Ahad, 6 April 2014

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


MH370 : Kenapa cerita Philips Wood boleh dianggap cerita bohong?.. bacalah!

Posted: 06 Apr 2014 07:30 AM PDT


Kedudukan pulau Diego Garcia yang merupakan pengkalan untuk operasi strategik Amerika Syarikat juga terletak terlalu jauh dari daratan terdekat.

AS tidak memacakkan menara komunikasi untuk kegunaan tenteranya sebaliknya bergantung kepada beberapa jenis satelit seperti YahClick, Hylas 2, Intelsat 10-02, satelit NSS6 dan Global Personal Service (Mobile Internet) di semua pengkalan AS termasuk di Afghanistan, Iraq dan Timur Tengah.

Semua perkhidmatan internet di pengkalan tentera US ini tidak menggunakan pemasangan kabel telefon atau kabel optik untuk tujuan kerahsiaan.

Dalam keadaan mata tertutup, mustahil untuk Philips Wood mendapat kata kunci keselamatan untuk kegunaan sambungan internet telefon I-phone miliknya walaupun menggunakan arahan suara.

Saya fikir kebanyakkan dari mereka yang percaya dengan teori Iphone dan Philips Wood ini tidak mempunyai pengalaman dan ilmu bagaimana satu-satu pasukan tentera beroperasi dan tidak pernah keluar dari kawasan tamadun manusia yang sentiasa dilingkungi gelombang wifi dan liputan telefon bimbit.

MEMAHAMI BAGAIMANA TEORI PHILIPS WOOD BERJALAN

Ini merupakan analisa yang dibuat oleh seorang penggodam komputer anak Melayu (Sorry, saya lebih percaya kepada kemampuan anak Melayu dari menerima cerita orang puteh bulat-bulat macam anda semua)

Pada 18 march lepas timbulnya satu dakwaan mengatakan kononnya ada gambar yang diambil dari Iphone milik seorang penumpang yg merupakan pekerja IBM. Dalam gambar yg kononnya diambil dari iphone yg disorok didalam punggung penumpang itu selama 10 hari sejak kehilangan pesawat MAS.

Gambar yang diambil dari Iphone yg disimpan didalam punggung selama 10 hari itu didakwa mengandungi Exif data yg mengarahkan kepada Diego Garcia. Dan gambar itu dihantar bersama pesanan yg panjang dan teliti.

"I have been held hostage by unknown military personal after my flight was hijacked (blindfolded). I work for IBM and I have managed to hide my cellphone in my ass during the hijack. I have been separated from the rest of the passengers and I am in a cell. My name is Philip Wood. I think I have been drugged as well and cannot think clearly."

KEPALSUAN TEORI

Apakah itu Exif data? Exif bermaksud Exchangeable Image File yg mengandungi data2 berkenaan gambar yang diambil contohnya jenis kamera apa yg digunakan, resolusi apa yg digunakan sehinggalah lokasi gambar diambil sekiranya GPS diaktifkan.

Dakwaan pihak luar mengenai Exif data tidak boleh diedit adalah satu pembohongan, kerana terdapat puluhan software2 editor yg boleh digunakan untuk mengedit semula Exif data yg dihasilkan, hanya semudah abc sahaja untuk mengedit semula Exif data ini. Apatah lagi GPS boleh ditipu menggunakan kaedah 'spoofing'.

Sukar untuk dibayangkan bagaimana caranya untuk menahan dari untuk membuang air besar selama 10 hari, dan bagaimana iphone itu diambil semula dari dalam punggungnya selama 10 hari, adapun tentu iphone itu akan kehabisan bateri setelah 10 hari, dengan mata yg diikat, bagaimana dia mahu mengambil hp dari dalam punggungnya yg terperam selama 10 hari dan menghidupkan camera dan menaip dengan sempurna dan teliti?

Sukar juga untuk dibayangkan tebusan yg hanya diikat matanya tanpa diikat tangannya, apa gunanya kalau hanya mata diikat tapi tangan tidak? sudah tentu tangan akan diikat sekali, lagi2 ini melibatkan tuduhan terhadap askar US yg biasa melakukan kerja2 tangkapan dan penculikan.

Tuduhan bahawa pesawat sudah berada di Diego Garcia tiada rasionalnya, apatah lagi dikira faktor bahan bakar kerana untuk kesana tidak mencukupi dan hanya memungkinkan tamatnya perjalanannya di lautan sekiranya tidak mendarat di lapangan terbang yg terdekat.

ANDA BOLEH BUAT EKSPERIMEN SENDIRI

Kepada pengguna Iphone, anda boleh membuktikan teori ini palsu.

Pertama, cuba sumbatkan telefon tersebut ke dalam lubang dubur anda, kalau berjaya, saya belanja anda minum.

Kedua, jika kita andaikan Philips Wood menelan telefon dan menggunakan telefon yang kemudian dikeluarkan melalui najis, sila ambil segelas air dan rendam telefon anda selama 10 hari atau kurang.

Saya tidak tahulah kalau perut kita ini macam kantung kangaroo yang kering sentiasa kerana kalau tidak silap saya, dalam perut dan usus ini banyak cecair yang kita panggil asid.

Sila sambung bacaan anda di SINI

Pemilik akaun Facebook hina Rosmah ditahan polis tengah malam tadi.. cepatnya..

Posted: 06 Apr 2014 05:30 AM PDT


Pemilik akaun Facebook yang menggunakan nama "Syed Saifullah" ditahan bagi membantu siasatan berhubung penyebaran gambar yang menunjukkan cebisan daging dan wajah isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh berkata lelaki berusia 25 tahun itu, yang bekerja di sebuah kedai dobi, ditahan di rumahnya di Seri Iskandar, Perak kira-kira 12.05 tengah malam tadi.

"Polis turut memeriksa rumah lelaki berkenaan dan merampas antaranya satu telefon bimbit, satu set komputer dan pemacu," katanya hari ini.

Mohmad berkata lelaki itu direman sehingga Selasa depan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 233 (1) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan, iaitu kesalahan yang melibatkan kenyataan yang mendatangkan khianat awam.

Baru-baru ini, akaun Facebook yang menggunakan nama "Syed Saifullah" memuat naik status dan sekeping gambar cebisan daging dan wajah Rosmah yang kemudian menjadi tumpuan dalam laman sosial itu.


Antara teks yang dimuat naik oleh akaun itu ialah "Dari ia kite datang, dan dari ia jugak kiter dikembalikan... pesawat yang membawa isteri dan PM dlm perjalanan pulang dari Perth telah hilang dari radar dan dijumpai terhempas kat Lautan Sumatera Selatan... Al-Fatihah".

Dalam sidang media di Kuala Lumpur, hari ini, Rosmah menasihatkan individu itu supaya kembali ke pangkal jalan.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur SAC Gan Kong Meng berkata polis menerima dua laporan mengenai Twitter Pray4Rosmah ekoran kenyataan di dalam Twitter itu boleh menyebabkan ketakutan dan kegentaran kepada awam yang boleh mengganggu ketenteraman awam.

"Ia juga disifatkan menganggu dan tidak menghormati keluarga mangsa MH370 yang masih dibelenggui dengan pencarian MH370 yang belum ditemui," katanya.

Gan berkata kedua-dua laporan itu disiasat mengikut Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan (mengeluarkan apa-apa kenyataan yang boleh mendorong ketakutan dan kegentaran kepada awam) dan mengikut Seksyen 233 (1) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. – Bernama

MH370: Kapal China kesan isyarat dari laut

Posted: 05 Apr 2014 06:00 PM PDT


Sebuah kapal peronda China, Haixun mengesan isyarat getaran dengan frekuensi 37.5 kHz di kawasan carian pesawat penerbangan MH370 di selatan Lautan Hindi, lapor agensi berita Xinhua.

Sebuah syarikat pengeluar 'pinger' memberitahu CNN, frekuensi itu adalah isyarat yang standard daripada kotak hitam atau secara khusus perakam suara kokpit dan perakam data penerbangan.

"Frekuensi itu sama," kata Anish Patel, presiden syarikat Dukane Seacom kepada CNN.

Penemuan terbaru ini bagaimanapun belum disahkan oleh Pusat Penyelarasan Agensi Bersama di Perth yang menyelaraskan gerakan mencari pesawat Malaysia Airlines itu di selatan Lautan Hindi.

Pakar bagaimanapun mengingatkan isyarat itu mungkin boleh jadi datang daripada benda lain selain daripada pesawat.

Menurut laporan AFP, carian kapal Cina Haixun 01 mengesan denyutan berkenaan kira-kira 25 darjah latitud selatan dan 101 darjah longitud timur.

"Denyutan yang dikesan oleh Haixun 01 masih belum dikenal pasti lagi," kata Pusat Maritim Mencari dan Menyelamat China dalam akaun microblog mereka.

Menteri Pertahanan Australia David Johnston berkata beliau tidak menerima laporan mengenai isyarat berkenaan dan memberi amaran ia mungkin bukan dari pesawat MH370.

"Ini bukan kali pertama kita mempunyai sesuatu yang kemudian menjadi sesuatu yang mengecewakan," katanya kepada televisyen ABC.

"Saya hanya akan menunggu (Ketua Pusat Penyelarasan Agensi Bersama) Angus (Houston) dan pasukan beliau dan pasukan saya untuk tampil ke hadapan dengan sesuatu yang positif kerana ini adalah tugas yang sangat sukar."

Dalam perkembangan terbaru, Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC) Australia mengeluarkan kenyataan bahawa mereka tidak dapat mengesahkan jika isyarat berkenaan adalah dari pesawat MH370.

"Kami tidak dapat mengesahkan maklumat itu buat masa ini," kata kenyataan itu.

Perkembangan ini menyusul selepas 29 hari pesawat Boeing 777-200 itu hilang semasa dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing pada 8 Mac lepas ~ Astroawani

MH370 : Hishamuddin dah ambil alih jawatan Menteri Dalam Negeri?

Posted: 05 Apr 2014 10:35 AM PDT


Apahal pulak sepupu Najib ni tiba-tiba bercakap seolah-olah dia adalah Menteri Dalam Negeri pulak?.. Dia dah lupa ke dia bukan Menteri Dalam Negeri?

Dia sedar atau tidak dalam isu MH370 ini dia bercakap atas kapasiti Pemangku Menteri Pengangkutan jadi hal samada siasatan masih diteruskan atau tidak bukan hal dia..

Tiga hari lalu Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengumumkan kesemua 227 penumpang telah "dibersihkan" daripada empat elemen siasatan itu.

Tiba-tiba semalam pula..

KUALA LUMPUR: Siasatan ke atas semua penumpang dan anak kapal pesawat penerbangan MH370 masih diteruskan dan belum ada mana-mana di kalangan mereka yang telah dibersihkan daripada siasatan, kata Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Katanya, siasatan yang menyentuh kemungkinan rampasan, keganasan, latar belakang psikologi dan peribadi melibatkan semua mereka yang berada dalam pesawat itu masih berjalan.

"Saya tidak rasa sesiapa (penumpang dan anak kapal) telah dilepaskan dari sebarang siasatan. Senarai penumpang yang termasuk anak kapal, masih disiasat di bawah empat perkara pokok iaitu kemungkinan rampasan, keganasan, latar belakang psikologi dan peribadi yang diingatkan berkali-kali oleh Ketua Polis Negara," katanya semasa satu sidang media di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) petang tadi.

Hishammuddin berkata demikian semasa menjawab soalan sama ada kesemua penumpang di dalam pesawat MH370 telah didapati "bersih" dari sebarang perkara yang mencurigakan~ Astro Awani

Tiada ulasan: