Sabtu, 12 April 2014

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Permintaan maaf Tok Guru & Mahathir yang asyik lupa

Posted: 12 Apr 2014 04:14 AM PDT


Tuan Guru Nik Aziz menyampaikan kuliah Subuh di Masjid Pulau Melaka. Di sebelahnya Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berkunjung ke Pulau Melaka untuk bertemu Mursyidul Am PAS itu baru-baru ini.

AHMAD TAJDID 


TIDAK semena-mena ucapan ringkas Tuan Guru Nik Abdul Aziz di satu Subuh hening sebaik selesai solat berjemaah di masjid bersebelahan rumahnya di Pulau Melaka, Pengkalan Chepa, Kelantan menarik perhatian para pemimpin Umno.

Mursyidul Am PAS itu tidak memberi komen tentang politik, sebaliknya dengan nada sayu semasa menyampaikan kuliah Subuh, memohon maaf kepada rakyat Kelantan jika melakukan sebarang kesilapan tatkala mengetuai kerajaan negeri.

"Maafkan segala kesilapan saya selama saya pimpin Kelantan... Ni sakit saya mungkin Allah nak kifarat dosa saya atas apa kesalahan saya buat selama saya pimpin Kelantan," ujar bekas Menteri Besar Kelantan itu.

Dilaporkan tatkala berucap, air mata bergenang membasahi pipi Tuan Guru Nik Aziz menzahirkan keikhlasan hati beliau ketika membuat permintaan itu.

Memohon maaf atas kelemahan dan kesilapan diri adalah sifat terpuji muslim, malah ia adalah sunnah Rasulullah s.a.w.

Diberitakan ketika Rasulullah s.a.w. gering setelah peristiwa pembebasan Kota Makkah (fathul Makkah), baginda yang sudah beberapa hari tidak mengimamkan solat meminta para sahabat membawanya ke masjid.

Subuh itu Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya aku akan pergi bertemu Tuhan dan sebelum aku pergi, aku ingin selesaikan segala urusan dengan manusia. Maka aku ingin bertanya kepada kamu semua, siapakah di kalangan kamu yang aku ada hutang dengannya... aku ingin selesaikan hutang tersebut. Kerana aku tidak mahu bertemu Tuhan dalam keadaan ada hutang dengan manusia."
Seorang sahabat bernama Akashah lantas bangun menyatakan beliau pernah terkena cemeti Rasulullah s.a.w. sewaktu perang Uhud yang mencederakan dadanya.

Sahabat itu bertanya adakah itu juga dikira hutang dan beliau mahu membalas perbuatan tidak sengaja yang dilakukan Rasulullah s.a.w. Walaupun dibantah oleh para sahabat yang hadir Rasulullah s.a.w. mengizinkan qisas dilakukan terhadap diri baginda yang tanpa berlengah meminta Bilal memberikan cemeti kepada Akashah.

Bagaimanapun setelah Rasulullah s.a.w. membuka bajunya kerana Akashah mendakwa beliau tidak berbaju ketika cemeti Rasulullah singgah ditubuhnya, sahabat Rasullah s.a.w. itu terus memeluk dan mencium tubuh baginda diikuti para sahabat yang lain.

Begitulah kemuliaan akhlak Rasulullah s.a.w. yang maksum tetapi masih mahu memohon maaf kepada para sahabat di penghujung hayat baginda.

Khalifah Abdul Malik Marwan pernah mengungkapkan mutiara kata: "Semulia-mulia manusia ialah siapa yang mempunyai adab, merendahkan diri ketika berkedudukan tinggi, memaafkan ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat."

Justeru apakah peliknya bagi Tuan Guru Nik Aziz untuk memohon maaf kepada rakyat Kelantan atas kelemahan dan kesilapannya sewaktu menerajui negeri sehingga dijadikan modal politik pemimpin Umno?

Tidakkah para pemimpin Umno menyedari bahawa permohonan maaf Tuan Guru Nik Aziz itu melambangkan keperibadian sebenar beliau sebagai seorang ulama dan pentadbir.

Mungkin sikap mulia meminta maaf ini dianggap sebagai 'satu kelemahan' kepada para pemimpin Umno sehingga dijadikan modal politik.

Tidak hairanlah sepanjang hampir enam dekad mentadbir negara, jarang kedengaran para pemimpin Umno memohon maaf kepada rakyat walaupun banyak kelemahan dan kesilapan yang dilakukan mereka sepanjang mentadbir negara.

Oleh kerana sibuk menghitung dan menunjuk kelemahan lawan politik, pemimpin Umno langsung tidak berkesempatan melihat 'sampah sejarah' yang ditinggalkan mereka.

Sebagai contoh ketika Ketua Pergerakan Puteri Umno, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkunjung ke Kelantan, beliau dilapor menggesa Tuan Guru Nik Aziz memohon maaf kepada rakyat Kelantan kerana kononnya gagal mentadbir negeri itu.

Rosnah berkata, Kerajaan PAS Kelantan yang mentadbir negeri ini sejak tahun 1990 lalu gagal menyediakan kemudahan asas terbaik kepada rakyat, terutama bekalan air bersih.

Begitulah hebatnya pemimpin Umno mengkritik pentadbiran Tuan Guru Nik Aziz. Bagaikan ayam jantan, kokok berderai-derai tapi ekor bergelumang najis.

Tidakkah Rosnah menyedari bahawa sepanjang dua dekad pentadbiran Kelantan diterajui PAS, negeri itu selamanya menjadi mangsa diskriminasi politik pusat? Sebagai contoh dari tahun 1990 hingga 2008 sejumlah lebih 100 projek kerajaan Pusat membabitkan infrastruktur dan kemudahan awam tidak dilaksanakan di negeri itu walaupun urusan berkaitan tanah telah disempurnakan kerajaan negeri.

Dalam isu bekalan air bersih pula, Kelantan dinafikan geran Capex (perbelanjaan modal) yang diterima semua kerajaan negeri ditadbir BN. Malah pinjaman untuk melaksanakan Projek Bekalan Air Kelantan Utara (Baku) dibekukan hampir 10 tahun selepas diluluskan mengakibatkan projek infrastruktur itu tertangguh.

Semua ini berlaku di saat tiada satupun negeri di Malaysia mampu menaik taraf infrastruktur bekalan air tanpa bantuan Pusat.

Bukankah ini satu contoh kecil 'dosa' kerajaan BN pusat kepada Kelantan? Pernahkah kita mendengar pemimpin Umno pusat dan negeri tampil ke hadapan memohon maaf atas 'jenayah politik' yang mereka lakukan terhadap Kelantan.

Bagaimana pula dengan masalah geran perkapita yang seringkali lewat diserahkan, projek infrastruktur penting seperti pembesaran lapangan terbang yang dinafikan, lebuh raya Kuala Krai-Kota Bahru yang baru kini dilaksanakan, royalti minyak yang dinafikan dan pelbagai lagi bentuk diskriminasi yang tidak larat untuk disenaraikan.

Isu terkini yang mendedahkan lagi wajah hodoh dan angkuh pemimpin Umno adalah kemunculan semula tragedi Memali.

Lihat sahajalah keangkuhan bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad yang secara konsisten menganggap Almarhum Ustaz Ibrahim Mahmud dan 13 orang kampung yang terkorban dalam tragedi Memali sebagai 'pengganas'; sedangkan sehari selepas tarikh tragedi, beliau secara tidak bertanggung jawab berlepas ke China dan berkampung selama lapan hari di negara tersebut walaupun dinasihatkan Timbalannya ketika itu, Tun Musa Hitam untuk membatalkan lawatan.

Sehingga kini bekas Presiden Umno itu tidak memohon maaf kepada keluarga mangsa tragedi Memali sedangkan Mahkamah Tinggi memutuskan kerajaan BN melakukan kesilapan dalam tragedi itu dan mengarahkan pampasan diberikan kepada keluarga mangsa.

Sehubungan itu eloklah Rosnah dan para pemimpin Umno belajar-belajar memohon maaf dan tidak menyifatkan amalan itu sebagai satu kelemahan.

Tidak salah untuk pemimpin Umno mencontohi ketinggian budi Mursyidul Am PAS untuk memohon maaf kepada rakyat daripada menuruti tabiat Dr Mahathir yang asyik-asyik lupa.

Pemergian Pak Hamid : Gugurnya sebutir bintang

Posted: 12 Apr 2014 03:24 AM PDT

SUHAIZAN KAIAT


Saya mendapat khabar sedih pemergian mengejut Abdul Hamid bin Abdul Kadir (Pak Hamid) Ketua jurulatih kawad kebangsaan Jabatan AMAL dari Johor ke rahmatullah pagi tadi jam 10 pagi.

Beliau dikatakan sedang mengadakan latihan kepada anggota AMAL dalam program kursus kepimpinan AMAL di Sepang  dan rebah secara tiba-tiba dan kemudiannya disahkan meninggal dunia.

Dalam usianya 59 tahun  beliau mengabadikan dirinya kepada perjuangan Islam dan memilih AMAL sebagai medan kebaktiannya.

Beliau adalah anggota AMAL terlatih, dedikasi, sabar dan komited terhadap tugasannya.

Beliau sanggup meredah hutan, mengharungi banjir dan lumpur untuk hadir dan bertugas di mana lokasi di arahkan.

Menjaga lalulintas, parkir, menjaga keselamatan dan kebersihan dalam sesuatu program besar PAS tidak menjadikan beliau kekok dan jemu dengan tugasannya itu.

Demi jemaah, dalam usia senja itu beliau gagahkan diri bersama anak-anak muda yang jauh 20 tahun dari usianya.

Allahyarham Pak Hamid adalah ikon anak-anak muda. Beliau jugalah ikon kebanggaan AMAL. Beliau adalah contoh insan ikhlas berjuang demi Islam.

Tanpa nama dan kedudukan tinggi, Pak Hamid tidak kejarkan pangkat, kedudukan dan jawatan dalam PAS.

Perjuangan Islam dengan mencapai keredhaan Allah adalah matlamat utama PAS dan Pak Hamid telah membutikannya.

Bertepatan dengan slogan yang selalu didendangkan AMAL iaitu Allah matlamat kami, Rasulullah pedoman kami, Al Quran panduan hidup kami, jihad adalah jalan juang kami dan mati di jalan Allah adalah cita-cita kami dan Pak Hamid telah membuktikan kata-katanya untuk hidup dan mati di jalan Allah.

Pemuda PAS Malaysia (PPM) mendoakan semoga Allah menerima amal Allahyarham dan diangkat sebagai para syuhada di jalanNya.

Semoga keluarga Almarhum Pak Hamid tabah menghadapi ujian yang melanda ini. Berehat dan bergembiralah almarhum di alam sana dengan nikmat yang dijanjikan setelah menumpahkan seluruh kehidupan untuk Islam dan kami sentiasa mencemburui kehidupan beliau.

*Penulis adalah Ketua Pemuda PAS Malaysia

Jadilah setenang Susilo Bambang Yudhoyono

Posted: 12 Apr 2014 02:55 AM PDT

MSO



Orang politik negara "tigatujuhkosong" (Malaysia) ini mungkin boleh belajar bagaimana sikap terbuka presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono (SBY) (foto) dalam menerima kekalahan partinya pada pemilu legislatif yang diadakan semalam.

SBY menerima dengan baik dan menghormati keputusan pengiraan awal yang meletakkan partinya Parti Kebangkitan Nasional (PKN) di tangga ke empat dengan mengutip sebanyak 11.9%, tanpa banyak soal dan cuba berdolak dalih.

Katanya, sambil mengucap tahniah kepada parti yang mendapat undi terbanyak, PDI-P, Golkar dan Gerindra, SBY berkata beliau yakin pemilu berjalan dengan bersih dan tidak ada penipuan. Sikap terbuka dan redha diterima SBY ini berbeza dengan sikap dan kelakuan ahli politik negara, "tigatujuhkosong" ini yang sering mencari alasan untuk tidak menerima kekalahan.

Sikap demikianlah menyebabkan politik negara ini sering kali berkecamukan dan ketegangan gara-gara politik berlangsung sepanjang masa sehingga menyusahkan rakyat dan membantutkan pembangunan negara.

Parti SBY, Parti Demokrat (PD) mengutik sebanyak 9.1 peratus berkedudukan di tempat ke empat selepas parti PDI-P pimpinan Megawati Sukrno Puteri yang menduduki tempat pertama dengan kutipan undi sebanyak 18.6 peratus.

Dalam pilihan raya 2009 lalu parti PD memperolehi 26.4 peratus merosot jauh.

Menurut SBY keputusan pengiraan awal undi semalam tidak akan jauh bezanya dengan keputusan rasmi yang akan dikeluarkan awal Mei depan. Dengan kedudukan itu SBY mengakui partinya sudah kalah.

Keputusan yang dikeluarkan oleh badan bebas, Parti Golkar parti yang mirip BN di negara ini menduduki tempat kedua dengan mengutip undi sebanyak 14.6 peratus.

Parti Gerindra yang merupakan pecahan kepada parti Golkar pula berada ditempat ke tiga dengan mengutik undi sebanyak 11.9 peratus undi kemudian diikuti oleh Parti Kebangkitan Nasional (PKN) pimpinan bekas presiden Gusdur yang mendapat 9.8 peratus undi.

Parti Amanat Nasional (PAN) yang pernah dipimpinan Amin Rais mendapat undi sebanyak 7.9 peratus berada di tempat ke lima. Ia diikuti oleh Parti Persatuan Pembangunan (PPP) sebuah parti Islam konvensional ala Pas di negara ini berada di tempat ke enam dengan mengutik undi sebanyak 6.8 peratus.

Parti Islam progresif, Parti Keadilan Sejahtera (PKS) pula berada di tempat ke tujuh dengan mengutip undi sebanyak 6.7 peratus. Sebuah lagi parti baru pecahan dari Golkar, Parti Nasional Demokrat (Nasdem) menduduki tempat ke lapan dengan mengutip 6.5 peratus. Parti Hati Nurani Rakyat (Hanura) berada di tempat ke sembilan dengan mengutip sebanyak 5.5 peratus, manakala parti Bulan Bintang (PBB) pula berada di tempat ke 10 dengan mengutip undi sebanyak 1.6 peratus.

Parti tercorok ialah Parti Keadilan dan Persatuan Indonesia mendapat 1.1 peratus undi.

Presiden Indonesia yang lebih mesra dikenali SBY dalam kedudukannya sebagai pengerusi Parti Demokratik (PD), berkata beliau menghormati keputusan pengiraan segera itu dan ia tidak fikir ada pencemaran dalam pemilu semalam.

Bung Tergiur Orang Berskirt Merah?

Posted: 12 Apr 2014 02:53 AM PDT

KEAB GREENBOC


Skirt merah Kok jadi sasaran Bung Moktar

Pakaian digayakan seorang MP DAP Teresa Kok hari ini menjadi sasaran bantahan MP Kinabatangan Datuk Bung Moktar Radin yang mendakwa ia tidak sesuai untuk dipakai oleh ahli Dewan semasa persidangan.

Bung yang mencelah semasa ucapan Datuk Ismail Mohamed Said meminta yang dipertua Dewan itu menjelaskan sekiranya pakaian seperti itu dibenarkan dalam persidangan.

"Skirtnya (singkat) sehingga paras lutut, saya boleh lihat lututnya, bagaimana pakaian ini boleh dibenarkan?," soalnya.

Kenyataannya itu menyebabkan Kok bangun dan meninta beliau menarik balik kenyataan tersebut.

"Bajunya seperti baju-T, semuanya warna merah. Ini bukan cara berpakaian di Parlimen," kata Bung Moktar lagi.

Tidak berpuas hati dengan kenyataan itu, Kok seterusnya membangkitkan bahawa Bung Moktar juga bersalah kerana memakai tali leher berwarna kuning.

"Awak tidak ada kerja lainkah?," soalnya kepada Bung Moktar.

Bung yang enggan beralah berkata, pelajar sekolah yang mengunjungi Parlimen juga boleh menganggap "boleh memakai pakaian sesuka hati" jika Kok dibenarkan berpakaian begitu.

Ismail yang menamatkan pertengkaran berkenaan seterusnya berkata beliau tidak memandang berat perkara tersebut memandangkan hari ini merupakan hari terakhir persidangan bagi penggal ini.

"Tak apalah, saya benarkan (Kok berada dalam Dewan)," katanya.

Kok dalam satu kenyataannya menyebut, beliau meminta dua orang jurugambar merakam gambarnya di luar Dewan selepas itu.

"Saya minta mereka tolong ambil gambar saya. Tengok, apa salahnya baju saya? Tak cantik ke?

"Gila ahli-ahli Parlimen lelaki BN ini," katanya lagi. -mk

ULASAN GB

Nampaknya Bung Kinabatangan seperti tergiur dengan perempuan berskirt merah. Disangkanya semua yang sedemikian hendak menandingi isteri mudanya, Zizie Ezette.

Jika dilihat pakaian Teresa Kok berbanding pakaian isteri mudanya itu ternyata pakaian Teresa Kok yang bukan Islam lebih decent berbanding pakaian Zizie Ezette, seorang Islam tetapi skirt atas lutut dan berbaju macam tak berbaju.

Betul kata Teresa Kok...."Gila ahli-ahli Parlimen lelaki BN ini".

Lim: AG upah 'pejuang' hancurkan Karpal, DAP?

Posted: 12 Apr 2014 02:46 AM PDT

MALAYSIAKINI

 
 
 
 
Mengupah peguam yang mempunyai kaitan dengan Umno bagi mewakili Pendaftar Pertubuhan (ROS) menentang DAP menunjukkan niat politik untuk menghancurkan DAP, kata Setiausaha Agung parti itu Lim Guan Eng.

Lim mempersoal sama ada Jabatan Peguam Negara telah kekurangan peguam yang profesional dan cekap sehingga perlu mengupah "pejuang" untuk mendiamkan musuh politik BN.

"Mengupah Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah (kanan) sebagai isyarat BN sedang berhempas pulas untuk menghapuskan bukan sahaja Karpal Singh, tetapi juga DAP," kata Lim dalam kenyataan.

Pejabat AG turut menggunakan Shafee untuk mendakwa, bagi pihak mereka, dalam kes kontroversi Liwat II terhadap Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Salah rotan: Warga Bangladesh saman k'jaan RM3 juta

Posted: 12 Apr 2014 02:43 AM PDT

MALAYSIAKINI


 


Seorang warganegara Bangladesh ditangkap dan kemudian dipenjara serta dihukum tiga sebatan oleh majistret tahun lalu, walaupun mempunyai permit kerja yang sah sehingga Julai tahun ini.

Alamin Sheikh Badsha Sheikh, 28, disebat antara 19 Julai hingga 18 November tahun lepas apabila mengaku bersalah.

Pekerja itu tidak membawa dokumen perjalanan dan permit kerja ketika ditahan dalam sekatan jalan raya polis di Bukit Mertajam pada 6 Jun tahun lepas.

Dokumennya sebaliknya disimpan oleh majikan.

Mahkamah Tinggi di Pulau Pinang pada 25 Oktober tahun lalu menyemak semula kesnya dan mengetepikan sabitan bawah Seksyen 6(3) Akta Imigresen itu.

Hakim Zamani Abdul Rahim sendiri terkejut apabila pekerja itu telah disebat dan selesai menjalani hukuman, kata peguam S Raveentharan dalam sidang media hari ini.

Alamin memfailkan saman terhadap kerajaan Malaysia, ketua pengarah dan pegawai penyiasat Jabatan Imigresen, ketua polis negara, ketua polis Pulau Pinang dan pegawai penyiasat polis sebanyak RM3 juta.

RM3 juta itu dituntut bagi tiga sebatan terhadapnya, atau RM1 juta setiap sebatan.

Menurut peguam, Alamin memfailkan pernyataan tuntutan di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang hari ini dan menyaman defendan kerana liabiliti gantian atas kecuaian, ketidakcekapan kerja dan menjalan hukuman pada orang yang tidak bersalah.

Alamin juga menuntut ganti rugi "kehilangan kelelakiannya" ekoran sebatan itu, hilang pendapatan RM1,300 sebulan untuk lima hari tidak bekerja, untuk kemurungan dan juga RM25,000 sehari untuk tempoh 90 hari untuk salah penjara (tiga bulan).

NGO tuduh operasi RBA 'langgar lari'

Posted: 12 Apr 2014 02:35 AM PDT

MALAYSIAKINI


Satu NGO dikenali sebagai Pertubuhan Hak Belia Malaysia menerusi presidennya, Shen Yee Aun mendakwa tentera siber pro-Pakatan Rakyat sukar dikesan kerana mereka cepat memadam akaun laman sosial mereka.

Namun, pihaknya kini sedang mengumpul maklumat mengenai "operasi menghasut" gerakan dilabelkan sebagai Red Bean Army (RBA) untuk dihantar kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM).

"Sehingga kini masih terdapat akaun baharu di laman sosial yang dikendalikan oleh RBA dan kami dalam usaha mengumpulkannya untuk diserahkan kepada SKMM.

"RBA ini boleh dikatakan 'langgar lari' dalam menjalankan operasi mereka menghasut masyarakat kerana setiap akaun yang dibuat dalam laman sosial akan dipadamkan sekal igus menyukarkan kami dalam menjejaki mereka," katanya seperti dilapor Utusan Malaysia hari ini.

Akhbar sama juga melaporkan Shen menerusi maklumat yang diterimanya mendapati gerakan itu dibayar pihak tertentu.

Namun, beliau dilapor tidak dapat membuktikannya kerana bayaran dibuat secara tunai, katanya.

RBA sebelum ini dikaitkan dengan DAP - satu dakwaan yang sudah dinafikan parti itu.

DAP malah mempersenda dakwaan itu dengan menganjurkan majlis menikmati air batu campur yang mengandungi kacang merah di sebuah hotel yang didakwa menjadi markas gerakan itu.

Warga emas hidup dalam sampah

Posted: 12 Apr 2014 02:30 AM PDT


Warga emas hidup dalam sampah


PUCHONG – Bau busuk yang memualkan dan persekitaran penuh dengan tikus serta nyamuk. Lebih teruk lagi haiwan berbisa termasuk ular pernah ditemui di pekarangan rumahnya.

Namun keadaan itu sedikit pun tidak menghalang seorang warga emas menghuni sebuah rumah dipenuhi sampah hasil kutipannya setiap hari.

Difahamkan, wanita yang tinggal sebatang kara itu akan keluar rumah awal pagi dan pulang lewat malam membawa pulang puluhan kilo sampah untuk dipilih.

Sinar Harian dimaklumkan, wanita berkenaan turut mendapat bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) setiap bulan.

Dia pernah berjanji akan berhenti membawa pulang sampah ke rumah jika kelulusan bantuan JKM diperoleh sebelum ini.

Namun, janji hanya tinggal janji apabila dia berterusan mengumpul sampah sehingga turut dikatakan memenuhi tiga bilik tidur di rumah yang dihuni.

Hobi pelik wanita berusia lingkungan 60-an itu mengundang rasa tidak selesa jiran tetangga yang menghuni perumahan di Taman Bukit Kuchai dekat sini sebelum mengadukan perkara itu kepada pihak berkuasa tempatan (PBT).

Hasil aduan, sepasukan anggota Jabatan Penguatkuasaan dan Jabatan Pengurusan Alam Sekitar Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) menyerbu rumah itu semalam dan mengeluarkan hampir tiga tan sampah yang bertimbun di dalam kawasan rumah tersebut.

Dibersihkan kali kelima

Timbalan Pengarah Jabatan Perancangan Korporat MPSJ, Azfarizal Abdul Rashid berkata, semalam kali kelima pembersihan dilaksanakan di rumah wanita berkenaan.

Menurutnya, pihak majlis menerima aduan berulang berhubung isu tersebut daripada penduduk setempat.

"Kuantiti sampah di garaj sahaja hampir memenuhi dua lori satu dan dua tan yang kita bawa untuk operasi pembersihan kali ini," katanya.

Sementara itu, penduduk sekitar lega melihat MPSJ mengambil tindakan terhadap apa yang diadukan mereka sebelum ini.

Dakwa mereka, beberapa teguran pernah dibuat kepada jiran yang mengumpul sampah itu, namun ia ibarat mencurah air ke daun keladi apabila nasihat langsung tidak diendahkan wanita tersebut.

Tindakan MPSJ juga didakwa bertepatan kerana penduduk tidak sanggup lagi berjiran dengan rumah yang dipenuhi sampah.

Meskipun operasi dilaksanakan semalam didakwa pada mulanya tidak mendapat kerjasama pemilik rumah namun akhirnya jirannya itu akur dengan tindakan pihak berkuasa.

Penduduk, Ahmad Mansor, 62, berkata, sebaik melihat kelibat kenderaan dan kakitangan MPSJ, wanita tua berkenaan dilihat terus mengunci pintu pagar dan keluar dari rumahnya.

Katanya, wanita itu duduk di hujung jalan dan hanya memperhatikan tindak-tanduk anggota MPSJ dari jauh.

"Bila nampak pegawai MPSJ datang ke rumahnya, dia patah balik. Pada mulanya memang dia tak kasi masuk tapi setelah puas dipujuk, baru dia buka kunci," katanya.

Penduduk tak tahan tanggung derita bau busuk

Menurut Ahmad, penduduk di situ sengsara menghidu bau busuk sampah dan berdepan masalah penularan haiwan pembawa penyakit sejak 10 tahun lalu.

"Jiran kami tu suka kumpul sampah, kalau dia nak jual bahan kitar semula tak kisah, tapi janganlah simpan lama sampai makan masa bertahuntahun," katanya.

Ahmad berkata, yang menimbulkan kebimbangan perumahan diduduki pernah dilabel sebagai kawasan panas penularan wabak denggi.

Katanya, dia percaya selepas seminggu MPSJ mengambil tindakan tersebut, sampah akan kembali menimbun seperti yang berlaku sebelum ini.

"Dia memang tak serik, yang dua lori MPSJ ambil tadi (semalam) hanya di luar rumah saya. Sampah yang dikumpul dalam rumah mungkin perlukan tiga lori untuk mengangkutnya," katanya lagi.

Sehubungan itu, Ahmad meminta MPSJ membuat pemantauan berkala di rumah berkenaan untuk mengelakkan jirannya kembali mengumpul sampah.

Bas terbalik dekat Bilut, 3 maut, 10 parah

Posted: 12 Apr 2014 02:27 AM PDT

MALAYSIAKINI




 
 
 
Tiga maut termasuk sepasang suami isteri manakala 10 lagi parah selepas bas dua tingkat yang mereka naiki terbabas dan merempuh tiang elektrik sebelum terbalik di Km 11, Jalan Bentong-Raub dekat Bilut tengah malam tadi.
 
Mereka yang maut ialah Suhaisam Che Abdulla, 33, isterinya Zarifah Alias, 26, dan seorang warga Somalia Mohamad Mohamud Abdalla, 31.
 
Sementara yang cedera pemandu bas berkenaan Wan Khairul Affendi Mustafa, 35, yang patah kaki kanan, Siti Nabila Mohd Nasir, 23, Tuan Rosnani Tuan Mohd Din, 22, Wan Muhamad Husin Abdullah, 54, Faizah Abdullah, 89.
 
Ruwaidi Jusuh, 35, Nur Sazren Fazhera Mohd Shanif, 20, Norzamera Abd Manaf, 24, Low Wan Yi, 23, dan warga Thailand yang dikenali sebagai Mamalutfee.
 
Ketua Polis Daerah Bentong Supt Mohamad Nor Mansor berkata mayat mangsa yang meninggal dibawa ke Hospital Bentong untuk dibedah siasat manakala yang cedera dihantar ke Hospital Bentong dan Hospital Temerloh.
 
Mohamad Nor berkata sebanyak 55 penumpang lagi dirawat sebagai pesakit luar di Hospital Bentong.
 
"Nahas pukul 12.30 tengah malam itu berlaku semasa bas berkenaan yang membawa 68 penumpang sedang dalam perjalanan dari arah Kuala Lumpur menghala Kota Baharu.
 
"Bas itu dipercayai telah memotong beberapa buah kenderaan lain menyebabkannya hilang kawalan sebaik tiba di satu selekoh," katanya kepada Bernama.- Bernama

Hampir 500,000 akan tentukan barisan baru PKR

Posted: 12 Apr 2014 02:26 AM PDT

MALAYSIAKINI




 
 
 
Hampir setengah juta ahli PKR akan memilih pimpinan terbaru mereka bermula hujung bulan ini.
 
Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) Datuk Johari Abdul (bawah) berkata pengundian akan dilakukan secara berperingkat mengikut negeri sama seperti tahun 2010.
 
Seramai 247 calon telah mengesahkan pencalonan mereka bagi bertanding di pelbagai jawatan peringkat pusat dan negeri.
 
Untuk peringkat pusat,  calon akan mengisi satu jawatan presiden, satu timbalan presiden, empat naib presiden dan 20 ahli majlis pimpinan pusat.
 
Sementara itu untuk Angkatan Muda Keadilan (AMK) dan wanita, calon akan mengisi satu kerusi ketua dan timbalan, tiga untuk naib dan 20 exco.
 
Manakala di peringkat cabang pula, satu jawatan dipertandingkan untuk ketua cabang, timbalan, naib dan 15 untuk ahli jawatankuasa (AJK) cabang masing-masing.
 
AMK peringkat cabang mempunyai pecahan kerusi sama manakala Wanita hanya memperuntuk tujuh kerusi AJK.
 
Cara mengundi juga tidak berubah dengan semua ahli yang layak mengundi diminta menulis nombor calon pada kertas undi.
 
Pengundian biasanya bermula pada jam 10 pagi dan dijangka berakhir jam 4 petang.
 
Seramai 496,923 dari sejumlah  500,001 ahli parti layak mengundi dalam pemilihan kali ini.
 
Jadual pengundian negeri
 
  • 26 April: Sarawak, Kelantan, Terengganu dan Pahang
     
  • 27 April: Sarawak, Johor dan Melaka
     
  • 3 Mei: Sabah, Kedah dan Perlis
     
  • 4 Mei: Sabah, Perak dan Pulau Pinang
     
  • 10 Mei: Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Negeri Sembilan
     
  • 11 Mei: Selangor

Tiada isyarat kotak hitam dikesan

Posted: 12 Apr 2014 02:20 AM PDT

MH370


PERTH - AUSTRALIA. Pihak Berkuasa Keselamatan Australia (AMSA) hari ini telah mengesahkan bahawa pasukan mencari tidak lagi mengesan sebarang isyarat keselamatan atau isyarat 'ping' kotak hitam dari dasar laut.

Menurut Pusat Penyelarasan Bersama Agensi (JACC), isyarat kotak hitam yang dikesan sejak Mac tidak lagi menghasilkan gelombang isyarat dalam tempoh 24 jam lepas.

"Pasukan mencari tidak dapat mengesan sebarang isyarat yang mungkin berkaitan dengan kotak hitam, namun usaha mencari MH370 masih diteruskan tanpa henti.

"Hari ini, krew pasukan akan mengesan gelombang isyarat kotak hitam 4.5 kilometer dengan menggunakan Kapal HMS Echo dan boya sonobuoys yang dijatuhkan dari pesawat," katanya menerusi laporan Malaysiakini.

Pihak AMSA telah mengerah aset kapal, pesawat dan kapal selam dari Australia, Amerika Syarikat (AS), China, Britain dan Malaysia bagi mengesan lokasi MH370 di atas dan bawah permukaan Laut Hindi sejak 12 Mac lalu.

Pada 5 April lalu, sebuah kapal China Haixun 01 telah mengesan satu isyarat atau gelombang elektronik yang dipercayai terhasil dari kotak hitam pesawat ketika melakukan operasi mencari MH370 lokasi yang berkeluasan 217,000 kilometer persegi di Laut Hindi.

Namun pasukan cari tidak lagi mengesan penghasilan isyarat terbabit sejak semalam.

Pagi keluar rumah, petang rumah dirobohkan

Posted: 12 Apr 2014 02:09 AM PDT

MALAYSIAKINI

 
 
Seorang pesara mendapati rumah yang diduduki tiga generasi keluarganya dirobohkan dalam masa kurang dari 5 jam beliau keluar dari rumah itu.
 
Kejadian itu menimpa M Irdiahsamy, 73, penduduk Kampung Retnampillai, Sentul Pasar pada 3 Disember lalu.
 
Beliau keluar rumah sekitar jam 10 pagi dan mendapati rumahnya dirobohkan pada jam 3.30 petang apabila pulang ke rumah.
 
Sebulan sebelum itu, seorang lagi penduduk, P Subramaniam, 50 tahun turut mengalami nasib sama apabila rumahnya dirobohkan pada sekitar jam 6.30 pagi, 22 November tahun lalu sewaktu beliau tiada di rumah.
 
Dua buah rumah itu sebahagian daripada kisah sedih empat buah rumah didakwa dirobohkan dengan cara hampir sama apabila setinggan tersebut akan dimajukan menjadi tapak tiga blok pangsapuri.
 
Jurucakap penduduk, P Thanabala yang rumahnya juga dirobohkan pada November 2013 mendakwa wakil syarikat pemilik tanah mengaku merobohkan rumah mereka dalam satu pertemuan yang turut disertai  seorang pegawai polis dan wakil sebuah parti politik.
 
Perkara itu dinyatakan dalam laporan polis terbarunya kelmarin.
 
Thanabala mempertikaikan cara rumah mereka dirobohkan selepas mereka enggan menerima pampasan RM18,000 bagi setiap rumah yang ditawarkan pemaju.
 
Sementara itu, beliau juga mendakwa mereka berterusan diganggu sekumpulan lelaki yang disifatkannya ala gangster yang kerap hadir dalam jumlah ramai untuk menggesa mereka berpindah.
 
"Kita takut bila kita keluar rumah, gangster roboh rumah. Tapi polis tak nak tangkap, bolehkah macam itu?" kata Thanabala.
 
Beliau juga kesal kerana gangguan itu berlaku ketika perbincangan dengan pemaju masih berterusan. 
 
Tiga belas keluarga yang masih bertahan menuntut pampasan dalam bentuk rumah kos rendah atau sederhana untuk setiap keluarga.
 
Jika perkara itu tidak dapat diberikan, mereka mahukan diberi keutamaan untuk membeli rumah kos rendah di di kawasan KTM Village, juga di ibu negara, memandangkan semua bekas pekerja syarikat kereta api itu.
 
Perkara itu menurut Thanabala pernah dimajukan secara bertulis kepada Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Loga Bala Mohan.
 
Tian Chua selar 'provokasi; supaya polis bertindak
 
Sementara itu, MP Batu, Tian Chua yang melawat kawasan itu hari ini menyuarakan kekesalannya terhadap pasukan polis yang menurutnya tidak bertindak mencegah gangguan terhadap penduduk.
 
"Biasanya sikap polis, mereka akan bertindak bila ada perintah mahkamah. Selagi tak ada kekerasan, mereka tak akan bertindak.
 
"Bagi saya, sesiapa sahaja yang datang bagi pihak kontaktor atau pemaju mereka hendak lakukan provokasi supaya penduduk ambil tindakan kekerasan, supaya (akhirnya) polis boleh bertindak.
 
"Dia (polis) hanya boleh bertindak kalau penduduk bertindak secara kekerasan" kata Tian Chua sewaktu ditemui bersama penduduk kampung itu, hari ini.
 
Oktober tahun lalu, 40 orang penduduk kampung itu telah ke Jabatan Perdana Menteri untuk memohon campur tangan Datuk Seri Najib Razak dalam perkara itu.

MH370: Kenderaan dalam air automatik bakal diguna

Posted: 12 Apr 2014 02:06 AM PDT

MH370


PERTH - Memasuki hari ke-36 misi mencari pesawat MH370 di Lautan Hindi, tumpuan kini bagi pengerahan Kenderaan Dalam Air Automatik milik Amerika Syarikat Blue Fin 21 kerana dikhuatiri bateri kotak hitam telah kehabisan berikutan tiada isyarat dikesan pasukan mencari bagi tempoh 24 jam lepas.
  
Dua isyarat getaran akustik dikesan Selasa lepas oleh Kapal Pertahanan Australia (ADV) Ocean Shield manakala satu isyarat dikesan pesawat Australia AP-3C Orion pada Khamis disahkan tidak ada kaitan dengan alat pengesan isyarat pesawat di bawah permukaan air.
  
Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC) berkata bagi misi mencari pada Sabtu, Ocean Shield terus menumpukan usaha untuk mengesan isyarat daripada kotak hitam pesawat dengan menggunakan alat pengesan pinger ditunda.
  
Menurutnya  AP-3C Orion turut meneruskan misi pencarian akustik, bersama-sama Ocean Shield dan kapal oseanografi HMS Echo.
  
"Tiada sebarang pengesanan akustik disahkan dalam tempoh 24 jam lepas," menurut JACC dalam kenyataan hari ini.

JACC berkata sembilan pesawat tentera, sebuah pesawat awam dan 14 kapal terbabit dalam misi mencari MH370 di Lautan Hindi pada Sabtu, melibatkan kawasan seluas kira-kira 41,393 kilometer persegi.
  
Kawasan pencarian bertumpu di sekitar kira-kira 2,331 kilometer barat laut Perth, katanya.
  
"Berdasarkan ramalan cuaca hari ini, tiupan angin dari arah tenggara selaju 10 knot dan hujan sekejap-sekejap, ombak setinggi satu meter dan jarak penglihatan lima kilometer dalam keadaan hujan," kata JACC dan menurutnya tiada satupun objek yang diambil dari kawasan pencarian mempunyai kaitan dengan pesawat MH370.
  
Rabu lepas, Ketua Penyelaras JACC, Ketua Marsyal Udara (B) Angus Houston berkata Kenderaan Dalam Air Automatik akan dikerahkan sebaik sahaja tiada isyarat dikesan.
  
Pihak berkuasa menganggarkan bateri kotak hitam mungkin boleh bertahan 10 hari lebih lama daripada jangka hayat 30 hari sebelum ia berhenti menghantar isyarat getaran.

Sejak Jumaat minggu lepas, pasukan mencari mengesan enam isyarat, dua daripadanya dikesan kapal China, Haixun 01, pada 4 dan 5 April manakala Ocean Shield mengesan empat isyarat pada 5 dan 8 April.
  
Kotak hitam merekodkan data kokpit dan mungkin memberikan jawapan mengenai apa yang sebenarnya berlaku terhadap MH370.
  
Penerbangan MH370, membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal, hilang daripada imbasan radar semasa berada di kawasan Laut China Selatan pada 8 Mac lepas, kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada 12.41 tengah malam. Pesawat itu sepatutnya mendarat di Beijing 6.30 pagi hari sama.
  
Misi mencari pesawat itu melibatkan pelbagai negara, pada mulanya di kawasan Laut China Selatan dan kemudiannya - selepas pesawat itu dikesan melencong daripada laluan asal - di sepanjang dua koridor iaitu koridor utara dari sempadan Kazakhstan dan Turkmenistan hingga utara Thailand dan koridor selatan dari Indonesia sehingga selatan Lautan Hindi.
  
Berikutan hasil analisis terhadap data satelit, syarikat telekomunikasi satelit United Kingdom Inmarsat dan Cawangan Penyiasatan Kemalangan Udara UK (AAIB) merumuskan Penerbangan MH370 terbang di sepanjang koridor selatan dan kedudukan terakhirnya di tengah-tengah Lautan Hindi, barat Perth.
  
Najib kemudian mengumumkan pada 24 Mac, 17 hari selepas kehilangan pesawat Boeing 777-200 itu, Penerbangan MH370 "berakhir di selatan Lautan Hindi". - Bernama

Hudud: Annuar sedia lobi wakil rakyat Umno

Posted: 12 Apr 2014 02:05 AM PDT


Annuar Musa Annuar Musa


KOTA BHARU - Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa bersedia melobi Ahli Parlimen Umno bagi menyokong pembentangan rang udang-undang persendirian Kerajaan Kelantan di Parlimen bagi membolehkan hukum hudud dilaksanakan di negeri ini.

Annuar berkata, Umno mempunyai 87 dari 88 ahli Parlimen beragama Islam dan beliau percaya sebahagian besar akan menyokong pembentangan itu dibuat.

"Sebenarnya ia tidak perlu dibawa ke Parlimen memandangkan Dun Kelantan sudah meluluskannya, tetapi sekali lagi saya nyatakan tidak harus ada tanggapan negatif dan kita perlu bersangka baik, jika Pas ingin membawa perkara ini melalui undang-undang persendirian, maka kita mengalu-alukan dan saya sedia melobi Ahli Parlimen Umno supaya menyokong.

"Saya sudah bercakap sebahagian besar Ahli Parlimen Umno dan mereka positif untuk menyokong," katanya selepas merasmikan majlis Mesra Siswa peringkat Parlimen Ketereh di Kampung Chengal di sini semalam.

Annuar yang juga bekas Pengerusi Barisan Nasional Kelantan berkata, walaupun terdapat pendapat mengatakan hudud yang diluluskan Kerajaan Kelantan itu tidak bertepatan dengan  hudud sebenar, namun ia perkara berbeza dan harus diselesaikan pada peringkat ketua agama.

"Tetapi apa yang penting, jika mereka berkeupayaan melaksanakan hukuman itu berdasarkan kelulusan Dun dan sokongan politik, ia sepatutnya dilakukan," katanya.

Dalam masa yang sama, Annuar berkata, pada pembentangan undang-undang persendirian itu, Pas perlu menyelesaikan sikap rakan politiknya  DAP dan sesetengah wakil PKR  yang menentang pelaksanaan itu.

"Mereka kena selesaikan masalah dalam rakan mereka, lebih-lebih (pendirian) Datuk Seri Anwar Ibrahim," katanya.

Kelmarin, Menteri Besar Kelantan, Ahmad Yakob berkata, Kerajaan Kelantan tetap dengan pendiriannya untuk membentangkan rang undang-undang persendirian di Parlimen bagi membolehkan hudud dilaksanakan walaupun ditentang rakan sekutunya.

Fariq buat panggilan sebelum MH370 hilang

Posted: 12 Apr 2014 02:00 AM PDT


MH370


SHAH ALAM - Hasil siasatan dari pasukan siasatan telah mendedahkan satu maklumat terbaru berhubung insiden kehilangan MH370 sejak 8 Mac lalu.

Menurut laporan ekslusif yang dikeluarkan oleh New Straits Times hari ini, pihak berkuasa telah mendedahkan satu maklumat berhubung pembantu juruterbang, Fariq Ab Hamid yang membuat satu panggilan telefon ketika pesawat tersebut terbang pada ketinggian 5,000 kaki semasa melalui Pulau Pinang.

Menurut laporan itu lagi, panggilan telefon tersebut berjaya dilakukan berikutan pesawat tersebut yang terbang cukup rendah sehingga membolehkan menara kawalan telekomunikasi mengesan panggilan telefon yang dibuat.

Namun panggilan telefon tersebut disahkan terputus secara tiba-tiba sebelum kapal terbang tersebut hilang dari radar dan pasukan penyiasat masih melakukan siasatan terperinci ke atas maklumat tersebut.

Semalam, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menyatakan seramai 205 orang saksi telah dipanggil untuk memberi keterangan dalam membantu siasatan pihak polis.

Menurut beliau, pihak polisakan memanggil lebih ramai individu untuk membantu pihak polis menyelesaikan siasatan ke atas insiden kehilangan pesawat tersebut.

Tiada ulasan: