Rabu, 23 April 2014

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


[BONGKAR] Amerika Tembak Jatuh MH370, Dakwa Penulis Kanada

Posted: 23 Apr 2014 12:40 AM PDT

KELAB GREENBOC


 

Seorang bekas eksekutif syarikat minyak yang kini seorang penulis telah menyatakan bahawa Amerika mungkin telah menembak jatuh Penerbangan Malaysia Airlines MH370 - dan kini cuba untuk menutupinya.

Menulis di dalam OpEdNews.com, John Chuckman, mantan ketua pakar ekonomi untuk sebuah syarikat minyak yang besar di Kanada, mengutarakan pertanyaan: "Kemungkinan bahawa Amerika Syarikat telah menembak jatuh pesawat MH370, sama ada secara sengaja atau tidak, dan kini mahu menutup rahsia tersebut?

Dakwanya lagi lagi, tentera Amerika mempunyai beberapa radar paling canggih di bumi, dan tanpa keraguan lagi, pemasangan radar yang berkeupayaan paling canggih di pangkalan rahsia Diego Garcia di Lautan Hindi. Bagaimana boleh tidak ada maklumat? Kita tidak perolehi data dari mereka, tetapi kita dibekalkan maklumat daripada pihak lain yang kurang kemampuannya terhadap apa yang berlaku.

"Kemungkinan untuk memperolehi bangkai pesawat yang penuh, sekalipun jika lokasinya ditemui, dari empat batu di dalam laut di antara pegunungan bawah laut, sebaik-baiknya pada kedudukan yang amat terpencil, menjadikan Amerika Syarikat boleh tetap yakin bahawa bukti fizikal pesawat tidak mungkin akan dapat ditemui.

Encik Chuckman yang berasal dari Chicago, meneruskan: "Tidak ada yang tidak pernah berlaku sebelum ini terhadap tindakan tersebut sekurang-kurangnya untuk tiga peristiwa, yang mana amat dikesalkan, tentera Amerika pernah menembak jatuh pesawat-pesawat awam.

Syarikat Penerbangan Iran 655 telah ditembak jatuh pada tahun 1988 oleh USS Vincennes di perairan Iran semasa Perang Iraq-Iran, bukan sahaja telah mengorbankan 290 orang termasuk 66 kanak-kanak, tetapi wujud satu tempoh yang amat lama selepas itu untuk Amerika kemudiannya membuat pengakuan tidak bersalah, tiada tawaran permohonan maaf, dan tiada pampasan untuk mangsa (hanya selepas 8 tahun kemudiannya pampasan dibuat secara sulit).

Kedua, merupakan satu himpunan keadaan dan ketidakadilan yang ganas yang tidak dipersoalkan terhadap motif pengeboman Penerbangan Pan Am 103, yang telah membunuh 259 orang dan 11 di darat, pada tahun yang sama oleh orang-orang masih tidak diketahui.

Kemudian ketiga, Penerbangan TWA 800 di pantai Timur Amerika Syarikat merupakan mangsa terhadap peluru berpandu Amerika yang telah secara tidak sengaja dilepaskan. Bukti-bukti termasuklah kesan radar dan terdapat saksi mata. Tetapi Amerika Syarikat, bukannya mahu mengakui kesilapan yang dahsyat itu dan membayar pampasan kepada mangsa, tetapi telah mengambil masa yang amat panjang untuk hasil siasatan yang melucukan diketuai oleh FBI, pihak yang sama yang telah menghasilkan hasil siasatan yang lucu terhadap pembunuhan Kennedy.

"Saya tidak tahu apa halnya (juruterbang atau ada perampas?) mematikan komunikasi MH370, menukar haluan, dan kemudian terbang rendah, tetapi saya tahu bahawa peristiwa tersebut tidak mungkin berada di luar pengetahuan mata dan telinga para tentera risikan Amerika."

MH370 hilang semasa terbang di antara Kuala Lumpur dan Beijiing pada 8 Mac dengan 239 orang di dalam pesawat.

Pencarian selama enam minggu di Lautan Hindi, di mana pakar-pakar percaya pesawat itu terhempas, sehingga kini masih belum menghasilkan apa-apa jawapan terhadap nasib pesawat berkenaan.

Ia mungkin akan kekal satu lagi "teka-teki, diselubungi dengan misteri, di dalam satu enigma," ungkapan yang digunakan oleh Winston Churchill untuk menggambarkan kegiatan Kesatuan Soviet satu ketika dulu, dan kini ungkapan itu amat sesuai terhadap sebahagian besar daripada kegiatan-kegiatan yang dilakukan oleh Amerika Syarikat. -OpedNews/Mirror/terjemahan bebas:GB

[BERGAMBAR] YB Norzula Patah 9 Tulang Rusuk, PJ PAS Perak Beri Rawatan Islam

Posted: 23 Apr 2014 12:34 AM PDT

KELAB GREENBOC


 
Pada 17hb April 2014 yang lalu jam lebih kurang 6.30 petang kereta Nissan Murano ACA 777 yang dipandu oleh anak YB Datuk Nozula Mat Diah Adun Paloh, Kelantan, terlibat dalam satu kemalangan di Kilometer 23, Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands, Pahang.

Isterinya Datin Maziah Din meninggal dunia ditempat kejadian dan Datuk Nozula mendapat cedera parah melibatkan 9 tulang rusuknya patah dan kini masih dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh, Perak.

Petang semalam rombongan PAS Perak yang diketuai oleh Pesuruhjaya PAS Perak, YB Ustaz Razman Zakaria, YB Dato' Seri Ir Nizar Jamaluddin dan YB Ustaz Radzi telah melakukan ziarah kepda Datuk Nozula Mat Diah.

Dalam lawatan tersebut dengan kebenaran Datuk Nozula sendiri Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Razman Zakaria telah melakukan rawatan secara Islam kepada Nozula demi meringan kesakitan dan kesengsaraan yang dialaminya kini.

Inilah dinamakan politik matang .. terharu dan menusuk kalbu.

Kisah dan gambar ini adalah sumbangan dari Kak Yammy Samat orang kuat Umno Bahagian Ipoh tetapi anak perempuannya Setiausaha Politik YB Lim Kit Siang. -omakkau


BN berani redah jerumun harimau?

Posted: 23 Apr 2014 12:31 AM PDT

MALAYSIAKINI


 


Apakah Barisan Nasional (BN) akan meletakkan calon untuk pilihan raya kecil Bukit Gelugor berikutan kematian Karpal Singh, penyandang kerusi Parlimen itu?

BN secara tidak langsung telah membayangkan bahawa parti itu akan bertanding kerusi itu.

Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dipetik sebagai berkata terpulang kepada parti komponen BN, MCA untuk membuat keputusan lantaran menghormati persetujuan berhubung agihan kerusi.

Bagaimanapun, beberapa kumpulan pemikir dan ahli politik percaya BN perlu mempertimbangkan semula ura-ura untuk bertanding bagi kerusi itu memandangkan laluan untuk memenanginya amat sukar.

Sejumlah 74 peratus pengundi di kawasan Parlimen Bukit Gelugor adalah kaum Cina.

"Sukar sekali untuk BN terutama dengan undi simpati pengundi Pulau Pinang. Ini bermakna siapa sahaja yang bertanding di bawah tiket DAP pasti menang. Ini yang kami katakan sebagai limpahan simpati.

"Rasa simpati ini akan menjadi lebih kuat sekiranya waris mendiang, sebagai contoh, anak lelakinya, Ramkarpal dicalonkan," kata Ivanpal S. Grewal, Pengarah Eksekutif Institut Pembangunan dan Penyelidikan Sosio-Ekonomi (SEDAR), kumpulan pemikir parti Gerakan.

Mungkin ada baiknya jika BN tidak bertanding untuk kerusi itu dan membiarkan Ramkarpal atau sesiapa sahaja daripada DAP menang seperti apa yang berlaku apabila Perdana Menteri kedua, Tun Abdul Razak Hussein meninggal dunia pada tahun 1976.

Kemenangan percuma

Apabila Razak meninggal dunia secara mengejut pada 1976 dan kerusi Parlimen Pekan kosong, BN membuat keputusan untuk mencalonkan Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perasaan sedih yang menyelubungi seluruh negara apabila Razak meninggal dunia serta rasa hormat terhadap sumbangan besar ayahnya kepada pembangunan Malaysia menyebabkan Najib menang tanpa bertanding.

Beliau menjadi Ahli Parlimen pada usia muda 23 tahun.

"BN perlu lihat kembali perkara ini. Memandangkan kematian Karpal Singh begitu tragik sekali, mungkin BN tidak sepatutnya meletakkan sebarang calon dengan mengambil kira kepentingan negara.

"Keadaan ini berbeza sekali dengan pilihan raya kecil Kajang yang terpaksa diadakan angkara Parti Keadilan Rakyat (PKR)," katanya.

Karpal Singh, 74, terbunuh dalam kemalangan di Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran Gua Tempurung di Kampar, Perak Khamis lepas. Pembantu peribadinya, Michael Cornelius, turut terkorban dalam kemalangan itu.

Beberapa penganalisis politik turut berkongsi pendapat yang sama dengan menyatakan adalah lebih baik untuk BN memberi tumpuan kepada isu-isu lain dan berusaha mengukuhkan BN Pulau Pinang sebagai persediaan untuk pilihan raya umum akan datang.

"Jika anda tengok keputusan ketiga-tiga pilihan raya umum yang lepas, jelas sekali jumlah undi majoriti meningkat dengan banyaknya, lebih daripada 100 peratus.

"Pada tahun 2004, DAP menang dengan majoriti 1,261 undi, pada tahun 2008, ia menang dengan majoriti 21,015 sementara pada 2013, undi majoriti 42,706," kata penganalisis politik, Dr Sivamurugan Pandian, yang juga pensyarah kanan di Universiti Sains Malaysia (USM).

Menurut beliau, meskipun pilihan raya kecil Bukit Gelugor boleh mengukur tahap sokongan untuk BN, ia tidak akan menunjukkan banyak perubahan.

Lebih banyak masa diperlukan untuk BN menyiapkan diri berhadapan dengan cabaran lebih besar dalam Pilihan Raya Umum ke-14.

Berdasarkan senarai daftar pemilih 2013, terdapat 82,042 pengundi dengan 61,112 Cina, 11,880 Melayu, 8,660 India dan 390 kaum lain di Bukit Gelugor.

Kerusi parlimen ini mempunyai tiga kerusi Dewan Undangan Negeri iaitu Seri Delima, Paya Terubong dan Air Itam, yang kesemuanya dimenangi calon DAP.

Kebanyakan pengundi di kawasan pilihan raya itu terdiri daripada golongan profesional dan kelas pertengahan, terutamanya dari Minden Heights dan USM.

Masih yakin

Bagaimanapun, sesetengahnya percaya BN perlu bertanding meskipun ia berdepan laluan sukar.

"Tanpa sangsi lagi DAP akan memenangi pilihan raya kecil itu. Bagaimanapun, BN perlu bertanding kerana sebagai parti politik takkan nak bagi kemenangan percuma?" kata Datuk Cheah See Kian, penganalisis politik yang berpangkalan di Pulau Pinang.

"Kalau beri kemenangan percuma kepada DAP, orang akan ketawakan BN. Sebagai parti politik, MCA boleh meletakkan seorang calon mudanya dan menyusun strategi.

Menang atau kalah adalah perkara kedua," tambahnya.

Bagi Ahli Jawatankuasa Pusat MCA, Datuk Ti Lian Ker: "Memang Karpal Singh menang dengan majoriti 42,706 pada tahun 2013 dan 21,015 pada 2008.

Bagaimanapun, memandangkan keadaan yang berubah-ubah dalam politik Malaysia, faktor popular bukan satu konsep statik."

Beliau memberi contoh sejarah Karpal Singh apabila pada tahun 2004, pemimpin DAP itu memenangi kerusi Parlimen Bukit Gelugor dengan undi kecil iaitu 1,261.

Bagaimanapun, pada 1999, Karpal Singh gagal mempertahankan kerusi Jelutong, yang dimenanginya untuk tempoh lima penggal berturut-turut dengan hanya 775 undi.

"Pada pilihan raya umum tahun 2008 dan 2013, BN-MCA masih memperoleh purata undi lebih 14,000 di sebalik majoriti lebih besar yang dimenangi DAP," kata Ti, dan menambah kata bahawa bertanding dalam pilihan raya kecil bukan sahaja tentang soal menang tetapi memberi peluang kepada barisan pelapis parti untuk bertanding. - Bernama

Dapat geran MOSTI RM150 juta, Najib ada hubungan dengan NSE?

Posted: 23 Apr 2014 12:27 AM PDT

rafizi_hqLyn Nasir

KUALA LUMPUR  : Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli mendedahkan, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memberi arahan supaya permohonan geran RM100 juta berlainan dari tujuan (geran penyelidikan & pembangunan) R&D dipertimbangkan oleh MOSTI.

Dedah Rafizi, NSE Resorces Corporation Sdn Bhd (NSERC) menerima dana berasingan di bawah MOSTI(Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air) menerusi Skim Pembiayaan Hijau sebanyak RM50juta.

Sebelum ini, syarikat sama di dalam surat Kerajaan Negeri Terengganu bertarikh 27 Januari 2014 menerima sebanyak RM100 juta di bawah geran R&D dikelolakan Kementerian Sains, Teknologi & Inovasi (MOSTI).

"Ini bermakna syarikat tersebut telah berjaya mendapat peruntukan dana awam sebanyak RM150 juta dari dua kementerian berbeza untuk menghasilkan projek komersialnya.

"Malah jumlah RM150juta itu melebihi kos projeknya yang dimaklumkan kepada MOSTI iaitu RM130juta.

Justeru, Rafizi yang juga ahli parlimen Pandan menggesa Najib menjelaskan hubungan istimewa diantara NSERC dengan Najib atau ahli keluarganya mahupun melibatkan parti sehingga boleh memberi sejumlah dana yang besar kepada syarikat tersebut.

"Ini bukan perkara biasa sebab NSERC satu-satunya syarikat yang dapat geran dari dua kementerian dalam satu projek yang sama, jadi apa yang istimewanya syarikat ini,

"Saya juga difahamkan NSERC ini juga penerima geran tegar dari pihak kerajaan.

"Saya mendesak Datuk Seri Najib menghentikan serta-merta kelulusan pemberian dana RM150 ini sehingga siasatan lanjut dimulakan."tegasnya.

Rafizi turut berkata beliau akan membuat laporan Suruhanjaya Pencegahan rasuah Malaysia (SPRM) mengenai perkara ini minggu depan.

Kekangan Akta Pertubuhan punca Anwar tarik diri

Posted: 23 Apr 2014 12:25 AM PDT

KEADILAN DAILY

azizah 
KUALA LUMPUR : Keputusan Mahkamah Rayuan dan kekangan dalam Akta Pertubuhan oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS) punca Datuk Seri Anwar Ibrahim menarik diri daripada pencalonan jawatan presiden dalam pemilihan parti, kata presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail.

Katanya, hukuman zalim yang dijatuhkan bukan sahaja menyebabkan Anwar terhalang untuk bertanding di pilihan raya kecil DUN Kajang, bahkan tidak boleh menerajui parti yang diasaskan sendiri oleh beliau.

"Ini jelas membuktikan kepada kita betapa jelasnya kejahatan Umno yang terus berusaha mematahkan semangat dan daya juang Datuk Seri Anwar.

"Walaupun kita dah jangka perkara ini akan berlaku, Anwar tetap mengambil keputusan untuk tetap bertanding sebelum ini," kara Wan Azizah pada sidang media di ibu pejabat KEADILAN, hari ini.

Jelasnya lagi, tindakan mahkamah dan ROS itu sedikit pun tidak melunturkan semangat pejuang KEADILAN, malah akan meneruskan agenda perubahan di Malaysia.

"Saya ingin tegaskan di sini bahawa, tindakan ini hanya akan terus membakar semangat juang anggota KEADILAN untuk meneruskan agenda perubahan di Malaysia," katanya.

Semalam, Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) Datuk Johari Abdul berkata, penarikan diri Anwar dari bertanding jawatan presiden sebagai langkah mengelak ROS mempersoal kedudukan jawatan Anwar selepas keputusan pemilihan.

Ini kerana sebelum ini parti DAP pernah berdepan masalah dengan ROS yang enggan mengiktiraf pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) kerana dipercayai terdapat ahli dipecat yang turut mengundi pada pemilihan tersebut.

Ini ditambah dengan kematian peguam bela Anwar, Karpal Singh dan ahli parlimen Permatang Pauh itu perlu memberi fokus kepada kes mahkamah bersama pasukan peguam yang baru.

Anwar: Penyebaran fitnah tahlil untuk Karpal perbuatan ‘macai’ Umno

Posted: 23 Apr 2014 12:22 AM PDT

Oleh: Norhayati Umor


SHAH ALAM : Penyebaran poster berhubung diadakan majlis 'tahlil' ekoran kematian pemimpin DAP Karpal Singh di rumah Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah perbuatan 'macai' Umno yang ketandusan idea.

twit

Dalam laman sosial Twitter, Anwar menyifatkannya penyebaran fitnah itu sebagai "contoh pembohongan Umno" dan fitnah "macai" yang cuba menjatuhkan kredibiliti Pakatan Rakyat.

Fitnah macaiPoster fitnah itu yang disebarkan melalui media sosial memaparkan potret Karpal dengan latar belakang Anwar sedang berdoa mengundang orang ramai majlis itu.

Sementara itu Kelab Penyokong Anwar (AIC) juga menafikan dakwaan itu dan menyifatkannya sebagai fitnah.

Dalam laman Facebooknya, AIC menjelaskan, majlis di rumah Anwar esok sebenarnya khusus mendoakan keselamatan dan perlindungan Allah terhadap Anwar dan keluarga.

Sementara itu, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjemput orang ramai menghadiri ke Majlis Solat Hajat dan Bacaan Yasin di kediaman beliau di Bukit Segambut Dalam, Kuala Lumpur.

Majlis yang bermula jam 7.15 petang esok diadakan bagi memohon perlindungan dan mempermudahkan urusan keluarga Anwar Ibrahim yang kini berhadapan pertuduhan fitnah oleh kerajaan Umno BN terhadapnya.

Sebelum ini, Mahkamah Rayuan pada 7 Mac menjatuhkan hukuman lima tahun penjara ke atas Anwar.

Penghakiman tersebut penuh kontroversi dengan prosedur pincang antaranya permohonan mendapatkan nota perubatan ditolak, tarikh perbicaraan dipercepat, penghakiman tergesa-gesa.

Paling jelas pelantikan peguam yang banyak mewakili Umno di mahkamah, Shafee Abdullah.

Umum mengetahui kes ini merupakan konspirasi politik peringkat tertinggi Umno-BN untuk menjatuhkan Anwar.

Penyokong Pakatan Rakyat dan orang ramai yang menolak kezaliman dan mahu keadilan ditegakkan dialu-alukan hadir ke majlis ini.EZ

Waris tuntut inkues kes mati Penjara Tapah

Posted: 23 Apr 2014 12:11 AM PDT

MALAYSIAKINI



 


Keluarga allahyarham Kamarulnizam Ismail, pekerja yang meninggal dunia ketika ditahan di Penjara Tapah bulan lalu, mahu inkues di mahkamah terbuka dijalankan bagi menentukan sebab kematiannya.

Jurucakap Suaram Pulau Pinang Ong Jing Cheng (kanan) berkata, anggota keluarga, dengan sokongan beberapa NGO dan parti politik, menyerahkan memorandum lima perkara kepada ketua polis negeri Datuk Abdul Rahim Hanafi .

Insiden itu berlaku pada 8 Mac.

Selain tuntutan melaksanakan inkues terbuka, Ong berkata, memorandum menuntut polis memberikan jawatan sebenar berhubung sebab kematiannya.

"Kami kecewa tiada tindakan konkrit diambil bagi menjelaskan kes ini.

"Kami harap insiden seperti ini tidak lagi berlaku," katanya dalam sidang media di depan ibu pejabat polis daerah (IPD) di Jalan Penang semalam.

Ong ditemani saudara lelaki Kamarulnizam, Kamaruzzaman, dan bapanya serta beberapa wakil rakyat di negeri itu.

MCA sahkan akan tanding Bukit Gelugor

Posted: 23 Apr 2014 12:09 AM PDT

 MALAYSIAKINI
 
 
 
 
 
MCA mengesahkan akan bertanding dalam pilihan raya kecil Bukit Gelugor yang akan diadakan ekoran kematian penyandangnya Karpal Singh.

Naib presidennya Chua Tee Yong berkata, parti itu bagaimanapun belum menentukan calon yang sesuai bagi berdepan DAP di kawasan itu.

"Kematian Karpal masih segar dalam minda kita dan kami tiada rancangan untuk membuat keputusan (memilih calon) dengan tergesa-gesa," beliau dipetik sebagai berkata oleh New Straits Times.

Penyertaan dalam pilihan raya kecil itu yang kedua melibatkan MCA dalam tahun ini selepas di Kajang sebelum ini.

Kajang dan Bukit Gelugor masing-masing kubu kuat Pakatan Rakyat.

Sementara DAP negeri pula menafikan parti itu sudah memutuskan meletakkan anak Karpal, Ramkarpal, bagi mempertahankan kerusi itu.

Karpal mendapat sokongan 68 peratus untuk menang dengan majoriti 41,778 dalam pilihan raya umum ke-13 lalu.

Perjuangan mendiang Karpal Singh vs perjuangan Umno dan BN

Posted: 22 Apr 2014 09:31 PM PDT


Oleh Datuk Nur Jazlan Mohamed


Pertama sekali saya ingin mengucapkan takziah kepada keluarga mendiang bekas Pengerusi DAP, Ahli Parlimen Bukit Gelugor dan peguam terkenal, mendiang Karpal Singh terutamanya anak mendiang, Gobind Singh Deo yang juga Ahli Parlimen Puchong, atas kematian bapanya dalam kemalangan tragis pada awal pagi Jumaat lalu.

Sesungguhnya, mungkin ini kali pertama majlis pengebumian seorang tokoh pembangkang menerima penghormatan tertinggi daripada sebuah negeri dan kematian mendiang Karpal Singh diratapi bukan sahaja ahli keluarganya, rakan-rakan atau ahli DAP tetapi juga seluruh rakyat Malaysia.

Walaupun tidak mengenali mendiang Karpal Singh yang turut dikenali dengan gelaran 'Tiger of Jelutong' secara peribadi, tetapi saya amat kagum dengan kesungguhan serta perjuangan beliau yang tidak berbelah bahagi dalam sistem perundangan negara serta kancah politik negara.

Secara tidak langsung, perjuangan politik mendiang Karpal Singh selama 40 tahun lebih kurang sama dengan arwah ayahanda saya, Tan Sri Mohamed Rahmat atau Tok Mat dan mereka juga adalah rakan ketika sama-sama menjadi Ahli Dewan Rakyat bermula sekitar tahun 70-an.

Jika ada yang beranggapan bahawa dengan pemergian mendiang Karpal Singh buat selama-lamanya akan mengubah hala tuju perjuangan parti DAP, saya tidak yakin ia akan berlaku memandangkan parti itu berada dalam 'kelasnya' tersendiri dalam kancah politik negara yang begitu mencabar.

Tambahan pula, dua anak mendiang iaitu Gobind dan Jagdeep adalah wakil rakyat DAP dan mempunyai kedudukan serta pengaruh dalam DAP sekaligus sudah pasti meneruskan legasi mendiang Karpal Singh.

Satu perkara yang paling menarik dalam perjuangan politik mendiang Karpal Singh sepanjang pemerhatian saya, adalah semangatnya yang tidak pernah memperjuangkan isu membabitkan sesuatu kaum secara khusus.

Sebaliknya, beliau sentiasa konsisten dengan perjuangan ke arah Malaysia yang lebih baik dan benar-benar bersikap sebagai seorang ahli pembangkang yang profesional dengan memberikan fakta serta hujah yang logik serta objektif berlandaskan apa yang termaktub dalam Perlembagaan Negara.

Kepetahan mendiang Karpal Singh di mahkamah langsung tidak tergugat ketika dalam sesi Dewan Rakyat dengan jelas mengkritik segala dasar kerajaan, terutama sekali yang berkaitan dengan undang-undang atau perkara yang dilihat membelakangkan undang-undang atau Perlembagaan Negara.

Disebabkan itu, walaupun berkerusi roda selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya pada 2005, mendiang Karpal Singh terus menjadi idola, contoh serta ikutan perjuangan ahli-ahli Parlimen pembangkang yang muda dalam DAP yang terus gigih hadir ke Parlimen bagi memperjuangkan nasib rakyat.

Perjuangan inilah, yang bagi saya menyebabkan mendiang Karpal Singh sentiasa dihormati kawan serta lawan dan buktinya lebih 5,000 rakyat hadir bersama-sama memberikan penghormatan terakhir kepada mendiang Ahad lalu.

Status serta perjuangan beliau ini juga menyebabkan kerajaan DAP Pulau Pinang memberikan mendiang pengebumian negeri serta menamakan sebatang jalan di negeri itu dengan nama Karpal Singh bagi menghargai jasa serta pengorbanan mendiang.

Agaknya adakah perkara sama yang akan dilakukan kerajaan Barisan Nasional (BN) kepada pemimpin MIC yang ada sekarang, sebagaimana penghormatan yang diterima mendiang Karpal Singh terutama sekali jasa serta pengorbanannya terhadap kaum India.

Selain perjuangan mendiang yang sentiasa konsisten kepada 'Malaysian Malaysia' dan kesamarataan kaum berlandaskan Perlembangaan Negara, siapa yang boleh menafikan bahawa kepopularitian beliau juga menyebabkan banyak peguam-peguam menceburi bidang politik secara serius.

Secara tiba-tiba, begitu ramai peguam menjadi ahli pembangkang, sama ada daripada parti DAP atau PKR dan kebanyakan mereka ini, pada awalnya menggunakan landasan sebagai ahli jawatankuasa Majlis Peguam sebagai asas untuk berpolitik.

Sebenarnya, jika dikaji semula sejarah Majlis Peguam ini yang ditubuhkan melalui Akta Profesion Undang-Undang 1976, ramai Jawatankuasa dan Presiden yang dilantik begitu kritikal terhadap kerajaan.

Disebabkan ketidakpuasan hati kepada kerajaan yang dikatakan banyak membelakangkan undang-undang serta Perlembagaan Negara dalam menggubal dasar atau menjalankan pentadbiran negara, mereka-mereka (peguam) mengambil keputusan menceburi bidang politik secara serius dengan menjadi ahli politik sebelum dipilih rakyat menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri atau Ahli Parlimen.

Mungkin ramai tidak mengetahui bahawa sebenarnya, selain Majlis Peguam (Bar Council) terdapat sebuah lagi entiti yang lebih besar iaitu Badan Peguam Malaysia (Malaysian Bar).

Badan Peguam Malaysia ditubuhkan di bawah Seksyen 41 Akta Profesion Undang-undang 1976 dan wajib dianggotai oleh semua Peguam di Semenanjung Malaysia menurut Seksyen 43 Akta Profesion Undang-undang 1976, yang kini berjumlah lebih 15,000 orang.

Majlis Peguam pula ditubuhkan mengikut Seksyen 47 Akta Profesion Undang-undang 1976 dan hanya dianggotai oleh 36 orang ahli Badan Peguam yang dipilih secara pengundian menurut Seksyen 50 dan Seksyen 70 (7) Akta Profesion Undang-undang 1976.

Malah, menurut seksyen 64 (1) Akta Profesion Undang-undang 1976, Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) Badan Peguam hendaklah diadakan oleh Majlis Peguam sebelum bulan April pada setiap tahun.

Manakala, korum untuk AGM itu adalah 500 orang sahaja daripada ahli Badan Peguam yang berdaftar mengikut Seksyen 64 (4) Akta Profesion Undang-undang 1976.

Badan Peguam Malaysia ini, secara tidak langsung boleh diibaratkan sebagai sebuah kereta tanpa pemandu kerana Majlis Peguam bertindak sebagai pemandunya dan sebenarnya, destinasi 'kereta' ditetapkan di dalam Akta Profesion Undang-undang 1976, namun bergantunglah kepada pemandu kereta tersebut sama ada untuk mengikut arahan destinasi ataupun menyimpang daripada destinasi yang ditetapkan dalam akta.

'Kesilapan' kerajaan ketika menggubal undang-undang ini pada 1976, dengan bertujuan untuk mengekang pembabitan peguam dalam politik dan memberikan kelebihan kepada peguam Melayu tidak mencapai matlamat dan mempunyai impak negatif apabila lebih ramai peguam terbabit secara langsung dalam politik.

Mungkin disebabkan 'lupa' untuk meletakkan syarat bahawa Majlis Peguam perlu menjadi sebuah badan yang benar-benar bebas kini, badan berkenaan dilihat begitu pro-pembangkang dengan begitu lantang mengkritik kerajaan tetapi amat jarang sekali memuji dasar-dasar kerajaan.

Lebih memelikkan pada waktu kini, peguam-peguam ini, yang majoritinya berbangsa Melayu dilihat semakin menjauhi Umno malah, lebih gemar untuk mengambil pendirian yang neutral atau lebih pro-pembangkang.

Jika diperhatikan dalam tempoh dua penggal Pilihanraya Umum (PRU) lalu, berapa ramai peguam muda yang terpilih sebagai calon untuk Umno atau Barisan Nasional (BN) berbanding di pihak pembangkang.

Atas sebab itu, ramai pihak kini melabelkan Umno dan BN sebagai sebuah parti yang tidak lagi diminati oleh golongan profesional bukan sahaja di kalangan peguam, malahan doktor atau akauntan.
Kemungkinan ini juga yang menyebabkan Umno dan BN semakin hilang genggaman di kawasan bandar serta pinggir bandar apabila pembangkang menampilkan calon-calon muda yang profesional.

Kemunculan calon muda serta profesional ini, selari serta sesuai dengan citarasa masyarakat bandar serta pinggir bandar yang terdiri daripada golongan menengah rendah, atas serta elit yang majoritinya mendapat pendidikan sekurang-kurangnya bertaraf diploma.

Malah, perjuangan mendiang Karpal Singh seorang peguam terkenal juga mula dihayati pengundi di kawasan bandar serta pinggir bandar yang amat kritikal terhadap isu dalam kerajaan yang membabitkan penyelewengan kuasa, rasuah serta kronisme.

Semangat perjuangan mendiang Karpal Singh yang tidak pernah berubah sejak 40 tahun lalu inilah, yang menjadi semakin relevan dalam masyarakat Malaysia pada masa kini menyebabkan Umno serta BN semakin hilang kuasa di kawasan kritikal ini.

Sememangnya, dalam PRU14 lalu, Umno dan BN ada menampilkan calon muda tetapi bilangan profesional amat kurang berbanding daripada mereka yang ditawarkan parti pembangkang sebagai calon untuk rakyat.

Ramai pemimpin muda pembangkang kini menjadikan mendiang Karpal Singh sebagai idola politik mereka dan akan menjadikan diri mereka sebagai idola untuk pemimpin masa depan, tetapi keadaan itu jelas berbeza dalam Umno apabila kita jelas ketandusan golongan pemimpin muda untuk dijadikan idola bagi menjadi 'penarik' kepada golongan muda profesional di kawasan bandar dan luar bandar.

Saya turut melihat trend calon muda Umno dan BN yang terdiri daripada ahli perniagaan kurang 'digemari' pengundi di kawasan bandar dan pinggir bandar kerana mereka merasakan calon-calon ini mendapat sumber kekayaan daripada parti serta kerajaan dan tidak benar-benar 'bersih' selain mudah untuk pembangkang memutarbelitkan isu berkaitan diri calon-calon ini.

Pembangkang akan terus menarik golongan muda profesional yang imej mereka ditampilkan dengan penuh idealisme serta mempunyai latar belakang 'bersih', tetapi dalam Umno proses 'regeneration' ini dengan pemimpin masa depan yang berkualiti dan bersih akan terbantut.

Justeru, saya bimbang jika jika sesuatu tidak dilakukan Umno dan BN untuk berubah dengan mencari golongan profesional muda terdiri daripada peguam, doktor atau akauntan yang sanggup ke depan mempertahankan parti dan kerajaan secara terang-terangan untuk berhadapan dengan pemimpin muda profesional daripada pembangkang, masyarakat akan semakin menjauhi parti sekaligus padah akan jelas menanti dalam PRU 14 empat tahun lagi.

*Artikel ini diambil daripada blog www.nurjazlan.net

Shah Jaszle Curang Lagi

Posted: 22 Apr 2014 09:26 PM PDT


alt

RAKYAT NEWS


PETALING JAYA 21 April - Belum pun selesai kontroversi kes tangkap khalwatnya, pelakon Shahrizal Jaszle muncul dengan kisah panas baharu apabila dia dikatakan curang selepas gambar mesranya bersama seorang wanita didedahkan di laman sosial Instagram.

Lebih memeranjatkan, pelakon itu yang juga dikenali sebagai Shahz Jaszle pada Sabtu lalu turut mengesahkan wanita berkenaan adalah kekasihnya walaupun dia masih tunangan orang.

"Hey @jijiezainal, dia gf (girlfriend) kita la skrg (sekarang)," katanya  menjawab pertanyaan salah seorang pengikut laman sosial itu menerusi akaun wanita yang dikaitkan iaitu Hanis Husna (@hanis_husna).

Bagaimanapun, Shahrizal, 26,  tidak menjelaskan status pertunangannya dengan, Redzwani Puteri, 26, sebaliknya Hanis pula menyatakan bahawa pemuda itu sudah pun putus tunang.

Pada foto tersebut, wanita berkenaan memuat naik foto mesra mereka dengan kapsyen-kapsyen romantis.

Tidak lama kemudian Shahrizal turut memuat naik foto dia bersama Hanis di laman Instagram miliknya pula . Namun dia meminta kepada pengikutnya supaya tidak mengkritik foto berkenaan.

"Saya tidak kisah apa yang akan kamu (pengikut Instagram) katakan. Jika ingin komen, sila jaga kata-kata kamu. Kerana kamu tidak tahu apa yang telah saya lalui sebelum ini," ujarnya dalam bahasa Inggeris.

Foto tersebut turut mendapat perhatian Redzwani sendiri apabila dia memberi komen 'Apa ini?', namun komen tersebut telah dipadamkan oleh Shahrizal.

alt


Redzwani yang dihubungi mStar Online pada petang Ahad enggan memberi sebarang komen berkaitan perkara itu. Sebelum ini dia pernah berkata hatinya tetap mempercayai kejujuran Shahrizal walaupun pelakon itu pernah ditangkap khalwat.

Terdahulu, pada 10 April lalu, Redzwani memberitahu mStar Online hubungannya dengan Shahrizal masih lagi baik walaupun tunangnya itu sedang menghadapi perbicaraan kes  khalwatnya di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Petaling di sini.

Pelakon itu ditangkap khalwat ketika serbuan dilakukan sekumpulan pegawai Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) di sebuah apartmen di Taman Sri Subang dekat sini pada 16 Mei 2013.

Insiden itu juga menyebabkan pertunangan Shahrizal dengan Redzwani terpaksa diputuskan oleh keluarga perempuan tetapi telah disambung semula pada Hari Raya Aidiladha tahun lalu.

Sebelum ini Shahrizal pernah dikaitkan dengan pelakon Miera Liyana dan Maria Farida.

Daim tidak perlu takut untuk disiasat semula

Posted: 22 Apr 2014 09:14 PM PDT


Oleh Mohd Sayuti Omar


Bekas Menteri Kewangan Daim Zainuddin mempertikaikan laporan dibuat oleh Angkatan Muda Keadilan kepada SPRM berhubung tuduhan korupsi dilakukannya.

Pada 14 April lalu, Ketua AMK Shamsul Iskadar Akin dan beberapa wakil parti memfailkan laporan dan menggesakan SPRM memulakan siasatan ke atas Daim.

Daim mempertikaikan laporan yang dibuat berpandukan kepada tiga surat yang ditulis oleh Pengerusi Eksekutif Renong Berhad Halim Saad, bekas Pengerusi Malaysia Airlines System Bhd (MAS), dan bekas Pengarah MAS Tajuddin Ramli.

Dalam siasatan itu, SPRM tidak menemui sebarang maklumat yang boleh mengesahkan hubung kait beliau dengan amalan rasuah.

Kalau siasatan sudah dibuat dan beliau bersih, kenapa Daim harus takut untuk dibuat siasatan sekali lagi.

Orang bersih suka kalau disiasat beberapa kali pun, kerana ia boleh menambahkan keyakinan umum terhadapnya.

Dengan mengelak untuk disiasat sekali lagi menyebabkan Daim akan terus diragui.

Walaupun SPRM menyiasatnya pada tahun 1999, tetapi orang boleh menganggap ia tidak semestinya telus. – msomelayu.blogspot.com,

PAS : Himpunan Bantah GST Berlangsung Aman Jika Tiada Provokasi

Posted: 22 Apr 2014 09:12 PM PDT

alt
 
Amirul Ashraff 


KUALA LUMPUR  - Parti Islam Semalaysia (PAS) memberi jaminan bahawa Himpunan Bantah GST anjuran bersama Pakatan Rakyat (PR) yang bakal diadakan pada 1 Mei ini berlangsung secara aman.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, ianya merupakan satu himpunan yang aman sekiranya sebahagian kelompok individu tidak membuat provokasi.

"Saya berharap bahawa pihak kerajaan tidak usah gusar tentang himpunan pada 1 Mei ini kerana ia adalah satu himpunan yang aman dan ia telah dibuktikan melalui perhimpunan sebelum-sebelum ini.

"Jikalau himpunan itu tidak ada kacau ganggu daripada mana -mana pihak yang ingin membuat provokasi atau daripada pihak polis maka program itu akan berlangsung dengan aman," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat PAS Kuala Lumpur, hari ini.
 
alt
 
Mahfuz menambah, PAS telah mengarahkan seluruh jentera parti di seluruh Malaysia untuk memastikan seberapa ramai untuk menyertai himpunan tersebut.

"Saya sendiri di Kedah meletakkan sekurang-kurangnya 2 buah bas di setiap kawasan parlimen dan mereka sedang menggerakkan usaha ini. Semalam sahaja kawasan parlimen saya telah menjangkau 5 buah bas.

"PAS kawasan Baling, Padang Terap dan Sik juga akan membawa penoreh-penoreh getah dan juga petani-petani daripada seluruh negara akan menyertai bagi membantah perlaksanaan GST ini," katanya lagi.

Beliau juga percaya gerakkan bantahan ini telah digerakkan oleh Parti Tidakan Demokratik (DAP), Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan juga Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) yang akan turut serta semasa perhimpunan ini nanti.

Mak Mah Bertunang, Nikah 17 Mei

Posted: 22 Apr 2014 09:07 PM PDT

alt
 
RAKYATNEWS
 
 
Pelakon veteran Ruminah Sidek menjelaskan cintanya terhadap  Al Fatah Rahim, 70, tersemai ketika mereka sama-sama mengerjakan umrah di Mekah pada Mac lalu.
 
Ruminah atau lebih dikenali sebagai Mak Mah, 68, berkata, ketika mengerjakan ibadah itu, jiwanya tiba-tiba berasa sunyi sehingga timbul keinginan untuk mempunyai pasangan hidup.
 
Manakala Al Fatah pula mengambil kesempatan mengerjakan umrah dengan niat ingin berdoa bagi mendapatkan isteri.|
 
"Selama ini, setiap kali mengerjakan umrah, peraaan saya hanya biasa sahaja tetapi untuk kali ini, saya berasa sangat sunyi. Terasa mahu berteman pula.
 
"Saya berdoa kepada Allah agar memperkenankan doa saya kerana saya sudah rasa penat hidup sendirian.
 
"Hendak dijadikan cerita, sebelum berangkat pulang ke Kuala Lumpur, saya berkenalan dengan Fatah dan dia berkongsi cerita iaitu hajatnya  berdoa agar dipertemukan jodoh.
 
"Mendengar cerita itu, kami pun berbincang hasrat mendirikan rumah tangga," kata Ruminah kepada mStar Online ketika dihubungi.
 
Ketika bercerita kepada mStar Online, Ruminah tidak dapat menahan sebak dan beberapa kali kedengaran menangis kerana terlalu gembira dengan kehidupan baru yang bakal dibinanya itu.
 
Ruminah dan Al Fatah telah mengikat tali pertunangan pada 19 April lalu di rumah abang ipar Ruminah di Meru, Klang dekat sini.
 
Pada majlis pertunangan itu Ruminah menerima lima dulang hantaran berserta sebentuk cincin manakala pihak lelaki turut menerima hantaran bilangan yang sama.
 
Pasangan itu bakal bernikah pada 17 Mei depan di lokasi pertunangan mereka. Dijangka 4,000 tetamu akan dijemput.
 
Al Fatah yang merupakan peneroka Felda Jelai, Gemas, Negeri Sembilan adalah sorang duda beranak sepuluh.
 
Beritahu Ruminah, dia tidak sangka akan mendirikan rumah tangga pada usia 68 tahun dan menyifatkan perkara itu sebagai hadiah yang diberikan oleh  Allah.
 
"Saya bersyukur dan tidak sangka sebenarnya dapat menghabiskan baki hidup saya dengan seorang suami. Alhamdulillah.
 
"Dia (Fatah) juga berjanji akan membawa saya berjalan-jalan di Felda selepas kami berkahwin nanti," ujarnya. 
 
Ruminah sebelum ini pernah berkahwin sebanyak tiga kali termasuklah dengan  Allahyarham AR Tompel.
 
Hasil tiga perkahwinannya itu, Ruminah dikurniakan enam orang anak termasuklah pelakon Adlin Aman Ramlie. Dia juga mempunyai 20 cucu dan enam cicit.

Pemimpin PKR Akan Dipanggil Jawab Tuduhan Salah Laku Berkempen

Posted: 22 Apr 2014 09:03 PM PDT

alt
 
Mahirah Zakaria 
 
 
KUALA LUMPUR - Beberapa pemimpin tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan dipangil oleh Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) parti atas tuduhan salah laku dalam kempen sempena pemilihan pada Mei akan datang.
 
Pengerusinya,  Datuk Johari Abdul berkata, pemimpin PKR yang didakwa akan dipanggil untuk menjawab pertuduhan ke atas mereka hari ini.
 
"Kita akan dengar beberapa rayuan dan aduan berkenaan beberapa pelanggaran (peraturan pemilihan) termasuk terhadap pimpinan tertinggi (23 April).
 
"Tidak adil untuk menamakan individu itu sebelum beliau mempertahankan diri di depan jawatankuasa," katanya kepada pemberita dalam sidang media di Ibu Pejabat PKR di sini semalam.
 
Pada 16 April lalu, Johari mengumumkan dua calon timbalan presiden Mohamed Azmin Ali dan Datuk Saifuddin Nasution Ismail akan dipanggil untuk memberi penjelasan berhubung kenyataan masing-masing.
 
Johari berkata jawatankuasa tersebut akan melihat kenyataan Saifuddin yang menimbulkan dakwaan mengenai persengketaan antara Azmin dan seorang lagi calon timbalan presiden, Tan Sri Khalid Ibrahim.
 
JPP juga merujuk kepada kenyataan Azmin dalam satu laporan stesen TV3, yang menafikan dakwaan Saifuddin bahawa PKR adalah parti berasaskan Melayu.

Negara Islam adalah perjuangan Pas

Posted: 22 Apr 2014 09:00 PM PDT


 Razman Zakaria  
Razman Zakaria


IPOH – Perjuangan Pas bagi menegakkan sebuah negara Islam dengan melaksanakan syariat Islam di negara ini telah pun termaktub sejak awal penubuhannya.

Pesuruhjaya Pas Perak, Razman Zakaria berkata, perkara berkenaan sememangnya menjadi tunjang perjuangan Pas selama ini, dan ianya akan terus diperjuangkan termasuklah pelaksanaan hukum hudud.

Bagaimanapun menurutnya, sebarang kenyataan mengenai pelaksanaan hukum hudud di negara ini hanya akan dibuat oleh Presiden Pas, Abdul Hadi Awang.

"Pasal hudud ni, hanya presiden yang boleh buat kenyataan. Apa pun, seperti apa yang telah diputuskan oleh parti adalah untuk lihat syariat Islam tertegak di negara ini, Insya-ALLAH," katanya kepada Sinar Harian.

Razman berkata demikian bagi mengulas kenyataan Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming yang mencadangkan agar Pas kembali memberi fokus berhubung penubuhan Negara Berkebajikan sebagaimana yang dipersetujui bersama dengan parti-parti komponen Pakatan Rakyat (PKR dan DAP) sebelum ini.

Sementara itu Razman berkata, Pas tetap mementingkan perjuangan menegakkan syariat Islam dan dalam masa sama akan terus memberi kefahaman kepada masyarakat bukan Islam mengenainya.

"Mungkin mereka (bukan Islam) ni tak faham. Oleh itu, kita wajib memberi kefahaman kepada mereka." katanya.

Ahmad Said: Saya tak berani komen

Posted: 22 Apr 2014 08:55 PM PDT


Ahmad Said Ahmad Said


KUALA TERENGGANU- Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said mengambil pendekatan untuk 'mengunci mulut' berkaitan desas-desus mengenai pertukaran dua menteri besar yang akan diganti tidak lama lagi.

Malah beliau berkata, tidak mendapat sebarang maklumat mengenai khabar angin yang sedang bertiup kencang itu.

"Saya pun tidak berani nak komen, itu tulisan di blog. Macam-macam boleh tulis, no komen. Itu sahaja yang boleh saya kata, nak kata macam mana," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Ucaptama Negeri dan Pelancaran Bidang Keberhasilan Utama (KRA) Negeri di Dewan Besar, Wisma Darul Iman di sini, semalam.

Jelas beliau, yang menjadi keutamaannya kini adalah menumpukan usaha mentadbir negeri dan membuat persiapan bagi pilihan raya umum akan datang, memandangkan BN kini hanya berkelebihan dua kerusi, iaitu 17-15.

Ketika ditanya adakah ia berkemungkinan salah satu usaha untuk menjatuhkan beliau, Ahmad bagaimanapun enggan mengulas.

Semalam, Sinar Harian menyiarkan kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia negeri, Rozi Mamat yang menempelak pihak yang tidak bertanggung jawab menyebar fitnah berhubung dakwaan mengaitkan namanya sebagai Menteri Besar
Terengganu yang baharu.

Sebaliknya, Adun Telemong itu tampil menafikan dakwaan yang hangat diperkatakan di laman sosial dan blog kononnya beliau bakal menggantikan Datuk Seri Ahmad Said sebagai menteri besar.

Menurutnya, dakwaan itu sebenarnya adalah spekulasi politik yang berlaku di Terengganu dan tidak pernah berhenti dari dulu hingga sekarang.

Portfolio Menteri Kewangan perlu dipenuhkan

Posted: 22 Apr 2014 05:14 PM PDT


Daim Zainuddin  
Daim Zainuddin


KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin menggesa kerajaan memenuhkan portfolio Menteri Kewangan bagi memastikan sistem kewangan dan perbelanjaan negara berjalan dengan lebih baik.

Bercakap dalam Program Bicara Petang Bersama Tun Daim Zainuddin yang membicarakan topik "Ekonomi Bandar Malaysia, Adakah Bandar Melayu?", beliau yakin aliran perbelanjaan negara dapat diurus dan ditadbir dengan baik sekiranya portfolio Menteri Kewangan dipenuhkan.

"Ini adalah isu serius, kerajaan Malaysia berhutang RM600 billion setahun kerana tidak pandai mengurus sistem kewangan dengan baik, ini menyebabkan belanjawan negara jadi tinggi dan akhirnya rakyat menjadi mangsa.

"Sistem kewangan negara perlu dikaji semula, kerajaan harus bijak mengurus dan mentadbir perbelanjaan negara supaya tidak membebankan rakyat," katanya.

Menurutnya lagi, dasar pincang yang diamalkan kerajaan merupakan faktor utama masyarakat mula menyokong pihak pembangkang.

"Bila perbelanjaan harian meningkat, rakyat akan mula rasa terbeban dengan sistem yang diamalkan kerajaan, sebab itulah pihak pembangkang semakin kuat disokong rakyat.

"Kerajaan tidak boleh marah atau tidak puas hati atas keputusan rakyat yang kini semakin berpihak kepada pembangkang, kerana amalan kerajaan masa kini banyak membebankan rakyat," jelasnya.

Karpal dan sikap sebenarnya berkenaan hudud

Posted: 22 Apr 2014 05:10 PM PDT

Dr Mujahid Yusof Rawa

 




Pepatah yang menyatakan bahawa "harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama" ada pada Karpal Singh. Pertama, secara majazi (perlambangan), 'Harimau Jelutong' itu telah meninggalkan belang, kedua, secara hakiki, mendiang meninggalkan nama yang besar sebagai ahli politik yang disegani kawan dan lawan.

Jarang seseorang dapat memenuhi perumpamaan ini secara majazi dan hakiki dalam menggambarkan ketokohan seseorang individu yang meninggalkan kita.

Singh is King

Ungkapan ini pernah dipakai oleh Karpal sesuai dengan ugutan yang diterimanya daripada Pemuda Umno. Saya ada dalam Parlimen semasa mendiang mempertikaikan tindakan beberapa Pemuda Umno yang cuba menghalangnya di Parlimen.

Antara ungkapan lain yang disebut oleh Karpal dalam suasana yang tegang dalam Parlimen semasa itu ialah, "Ini Pemuda Umno celaka!" lalu Yang DiPertua Dewan Rakyat mencelah supaya ditarik balik kata-katanya itu tetapi Karpal enggan.

Setelah didesak beberapa kali Karpal setuju dengan berkata, "Saya tarik balik, tetapi ini Pemuda Umno memang celaka." Saat itu heboh dewan dengan ketawa daripada anggota dewan.

Karpal memang terkenal dengan perkataan berbisanya seperti "jangan main-main…" apabila beliau ingin mendesak sesuatu tindakan diambil segera. Dialek Indianya dalam berbahasa Melayu seringkali mencuit hati anggota dewan tetapi isi ucapannya senantiasa mendapat perhatian pihak BN kerana sengatannya yang berbisa kepada Ahli Parlimen BN.

Dewan pastinya akan sunyi selepas ini tanpa SINGH IS KING.

Saya dan DAP

Saya mula mengenali  DAP semasa di bangku sekolah menengah lagi melalui poster-poster pilihan raya apabila berlangsung pilihanraya umum. Sebagai anak Pulau Pinang yang membesar di Georgetown lambang DAP tidak menjadi sesuatu yang menakutkan saya walaupun tanggapan saya terhadap DAP semasa di bangku sekolah adalah stereotype sama macam budak Melayu sezaman dengan saya.

Sebagai seorang yang membesar dalam rumah pemimpin PAS, saya sukar menerima pandangan Umno, apatah lagi media yang menyerang PAS setiap hari, tetapi saya juga tidak melihat DAP mempertahankan PAS pada masa itu.

Saya boleh rumuskan bahawa semasa di bangku sekolah saya melihat DAP dari kacamata PAS yang melihat DAP tidak banyak membantu, malah sikap 'anti-Melayu DAP' begitu mencengkam dalam benak anak muda Melayu pada zaman saya.

Namun zaman berlalu, saki-baki tanggapan kepada DAP semakin terhakis dengan kematangan berfikir generasi hari ini dan terpulang kepada sejauh mana DAP mampu membuktikan sebaliknya.
Saya yakin kemunculan politik baru Malaysia yang menolak sikap perkauman akan memudahkan lagi orang mengenali DAP.

Karpal dan Saya

Jujurnya, saya terlalu kerdil berbanding ketokohan Karpal dalam dunia politik dan perundangan Malaysia. Ketika Karpal memulakan karier politiknya pada tahun 1974 sebagai ADUN di Kedah, saya baru di tahun 4 sekolah rendah.

Nama Karpal hanya saya kenali semasa di sekolah menengah lewat persepsi saya terhadap DAP. Semasa Kelantan memperkenalkan Undang-Undang Kanun Jenayah Syariah, Karpal antara tokoh yang lantang menentang.

Saya mula berminat untuk mengenali tokoh ini pada tahun 90an dan cuba memahami secara objektif mengapa beliau menentang undang-undang hudud ini. Dari sini saya mula mengenali pemikiran perundangan beliau yang merupakan pengikut tegar kerangka Malaysia sebagai negara sekular.

Pertama Kali Bertemu

Pada tahun 2005, saya telah kembali ke negeri asal saya iaitu Pulau Pinang. Pertama kali saya menemui beliau ialah kunjungan semasa beliau di hospital setelah mengalami musibah. Walaupun saya tak sempat berbicara dengannya kerana keadaaannya, tetapi saya sempat mengucapkan kata-kata semangat kepada isteri beliau bagi mewakili PAS Pusat.

Seterusnya pertemuan saya ialah di bangunan Parlimen setelah dilantik menjadi Ahli Dewan Rakyat, kini saya bersama MP yang lain sebaris dengan MP lama, termasuklah Karpal.

Heboh dewan pada hari pertama mengangkat sumpah apabila MP Kinabatangan mempertikaikan bagaimana Karpal boleh mengangkat sumpah tanpa mengangkat tangannya sedangkan wakil Kinabatangan mengetahui bahawa Karpal mengalami masalah mengangkat tangan.

Berlaku kekecohan dan itu pertama kali kami ditunjukkan bagaimana berbalas kata boleh berlaku di Parlimen Malaysia.

Seterusnya pertemuan saya dengan beliau adalah sebagai ahli Parlimen muda yang cuba mempelajari selok-belok berbahas dalam Parlimen dan saya mendapati perbahasan beliau banyak berlegar di sekitar perundangan dan kehakiman serta pendedahan beliau tentang salahlaku kehakiman yang boleh menjejaskan kredibiliti mahkamah di Malaysia.

Ucapan Karpal

Saya juga mengikuti setiap ucapan politik beliau yang sempat saya dengar. Antaranya ialah ketika saya di Melaka, semasa hubungan PAS dengan DAP berasaskan kepada perjanjian Barisan Alternatif pada hujung 90-an.

Ucapannya selamba tetapi sarat dengan kritikan pedihnya kepada sistem perundangan negara, khusus pada kemuncak kes Anwar Ibrahim ketika itu. Kemudian saya mendengar ucapannya yang lebih serius pada majlis makan malam kemenangan DAP di Pulau Pinang.

Di atas kerusi roda, beliau bersemangat menceritakan intipati perjuangan DAP dan komitmennya pada suasana demokratik dan sekular yang menjadi asas pembentukan negara ini. Ucapannya serius, dengan kata susun atur kalimatnya dikeluarkan satu-satu, disambut tepukan gemuruh hadirin yang masih dalam mood kegembiraan dengan kejayaan PR diterajui DAP menawan Pulau Pinang.

"Saya Tidak Menentang Islam"

Di sebalik tekanan tentang sikap Karpal yang dikatakan anti-hudud dan anti-Negara Islam serta kenyataan kontroversinya "langkah mayat saya dahulu…" Karpal beberapa kali menyatakan bahawa dia tidak  pernah menentang Islam.

Saya sendiri ada dalam Konvensyen Pakatan Rakyat 2010 di Kepala Batas, ketika Karpal di hadapan pemimpin PAS dan PKR dan para peserta konvensyen menyatakan bahawa beliau menghormati Islam sebagai agama rasmi Persekutuan yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan beliau tidak pernah menentang Islam sebagai agama rasmi Persekutuan.

Karpal juga pernah menyatakan dalam satu temuramah bahawa, "I'm not opposed to Islam at all, I'm a god fearing man."

Sikap Karpal yang sering dituduh sebagai anti-Islam kerana keengganan menerima Negara Islam dan hudud menjadikan beliau sebagai sasaran utama kelompok Melayu dari kedua-dua belah pihak UMNO dan PAS atas apa juga perbezaan politik mereka.

Persoalannya ialah, mengapakah Karpal bertindak demikian?

Logik Karpal Tentang Hudud

Karpal adalah ahli undang-undang. Hujah beliau tidak sangat menjurus kepada ideologi menentang penghayatan keagamaan, beliau lebih berminat kepada ideologi perundangan.

Hakikat ini ditegaskan dalam salah satu kenyataannya apabila ditanya mengapa beliau tidak boleh menerima konsep Negara Islam dan hudud.  Beliau menjawab, "My opposition to Islamic State and hudud is to preserve and defend the Constitution…"

Memahami logik Karpal dalam hal ini ialah memahami Karpal sebagai orang perundangan dan bukan sebagai seorang yang anti-agama. Mendekati ketegasan beliau dalam hal ini juga ialah dengan menggunakan logik perundangan dan bukan sentimen dan emosi agama.

Bagi saya tidak mudah untuk kita menuduh seseorang sebagai anti-agama Islam hanya kerana asas penolakan Negara Islam dan hudud atas asas perundangan.

Ini adalah kerana, bagi saya, anti-agama adalah terdorong atas kebencian dan permusuhan kepada apa sahaja makna keagamaan, termasuk menolak Islam sebagai agama rasmi Persekutuan.

Kalau begitulah logiknya maka kewujudan Akta Mahkamah Syariah 1965 yang menghalang perlaksanaan hudud di peringkat negeri bolehkah dikatakan sebagai anti-agama Islam?

Adakah Kerajaan Persekutuan di bawah BN yang memerintah dengan PM-nya sebagai seorang Islam sekarang juga anti agama kerana membiarkan sekatan ini berlarutan?

Bagaimana pula seorang Islam yang menolak Negara Islam dan hudud atas alasan ekonomi akan mundur dan pelabur asing akan lari malah ada yang menyatakan ianya tidak relevan lagi dalam dunia hari ini?

Saya bukan mempertahankan Karpal dan sikapnya. Saya cuma mahu memberi keadilan kepada isu Negara Islam dan hudud yang tidak pernah diberi gambarannya yang jelas kerana terlalu ramai yang ada kepentingan dalam hal ini sehingga ia lebih selesa ditanggap sebagai isu politik daripada isu substantif.

Logik Balas

Logik perundangan juga menuntut kita untuk menjawab persoalan apakah Malaysia sebuah negara sekular atau setengah sekular, sedangkan Islam mendapat tempat yang teratas walaupun agama lain bebas diamalkan dengan sekatan tidak boleh disebarkan.

Bagaimana pula halnya senarai negeri-negeri yang antara lainnya memperuntukkan enakmen undang-undang Islam boleh digubal?

Apakah tidak undang-undang Jenayah Syariah II di Kelantan dibuat secara perundangan? Jikalau ia dianggap ultra vires dengan Akta Mahkamah 1965, siapakah yang bertanggungjawab untuk menyemak semula peruntukan?

PAS pernah membawa bil persendirian di Parlimen melalui Presidennya Datuk Seri Hj Hadi Awang untuk isu murtad tetapi tidak pernah diterima untuk dibahaskan.

Logik perundangan inilah yang harus dijadikan landasan meyakinkan para penggubal undang-undang bahawa akhirnya isu sensitif seperti ini perlu mendapat mandat dan proses politiknya perlu mendapat kefahaman rakyat secara substantif.

Sensitiviti isu-isu agama jika hendak diperundangkan – termasuklah hudud – pasti akan mendapat pelbagai reaksi aliran pemikiran politik, namun Rashid Al Ghanushi pernah memberikan kerangka bagaimana isu ini perlu digarap dengan berkata,

"No one has the right to claim he represent the religion, neither An Nahda nor anyone else. Society through its dynamic is the one to formulate and translate religion into policies, laws and culture….the dynamic continues until there is consensus about the opinion of religion on the issue…"

(Tidak ada sesiapa yang berhak mendakwa bahawa dialah yang mewakili agama, termasuk parti An Nahda atau sesiapa yang lain. Masyarakat melalui dinamikanya yang akan membentuk dan menterjemahkan agama kepada dasar, undang-undang dan budaya…dinamika ini berlangsungan sehinggalah adanya satu konsensus tentang sikap agama berkenaan isu tersebut).

Saya amat bersetuju dengan kerangka pemikiran demokratik yang digarap oleh pemimpin An Nahdah tersebut kerana dengan kerangka ini jugalah kita harus berhujah dengan logik Karpal yang saya tahu diyakini ramai oleh rakan-rakan dalam DAP apabila isu hudud menjadi perbualan hangat sekali lagi mutakhir ini.

Karpal dan PAS

Pemimpin PAS yang sering dikaitkan bertembung dengan Karpal ialah Dato' Setia Bentara Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, mantan Menteri Besar Kelantan.

Pertembungan mereka ialah kerana konsistennya Mursyidul Am PAS itu mahu menjalankan enakmen Jenayah Syariah yang telah mendapat mandat persetujuannya oleh Sultan Kelantan tetapi terhalang kerana Akta Mahkamah Syariah (1965).

Begitulah juga konsistennya Karpal menentang hasrat ini atas hujah yang dinyatakan di atas tadi.

Namun demikian seluruh negara telah menyaksikan satu pertemuan bersejarah yang penuh mesra antara kedua-kedua pemimpin hebat ini di rumah Karpal apabila Mursyidul Am PAS itu menziarahi Karpal di Pulau Pinang sambil menerima kek harijadinya daripada Karpal pada 27 Jan 2013.

Kedua-duanya bertemu mesra walaupun mereka mempunyai dua pandangan yang bertentangan antara satu sama lain. Sikap keterbukaan Tuan Guru Nik Abdul Aziz lambang komitmen PAS kepada menghormati hak untuk tidak bersetuju walaupun berada dalam satu kolusi politik.

Karpal pula sentiasa bertanggapan positif kepada PAS dan dari kata-katanya sendiri boleh membuktikan sikapnya bahawa,

"We may have our differences with PAS but it is a solid principled party and an important ally."
(Kita mungkin ada beberapa perbezaan pandangan dengan PAS tetapi PAS adalah parti yang berprinsip dan rakan yang penting).

Selamat Tinggal Selamanya

Speaker Dewan Rakyat adalah orang yang akan terasa pemergian Karpal kerana suaranya tidak akan kedengaran lagi mengetuk mikrofon meminta 'point of order' dibacakan, khususnya untuk mempertikai 'ruling' yang dibuat oleh Tuan Speaker.

Ketajamannya menimbulkan hujah perundangan dalam akta yang dibahaskan dan kritikannya kepada kehakiman di negara ini sentiasa berbisa dan pedas, namun bernas.

Kami MP muda akan hilang seorang senior MP yang membuatkan kawan dan lawan ketawa dan marah ketika beliau berbahas.

Para hakim akan kehilangan peguam yang senantiasa menguji kewibawaan mereka pada tahap maksima.

Ahli DAP akan kehilangan suara semangat yang pernah mengatakan dalam suasana kekalahan DAP di Pulau Pinang satu ketika dahulu, "berhati-hati pada harimau yang tercedera kerana ia lebih berbahaya…"

Masyarakat sivil yang pernah mengenali Karpal tidak akan lupa kata-katanya bahawa, "It is important for every citizens in this country to know that no one is above the law." Kerana meyakini prinsip moral perundangan ini beliau berhadapan dengan masalah daripada pihak istana.

Bagi seseorang yang tegas dalam dunia politik dan perundangan, Malaysia turut terasa perginya seorang anak Malaysia mempertahankan prinsip Perlembagaan Persekutuan dengan jujur.

Soal salah atau betul beliau mempertahankannya bukan isu, tetapi itulah caranya beliau melahirkan kasihnya pada negara yang tercinta ini.

Sepi seketika hiruk-pikuk suara yang menghentam Harimau Jelutong ini pada awal pagi berita kematiannya secara tragis dimaklumkan seluruh negara.

Harimau tidak mengaum lagi tetapi belangnya meninggalkan bekas seperti namanya. Kata-kata mendiang akan senantiasa terngiang di telinga kawan dan lawannya,

"You knock out one Karpal Singh, hundred Karpal will rise".

Selamat Tinggal Komrad Karpal! – Roketkini.com

Kapal Jepun disamun, culik kru dekat Pulau Ketam

Posted: 22 Apr 2014 05:00 PM PDT

HARAKAHDAILY 


PELABUHAN KLANG: Lima lelaki, dua bersenjatakan pistol seorang lagi parang, menyamun sebuah kapal Jepun dengan memindahkan dua juta liter minyak diesel ke dalam dua buah kapal tanker berhampiran Pulau Ketam awal pagi Selasa.
  
Tiga kru kapal dipercayai diculik.
  
Pegawai Pemerintah Polis Marin Pelabuhan Klang, DSP Norzaid Muhammad Said berkata kejadian berlaku pada pukul 1 pagi pada jarak 16 batu nautika dari Pulau Ketam di sini.
  
Kapal bermuatan lima juta liter itu dalam perjalanan ke Myanmar dan berlepas dari Singapura pada 21 April.
  
Beliau berkata lima lelaki terbabit bertindak mengikat 18 kru termasuk kapten kapal sebelum memindahkan diesel itu.
  
"Difahamkan proses pemindahan mengambil masa antara tujuh hingga lapan jam danselepas itu kesemua suspek meninggalkan kapal berkenaan," katanya ketika dihubungi di sini.
  
Norzaid berkata selepas berjaya melepaskan diri, kapten kapal kemudian menghubungi pembekal minyak diesel itu di Singapura, bagi memaklumkan kejadian berkenaan.
  
Katanya pembekal itu membuat laporan di Balai Polis di Johor Baharu sebelum pihak polis di situ memaklumkan kepada Polis Marin di Pelabuhan Klang.
  
"Pihak kami kemudian dihantar ke lokasi kejadian dan menemui kapal Jepun berkenaan di Pulau Angsa. Kapal itu dibawa pulang ke Pelabuhan Utara di sini untuk siasatan lanjut," katanya.
  
Norzaid berkata kesemua kru kapal dan kapten tidak mengalami sebarang kecederaan. - Bernama

Mat Zain mendakwa Hakim Mahkamah Rayuan tergopoh-gapah

Posted: 22 Apr 2014 04:52 PM PDT

Dalam membuat keputuan kes liwat II Datuk Seri Anwar Ibrahim


Idrus HarunPETALING JAYA: Bekas Ketua Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Mat Zain Ibrahim berpendapat bahawa Hakim Mahkamah Rayuan (MR) telah membuat keputusan mengenai kes liwat II Datuk Seri Anwar Ibrahim secara tergopoh-gapah, tanpa memberi pertimbangan yang mendalam dan menyeluruh, kepada keterangan-keterangan yang telah dibentangkan oleh kedua-dua pihak dari sejak mula prosiding tersebut diadakan.

Katanya, selain daripada MR sendiri ada membuat tafsiran silap menyentuh fakta mustahak, prosiding rayuan tersebut dicemari dengan tindakan pihak Kerajaan dan khasnya Peguam Negara , yang telah membuat kenyataan-kenyataan yang tidak benar dan atau membenamkan keterangan mustahak atau yang favorable kepada tertuduh daripada pengetahuan Mahkamah.

"Contohnya,dalam keputusan MR bertarikh 20 Disember 2013 yang ditandatangani oleh Datuk Aziah Ali, JCA, mahkamah tersebut telah menolak kebolehterimaan Akuan Bersumpah (SD) saya bertarikh 7.10.2013, yang ditandakan sebagai Ekshibit A-1 dalam affidavit Anwar," katanya dalam surat yang diserahkan kepada Peguamcara Negara, Datuk Seri Idrus Harun (gambar)  pagi ini yang di e mail kepada FMT.

Katanya, alasan MR ialah; nama dalan alamat beliau di atas SD tersebut, telah digelapkan ( blotted ). Fakta sebenarnya ialah,nama beliau tidak digelapkan.Yang digelapkan ialah nombor kad pengenalan (NRIC) beliau. Nama dan NRIC adalah dua perkara yang berlainan dan mempunyai fungsi dan significance yang tersendiri.

"Isunya disini ialah,sekiranya MR boleh membuat kesilapan mentafsirkan atau membezakan antara dua fakta yang mudah dan straight forward seperti ini, maka MR juga boleh membuat kesilapan, mentafsirkan fakta lain yang lebih rumit dan complicated lagi akibat kegopohan," tegasnya.

Katanya, ditambah pula dengan pihak Pendakwaan telah dengan sengaja menyembunyikan maklumat kepada MR bahawa NRIC beliau yang tersilap taip ( typo error ) itu, telah pun diperbetulkan dengan pihak SPRM lebih kurang dua minggu sebelum pihak pendakwaan memainkan isu ini, di hadapan MR pada 18 Disember 2013.

"Semasa membuat kenyataan dari kandang tertuduh, Anwar telah membangkitkan perkara perbuatan memalsukan dan membenamkan keterangan ketika insiden mata lebam 1998, membabitkan Tan Sri Abdul Gani Patail dan Tan Sri Musa Hassan," dedah beliau.

Mat Zain berkata inilah kali pertama siasatan secara menyeluruh bersabit dakwaan memalsukan keterangan mengaitkan Peguam Negara dan mantan KPN itu, dijalankan oleh pihak BPR/SPRM terbit daripada laporan polis yang Anwar buat pada 1 Julai 2008.

Jelasnya, tiga orang mantan hakim-hakim kanan telah dilantik sebagai Panel Bebas dengan diberi kuasa Timbalan Pendakwa Raya (TPR), untuk mengkaji kertas siasatan pihak BPR/SPRM itu.

"Walaupun keputusan panel bebas tersebut telah disiapkan sebelum akhir bulan Ogos 2008, namun keputusan rasminya sengaja dipendamkan sehingga 11 Mac 2009, barulah diumumkan di-Parlimen, oleh Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz, Menteri di Jabatan Perdana Menteri ketika itu," dakwanya.

Beliau menambah dalam pengumuman tersebut, Nazri mengesahkan ahli-ahli panel bebas berkenaan,telah dilantik oleh Peguam Cara Negara (Solicitor General).

"Menteri itu juga mengumumkan bahawa ketiga-tiga ahli panel secara sebulat suara (3-0), mendapati Musa Hassan bersih daripada sebarang salah laku," katanya.

Katanya, manakala bagi Gani Patail pula, keputusan panel bebas adalah secara majoriti (2-1) , maka Gani Patail dan Musa Hassan diistiharkan bersih daripada sebarang salahlaku.

Mat Zain mendakwa walaupun dua orang wakil rakyat dari pembangkang, Lim Kit Siang dan Gobind Singh Deo, mendesak supaya menteri mengumumkan nama ahli panel yang mendapati terdapat keterangan terhadap Peguam Negara ,namun Nazri enggan menjawabnya.

Katanya, dalam bulan Disember 2010,sebagai menjawab soalan daripada Lim Kit Siang juga, Nazri telah mengeluarkan kenyataan menteri (ministerial statement), mengesahkan perkara sama yang diumumkan pada 11 Mac 2009 itu.

Pun begitu nama ahli panel yang membuat keputusan terhadap Peguam Negara ,masih dirahsiakan sehingga masa itu, dakwa beliau.

"Bagaimana pun pada 18 Mei 2013, Ketua Pesuruhjaya SPRM,Tan Sri Abu Kassim Mohamad, sebagai menjawab suatu komen dari saya,telah mengumumkan bahawa ahli panel yang berkenaan itu ialah Datuk Mohd.Noor Abdullah,mantan Hakim Mahkamah Rayuan." katanya.

Katanya, perkara yang mengejutkan ialah Mohd.Noor Abdullah, bukan sahaja mendapati terdapat bukti salahlaku terhadap Gani Patail seorang,bahkan termasuk Musa Hassan juga.

"KP SPRM telah menekankan bahawa Mohd.Noor telah berkeras untuk mengenakan pertuduhan ke atas kedua-dua Gani Patail dan Musa Hassan," dakwanya lagi.

Mat Zain berkata dengan pengesahan SPRM ini, maka jelas pengumuman Nazri di Parlimen pada 11 Mac 2009 dan juga ministerial statement yang beliau keluarkan pada Disember 2010, adalah tidak benar dan mengelirukan, khususnya berkaitan keterangan salahlaku oleh Musa Hassan.

Dalam perkembangan yang berkaitan,pada 10 Disember 2013,Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah mengikrarkan affidavit, menyatakan bahawa bekas hakim-hakim kanan tersebut dilantik sebagai panel bebas oleh Peguam Negara dan bukan oleh Peguamcara Negara.

"Dengan pernyataan Shafee seperti di atas, menunjukkan kenyataan Nazri di Parlimen dan ministerial statement yang beliau keluarkan bagi pihak Kerajaan ,adalah tidak benar dan mengelirukan," dakwa beliau lagi.

Katanya, jelas Kerajaan sendiri yang sengaja sembunyikan maklumat yang telus, berkaitan keputusan siasatan SPRM terhadap Gani Patail dan Musa Hassan daripada pengetahuan umum dan Mahkamah.

"Kesimpulan yang boleh dibuat bersandarkan fakta di atas ialah bahawa Kerajaan telah membersihkan kedua-dua Gani Patail dan Musa Hassan daripada salah laku jenayah, dengan cara yang menyalahi undang-undang dan representasi salah," rumus beliau.

Katanya, sekiranya Mahkamah Rayuan tidak tergopoh gapah membuat keputusan, sebaliknya meneliti mendalam keterangan yang telah dibentangkan oleh kedua-dua pihak, semenjak prosiding bermula pada tahun 2008, nescaya mereka sendiri akan menemui fakta-fakta yang diringkaskan dia tas dan banyak lagi keterangan yang menunjukkan salahlaku terancang pihak pendakwaan dan penyiasatan dalam prosiding kes Liwat II ini.

"Pada pendapat saya,perkara yang terpenting dalam hal ini ialah bahawa Gani Patail telah hilang kelayakan dari sudut moral dan undang-undang, untuk terlibat dalam apa kapasiti pun, bersangkutan dengan pertuduhan yang dikenakan terhadap Anwar dalam kes ini," katanya.

Katanya lagi, apa-apa keputusan yang beliau telah ambil atas sifat Peguam Negara berkaitan perkara ini dan termasuk melantik Shafee untuk mengepalai pasukan pendakwaan di peringkat rayuan ini, boleh dipertikaikan dan wajar disemak semula.

Pada pendapat Mat Zain, Hakim MR bergantung bulat-bulat kepada hujah yang dibentangkan oleh Shafee sahaja, tanpa menghiraukan bantahan-bantahan dan laporan polis yang dibuat berkaitan pemalsuan yang diikrarkan oleh Shafee, dalam affidavit-affidavit beliau itu.

"Hakim MR sendiri yang mendedahkan tingkahlaku dan tindakan mereka untuk orang ramai menyimpulkan bahawa mereka memang berada di bawah tekanan dan pengaruh yang kuat daripada tangan-tangan tersembunyi, untuk mensabitkan kesalahan ke atas Anwar dengan apa cara sekalipun," katanya lagi.

Turut baca
Mat Zain minta PM ambil tindakan kepada Nazri atau Shafee

Najib mahu lihat respon rakyat terhadap GST, kata SAMM

Posted: 22 Apr 2014 04:49 PM PDT


Jika jumlah yang turun besar, SAMM percaya Najib akan membatalkan GST tersebut. 

bantah GST

PETALING JAYA: Himpunan Hari Pekerja 2014 membawa tema membantah GST sesuai dengan seruan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika membentangkan Bajet 2014 yang menyebut beliau sendiri ingin melihat respon rakyat tentang GST.

Menurut Ketua Solidatiti Anak Muda Malaysia (SAMM), che'GuBard, jika jumlah yang turun besar, SAMM percaya Najib akan membatalkan GST tersebut.

"Selain itu SAMM menyeru seluruh rakyat menjadikan himpunan ini sebagai manifestasi luahan rasa rakyat yang tidak didengar suaranya termasuklah rakyat harus turun bersama membantah penyalah gunaan mahkamah dalam menafikan suara dan memenjara pimpinan Pakatan Rakyat seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim," katanya dalam satu kenyataan kepada FMT yang menyatakan sokongan dan dokongan kepada Himpunan 1 Mei 2014 yang dijadualkan akan berlangsung dengan perjalanan dari beberapa lokasi dan 'menuju Dataran Merdeka'.

Perjalanan utamanya ialah dari KLCC ke Dataran Merdeka. Acara 1 Mei akan bermula dari tengahari di KLCC dan akan berakhir sekitar jam 2 petang.

Acara di KLCC dibuat oleh sekumpulan organisasi yang bergabung dan membentuk Jawatankuasa Mei 1, 2014. Perbagai acara ucapan pimpinan , persembahan dan ikrar hari pekerja. Sekitar jam 2 petang akan bergerak dari dari lima titik mula berkumpul menuju Dataran termasuk dari KLCC sendiri. Seperti biasa empat tempat yang lain ialah Brickfeilds, Sogo dan Masjid Negara.

Che'GuBard berkata SAMM percaya semua yang terlibat sedang memainkan peranan yang terbaik untuk memastikan himpunan tersebut berlangsung baik demi menyampaikan mesej dan mencapai objektif himpunan yang cukup besar.

"Jika mengikut skrip regim ini, ia mungkin himpunan besar terakhir Anwar dan beberapa pimpinan utama bersama rakyat," jelas beliau.

Kepada penguasa, beliau berkata, diharapkan jangan panik tak tentu hala.

"Ini proses demokrasi iaitu rakyat berkumpul menyatakan hak dan pandangan. Ini sudah dijamin dalam perlembagaan Malaysia," tegasnya.

Beliau memberi contoh himpunan malam tahun baru, peserta berjaya memasuki Dataran Merdeka dan tiada sebarang kejadian tidak diingini berlaku.

"Semua berjalan baik. Kerjasama baik antara penguasa dan demonstran. Amat yakin sekali lagi kerjasama erat ini mampu dilakukan dalam Himpunan 1 Mei ini," katanya.

Sehubungan dengan itu, beliau berkata SAMM telah mengerahkan semua komrad SAMM dari seluruh negara untuk bersama di samping sudah mempersiapkan 100 marshal berpengalaman untuk membantu menyelia himpunan tersebut.

Katanya lagi, AMM mengucapkan tahniah kepada semua organisasi yang berani dan bertanggungjawab dalam mengerahkan anggota mereka menjayakan Himpunan ini.

"Contohnya Dewan Pemuda PAS yang sudahpun secara rasminya menggerakkan anggota Pemudanya," tambahnya.

Umno sokong hudud untuk pecahbelahkan Pakatan, dakwa Saifuddin

Posted: 22 Apr 2014 04:46 PM PDT

Apabila Umno hilang dua pertiga majoriti, tiba-tiba mereka sokong Kelantan laksanakan hudud.

Saifuddin Nasution
AMPANG JAYA : Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail mendakwa sokongan Umno terhadap hudud hanya semata-mata untuk memecahbelahkan parti komponen PR seperti mana yang berlaku kepada Barisan Alternatif pada 2004.

Katanya, apabila Umno hilang dua pertiga majoriti, ketika tiada tanda-tanda sokongan rakyat kembali pulih, tiba-tiba mereka sokong Kelantan laksanakan hudud.

"Saya percaya sokongan Umno itu hanya bertujuan memecahbelahkan PR," dakwanya selepas berucap pada siri kempennya di Menara Majlis Perbandaran Ampang Jaya, di sini, hari ini.

Jelasnya, satu masa dahulu, Barisan Alternatif (BA) berpecah akibat isu negara Islam yang dibangkitkan oleh Ketua Pembangkang ketika itu, Allahyarham Datuk Fadzil Mohd Noor namum tidak disepakati oleh DAP dan Keadilan.

"Semua orang tahu kesan politik pada 2004 itu adalah pencapaian terbaik Umno-BN di negara kita.

"Apa sahaja isu yang bertujuan dan ada potensi untuk memecahbelahkan PR, Umno akan mencuba seberapa daya mungkin," dakwanya.

Tambahnya, lebih menghairankan lagi apabila sikap bermuka-muka pemimpin Umno-BN kian terserlah sedangkan mereka sebelum ini lantang menetang keras pelaksanaan hukum hudud.

"Saya tidak boleh padam dalam ingatan saya serangan menempelak hudud datang dari Tun Dr Mahathir Mohammad…datang daripada (Datuk Seri) Najib (Tun Razak) …hatta daripada Pak Lah (Tun Abdullah Ahmad Badawi) sendiri.

"Serangan luar biasa dengan alasan tidak adil sebab yang kena potong tangan orang Islam sahaja, akibatnya orang Islam tidak produktif, bukan Islam pula akan lebih maju di negara kita," katanya lagi.

Sehubungan dengan itu, beliau berkata tindakan pemimpin tertinggi Umno-BN yang menyokong pelaksanaan hukum hudud di Kelantan sejak kebelakangan ini didakwa sekadar membawa agenda politik tersembunyi.

Saifuddin mendakwa sokongan terbuka pelbagai pihak termasuk timbalan perdana menteri sendiri tidak menunjukkan kesungguhan Umno-BN untuk melaksanakan hukum syariat itu.

"Sedetik pun saya tiada keyakinan Umno jujur untuk menyokong melaksanakan hukum hudud ini.

"Bagaimana dia (Umno) boleh menyokong Kelantan sedangkan mereka sendiri menolak hudud di Terengganu," katanya

Tiada ulasan: