Rabu, 9 April 2014

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Bukti Muhyiddin lebih banyak main golf dari hadiri majlis rasmi di Dubai tersebar!!

Posted: 09 Apr 2014 02:43 AM PDT


Mulanya isu mengenai Muhyiddin lebih banyak luangkan masa bermain Golf dari melakukan urusan rasminya ke Dubai ini didedahkan oleh seseorang yang menggunakan gantinama dirinya sebagai Cikgu..

Tulis individu tersebut dalam sebuah laman Blog yang dipercayai dibina khas untuk mendedahkan sikap malas dan menggunakan harta kerajaan untuk kepentingan peribadi Muhyiddin ini dalam Blog Peniup Wisel 2020.

Tulis 'Cikgu' itu... "Terlalu banyak pemborosan dan pembaziran yang berlaku dalam Kementerian Pendidikan Malaysia! Sebab tu, Cikgu terpaksa membuat satu pendedahan di sini, iaitu jadual perjalanan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pendidikan di Dubai dari 8-12 April 2014.

"Walaupun urusan rasmi tidak lebih daripada setengah hari, TPM & rombongan berbelasan orang akan duduk di sana selama 5 hari di hotel 5 bintang, bermain golf di kelab serba mewah dan makan di restoran mahal, atas pembiayaan Kementerian Pendidikan Malaysia dan Jabatan Pendidikan Malaysia."

"Kecewa hati Cikgu dengan tindakan boros ini! Sedih bila difikirkan wang rakyat dibazirkan dengan sewenang-wenangnya."

Dan disertakannya jadual perjalanan Muhyiddin..


Jelas sekali.. dalam lawatannya ke Dubai ini.. Muhyiddin lebih banyak menghabiskan masa di padang Golf dari berbincang untuk kebaikkan pelajaran anak Bangsa Malaysia..

Dan perkara ini telah dibangkitkan oleh Ahli Parlimen DAP...

DAP hari ini menyelar lawatan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin selama lima hari ke Dubai kerana lebih banyak urusan tidak rasmi berbanding perkara yang memberi manfaat kepada kerajaan.  
Ahli Parlimen Bukit Bendera Zairil Khir Johari dan Ahli Parlimen Bukit Mertajam Steven Sim mendedahkan perkara itu selepas mendapat maklumat yang disebarkan melalui Internet.  
"Rakyat berhak tahu daripada manakah sumber perbelanjaan yang menanggung perbelanjaan Muhyiddin selama berada lima hari di Dubai dengan mendiami hotel lima bintang yang dikatakan dibiayai Kementerian Pendidikan dan Talent Corp, Pejabat Perdana Menteri.  
"Adakah dengan lawatan berkenaan dapat menaikkan kualiti pendidikan negara atau memberi manfaat kepada kerajaan?" kata Steven dalam satu sidang media di lobi Parlimen hari ini.  
Melalui tentatif program yang diberikan, urusan rasmi Muhyiddin dalam lawatan lima hari ke Dubai itu hanyalah pada hari ini iaitu dari jam 10 pagi hingga 12.30 tengahari ~ The Malaysian Insider

Ceh!! selama ini aku ingatkan si Muhyiddin ni berhemah dalam menggunakan harta dan dana negara.. rupa-rupanya lebih kurang dengan Rosmah jugak!!

Cancel nak sokong dia ganti Najib...

ADUN DAP tenat?

Posted: 09 Apr 2014 12:53 AM PDT


Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Assek, Wong Ho Leng dikatakan kini sedang tenat setelah menerima rawatan di Hospital Mount Elizabeth, Singapura.

Beliau yang mewakili DAP bagi salah sebuah kawasan Parlimen Sibu itu menghidap barah otak.

Bagaimanapun, berita yang tersebar di laman sosial itu masih belum mendapat sebarang pengesahan dari mana-mana wakil dari pihak beliau.

Sebelum ini, Pengerusi DAP Sarawak itu telah mengesahkan dirinya sedang menghidap barah otak dan menerima rawatan radioterapi di hospital berkenaan.

Beliau turut menjelaskan bahawa neurosurgeons di Australia mendapati glioma (ketumbuhan otak). 

"Saya tidak dapat berdiri dan tidak boleh menelan air di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang ketika cuba untuk menaiki penerbangan ke Gold Coast di Australia untuk menyertai keluarga saya bercuti di sana," katanya lapor RakyatNews

MH370: Koordinator Australia dedah penemuan terbaru 'Ocen Shield' .. eh! dia sindir Hishamuddin dan Najib ke ni?

Posted: 08 Apr 2014 10:03 PM PDT


Kapal pencari Australia menerima dua lagi isyarat dalam pencarian pesawat MH370 yang hilang dan pihak pencari yakin boleh menemui serpihan kapal ini dalam sehari dua ini, lapor AFP hari ini. 

Koordinator pencarian ini, Ketua Marshal Udara (B) Angus Houston mengumumkan penemuan maklumat baru ini.

CNN pula melaporkan, kapal Ocean Shield mengesan isyarat itu yang sejajar dengan penentuan tempat pesawat itu - kedua-duanya pada Selasa, kata Houston.

Sehingga kini kapal itu telah mengesan empat isyarat dari kawasan yang luas itu: dua Sabtu lepas dan dua lagi pada Selasa.

"Saya yakin kita mencari di kawasan yang betul tetapi kita perlu mengenalpasti gambar serpihan sebelum kita boleh sahkan dengan yakin ini adalah tempat terakhir MH370," kata Houston seperti yang dilaporkan oleh CNN.

Bagaimanapun, kata Houston: "Saya tidak akan sahkan apa-apa sehingga sesaorang melihat sendiri serpihan." 

Hari ini adalah hari ke 33 pencarian pesawat MH370 itu yang hilang dari radar pada 8 Mac dengan membawa 239 di atasnya.

"Kita perlu kekalkan keyakinan dan bertanggungjawab," kata Kaptan Mark M. Matthews dari Navy Amerika Syarikat, memberitahu CNN.

"Kerana kita tidak mahu memberikan harapan palsu."

Sementara itu Sydney Morning Herald melaporkan..

Missing Malaysia Airlines plane: two more pings detected in search for flight MH370 


Two more pings have been detected by the Australian ship Ocean Shield in the search for flight MH370.

Air Chief Marshal (ret) Angus Houston, the head of the search's Joint Agency Co-ordination centre, announced the "promising" development during a press conference in Perth on Wednesday afternoon.

It revives hope the missing Malaysia Airlines plane's black box is still transmitting data days after its batteries were due to run dead.

Mr Houston said expert data analysis on previously detected signals had found they were not of natural origin, further boosting hopes of a breakthrough.

Mr Houston said experts believed the signals were consistent with those of a flight data recorder.

He said the first two pings - detected on April 5 at 4.45pm and at 9.27pm Perth time - had been analysed by the Australasian Joint Acoustic Analysis Centre, based at HMAS Albatross in Nowra, on the NSW south coast.

''The analysis determined that a very stable, distinct and clear signal was detected at 33.331 kilohertz, and that it consistently pulsed at a 1.106-second interval,'' Mr Houston said.

''They therefore asses that the transmission was not of natural origin, and was likely sourced from specific electronic equipment.

They believe the signals to be consistent with the specification and description of a flight data recorder.''

He said two latest pings were detected on April 8 - at 4.27pm and 10.17pm, Perth time.

Mr Houston said up to 11 military aircraft, four civil aircraft and up to 14 ships would assist in Wednesday's search, while the Ocean Shield would also conduct a sonar voice search.

The search area had been reduced to about 75,000 square kilometres, he said, which was a considerably smaller area than in previous days.

''Based on Ocean Shield's detections, we are now searching a much more concentrated area based on the drift predications made possible by Ocean Shield's detections,'' Mr Houston said.

''The smaller area has also allowed us to plan much tighter search patterns based entirely on visual search principles. In other words, we have intensified our search in the visual search area.''

Wan Azizah jadi mangsa buli pembangkang Selangor..

Posted: 08 Apr 2014 07:44 PM PDT


Baru sehari menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Selangor, Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mula menerima "serangan" daripada barisan pembangkang Barisan Nasional (BN) dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor hari ini apabila menimbulkan isu moral suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dengan kes Liwat II dan Langkah Kajang.

BN sejak awal mempersoalkan Pakatan Rakyat yang tidak mengiktiraf integriti institusi kehakiman apabila enggan menerima keputusan kes Liwat II, namun menyifatkan mahkamah sebagai adil apabila menolak pendengaran saman golongan ibu tunggal yang difailkan terhadap kerajaan Selangor.

Pencaturan Langkah Kajang juga turut diperlekehkan Ketua Pembangkang Selangor, Datuk Shamsudin Lias yang mendakwa Anwar tidak layak memimpin negeri.

Shamsudin yang juga Adun Sungai Burong itu membahaskan mengenai Titah Ucapan Diraja semasa pembukaan pertama sidang dewan semalam yang menasihatkan wakil rakyat supaya jangan bertelagah sesama sendiri.

Beliau mengkritik Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Kajang diwujudkan secara sengaja hanya disebabkan mahu menyelesaikan kemelut dalaman pemimpin PKR Selangor.

Katanya, Langkah Kajang juga sengaja direka Pakatan Rakyat untuk memenuhi cita-cita Anwar menjadi menteri besar.

Sebaliknya niat gagal apabila Mahkamah Rayuan pada 7 Mac lalu menjatuhkan hukuman penjara lima tahun selepas panel hakim mendapati Anwar bersalah dalam kes Liwat II.

Anwar kini hanya ada satu lagi peluang untuk mengemukakan rayuan di Mahkamah Persekutuan selepas dibenarkan ikat jamin sebanyak RM10,000 dan hukuman ditangguhkan sementara sehingga proses rayuan selesai.

"Ini semua takdir. Sedangkan kapal terbang hilang pun dikira takdir," katanya sebelum ditegur Speaker Hannah Yeoh yang melarang Shamsudin daripada mengeluarkan kenyataan menghina mana-mana pegawai eksekutif negeri.

Beliau kemudiannya meneruskan hujah perbahasan dengan mendakwa Penasihat Ekonomi Selangor itu juga pernah menggunakan khidmat raja bomoh – individu yang mendakwa mampu mengesan kehilangan kapal terbang MH370 melalui ilmu ghaib.

Lantas membuat Dr Wan Azizah segera bangun mencelah dan membidas kenyataan Shamsudin.

"Saya nak tanya mana bukti yang kata Ketua Pembangkang guna khidmat raja bomoh? Yang saya baca raja bomoh ini diundang menghadiri jamuan tetapi kita tidak menggunakan perkhidmatannya.

"Saya nak tanya juga, kenapa tak tanya mengapa perdana menteri kita ketika buat sidang media tidak berani menjawab soalan media sedangkan penasihat ekonomi berani apabila dipanggil oleh SkyNews dan CNN.

"Dia menjawab apakah ada sistem elektrikal Marconi dalam radar, kenapa sistem kita tidak dapat melihat kapal terbang yang tidak mengikut arusnya.

"Ini adalah satu pelanggaran (peraturan)... sebab itu saya katakan kasih sayang kami kepada negara ini tidak berbelah bahagi," katanya.

Keadaan tegang itu menyebabkan Dr Wan Azizah kelihatan hilang "mood" dan enggan melayan sebarang pertanyaan wartawan ketika keluar dewan lapor The Malaysian Insider

Tiada ulasan: