang bahan bacaan agama selain Islam diletakkan di bilik hotel di negeri itu. "Selaku Ahli Parlimen Bentong, Liow tidak berkata apa-apa. Itu adalah bukti terbaru sikap patuh membuta-tuli MCA," katanya. Arahan itu disampaikan melalui surat ke 147 hotel bermula 6 Mac lalu. Kegagalan mematuhi arahan itu boleh menyebabkan hukuman penjara tidak lebih dua tahun atau denda tidak melebihi RM5,000, atau kedua-duanya sekali. Umno yang pernah menghalang pelaksanaan undang-undang itu ketika zaman pentadbiran Datuk Nik Aziz Nik Mat pada era 90-an secara tiba-tiba menyokongnya apabila Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Seri Mustapha Mohamed berkata tiada masalah untuk ianya dilaksanakan. – Roketkini.com | ||
Bertenang, Anwar. Rakyat Malaysia bukannya bodoh! Posted: 25 Apr 2014 07:13 AM PDT Oleh Ng Kee Seng Bertenanglah Datuk Seri Anwar Ibrahim! Bertenang, kurangkan stres dan berhenti melakukan perkara yang membodohkan diri anda sendiri. Orang yang paling berkuasa di dunia hari ini, Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama tidak boleh ditekan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk tidak bertemu dengan anda. Malaysia dan Najib adalah terlalu kerdil – untuk menekan Obama dan Amerika Syarikat. Jika Obama telah menyatakan hasratnya untuk bertemu dengan anda secara peribadi, beliau akan berbuat demikian. Obama tidak perlu mendapatkan kebenaran daripada sesiapa; bukankah ini dunia bebas? Jangan meninggi diri, Anwar. Perjuangan anda dan Pakatan Rakyat bagi keadilan dan kebebasan untuk rakyat Malaysia, anda tidak memerlukan AS atau Obama. Anda hanya perlu majoriti besar (majoriti sahaja tidak mencukupi, seperti yang dilihat dalam pilihan raya umum ke-13) sokongan rakyat untuk mengatasi rejim Barisan Nasional (BN) yang kejam dan korup. Jadi Anwar, jangan menipu diri sendiri. Jangan berkelakuan seperti pemimpin BN, yang mengambil mudah dan menghina kebijaksanaan rakyat Malaysia. Ketua tidak rasmi PKR itu dilaporkan berkata: "Saya percaya beliau (Obama) ditekan Najib untuk tidak berjumpa dengan say,a apabila Presiden Amerika Syarikat itu melawat Malaysia untuk menandatangani Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (pada Saturday 26 April)." Pilihan raya umum selepas ini akan berlaku pada tahun 2018 tetapi Najib, selagi beliau kekal sebagai Perdana Menteri, boleh menjalankan pilihanraya mengejut jika beliau mahu, selepas tempoh dua tahun dari tarikh 5 Mei 2013 . Daripada membuang masa bermain politik tanpa adanya keuntungan jelas, Anwar dan pemimpin Pakatan harus menguruskan kelemahan mereka dalam 13. Jelas sekali bahawa kelemahan terbesar Pakatan adalah kekurangan sokongan daripada pengundi luar bandar. Berhenti membuang masa, bertemu dengan akar umbi dan berinteraksi dengan golongan miskin luar bandar, didik mereka tentang de Itulah satu-satunya cara dan harapan bagi memenangi sokongan mereka terhadap Pakatan Rakyat, supaya adanya peluang yang sebenar mendapatkan sokongan besar-besaran dalam PRU14 dan menawan Putrajaya.http://bm.theantdaily.com/ | ||
PAS: Gerakan yang langgar perlembagaan Posted: 25 Apr 2014 07:07 AM PDT MALAYSIAKINI Hujah bahawa pelaksanaan hudud akan mewujudkan dua set undang-undang dalam negara ini tidak betul kerana sistem demikian telah lama wujud, kata PAS. Pengerusi lajnah undang-undang PAS, Mohamed Hanipa Maidin (kiri) berkata demikian sewaktu mengulas notis dari Pemuda Gerakan kepada PAS semalam. Ketua Pemuda Gerakan, Tan Keng Liang semalam berikrar akan mengheret PAS ke mahkamah jika mereka meneruskan hasrat untuk membentang rang undang-undang persendirian hudud di Parlimen. "Dakwaan Gerakan bahawa kewujudan hukum hudud akan mengakibatkan kewujudan dua sistem perundangan jenayah dalam negara kita adalah - dengan hormat - satu dakwaan yang gopoh dan tidak berasas. "Ia juga menunjukkan ketidakfahaman mereka tentang perjalanan sistem undang undang jenayah dalam negara ini," kata MP Sepang itu dalam kenyataan hari ini. Tegasnya, dua set sistem perundangan dalam negara sudah wujud sejak Perlembagaan Persekutuan diwujudkan. "Oleh itu sama ada hudud wujud atau tidak, hakikatnya negara kita telah pun mempunyai dua sistem jenayah dan ini diperuntukkan oleh Perlembagaan. "Nampaknya bukan PAS yang melanggar Perlembagaan sebaliknya hujah Gerakan yang menyalahi Perlembagaan," katanya. Hanipa turut membidas Gerakan kerana tidak mengkaji hudud secara keseluruhannya tetapi berdiam diri terhadap undang-undang "zalim dan kuku besi". "Saya juga berharap Gerakan juga perlu bersikap konsisten. "Mengapakah kita tidak mendengar Gerakan menentang undang undang zalim dan drakonian seperti ISA, Akta Hasutan, Akta Penerbitan Dan Pencetakan, SOSMA, Akta Pencegahan Jenayah dan banyak lagi," katanya. Jelasnya, dalam hudud juga tiada konsep tahanan tanpa bicara dan prinsip keadilan sangat dititik beratkan. "Adakah Gerakan sedar dan tahu bahawa tiada penahanan tanpa bicara dalam hudud malahan prinsip dalam undang undang jenayah Islam jauh lebih baik," katanya. | ||
Konsert thrash disekat, penganjur rugi RM20,000 Posted: 25 Apr 2014 06:59 AM PDT MALAYSIAKINI Penganjur konsert Kreator, kumpulan 'thrash metal' terkenal daripada Jerman, yang dihalang persembahan oleh Dewan Bandar Raya Kuala Lumpur (DBKL) mendakwa kerugian lebih RM20,000 akibat tindakan itu. Demigod Records, penganjur konsert yang sepatutnya berlangsung pada 23 April lalu berkata, mereka mengalami kerugian apabila jualan awal tiket masih belum cukup menampung kos pengurusan acara. Mereka mendakwa sudah membelanjakan RM75,000 untuk pelbagai bayaran, antaranya bayaran persembahan, sewaan tempat dan kos penerbangan, sedangkan kutipan jualan awal baru mencecah angka RM53,800. Dalam kenyataannya di Facebook beberapa jam sebelum persembahan bermula, Demigod berkata ekoran kerugian itu mereka tidak dapat memulangkan wang tiket kepada peminat. Penganjur menegaskan yang wang tiket hanya akan dipulangkan jika pembatalan dibuat mereka sendiri atau Agensi Pusat Permohonan Penggambaran Filem dan Persembahan Artis Luar Negara (PUSPAL). "Dalam kes ini bukan kami yang ambil tindakan (batalkannya), ia di luar kuasa kami," katanya. Menjelaskan pembatalan itu, penganjur berkata, mereka dimaklumkan sekatan itu melalui telefon dan kunjungan pegawai DBKL ke tempat acara sepatutnya berlangsung, di sebuah kelab malam di Jalan P Ramlee, Kuala Lumpur. "Pada jam 5.30 petang dua orang pegawai DBKL datang ke lokasi menghantar notis kepada pengurus pusat hiburan mengarahkan untuk batalkan persembahan dan menutup perniagaan pada malam itu," menurut kenyataan itu. Demigod menjelaskan, terpaksa akur bagi mengelakkan serbuan yang boleh menyebabkan pengunjung konsert bermalam di lokap. Sementara itu, diminta mengulas perkara itu, DBKL memaklumkan konsert Kreator disekat kerana lesen hiburan kelab di ibu negara itu telah tamat. Unit Media, Jabatan Perancangan Korporat DBKL memaklumkan perkara itu dalam balasan e-mel kepada Malaysiakini hari ini. "Pengendali masih dalam proses pembaharuan semula lesen-lesen tersebut. Dalam tempoh proses pembaharuan tiada sebarang aktiviti dibenarkan," menurut kenyataan itu. | ||
Kami tidak harap sokongan Putrajaya, kami akan terus lawan, kata anak Karpal Gobind Posted: 24 Apr 2014 05:07 PM PDT OLEH EILEEN NG DAN DIYANA IBRAHIM Keluarga Karpal Singh tidak mengharapkan sebarang "sokongan" Putrajaya dalam rayuan mereka terhadap bekas peguam dan ahli politik yang disabitkan hukuman kerana menghasut itu, kata anaknya kepada lebih daripada 3,000 orang malam tadi. Anak Karpal, Ahli Parlimen Puchong Gobind Singh berkata beliau sedar semakin ramai yang menuntut Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail menggugurkan rayuan balas untuk meningkatkan hukuman Karpal daripada RM4,000, tetapi keluarganya akan terus membuat rayuan untuk menghapuskan noda daripada kerjaya Karpal yang cemerlang itu. Karpal didenda RM4,000 selepas Mahkamah Tinggi pada 21 Februari mendapati bekas pengerusi DAP itu bersalah mengeluarkan kata-kata berunsur hasutan terhadap Sultan Perak pada kemuncak krisis perlembagaan pada 2009. Karpal memfailkan notis rayuannya terhadap sabitan dan hukuman itu serta sedang menunggu hakim perbicaraan untuk menyediakan alasan penghakiman bertulis sebelum membawa perkara itu kepada Mahkamah Rayuan. Mesra dikenali sebagai Harimau Jelutong, Karpal, 73, meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya di Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran Kampar, Perak minggu lepas. Juga terbunuh ialah pembantunya, Michael Cornelius. "Kita tidak memerlukan apa-apa sokongan daripaDA AG. Kita tidak memerlukan simpati beliau. Kami tidak akan berundur, kita akan berjuang sehingga akhir kerana dia berjuang sehingga akhir," kata Gobind yang menerima tepukan gemuruh daripada ribuan yang hadir pada majlis memperingati Karpal di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur-Selangor malam tadi. Karpal melakukan kesalahan itu di firma guamannya di Jalan Pudu Lama, Kuala Lumpur pada 6 Februari 2009. Beliau berkata penyingkiran Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai menteri besar Perak oleh Sultan Azlan Shah boleh dipersoalkan di mahkamah undang-undang. Hujah Karpal adalah beliau ditanyakan pendapat undang-undang dan tidak menjadi ancaman kepada sultan, yang pernah menjadi Ketua Hakim Negara itu. Apabila Gobind naik ke pentas, beliau mengambil sedikit masa untuk mula bercakap, kerana kelihatan cuba mengatasi emosinya. Orang ramai bertepuk tangan dan bersorak memberikan semangat kepadanya. Mengucapkan terima kasih kepada mereka yang datang memberi penghormatan serta doa dan takziah, Gobind berkata penting untuk menyelesaikan apa yang Karpal mulakan untuk negara. Ketika berkata beliau insan istimewa kerana mempunyai seorang bapa yang hebat, yang disifatkan sebagai "orang besar", Gobind menggesa semua orang meneruskan perjuangan Karpal untuk mempertahankan kedaulatan undang-undang dan keadilan. Beliau berkata walaupun banyak halangan yang dihadapi oleh bapanya – daripada tuduhan menghasut, ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan kemalangan kereta pada 2005 yang menyebabkan beliau berada di atas kerusi roda – Karpal tidak pernah berputus asa. "Walaupun keadaannya begitu, beliau terus berjuang dan tidak pernah berputus asa. Roh yang ada di dalamnya yang saya fikir kita semua mesti belajar daripadanya, kepercayaan dalam perjuangan untuk Malaysian Malaysia di mana terdapat kesaksamaan, keadilan dan keadilan. Kita tidak boleh berhenti di sini. Kita mesti meneruskan perjuangan ini lagi," katanya. Beliau mengakhiri ucapannya dengan ungkapan yang menjadi sinonim dengan Karpal: "Jangan main-main, harimau terus hidup!", menyebabkan orang ramai mengaum penuh semangat menyokongnya. Pada majlis peringatan itu, ucapan takziah daripada Pakatan Rakyat mencurah masuk, dengan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata walaupun ada ketikanya beliau dan orang awam dikritik Karpal, beliau tahu ia dibuat tanpa niat jahat. "Saya mengambilnya dengan hati terbuka. Ssaya melihat ia seperti tamparan penyayang di pergelangan tangan daripada abang kepada adik-beradik yang lebih muda," kata beliau sambil menambah beliau tidak akan melupakan lawatan tetap daripada Karpal ketika berada di penjara Sungai Buloh." Ketika hubungan terakhir beliau dengan Karpal, pada petang sebelum kemalangan iaitu pada jam 6.30 petang, Anwar berkata Karpal menyuarakan kebimbangan beliau terhadap kes liwat MP Permatang Pauh itu. "Kami menamatkan perbualan kami dengan pukulan perpisahan daripada Karpal, 'Datuk Seri Anwar, teruskan, saya akan melakukan yang terbaik. Saya akan terus berjuang dan anda kena teruskan'," kata Anwar. Rakan seperjuangan Karpal, pemimpin Parlimen DAP Lim Kit Siang berkata, secara peribadi beliau berasa kehilangan besar kerana mereka berdua bersama dalam menuntut keadilan, kebebasan, demokrasi dan tadbir urus yang baik selama 44 tahun lalu. "Saya pertama kali bertemu beliau selepas saya keluar daripada tahanan ISA pertama selepas 13 Mei," katanya merujuk kes rusuhan perkauman berdarah tahun 1969 itu. "Masa itu, walaupun kita mendapat banyak sokongan daripada rakyat Malaysia, sangat sedikit bersedia untuk tampil ke hadapan menghadapi pihak berkuasa. "Tetapi Karpal berbeza. Beliau menyertai DAP pada 1970 dan berada di barisan hadapan dalam perjuangan untuk Malaysian Malaysia dan kami berjuang bersama-sama sehingga sekarang," katanya. Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata beliau kehilangan keyakinan dan keriangan Karpal, dengan mengatakan bukan sahaja beliau penuh dengan keberanian dan daya hidup, beliau juga menunjukkan banyak kekuatan, kesetiaan serta idealisme. "Apabila anda berada dalam kesusahan dan memerlukan rakan, anda lebih baik mempunyai Karpal Singh berdiri di sebelah anda kerana dia akan setia dan kekal di situ hingga akhir bersama anda. Tidak kira apa yang ada di hadapan". Pemangku Pengerusi DAP, Tan Kok Wai berkata, Karpal sentiasa menjadi mimpi ngeri kepada BN ketika masih hidup dan ia akan berterusan selepas kematiannya, apabila Putrajaya enggan membenarkan sebuah dewan sekolah digunakan untuk majlis peringatannya, dan memaksa parti mengadakannya di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur-Selangor. "Untuk memperingati perngorbanan dan memenuhi impiannya untuk Malaysia yang lebih baik, kami di DAP berjanji melakukan yang terbaik pada pilihan raya umum akan datang untuk menamatkan hegemoni parti jahat, pencuri dan zalim," katanya dalam satu rujukan jelas kepada BN. Beliau turut memberikan penghormatan kepada Michael Cornelius , yang beliau sifatkan sebagai "wira tanpa nama" yang dengan setia berada di sisi Karpal sejak terpaksa menggunakan kerusi roda selepas kemalangan kereta. "Beliau berkhidmat dengan baik. Tanpanya, tidak akan mungkin bagi Karpal untuk berkhidmat sebagai jurucakap kepada mereka yang terpinggir," tambah beliau. | ||
Menara kawalan KLIA2 diiktiraf tertinggi di dunia Posted: 24 Apr 2014 05:01 PM PDT MALAYSIAKINI Menara kawalan trafik udara Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) diiktiraf oleh Guinness World Record sebagai menara kawalan tertinggi di dunia, kata Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA), Datuk Azharuddin Abdul Rahman. Beliau berkata menara berketinggian 141.3 meter dan mempunyai 33 tingkat itu mengatasi menara kawalan di Lapangan Terbang Antarabangsa Suvarnabhune, Thailand yang berketinggian 132.2 meter. "Tarikh pembinaan menara tersebut adalah pada 1 Mei 2012 dan siap 10 bulan selepas itu iaitu 1 Mac 2013 dan mula digunakan pada 4 April lepas iaitu sebulan awal bagi membolehkan Pengawal Trafik Udara membiasakan diri dengan operasi KLIA2," katanya. Beliau berkata demikian dalam ucapan pada majlis penyerahan menara tersebut dari Malaysia Airport Holding Berhad (MAHB) kepada DCA oleh pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Hussein di bilik kawalan utama iaitu tingkat ke 33 menara berkenaan. Di majlis itu, Hishammuddin turut menerima sijil pengiktirafan tersebut daripada wakil Guinness World Record serta Malaysia Book Of Records selain menyaksikan pendaratan pertama membabitkan dua pesawat Malaysia Airlines MH604 dan MH402 di KLIA2. Azharuddin berkata latihan pengawal trafik udara untuk klia2 telah dimulakan seawal Januari lalu termasuk latihan teori dan simulator dan buat masa ini seramai 120 pengawal telah bersedia untuk memulakan operasi di klia2 termasuk keseluruhan KLIA. "Waktu operasi adalah 24 jam dan lapan orang pengawal trafik udara akan bertugas pada satu-satu masa di bilik kawalan utama. Sebanyak 58 perjawatan baharu juga telah diwujudkan untuk menampung tambahan posisi kerja di menara tersebut," katanya. KLIA2, lapangan terbang dibina khas terbesar dunia untuk syarikat penerbangan tambang rendah itu dijadual beroperasi pada 2 Mei ini. Apabila beroperasi kelak, KLIA2 dijangka mengendalikan sehingga 45 juta pengguna sekaligus mengukuhkan kedudukan negara sebagai hab penerbangan pesat berkembang di rantau ini. - Bernama | ||
Alhamdulillah, rakyat sudah faham apa itu GST Posted: 24 Apr 2014 04:59 PM PDT
Menteri Hassan Malek kata rakyat sekarang sudah faham mengenai cukai barangan dan perkhidmatan atau GST. Dia tidak pula memberitahu, bab mana rakyat faham? Kenapakah parti pembangkang menentang GST? Dan mengapa pihak kerajaan nampaknya mempunyai kesukaran meyakinkan rakyat mengenai GST? Nampaknya kerajaan guna taktik lama. Bila sukar meyakinkan rakyat mengenai sesuatu dasar, ia menyalahkan pembangkang. Sedangkan pembangkang pun meletakkan kepentingan rakyat sebagai perkara utama. Jadi langkah pertama, kita buangkan cerita dongeng yang selalu diputarkan kerajaan. Ini macam memainkan piring hitam lama yang mengeluarkan suara sumbang. Ada fakta yang mudah mengapa BN sukar hendak jual idea GST. Siapa yang suka dicukai? Ia ibarat suatu penyakit. Mudahkah kita mengajak rakyat menyokong kesakitan yang dikenakan ke atas mereka? Mungkin kerajaan Najib lupa bahawa 53% rakyat tidak menyokong BN dalam PRU13. Kerajaan BN sedar bahawa GST akan jadi suatu hard sell. Ini berbeza dalam Parlimen. Dalam Parlimen mereka ada 133 suara. Speaker pun menyebelahi mereka. Bangkangan parti pembangkang terhad. Maka suara yang lebih kedengaran dalam Parlimen ialah suara BN. Hujah ahli Parlimen BN bukan untuk meyakinkan dan mencapai kebenaran. Bahkan hujah mereka ialah untuk membalun hujah pembangkang. Itu semua sia-sia kerana ia tidak mengubah tanggapan pembangkang bahawa ini kerajaan yang incompetent, rasuah, dipimpin oleh pemimpin yang lemah, lembab dan tidak tahu memimpin negara ini kepada arah tertentu. Keadaannya berbeza di luar. Di luar, realitinya ialah seperti yang saya nyatakan tadi. 53% rakyat tidak menyokong mereka dan ini bererti GST akan ditentang oleh majoriti rakyat. Saya harap orang Umno pandai membezakan antara majoriti kerusi Parlimen dan majoriti undian sebenar. 53% itu lebih besar daripada 47%. Ia undian sebenar menguasai 60% kerusi Parlimen. Ini suatu yang tidak adil kerana yang menyelamatkan BN ialah persempadanan yang tidak adil dan taburan pengundi berat sebelah. Cuba kita tanya soalan yang mudah. Bila GST dilaksanakan, pendapatan siapa yang bertambah? Jawabnya pendapatan kerajaan. Jika diibaratkan sebagai gaji – kerajaan naik gaji, gaji rakyat beku atau turun. Bahkan bila harga barang naik – pendapatan sebenar rakyat akan turun. Masa dulu, RM1 boleh beli 10, sekarang hanya boleh beli 7 barang. Ertinya nilai RM1 sudah menurun. Kastam Malaysia kata jika dulu hasil cukai jualan dan khidmat hanya RM16-RM17 bilion, GST akan meningkatkan hasil kepada RM22-RM23 bilion. Firma akauntan kata ia boleh meningkat sehingga RM33 bilion. Mengapa estimate Kastam Malaysia sangat konservatif? Firma akauntan pula sangat optimistik? Perbezaaan ini disebabkan keyakinan ke atas kecekapan mengutip. Kastam tidak seyakin firma akauntan akan kecekapan mengutip GST. Firma akauntan buat perkiraan dengan andaian keadaan sempurna. Kastam pula tahu orang yang tidak membayar cukai tetap lari daripada bayar cukai, ketirisan tetap berlaku, rasuah tetap berlaku dan ekonomi pasaran hitam dan penyeludupan wang terus berlaku. Yang tak boleh lari ialah rakyat biasa dan para peniaga yang secara sukarela mengisytiharkan transaksi perniagaan. Bandingannya seperti ketika rakyat bergelut dengan kos kehidupan yang meningkat yang bererti pendapatan sebenar rakyat berkurangan – pendapatan atau gaji kerajaan naik. Kerajaan ada jalan untuk menambah pendapatan. Rakyat tidak ada. Rakyat hendak dapat tanah untuk bercucuk tanam pun susah. Rakyat hendak dapat bantuan pun susah sebab ketua kampong akan buat saringan. Peniaga nak dapat loan pun susah sebab bank akan meletakkan syarat yang sukar. Cadangan kepada unit perancang ekonomi negeri oleh rakyat susah sebab pegawai kerajaan hanya terima cadangan yang sofistikated. GST ialah sumber pendapatan kerajaan termoden. Rakyat pula gersang sumber pendapatan. Ini yang difahami rakyat. Sebab itu kerajaan bersegera menyatakan kepada rakyat bahawa pendapatan mereka yang meningkat akan membolehkan kerajaan melakukan pembangunan dan kemajuan. BR1M boleh tambah, KR1M boleh jual murah lagi, ayam boleh jual 50sen, kangkung akan bertambah murah, elektrik akan turun, dan sebagainya. Adakah semua ini akan terjadi? Rakyat tidak percaya kerajaan akan belanja berhemah. Tambahan pendapatan akan kerajaan guna untuk mendanai kos pengurusan kerajaan yang kian meningkat. Pendapatan tambahan akan kerajaan Najib guna untuk mendanai aktiviti Rosmah Mansor, mendanai projek-projek yang membazir, mendanai pembelian kerajaan yang mencurigakan. Berbalik kepada natijah si Hassan Malek. Bagaimana dia membuat konklusi ini pun kita tidak tahu. Mungkin Hassan Malek seorang ahli nujum atau dia menggunakan khidmat bomoh yang meneropong dengan teleskop buloh. saya suka telatah lucu Hassan Malek dalam Parlimen. He is a court jester. Tapi GST satu perkara yang serius. Rakat sebenarnya tidak peduli apa GST sebetulnya. Mereka hanya tahu kerajaan akan dapat lebih wang daripada GST. Bagaimana wang tersebut dibelanjakan kelak, itu yang menjadi kerunsingan rakyat. Mengenai technicalities GST – rakyat malas mahu mengetahuinya. Mekanisme GST hanya menarik minat orang seperti akauntan dan ekonomis sahaja. Pencerahan mekanisma GST iaitu pencukaian pada setiap peringat rantaian bekalan – beza antara output GST dan input GST – kalau Ahmad Maslan dan fasilitator Umno terangkan hanya buat orang mengantuk sahaja. Rakyat faham bahawa GST adalah kaedah pencukaian baru yang akan meningkatkan hasil kerajaan. Peningkatan hasil ini tidak bermakna apa-apa kepada rakyat, jika tambahan itu disalahgunakan. Pegawai tinggi Kementerian Kewangan yang jaga GST beritahu – rakyat jangan takut. Hasil kepada kerajaan akan dikembalikan kepada rakyat dalam bentuk pembangunan dan penyediaan kebajikan. Kita berharap optimisme pegawai ini disertai dengan benar-benar terjadi optimisme tersebut. Rakyat hari ini hanya faham mengenai kos kehdupan yang tinggi. Isu yang paling asas ialah dalam pada rakyat menanggung beban kos kehidupan, kerajaan menganugerahkan kepada dirinya sendiri kenaikan hasil. Adilkah ini? Sementara rakyat susah, kerajaan menaikkan gajinya. Bila kerajaan Selangor menaikkan elaun wakil rakyatnya, seluruh negara bising terutama orang Umno. Sekarang kerajaan yang dipimpin Umno menaikan gajinya sendiri melalui kenaikan cukai. Musibah yang menimpa rakyat Malaysia ialah duit pembayar cukai (yakni kita) berada dalam tangan orang lain. Orang lain ini kalau terbukti pengurus dana yang cekap, tidak rasuah, tidak salah guna kuasa, hati kita tenteram. Tapi jika orang yang pegang duit kita ini ada rekod tidak baik, rasuah, salah guna kuasa, belanja dengan rakus, maka masa depan duit kita akan terancam. Jadi apabila pegawai kementerian kewangan kata – jangan takut, hasil GST akan dikembalikan kepada rakyat, maka pendengar celotehnya akan berasa sinikal. – sakmongkol.blogspot.com, | ||
Khidmat kesihatan, perumahan naik harga selepas GST Posted: 24 Apr 2014 04:50 PM PDT Sesiapa yang menonton Wacana Nasional Ahad lalu (20 April) di TV1 atas tajuk GST – Cukai Barangan dan Perkhidmatan akan teringat tentang beberapa perkara yang saya tekankan. Di sini saya hendak highlight tentang kenaikan harga/inflasi yang bakal menimpa rakyat di sektor kesihatan dan perumahan yang dinafikan pengarah GST Kastam dan YB Titiwangsa. Maaf. Tapi sebelum itu, mengulangi sedikit. Tentang hutang dan defisit fiskal yang tidak akan dapat diatasi selagi tabiat berbelanja besar, pembaziran, ketirisan serta bocor dengan rasuah tidak dapat diatasi. Inilah ketirisan bahkan kebocoran pada "tempayan" kerajaan. Maka banyak mana pun yang bakal dipungut, dikatakan RM20-RM27 bilion peningkatan hasil cukai,ketika stabil nanti, hutang dan defisit tetap tidak akan dapat diatasi sebab "kebocoran tempayan" mesti ditangani dahulu. Beberapa perkara lain yang saya bangkitkan gagal dijawab secara tuntas oleh pengarah GST Kastam dan juga Ahli Parlimen Titiwangsa. Wakil PPIM tidak bersungguh mempastikan kepentingan rakyat selaku pengguna dipertahankan. Tulisan ini mahu membangkit satu perkara secara lebih khusus kerana dalam Wacana Nasional satu jam banyak isu tidak dapat digarap secara tuntas dan muktamad. Antara asakan saya adalah untuk membuktikan bahawa GST tidak akan membebankan khasnya golongan berpendapatan sendah-sederhana, secara tidak adil dan ganas atau "regressive". Pengarah GST Kastam cuba sedaya upaya meyakinkan penonton tetapi fakta dan sokongan hasil penyelidikan pihak Kastam belum atau tidak kukuh untuk mempertahankan dakwaannya. Sebaliknya saya hanya perlu menyandarkan hujah saya kepada pernyataan timbalan pengerusi Kluster Ekonomi dan Kewangan, Majlis Profesor Negara, bahawa perlaksanaan GST nanti akan membebankan golongan berpendapatan rendah-sederhana meskipun ada barang-barang asas yang "dikecualikan atau disifarkan kadar" cukainya. Begitu juga nama-nama pakar ekonomi seluruh dunia yang sependapat seperti Douglas Holtz dan Cameron Smith bahkan Pemenang Novel Laureatte Ekonomi Milton Friedman tentang persoalan mengatasi hutang dan sifat "regresif" cukai kepenggunaan atau Consumption Tax seperti GST. Cukai progresif' adalah seperti cukai pendapatan (Income Tax) dan cukai keuntungan modal (Capital Gain Tax- CGT). Contoh CGT ialah RPGT atau Real Property Gain Tax (Hartanah). Di negara-negara maju (OECD), orang kaya di samping cukai pendapatan, dikenakan "cukai buffet" untuk yang Maha-Kaya atau Super-Kaya. Itu baru adil terutama yang memilikki kekayaan kerana amalan kronisme dan kontrak-kontrak mega-mewah daripada kerajaan. Juga wujud 'Windfall Tax' atau Cukai Keuntungan Berganda'. Malaysia pernah mengenakan cukai ini kepada sektor kelapa sawit sedikit waktu dahulu. Keuntungan pemilik konsesi atau monopoli seperti lebuh raya atau telekomunikasi-media seperti Astro juga berbilion RM. Kenapa rakyat berpendapatan rendah-sederhana juga yang mahu dimangsakan? Untuk hari ini yang mahu dibangkitkan adalah dakwaan kerajaan kononnya cukai yang dibayar oleh peniaga dalam rantaian bekalan contohnya sebagai pemborong, pengilang, peruncit tidak akan dipindah kepada pengguna kerana mereka akan dapat rebat atas "cukai input" mereka bayar kepada pihak Kastam DiRaja. Dalam Wacana malam itu saya tekankan dan ulangi bahawa disegi teorinya betul tetapi rebat bukan seluruh jumlah "input tax" yang mereka bayar. Ia hanya perbezaan antara "Input Tax - Out Tax" yang dibayar pihak sebelumnya dalam rantaian bekalan. Katakan kalau mereka dikenakan 6% GST yang berjumlah RM60 dan pihak yang bayar sebelum telah membayar cukai sebanyak RM20, maka mereka tetap akan membayar (RM60-RM20) yakni RM40 dan merekan hanya dapat balik RM20 (rebat) tetapi tetap membayar RM40! Persoalan RM40 siapa hendak tanggung? Ini yang akan akan dipindah kepada pihak selepasnya dalam "supply-chain" itu dan akhirnya rakyat akan terbeban! Hari ini ada dua sektor yang mengakui bahawa mereka terpaksa akan pindah kos cukai ini kepada pengguna iaitu sektor kesihatan dan perumahan. Meskipun perkhidmatan dan rawatan hospital adalah tidak dicukai kerana dalam senarai dikecualikan (Tax-Exempted), namun ubat-ubatan dan alat-alat perubatan semuanya dicukai. KPJ Healthcare Bhd, contohnya meramalkan bil perubatan akan meningkat sebanyak 3-5% setiap tahun. Begitu juga halnya dalam sektor perumahan dan hartanah. Seorang naib presiden MCA hari ini membangkit hakikat bahawa harga rumah akan meningkat disebabkan pihak pemaju tidak akan sanggup menampung kenaan cukai 6% terhadap pelbagai barangan pembinaan. Beliau meramalkan kenaikan harga rumah apabila kos 3% barangan tidak mampu mereka tanggung. Ini akan dipindahkan akhirnya kepada pembeli yang akan dibebankan dengan kenaikan harga rumah. Beliau menuntut supaya rumah mampu-milik yang dijual kepada golongan berpendapatan rendah-sederhana dikategorikan sebagai "sifar kadar" cukainya. Nah, jelas dalam kedua-dua contoh tadi peniaga pastinya akan memindahkan kos kenaikan mereka akibat bayaran 6% GST kepada pengguna yakni rakyat. Tepat seperti yang saya nyatakan dalam Wacana Nasional Ahad lalu, teori betul, peniaga tak boleh pindah kos cukai kepada pengguna tetapi hakikatnya semua barangan dan perkhidmatan yang dikenakan cukai akan dipindahkan dana dibebabkan kepada rakyat. Betullah seperti disebut timbalan pengerusi Klaster Ekonomi dan Kewangan MPN bahawa golongan berpendapata rendah akan paling teruk terbeban. Maka jangan lupa untuk menyatakan bantahan pada 1hb Mei nanti di Dataran Merdeka. Semua rakyat termasuk ahli Umno-BN mesti hadirkan diri. – | ||
Kesatuan sekerja anjur satu lagi demo 1 Mei Posted: 24 Apr 2014 04:32 PM PDT MALAYSIAKINI Selain perhimpunan besar membantah Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) di Kuala Lumpur yang disokong pembangkang, satu lagi perhimpunan membawakan isu sama dianjurkan kesatuan sekerja pada tarikh sama. Bagaimanapun, perhimpunan sempena hari buruh anjuran Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) itu akan diadakan di Petaling Jaya, terpisah dari lokasi perhimpunan kumpulan NGO dan Pakatan Rakyat. Pengerusi sambutan 1 Mei MTUC Abdullah Sani Abdul Hamid berkata, selain isu GST, perhimpunan mereka akan turut membangkitkan isu gaji minimum dan kenaikan kos kehidupan. ''Tahun ini kita menghadapi isu seperti kegagalan pelaksanaan akta gaji minimum, GST, Perjanjian Kerjasama Trans Pasifik (TPPA) dan harga barang melonjak ke tahap tidak dapat dibayang, yang langsung tak beri kebaikan kepada pekerja. Himpunan dinamakan "100,000 May Day" itu dijadualkan di Dataran Timur Petaling Jaya dari jam 7 pagi hingga 12 tengah hari. Menurut Abdullah yang juga timbalan presiden MTUC, kerajaan negeri Selangor, polis dan Majlis Bandaraya Petaling Jaya telah pun bersetuju bekerjasama dan memberi permit himpunan ini diadakan. "Kita turut menjemput menteri kerja raya dan menteri besar Selangor untuk hadir bersama," kata beliau. Abdullah Sani berkata MTUC turut ingin menunjukkan bantahan terhadap TPPA yang dibantah kongres yang mempunyai lebih 600,000 ahli aktif itu. Menurut beliau walaupun dinamakan sebagai perjanjian, tiada butiran jelas diberikan kepada pekerja yang bakal menjadi kelompok paling ramai terkesan dengan sebarang keputusan yang dibuat kerajaan. "MTUC tidak akan setuju selagi perincian tiada kerana ia akan membebankan pekerja," kata beliau. Ketika ditanya sama ada MTUC akan sama mengikut Himpunan 1 Mei yang dijadualkan di Kuala Lumpur pada sebelah petangnya, Abdullah Sani yang juga MP Kuala Langat itu berkata ia terpulang kepada persatuan dan individu sendiri. Beliau berkata sesiapa boleh sama mengikut himpunan di Kuala Lumpur kerana ia bukan di bawah MTUC. "MTUC hanya ambil pendekatan (himpunan) di Padang Timur sahaja, selebihnya terpulang kepada persatuan dan ahli lain untuk ambil tindakan sendiri," kata beliau kepada Malaysiakini. Sementara itu Pengerusi Belia MTUC Mohd Faisal Abu Bakar berkata satu acara konvoi berkereta dari Shah Alam ke Kuala Lumpur akan dibuat sebagai promosi kepada himpunan ini. Beliau berkata konvoi itu akan berkumpul di Dataran Shah Alam sebelum bergerak ke kawasan tumpuan Kuala Lumpur seperti Brickfields dan KL Sentral serta beberapa tempat lain bagi mempromosikan himpunan 1 Mei MTUC. "Setakat ini 46 kereta sah mengambil bahagian dan kita akan promosikan kepada orang ramai dari golongan pekerja," kata beliau. | ||
Anwar: Ya, saya akan ke penjara lagi Posted: 24 Apr 2014 04:30 PM PDT MALAYSIAKINI Ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau yakin terpaksa kini hampir tiada jalan lain dari segi undang-undang untuk menghadapi tuduhan Liwat II. Dalam satu wawancara dengan majalah antarabangsa The Diplomat, ketua pembangkang itu berkata beliau yakin akan kembali ke penjara kerana tidak mendapat pendengaran yang adil di mahkamah. "Melihat kepada nama hakim (Mahkamah Rayuan) dan cara mereka mempercepatkan proses tersebut, mereka malah tidak membenarkan saya meminta beberapa hari untuk mendapatkan dokumen perubatan. "Maka, melihat kepada penghakiman (Mahkamah Rayuan) saya fikir ia secara asasnya cacat, kerana mereka tidak menangani fakta yang disalahgunakan. "Maka saya berpendapat, ianya jelas bahawa badan kehakiman bertindak mengikut arahan pemimpin politik mereka. "Oleh itu, saya tidak begitu optimis bahawa saya akan mendapat pendengaran yang adil dan saya rasa ia adalah perkara yang sudah pasti. "Namun begitu, kami berusaha sebaik mungkin untuk endapatkan peguam terbaik untuk mendedahkan porak peranda ini di mahkamah. "Sejak Karpal Singh meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya, saya sekarang terpaksa menghadapi masalah mendapatkan peguam untuk mengetuai pembelaan," katanya. Anwar juga mendedahkan bahawa beberapa orang rakannya dari kumpulan Islam di UK berusaha untuk menyakinkan beliau untuk terus berada di London. | ||
Yayasan ISA, syabas buat Selangor Posted: 24 Apr 2014 04:27 PM PDT Oleh Subky Latif Tindakan terbaru kerajaan Pakatan Rakyat Selangor wajar dialu-alukan apabila ia menubuhkan Yayasan ISA walaupun ISA yang menggerunkan sudah diganti dengan yang baru. Datin Sri Wan Azizah Ismail, ADUN baru Kajang telah menjadi pengerusinya yang pertama dan ia diperuntukkan RM500 ribu bagi melancarkan Yayasan itu. Yayasan ISA adalah demi membela mangsa ISA yang mangsanya begitu ramai dan boleh dikira keluarga mangsa lazimnya menanggung penderitaan dan terbiar. Sekalipun mangsa ISA terjamin rezeki selama dalam tahanan, risiko kebuluran adalah kurang, tetapi keluarga mereka – isteri dan anak-anak – walaupun belum ada laporan mereka terpaksa makan ubi gadung, tetapi mereka kesempitan hidup. Persekolahan, sara hidup, kebajikan dan lain-lain bergantung kepada ihsan orang yang belas. Memanglah kerajaan tidak mengambil tanggungjawab atas keluarga penjenayah baik yang dipenjara mahu pun yang terbunuh. Keluarga penjanayah itu dipercayai tidak berdosa atas jenayah suami atau bapa mereka, tetapi itulah balasan yang terpaksa menimpa keluarga penjenayah. Gara-gara kejahatannya keluarga terpaksa menanggung derita. Tetapi mangsa ISA bukan penjenayah. Mereka tidak pernah dibicarakan oleh mahkamah. Jika penjenayah dicampak ke penjara oleh mahkamah, mereka tidak pernah dibawa ke mahkamah. Tahniah buat kerajaan Selangor kerana telah mengambil tanggungjawab yang selama ini tiada terbela. Hanya kumpulan sukarela yang memberi bantuan ala kadar bagi meringankan beban dan keupayaan penyumbang adalah terhad. Kita tahu beban yang dihadapi oleh isteri Dr Burhanuddin al-Hilmy, Presiden PAS yang pernah menjadi mangsa. Dengan pencennya yang terhad menanggung anak bersekolah. Bagaimana pun keluarga Dr Burhanuddin, Ahmad Boestamam, Mohamad Sabu dan lain-lain justeru mereka pemimpin besar dan terkenal, ramai pula pengikut dan peminat, mungkin kesempitan mereka tidak seberat yang dialami oleh mangsa yang tidak terkenal. Jelaslah mereka adalah mangsa kerajaan, terbiar dan menderita kezaliman. Sekalipun mangsa ISA tidak seramai bilangan rakyat awam yang tertindas dan juga kurang pembelaan, yang ramai itu adalah dalam bidang tanggungjawab kerajaan. Ada kerajaan yang mengaku bertanggungjawab membela mereka. Apakah pembelaan itu ditunaikan, ia sampai atau tidak kepada mereka, bergantung kepada keberkesanan kerajaan. Baik ia ditunaikan atau tidak ditunaikan, telah ada pihak yang bertanggungjawab. Tetapi mangsa ISA tiada yang bertanggungjawab. Kerajaan berlepas tangan atas persekolahan dan kebajikan mereka. Dengan tindakan kerajaan Selangor itu nasib mereka akan dibela. Keluarga bekas tahanan seperti Anwar Ibrahim, Mahfuz Omar, Tan Sri Abdullah Ahmad, Zahid Hamidi, Ibrahim Ali dan lain-lain tidak memerlukan perhatian lagi pada masa ini kerana ada sumber pendapatan yang cukup, tetapi keluarga mangsa yang tidak terkenal termasuk dari Sabah dan Sarawak, mereka masih memerlukan pembelaan. Walaupun antara anak-anak mereka sudah jadi orang dewasa, tetapi bagaimana kehidpan seharian dan pekerjaan mereka? Tentu adalah masih memerlukan pembelaan. Yayasan itu tentu memerlukan dana yang lebih besar. Sumbangan permulaan kerajaan Selangor tentu belum boleh membuat rancangan yang lebih besar. Tetapi dipercayai orang yang bersimpati dengan mangsa ISA adalah ramai. Maka dengan adanya Yayasan itu masing-masing dapat menyumbang. Kerajaan PR yang lain seperti Pulau Pinang dan Kelantan boleh mnyambut tindakan itu sama ada menubuhkan yayasan yang sama di negeri masing-masing atau memadai menambah tabung yang ada di Selangor itu. | ||
Kuala Lumpur dikawal ketat ketika Obama datang berkunjung Posted: 24 Apr 2014 04:23 PM PDT Oleh V Shuman Presiden Amerika Syarikat Barack Obama bakal tiba dan Kuala Lumpur sudah tentu di kawal ketat -- jalan raya ditutup, pergerakan orang-ramai dipantau sehingga sukar bagi pejalan kaki dan lalulintas bergerak, tetapi tidakkah pemandu teksi dan penjaja meluahkan kekecewaan? Warga kota -- bertabahlah menghadapi hujung minggu yang dipenuhi anggota polis yang bertugas menjamin keselamatan ketika manusia paling berpengaruh di dunia menjenguk kita. Bandaraya KL di dalam kawalan ketat pihak berkuasa. Apa maknanya? Obama ialah pemimpin yang paling dikawal ketat kerana ancaman pihak pengganas dan ektremis. Presiden itu dijangka tiba dengan pesawat rasmi Boeing 747-200B yang digelar "Air Force One" di pengkalan Tentera Udara DiRaja Malaysia Subang pada tengahari Sabtu. Obama bakal dibawa menaiki limousine berperisai Cadillac One atau The Beast, dan akan diiringi ke mana-mana dengan pasukan pengiring bermotor serta polis trafik kita. Kemana sahaja dia pergi, Obama bakal dikepung agen rahsia yang memerhatikan setiap gerak-geri di sekeliling mereka. Mereka ini memastikan setiap bangunan yang dikunjungi Obama bebas daripada sebarang bentuk ancaman. Mereka turut dibantu anjing pengesan. Mudah bagi kita mengenali mereka ini kerana sering mengenakan kemeja putih dan berkot hitam. Mereka memakai alat pendengaran dan dilatih mengekang sesiapa yang dianggap mampu mengancam presiden itu. Pasukan pengiring ini sudah bersedia beberapa kilometer daripada jarak presiden berada. Orang ramai tidak dibenarkan memasuki zon ini tanpa sebarang urusan. Jika dibenarkan sekalipun, siasatan terperinci bakal dilakukan. Kawalan ketat lain termasuk pasukan penembak tepat dan tindakan pantas di atas bangunan di mana sahaja Obama bakal berada. Larangan terbang di ruang udara di mana presiden berada juga bakal dilakukan. Obama akan berada di KL selama tiga hari bermula April 26 bagi sebahagian daripada kunjungan ke Asia. Beliau menjadi presiden Amerika Syarikat kedua yang berkunjung ke sini ketika memegang jawatan selepas Lyndon B Jonhson pada 1966. Bukan warga ibukota tidak biasa menyaksikan kawalan ketat dengan kehadiran anggota polis yang ramai. Tetapi selalunya ia berlaku kerana protes jalanan diadakan sebagai bantahan terhadap sesuatu isu. Kali ini tiada air bisa, gas pemedih mata dan penunjuk perasaan bertempiaran. Pemandu teksi serta penjaja kaki lima pula seakan tidak merungut kerana perniagaan bakal tergendala. Rungutan mereka kerap disiarkan akhbar arus perdana dan penganjur tunjuk perasaan akan diselar di dalam usaha meyakinkan orang ramai bahawa tindakan mereka mengganggu ketenteraman awam. Pemandu teksi dan penjaja kaki lima pula sering diketengahkan kerana mereka lebih banyak menyokong parti pemerintah -- tetapi bukan semuanya. Ketika kunjungan Obama, nampak macam mereka diam seribu bahasa. Jadi sekarang bagaimana? Wajarkah mereka mula membuat bantahan kerana perniagaan mereka terjejas? Mereka berhak meluahkan pendapat, sama seperti yang dilakukan ketika tunjuk perasaan Bersih. Katanya ada pihak yang akan menganjur protes ketika kunjungan Obama ini. Kumpulan yang menggelar diri mereka Zombie akan berpakaian dan memainkan watak mengerikan kerana mendakwa Obama ke sini bagi menandatangani perjanjian Trans-Pacific Partnership Agreement (TPPA). Jaga-jaga. Anda mungkin ditahan agen rahsia dan dihumban ke penjara. Bagi penggemar aktiviti membeli-belah, minggu ini anda wajar lupakan sahaja hasrat sebegitu. Dan bagi Presiden Obama, "Selamat datang ke Malaysia". Ehsan http://bm.theantdaily.com/ |
You are subscribed to email updates from DIALOG RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan