BRIGED MP SEGAMBUT |
Posted: 29 Apr 2014 07:18 PM PDT Presiden AS Barack Obama berkata keputusannya untuk tidak mengadakan pertemuan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kunjungannya ke Kuala Lumpur tidak bermaksud bahawa beliau tidak mempedulikan keadaan yang dialami oleh ketua pembangkang itu. Dalam satu sidang media bersama dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini, beliau diminta menjelaskan mengapa beliau tidak mengulas mengenai sabitan kes Liwat II ke atas Anwar. "Kenyataan bahawa saya tidak bertemu Anwar tidak menunjukkan kurang peduli," katanya menurut laporan BBC. Pemimpin PKR sebelum ini membangkitkan bahawa Obama harus bertemu Anwar sebagai pengiktirafan kepada Pakatan Rakyat yang memperolehi 52 peratus undi popular dalam pilihan raya umum lalu. PKR juga mahu pertemuan itu menjadi pengiktirafan bahawa sabitan kes Liwat II bermotifkan politik. Walau Obama tidak akan membuat pertemuan dengan Anwar, penasihat keselamatan AS Susan Rice dijangka akan bertemu Anwar tidak lama lagi. Najib dan Obama mengadakan sidang media bersama selepas perbincangan dua hala di Putrajaya pagi ini. Mengulas mengenai hak asasi di Malaysia, Obama berkata: "Malaysia masih perlu berusaha dalam isu hak asasi, seperti juga AS. Saya komited dalam memastikan isu dibangkitkan dalam cara membina". Tambahnya, beliau berkongsi pandangan Najib bahawa masyarakat yang menghormati hak sivil akan menjadi lebih berjaya dalam abad ke-21. Obama singgah ke Malaysia untuk kunjungan dua hari dalam rangka lawatannya ke rantau ini. |
You are subscribed to email updates from BAWEAN TERMENUNG To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan