Selasa, 8 April 2014

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Suami ketuai konvoi PAS, Isteri kena tukar tempat mengajar.. (Video Inside)

Posted: 08 Apr 2014 08:16 AM PDT


Perbuatan ini selari dengan peribahasa Melayu yang berbunyi 'tak dapat tanduk, telinga dipulas..' dan dalam masa yang sama ianya mendedahkan kepada umum betapa takutnya UMNO/BN akan kehilangan kuasa..

Mereka akan memperkudakan apa saja jabatan yang ada dalam Kerajaan untuk menyusahkan penyokong PR..

Kerana bagi mereka kakitangan kerajaan wajib menyokong kerajaan sedangkan dalam demokrasi berparlimen kerajaan terbentuk dengan adanya Pemerintah dan Pembangkang..

Perkara ini bukanlah sesuatu yang luar biasa tapi dah biasa kerana sudah ramai para Guru yang menjadi mangsa fahaman politik sempit macai-macai UMNO yang berkuasa di Jabatan Kerajaan.

Ahli Parlimen Bachok, Ahmad Marzuk Shaary dan Ahli Parlimen Batu, Tian Chua, hari ini mendakwa bahawa Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Bachok telah membuat pertukaran guru dari daerah tersebut secara tidak profesional dan bermotif politik.

Tian Chua berkata, seramai 10 guru telah ditukar selepas PRU13 yang lalu atas sebab mereka didapati menyokong parti pembangkang.

"Merujuk kepada dokumen yang dilampirkan, alasan-alasan yang dinyatakan adalah jelas berunsurkan fahaman politik.

"Antaranya ialah seorang guru itu didapati menzahirkan secara terang-terangan kibar bendera pembangkang.

"Suami sokong Pas, tidak sokong Umno, serta suami ketuai konvoi kereta Pas,itu antara alasan kenapa guru tersebut ditukarkan.

"Bagi saya, ini penganaiyaan, secara dalaman kita dapat dokumen tersebut,dan cadangan tersebut dicadangkan oleh ketua cawangan Umno.

"Jadi ini campur tangan politik dalam pendidikan," katanya di Parlimen hari ini. Oleh itu, Tian Chua berharap Kementerian Pendidikan menjawab mengenai isu ini, bagi memastikan sistem pendidikan negara tidak dicampuri urusan politik.

"Kita sangat terkejut mengenai perkara itu,iaitu campur tangan politik sangat mendalam dalam isu ini.

"Jadi kami hendak menteri pendidikan jawab, apakah benar, kalau benar perlu cakap punca pindah tersebut," katanya.

Sebelum itu, beliau bersama ahli Parlimen pembangkang yang lain menerima memorandum bantahan daripada Solidariti Anak Muda Malaysia ( SAMM) berhubung pertukaran guru secara besar-besaran oleh PPD Bachok selepas PRU13 di lobi Parlimen.

SAMM yang diketuai oleh, Badrul Hisham Shahri atau lebih dikenali Cikgu Bard berkata, pihaknya mempunyai bukti lain termasuk rakaman suara seorang pegawai PPD yang terlibat.

"Jika tiada tindakan daripada pihak kementerian , kami tidak teragak-agak untuk dedahkan lebih banyak bukti," katanya lapor Sinar Harian

Video berkaitan...


 

Nasib MH370 tentu berbeza jika TUDM pintas... tapi..

Posted: 08 Apr 2014 05:00 AM PDT


Sekiranya Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) memintas penerbangan MH370 pada 8 Mac lalu, kemungkinan kesudahan kepada tragedi kehilangan pesawat itu adalah berbeza.

Itu pandangan bekas Panglima Tentera Udara Malaysia, Jeneral Tan Sri Suleiman Mahmud.

Namun situasi untuk mengerah operasi memintas tidak timbul berikutan tiada tanda bahawa pesawat itu menggugat keselamatan negara.

Menurut beliau adalah prosedur biasa untuk memintas sebarang pesawat yang mencurigakan.

Antara petunjuk untuk menentukan sesebuah pesawat membawa ancaman atau tidak adalah menerusi transponder.

Biarpun isyarat transponder pesawat MH370 dimatikan selepas berpatah balik dari laluan asal, namun radar tentera tidak mengesan sebarang ancaman.

Namun beliau mengakui sekiranya langkah pemintasan diambil, episod kehilangan MH370 mungkin berlainan.

Menjawab spekulasi cara pesawat berpatah balik sama ada secara mengejut mahupun perlahan jelas beliau ia tidak semestinya menandakan apa-apa, kecuali tindakan seseorang dengan sengaja mengalih pesawat daripada laluan asal ~ AstroAwani


Sementara itu Selangorkini sebelum ini Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan Kerajaan Barisan Nasional (BN) 'menyembunyikan' maklumat berkenaan misteri kehilangan pesawat MH370 yang gagal dikesan daripada radar.

Anwar berkata, sistem radar Malaysia yang dibeli ketika beliau menjadi Timbalan Perdana Menteri pada 1994 mampu mengesan penerbangan MH370 apabila ia berpatah balik dan terbang melintasi Semenanjung Malaysia.

Radar itu mempunyai keupayaan mengesan serta-merta Boeing 777 kerana ia menuju ke timur dan barat serta sekurang-kurangnya empat wilayah Malaysia.

MH370 : Maklumat penemuan paling baik didedahkan Daily Telegraph..

Posted: 08 Apr 2014 01:00 AM PDT


Kawasan di mana para penyiasat mengesan isyarat ping yang dipercayai daripada MH370 juga menjadi tempat di mana pesawat penerbangan Malaysia yang hilang itu memberikan isyarat yang tidak jelas, lapor The Daily Telegraph hari ini. 

Laporan itu menyebut, hubungan terakhir dengan satelit (half-handshake) adalah saat di mana pesawat itu kehabisan minyak dan jatuh ke dalam lautan.

Kawasan itu sama dengan analisis yang dibuat beberapa hari lalu, di mana kawasan itu menunjukkan hubungan terakhir dengan satelit berlaku, katanya.

Ini disahkan selepas beberapa isyarat ping dikesan di kawasan yang jauh ke selatan Lautan Hindi itu, di mana pihak berkuasa yakin ia petunjuk yang paling berwibawa sehingga kini dalam pencarian pesawat yang membawa 239 penumpang hilang daripada radar 8 Mac lalu.

The Daily Telegraph melaporkan, penemuan ini membolehkan para penganalisis untuk merangka apa yang berlaku kepada pesawat itu, yang mereka yakini kehabisan minyak dan menghasilkan suasana kehabisan tenaga sehingga mengeluarkan "half handshake" (perhubungan dengan satelit) sebelum menjunam ke dalam air.

Jika itu berlaku, pesawat itu nampaknya seakan meluncur di atas air dan berguling-guling, bukannya menjunam terus ke dalam air, katanya.

Ketua Marshal Udara (B) Angus Houston, yang mengetuai pencarian pelbagai negara sebelum ini berkata, kapal tentera laut Australia mengesan dua set denyutan isyarat yang berbunyi "seperti isyarat kedudukan kecemasan".

Kumpulan pertama ping itu didengar pada Sabtu lalu selama dua jam 20 minit, dan kemudian isyarat itu hilang.

Tetapi kapal Ocean Shield itu kemudiannya berpatah balik dan mendengarnya sekali lagi untuk kira-kira 13 minit.

Selepas itu, kata laporan itu, kapal itu kehilangan hubungan lagi dan cuba mencari kedudukan isyarat itu semalam.

Houston memberitahu wartawan, kumpulan isyarat yang kedua termasuk suara yang kuat dan jelas dengan transmisi daripada dua 'pinger' yang dipasang pada kotak hitam yang mengandungi perakam data pesawat dan perakam suara di ruang juruterbang.

"Ini adalah maklumat yang paling baik yang pernah kita dapat dalam pencarian ini," Houston dipetik sebagai berkata.

"Kami sangat yakin kita semakin dekat dengan apa yang perlu kita buat. Saya memerlukan lebih maklumat untuk berkata 'inilah dia'."

Chris McLaughlin daripada syarikat Inmarsat British, yang membantu mengenalpasti laluan pesawat melalui "handshake", memberitahu The Daily Telegraph bahawa lokasi isyarat baru itu sama dengan kawasan pesawat itu memberikan isyarat misteri pada 8.19 am (waktu Malaysia) - lapan minit selepas ia memberikan isyarat secara berterusan setiap jam.

Inmarsat, lapornya, mengesan "half-handshake" dua minggu lalu dan selepas itulah ia dijangka tempat terakhir pesawat itu adalah lebih ke utara berbanding sebelumnya.

Sekumpulan pakar antarabangsa kemudian bekerja memperbaiki analisis dan kemudian menyimpulkan bahawa pesawat itu terbang lebih laju daripada yang difikirkan, membakar lebih bahan api, dan sepatutnya mendarat lebih jauh ke utara di sepanjang laluan yang sama, katanya.

McLaughlin memberitahu akhbar harian itu: "'Partial handshake' boleh berlaku kerana pesawat kehabisan bahan api dan bergegar seketika, apabila sistem terputus hubungan dan hidup semula, justeru mempunyai komunikasi dengan rangkaian. Pesawat itu kelihatan cuba untuk berkomunikasi sebelum mati."

Seorang bekas juruterbang British Airways yang menerbangkan Boeing 777, Stephen Buzdygan berkata, pesawat itu akan meluncur di atas air dan mungkin berguling ke belakang kerana kemungkinan enjin tidak ditutup secara sistematik.

"Tanpa bahan api dan anggapan bahawa anak kapal semua tidak sedarkan diri dan tiada yang memandu kapal terbang itu, ia akan meluncur," beliau dilaporkan sebagai berkata dalam laporan itu.

"Enjin mempunyai bekalan bahan api yang berasingan, maka kemungkinan besar ia tidak akan sampai ke sayap. Dengan tiada pembetulan autopilot, ia perlahan-lahan akan hidup kembali dan turun pada sudut dan sayap akan patah, " katanya dalam laporan itu.

Akhbar harian itu berkata, bateri kotak hitam Pinger pesawat sudah melebihi 30 hari, walaupun ia boleh bertahan dua minggu lagi.

Houston juga mengingatkan bahawa kapasiti kapal selam yang mencari dalam air hanya 4,500 meter manakala zon carian mempunyai kedalaman yang hampir sama.

"Ini adalah kawasan air yang sangat dalam - kita berada di pinggir keupayaan," kata Chin lapor The Malaysian Insider.

Bekas perempuan simpanan MB tuntut RM3 juta

Posted: 07 Apr 2014 09:16 PM PDT


Bekas perempuan simpanan seorang Menteri Besar (MB) dikatakan menuntut RM3 juta kerana MB mungkir janji memberi satu projek kepadanya.

Menurut sumber, bekas perempuan simpanan itu yang merupakan seorang ahli perniagaan telah memohon satu projek dengan MB pada tahun lepas.

Tetapi, sumber itu menambah, MB kata tunggu selepas pilihanraya umum 5 Mei 2013.

Setelah pilihanraya umum berlalu, MB dikatakan mungkir janji dan enggan meluluskan projek tersebut kepada janda yang berusia 30an itu.

Bagaimanapun, perempuan simpanan MB berkata jika MB tidak mahu meluluskan projek, MB hendaklah memberinya sebanyak RM3 juta.

Pada tahun lepas MB telah memberi RM800,000 kepada ahli perniagaan tersebut dan bakinya sebanyak RM2.2 juta akan dibayar kemudian.

Setelah setahun berlalu, bekas perempuan simpanan MB itu tidak puas hati kerana MB belum menunaikan janjinya untuk membayar baki sebanyak RM2.2 juta.

Bekas perempuan simpanan MB itu dikatakan telah berkahwin dengan lelaki lain apabila hubungan mereka telah diketahui oleh isteri MB.

FMT difahamkan ahli perniagaan itu cuba menghubungi MB untuk mendapatkan baki RM2.2 juta seperti yang dijanjikan oleh MB tetapi tidak dapat menghubungi beliau lapor Free Malaysia Today


Dituduh meraba : Ini saja jawapan Prof. Zizi?

Posted: 07 Apr 2014 07:47 PM PDT


Selepas mengambil sikap berdiam diri selepas didakwa mencabul dengan meraba buah dada seorang pelajarnya, pensyarah yang juga pakar motivasi terkenal, Profesor Izzi Ali mula memberi reaksi di laman Facebook miliknya.

Dihujani dengan pelbagai pertanyaan dari peminat serta pengikutnya di laman sosial, Prof Izzi bagaimanapun tidak memberi respon secara langsung terhadap dakwaan yang mengaibkan itu. 

Sebaliknya, pensyarah Matematik Universiti Teknologi Mara (UiTM) Arau, Perlis itu sekadar meletakkan status memetik surah An-Nisaa berbunyi:

"Di mana jua kamu berada maut akan mendapatkan kamu, sekalipun kamu berada dlm benteng yang tinggi lagi kukuh."

Namun, tidak diketahui sama ada status tersebut mempunyai sebarang kaitan dengan kontroversi yang memalit namanya ketika ini.

Status itu kemudiannya mendapat reaksi pelbagai dari pengikut-pengikutnya yang mahu beliau menjawab sama ada dakwaan yang dilemparkan terhadapnya adalah benar atau sebaliknya.

"Prof, sila kemukakan (penjelasan) adakah betul pasal (dakwaan) kes budak UiTM Arau, Perlis tu? mohon prof terus terang," tanya seorang pemilik akaun Facebook bernama Mohd Syafiq.

Soalan itu mengundang reaksi daripada pemilik akaun Facebook lain yang mahukan Prof Izzi memberi respon, namun ada juga pengikutnya yang meminta semua pihak berhati-hati kerana ada kemungkinan beliau difitnah.

Beberapa pemilik akaun Facebook meminta Prof Izzi tampil membersihkan namanya memandangkan beliau mempunyai pengikut yang ramai.

"Kalau tak salah kenapa diam, bagilah penjelasan. Budak perempuan itu takkan nak malukan diri dan jatuhkan maruah sendiri dengan buat laporan semata-mata nak jatuhkan maruah profesor," kata Basyari Fiqri.

Mohd. Syahir pula meminta semua pihak bersabar dan tidak membuat kesimpulan sendiri dan menanti penjelasan daripada Prof Izzi sendiri manakala Mohd. Nazri pula berharap supaya pakar motivasi berkenaan sabar dengan dugaan.


Akhbar sebelum ini melaporkan mengenai kelakuan tidak senonoh seorang pensyarah instutusi pengajian tinggi yang didakwa sering mencabul kehormatan pelajarnya.

Negara kemudiannya digemparkan mengenai penyebaran satu salinan laporan yang dibuat oleh pelajar wanita di UiTM Arau, Nurul Shuhada Shahadan mengenai kelakuan pensyarahnya yang meraba payu daranya ketika berada di pejabat lelaki berkenaan.

Dalam laporannya, Nurul Shuhada mendakwa pensyarah Matematiknya, Prof Izzi melakukan perbuatan tidak senonoh itu di dalam pejabatnya. -malayazoom

Tiada ulasan: